Anda di halaman 1dari 10

3)Doktrin pengasingan kuasa adalah sesuatu yang sangat penting

dalam menerajui sesebuah negara. Negara kita mempunyai badan


Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman. Ketiga-tiga ini
mempunyai bidang kuasa sendirinya.  Perlembagaan menjamin
kebebasan kehakiman .  

                 Dalam mengamalkan kebebasan kehakiman,


keseimbangan antara kedaulatan kerajaan persekutuan dan
kedaulatan kerajaan hendaklah diserasikan dengan kedaulatan
raja-raja di peringkat negeri dan di peringkat Persekutuan.
Mahkamah perlu bebas untuk membuat keputusan untuk
menjalankan fungsi dan peranannya dengan bebas daripada
eksekutif dan perundangan. Tujuan kebebasan kehakiman ini
adalah untuk memastikan keadilan diberikan dan mengembalikan
keyakinan kepada insitusi. Konsep kebebasan Kehakiman dengan
mudahnya mengasingkan bidang tanggungjawab antara Badan
Eksekutif dan Badan Perundangan. Setiap badan ini bebas dalam
menjalankan fungsi masing-masing yang tertakluk kepada
beberapa pembatasan. Kebebasan kehakiman bukanlah semata-
mata untuk mengelakkan campur tangan Badan Eksekutif
terhadap kebebasan para hakim untuk membuat keputusan, tetapi
juga bermaksud supaya para hakim dapat membuat satu-satu 
keputusan dan menggunakan kuasa mereka berlandaskan
tanggungjawab kehakiman.
               Campur tangan badan perundangan dalan tugas badan
kehakiman iini sering berlaku di negara kita. Baru-baru ini, speaker
Dewan Rakyat Azhar Harun menulis surat  kepada mahkamah
untuk mempertimbangkan penangguhan perbicaraan Datuk Seri
Najib Razak lebih awal untuk membolehkan bekas Perdana
Menteri itu menghadiri sesi parlimen. Tindakan ini jelas
menunjukkan campur tangan kuasa badan perundangan dalam
bidang kuasa badan kehakiman. Tindakan speaker ini menjadi
kritikan ahli-ahli parlimen sama ada dari pihak memerintah dan
juga dari kalangan pembangkang.
                Satu lagi krisi kehakiman yang pernah berlaku di negara
kita adalah pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Mohamad Salleh
Abas dari jawatannya yang dijamin tidak boleh dipecat oleh
Perlembagaan Malaysia.  Pemecatan oleh Tun Dr. Mahathir atas
kuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia telah dilihat sebagai satu
penyekatan terhadap kebebasan kehakiman yang dijamin oleh
Perlembagaan Malaysia. Pada bulan Jun 2008, bekas Hakim
Mahkamah Agung, Tan Sri Azmi Kamaruddin mendakwa bekas
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu meminda
Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan kerana mahukan bidang
kehakiman diletakkan di bawah kawalannya.  Tindakan ini seolah-
olah  Perdana Menteri pada masa itu bertindak seperti diktator. 
Tun Salleh Abas yang mewakili hakim-hakim menulis sepucuk
surat sulit kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan raja-raja
Melayu bagi mengemukakan ketidakpuasan hati mereka.
                Akibat dari tindakan Tun Salleh Abas menulis surat
kepada YDPA. Pada tahun 1988, beliau telah dihadapkan ke
Mahkamah timbang tara yang diadakan oleh Tun Dr. Mahathir 
mengikut Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan, atas
tuduhan salah lakunya.  Pada bulan Ogos 1988, Tun Salleh telah
dipecat secara rasmi sebagai Ketua Hakim Negara. Pada tahun
2008, kerajaan mengumumkan memberikan bayaran ex-gratia
kepada bekas hakim-hakim yang dipecat ketika krisis kehakiman
pada 1988.
                 Pengasingan kuasa hendaklah dilaksanakan . Campur
tangan di antara ketiga-tiga badan ini perlu dielakkan demi
melahirkan sebuah negara yang demokrasi. Badan kehakiman
patut berfungsi dengan bebas tanpa sebarang pengaruh asing. 
   5) Pilihanraya merupakan suatu kaedah demokrasi untuk
memimilh kerajaan untuk memerintah sesbuah negara. Kerajaan
yang mendapat mandat akan memerintah selama satu penggal.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  memainkan peranan yang
sangat penting dalam mengadakan pilihan raya. Setiap kawasan
pilihan raya adalah berbeza dari segi saiz dan bilangan pengundi.
Ia adalah tidak semestinya kekal untuk selama-lamanya. Ia boleh
berubah mengikut keperluan semasa. Satu daripada tugas
Suruhanjaya Pilihan raya ialah mempersempadankan kawasan
pilihan raya. 
                 Dalam melaksanakan tugas ini SPR terikat dengan
empat prinsip yang ditentukan dalam Jadual 13 Perlembagaan
Malaysia. Pertamanya, perlu mengambil perhatian tentang
mustahaknya pemilih-pemilih diberi pelung-peluang kemudahan
yang berpatutan untuk mengundi. Bahagian-bahagian pilihan raya
patutlah dipersempadan supaya tidak memasuki sempadan-
sempadan Negeri dan perlu diberi perhatian tentang kesulitan
bahagian-bahagian pilihan raya- Negeri memasuki sempadan
bahagian-bahagian pilihan raya. Perhatian juga perlu diberi
perhatian tentang kemudahan-kemudahan pentadbiran yang boleh
didapati dalam bahagian-bahagian pilihan raya itu untuk
mengadakan jentera yang perlu bagi pendaftaran dan mengundi.
Bilangan pemilih-pemilih dalam setiap satu bahagian pilihan raya
dalam sesuatu negeri patut lebih kurang sama banyaknya kecuali
bahawa memandang kepada lebih besar kesulitan untuk sampai
kepada pemilih-pemilih dalam daerah-daerah kampung dan lain-
lain kesukaran yang dihadapi oleh bahagian-bahagian pilihan raya
di luar bandar termasuk keluasan bahagian-bahagian itu perlu
diberi pertimbangan. SPR juga perlu memberi perhatian  tentang
kesulitan-kesulitan yang akan timbul dangan perubahan-
perubahan bahagian-bahagian pilihan raya, dan juga tentang
memelihara hubungan tempatan.
                Persempadanan ini adalah sangat penting. Bilangan
pengundi akan bertambah atau pun berkurang di sesuatu kawasan
dalam tempoh masa lima tahun. Ini dapat dilihat di negara kita
apabila kerajaan Pakatan Harapan meluluskan usul had umur
mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun. Disebabkan
perubahan faktor umur ini, akan berlaku ketidakseimbangan
bilangan pengundi  di sesuatu kawasan undi. Ini boleh
menyebabkan sesuatu kawasan itu didominasi oleh parti tertentu
atau kaum tertentu sahaja. Lebih banyak kerusi Parlimen dan DUN
yang baru juga boleh diwujudkan. Ini akan memberi peluang
pemilihan lebih ramai wakil rakyat.  
               Dengan membuat persempadanan semula, kita dapat
mengimabangi kepesatan pembangunan di kawasan bandar yang
berkepadatan tinggi. Ini boleh membantu meningkatkan taraf hidup
masyarakat serta merancakkan pembangunan kawasan setempat.
langkah ini adalah sangat penting terutamanya untuk negeri yang
besar seperti Sabah dan Sarawak. Dengan adanya
persempadanan semula, demokrasi boleh dipelihara.
2)   Perkara 5  hingga Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan
memberikan hak dan kebebasan kepada rakyat di Malaysia.
Perkara 10, memberi kebebasan bercakap, berhimpun dan
menubuh persatuan. Perkara 10 menyatakan bahawa setiap
warganegara mempunyai hak untuk bebas bercakap
bagi mengeluarkan buah fikiran, berhimpun secara aman dan
berhak  menubuhkan persatuan. Kebebasan bercakap dihadkan
kepada kata-kata yang tidak menjadi fitnah, kata-kata yang tidak
menjadi hasutan, kata-kata yang tidak menghormati mahkamah
atau yang melanggar hak keutamaan Parlimen dan Dewan
Undangan Negeri. Sesiapa yang menyebut, menulis,
mencetak,menjual atau menyiarkan perkataan-perkataan yang
mempunyai maksud hasutan dan menyoal perkara-perkara sensitif
seperti hak istimewaan orang Melayu dianggap sebagai
melakukan kesalahan mengikut undang-undang dan mereka boleh
dihukum sehingga lima tahun penjara atau denda sebanyak
RM5000. Warganegara juga berhak untuk berhimpun secara
aman tanpa bersenjata. 
                  Sungguhpun demikian, perhimpunan yang terdiri
daripada 15 orang atau lebih adalah haram disisi undang-undang
jika maksudnya adalah untuk menggunakan kekerasan jenayah
bagi menakutkan kerajaan atau pihak yang berkuasa. Di
samping itu juga, isu-isu sensitif tidak boleh dibangkitkan dalam
perhimpunan dan pengucapan umum. Selain itu, setiap
warganegara Persekutuan berhak menubuhkan persatuan dengan
syarat persatuan tersebut tidak mengugat
kepentingan,keselamatan dan ketenteraman awam. Sesebuah
persatuan itu akan dibatalkan pendaftarannya sekiranya difikirkan
pertubuhan itu digunakan untuk maksud yang memudaratkan
kepentingan keselamatan Persekutuan dan keamanan awam.
Agak sukar untuk sesebuah masyarakat dan negara untuk
bergerak ke hadapan sekiranya hak mereka untuk bersuara tidak
dihormati dan dipenuhi. 
                 Kebebasan individu untuk bersuara  penting bagi
mengekalkan semangat demokrasi yang telah lama diamalkan di
Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.
Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di
Malaysia. Sebarang jenis peruntukan undang-undang yang ingin
digubal oleh kerajaan perlu selari dengan prinsip dan semangat
Perlembagaan Persekutuan. Sekiranya ia tidak selari dengan
prinsip dan semangat Perlembagaan Persekutuan, maka
peruntukan undang-undang itu boleh diisytiharkan sebagai terbatal
atau tidak sah. 
                  Di negara kita, kebebasan bersuara masih dipelihara.
Ini dapat dilihat apabila kerajaan telah telah menghapuskan Akta
Keselamatan Dalam Negeri 1960.  Akta yang membolehkan
kerajaan menangkap dan menahan seseorang tanpa bicara
selama dua tahun dimansuhkan bagi memberi kebebasan lebih
besar kepada proses kebebasan bersuara dan berpolitik. Kerajaan
menggantikannya dengan SOSMA (Rang Undang-undang
Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012. Namun
SOSMA jelas berbeza dengan ISA kerana ia menjamin hak
tertuduh untuk mengetahui sebab tangkapan dan harus
dihadapkan di Mahkamah dalam tempioh 28 hari selepas
tangkapan. 
                 Pada 2012, kerajaan juga telah meminda Akta Mesin
Cetak dan Penerbitan 1984 yang dikatakan menyekat kebebasan
penulis dan penerbit akhbar. Dengan adanya pemindahan, kini
seseorang penerbit boleh mencabar keputusan Menteri Dalam
Negeri di mahkamah. Pemindahan Akta Universiti dan Kolej
Universiti 1971 (AUKU) memberi peluang kepada pelajar universiti
untuk terlibat dalam politik tanpa sekatan.  
                Kebebasan bersuara adalah amat penting kepada
sesebuah negara. Dengan adanya kebebasan bersuara, rakyat
dapat memberi pendapat atau penyelesaian kepada sesebuah
masalah. Pada era media sosial ini, rakyat negara kita lebih bebas
mengemukakan pendapat mereka terus kepada pihak kerajaan
tentang sesebuah dasar negara tanpa sebarang halangan. Ini
merupakan satu langkah positif ke arah negara demokrsi dan
maju.

4) Ekonomi sesebuah negara adalah bergantung kepada urusan


kewangan. Menteri kewangan dan Ketua Audit Negara
memainkan peranan yang amat penting dalam urusan kewangan
negara. Menurut Perkara 106, Perlembagaan Persekutuan, Ketua
Audit Negara  perlu mengaudit  akaun-akaun bagi Persekutuan
dan bagi negeri-negeri dan perlu menyediakan laporan
mengenainya. Selain itu, seorang Ketua Audit Negara hendaklah
melaksanakan apa-apa tugas lain dan menjalankan apa-apa
kuasa sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang
persekutuan berhubung dengan akaun-akaun bagi Persekutuan
dan akaun-akaun bagi negeri-negeri dan berhubung dengan
akaun-akaun bagi pihak-pihak berkuasa awam lain dan akaun-
akaun bagi badan-badan yang dinyatakan melalui perintah yang
dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.
                 Amanah Ketua Audit Negara dipersoalkan apabila
mengendalikan kes-kes yang berprofil tinggi. Kredilibiliti dan
integriti Ketua Audit Negara dipersoalkan dalan isu 1MDB baru-
baru ini. Menurut bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin
Buang  berlaku perbincangan untuk meminda Laporan
Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 24
Februari 2016. Mesyuarat pertama itu yang dipanggil oleh bekas
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan berlangsung di
Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya.
               Beliau berkata, Perdana Menteri memaklumkan
kepadanya  dalam mesyuarat itu bahawa Perdana Menteri tidak
berpuas hati dengan kandungan Laporan Pengauditan 1MDB
yang akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang
Negara (PAC). Pada mesyuarat itu juga, Perdana
Menteri menyatakan bahawa beliau tidak mahu dua versi penyata
kewangan 1MDB yang berbeza dikemukakan dalam Laporan
Pengauditan 1MDB. Perdana Menteri meminta supaya isu
perbezaan dua penyata kewangan 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) tidak dimasukkan dalam Laporan Pengauditan
akhir syarikat pelaburan strategik negara.
              Bekas Perdana Menteri itu kemudian dikatakan berjanji
untuk menyelesaikan masalah itu di mana Ketua Audit Negara,
Tan Sri Ambrin Buang (kini bekas) kemudian menyatakan
kesediaan untuk menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Laporan
Pengauditan 1MDB pada 24 Februari 2016. Mesyuarat
penyelarasan yang membabitkan wakil 1MDB dan tujuh agensi
berkaitan bagi membincangkan pindaan kepada laporan
pengauditan dan ia diarahkan oleh Perdana Menteri sendiri. Di
akhir mesyuarat itu, empat isu dipersetujui untuk dipadamkan
daripada laporan pengauditan termasuk isu dua penyata
kewangan berbeza.
              Dalam situasi seperti ini, Ketua Audit Negara terpaksa
mengikut arahan daripada pihak eksekutifnya. Walaupun mereka
sedar sesuatu kesalahan, mereka terpaksa mengikut birokrasi.
Walaubagaimana pun, segala tindakan adalah tertaklhluk kepada
undang-undang. Kes 1MDB ini akan menjadi seperti penanda aras
untuk bidang kuasa Ketua Audit Negara.  

1) Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang


tertinggi negara kita. Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum
masyarakat. Peruntukan yang berhubung dengan hak-hak
istimewa orang Melayu dimaktubkan di dalam Perlembagaan
Malaysia di bawah Perkara 153. Perkara 153 (1) menyebut
bahawa, adalah menjadi tanggungjawab Yang di Pertuan Agong
memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra
mana-mana negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan-
kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

               Hak keistimewaan yang diberi kepada orang-orang


bukan Melayu untuk menjadi warganegara tanah melayu yang
sekaligus memberikan mereka hak milik ke atas negara ini
haruslah diimbangkan dengan satu perakuan bahawa hak-hak
orang Melayu akan mendapat keistimewaan sebagai penduduk
asal dan mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada negara
dan kerajaan. Pelaksanaan Perkara 153, Perlembagaan
Persekutuan ini dapat dilihat di negara kita dalam tiga perkara
yang utama iaitu, menentukan perezapan bagi orang Melayu dan
Bumiputra mana-mana Negeri-negeri Sabah dan
Sarawak, mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam
termasuk perkhidmatan awam sesuatu negeri dan mengenai
biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau
latihan yang seumpamanya atau lain-lain kemudahan khas yang
diberi  oleh Kerajaan Persekutuan.
                Demi meningkatkan ekonomi kaum Melayu dan
bumiputra, permberian lesen bagi menjalankan apa-apa tred atau
perniagaan, dan perezapan permit dan lesen itu diutamakan.  Ini
adalah bermaksud dalam melaksanakan peruntukan-peruntukan di
bawah perkara hak-hak istimewa orang Melayu, hak-hak sah
kaum-kaum lain juga tidak boleh diketepikan atau
dirampas. Peruntukan ini terkandung dengan jelas di bawah
Perkara 153(9), ‘Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini
boleh memberi kuasa kepada parlimen untuk menyekat
perniagaan atau tred semata-mata bagi maksud perezapan untuk
orang Melayu dan bumiputra mana-mana Negeri-negeri Sabah
danSarawak’. Peruntukan ini dengan jelas menghalang apa-apa
juga bentuk diskriminasi ke atas orang-orang bukan
Melayu. Perkara ini adalah untuk mengelak berlakunya
diskriminasi yang tidak adil kepada orang-orang bukan Melayu. Ini
adalah penting bukan sahaja dari sudut keadilan sosial tetapi juga
dari segi hubungan antara kaum dan kestabilan politik. 
          Selain itu,  perkara seperti jawatan dalam perkhidmatan
awam Persekutuan. Perlembagaan menyebut bahawa jumlahnya
ialah ‘suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan
Agong’ . Walaupun jumlah ini tidak dijelaskan, tetapi amalan
pengambilan kakitangan perkhidmatan awam yang dilakukan di
Malaysia adalah mengikut nisbah 1:4. Setiap seorang bukan
Melayu yang diambil ke dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan,
maka empat tempat lagi dikhaskan kepada orang Melayu
dan Bumiputra. Dalam aspek penyertaan dalam bidang ekonomi
pula, selepas Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada tahun
1970, kerajaan menetapkan sasaran sekurang-kurangnya
30 peratus penyertaan Bumiputra dipastikan. Jumlah ini ditetapkan
oleh kerajaan yang memerintah atas nama Yang di Pertuan
Agong, kerana kuasa eksekutif kerajaan adalah terletak kepada
kabinet. 
           Sementara itu di bawah Perkara153 (8A), Perlembagan
menambah bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh mengarahkan
pihak berkuasa Universiti, Maktab atau Yayasan pelajaran yang
memberi pelajaran pasca Sijil Pelajaran Malaysia
menetapkan sejumlah perezapan tempat untuk orang Melayu dan
bumiputra Sabah dan Sarawak. Program matrikulasi diwujudkan
untuk menambah bilangan pelajar bumiputera ke universiti awam.
Langkah kerajaan mengekalkan kuota dan meningkatkan jumlah
pengambilan pelajar adalah selaras dengan matlamat asal
program matrikulasi, iaitu menggalakkan pelajar dalam kalangan
Bumiputera melanjutkan pengajian dalam bidang sains dan
teknologi, selain membuka peluang lebih luas kepada mereka
menyambung pelajaran di universiti awam. Perezapan ini
pada masa sekarang lebih dikenali sebagai kuota kemasukan ke
Institusi Pendidikan Tinggi Awam. Amalan yang biasa berlaku
ialah 55 peratus tempat untuk Melayu dan Bumiputra dan 45
peratus bukan Melayu. Walaupun Perlembagaan memberi
peruntukan berkenaan hak-hak istimewa orang Melayu, Perkara
153 juga menetapkan bahawa hak-hak sah kaum-kaum lain juga
dijamin dan berada di bawah peliharaan yang di Pertuan Agong. 
                  Dalam soal ini juga Perlembagaan mengambil
pendekatan yang begitu baik dalam menjaga sensitiviti
masyarakat beragama yang bukan menganut agama Islam.
Mereka dibenar dan dijamin oleh Perlembagaan mengenai hak
dan kebebasan menganut dan mengamal agama mereka. Agama
sudah membentuk satu konsep penting dalam Perlembagaan
Persekutuan. Ketika penggubalan Perlembagaan tidak lupa
hubungan antara penganut agama.
                   Sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai
kaum masyarakat, peranan perlembagaan dan  Yang di-Pertuan
Agong memainkan peranan yang  sangat penting. Sifat bertolak
ansur dan nilai hormat menghormati mewujudkan sebuah negara
yang harmoni dan maju.

Anda mungkin juga menyukai