Anda di halaman 1dari 30

PUSAT PENGAJIAN PSIKOLOGI DAN PEMBANGUNAN

MANUSIA

TAJUK KAJIAN

KEPUASAN KERJA, TAHAP STRES DAN STRATEGI


DAYA TINDAK DALAM KALANGAN KAKITANGAN
DAN MEMAHAMI SUKADUKA MENJADI PENJAGA
WARGA TUA DI RUMAH SERI KENANGAN (RSK),
SEREMBAN.

DISEDIAKAN OLEH

ZULKIFLI BIN JUSOH A133913

DR.KHADIJAH ALAVI (PENYELIA)

1
BAB 1

PENDAHULUAN

Bab ini membincangkan tentang latar belakang kajian, permasalahan kajian, tujuan kajian,
kesignifikan kajian, definisi konsep, model kajian dan hipotesis kajian.

1.1 PENGENALAN

Jumlah populasi dunia pada tahun 2002 mencecah 6,227,966 juta orang. Daripada jumlah
tersebut, sebanyak 7.1% terdiri dari warga emas yang berumur 65 tahun ke atas. Trend
peningkatan ini menunjukkan berlaku peningkatan di dalam kualiti hidup warga emas kesan
dari penjagaan kebersihan, pengawalan pencemaran alam sekitar, pemakanan yang lebih baik
dan kemudahan kesihatan yang disediakan negara mereka (United Nations, 2002).Pertubuhan
Kesihatan sedunia (WHO) telah menganggarkan akan terdapat lebih satu bilion warga emas
di seluruh dunia menjelang tahun 2020. Kira-kira 700 juta darinya adalah tinggal di negara
membangun. Statistik yang dikeluarkan oleh United Nations Population Fund (UNFP) pada
tahun 2002 mendapati bilangan penduduk yang berusia 20-44 tahun adalah lebih ramai
berbanding dengan warga emas yang berusia 65 tahun ke atas iaitu sebanyak 2.3 bilion
berbanding dengan setengah bilion bagi golongan warga emas. Namun arah aliran demografi
bagi penduduk yang berumur 15 tahun ke bawah semakin menurun bagi negara maju dan
negara membangun. Manakala arah aliran demografi bagi penduduk yang berumur lebih 65
tahun semakin meningkat. Ini adalah kesan daripada peningkatan kualiti hidup yang turut
mempengaruhi peningkatan jangka hayat penduduk.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, terdapat 2.4 juta
warga emas di Malaysia hari ini, iaitu kira-kira lapan peratus penduduk negara. Jabatan
Statistik mensasarkan bilangan ini bertambah menjadi 3.2 juta 10 tahun lagi. Apabila
bilangan warga emas menjadi 9.5 peratus komposisi penduduk negara pada 2035, maka
Malaysia secara rasmi menjadi negara masyarakat tua seperti Jepun dan Singapura. Bilangan
warga emas (mereka berumur 60 tahun ke atas) semakin meningkat kerana jangka hayat yang
lebih lama, berikutan kualiti hidup dan kemudahan perubatan yang lebih baik. Secara purata,
jangka hayat wanita negara kita ialah 78 tahun dan lelaki 76 tahun. Keadaan ini mempunyai
implikasi yang besar terhadap negara. Di peringkat keluarga, ia bermakna anak-anak perlu

2
memastikan penjagaan kepada orang tua mereka. Kos penjagaan, terutama kesihatan,
pemakanan dan perubatan, mungkin meningkat pada masa depan. Oleh kerana peningkatan
warga tua, pelbagai pusat jagaan ditubuhkan oleh kerajaan mahupun pihak swasta untuk
menampung bilangan warga tua dan keperluan kakitangan juga semakin meningkat. Dalam
masa yang sama pekerja di intitusi terbabit contohnya Rumah Seri Kenangan yang
ditubuhkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat menghadapi pelbagai tekanan dan cabaran
dalam menguruskan keperluan warga tua di intitusi tersebut.

Menurut Kamus Oxford, tekanan berlaku apabila unsur-unsur yang mendesak atau
menekan telah melebihi keupayaan kita untuk menanganinya dan mendefinisikan tekanan
sebagai desakan, usaha, tuntutan, ke atas keupayaan fizikal atau mental. Cara kita
menghadapi tekanan yang dialami amat penting bagi menentukan kesihatan mental dan
fizikal. Tekanan merupakan sebahagian daripada kehidupan setiap insan, setiap golongan
masyarakat tidak mengira usia akan berisiko untuk mengalami tekanan. Cuma yang
membezakannya adalah cara setiap individu tersebut untuk mengendalikan tekanan dalam
kehidupannya. Tekanan yang serius akan mempengaruhi aspek psikologi dan fisiologi
seseorang individu. Daripada aspek psikologi contohnya, individu yang mengalami tekanan
mempunyai daya tumpuan yang lemah, bingung dan cepat marah. Manakala daripada aspek
fisiologi seseorang yang mengalami tekanan akan mengalami sakit kepala, insomnia, tekanan
darah tinggi dan sakit jantung.

Risiko kerja yang Reaksi terhadap tekanan: Kesan jangka masa


berkaitan dengan Psikologikal panjang:
tekanan: Tingkahlaku Terhadap pekerja :
Bebanan kerja tinggi Reaksi emosi Tekanan/stres darah
Kawalan yang rendah Reaksi kognitif tinggi
Kurang sokongan Kecelaruan efektif
Pekerjaan yang tidak Gangguan metabolisme
selamat Ketagihan alkohol
Masa bekerja yang Gangguan otot
panjang Terhadap majikan dan
Gaji rendah organisasi :
Menjejaskan kehadiran
Menjejaskan reputasi
dan produktiviti kerja
Ciri-ciri individu: Meningkatkan
Jantina penggantian masa dan
Umur tenaga
Pendidikan Meningkatkan kos
Persaingan
Memberi komitmen yang melampau
Keyakinan diri
Mementingkan kesempurnaan “perfectionist”
3
Rajah 1: Model kepada faktor dan sebab akibat kepada tekanan yang berkaitan
dengan pekerjaan (Kompier & Marcelussen, 1990).

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (2006), di Malaysia golongan warga tua


yang ditakrif sebagai penduduk yang berumur 60 tahun ke atas, merupakan 5.7% dari jumlah
penduduk atau 745,200 pada tahun 1980. Ia telah meningkat ke 6.2% atau 1.5 juta pada tahun
2000 dan dijangka akan mencapai 10% atau 3.4 juta menjelang tahun 2020. Pada masa itu,
Malaysia akan memasuki kategori negara menua mengikut jangkaan Bangsa-bangsa Bersatu
dan lebih daripada 7% penduduk akan berumur 65 tahun dan ke atas. Oleh itu dalam aspek
penjagaan warga tua dan peningkatan jumlah warga tua di pusat-pusat jagaan menyebabkan
permintaan terhadap pekerja untuk berhidmat di pusat-pusat jagaan meningkat. Namun begitu
dalam menjaga warga tua memerlukan kesabaran yang tinggi dan mempunyai kemahiran
dalam menguruskan tekanan dan tahu membezakan masalah personal dan masalah di tempat
kerja.

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Pada asalnya, tekanan kerja boleh berlaku disebabkan oleh kedua-dua aspek yang berpunca
daripada organisasi dan pekerjaan. Pekerja biasanya bertanggungjawab dalam menguruskan
tekanan (Cooper & Sutherland, 2000). Hal ini disebabkan oleh sikap pekerja yang mungkin
terbawa-bawa masalah peribadi dan keluarga ke tempat kerja, begitu juga beban kerja yang
dibawa balik ke rumah (Rousseau, 1978). Apabila hal ini berlaku, ia boleh mendatangkan
kesan yang negatif kepada meraka yang terlibat dan memberikan kesan kepada organisasi. Di
peringkat organisasi yang terlibat dalam penjagaan warga tua, induvidu akan mengalami
kecelaruan, gangguan terhadap operasi, prestasi dan produktiviti akan menurun serta
memberi kesan kepada penjagaan warga tua.

Lazimnya, terdapat pelbagai sebab yang mempengaruhi berlakunya tekanan di tempat


kerja antaranya ialah ketidakpuasan yang berlaku mengenai kerja, gaji, peraturan, dan
sebagainya. Menurut Beehr & Newman (1978), tekanan kerja yang berlaku disebabkan oleh
ketidakseimbangan antara keperluan, keupayaan dan keinginan serta personaliti seseorang
dengan tuntutan persekitaran. Kajian mengenai isu bebanan kerja dan hubungan tekanan kerja
dan strategi daya tindak di tempat kerja sering menjadi topik kajian di kalangan pengkaji
tempatan dan luar negara. Isu-isu ini juga boleh berlaku di kalangan kakitangan di Rumah

4
Seri Kenangan. Ekoran daripada bebanan yang dihadapi dalam menjaga warga tua adalah
amat berat yang mana boleh menyebabkan seseorang induvidu tersebut menghadapi tekanan
kerana warga tua tidak seperti ramaja yang mana tahu menguruskan diri sendiri. Penjagaan
warga tua memerlukan kesabaran dan persediaan mental serta fizikal yang mencukupi kerana
terpaksa melayan pelbagai kerenah yang timbul pada setiap hari.

Kebanyakkan pekerja di pusat jagaan terdedah kepada risiko untuk


menghadapi tekanan kerja disebabkan oleh kepuasan terhadap kerja semakin menurun kerana
bebanan yang ditanggung oleh pekarja tersebut. Begitu juga dengan kadar bayaran gaji oleh
sesebuah institusi penjagaan tersebut yang mana tidak sepadan dengan bebanan kerja. Malah
ia juga perlu mengambil kira taraf hidup pada masa sekarang dan keperluan sosial seseorang
tersebut atau pun keluarga yang perlu dipenuhi untuk menjalankan kehidupan seharian. Ini
juga merupakan salah satu faktor yang boleh mendatangkan tekanan kepada seseorang
tersebut. Warga tua sering dikaitkan dengan pelbagai masalah seperti nyanyuk dan kutu
rayau. Perkara ini pasti terdapat punca yang menyebabkan mereka menjadi seperti itu.
Banyak faktor yang mendorong anak-anak menghantar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan
masyarakat dan membiarkan ibu bapa mereka bersendirian di rumah jagaan itu. Mereka
memberi alasan tersendiri berbuat demikian walaupun ada yang mendakwa melakukannya
demi kebaikan dan keselesaan ibu bapa. Ada anak yang mendakwa menghantar ibu bapa ke
rumah kebajikan bagi memastikan mereka mendapat layanan sempurna seperti makan dan
minum terurus kerana anak sendiri tidak mempunyai banyak masa berbuat demikian.
Tanggung jawab ini dilepaskan kepada pusat jagaan dan memberi kesan kepada penjaga
warga tua. Hal ini menyebabkan tanggungjawab penjaga akan lebih bertambah, kemudiannya
memberikan tekanan kepada penjaga yang terpaksa menjaga warga tua.

Seterusnya, kebiasaannya warga tua akan mengalami masalah kesihatan yang serius.
Hal ini disebabkan oleh sistem saraf manusia dan kecekapan tubuh badan menjadi merosot
akibat usia yang lanjut. Rentetan itu, warga tua akan mengalami masalah kesihatan seperti
strok . Hal ini demikian kerana, punca epilepsi dalam kalangan tua. Arteri semakin
menyempit atau menjadi beku (clog) apabila usia meningkat, mengakibatkan kekurangan
aliran darah dan oksigen dalam sesetengah bahagian otak. Kadang-kala pendarahan berlaku
dalam otak. Ini akan membawa kepada tekanan kepada penjaga warga tua kerana terpaksa
menjaga dan mnguruskan dengan Seterusnya, isu masalah mental juga sering dikaitkan
dengan warga tua. Antara punca warga tua(mikro) menerima masalah mental ini disebabkan
persekitaran(mezzo) mereka. Dalam kata lain, persekitaran yang kurang selesa, keadaan

5
mereka yang tertekan, keperluan mereka tidak mencukupi dan lain-lain. Keadaan seumpama
ini telah menyebabkan warga tua berasa tertekan dan apabila masalah mereka sukar untuk
diselesaikan sistem saraf otak mereka juga akan menyebabkan mereka mengalami masalah
mental disebabkan imun saraf otak tidak berfungsi, hampir keseluruhan warga tua di RSK
mengalami masalah ini.

Isu yang sukar ditemui oleh warga tua ini iaitu kes-kes yang berkaitan dengan jenayah
seperti penculikan, rasuah, menjual dadah, membunuh dan merogol dan ramai di kalangan
warga tua di Rumah Seri Kenangan merupakan bekas banduan yang mengakhiri sisa
hidupnya di pusat jagaan. Perkara seperti ini memberikan tekanan dalam menguruskan warga
tua yang mana mereka lebih bersikap degil dan terpaksa bertahan dengan karenah mereka.
Kebanyakkan pekerja di pusat jagaan berhenti kerja disebabkan tekanan yang dihadapi dan
tidak mampu menanggung tekanan tersebut. Masalah mental warga tua ini bukan sahaja
membahayakan dirinya sendiri malah membahayakan orang lain termasuk penjaga di RSK
kerana terdedah kepada pelbagai ancaman yang perlu ditempuhi demi memastikan warga tua
mendapat jagaan yang sempurna.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Secara keseluruhannya, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap tekanan, kepuasan
kerja dan starategi daya tindak pekerja di RSK Seremban. Manakala objektif amnya, kajian
ini dijalankan bagi :

1. Mengenalpasti tahap stres dalam kalangan pekerja di rumah seri kenangan.


2. Mengkaji tahap kepuasan pekerja di Rumah Seri Kenangan.
3. Mengkaji strategi daya tindak dan daya tahan ( resilience ) dalam kalangan
pekerja di Rumah Seri Kenangan.
4. Memahami suka duka menjadi pengurus/ penjaga warga tua di rumah seri
kenangan

6
1.4 SKOP KAJIAN

1.4.1 Kajian yang hendak dijalankan

Kajian yang hendak dijalankan adalah untuk melihat sejauhmana tekanan kerja yang dialami
oleh kakitangan di pusat jagaan Rumah Seri Kenangan, Seremban dan hubungannya dengan
tahap kepuasan kerja yang dialami. Biar pun organisasi ini dibawah badan kerajaan, akan
tetapi organisasi ini terlibat dengan penjagaan dan tidak terlepas untuk mendapat tekanan
ketika berurusan dengan masyarakat lebih-lebih lagi berkaitan dengan penjagaan warga tua
yang menghadapi pelbagai masalah.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini cuba membincangkan tentang tekanan kerja yang dihadapi oleh seseorang pekerja
dan hubungannya dengan aspek kepuasan kerja yang bakal diperolehi serta strategi daya
tindak. Secara praktikalnya kajian ini membolehkan majikan mengetahui aspek mana yang
menjadi punca kepada tekanan kerja di kalangan pekerja dan dapat mengatahui strategi daya
tindak yang sesuai diguna pakai oleh pekerja apabila berhadapan dengan tekanan kerja yang
menyebabkan perkerja berhenti kerja. Secara tidak langsung majikan dapat melakukan
perubahan atau meningkatkan aspek-aspek dengan mengambil kira kepentingan pekerja-
pekerja. Oleh itu majikan juga boleh menyusun semula pembahagian tugas terhadap pakerja
bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi.

Tekanan kerja telah mendapat perhatian yang serius daripada pengkaji-pengkaji


memandangkan kehidupan sebagai manusia akan menghabiskan sebahagian usia pada
pekerjaan dan di tempat kerja. Ini kerana pekerjaan memenuhi sebahagian daripada
kehidupan kita sama ada dari segi masa atau pun kepentingan. Malah kajian tekanan telah
menjadi kajian yang sangat diminati dan semakin meluas kerana ia melibatkan dimensi yang
boleh dikaji secara mendalam, sebagai contoh punca-punca tekanan, strategi daya tindak,
personality, dan kepuasan kerja.

Dapatan kajian yang diperolehi juga diharapkan boleh menjadi bahan rujukan dan
bahan bacaan dalam menambahkan pemahaman terhadap penjagaan warga tua. Selain itu
juga melalui hasil kajian ini sedikit sebanyak dapat memberikan maklumat dan panduan yang

7
berguna kepada organisasi-organisasi yang terlibat dalam pengurusan dan penjagaan warga
tua. Kajian ini juga boleh dijadikan sumber rujukan kepada pengkaji yang berminat berkaitan
dengan isu ini secara lebih meluas pada masa akan datang. Malah sebagai bakal pekerja
sosial, secara tidak langsung kajian ini boleh diaplikasikan dalam melakukan praktis terhadap
klien sekiranya terdiri daripada warga tua. Seterusnya ia menjadi panduan untuk membina
kekuatan mental dan kesabaran serta membina cara tindak dalam menghadapi tekana yang
akan datang dalam menguruskan wargga tua. Oleh itu, secara tidak langsung dapat
menambahkan ilmu terutama dari aspek bidang kerja sosial yang semakin diperlukan dan
semakin meluas pada masa kini menjelang masa hadapan.

1.6 DEFINISI KONSEP

Dalam bahagian ini, tiga konsep utama ditakrifkan. Dua konsep tersebut ialah tekanan kerja,
kepuasan kerja dan strategi daya tindak.

1.6.1 Tekanan

Menurut Cox (1978), tekanan atau stress dalam Bahasa Inggeris berasal dari perkataan
stringere yang bermaksud tegang atau ketat. Manakala tokoh yang popular mengkaji
meengenai tekanan ialah Hans Selye. Beliau telah menjalankan kajian saintifik bagi
menerangkan tentang proses penyakit yang disebabkan oelh tekanan. Hans Selye
menjelaskan bahawa badan kita akan mengalami beberapa perubahan untuk menggerakkan
mekanisma pembelaan dan mempertahankan diri daripada kesakitan ketika berhadapan
dengan tekanan. (Cooper et. al., (1987) dalam Mazwin, 1994).

Tidak kira sama ada punca tekanan itu positif atau negatif yang mengancam atau
menyakitkan, seseorang itu dapat meramalkan satu set reaksi yang umum daripadanya.
(Selye, (1978). Reaksi fisiologi dan psikologi dalam satu set dikenali sebagai Sindrom
Penyesuaian Umum (General Adaptation Syndrome, GAS). Terdapat tiga peringkat
perubahan dalam GAS, iaitu amaran (alarm), penentangan (resistance) dan kelesuan dan
keletihan (exhaustion)
Menurut Selye, badan bersedia untuk berhadapan atau cuba melarikan diri dari
sumber tekanan pada peringkat amaran. Jika badan kita merasa diberi amaran (ancaman.
cabaran dan ransangan) tekanan berterusan, seseorang itu akan beralih ke peringkat

8
penentangan untuk membuat penyesuaian dalaman agar dapat mengembalikan keseimbangan
psikologinya atau fisiologinya.

Tanda-tanda emosi, respirasi dan denyutan jantung mula merosot tetapi kandungan
hormon-hormon yang berkaitan tekanan timbul pada peringkat penentangan ini. Pada tahap
ini, seseorang akan cuba menggelakkan atau menentang punca tekanan melalui beberapa
tindakan dan membetulkan semula pemikirannya supaya dapat mengurangkan situasi yang
tegang tersebut. Jika individu tersebut berjaya bertindak ke atas ancaman tersebut, individu
itu akan dikecualikan melalui tahap yang ketiga iaitu kelesuan. Jika tekanan berterusan,
situasi akan beralih kepada tahap yang ketiga iaitu kelesuan, dan individu yang gagal
mewujudkan mekanisme bela diri, maka badannya terpaksa tunduk kepada gejala tekanan.
Dalam tempoh masa yang panjang, individu tersebut boleh menjadi sakit. Hal ini amat
berbahaya kerana tekanan yang dihadapi boleh menyebabkan kematian.

1.6.2 Tekanan kerja

Institut Kebangsaan Kesihatan dan Keselamatan Amerika Syarikat dan keselamatan Amerika
Syarikat (1999) mendefinsikan tekanan kerja sebagai kecederaan fizikal dan emosi apabila
menunaikan tuntutan di tempat kerja. Individu pekerja tidak ada keupayaan da kekurangan
sumber serta kekurangan keperluan. Menurut Dardon (1999), tekanan kerja merupakan reaksi
tubuh badan kerana meningkatnya tekanan daripada luaran atau dalaman. Menurut Dardon
lagi, tekanan adalah akibat desakan kuat yang memaksa individu agar menjalankan mindanya
(menggunakan fikiran) dan tubuh badan semaksimum yang mungkin bagi meningkatkan
produktiviti atau cuba mengatasi keletihan bekerja, melambat-lambatkan, di mana perkara itu
menyusahkan pekerja untuk menyiapkan tugas mengikut jadual serta cuba untuk mencapai
matlamat tersebut.

Menurut Jaafar Muhamad (2000) menjelaskan tekanan kerja sebagai suatu yang
mempengaruhi gerak balas fisiologi dan tingkahlaku yang tidak disukai. Tekanan adalah hasil
reaksi penyesuaian seseorang terhadap sesuatu ransangan persekitaran yang mana seseorang
itu perlu memberi perhatian yang lebih atau melampau secara fizikal dan psikologikal.
Menurut Suruhanjaya Eropah, Direktorat-Ketua Pekerjaan dan Hal Ehwal Sosial member
takrifan tekanan kerja merupakan reaksi emosi, kognitif, tingkahlaku dan psikososial kepada
kebencian dan bahaya dari aspek kerja, persekitaran tempat kerja dan organisasi kerja.

9
Suruhanjaya Kesihatan dan keselamatan, United Kingdom (1999) mendenfinisikan tekanan
sebagai reaksi seseorang pekerja terhadap tekanan tuntutan kerja yang berlebih-lebihan ke
atas mereka.

1.6.3 Kepuasan Kerja

Secara umumnya kepuasan kerja dapat didefinisikan sebagai kepusan yang dinikmati oleh
pekerja dari pekerjaan mereka. Menurut Fleishmen & Bass (1971) kepuasan kerja adalah satu
tindak balas efektif pekerja terhadap kerjanya. Kepuasan kerja itu dianggap sebagai hasil
daripada pekerja dalam hubungannya dengan nilai sendiri seperti apa yang dikehendaki atau
diharapkan daripada pekerjanya. Menurut Smith, Kendall dan Hulin (1969), kepuasan kerja
bermaksud ukuran seseorang terhadap keseronokan bekerja dan juga dirujuk kepada reaksi
afektif individu terhadap aspek tertentu daripada pekerjaan yang dilakukan seperti kerja
sendiri, gaji, penyelia dan juga rakan sekerja.

Kepuasan kerja merupakan suatu emosi positif atau perasaan keseronokan hasil
penilaian seseorang terhadap kerjanya. (Locke (1976) dalam Mohamad Yunus, 2000). Situasi
emosi individu tersebut dipengaruhi oleh kesan interaksi dengan persekitaran kerja di
sekelilingya. Sumber kepuasan kerja ini hasil daripada persepsi seseorang terhadap keperluan
satu-satu nilai kerja dan setakat mana nilai ini selari dengan keperluan seseorang tersebut.
Menurut Locke lagi, sikap positif terhadap pekerjaan menyebabkan kepuasan kerja
sebaliknya sikap negatif disamakan dengan ketidakpuasan kerja. Kepuasan kerja merupakan
hal yang bersifat individual. (Moh As’ad, 1981). Setiap individu mempunyai tahap kepuasan
yang pelbagai sesuai dengan sistem nilai dalam dirinya. Situasi ini wujud kerana setiap
individu mempunyai perbezaan tersendiri. Sekiranya didapati banyak aspek-aspek dalam
pekerjaan yang sesuai dengan kemahuan individu tersebut, maka semakin tinggi tahap
kepuasan yang dirasai, begitu juga sebaliknya.

Kepuasan kerja boleh diklasifikasikan sebagai kesan pembalikan reflective dari


pengalaman pekerja dan persepsinya terhadap tempat kerja tersebut. Kepuasan kerja juga
merupakan kesan pembolehubah yang sebahagiannya adalah disebabkan oleh pengalaman
tekanan kerja yang pernah individu tersebut alami. Tahap kepuasan kerja seseorang pekerja
itu tidak dijangka untuk selaras atau kongruen dengan tahap kerja yang dialami oleh kerana

10
penilaian kepuasan kerja dilakukan berdasarkan kepada persepsi kerja terhadap ciri-ciri kerja
di dalam tempoh masa (Kavanagh et. Al, 1981).

1.6.4 Strategi Daya Tindak

Dalam kehidupan kita, apabila menghadapi tekanan kita akan berusaha untuk
melawan atau cuba untuk mengelak daripadanya. Tindakan yang baik dan berkesan akan
dapat mengurangkan kesan yang wujud akibat daripada tekanan dan ini bergantung kepada
induvidu tersebut bagaimana untuk mengurangkan tekanan. Usaha induvidu bertindak
terhadap tekanan ini bermaksud cara induvidu tersebut menggunakan strategi daya tindak.
Monat dan Lazarus (1977) mengatakan bahawa daya tindak merupakan usaha untuk
mengendalikan keadaan atau situasi yang melebihi takat (darjah) sumber penyesuaian dan
hubungan antara pemilihan strategi daya tindak dengan tekanan adalah lebih kompleks tetapi
pada asasnya daya tindak boleh membawa kepada kesan positif seperti mngurangkan
kebimbangan dan symptom psikosomatik, meningkatkan kepuasan kerja dan meningkatkan
daya tahan untuk kekal dalam organisasi.

Definisi operasi bagi strategi daya tindak ialah cara dan tindakan yang akan dilakukan
oleh seseorang individu untuk menangani tekanan kerja yang dialami. Individu akan
bertindak balas terhadap tekanan untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi. Cara daya
tindak berbeza pada setiap individu dalam bertindak balas terhadap tekanan berkemungkinan
disebabkan faktor genetik, pengalaman zaman kanak-kanak yang mana telah membentuk
daya tindak yang tersendiri terhadap tekanan, keadaan tekanan yang dialami dan akibat
daripada penegasan yang diberikan oleh orang lain contohnya ibu bapa dalam menstabilkan
cara daya tindak seseorang (taylor dan Aspinwall 1996). Menurut Jackson dan Bosma (1990),
cara daya tindak boleh didefinisikan sebagai tindak balas yang biasa dan stabil terhadap
sesuatu kejadian atau situasi yang merupakan hasil proses kognitif yang melibatkan penilaian
terhadap kehendak sesuatu situasi, adptasi dan kemungkinan sesuatu tidak balas serta
penilaian semula situasi berkaitan dengan tingkah laku ( dalam Smith et al. 1996).

Latack (1986) menyatakan bahawa daya tindak merujuk kepada tingkah laku yang
digunakan oleh seseorang dari kemudaratan yang disebabkan oleh tekanan. Oleh itu terdapat
satu persetujuan bahawa daya tindak merujuk kepada tingkah laku mengawal keadaan atau
situasi yang memberikan ancaman, kemudaratan dan cabaran yang disebabkan tekanan.
Menurut Folkman dan Lazarus (1980) mendapati bahawa daya tindak boleh dilihat dari

11
pelbagai pendekatan kepada konsep dan seterusnya kepada penilaian. Daya tindak boleh
didefinisikan bagaimana reaksi induvidu terhadap tekanan atau bagaimana individu
mengatasi perkara yang member tekanan dan menggung keteganan tersebut yang berlaku
dalam kehidupan seharian. Secara umumnya, individu akan menggunakan empat strategi
daya tindak terhadap tekanan iaitu :

1. Mengubah situasi tertentu


2. Mendapat lebih maklumat sebelum bertindak
3. Menerima sahaja peristiwa yang berlaku
4. Menangguhkan kerja-kerja yang perlu dilakukan

Billing dan Moos (1981) menyatakan strategi daya tindak secara umumnya boleh
dibahagikan kepada tiga iaitu:-

a) Strategi penilaian iaitu menilai dan mengubah pandangan diri keatas situasi
yang dialami.
b) Strategi penyelesaian masalah yang mana mengambil tindakan secara
langsung dari mengatasi tekanan atau masalah yang tertekan.
c) Strategi emosi merupakan daya tindak yang berhubung kait dengan perasaan
atau strategi daya tindak yang menguruskan emosi yang timbul oleh masalah.

Brenner (1985) membahagikan proses daya tindak kepada dua;

a) Daya tindak iaitu reaksi yang berlaku secara tiba-tiba dan berlaku dalam
jangka masa yang singkat
b) Adaptasi menunjukkan jenis daya tindak yang berlaku secara jangka masa
panjang ke atas interaksi dengan persekitaran.

12
1.7 HIPOTESIS KAJIAN

Dalam kajian ini terdapat empat pemboleh ubah yang dibina bagi melaksanakan objektif
kajian. Hipotesis yang dibina adalah seperti berikut:

Hipotesis 1:

Terdapat hubungan yang signifikan diantara tekanan kerja dengan kepuasan kerja di
kalangan pekerja di Rumah Seri Kenangan.

Hipotesis 2:

Terdapat hubungan yang signifikan diantara tekanan kerja dengan daya tindak di
kalangan pekerja di Rumah Seri Kenangan.

Hipotesis 3:

Terdapat hubungan yang signifikan diantara tekanan kerja dengan daya tahan
( resilience ) dalam kalangan pekerja di Rumah Seri Kenangan.

Hipotesis 4:

Terdapat kesan intraksi yang signifikan diantara tekanan kerja dengan faktor tempoh
perhidmatan ke atas strategi daya tindak.

13
y/-vc
IE
m
fF
K
phdL
C
w
toT
uS
nglibH
sP
kerjaM
1.8 Kerangka Teori

Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih model tekanan kerja yang telah diketengahkan oleh
Cooper, C.L Sloan, S.J & William, SP (1988). Model ini mengkaji sebab dan akibat yang
menyebabkan seseorang atau sesebuah kumpulan mengalami tekanan kerja. Model kajian ini
adalah seperti dalam rajah 1.8.1 iaitu Model Tekanan Kerja.

1.8.1 Model Tekanan Kerja

14
Il
m
fz
,h
/c
B
u
H
O
v
ijM
P
tg
o
p
d
n
a
s
rk
b
e
K Rajah 1.8.1 Model Tekanan Kerja

Sumber : Cooper, C. L., Sloan, S. J. dan William, S, 1988, Occupational Stress

Indicator Management Guide, NFER-NELSON.

15
BAB 2

2.1 KAJIAN LEPAS

Bab ini membincangkan kajian lepas yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji tempatan
dan luar Negara.

2.2 Kajian dalam negara

Kajian Chua Bee Seok dan Muhammad Haji Yusuf (2001) telah dilakukan untuk melihat
strategi daya tindak dan sumber tekanan pekerjaan di kalangan pekerja kilang yang
mengalami masalah kesihatan mental dan fizikal. Kajian ini member tumpuan kepada strategi
daya tindak untuk menangani sumber-sumber tekanan yang dialami oleh pekerja golongan
pertengahan umur. Kajian ini melibatkan seramai 161 orang responden pekerja kilang di kota
Kinabalu, Sabah. Hasil kajian mendapati semua aspek strategi daya tindak akan digunakan
oleh subjek yang tinggi masalah tekanan mental dan masalah fizikal. Manakala bagi mereka
yang rendah masalah kesihatan mental dan fizikal dinyatakan bahawa terdapat beberapa
strategi daya tindak yang sesuai digunakan bagi menangani sumber tekanan yang tertentu
sahaja. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang positif antara strategi
daya tindak dengan sunber tekanak iaitu sokongan sosial, strategi tugas, logic, hubungan
kerja dengan keluarga, pengurusan masa, keterlibatan, kesihatan mental dan fizikal. Kajian
ini juga menyatakan bahawa responden yang mengalami masalah mental yang rendah
menggunakan satu atau pun lebih strategi daya tindak untuk menangani sumber tekanan yang
instrinsik dalam pekerjaan seperti tempat kerja yang tidak selesa dan berisiko.

Khairul Bariah (2003) telah menjalankan kajian untuk melihat hubungan tekanan
kerja dengan aspek kepuasan kerja dan strategi daya tindak dengan aspek kesihatan mental
dan kesihatan fizikal di kalangan jururawat di hospital swasta. Keputusan kajian
menunjukkan tidak terdapat perbezaan tekanan kerja di kalangan jururawat hospital swasta
dari segi taraf perkahwinan, taraf akademik, dan pengalaman kerja. Manakala, tekanan kerja
mempunyai hubungan negatif yang signifikan antara kepuasan kerja, daya tindak, tahap
fizikal dan kesihatan mental.

16
Ruziyatun Ab. Kadir (2007) telah menjalankan kajian tekanan kerja dan strategi daya
tindak di kalangan pekerja di Institusi Agama Islam di Negeri Sembilan. Seramai 62 orang
kakitangan awam yang bertugas di Institusi Agama Islam di Negeri Sembilan telah terlibat
dengan kajian ini. Keputusan mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan strategi daya tindak
yang signifikan diantara jantina. Hasil kajian ini juga mendapati terdapat hubungan positif
yang signifikan diantara punca tekanan dan strategi daya tindak di kalangan pekerja.

Narimah Bt Abdul Razak (2003) telah menjalankan kajian terhadap 160 orang
jururawat hospital kerajaan dan swasta. Kajian ini dilakukan untuk melihat hubungan diantara
tekanan kerja dengan kepuasan kerja dan kesannya terhadap strategi daya tindak. Dalam
kajian ini juga beliau mengunakan Occupational Stress Idicator (OSI) dan hasil kajian
mendapati bahawa tekanan kerja mempunyai hubungan positif dengan strategi daya tindak
dan tiada perbezaan tekanan kerja mengikut faktor-faktor demografi kecuali umur.

Kajian juga dilakukan di bank oleh Lim Lee Lee (2001) yang mana untuk melihat
hubungan tekanan kerja dengan kepuasan kerja, kesihatan mental dan fizikal dan strategi
daya tindak. Kajian ini juga melihat perbezaan tekanan kerja mengikut faktor demografi iaitu
jantina, jawatan bekerja, taraf perkahwinan, dan taraf akademik. Seramai 100 orang subjek
yang terdiri daripada pekerja Bank Pertanian Malaysia, Kuala Lumpur telah menyertai kajian
ini. Keputusan yang diperolehi dari pada kajian ini tidak menunjukkan perbezaan tekanan
kerja di kalangan pekerja-pekerja bank dari segi jantina, jawatan, taraf perkahwinan, dan taraf
akademik. Manakala, tekanan kerja mempunyai hubungan negative dengan pembolehubah
iaitu kepuasan kerja dan kesihatan mental. Tekanan kerja juga menunjukkan hubungan yang
signifikan dengan kesihatan mental dan strategi daya tindak di kalangan pekerja bank.

Rosli Hassan (1996) telah menjalan kajian mengenai faktor yang menyebabkan
tekanan di tempat kerja. Kesan-kesan tekanan dalam kerja dengan menggunakan 123 subjek
digunakan dan terdiri daripada kakitangan yang berhidmat di kaunter Jabatan Negara
Malaysia. Hasil kajian ini mendapati bahawa punca-punca tekanan tidak mempunyai
hubungan yang signifikan dengan jantina kecuali faktor komunikasi di tempat kerja.
Hubungan antara taraf perkahwinan dengan faktor tekanan kerja adalah tidak signifikan
kecuali faktor bentuk pekerjaan sekarang. Hubungan faktor tekanan kerja dari tarsf
pendidikan dan jawatan tidak mempunyai hubungan yang signifikan.

Lain pula kajian yang dijalankan oleh Gan Kim Leong (1993) yang mana beliau
memfokuskan mengenai punca-punca tekanan kerja, kesan-kesan tekanan kepada kesihatan

17
dan ketidakpuasan kerja bagi jurutera perunding di Lembah Kelang. Daripada kajian ini
beliau mengenal pasti enam punca tekanan kerja iaitu terlalu banyak kerja, kekurangan
autonomi, halangan informasi, konflik interpersonal, kemajuan kerjaya, janina dan
pendapatan mempunyai hubungan positif yang signifikan bagi kesihatan mental. Kesihatan
mental pula mempunyai hubungan negatif yang signifikan dengan ketidakpuasan kerja.

Kajian Kie Sieh Jin (2005) telah di jalankan untuk melihat hubungan antara tekanan
kerja dan strategi daya tindak dengan menggunakan OSI. Kajian ini melibatkan seramai 48
oreng pekerja di sebuah organisasi bukan kerajaan. Kajian ini juga melihat faktor-faktor
seperti pengaruh umur, jantina, bangsa, teraf perkahwinan, taraf akademik dan tempoh
bekerja. Hasil kajian mendapati tiada hubungan yang signifikan antara tekanan kerja dengan
strategi daya tindak. Tekanan kerja dan strategi daya tindak ini tidak mempunyai hubungan
yang signifikan dengan faktor-faktor demografi melainkan hubungan positif yang signifikan
antara strategi daya tindak dengan umur.

2.3 Kajian Luar Negara

Siu, Spector, Cooper dan Donald (2001) telah menjalankan kajian untuk melihat perbezaan
umur dengan daya tindak dan lokus kawalan. Seramai 634 orang pengurus di Hong Kong
dengan menggunakan kaedah persempelan secara rawak. Dapatan kajian ini mendapati umur
berhubungan secara positif dengan kesejahteraan iaitu kepuasan dan kesihatan mental.
Pengurus yang sudah berusia dilaporkan mengalami kurang sumber tekanan, lebih baik dari
segi daya tindak dan mempunyai lokus kawalan mendalam.

Kajian yang dijalankan oleh Cartwright et al. (1996) mengenai ‘adakah


kemungkinan terdapat kesan tekanan kerja ke atas kejadian kemalangan di kalangan pemandu
kereta syarikat’ telah dijalankan kepada 236 orang responden. Tahap tekanan ini dibahagikan
kepada dua kumpulan iaitu accident free (ACCF) dengan accident involved (ACCI) dan
dijadikan sebagai perbandingan. Keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa tidak
terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tekanan di antara dua kumpulan itu dari segi
demografi. Manakala bagi kepuasan kerja, kesihatan mental, dan fizikal, punca tekanan dan

18
lokus kawalan juga menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan di antara dua kumpulan
tersebut. Hasil kajian ini juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dari segi kadar
tinggi dan rendah kemalangan antara syarikat. Manakala bagi strategi daya tindak didapati
terdapat perbezaan dari segi sokongan sosial. Kajian ini membuktikan bahawa tekanan kerja
berpotensi sebagai faktor utama pembabitan dalam kemalagan.

Langan-Fox dan Poole (Dalam Narimah binti Abdul Razak 2003) telah menjalankan
kajian untuk melihat tekanan kerja dalam satu kumpulan wanita Australia. Responden terdiri
daripada 163 orang yang menjadi pengurus dan ahli professional. Kajian ini dijalankan untuk
memahami kesan pekerjaan dan peranan keluarga. Hasil kajian ini mendapati bahawa
peranan isteri mempunyai skor min yang tinggi bagi peranan paling tertekan. Wanita-wanita
yeng mempunyai tiga orang anak atau lebih dilaporkan mempunyai status keibubapaan
dikatkan dengan sakit kepala, keletihan, lebihan makanan dan menghisap rokok serta
mengambil alcohol. Namun demikian kumpulan ini juga secara signifikannya mempunyai
skor tinggi bagi kepuasan kerja. Mereka yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun lebih
cenderung untuk melibatkan diri dalam kerja sepenuh masa bagi mengelakkan minat terhadap
aktiviti seksual. Wanita yang belum berkahwin kurang menderita daripada kesihatan mental
berbanding wanita yang sudah berkahwin dan juga merupakan kumpulan wanita yang
memperolehi skor yang tinggi dalam tingkahlaku jenis A.

Beena dan Poduval (1992) telah menjalankan kajian tentang menentukan tekanan
kerja yang dialami oleh golongan eksekutif di Kanada mengikut faktor-faktor jantina dan
umur. Kajian ini terdiri daripada 40 orang eksekutif lelaki dan 40 orang eksekutif wanita
yang berumur 24 hingga 45 tahun. Hasil kajian ini mendapati bahawa golongan lelaki lebih
agrasif dan anti-sosial, tetapi strategi daya tindak meraka aktif. Manakala golongan wanita
pula lebih professional tetapi meraka mengamalkan strategi daya tindak yang pasif.

19
BAB 3

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Bahagian ini menerangkan metod yang digunakan dalam kajian ini seperti reka bentuk,
subjek, tempat, alat ukuran, cara permakatan, prosedur kajian dan analisis data.

3.1 Reka bentuk kajian

Kajian ini dijalankan menggunakan dua kaedah iaitu kaedah tinjauan dan temubual (in-depth
interview). Kerlinger (1986) menyatakan bahawa reka bentuk kajian yang digunakan dalam
penyelidikan adalah bertujuan untuk mendapatkan data dan maklumat bagi menjawab
persoalan kajian. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kajian soal selidik. Maklumat-
maklumat yang dikaji adalah berkaitan dengan data-data demografi subjek, tekanan kerja dan
strategi daya tindak. Kaedah secara deskriptif dan infrense digunakan untuk analisa data yang
diperolehi. Manakala kaedah temubual atau kualitatif pula digunakan untuk mengkaji
induvidu. Menurut Burn (dalam Mustapha et. Al, 2005), penggunaan kaedah kualitatif amat
sesuai digunakan bagi kajian yang melibatkan pemerhatian terhadap individu, sekumpulan
manusia, sekolah,keluarga,komuniti, peristiwa dan budaya. Malah menurut Merriem (dalam
Mustapha et. Al, 2005), kajian kes dapat meningkatkan kefahaman yang lebih mendalam
mengenai subjek yang dikaji dan mementingkan output atau hasil berkenaan. Oleh itu lebih
banyak maklumat yang akan diperolehi dimana perasaan, pengalaman, dan peristiwa
pengurus di pusat jagaan warga tua dapat diselami dengan mendalam.

3.2 Lokasi kajian

Kajian ini dijalankan di Rumah Seri Kenangan Cheras. Ia merupakan salah satu projek di
bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bertujuan member jagaan dan
perlindungan kepada warga tua yang berusia 60 tahun keatas, masih boleh menjaga diri
sendiri, tiada penyakit berjangkit, tidak mempunyai sanak saudara dan tempat tinggal yang
tetep. Sebanyak 9 buah RSK di Malaysia dan RSK Cheras menjadi pilihan pengkaji untuk
menjalankan kajian. Manakala jumlah pekerja yang menguruskan warga tua di RSK seramai
85 orang.

20
3.3 Persempelan kajian

Untuk kajian ini pengkaji telah memilih sempel yang terdiri daripada semua kakitangan dan
sukarelawan yang berhidmat dan terlibat dengan penjagaan warga tua di Rumah Seri
Kenangan, Cheras. Seramai 85 responden akan dinilai menggunakan Occupational Stress
Idicator (OSI) dan 5 responden yang terdiri daripada pegawai berpangkat di RSK untuk
ditemu bual. Kajian ini dijalankan untuk melihat tekanan kerja dan penggunaan strategi daya
tindak di kalangan kakitangan di Rumah Seri Kenangan yang mana terlibat dengan penjagaan
warga tua.

3.4 Instrumen kajian

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan ialah borang soal selidik. Alat kajian yang
digunakan ialah Occupational Stress Idicator (OSI) yang diperkenalkan oleh Cooper et. Al.
(1988). Alat kajian ini telah digunakan secara meluas di kalangan pengkaji untuk melihat
tekanan kerja. Secara keseluruhannya alat kajian OSI ini mempunyai enam skala iaitu skala
punca tekanan kerja, skala kepuasan kerja, skala kesihatan mental dan fizikal, skala
personaliti, skala lokus kawalan dan stategi daya tindak.

Daripada enam skala tersebut yang telah diperkenalkan dan dikembangkan oleh
Cooper et, Al. (1988) pengkaji memilih hanya dua skala sahaja untuk menjalankan kajian ini
iaitu punca skala punca-punca tekanan kerja dan skala stretegi daya tindak.

Borang soal selidik ini mempunyai tiga bahagian borang soal selidik yang terdiri
daripada tiga bahagian iaitu Bahagian A maklumat diri responden, Bahagian B, mengandungi
soalan berkaitan tahap tekanan pekerjaan dan Bahagian C, bagaimana anda mengendalikan
tekanan yang anda alami ( daya tindak ).

21
Bahagian A : Maklumat Diri Responden

Bahagian A ini adalah mengenai latar belakang responden kajian. Bahagian ini mengandungi
maklumat seperti jantina, agama, bilangan tanggungan, umur, bangsa, taraf perkahwinan,
tempoh perhidmatan dan pendapatan.

Bahagian B : Skala Punca-Punca Tekanan Kerja Occupational Stress Idicator (OSI)

Soal selidik OSI ini asalnya diterbitkan dalam bahasa inggeris. OSI ini kemudiannya telah
diterjemahkan diterjemahkan ke dalam bahasa melayu denagn menggunakan kaedah ‘back
translation’ seperti yang diajukan oleh Brislin (1970). Terjemahan dari manual asal OSI ke
bahasa melayu dibuat oleh Mohammad Haji Yusuf, Abdul Halim Othman, Chua Bee Seok
dan Sapora Sipon (2002). Cara penterjemahan ini telah digunakan kerana ianya lebih
sistematik seperti yang dinyatakan di rajah 2.1.

Rajah 2.1 : Proses Penterjemahan Borang Soal Selidik OSI

Bahasa Asal Bahasa Kedua Bahasa asal

(bahasa Inggeris) (bahasa melayu) Semakan (bahasa inggeris)

Sumber: Brisling, W. R. et al. (1970)

Melalui persepsi yang dinyatakan oleh responden tekanan kerja diukur sebagai berpotensi
rendah, sederhana, dan tinggi dalam memberikan tekanan kepada meraka. Skala punca-punca
tekanan ini mengandungi 61 item. Setiap item mempunyai 6 jawapan yang berbentuk skala
likert yang memberikan market 1 hingga 6 seperti yang ditunjukkan di jadual 2.1. Skala ini
mengukur punca-punca tekanan kerja dengan melihat markah yang diperolehi oleh setiap
responden bagi setiap item. Jika markah yang diperolehi adalah tinggi maka respnden
dipersepsikan sebagai mempunyai tekanan kerja yang tinggi. Manakala semakin rendah
markah yang diperolehi maka responden mengalami tekanan kerja yang rendah. Markat
setiap responden dikira berdasarkan jumlah skor keseluruhan yang diperolehi. Skor minimum
adalah 61 dan skor maksimum adalah 366.

22
Jadual 2.1 : Markat Jawapan Bagi Skala Punca Tekanan Kerja

Jawapan Markat

Sangat pasti ia sebagai punca 6


Pasti ia sebagai punca 5
Umumnya ia sebagai punca 4
Umumnya ia bukan sebagai punca 3
Pasti ia bukan sebagai punca 2
Sangat pasti ia bukan sebagai punca 1

Skala punca-punca tekanan yang terdapat dalam OSI adalah item-item yang digunakan untuk
mengukur gagasan punca-punca tekana yang dialami oleh responden ditempat kerja. Skala ini
dibina berdasarkan enam subskala punca tekanan. Subskala punca-punca tekanan kerja ini
melibatkan pekerja itu sendiri, peranan pengurus, perhubungan interpersonal, struktur dan
iklim organisasi, kerjaya dan pencapaian dan halangan dan rumah seperti rajah 2.2

Jadual 2.2 : Subskala Punca-Punca Tekanan Kerja

Subskala Nombor Item


Faktor-faktor intrinsic kepada pekerjaan 1,8,14,20,33,36,40,47,55
Peranan pengurus 2,9,15,24,31,38,44,45,51,57
Hubungan interpersonal 5,6,17,18,26,27,34,37,50,56
Struktur dan iklim organisasi 11,12,16,22,23,28,35,42,48,53,61
Kerjaya dan pencapaian 3,10,25,30,32,39,52,54,58
Halangan kerja dan rumah 4,7,13,19,29,41,43,46,49,59,60

Bahagian C : Skala Strategi Daya Tindak Occupational Stress Idicator (OSI)

Bahagian B dalam soal selidik ini adalah mengukur stretegi daya tindak responden. Skala ini
mengandungi 28 item. Setiap item mempunyai jawapan yang berbentuk skala linkert yang
diberi markat 1 hingga 6 seperti yang ditunjukkan di jadual 2.3. Item-item ini berbentuk
23
strategi-strategi untuk menangani tekanan yang dihadapi oleh responden. Markat setiap
responden dikira berdasarkan jumlah skor keseluruhan yang diperolehi. Skor minimum
adalah 28 dan skor maksimum adalah 168.

Jawapan Markat

Digunakan amat meluas oleh saya 6


Digunakan meluas oleh saya 5
Digunakan secara seimbang oleh saya 4
Tidak digunakan secara seimbang oleh saya 3
Jarang digunakan oleh saya 2
Tidak pernak digunakan oleh saya 1

Terdapat enam subskala bagi skala strategi daya tindak iaitu sokongan sokongan
sosial, strategi-strategi tugas, logik, hubungan rumah dan kerja, masa dan penglibatan seperti
yang dinyatakan di dalam jadual 2.4

Jadual 2.4 : Subskala Strategi Daya Tindak

Subskala Nombor Item


Sokongan sosial 6,12,18,28
Strategi tugas 5,15,20,21,23,24,27
Logik 8,10,22
Penglibatan 2,4,14,16,19,26
Masa 1,3,9,25
Hubungan rumah dan kerja 7,11,13,17

3.5 KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UJIAN OCCUPATIONAL STRESS


INDICATOR (OSI)

Realibiliti boleh didefinisikan sebagai kekekalan markat dari individu sama ada apabila diberi
ujian yang sama pada masa yang sama atau berlainan (Anastasi 1982). Kaplan dan Saccuzzo
(1982) menyatakan bahawa nilai pekali kebolehpercayaan yang tinggi adalah diantara 0.70
keatas. Alat kajian yang digunakan haruslah mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi bagi
mendapatkan keputusan yang signifikan dengan tujuan kajian. Nilai alfa yang menghampiri

24
1.0 adalah dianggap tinggi. Ini menunjukkan data alat kajian sangat boleh dipercayai kerana
tekal dan seragam dalam mengukur gagasan yang diukur (Iran Herman 2004).

Data-data yang diperolehi telah diuji kebolehpercayaannya dengan menggunakan


teknk Alfa Cronbach. Berdasarkan kepada nilai alfa yang diperolehi menunjukkan OSI yang
digunakan dalam kajian ini mempunyai nilai pekali kebolehpercayaan yang tinggi seperti
yang ditunjukkan di jadual 3.5.1. data alat kajian OSI ini boleh dipercayai kerana tekal dan
seragam dalam mengukur gagasan yang diukur. Teknik ini merupakan formula yang
dicadangkan oleh Cronbach (1952) dan ianya sesuai bagi alat ukuran yang menggunakan
format pelbagai pilihan jawapan seperti skala likert.

Jadual 3.5.1 : Nilai Pekali Alfa Cronbach Bagi Skala Punca Tekanan Dan Strategi Daya
Tindak

Skala Nilai Alfa Cronbach (a)


Punca-punca tekanan kerja 0.964
Strategi daya tindak 0.898

Dapatan nilai pekali kebolehpercayaan yang tinggi dalam kajian ini membuktikan alat kajian
ini baik dan sesuai dengan kajian-kajian tempatan lain dengan menggunakan OSI. Kajian
yang dijalankan oleh Nor Khamsiah Binti Abdul Ghani (2004) memperolehi nilai pekali
kebolehpercayaan bagi skala punca tekanan kerja adalah 0.75 dan 0.84 bagi skala strategi
daya tindak. Manakala kajian yang dijalankan oleh Zuraini Bte Musa (2004) memperolehi
nilai pekali kebolehpercayaan bagi skala punca-punca tekanan kerja OSI adalah 0.94 dan
strategi daya tindak pula 0.85. Begitu juga dengan kajian yang dijalankan oleh Ong Hui Lan
(2002) memperolehi nilai pekali kebolehpercayaan bagi skala punca tekanan kerja ialah 0.96
dan skala strategi daya tindak 0.87.

3.6 PROSEDUR KAJIAN

Sebelum pengkaji menjalankan, perbincangan dengan penyelia akan diadakan untuk


mengemukakan cadangan tajuk kajian, alat kajian, subjek kajian dan tempat kajian. Apabila
mendapatkan persetujuan daripada penyelia. Pengkaji terlebih dahulu mendapatkan kajian-
kajian lepas mengenai stress dan daya tindak pekerja di organisasi dan institusi. Bahan-bahan
bagi kajian lepas didapati melalui Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL), buku-buku ilmiah,

25
Pusat Sumber Psikologi dan Pembanggunan Manusia, serta laman sesawang yang
menyimpan jurnal-jurnal yang berkaitan. Hal ini penting bagi pengkaji sebelum memulakan
kajian di kawasan lapangan kerana ia membantu dalam memahami secara lebih mendalam
kepada objektif kajian yang ingin dikaji dan melihat hasil kajian pengkaji-pengkaji yang
lepas.

3.7 Kaedah Mengumpulkan Data

Sebelum memulakan kajian di kawasan lapangan, pengkaji terlebih dahulu meninjau dan
membuat penilaian terhadap tempat yang ingin dikaji. Setelah itu pengkaji telah menghantar
surat permohonan untuk menjalankan kajian kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
untuk mendapatkan kebenaran menjalankan kajian di RSK Seremban. Hal ini kerana institusi
tersebut terletak dibawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mendapatkan
persetujuan daripada pihak JKM. Pengkaji telah melampirkan bersama kertas kerja kajian dan
set protocol soal selidik kepada pihak JKM untuk mendapatkan persetujuan. Setelah
mendapatkan persetujuan daripada pihak JKM, pengkaji telah pergi ke lokasi kajian dan
berurusan dengan panguasa RSK Seremban untuk mendapatkan bantuan dalam menguruskan
kakitangan yang lain disana. Pengkaji bersama penguasa di RSK Seremban telah berbincang
terlebih dahulu mengenai responden yang diperlukan oleh pengkaji dan peraturan-peraturan
yang perlu diketahui oleh pengkaji semasa berurusan dengan pekerja di institusi tersebut.
Semasa kajian dijalankan oleh pengkaji, responden telah dimaklumkan mengenai tujuan
kajian ini dan cara-cara untuk menjawab setiap bahagian dalam soal selidik. Responden juga
dimaklumkan bahawa boring soal selidik yang diisi akan dirahsiakan dan hanya digunakan
bagi tujuan ilmiah.

3.8 ANALISIS DATA

Kajian ini menggunakan program Statistic Package For Social Science For Window Version
12.0 (SPSS XII) untuk menganalisis data yang diperolehi. Terdapat dua kaedah statistik yang
digunakan untuk menganalisis data kajian iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi.

26
Kaedah statistik deskriptif yang digunakan adalah bertujuan untun melihat taburan
kekerapan, peratusan, purata dan min. Manakala statistik inferensi pula digunakan bertujuan
menguji hipotesis kajian. Kaedah Kolerasi Pearson digunakan untuk melihat hubungan
diantara pembolehubah terikat dengan pembolehubah bebas. Anova Dua Hala digunakan
melihat kesan interaksi tekanan kerja mengikut faktor demografi ke atas strategi daya tindak.

RUJUKAN

Atan Long, 1978. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

27
Brief, A. P., Schuker, R. S. & Sell, M.V. 1981. Managing Job Stress. Canada: Little
Brown and Company. Boston Toronto.

Beehr, T. A & Newman, 1983. Psychological Stress in The Workpalce. London:


Routledge.

Billingsley, B. S. dan Cross L. H. (1992). Predictors of commitment, job satisfaction


and intent to stay in teaching: A comparism of general and special aducators.
The Journal of Special Educational, 25 (4): 453-471.

Billing, A. G. & Moos, R. H, (1984). Coping, Stress And Social Resources Among
Adults With Unipolar Depression. Journal Of Personality & social
Psychology. 46 (4): 877-871

Brenner, S., Serbon, & Walliues, E. (1985). The Stress Chain:A Longitudinal
Confirmatory Study Of Teachers Stress, Coping And Social Support. Jurnal Of
Occupation Psychology. 58: 1-13

Beena, C & Poduval, P.R. 1992. Gender Differences In Work Stress Of Executive.
Psychological Studies 37 (3): 109-113.

Cox, T. (1978). Stress London: McMillan Press Limited

Cartwright, S, Cooper, C. L. & Barron, A. 1996. The Company Car Driver,


Occupational Stress As A Predictor Of Motor Vehicle Accident Involvement.
Human Relations 49: 11-28.

Cooper, C. L., Sloan, S.J.& Williams, S. 1988. Occupational Stress Indicator


Management Guide. Windsor: NFER-Nelson.

Dessler, G. 1985. Human Behavior Improving Performance at work. Virginia:


Rostom Publishing Company Inc.

Gan Kim Leong. 1993. Job Stress Among Consulting Engineers. Latihan Ilmiah.
University Malaya.

Kyriacou, C. & Sutcliffe, J. 1978a. Amodel of teacher stress. Educational Studies. (4),
1-6.

28
Khairul Bariah Bt. Ishak. 2003. Tekanan Kerja, Kepuasan Kerja, Strategi Daya
Tindak Kesihatan Mental Dan Kesihatan Fizikal Di Kalangan Jururawat.
Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kiew Sieh Jin. 2005. Kajian Tekanan Kerja Dan Strategi Daya Tindak Di Kalangan
Pekerja di Organisasi Kerajaan Yang Menjalankan Kerja Sosial.
Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Lim Lee Lee. 2001. Tekanan Kerja Dikalangan Pekerja-Pekerja Bank Kerajaan: Satu
Kajian di Kuala Lumpur. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. As’ad. (1981). Psikologi Industri. Jakarta, Liberty Jogjakarta.

Narimah Bte Abdul Razak. 2003. Tekanan Kerja Jururawat: Kesan Terhadap Tekanan
Kerja Dan Kesannya Terhadap Strategi Daya Tindak di Kalangan Jururawat
Hospital Kerajaan Dan Swasta. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Rosli Bin Hassan. 1996. Stress Kerja: Kajian Kes Terhadap Kakitangan Bahagian
Kaunter di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia. Tesis Sarjana. Universiti
Malaya.

Ruziyatun Binti Abd. Kadir. 2007. Tekanan Kerja Dan Strategi Daya Tindak di
Kalangan Pekerja Di Intitusi Agama Islam Di Negeri Sembilan. Latihan
Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siu, O.L, Spector, P. E.,Cooper & Donal, I. 2001. Age Differences In Coping And
Lokus Of Control: A Study Of Managerial Stress In Hong Kong. Psychology
And Aging Vol 16(4): 707-710.

Schattner. P. L. & Coman., G, J. 1998. The stress of metropolitan general practice


Medical Journal of Australia,
http://www.mja.com.au/public/issue/aug3/schattnr/schattnr.
Html1.

Schultz, D. & Schultz, S. E. 1998. Psychology and work today; New Jersey: Prentice
Hall.

29
Smith P.B. 1994. The Effective of Japanase Style of Management: A review and
Critique. Journal of Occupational Psychology.

Vailland, G. E. 1979. Natural history of male psychological helath. New England


Journal of Medicine, 301, 1249-1254.

Zameri bin Ramli. 2002. Kepuasan Kerja dan Hubungannya Dengan Komitmen
Kepada Organisasi Di Kalangan Di Jabatan Hal Ehwal Pelajar Disalah Sebuah
Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan. 2002. Latihan Ilmiah. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

30

Anda mungkin juga menyukai