Anda di halaman 1dari 2

PERNYATAAN MASALAH

Teknologi tanpa wayar semakin berkembang. Telefon pintar semakin lama semakin mampu
menampung perkembangan teknologi tanpa awayar ini sehingga menjadikan telefon pintar
semakin berguna dalam kehidupan seharian manusia kini. Potensi teknologi tanpa wayar  ini
boleh dikembangkan dan digabungjalin dalam Pendidikan kini.

Ini kerana semua guru di Malaysia :

1. Mempunyai telefon pintar yang pelbagai namun semuanya menyokong teknologi tanpa
awayar
2. Dibekalkan telefon pintar oleh kementerian Pelajaran Malaysia
3. Semakin terasa kesuntukan masa untuk membahagikan masa dalam membuat pelbagai
ABM dan perancangan untuk pembelajaran dan pemudahcara di dalam kelas setiap hari
4. Kos bahan dan sumber pembelajaran seperti kertas, pensil warma, marker dan lain-lain
peralatan penting semakin meningkat
5. Keperluan untuk menghasilkan satu pembelajaran dan aktiviti pemudahcara yang
memerlukan pelbagai jenis bahan dan sumber
6. Pentadbir dan sekolah mempunyai pelbagai kekangan dalam menaiktaraf infrastruktur
fizikal bagi mengikut arus pendidikan terkini.
PENYELESAIAN MASALAH

Pihak sekolah mempunyai pelbagai jenis bilik dan ruang, namun semuanya sama dari segi
kebergantungan dengan sumber dan ruang fizikal yang terhad. Ini menyebakbkan pelabagi
masalah dan tekanan kepada guru.

Dicadangkan untuk diwujudkan satu  kelas tanpa wayar ( wireless classroom ). Ini adalah satu
kelas digital yang mengaplikasikan teknologi tanpa wayar dalam menaiktaraf kelas fizikal yang
ada. Dengan adanya teknologi ini menjadikan kelas tersebut tidak dibatasi oleh dinding, capaian
maklumat yang tidak terhad dan ruang digital yang tiada sempadan.  

APAKAH WIRELESS CLASSROOM


PENERANGAN WIRELESS CLASSROOM

Wireless Classroom adalah satu rangka kerja digital yang

1. Mengintergrasikan penggunaan gadget dalam kelas dan juga aktiviti pembelajaran dan
pemudahcara
2. Segala bahan, sumber dan latihan sebahagian besar adalah dalm bentuk digital
3. Penggunaan teknologi dipotimumkan dengan penentuan masa, ruang dan kebebasan
guru dalam menentukan sendiri jumlah masa penggunaan teknologi dalan PdPc dia.
4. Menggunakan secara berkesan telefon pintar yag guru ada dan juga telefon pintar yang
dibekalkan oleh KPM
5. Mempunyai prosedur yang jelas tentang cara, masa, Teknik dan juga tujuan penggunaan
gadget dalam kelas
KELEBIHAN WIRELESS CLASSROOM

1. Mengurangkan masa untuk kerja berulang


2. Pembelajaran aktif di kalangan pelajar mengikut perancangan guru
3. Memudahkan pengurusan hasil kerja kumpulan
4. Merekod pembelajaran dan pemudahcara dan juga hasil kerja sebagai portfolio
5. Penggunaaan telefon pintar adalah sebahagian daripada kelas biasa membolehkan
penerimaan pelajar dan guru yang lebIh baik
PROSEDUR PELAKSANAAN

1. Persediaan sebelum kelas


2. Set Induksi dan pengenalan kepada tajuk
3. Mereka, membuat dan melaksanakan pembelajaran dan pemudahcara
4. Pelaksanaan kelas abad 21
5. Persembahan dan juag pembentangan
6. Ulangkaji, berkongsi hasil kerja dan pendapat
7. Pemberian markah dan penilaian

TUJUAN PENGGUNAAN GADGET

Tujuan projek ini adalah untuk menwujudkan persekitaran yang kondusif antara pelajar dan
murid dengan menggunakan teknologi. Teknologi hanyalah sebagai alat, bukan tujuan projek.
Persekitaran yang ingin diwujudkan adalah persekitaran yang meberi peluang lepada pelajar
untuk mempunyai pengalaman pembelajaran yang bermakna.

Anda mungkin juga menyukai