Pemakluman Panduan Senarai Semak Pembukaan Sekolah 2021

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 6

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANDUAN PENGURUSAN PEMBUKAAN


SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021

1
1. Tujuan

Panduan ini disediakan untuk memberi perincian penggunaan


Senarai Semak Pengurusan Pembukaan Sekolah/Institusi
Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2021
kepada jabatan pendidikan negeri (JPN)/pejabat pendidikan daerah
(PPD)/sekolah.

Panduan ini bertujuan memberi penjelasan kepada


JPN/PPD/sekolah berkaitan pengurusan pembukaan
sekolah/institusi pendidikan supaya urusan pembukaan sekolah
tahun 2021 berjalan dengan lancar.

2. Objektif

Objektif senarai semak ini adalah seperti berikut:

i. Menjadi panduan bagi pengurusan pembukaan sekolah/institusi


pendidikan tahun 2021 kepada pihak sekolah/institusi
pendidikan.

ii. Memberi peringatan kepada pentadbir sekolah/institusi


pendidikan pengurusan COVID-19 supaya penularannya dapat
dikawal. Pematuhan kepada Garis Panduan Pengurusan dan
Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu dan Garis
Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Institut Pendidikan
Guru dan Kolej Matrikulasi dalam Norma Baharu harus
diamalkan oleh pentadbir sekolah/institusi pendidikan.

iii. Memastikan kelangsungan pembelajaran murid yang terkesan


disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan pada tahun 2020.

3. Kandungan Senarai Semak

Senarai Semak Pengurusan Pembukaan Sekolah/Institusi


Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2021

2
merangkumi aspek pengurusan yang perlu diambil perhatian
sebelum, semasa dan selepas pembukaan sekolah tahun 2021.
Senarai semak ini terbahagi kepada 10 Dimensi:

i. Dimensi 1 - Pengurusan Sekolah/Institusi Pendidikan;


ii. Dimensi 2 - Pengurusan Prasarana Sekolah/Institusi
Pendidikan;
iii. Dimensi 3 - Pengurusan Keselamatan Murid/Pelajar,
Guru/Pensyarah dan Warga Sekolah/
Institusi Pendidikan;
iv. Dimensi 4 - Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran;
v. Dimensi
\ 5 - Pengurusan Asrama/Kolej Kediaman;
vi. Dimensi 6 - Pengurusan Bantuan Persekolahan;
vii. Dimensi 7 - Pengurusan Peperiksaan dan Pentaksiran;
viii. Dimensi 8 - Pengurusan IPG dan Kolej Matrikulasi/Kolej
Vokasional;
ix. Dimensi 9 - Pengurusan Program Transisi Tahun Satu;
i. Program Transisi Tahun Satu 2021
bertujuan untuk menyediakan murid dari
aspek sosioemosi, sikap dan nilai serta
literasi dan numerasi awal bagi
menghadapi pendidikan formal di sekolah
rendah. Program ini mengambil kira
pembelajaran yang mencakupi
kandungan kurikulum prasekolah dan
Tahun Satu serta hendaklah
dilaksanakan bermula daripada
20 Januari 2021 sehingga 25 Mac 2021.
ii. Kit Program Transisi Tahun Satu 2021
boleh dimuat turun sebagai rujukan
melalui portal rasmi Bahagian
Pembangunan Kurikulum
http://bpk.moe.gov.my.

3
x. Dimensi 10 - Pengurusan Pelaksanaan Penjajaran
Kurikulum Versi 2.0.
i. Penjajaran Kurikulum Versi 2.0 ini
melibatkan penyusunan semula
kandungan (pengetahuan, kemahiran
dan nilai), pedagogi serta pentaksiran
berdasarkan hasil pembelajaran yang
dihasratkan bagi memenuhi keperluan
khusus mata pelajaran. Pihak sekolah
hendaklah menggunakan peruntukan
jam minimum setahun seperti yang
dinyatakan dalam surat pekeliling
ikhtisas yang sedang berkuat kuasa.
Surat Pemakluman Mengenai
Pelaksanaan Kurikulum Selari
Pembukaan Semula Sekolah, No.
Ruj.: KPM.100-1/3/1 Jld. 3 (20)
bertarikh 10 Julai 2020 adalah terbatal.
ii. Kit Penjajaran Kurikulum Versi 2.0 dan
Dokumen Penjajaran Kurikulum Versi
2.0 boleh dimuat turun sebagai rujukan
melalui portal rasmi Bahagian
Pembangunan Kurikulum
http://bpk.moe.gov.my.

4. Peranan dan Tanggungjawab

i. JPN

a. JPN membuat pemeriksaan terhadap kesiapsiagaan


pembukaan sekolah bawah pentadbiran masing-masing;

b. JPN memberi taklimat berkaitan senarai semak ini kepada


PPD; dan

4
c. JPN memastikan semua sekolah bawah pentadbiran
masing-masing bersedia dari aspek pengurusan fizikal,
keselamatan dan kebersihan, sumber manusia, PdP serta
pengurusan premis sebelum sesi persekolahan tahun
2021 bermula.

ii. PPD

a. PPD memastikan senarai semak ini disebar luas ke semua


sekolah;

b. PPD memberikan taklimat berkaitan senarai semak ini


kepada semua Pengetua dan Guru Besar; dan

c. PPD memastikan semua tindakan penambahbaikan telah


dilaksanakan oleh semua sekolah sebelum sesi
pembukaan sekolah.

iii. Pengetua dan Guru Besar

a. Pengetua dan Guru Besar menjadikan senarai semak ini


sebagai panduan untuk pengurusan pembukaan sekolah
tahun 2021;

b. Pengetua dan Guru Besar hendaklah mengisi senarai


semak ini dan memastikan sekolah bawah pentadbiran
mereka telah melaksanakan semua aspek yang tersenarai
dalam senarai semak sebelum sesi persekolahan tahun
2021 bermula; dan

c. Pengetua dan Guru Besar hendaklah membuat tindakan


penambahbaikan kepada perkara yang tidak akur kepada
arahan senarai semak.

5
5. Penutup

Panduan Pembukaan Sekolah/Institusi Pendidikan Bawah


Kementerian Pendidikan ini diharap dapat memberi penjelasan
kepada semua warga KPM dan pihak berkepentingan dalam urusan
persediaan pembukaan sekolah tahun 2021. Dengan adanya
panduan ini diharap semua pengurusan dan pentabiran sekolah
pada hari pertama persekolahan tahun 2021 dapat berjalan dengan
lancar.

Anda mungkin juga menyukai