Anda di halaman 1dari 6

HA TECHNICAL SERVICES SENDIRIAN BERHAD

PERANCANGAN KESELAMATAN (SAFETY PLANNING) PEMBINAAN BANGUNAN


24 BILIK DARJAH BARU DAN LAIN LAIN KEMUDAHAN DI SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN CHENGAL LEMPONG KUANTAN PAHANG

Objektif
- mencapai sasaran kemalangan sifar untuk tahun 2015
- mencapai sasaran pekerja cemerlang tanpa kemalangan dan kesedaran
keselamatan sewaktu bekerja.

Pemantauan Keselamatan
- Membuat pemantauan keselamatan setiap waktu bekerja oleh Pegawai
Keselamatan (SHO), Safety Supervisor dan Safety Assisstant.
- Merekod hazard setiap kawasan kerja dan mengambil tindakan menghapus
atau mengurangkan risiko kepada pekerja.
- Membuat teguran dan pembetulan serta merta, memorandum dan nasihat
- Mesyuarat SHC (safety and health committee)sebulan sekali
- Perbincangan di tapak dengan pekerja atau wakil pekerja
- Lawatan tapak dua kali seminggu dengan wakil majikan dan wakil pekerja.
- Audit keselamatan dengan perunding sekali sebulan.
- Rutin pemeriksaan bulanan kepada jentera,kebersihan tapak,kantin,tandas, fire
extinguisher dan perancah.
- Pemeriksaan kad hijau CIDB sebagai satu keperluan.
- Kawalan serangga seperti nyamuk dan serangga lain akan disembur asap
(fogging)mengikut keperluan semasa.

Pemerhatian dan Pemantauan sewaktu bekerja


- stop work bila hujan lebat (bergantung pada keadaan kerja)
- hujan renyai untuk penggunaan eletrik tidak dibenarkan. Tanpa menggunakan
eletrik, kerja kerja dibenarkan di dalam bangunan.
- Rain Coat kepada pekerja.
- Penyelia memantau kerja setiap masa.
- Pengunaan jentera dihadkan mengikut keadaan kerja.

Kerja Tempat Tinggi


- Short briefing dan penerangan prosedur tempat tinggi
- Provide railing , life line dan skylift mengikut keadaan tempat kerja.
- Selection pekerja untuk yang layak bekerja di tempat tinggi.
- Provide access ladder and mobile ladder (jika perlu).
- Memastikan pekerja menggunakan peralatan keselamatan spt Full Body
Harness dan Safety Belt.
- Pemeriksaan pada platform mengikut ukuran yang dibenarkan.
- Pemeriksaan menyeluruh dalam aspek keselamatan sebelum kerja dimulakan.
- Borang kebenaran bekerja di tempat tinggi dikeluarkan dan disahkan oleh
SHO(jika perlu)
- Penggunaan skylift jika perlu.
Pencahayaan Untuk Kerja Malam
- Pencahayaan yang cukup untuk pekerja menjalankan kerja
- Juruteknik letrik ‘standby’ setiap waktu bekerja
- Penyelia keselamatan atau pembantu bertugas sepanjang masa bekerja
- Cadangan penggunaan Flood Light jika keadaan memerlukan.
- Pemasangan lampu pada jalan masuk ke tapak dan di dalam bangunan

Safety Signage (papan tanda keselamatan)

- Kawasan yang dikenal pasti amat merbahaya dan kritikal dilarang bekerja ,
papan tanda larangan akan diletakkan
- Kawasan itu di pasang tali rentang amaran dan peralatan amaran yang lain
- Papan tanda peringatan dan apa apa keperluan untuk peringatan akan dipasang
mengikut keperluan semasa.
- Papan tanda keselamatan akan ditambah mengikut keperluan semasa.

Jalan masuk / Jalan Keluar

- Kenderaan persendirian mesti diletakkan di kawasan parking yang disediakan


dengan menggunakan laluan utama. Di larang parking di depan jalan utama
kerana menghalang laluan.
- Laluan ke dalam tapak akan di kenal pasti untuk satu laluan sahaja dan akan di
baik pulih dari masa ke semasa dan papan tanda akan diletakkan untuk
peringatan kepada semua pekerja dan jentera.
- Pekerja tidak dibenarkan menunggang motorsikal atau kenderaan didalam
kawasan tapak kecuali di luar kawasan atau di jalan yang dibenarkan.
- Pekerja akan menggunakan laluan yang di benarkan sahaja dan papan tanda
laluan pekerja masuk akan diletakkan supaya tidak menggunakan laluan
kenderaan atau jentera.
- Pekerja hanya menggunakan laluan pintu utama sahaja untuk masuk ke tapak
projek ini.
- Outsider perlu melapor diri di balai utama pengawal dengan mengambil pas
kebenaran dan security perlu memaklumkan kepada kakitangan pejabat
sebelum kebenaran dikeluarkan.(cadangan)
- Kenderaan yang mempunyai sticker parking sahaja yang dibenarkan masuk
terus ke pajabat tapak.
- Setiap kenderaan kakitangan dan pekerja sub kontraktor akan diperiksa setiap
kali keluar dari tapak projek sewaktu pulang sahaja.(cadangan untuk masalah
kecurian)

Kawalan keselamatan pekerja / kemasukan pekerja


- Ceramah keselamatan khas (TBT) sekali seminggu pada jam 0745am kepada
semua kakitangan dan Sub Kontraktor /Pekerja.
- Head Count setiap hari bekerja akan diambil oleh penyelia tapak untuk rekod.
- Pekerja yang baru masuk ke tapak projek perlu menghadiri safety induction.
- Pemeriksaan passport dan permit untuk pekerja asing sebelum masuk bekerja.
- Membuat pengawasan kepada pekerja setiap masa bekerja oleh penyelia
tapak.
- First Aider oleh Safety Supervisor.
- Memberi induksi keselamatan kepada pekerja baru dan jika perlu re-induksi
akan diberikan kepada pekerja lama.
- Teguran / nasihat / arahan kepada pekerja yang melakukan kesalahan
keselamatan.
- Memo / saman dikeluarkan kepada pekerja yang melakukan kesalahan serius
- Mengeluarkan surat rekomen berhenti kerja kepada pengurusan untuk
mengusir mana mana sub yang paling banyak melakukan kesalahan dan tidak
mahu bekerja sama dengan pihak Safety.
- Pekerja asing tanpa dokumen yang sah dilarang bekerja di dalam tapak projek.
- Semua dokumen yang berkaitan mesti disahkan oleh Pihak Imegresen
sebelum di hantar kepada pihak kontraktor untuk disemak semula sebelum
kebenaran bekerja diberikan.

House Keeping
- Semua sub kontraktor dimestikan menjalankan kerja kerja pembersihan
kawasan kerja setiap hari . Jika kerja kerja tersebut dijalankan oleh pihak
kontraktor, wang tuntutan kemajuan akan dipotong dari mana mana sub yang
terlibat.
- Kerja kerja pembersihan di kawasan lain akan dijalankan oleh HA Tech serv
Sdn Bhd atau Sub kontraktor yang telah sedia ada.

Kawalan ke atas jentera


- Jentera pembinaan terutama jentera kren telah dibahagi penggunaan di bawah
kawalan sub kontraktor supaya tidak berebut penggunaannya .
- Penambahan jentera mengikut keadaan semasa.
- Jadual penggunaan kren akan ditentu sehari sebelum kerja kerja dijalankan.
- Kawalan status jentera / kren akan dijalankan melalui pemeriksaan oleh
mekanik dan pembantu safety seminggu sekali.
- Semua jentera pembinaan dibawah kawalan SHO dan diselia oleh penyelia.
- Mana mana peralatan yang dibekalkan kepada sub kontaktor akan direkodkan
oleh storekeeper seperti drill,grinder,jack hammer dsb. Jika hilang atau rosak
kos akan ditanggung oleh sub kontraktor.(Cadangan jika perlu)
- Setiap kali ada jentera baru masuk ke tapak projek akan diperiksa dahulu
untuk mendapat pengesahan status oleh SHO sebelum dibenarkan beroperasi.
- Dokumen berkaitan akan diperiksa samada dokumen jentera atau dokumen
operator / pemandu sebelum dibenarkan bekerja.(PMA/PMT/Sijil dsb)
- Jentera pembinaan dilarang parking merata rata di dalam tapak projek pada
waktu malam. Kawasan parking telah disediakan.
- Laluan untuk jentera kerja masuk ke tapak projek selepas diminta untuk
melakukan kerja akan dipantau oleh Foreman setiap masa.

Kawalan Alam Sekitar


- Perbincangan dengan pihak Evironmental Science.(cadangan jika perlu)
- Kawalan abuk / debu dalam tapak projek menggunakan perkhidmatan lori air
yang sedia ada./ sewa
- Kawalan persekitaran akan bekerjasama dengan pihak Safety dan individu
lain dari masa ke semasa..
- Memastikan penduduk sekitar tidak mempunyai masalah dengan projek ini.
- Pihak Kontraktor akan cuba memenuhi apa apa tuntutan penduduk jika
masalah berpunca dari tapak projek ini dengan sewajarnya.(jika perlu)
- Pembakaran terbuka dilarang sama sekali di dalam tapak projek ini.(denda)
- Pembuangan sisa sisa binaan akan dijalankan secara telus samada melalui
PBT atau mengenal pasti kawasan yang sesuai diluar tapak projek ini.
- Penebangan pokok hanya dalam kawasan tapak sahaja selepas kebenaran
diperolehi.(jika perlu)

Penggunaan Eletrik

- Penggunaan eletrik setiap masa bekerja akan dipantau oleh juru letrik
bertauliah dan Safety Dept
- Penggunaannya perlu dimaklumkan kepada penyelia setiap kali hendak
digunakan untuk memudahkan kerja kerja menguruskannya.
- Setiap masalah yang timbul dari penggunaannya akan dirujuk kepada Jurutera
Eletrik.
- Setiap hari sebelum kerja kerja dimulakan sub kontraktor perlu memeriksa
status kabel,peralatan dan apa apa yang berkaitan. Jika bermasalah perlu
segera dimaklumkan kepada juru letrik untuk tindakan segera.
- Pemerhatian dan kawalan eletrik untuk kerja pada waktu malam akan dikawal
oleh juruletrik setiap masa sehingga selesai kerja .
- Semua peralatan berkaitan akan diperiksa oleh SHO setiap masa. Untuk
memastikan status peralatan dalam keadan selamat untuk di gunakan.
- Semua peralatan eletrik yang telah selesai digunakan mesti disimpan di dalam
stor eletrik. Tidak dibenarkan berada merata rata di dalam tapak projek.
- Kabel eletrik yang merentangi laluan perlu digantung melepasi laluan jentera
atau mempunyai tindakan alternative lain yang lebih praktikal.
- Pekerja dilarang sama sekali membuat penyambungan sendiri tanpa merujuk
kepada juru letrik. Arahan akan diberitahu di dalam TBT setiap masa kepada
pekerja.
- Kerja kerja di dalam kawasan berair akan dikenalpasti status atau di larang
sama sekali.
- Pihak sub kontraktor perlu memainkan peranan utama untuk memastikan
pekerja yang menggunakan peralatan eletrik sentiasa selamat.

Excavation / Penggalian

- Kerja menggali perlu dimaklumkan terlebih awal sebelum kerja dijalankan.


- Kerja akan di awasi oleh penyelia setiap masa.
- Prosedur keselamatan akan dibincangkan sebelum kerja dijalankan.
- Semasa kerja penggalian dijalankan ,SHO atau penyelia keselamatan perlu
memantau kerja kerja tersebut bersama dengan sub kontraktor.
- Langkah langkah keselamatan akan diambil seperti memagari kawasan
tersebut, tanda amaran dan memstikan laluan untuk pekerja dan jentera lain
menggunakan laluan yang selamat.
- Kerja mengalih tanah atau kerja menggali untuk kawasan yang lembut akan
dipantau setiap masa oleh SHO dan jurutera projek .
- Kawalan traffic akan disediakan jika perlu melintas jalan utama.
- Lori tripper yang ada permit akan digunakan untuk memindah tanah jika perlu
ke kawasan plot yang jauh.
- Permohonan permit akan dijalankan untuk pemindahan barang.
Scaffolding/Perancah
- Khidmat Inspector Of Scaffolder yang sedia ada bagi memeriksa status dan
keadaan samasa perancah dalam setiap masa dan cuaca.(jika perlu)
- Perancah akan diperiksa dan disahkan oleh pemeriksa dengan Tagging System
- Kerja kerja memasang dan membuka perancah dijalankan oleh Scafolding
Team yang sedia ada dan diawasi oleh Scaffolder Competent yang sedia ada.
- Perancah yang telah dibuka akan disusun rapi oleh pekerja am untuk
memastikan perancah berada dalam keadaan terurus.
- Sub kontraktor yang ingin memasang sendiri perancah perlu mendapat
kebenaran Jurutera Projek terlebih dahulu dan akan dipantau oleh SHO.
- Peralatan yang telah rosak tidak boleh digunakan walaupun untuk di buat
bahan sokongan atau spare part.

Kerja Kerja Mengangkat dan Menurun Barangan

- Perlu menggunakan khidmat kren yang sesuai dan operator yang kompeten
- Penggunaan jentera penggali ( excavator) untuk mengangkat barang dari lori
adalah dilarang sama sekali.
- Kerja menuang simen konkrit juga memerlukan khidmat kren.
- Operator kren yang berpengalaman adalah diperlukan untuk kerja kerja
tersebut.
- Peralatan mengangkat mesti diperiksa sebelum digunakan seperti
sling,shackle,bell rope, chain rope,boom kren,hook, safety hook dan pin.
- Kawasan mengangkat akan dilarang masuk oleh orang yang tidak berkaitan
(load Radius)
- Kawasan tapak untuk parking kren mesti diperiksa ketahanan sebelum kerja
mengangkat dimulakan,peralatan perhubungan diperlukan(walkie talkie)
- Juru Isyarat disediakan untuk kerja kerja tersebut.
- Kerja kerja akan diselia oleh penyelia atau foreman.

Hot Work/Permit to work (jika perlu)

- Kerja kerja berkaitan memerlukan pekerja yang berpengalaman


- Untuk kerja kimpalan, Penyelia perlu memastikan tong silinder berada dalam
keadaan berdiri dan selamat.
- Peralatan kerja perlu sentiasa diperiksa dan disimpan dalam keadaan baik.
- Alat pemadam api disediakan
- PPE yang sesuai diperlukan semasa kerja kerja dijalankan.
- Kerja akan sentiasa dipantau oleh penyelia.

Alat Pemadam Api

- Setiap blok dalam tapak projek telah dan sedang disediakan alat pemadam api
(jika perlu)
- Pekerja juga akan sentiasa diingatkan cara penggunaan alat tersebut
- Pemeriksaan status alat tersebut dijalankan sebulan sekali .
- Alat pemadam yang gagal berfungsi akan dihantar untuk dibaik pulih.
- Penambahan alat pemadam api akan ditambah mengikut keperluan semasa.
- Semua premis seperti pejabat tapak,kantin,stor,kongsi pekerja dan yang
berkaitan mesti mempunyai alat pemadan api yang sah.
- Latihan penggunaan alat pemadam api akan diajar kepada pekerja setiap masa
jika perlu.

PPE
- Alat perlindungan keselamatan akan dibekalkan kepada semua pekerja seperti
topi ,kasut Keselamatan dan abah abah keselamatan
- Alat perlindungan yang sesuai dengan kerja yang dijalankan .
- Alat perlindungan tersebut akan diperiksa semasa ceramah keselamatan
sebelum memulakan kerja .
- Kerja kerja yang berisiko tinggi seperti di tempat tinggi atau di dalam lubang
terhad memerlukan peralatan lain yang perlu disediakan sebelum kerja
dimulakan.Pihak terlibat akan dipanggil untuk perbincangan keselamatan.
- Perbincangan dari masa ke semasa akan diadakan di antara pekerja.

Penalty System
- Saman akan dikeluarkan kepada semua individu yang melakukan kesalahan
bagi memastikan peraturan keselamatan dipatuhi.
- Kadar denda telah ditetapkan dan akan dimaklumkan kepada semua pekerja.
- Semua individu yang terlibat adalah tidak terkecuali.

Disediakan Oleh:-

………………………………………..
(MUSLIM BIN MOHAMAD)
SAFETY AND HEALTH OFFICER
JKKP IS 438/127/2/2300

Anda mungkin juga menyukai