Anda di halaman 1dari 4

#TahukahAnda: Warna Minyak, Bendalir Boleh Tentukan Jenis Kebocoran Kereta

ANTARA perkara yang cukup merisaukan pemandu adalah ketika melihat tompokan atau
tumpahan bendalir, terutama minyak di bawah kereta mereka. Ini kerana tompokan bendalir
tersebut menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena sudah berlaku. Malangnya, anda pula tidak
tahu misteri kebocoran bendalir tersebut. Sudahnya, hati jadi tidak tenang.

Apakah kereta anda masih selamat dipandu?

Di bawah ini kami senaraikan panduan pantas untuk membantu anda mengenal pasti apakah
sebenarnya jenis kebocoran itu tanpa memerlukan anda memiliki ijazah kimia, apatah lagi cuba
rasa bahan kimia itu dengan lidah.

TIP: Jika anda gagal mengenal pasti warna bendalir bocor disebabkan warna jalan, konkrit atau
kerikil yang gelap, anda boleh letakkan sekeping kadbod di bawah bahagian kereta yang
mengalami kebocoran untuk menadah dan melihat warna bendalir lebih jelas.

Jadi, apakah yang bocor dari kereta saya?

Minyak enjin nampak jernih dan berwarna keemasan apabila pertama kali dituang ke dalam
kotak engkol (crankcase) dan selepas digunakan akan bertukar warna kepada coklat cerah,
coklat gelap atau hitam disebabkan pendedahan kepada haba dan tekanan.

Kadangkala, kebocoran minyak enjin kelihatan hitam atau coklat kerana turut mengangkut sama
kotoran dan likatan lain ketika mengalir sepanjang laluan kebocoran. Tetapi, kadang-kadang,
minyak itu akan nampak kurang pekat, terutama jika masih baharu.

1
HIJAU, BIRU, KUNING ATAU JINGGA?

Suatu masa dulu, warna eksklusif penyejuk atau coolant enjin ialah hijau. Namun, apabila
industri automotif mula beralih daripada teknologi asid tidak organik kepada asid
organik dan asid organik hibrid, palet antibeku mula berkembang. Hari ini, anda boleh
dapati coolant dalam warna hijau, biru, oren dan kuning yang paling banyak digunakan,
termasuk merah dan merah jambu.

Ada dua tip perlu dibuat jika anda sendiri tidak dapat pastikan bendalir itu ialah coolant dengan
hanya melihat warna tompokan bendalir atas jalan. Pertama, ketika enjin betul-betul sejuk, buka
penutup radiator dan lihat apakah warna cecair antibeku dalam kenderaan anda itu. Jika
sepadan dengan warna bendalir yang bocor, anda sudah pun dapat pengesahan.

Sesetengah coolant berbau tajam seperti ethylene, dan manis seperti propylene glycol yang


berbau manis. Cuba sentuh bendalir yang tumpah itu menggunakan jari (jangan bimbang, anda
tidak akan cedera), dan dekatkan pada hidung untuk pastikan jika anda dapat mengesan bau
serupa seperti dinyatakan. Bendalir coolant juga agak sedikit melekit pada jari.

2
CERAH ATAU MERAH JAMBU KOTOR?

Seperti dimaklumkan di atas, warna merah jambu juga boleh jadi ialah coolant enjin, boleh jadi
bukan. Mungkin saja bendalir itu ialah minyak gear atau stereng kuasa (power steering) kerana
kedua-dua minyak itu turut berada dalam spektrum warna merah jambu. Sama seperti minyak
enjin, masa dan haba boleh menggelapkan atau mengotorkan warna dua bendalir tersebut.

JERNIH ATAU KEKUNINGAN?

Kebocoran minyak brek sangat berbahaya kerana sistem brek bergantung kepada tekanan
hidraulik untuk mengekalkan tahap keselamatan kuasa membrek dalam sistem.

Tompokan bendalir berwarna jernih atau kekuningan berhampiran roda, dan sepanjang sisi


kereta yang terletak salur brek, atau di bawah dinding yang terletak silinder induk (master
cylinder) adalah masalah serius yang memerlukan anda memanggil trak tunda. Elakkan
memandu sendiri ke bengkel.

3
Seiring usia bendalir, warna minyak brek juga boleh bertukar gelap. Jadi sentiasa peka setiap kali
menilai kesan tumpahan di bawah kenderaan.

ADAKAH JERNIH?

Ada dua kemungkinan paling hampir dalam mengenal pasti jenis tumpahan bendalir jernih di
bawah kereta anda. Pertama, itu cuma air buangan yang berpunca dari salur paip penyaman
udara. Kedua, mungkin kebocoran petrol yang mudah dikesan menerusi bau.

Jika petrol bocor, sila hantar ke bengkel. Jangan panik, bawa bertenang!

Anda mungkin juga menyukai