Anda di halaman 1dari 273

Ebook

TAMADUN ISLAM
DAN
TAMADUN ASIA

1
Tajuk Kandungan Jam

1 Pengenalan ilmu ketamadunan dalam 2


pembinaan tamadun Malaysia

 Konsep tamadun
 Definisi
 Ciri-ciri
 Objektif
2 Konsep asas tamadun Islam 2
 Definisi
 Prinsip
 Sumber
 Matlamat tamadun Islam
3 Interaksi antara pelbagai tamadun 4
(Melayu, Cina, India dan Jepun)
 Nilai-nilai universal antara tamadun
 Persamaan dan perbezaan
 Contoh-contoh interaksi dalam sejarah
(bahasa, kesenian dan kesusasteraan)
4 Islam dalam tamadun Melayu 4
 Peranannya dalam pembinaan
tamadun Melayu
 Teori kedatangan Islam
 Kesan dan pengaruh Islam dalam
tamadun Melayu
 Peranan Islam dalam pembinaan
tamadun Melayu
5 Tokoh-tokoh tamadun Islam dan Asia 4
 Islam
 Cina
 India
 Jepun
6 Interaksi tamadun Asia dan relevannya di 5
Malaysia dan dunia
 Tamadun Cina dalam pemantapan
tamadun Malaysia dan dunia
 Kekuatan tamadun Cina sebagai
sumber rujukan
 Iktibar dari tamadun India: Pandangan
semester dan nilai-nilai yang releven
dengan Malaysia
 Sumbangan tamadun Jepun dari aspek

2
Tajuk Kandungan Jam

politik, agama dan pendidikan yang


relevensi kepada Malaysia

7 Isu-isu kontemporari tamadun Islam dan 4


tamadun Barat
 Hegemoni Barat dan globalisasi
- Media
- Ekonomi
- Politik
- Sosial
- Hak asasi manusia
 Krisis alam sekitar
 Persepsi jihad
 Etika dalam sains
 Kesan perkembangan kontemporari
kepada masyarakat dan negara
8 Islam hadhari dan proses pembangunan 5
negara
10 prinsip Islam Hadhari:
 Keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi
 Kerajaan yang adil dan beramanah
 Rakyat berjiwa merdeka
 Penguasaan ilmu pengetahuan
 Pembangunan ekonomi seimbang dan
komprehensif
 Kehidupan berkualiti
 Pembelaan hak kumpulan minoriti dan
wanita
 Keutuhan budaya dan moral
 Pemeliharaan alam semulajadi
 Kekuatan pertahanan

3
Matapelajaran Tamaddun Islam dan Tamaddun Asia ( TITAS )
PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
1 Pengenalan Ilmu Ketamadunan
1.1 Konsep dan Takrif Tamadun
1.2 Hubungan Tamadun Daripada Perspektif
1.2.1 Agama
1.2.2 Budaya
UNIT 1 1.2.3 Bangsa
2 Ciri-Ciri Pembinaan Tamadun
2.1 Ciri-Ciri Asas Tamadun
2.2 Konsep Kitaran (Tokoh-Tokoh Pemikir Tamadun -
Ibnu Khaldun, Malek Bennabi, Arnold Toynbee, Osweld
Spengler )

Bab 1 - Pengenalan Ilmu Ketamadunan


Pada zahirnya sejarah itu tidak lebih daripada berita-berita perang, jatuh
bangunnya sesebuah kerajaan. Tetapi pada batinya ialah tinjauan dan
penyelidikan serta keterangan-keterangan yang nyata mengenai kehidupan
manusia dan pengetahuan yang mendalam tentang peristiwa dan sebab-
sebabnya.1 Tamaddun merupakan satu bidang kajian yang bersifat abstrak.
Menefistasinya berasaskan pengalaman rohaniah manusia sebagaimana yang
ditonjolkan dalam seni kreatif dan seni bahasa yang amat tinggi nilainya.2 Untuk
mengenali sesebuah tamaddun dengan lebih jelas dan lebih dekat, maka
tamaddun itu hendaklah ditinjau dari sudut perkembangan peristilahan yang
pernah dikemukakan oleh beberapa orang sarjana yang terkenal seperti Ibnu
Khaldun, Muhammad Asad, Mohamad Abduh dan lainnya.

1
Ibnu Khaldun-Muqaddimah
2
Abdul Rahman Nawas, Tamaddun Islam

4
Tamaddun juga sering dikenali sebagai satu kebudayaan yang mempunyai
organisasi politik bandar, mempunyai media yang boleh menjaga ilmu
pengetahuan, skill dan system kepercayaan. Tamaddun juga mempunyai
material dan organisasi politik yang membolehkan menjalankan kuasa ke atas
sesebuah kawasan yang tertentu dan boleh meluaskan pengaruhnya hingga
melewati kasawan yang dikuasainya.

1.1 Konsep dan Takrif Ilmu Tamaddun


a. Konsep Tamaddun
i. Konsep manusia
- Islam melihat dari 2 sumber iaitu naqli & 'aqli.
- Sumber Naqli : Terdapat dalam quran di 16 surah dan 34 ayat
disebut tentang penciptaan manusia.
- Sumber aqli : dariapada kajian sains moden tentang pusingan
terjadinya bayi dalam kandungan.
ii. Konsep Masyarakat
Sekumpulan manusia yang hidup bersama dengan mengamalkan
peraturan tertentu.
Masyarakat Islam tertegak di atas landasan utama :-
- Akidah
- Syariat
- Akhlak
- tradisi sendiri

iii. Hak anggota Dalam Masyarakat Islam


a. Hak untuk Hidup
- setiap indivdu dipelihara dari dicederakan/dibunuh.
b. Hak untuk bebas
- Bebas yang terikat dengan syarak
c. Hak Untuk Mendapat Keadilan
- Undang2 islam berdasarkan al-quran & sunnah

5
d. Hak untuk mendapatkan persamaan
- setiap individu mempunyai peluang & hak yang sama.

a. Takrif Ilmu Tamaddun


- Pandangan Sarjana Islam
Menurut Ibnu Khaldun dalam Muqaddimah, perkataan madani ialah
istilah atau nama khas yang membawa maksud “ masyarakat “. Apabila
dua kata ini digabungkan “ madani “ dan “ umran “, maka ia membawa
maksud “ masyarakat madani “ atau masyarakat yang bertamaddun.
Maysarakat yang bertamaddun ini mempunyai ciri-cirinya yang
tersendiri. Perkataan “ madani “ itu juga adalah berasal dari kata “
madinah “ yang bermaksud “ kota “ atau bandar yang lebih merujuk
kepada masyarakat manusia. Syed Mohamad Naquib al-Attas pula
menjelaskan bahawa tamaddun ialah keadaan kehidupan insan
bermasyarakat yang telah mencapai tahap kehalusan tatasusila dan
kebuayaan yang luhur bagi masyarakatnya.
Abu Bakar Hamzah menyatakan dalam bukunya “ Sejarah Kebudayaan
Ialam “, bahawa tamaddun ialah sesuatu yang lahir dan kembang
bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan-
perkembangan yang lahir daripadanya, sama ada seseuatu yang
berupa niskala ( abstrak ) mahupun yang berupa skala ( material ).

- Pandangan Sarjana Barat


Manakala Clive Bell telah memberi maksud tamaddun seperti berikut : “
tamaddun merupakan suatu ciri masyarakat yang membezakan sebuah
masyarakat maju dengan maysarakat mundur adalah tamaddunnya” .
Bagi Arnold Toynbee, tamaddun dikatakan sejenis kebudayaan yang
wujud dibandar-bandar. Pendapat ini memberikan kesimpulan bahawa
tamaddun itu merupakan tatacara hidup yang dicetuskan oleh orang
yang tinggal dibandar-bandar. Pandangan ini sangat menepati
keterangan yang dikeluarkan oleh Ibnu Khaldun.

6
Roberti Haini mengatakan tamaddun adalah suatu cara hidup yang
dapat dicirikan. M.A.Beg membuat kesimpulan mengenai pengertian
tamaddun dengan menyebut sesuatu rangkaian terdiri daripada
fenomena masyarakat seperti bandar, huruf, senibina, agama, undang-
undang dan rangka dasar politik.

1.2 Hubungan Tamaddun Dari Pelbagai Perspektif


a. Agama
a. Kaitan sesebuah tamaddun dengan agama adalah sangat rapat.
Masyarakat yang bertamaddun mempunyai nilai pegangan agama
yang tinggi, beradab sopan dan bermoral tinggi.
b. Agama telah membentuk pandangan mereka mengenai alam
semester serta memimpin mereka menikmati kehidupan
bermsayarakat atau individu secara lebih terpuji.
c. Kemunculan tamaddun manusia adalah suatu menifestasi kepada
pegangan masyarakat berkenaan kepada agama.
d. Semua tamaddun tradisional manusia berasaskan kepada
pandangan hidup, prinsip dan nilai ajaran agama yang mereka
anuti.
e. Tamaddun moden telah mengenepikan ajaran dan nilai agama
lantas menukargantikan asasnya dengan nilai pemikiran dan
penilaian manusia atau falsafah humanisme.
b. Budaya
a. Budaya merujuk kepada tatacara sesuatu masyarakat bertindak ke
atas persekitaran fizikal dan sosialnya, dan pengurusan kehidupan
secara kolektif
b. Tamaddun danbudaya amat berkait rapat kerana budaya
masyarakat yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan
bertamaddun.
c. Tamaddun berbeza daripada budaya bukan kerana semua unsur
budaya boleh dianggap sebagai tamaddun

7
d. Kreteria tamaddun
- Bernilai tinggi dan terpuji.
- Kekal dan bertahan lama
- Tidak terbatas kepada kawasan, malah tamaddun
melampaui batasan kenegaraan.
c. Bangsa
a. Bangsa mempunyai pertalian rapat dengan sejarah, tradisi budaya
dan kawasan geografi
b. Tamaddun merentasi batasan budaya dan geografi seperti
tamaddun islam dan tamaddun barat modern.
c. Tamaddun Jepun unik kerana ia berkait rapat dengan bangsa,
budaya dan negara Jepun.

2 Ciri-Ciri Pembinaan Tamadun


2.1 Ciri-ciri asas tamaddun
a. Wujud penempatan masyarakat manusia di kawasan tertentu
seperti kota, bandar, dan sebagainya.
b. Peningkatan kualiti kehidupan dan jangka hayat.
c. Wujud sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik,
pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang sempurna.
d. Muncul satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun dengan satu
sistem tulisan yang tersendiri bagi berkomunikasi.
e. Wujud sistem perundangan dan sistem nilai/moral yang berkuat
kuasa.
f. Peningkatan daya reka cipta dalam bidang teknologi dan
pembinaan.
g. Perkembangan daya kreativiti dalam bidang falsafah,
keseniaan,kesusasteraan dan nilai estatika yang tersendiri.
2.2 Konsep Kitaran (Tokoh-Tokoh Pemikir Tamadun - Ibnu Khaldun, Malek
Bennabi, Arnold Toynbee, Osweld Spengler )
a. Mengikut Arnold Toynbee ( 1889-1979) seorang sejarawan

8
barat menyokong pendapat yang dikemukakan oleh Ibnu
Khaldun ( Abu Zaid Abd.al-Rahman ibn Muhamad ibn Muhamad
al-Khaldun 1332-1406 CA ) dengan menyebut bahawa agama
lahir sari tamaddun yang sudah lemah, oleh yang demikian ia
menjadi pemangkin kepada pertumbuhan semula. Keruntuhan
ketamaddunan barat adalah kerana Barat meminggirkan agama
kristiannya.
Terdapat tiga fasa yang dilalui dalam menyatakan teori kitaran
ini mengikut Arnold Toynbee iaitu
- Breakdown
- Disintergration
- Dissolution
b. Ibnu Khaldun menyatakan bahawa ada empat fasa dalam
menyatakan kelahiran dan kemusnahan sesuatu tamaddun,
iaitu
i. Tahap awal – kelahiran – assabiyah dan agama
Salah satu sifat manusia ialah bekerja sama dan saling
bantu membantu, semangat ini akan menimbulkan rasa
assabiyah di kalangan mereka.
Manusia memerlukan organisasi dan kerajaan yang dipimpin
oleh orang yang berwibawa, maka dengan assabiyah
manusia boleh membentuk kerajaan, kembangkan seni,
teknologi, sains, termasukalah pengeluaran barang mewah
dan tempat tinggal.

ii. Kehidupan menetap/perkembangan tamaddun


Organisasi sama seperti badan manusia, semakin lama
semakin lemah. Kemajuan dan kemawahan boleh
membawa kepada kelalaian dan menyebabkan kemanusia
mula tehakis. Golongan pemerintah mulai leka dengan
kemewahan dan mengabaikan agama.

9
iii. Kehancuran – kemewahan, kelalaian dan kepudaran
assabiyah
Assabiyah semakin luntur, pemerintah semakin kaya lantas
mereka semakin lalai dengan tanggungjawab. Kesannya
sesebuah organisasi akan mula berpecah dan menjejaskan
ekonomi serta menjadikan sistem masyarakat menjadi
lemah.

iv. Penyelamat-agama boleh menyelamat tamaddun


Sesebuah organisasi tidak boleh mengenepikan unsur
agama dalam pemerintahan. Agama hendaklah dijadikan
syarat utama dalam membina pembangunan dan tamaddun.
Agama mendokong sistem moral yanng sangat tinggi dalam
menjamin kelangsungan sesebuah tamaddun.

10
Matapelajaran Tamaddun Islam dan Tamaddun Asia ( TITAS )
3 Prinsip/ dasar Tamaddun Islam
1.1 Memelihara nyawa
1.2 akal fikiran
1.3 maruah dan keturunan
1.4 harta benda,
1.5 hak kebebasan
2 Sumber Tamaddun Islam
UNIT 2
2.1 Al-Quran
2.2 As-Sunnah
2.3 Tamaddun-tamaddun lain
3 Matlamat Tamadun Islam
3.1 Kesejahteraan manusia ( baldatan thaiyyibah )
3.2 Keredhaan Allah swt ( rabbun ghafur )

1. Prinsip / Dasar tamaddun Islam


Kemunculan Islam yang membawa kepada kemunculan tamaddun Islam
ialah untuk memelihara dan meulihkan serta menghormati hak-hak asasi
manusia yang telah dianugerahkan oleh Allah swt kepada hamba-hambaNya
di dunia ini dan juga kepada semua makhluk lain ciptaan-Nya. Perkara yang
menjadi dasar tamaddun Islam ini ditentukan oleh beberapa elemen penting
atau aspek penting iaitu
a. Memelihara nyawa atau hak-hak hidup
b. Memelihara akal fikiran
c. Memelihara kehormatan dan keturunan
d. Memelihara harta benda
e. Memelihara hak dan kebebasan.

11
1.1. Memelihara nyawa atau hak-hak hidup.

Allah swt selaku pencipta Yang Maha Berkuasa keatas sekelian alam ini telah
mengurniakan kepada semua makhuk-Nya tentang kehidupan. Tiada sesiapa
berhak mencabar hak kehidupan yang telah Allah swt kurniakan kepada
semua makhlukNya. Allah swt telah menegaskan dalam firmanNya dari
Surah al-Hijr ayat 23

Ertinya : “dan Sesungguhnya Kamilah Yang menghidupkan dan Yang


mematikan, dan Kamilah Yang kekal memiliki segala-galanya.”

Kefahaman daripada dasar yang pertama ini ialah apabila seseorang itu
menceroboh atau menggangu hak kehidupan orang lain, ini bermakna ia
telah menceroboh masyarakatnya. Allah swt telah berfirman dalam al-Quran
surah al-Maidah ayat 32

Ertinya : “ 32. Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) Yang demikian itu
Kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa Yang membunuh
seorang manusia Dengan tiada alasan Yang membolehkan membunuh orang
itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah Dia
telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa Yang menjaga
keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah Dia telah menjaga
keselamatan hidup manusia semuanya. dan Demi sesungguhnya, telah
datang kepada mereka Rasul-rasul Kami Dengan membawa keterangan
Yang cukup terang; Kemudian, Sesungguhnya kebanyakan dari mereka
sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang Yang melampaui batas
(melakukan kerosakan) di muka bumi.”

Oleh yang demikian seseorang yang membunuh dirinya atau membunuh


orang lain, dikira sebagai telah melakukan satu jenayah sosial yang besar
dosanya kerana telah melawan qadak Allah swt. Perkara ini telah dijelaskan
oleh Allah swt dalam surah an-Nisa ayat 30

12
Ertinya : “30. dan sesiapa berbuat demikian Dengan menceroboh dan aniaya,
maka Kami akan masukkan Dia ke Dalam api neraka, dan balasan Yang
sedemikian itu adalah mudah bagi Allah, (tidak ada sesiapapun Yang dapat
menghalangnya).”

Berpandukan kepada keterangan-keterangan di atas, dapatlah difahami


bahawa

a. Segala urusan yang membawa kepada pemeliharaan nyawa seperti


menjaga kesihatan, melawan penyakit berjangkit, melawan wabak dan
seumpamanya adalah wajib di dalam Islam.
b. Setiap perkara atau tindakan yang membawa kepada kerosakan atau
memudharatkan tubuh badan manusia atau yang boleh mengacam nyawa
seperti meminum minuman keras ( arak ), menghisap dadah, menghidu
gam, meminum air daun ketum, mengambil syabu, dan yang seumpama
dengannya adalah haram disisi Islam.
c. Setiap perkara yang bermatlamatkan kepada kesejateraan kehidupan
seperti makan dan minum, pakaian dan seumpamanya adalah harus disisi
Islam selama mana ia tidak bertentangan dengan syariat Allah swt.
d. Setiap perkara yang dilakukan dengan niat untuk menyelamatkan nyawa
atau menyelamatkan diri dari kematian adalah wajib dilakukan oleh
seseorang yang terlampau dahaga atau lapar yang dikhuatiri akan
membawa maut, maka wajiblah ia minum atau makan makan yang
asalnya dilarang atau diharamkan, sekiranya dengan perbuatan itu dapat
dan mampu menghindarkan dirinya dari kematian.

1.2. Memelihara akal fikiran

Islam sangat mengambil berat tentang pemeliharaan akal fikiran.


Pemeliharaan akal adalah wajib ke atas semua manusia kerana membawa
kepada kesempurnaan akal, dan ini menunjukkan kepada kesempurnaan

13
makhluk manusia daripada makhluk-makhuk lain ciptaan Allah swt. Bagi
menjaga dan memelihara akal, Islam telah menggariskan beberapa panduan
untuk diikuti agar akal manusia berfikiran baik dan terkawal. Oleh yang
demikian, Islam mewajibkan keatas setiap penganutnya menuntut ilmu
pengetahuan sebanyak mungkin. Proses ini tidak dibatasi oleh masa dan
tempat ataupun bangsa. Ini ditegaskan oleh Baginda Rasulullah saw dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud: “ Tuntutlah
ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad”
Bertepatan dengan kekewajipan menunut ilmu ini, tidak ada tempat bagi
orang jahil di dalam Islam. Ini telah ditegaskan oleh Baginda Rasulullah saw
dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Muslim yang bermaksud : “
Manusia itu ada dua golongan, orang pandai dan pelajar, tidak ada kebajikan
selain daripada keduanya “

Islam amat menggalakkan asas pemikiran yang berbentuk takwa, ketauhidan


kepada Allah swt fikiran yang terbuka dan lapang serta bersih daripada
segala unsur keburukan dan kepalsuan, khayalan, keraguan dan was-was.
Pemikiran yang negetif akan memungkinan tingkah laku yang negative dalam
kehidupan manusia dan keadaan ini tidak selaras dengan kehendak Islam.
Allah swt telah menjelaskan dalam Surah al-Ankabuut ayat 43

Ertinya “ 43. dan misal-misal Perbandingan Yang demikian itu Kami


kemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang-orang Yang berilmu
Yang dapat memahaminya.”

1.3. Memelihara kehormatan dan keturunan

Allah swt Pencipta Yang Maha Berkuasa telah menciptakan manusia dengan
sebaik-baik makhluk-Nya di dunia ini, dan kehormatannya telah tetap dengan
sifat insane Bani Adam tanpa diambil kira agama, asal keturunan, bahasa
dan keadaanya. Kehormatan bagi setiap manusia menentukan tiap-tiap
14
seseorang mendapat hak yang sama terhadap kehormatan diri, kedudukan
maruah, habuan dan sebagainya.

Oleh yang demikian Allah swt telah menurunkan segala bentuk peraturan dan
hokum yang menyentuh semua manusia tanpa pengecualian. Mereka sama-
sama dihukum dan sama-sama diberi pengajaran. Allah swt telah
menjelaskan semua ini di dalam firmanNya dari Surah An-Najm ayat39

Ertinya : “39. dan Bahawa Sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang
melainkan (balasan) apa Yang diusahakannya;”
Dengan adanya undang-undang dan peraturan yang Allah swt turunkan
kepada manusia, maka manusia dapat menjalinkan roh kerjasama di antara
seluruh ahli masyarakat. Setiap orang mempunyai kewajipan mereka
masing-masing untuk membina masyarakat dan mempunyai kehormatan
sebagai manusia tanpa pengecualian.

Jaminan tegas ini telah disabdakan oleh Rasulullah saw dalam sebuah hadis
ketika berpidato dalam Hajjatul Wida’ di Padang „Arafah seperti diriwayatkan
oleh Al-Bukhari yang bermaksud : “ sesunggunnya nyawa, harta dan
kerhormatan kamu adalah suci, seperti kesuciannya hari haji ini “

Islam juga menekankan aspek pemelliharaan keturunan. Untuk itu, undang-


undang dan peraturan-peraturan dalam urusan munakahat ( nikah kawin )
telah dijelaskan dengan lengkap, semata-mata untuk menjamin keturunan
manusia yang sejati dan benar. Segala bentuk larangan dan pengharaman
ke atas perkara-perkara negativ seperti penzinaan, seks bebas, hubungan
luar tabii ( liwat ) dan seumpamanya adalah untuk memelihara kehormatan
dan kemuliaan keturunan manusia daripada sifat-sifat kebinatangan.

15
1.4. Memelihara harta benda

Islam telah menetapkan dan memberikan garis panduan yang jelas mengenai
hak untuk memeliki harta benda dan kewajipan untuk mempertahankan
haknya. Islam juga mengemukakan kaedah Ilmu Faraidh yang telah
menggariskan cara untuk menafkahkan harta tersebut secara halal mengikut
fitrah manusia sendiri. Kekayaan yang ada di dunia ini tidak ditentukan
kepda segolongan manusia atau puak-puak tertentu, malah tiap-tiap orang
hendaklah berusaha mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing
dalam mencari harta kekayaan di dunia ini. Allah swt telah membuka
kekayaan di dunia ini seluas-luasnya untuk dicari dan diteroka oleh manusia.
Firman Allah swt dalam Surah al-Jathiyyah ayat 12-13

Ertinya : “ 12. Allah Yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya
kapal-kapal belayar padanya Dengan perintahNya, dan supaya kamu
mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur. 13.
dan ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, Segala Yang ada di
langit dan Yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadanya;
Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan
kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum Yang memikirkannya Dengan
teliti.”

Apabila seseorang itu dikurniakan kekayaan melalui titik peluhnya sendiri,


maka kekayaan itu tidak harus dilucutkan daripadanya dengan paksa atau
dirampas. Islam mengurniakan pahala yang besar di akhirat kepada pemilik
harta yang mempertahankan hartanya sehingga ketitisan darah yang terakhir.

Ini dijelaskan dalam sebuah hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh
Bukhari yang bermaksud :” Daripada Abdullah bin Omar katanya, saya
mendengar Rasulullah saw bersabda, siapa yang terbunuh kerana

16
memepertahankan hartanya, maka ia mati syahid” Manakala sesiapa yang
merompak atau mencuri harta daripada pemiliknya, Islam telah menyediakan
hukuman hudud iaitu potong tangan serta seksaan yang berat di akhirat
kelak.

1.5. Memelihara Hak dan kebebasan

Saidina Umar al-Khattab telah berkata : “ Bagaimanakah kamu


memperhambakan manusia, sedangkan ia diperanakkan dengan bebas” Hak
dan kebebasan manusia tidak boleh dilucutkan dalam keadaan tertentu,
kecuali ketika seperti mempertahankan diri ( kemerdekaan ) dan untuk
keselamatan ummah. Kekalahan ummat Islam bermakna musuh-musuh
telah melucutkan hak kebebasan manusia, ini kerana Islam telah meletakkan
hak dan kebebasan sesorang individu itu sejak ia dilahirkan.

Maksud kebebasan manusia ialah tiada pengabdian seseorang ke atas


seseorang atau sesuatu benda di dunia ini melainkan kepada Allah swt
Pencipta Yang Maha Berkuasa. Sebab itu syariat Islam mewajibkan hanya
Allah swt sahaja Tuhan yang wajib dan layak disembah. Ini dibuktikan dalam
surah al-Fatihah yang sering dibaca pada ketika solat 17 kali sehari semalam.

Setiap orang Islam hendaklah bebas daripada sebarang unsur kezaliman


yang mengongkongnya kepada nafsu jahat dan harta benda. Islam
menyifatkan bahawa pengabdian kepada hawa nafsu adalah sejjahat-jahat
penghambaan. Firman Allah swt dalam Surah al-Furqaan ayat 43

Ertinya :”43. Nampakkah (Wahai Muhammad) keburukan keadaan orang


Yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan Yang dipuja lagi ditaati? maka
Dapatkah Engkau menjadi Pengawas Yang menjaganya jangan sesat?”

Maka, teras kepada kebebasan mutlak yang digariskan oleh Islam ialah
bebasnya akal manusia dan mempunnyai pegangan agama sebagai tunjang
kehidupannya. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah ayat 256

17
Ertinya: ”256. tidak ada paksaan Dalam ugama (Islam), kerana
Sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). oleh itu,
sesiapa Yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah,
maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) Yang
teguh Yang tidak akan putus. dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi
Maha mengetahui.”

Kebebasan yang dituntut dalam Islam termasuklah kebebasan dalam


memberikan pendapat, pandangan dan buah fikiran yang berupa kritikan
terhadap masyarakat, pentadbiran dan pemerintahannya dimana Islam telah
membuka ruang ini kepada mereka yang berkemampuan berbuat demikian.
Firman Allah swt dalam Surah al-Hajj ayat 41

Ertinya : “ 41. Iaitu mereka (umat Islam) Yang jika Kami berikan mereka
kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang
serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta
melarang dari melakukan kejahatan dan perkara Yang mungkar. dan
(ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan Segala urusan.”

Panduan dan bimbingan ini juag ditujukan kepada golongan pemerintah agar
mereka dapat memenuhi dua aspek utama kepimpinan iaitu

a. Melaksanakan kebajikan
b. Melarang kemungkaran demi kestabilan masyarakat dan negara.

Kedua-dua aspek berkenaan adalah untuk menjamin keutuhan hidup


bernegara serta mendapat sokongan daripada rakyat. Segala kebebasan ini
adalah terikat dengan hak-hak tabii manusia dan maslahat umum.

2. Sumber Tamaddun
Sumber utama tamaddun Islam ialah
2.1. al-Quran
18
Dalam kontek kehidupan bertamaddun al-Quran menekan ajaran
tentang
a. Kehidupan beragama
i. Menyentuh soal akidah
ii. Mengarahkan manusia beriman kepada Allah swt.
b. Kehidupan yang berperaturan dan bersistem
i. Menyetuh persoalan system kehidupan manusia
ii. Hubungan manusia sesama manusia
iii. Hubungan manusia dengan alam.
c. Kehidupan yang mempunnyai system nilai
i. Menyentuh persoalan akhlak
ii. Ajaran yang menjamin kesejahteraan sejagat, seperti
 Berbuat baik sesama manusia
 Bersederhana dalam semua aspek
 Bertanggungjawab
 Berlumba-lumba membuat kebaikkan dan kebajikan
2.2. as-Sunnah
i. Perincian kepada al-Quran, penjelasan lanjut tentang
 Pelaksanaan kehidupan beragama
 Perlaksanaan syariah Islam
 Perlaksanaan akhlak dan kehidupan bertatasusila
2.3. al-Ijtihad
i. Usaha yang dilakukan oleh pemikir dan ilmuan Islam dalam
menangani masalah-masalah ummat Islam terutama dalam bidang-
bidang yang berkaitan dengan
 Kemajuan sains dan teknologi
 Daya reka cipta
 Daya kreativiti.
2.4. Tamaddun-tamaddun asing
i. Tidak menolak sebarang penghasilan tamaddun asing yang tidak
bertentangan dengan nilai-nilai Islam

19
3. Matlamat Tamaddun Islam
3.1. Kesejahteraan manusia ( baldatan tayyibah )
i. Kesejahteraan di dunia dan di akhirat
ii. Memakmurkan alam mengikut peraturan dan system yang telah
ditentukan dalam perhubungan
a. Manusia dengan Allah swt
b. Manusia dengan manusia
c. Manusia dengan alam

3.2. Keredhaan Allah ( rabbun ghafur )


i. Manusia yang mendapat keredhaan Allah swt ialah
a. Mematuhi seruhan-Nya
b. Meninggalkan larangan-Nya
c. Menyeru kepada kabajikan dan mencegah kemungkaran

20
Bahan Bacaan Alias Othman (1986), Apakah Ciri-ciri Khusus Islam, Kuala
Lumpur: Pustaka Salam
Sulaiman Nordin ( 1995 ), Islam,Al-Quran dan Ideologi
Masa Kini. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Haji Ahmad Fauzi ( 1997 ) Tamaddun
Islam.Sedang:Penerbitan Universiti Putra Malaysia.
Wan Abdul Rahman Latif, ( 1996 ) Sejarah Perkembangan
Tamaddun Dunia, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan
Pustaka

21
Matapelajaran Tamaddun Islam dan Tamaddun Asia ( TITAS )
Interaksi Positif dan Interaksi Negatif
3.1. Pengenalan
3.2. Kesan Positif
3.3. Kesan Negatif
3.4. Faktor Yang Mempengaruhi Antara Tamaddun
3.5. Interaksi Tamaddun China dan India
3.6. Interaksi Tamaddun Islam dan China
UNIT 3
3.7. Interaksi Antara Tamaddun China dan Jepun
3.8. Interaksi Antara Tamaddun India dengan Asia
Tenggara
3.9. Interaksi Antara Tamaddun Islam dengan Asia
Tenggara
3.10. Interaksi Antara Islam dan Eropah
3.11. Kesimpulan

3. Pengenalan
Setiap tamaddun yang muncul mempunyai sifat-sifat, pencapaian serta keunikan
yang tersendiri. Namun demikian ada juga tamaddun yang tertutup dan tidak
menerima pengaruh luar, namum masih juga berkembang dan berjaya
membentuk serta menemui kemajuan tamaddun itu. Interaksi antara tamaddun
akan memberi bebesapa kesan dalam tamaddun berkenaan samada kesan
negative atau kesan positif. Kewujudan interaksi ini kerana semua tamaddun
mengamalkan sikap tolaransi yang tinggi serta saling hormat menghormati
sesama tamaddun. Sifat-sifat yang baik itu akan membuka ruang percambahan
fikiran dan budaya serta memperkayakan lagi tamaddun berkenaan dalam
pelabagai aspek kemajuan.

22
4. Kesan Positif

Semasa kemunculan Islam di tanah Arab, berlaku interaksi antara Yahudi


dengan Kristian. Interaksi ini telah mewujudkan kesan positif, sebagai contoh
dalam Perlembagaan Madinah ( Shahifah Madinah ) yang digubal oleh Nabi
Muhamad saw telah memberi hak-hak dan perlindungan kepada penganut
agama Yahudi dan Kristian. Mereka telah diberi hak dan kebebasan untuk
mengamalkan amalan tuntutan agama masing-masing tanpa sebarang
gangguan daripada masyarakat sekitarnya, baik dari Rasulullah saw atau umat
Islam lainnya. Hal yang sama telah diikuti oleh pemerintah-pemerintah Islam
zaman Khulafa al-Rasyidin, Bani Umayyah, Abbasiyah, Uthmaniyah dan
kerajaan-kerajaan Islam di India.

Malah dalam beberapa buah kerajaan Islam, individu-individu Yahudi dan


Kristian telah mendapat kedudukan tinggi dalam pentadbiran, contohnya dalam
kerajaan Abbasiyah, tokoh-tokoh intelektual Yahudi dan Kristian telah
memberikan sumbangan mereka dalam penterjemahan buku-buku Greek ke
dalam bahasa Arab. Begitu juga di Andalusia (Sepanyol), muncul ramai penulis
dan ahli intelektual dari kalangan individu-individu Yahudi dan Kristian.

Interaksi antara Tamadun India dengan Tamadun China telah memberi kesan
positif kepada kedua-dua tamadun. Agama Buddha disebarkan ke negeri China
melalui interaksi ini. Di samping itu terdapat kemahiran-kemahiran lain yang
diperkembangkan, contohnya teknologi membuat gula daripada tebu dari India
telah diperkembangkan kepada orang-orang China. Bidang astronomi India turut
diperkembangkan di China oleh ahli-ahli astronomi India. Beberapa
perbendaharaan kata bahasa Pali dan Sanskrit turut mempengaruhi
kesusasteraan China. Kesan positif kepada Tamadun India ialah
berkembangnya teknologi membuat kertas, bahan letupan dan pengunaan
kompas dari Tamadun China ke dalam Tamadun India. Interaksi antara
Tamadun India dan China berlaku secara aman melalui hubungan perdagangan
dan keagamaan.

23
Antara interaksi Tamadun Islam dan China yang turut memperlihatkan kesan
positif ialah proses interaksi secara aman iaitu melalui perdagangan. Pedagang-
pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini Hasil
daripada interaksi ini terdapat komuniti Arab-Islam yang menetap di China.
Berlaku perkahwinan campur antara pedagang-pedagang ini dengan wanita-
wanita tempatan. Semasa zaman pemerintahan dinasti-dinasti Tang, Sung, Yuan
dan Ming, telah muncul beberapa orang tokoh Islam yang memainkan peranan
penting dalam pentadbiran.

Kesan penting yang terhasil daripada interaksi ini ialah penyebaran agama Islam
di negeri China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan China.
Perkembangan seterusnya menyebabkan munculnya cendiakawan-cendiakawan
Islam tempatan yang mahsyur seperti Liu Zhi dan Mha Zhu. Cendiakawan-
cendiakawan tempatan ini telah mencari keselarian ajaran-ajaran etika dan nilai
Islam dengan Konfusianisme. Konsep-konsep hubungan keluarga, ketaatan
kepada kedua ibu bapa dan raja dan nilai-nilai moral yang terdapat dalam ajaran
Konfusianisme telah dijadikan landasan untuk memperkenalkan agama Islam
kepada masyarakat China. Kesejajaran inilah yang menyebabkan ajaran Islam
tidak mendapat tentangan daripada ahli-ahli falsafah Konfusianisme seperti yang
dihadapi oleh ajaran agama Buddha. Disamping itu interaksi ini turut
menemukan seni bina Arab-Islam dengan seni bina China contohnya dalam
bentuk masjid-masjid di China hari ini.

Hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu telah meninggalkan


kesan yang amat ketara. Interaksi antara kedua-dua tamadun ini berlaku secara
aman iaitu melalui perdagangan. Namun demikian kedatangan pengaruh Islam
di Asia Tenggara ataupun khususnya ke Kepulauan Melayu dikatakan dari tiga
kawasan yang berbeza iaitu dari Arab dan Parsi, dari India dan China. Teori-teori
ini telah diperbincangkan dengan hangat dan beberapa bukti yang berkaitan
telah dikemukakan oleh pendokong-pendokongnya bagi meyokong pendapat
mereka. Namun apa yang lebih penting bagi kita ialah kesan yang didapati
daripada hubungan ini. Interaksi antara Tamadun Islam dengan Tamadun
Melayu telah melahirkan beberapa kesan positifyang penting.
24
Kesan yang paling menonjol ialah tersebarnya agama Islam di Kepulauan
Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka,
Aceh, Johor-Riau, Brunei, Patani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan
lain-lain lagi. Tamadun Islam telah mengubah pandangan hidup orang-orang
Melayu. la juga turut membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalam
perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu. Kesan positif boleh juga
dilihat pengaruhnya dari segi perundangan, kesusasteraan, kesenian,
kebendaan seperti pakaian, makanan serta istilah-istilah Arab yang digunakan
dalam bahasa Melayu.

Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu turut melahirkan


kesan positif tetapi ia tidak melibatkan pemikiran dan falsafah sebaliknya
melibatkan kemahiran dan teknologi serta kebendaan. Tamadun China
membawa teknologi membuat gula dari tebu ke Kepulauan Melayu, contohnya di
Jawa. Begitu juga kemahiran dalam perusahaan sutera, membuat tembikar serta
pertukangan logam. Di samping itu terdapat juga beberapa jenis makanan
masyarakat China yang diperkenalkan kepada masyarakat Melayu seperti tauhu,
kicap, taugeh dan sebagainya. Interaksi antara Tamadun China dengan
Tamadun Melayu berlaku melalui dua cara iaitu secara aman dan secara konflik
peperangan. Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan,
emigrasi dan hubungan diplomatik, contohnya kemuncak hubungan diplomatik
negeri China dengan Kepulauan Melayu ialah zaman Kesultanan Melaka.
Manakala hubungan yang bercorak konflik peperangan berlaku semasa
pemerintahan Dinasti Yuan / Monggol ( 1279 – 1368 Masihi ) yang pernah
menyerang Myanmar ( Komboja ) dan jawa pada abad abad ke-13 Masihi.

Kesan positif daripada interaksi antara tamadun ini juga boleh dilihat pada
hubungan antara Tamadun China-Jepun. Jepun telah mendapat faedah yang
banyak hasil daripada hubungan ini. Tamadun China telah menyumbangkan
beberapa perkara penting ke dalam Tamadun Jepun. Sumbangan yang penting
ialah dari segi agama dan tulisan. Agama Buddha dari China telah
dikembangkan dalam Tamadun Jepun. Ajaran-ajaran Buddha ini telah

25
diasimilasikan dengan agama asal orang-orang Jepun iaitu agama Shinto.
Walaupun asimilasi ini berlaku tetapi ia tidak mengubah identiti ajaran Buddha.

Kuil-kuil Buddha telah didirikan di Jepun. Agama Buddha telah mencapai zaman
kemuncak semasa zaman Nara dan Heian. Di samping agama, tulisan adalah
satu lagi kesan penting yang dibawa oleh Tamadun China ke Jepun. Tulisan
China telah menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun iaitu Hiragana dan
Katakana. Pengaruh tulisan China telah memainkan peranan kepada
perkembangan intelektual dan kesusasteraan dalam Tamadun Jepun. Di
samping dua kesan positif yang penting ini, Tamadun China turut meninggalkan
pengaruhnya ke atas upacara-upacara tertentu di Jepun, contohnya upacara
minum teh, seni taman, serta struktur pembinaan bandar.

Ajaran falsafah Konfusianisme dari China turut diasimilasikan dalam Tamadun


Jepun. Ajaran Kofusianisme yang memberi penekanan kepada institusi keluarga
telah memantapkan lagi institusi keluarga Jepun. Manakala konsep mandat dari
syurga telah memperkukuhkan lagi kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai
berasal dari keturunan Dewi Amaterasu. Interaksi antara Tamadun China
dengan Jepun telah berlaku secara aman dan asimilasi Tamadun China dalam
Tamadun Jepun telah memperkukuhkan identiti Tamadun Jepun.

5. Kesan Negatif

Adalah tidak tepat jika dikatakan bahawa interaksi antara tamadun hanya
menghasilkan kesan positif. Sebaliknya interaksi antara tamadun turut
menghasilkan kesan negatif.

Di Eropah, misalnya, hubungan antara orang-orang Kristian dan Yahudi telah


mengalami kemerosotan sejak awal lagi. Kesan daripada hubungan yang tidak
baik ini menyebabkan berlakunya pembunuhan orang Yahudi secara beramai-
ramai pada abad ke-9 dan-18 Masihi. Perkara ini berlaku akibat dari-pada faktor-
faktor perbezaan agama, ketidak seimbangan ekonomi dan sosial.

26
Begitu juga halnya dengan hubungan orang-orang Islam dan Kristian dalam
Zaman Pertengahan di Eropah. Pemerintah-pemerintah Kristian di Eropah telah
bertindak melancarkan beberapa siri perang ke atas orang-orang Islam yang
dikenali sebagai Perang Salib. Peperangan tersebut telah mengorbankan ramai
penganut Islam danYahudi. Peperangan ini turut dicetuskan oleh faktor-faktor
perbezaan agama, ekonomi dan politik.

Di India juga, hubungan antara penganut Islam dan Hindu sentiasa berada
dalam keadaan tegang. Terdapat peristiwa-peristiwa di mana orang-orang Islam
dibunuh dan masjid-masjid dimusnahkan oleh raja-raja India yang beragama
Hindu. Keadaan yang sama juga berlaku kepada penganut-penganut agama
Hindu serta kuil-kuil Hindu yang dimusnahkan oleh pemerintah-pemerintah
Islam.

Contohnya raja-raja Islam dalam Kesultanan Delhi telah mengharamkan


pembinaan kuil-kuil dan mengharamkan beberapa upacara-upacara keagamaan
Hindu. Semasa zaman pemerintahan Moghul, Aurangzeb adalah raja Moghul
yang bertindak keras terhadap penganut-penganut Hindu. Baginda telah
mengharamkan pembinaan kuil-kuil yang baru, mengharamkan upacara mandi
suci di Sungai Jamuna, mengharamkan upacara sati dan lain-lain lagi.

Dalam hubungan antara Tamadun India dengan Tamadun China juga kita dapat
lihat wujudnya konflik terutama semasa agama Buddha mula diperkenalkan ke
dalam masyarakat China semasa zaman pemerintahan Dinasti Han Timur.
Kemasukan agama tersebut telah mendapat tentangan cendiakawan
Konfusianisme yang amat berpengaruh dalam pentadbiran Dinasti Han. Sami-
sami Buddha telah dikurung dan kuil-kuil Buddha dimusnahkan untuk
menghalang perkembangan agama tersebut.

Kesan negatif turut berlaku dalam hubungan antara Tamadun Islam dengan
Tamadun China. Contohnya pada tahun 751 Masihi, tentera Islam di bawah
pimpinan Ziyad bin Salih telah mengalahkan angkatan perang China yang
dipimpin oleh Kao Hsien-chih sedangkan pada masa tersebut kerajaan Islam

27
Abbasiyah mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan Tang di China.
Permusuhan antara orang-orang Islam dengan orang-orang China juga
dicetuskan oleh rasa tidak puas hati terhadap pencapaian ekonomi pihak yang
bertentangan.

Contohnya pada abad ke-8 Masihi, penduduk Han di tenggara China telah
mewujudkan permusuhan dengan orang-orang Islam kerana iri hati terhadap
kemewahan yang dinikmati oleh orang-orang Islam yang kebanyakannya terlibat
dalam aktiviti perdagangan. Pada tahun-tahun 758 Masihi dan 876 Masihi telah
berlaku pemberontakan-pemberontakan yang menyebabkan ramai orang-orang
Islam dibunuh dan melarikan diri dari Canton. Pemberontakan pada tahun 876
Masihi bukan sahaja bersifat anti-Islam tetapi juga anti orang asing.

Pemberontakan ini menyebabkan lebih kurang 120 000 hingga 200 000 orang
asing telah dibunuh termasuk orang-orang Islam. Kesan daripada peristiwa
tersebut menyebabkan ramai orang-orang Islam telah lari dari China dan
berhijrah ke Asia Tenggara terutamanya di Palembang dan Kedah. Hubungan
orang-orang Islam dengan penduduk tempatan China turut terjejas semasa
pemerintahan Dinasti Ching yang memberi keutamaan kepada pengukuhan
ajaran Konfusianiame. Orang-orang Islam mendapat layanan yang tidak adil
daripada pemerintah Ching.

Rasa tidak puas hati penganut-penganut Islam disokong pula oleh


perkembangan pengaruh gerakan Kaum Muda ataupun Wahabi di kalangan
orang-orang China Islam. Rasa tidak puas hati orang-orang Islam telah
menyebabkan berlakunya beberapa siri pemberontakan semasa pemerintahan
Dinasti Ching iaitu Pemberontakan Sinkiang 1 (1756 Masihi), Pemberontakan
Kansu (1781 Masihi), Pemberontakan Jehangir (1820-27 Masihi), Kebangkitan
Yussof Syamsuddin (1828-31M), pemberontakan Yunan (1850-68 Masihi),
Pemberontakan Shensi dan Kansu (1862 Masihi), Kebangkitan Sinkiang (1864-
77 Masihi).

28
6. Faktor Yang Mempengaruhi Antara Tamaddun
a. Tolaransi kepimpinan
b. Nilai
c. Pemikiran
d. Keinsanan
e. Geografi
f. Institusi

7. Interaksi Tamaddun China dan India


Tamadun China dan India telah berinteraksi kira-kira pada abad ke-2 S.M.
Penyebaran agamaBudhha ke China pada masa pemerintahan DInasti Han (
zaman Han Timur ) merupakan kemuncak kepada interaksi antara tamadun
China dan India. Oleh kerana Buddhisme lahir dalam suasana budaya India,
maka China juga telah berkongsi banyak persamaan dengan kerangka budaya
masyarakat India. Persamaan dalam aspek kesusateraan, kesenian, muzik dan
sebagainya.

Pada peringkat awal penyebaran Buddha di China, ia sukar diterima kerana


berlaku penentangan antara budaya dalam ajaran Buddha dari sudut
kekeluargaan, politik,etika serta moral orang-orang China yang telah pun
diresapi oleh falsafah-falsafah tempatan China terutama falsafah Konfucianisme.
Agama Buddha secara beransur-ansur telah mengalami proses penyesuaian
dengan tradisi budaya China namum demikian prinsip-prinsip asas ajaran
Buddha tidak terjejas.

Selain dari penerimaan agama Buddha, kesan interaksi positif antara tamadun
China dengan India ialah beberapa alat muzik dan struktur muzik India
diasimilasikan dalam tamadun China. Muzik dan tarian India telah menjadi tarian
yang popular di istana dan di kalangan bangsawan China. Semasa Dinasti Tang
( 618-907 ) teknologi membuat gula dari tebu di Tamadun India
diperkembangkan di Tamadun China.

29
Manakala kesan positif interaksi tamadun yang diterima oleh India pula terdapat
ciptaan-ciptaan sains dan teknologi orang China yang telah berkembang di
dalam masyarakat India. Antaranya ialah teknologi pembuatan kertas, bahan
letupan, percetakan, penggunaan kompas dan lain-lain. Selain dari itu, usaha-
usaha penterjemahan buku-buku koleksi astronomi India telah diterjemahkan ke
dalam bahasa China. China juga mendapatkan khidmat ahli-ahli cendiakawan
India dalam bidang astronomi seperti Gautama yang telah diambil berkhidmat
dalam kerajaan Dinasti Tang. Beliau dipertanggungjawabkan memperkenalkan
system calendar China yang lebih tepat daripada tahun 727 M.

Perkembangan dalam bidang kesusasteraan juga turut menerima kesan interkasi


antara tamadun China dan India. Kitab-kitab ajaran Buddha merupakan contoh
hasil sastera yang penting. Kewujudan pelbagai jenis puisi, cerita dongeng,
kisah-kisah tauladan, kias ibarat yang berkaitan dengan Buddha telah
mempengaruhi tulisan sastera China. Selain dari itu percampuran dan
penyerapan bahasa Sanskrit dan Pali ke dalam bahasa China turut berlaku.
Contoh yang paling ketara ialah kemunculan pengajian fonetik di zaman Dinasti
Sui adalah kesan perhubungan tamadun China dan India. Seterusnya selapas
abad ke-10 M, perkembangan ini agak merosot dan lebih bersifat hubungan
diplomati dan perdangan.

8. Interaksi Tamaddun Islam dan China


Hubungan antara orang Arab dengan negeri China telah berlaku seawal abad
ke-3 Masihi apabila dilaporkan bahawa telah ada utusan dari Parsi dihantar ke
istana kerajaan Wei. Orang-orang Arab menggunakan dua laluan penting untuk
ke China iaitu
 Laluan Sutera – iaitu jalan darat yang merentasi Khurasan, Samarqand,
Xinjiang hingga ke Peking

30
 Jalan laut yang digunakan pada abad ke-5 Masihi merentasi laut Arab ke
Benua Kecil India, Kepulauan Melayu hingga ke Canton di tenggara
China.
Terdapat catatan yang menyatakan bahawa pada abad ke-5 Masihi kapal-kapal
China telah sampai ke Teluk Parsi, dan pada pertengahan abad ke-7 Masihi
ramai pedagang Arab telah menetap di daerah-daerah tenggara China seperti
Kwang Cho ( Canton ), Chang Chow dan Chuan Cow.

Hubungan perdagangan antara Arab dan China menjadi semakin rancak pada
abad ke-8, dimana mereka telah mendirikan masjid-masjid di kawasan
Guangzhou dan Guanzhou. Walaupun terdapat usaha-usaha mengembang
ajaran Islam di China berlaku pada abad ke-8, tetapi hanya berjaya selepas
beberapa abad kemudian dengan kemunculan beberapa tokoh Muslim tempatan
seperti Wang Daiyu ( 1550-1658 ), Ma Zhu ( 1640-1711) Liu Zhi ( 1660-1730)
dan Ma Dexin ( 1794-1874). Penglibatan tokoh–tokoh ini turut mempengaruhi
hasil penulisan dan usaha penterjemahan selepas mereka.

Buku pertama yang dihasilkan oleh penulis China Muslim ialah Zhengjiao
Zhengquan yang telah diterbitkan pada tahun 1642. Penulis China banyak
menggunakan konsep-konsep yang sedia ada dalam ajaran Konfusianisme bagi
memperkenalkan Islam kepada masyarakat tempatan. Elemen ajaran
Konfusianisme yang bersamaan dengan ajaran Islam seperti xiao (
penghormatan kepada ibu bapa ), zhong ( kesetiaan ), shu ( altruism ) telah
banyak membantu penulis-penulis China Muslim memperkenalkan ajaran Islam
kepada mayarakat China.

Kesan positif interaksi antara tamadun Islam dengan China dilihat dengan jelas
dimana Asia Barat telah mempelajari mengenai kompas teknologi percetakan,
teknologi bahan letupan dan pembuatan kertas. Hal yang sama berlaku dalam
teknologi logam dan pembuatan tembikar. Sementara tamaddun China pula
mendapat pelbagai ilmu pengetahuan baru seperti perubatan, astronomi dan

31
farmasi. Pada masa Dinasti Tang ( 618-907 ) seorang sarjana China Muslim
yang berasal dari Parsi iaitu Li Xun telah menyusun sebuah buku bertajuk
Materia Medica: Seberang Laut sebanyak 6 jilid. Buku telah membincangkan
mengenai 124 jenis ubat di Arab. Sementara itu seorang ahli astronomi Parsi –
Jamaluddin telah memberi sumbangan penting penciptaan calendar baru untuk
Kublai Khan pada tahun 1267 Masihi, sementara itu abjad Arab telah mula
digunakan dalam Tamadun China ketika pemerintahan Dinasti Yuan. Kesan
interaksi tamadun China-Tamadun Islam turut juga menyumbang dalam aspek
senibina. Masjid-masjid yang bersenibina Arab banyak dibina di Xinjiang (
Sinkiang ).

9. Interaksi Antara Tamaddun China dan Jepun


Interaksi antara tamadun China-Jepun berlaku melalui perantaraan semenanjung
Korea semasa zaman Raja Packhe yang memerintah Korea. Korea telah
menerima pengaruh China sejak abad ke-2 Masihi lagi. Raja Packhe telah
meminta bantuan Jepun bagi mengatasi tentangan puak utara pada kurun ke-2
Masihi. Penglibatan ramai tentera Jepun di Korea pada ketika itu telah
menyebabkan unsur-unsur Tamadun China yang terdapat dalam budaya Korea
telah meresapi budaya Jepun.

Kesan langsung tamadun China dapat dikesan dalam penggunaan tulisan.


Aspek penulisan telah menerima kesan terus interaksi Tamaddun China di
Jepun. Sistem tulisan China telah memperkembangkan tradisi tulisan di Jepun.
Tulisan China telah digunakan sebagai perantaraan komunikasi sosial dan
penciptaan kesenian dalam masyarakat Jepun yang telah membawa kepada
perkembangan intelektual.

Tulisan ini digunakan untuk menyimpan rekod-rekod mengenai mitos-mitos


agama Shinto dan rekod-rekod pentadbiran Jepun. Percantuman antara tulisan
China dan Jepun berlaku secara beransur-ansur. Kompilasi Kojiki ( rekod purba
Jepun ) telah menampakkan gabungan antara tulisan China dan tulisan Jepun.

32
Kompilasi puisi yang terkenal iaitu Man‟yoshu pada tahun 760 Masihi turut
memerlihatkan penggunaan gabungan perbendaharaan kata pinjaman China ke
dalam perbendaharaan kata Jepun.

Kesan interaksi tamaddun China ke atas Jepun dapat juga dilihat dalam aspek
binaan. Sebagai contoh dalam Bandar Nara telah dibina mengikut corak dan
plan pembinaan Bandar Chang‟an iaitu bandar pemerintahan dalam Dinasti Sui.

Ajaran-ajaran Konfusianisme yang dibawa masuk ke Jepun turut mengalami dan


menerima kesan serta perubahan. Konsep “ mandat dari syurga “ yang telah
digunakan dalam memperkukuhkan institusi raja. Agama Buddha juga telah
melalui satu proses asimilasi dengan agama asal orang-orang Jepun iaitu
Shinto. Pada tahap ini Shinto telah mengiktiraf kewujudan dua dewa iaitu dewa-
dewa luar dan dewa tempatan. Walaupun sintesis antara agama Buddha dan
Shinto kurang berjaya, namun ajarang Buddha tentang kehidupan dunia yang
penuh dengan penderitaan dapat diterima oleh orang –orang Jepun.

Ajaran Buddha yang mementingkan ajaran dan konsep kasih-sayang, kesian


belas, moral dan lain-lainnya yang berkaitan dengan kerohanian telah memberi
satu sumbangan penting kepada orang-orang Jepun. Pada bada ke-10 Masihi
ajaran Buddha yang berkembang ialah yang mementingkan Amida atau
Amitabha sebagai lambing penyembahan penting.

10. Interaksi Antara Tamaddun India dengan Asia Tenggara


Interaksi tamaddun Asia Tenggara dengan Tamaddun India telah berlaku secara
aman dan bermula sejak awal abad Masihi lagi. Hubungan secara perdagangan
telah berlaku dan telah meninggalkan kesan yang banyak dalam pembinaan
tamaddun dan budaya masyarakat Asia Tenggara.

Secara teologi, interaksi ini telah member peluang kepada perkembangan


agama Hindu dan Buddha kepada masyarakat Asia Tenggara. Agama Hindu

33
telah diterima sebagai agama yang penting dalam kerajaan-kerajaan awal di
AsiaTenggara seperti di Funan, Chenla, Angkor, Majapahit, Kedah dan lain-lain.
Mazhab agama Hindu yang banyak tersebar di Asia Tenggara ialah mazhab
Saivism, Vishnuism dan Brahmanisme. Agama Hindu turut mempengaruhi
system pentadbiran dan politik Asia Tenggara dengan kewujudan konsep “
devaraja “. Konsep ini meletakkan kesucian seseorang raja setaraf dengan
dewa. Konsep ini juga menjadi asas konsep daulat dalam pemerintahan raja-
raja Melayu.

Mazhab agama Buddha pula yang berkembang di AsiaTenggara ialah mazhab


Mahayana dan Hinayana ( juga dikenali sebagai agama Buddha Theravada ).
Agama Buddha Mahayana adalah ajaran Buddha yang dipengaruhi oleh
kepercayaan-kepercayaan tantric India. Ajaran-ajaran ini juga terut mengalami
unsur asimilasi dengan kepercayaan tempatan. Srivijaya pernah menjadi pusat
pengajaran dan perkembangan ajaran Buddha Mahayana seperti yang
dilaporlkan oleh I-Tsing seorang mubaligh agama Buddha dari China yang
pernah singgah di Srivijaya pada abad ke-7 Masihi. Sementara agama dari
Mazhab Buddha Hinayana pula diterima oleh sebahagian besar penduduk tanah
besar Asia Tenggara iaitu di Thailand, Myanmar, Burma dan Laos.

Kemunculan tulisan Sanskrit dan Pali yang berkembang di Asia Tenggara


adalah kesan interaksi Tamaddun India dan Tamaddun Asia Tenggara. Bahasa
Sanskrit telah diterima menjadi bahasa penting di istana. Kitab-kitab agama
Hindu iaitu Mahabarata dan Ramayana menjadi sumber pengajaran awal di Asia
Tenggara. Aktiviti penterjemahan dan penyalinan kitab-kitab ini telah dilakukan
selapas wujudnya interkasi antara Asia Tenggara dengan Tamaddun Islam. Ini
kerana kita-kita ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan ditulis dengan
menggunakan tulisan Jawi iaitu tulisan yang datang dari Tamaddun Islam.
Istilah-istilah Sanskrit turut memperkayaka perbendaharaan kata masyarakat
Asia Tenggara.

34
Kemunculan banyak alat-alat muzik dan pengaruh dalam kesenian dan tarian
juga adalah kesan daripada interkasi ini. Kedatangan dan hubungan masyarakat
India dan penduduk Asia Tenggara secara ama telah menyebabkan berlakunya
perkahwinan campur secara meluas semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Kemunculan makanan berasaskan roti dan kari juga dilihat sebagai kesan
interaksi tamaddun Asia Tenggara dengan tamaddun India. Selain dari tiu
tamaddun India juga turut mempengaruhi system perundangan Asia Tenggara,
contohnya kaedah-kaedah dalam undang-undang Hindu yang digunakan dalam
Undang-undang Melaka dan Perundangan Majapahit.

11. Intraksi Antara Tamaddun Islam dengan Asia Tenggara


Tamaddun Islam berkembang di Asia Tenggara selaras dengan perkembangan
dan penyebaran agama Islam di Asia Tenggara. Perkembangan Agama Islam
yang berlaku secara aman telah member sumbangan yang besar kepada
perkembangan dan penerimaan tamaddun Islam di kawasan Asia Tenggara.
Asia Tenggara telah lama dikenali oleh pedagang-pedagang Islam sejak abad
pertama Hijrah. Sebahagian besar pedagang-pedagang Islam datangnya
daripada Yaman, iaitu sebuah kerajaan Arab yang bergiat pentiang dalam
perdagangan.

Snouck Hurgronje merupakan cendiakawan yang melaporkan bahawa Islam di


Asia Tenggara datangnya dari India, pendapat beliau telah mendapat sokongan
dari beberapa tokoh seperti D.G.E Hall, R.O Winstedt, Vlekke, Mouqutte,
B.Harrison dan Bousquet. Bagi menyokong teori mereka, mereka mengaitkan
penglibatan pedagang-pedagang Islam dari Gujerat.

12. Interaksi Antara Tamaddun Islam dengan Eropah


Interaksi tamadun Islam dengan tamadun Eropah telah bermula sejak
terbentuknya pemerintahan Islam di Afrika Utara, Sepanyol dan Sicily. Malah
ada pendapat dan tokoh tamaddun menyatakan bahawa, Sepanyol dan Sicily
adalah merupakan pintu masuk Islam ke benua Eropah. Negara-negara

35
berkenaan dikatakan sebagai jambatan kemasukan Tamaddun Islam ke dalam
Tamaddun Eropah. Proses interaksi ini berlaku dalam dua cara iaitu cara aman
dan peperangan. Proses cara aman berlaku melalui perdangan. Perang Salib
yang berlaku dalam tempoh yang panjang antara orang Eropah dengan Islam
merupakan interaksi yang berlaku secara konflik.

Perkembangan dan usaha penterjemahan buku-buku adalah kesan interkasi


positif yang berlaku antara tamaddun Islam dan Eropah. Penterjemahan buku
falsafah Greek telah menghubungkan orang-orang Eropah dengan tamaddun
Greek ( Yunani ) Ini kerana penterjemahan buku telah dilakukan dengan pesat
semasa pemerintahan Bani Abbasiyah. Hasil-hasil tulisan orang-orang Greek
meliputi bidang-bidang sains, sejarah, matematik, falsafah telah dikembangkan
oleh cendiakawan Islam. Proses interkasi antara Islam dan Eropah berlaku
secara aman pada awalnya, dan diikuti dengan konflik apabila tercetusnya
perang salib yang berlaku selama 200 tahun ( antara abad ke-12 Masihi hingga
14 masihi ) Sebelum perang saling, Eropah yang berada dalam zaman gelap (
abad ke-4 hingga ke-14 Masihi ), sedangkan pada ketika ini, orang Islam telah
mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang ilmu pada pertangahan kurun ke-7.
Kemuncak kepada perkembangan Tamaddun Islam berlaku pada adab ke-10
hingga ke-12 Masihi.

Peranan Sepanyol dalam menyumbang kepada perkembagan Tamaddun Islam


di Eropah tidak boleh dipandang sepi. Sepanyol menjadi pusat perkembangan
ilmu pengetahuan Islam di Eropah. Universiti-universiti Sepanyol di Cordova,
Seville, Malaga dan Granada telah menjadi pusat pengajian terpenting kepada
pelajar Kristian. Bidang-bidang ilmu pengetahuan seperti falsafah, matematik,
astronomi dan seni muzik yang berkembang pesat di Sepanyol telah
mempengaruhi pemilkiran orang-orang Eropah.

Orang-orang Islam Sepanyol telah menyumbang karya-karya penting dalam


bidang seni muzik dan pada adad ke-12. Karya-karya mereka telah

36
diterjemahkan dalam bahasa latin dan memberi peluang kepada masyarakat
Eropah mengetahui dan mempelajari seni ini.

Interaksi antara Tamaddun Islam dan Tamaddun Eropah bukan hanya


melahirkan kesan positif, tetapi juga melahirkan kesan negativ iaitu Perang Salib.
Perang Salib yang berlaku selama 200 tahun telah member satu kesan negative
yang mendalam kepada Tamaddun islam dan Eropah. Terdapat beberapa faktir
berlakunya perang Salib ini, antaranya ialah
 penindasan yang dilakukan oleh pemerintah Islam kepada penganut
Kristian,
 ketidakseimbangan ekonomi
 peranan paderi Kristian yang menyeru orang-orang Kristian untuk
berperang dengan orang-orang Islam
13. Kesimpulan

Secara keseluruhannya, situasi di benua Asia sebelum zaman penjajahan Barat


tanpa mengambil kira hubungan Kristian dan Yahudi, penganut-penganut Islam,
Hindu, Budha, Konfusiannisme, Taoisme dan termasuklah penganut Kristian
sendiri berjaya hidup harmoni dan damai. Faktor-faktor yang di lihat dapat
membawa kesan yang positif hasil pertembungan antara tamadun ialah :

a. Sifat pemerintah dan pemimpin yang bertoleransi dan memerintah


negara dengan penuh keadilan dan kesaksamaan
b. Sikap golongan beragama seperti sami dan paderi yang sentiasa cuba
mewujudkan suasana harmoni, memberi tafsiran yang sejagat dan
cenderung kepada semangat keinsanan.

Tamaddun sesebuah masyarakat itu bukanlah bersifat tertutup, sebaliknya


bersifat terbuka. Sifat inilah yang member peluang berlakunya interaksi
antara tamaddun dan menghasilkan dua kesan utama iaitu kesan positif dan
kesan negative. Kesan positif akan memberi nilai tambah dan pengukuhan
kepada sesuatu tamaddun. Elemen-elemen atau ciri-ciri tamaddun luar yang

37
diterima oleh sesuatu tamaddun akan mengalami proses asimilasi dan
penyesuaian. Sementara kesan negative pulak seringkali mewujudkan
konflik antara masyarakat yang memilki tamaddun yanb berbeza. Konflik ini
dipengaruhi oleh pelbagai factor seperti teologi, ekonomi, sosial dan politik.
Faktor yang lebih penting menjadi penyebab kepada konflik ialah faktir
teologi. Sungguhpun interaski ini menghasilkan kesan positif dan negative,
namun kadangkala kesan yang dialami oleh sesuatu tamaddun itu tidak sama
dengan yang lain. Bagi tamaddun yang lebih lama dan tinggi, akan
mempengaruhi tamaddun yang rendah, dan tamaddun yang rendah akan
lebih bersifat receptive ( penerima ) Kedua-dua kesan inilah yang
menjadikan sesebuah tamaddun itu berjaya dan tidak jumud,beku dan static.
Hasilnya sesuatu tamaddun yang terbuka dan dapat mengasimiliasikan
pengaruh luar akan semakin berkembang dan melahirkan pelbagai
perubahan-perubahan penting.

38
Bahan Bacaan Alias Othman (1986), Apakah Ciri-ciri Khusus Islam, Kuala
Lumpur: Pustaka Salam
Sulaiman Nordin ( 1995 ), Islam,Al-Quran dan Ideologi
Masa Kini. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Haji Ahmad Fauzi ( 1997 ) Tamaddun
Islam.Sedang:Penerbitan Universiti Putra Malaysia.
Wan Abdul Rahman Latif, ( 1996 ) Sejarah Perkembangan
Tamaddun Dunia, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan
Pustaka
Azhar Hj.Mad Aros, Azharudin Mohd. Dali. (2000). Titas
Kertas 1. Bhd. Shah Alam. Fajar Bakti Sdn.
Chandra Muzaffar, Che Wan Jasimah Wan Mohd Radzi.
(2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala
Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya.
Dr Abdul Rahman Haji Abdullah. (2002). Sejarah dan
Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Ilmi Sdn. Bhd.
Ghazali Darussalam. (2000). Kursus Tamadun Islam &
Pendidikan Moral. Kuala Lumpur. Utusan Publication &
Distributor Sdn. Bhd.

Mustafa Hj. Daud. (1999). Tamadun Islam. Edisi Maktab


Perguruan. Kuala Lumpur. Utusan Publication &
Distributor Sdn. Bhd

39
Matapelajaran Tamaddun Islam dan Tamaddun Asia ( TITAS )
Interaksi Antara Tamadun

4.1. Nilai-nilai Universal Antara Tamadun


UNIT 4
4.2. Perbezaan dan Persamaan
4.3. Contoh-contoh interaksi dalam sejarah (bahasa,
kesenian dan kesusasteraan)

4.1 Nilai-nilai Universal Antara Tamaddun


Tamaddun mempunnyai dua bentuk iaitu tamaddun matearil dan tamaddun
spiritual. Tamaddun-tamaddun utama dunia di dunia mempunai persamaan dan
perbezaan baik dalam aspek spiritual ataupun material. Persamaan dan
perbezaan ini boleh dilihat dalam pelbagai aspek utama seperti dalam aspek
a. teologi,
b. etika,
c. pemikiran,
d. kebudayaan dan kesenian serta pencapain-pencapainnya.

Etika terbahagi kepada beberapa perkara penting iaitu


a. Alam sekitar
b. Keluarga
c. Komuniti
d. Kegiatan ekonomi
e. Pendidikan
f. Kesihatan

4.2. Persamaan dan Perbezaan


4.2.1. Teologi
Kepercayaan kepada tuhan merupakan asas yang utama dalam Islam,
Kristian, Yahudi dan Hindunisme. Konsep monoteisme dalam agama

40
Islam, Kristian, Yahudi dan Hindunisme, namum demikian menifestasi
konsep monoteisme Kristian, Yahudi dan Hindunisme adalah berbeza
dengan Islam. Agama Islam, Kristian dan Yahudi telah dikembangkan
oleh nabi-nabi yang mendapat wahyu dari Allah swt. Sebaliknya
kewujudan agama Hindu adalah agak kabur dan agama ini tidak
mempunyai pengasas ataupun nabi. Hubungan yang rapat antara
Islam dan Kristian serta Yahudi dijelaskan dalam al-Quran dan
penganut-penganut agama Kristian dan Yahudi dikenali sebagai ahlu-
Kitab. Teologi adalah aspek tamaddun spiritial yang penting bagi
sesebuah masyarakat.

Sementara Buddhisme bukanlah satu doktrin agama atau metafizik,


tetapi ia lebih merupakan sebuah ajaran yang berpasksikan kepada
moral dan etika. Dalam ajaran Buhhdisme tidak membincangkan
mengenai konsep ketuhanan sebaliknya membincangkan perilaku-
perilaku yang sepatutnya diamalkan oleh manusia-manusia demi
melapasi kesengsaan hidup dan mencapai kebebasan diri ataupun
nirwana. Oleh kerana Buddhisme terbina dalam sebuah kerangka
sosio-budaya masyarakat India maka ia tidak dapat dipisahkan
daripada beberapa aspek dan konsep Buddhisme yang didapat dicari
persamaan dalam ajaran-ajaran Hinduisme.

Persamaan yang dapat dilihat dalam aspek teologi di antara tamaddun


ialah:
a. Semua tamaddun besar menekankan aspek ketuhanan, kecuali
Buddhisme sahaja yang memberi keutaman kepada aspek moral
dan etika.
b. Semua agama memepunyai doktrin dan amalan-amalan tertentu
dalam agama yang perlu dilaksanakan oleh pengikut-pengikutnya.
Bagi orang Islam, solat lima waktu sehari semalam, puasa di bulan
Ramadhan, zakat, menunaikan haji adalah satu doktrin ajaran Islam

41
yang wajib dituruti. Rutin agama yang tertentu sebagaimana agama
Hindu, sembahyang di gereja bagi penganut Krisitan dan
sebagainya. Itu adalah satu doktrin ajaran yang mengandungi
amalan-amalan yang membezakan aspek teologi spiritual.
c. Aspek-aspek kefahaman seperti hidup selepas mati, syurga, negara
mempunyai persamaan dikalangan agama samawi ( Islam, Kristian
dan Yahudi ).
d. Dalam beberapa ajaran dan kefahaman Hindunisme dan
Buddhisme terdapat juga beberapa sapek persamaan seperti
konsep kelahiran semula, konsep Karma ( ialah yang berkaitan
dengan pembalasan yang setimpal dengan usaha dan perlakuan
manusia )

Perbezaan yang ada diantara tamaddun besar dalam aspek teologi


pulak ialah:
a. Menifestasi ketuhanan yang berbeza dalam agama tersebut,
contohnya monotisme dalam Islam adalah berbeza dengan konsep
monotisme dalam agama Kristian dan Yahudi. Dalam agama
Kristian konsep triniti adalah berbeza dengan konsep ketunggalan
Tuhan dalam Islam.Begitu juga dengan konsep asosiasi dalam
agama Yahudi dan Kristian adalah berbeza dengan konsep
monotisme agama Islam. Manakala konsep monotisme dalam
agama Hindu membenarkan Tuhan mereka digambarkan dalam
pelbagai bentuk dan rupa juga bertentangan dengan Islam.
Kesukaram untuk memahani konsep monotisme yang terdapat
dalam ajaran Hindu menyebabkan sesetengah tokoh menyatakan
bahasa konsep ketuhanan agam tersebut adalah bersifat politisme.
b. Konsep Reinkarnasi atau pun penjelamaan semula yang terdapat
dalam ajaran Hindu dan Buddha juga terdapat perbezaan.
Penjelamaan semula bermkasud seseorang itu akan menjelma
semula selepas kematiannya tetapi dalam bentuk-bentuk yang

42
berbeza dan tidak semestetinya dalam bentuk manusia. Konsep ini
asalnya digunakan hanya untuk penjelmaan semua dewa-dewa
Hindu tetapi perkembangan sejarah agama Hindu kini
memperlihatkan bahawa konsep ini seringkali dikaitkan dengan
seseorang manusia.

4.2.2. Etika
a. Pendidikan
Pendidikan diketegorikan sebagai aspek yang terpenting dalam
setiap tamaddun. Pembentukan peribadi ( character building )
seseorang individu adalah tujuan utama pendidikan. Berasaskan
kepada matlamat penting ini, tugas mengembangkan ilmu
pengetahuan adalah menjadi satu tanggungjawab yang mulia.
Kesedaran mengembangkan ilmu pengetahuan ini telah diberi
kepentingan yang utama dalam Islam, Kristian, Hindunisme dan
lain-lain agama. Apa yang membezakan kepentingan ini ialah
bagaimana proses tranformasi ilmu pengetahuan itu dilakukan dan
apakah elemen yang diberi keutamaan. Dalam Islam konsep
Tauhid – tauhidik ini diberi keutamaan dalam proses penyebaran
ilmu. Dalam ajaran-ajaran Buddha dan beberapa ajaran
Hindunisme, tranformasi sifat ( characters ) atau tranformasi sifat
dapat dicapai melaui proses mencari diri sendiri ( self-discovery )

b. Ekonomi
Kegiatan perekonomian dalam tamaddun-tamaddun awal
berlangsung dalam kontek “ moral semesta “ – universe moral .
Kemunculan konsep hak-hak kehidupan ( livelihood right ) dalam
ajaran Buddha sebegaimana yang tercatat dalam salah satu ajaran
jalan lapan lapis ( eight fold path ). Dalam ajaran Islam prinsip ini
berkaitan dengan hal halal dan haram yang berkait rapat dengan
soal akhlak. Konsep-konsep ini lebih menjelaskan bahasa usaha-

43
usaha ekonomi yang mempertingkatkan moral manusia. Penipuan,
riba, rasuah dan betuk-bentuk penyelewengan lain amat ditegah
oleh Islam. Dalam tamadun China, kepentingan para petani diberi
penekanan mengikut fahaman ajaran Konfusianisme. Fahaman
Konfusianisme memandang rendah kepada golongan pedagang
kerana golongan ini dikatakan sering melibatkan diri dalam aktiviti
berunsurkan penipuan dan untung yang merupakan elemen buruk
dalam ajaran Konfusianisme. Semasa Zaman Pertengahan di
dalam tamadun Eropah, ajaran agama Kristian amat mempengaruhi
kegiatan ekonomi. Sebagaimana ajaran Islam, unsur rasuah, riba,
penipuan adalah amat dilarang dalam ajaran Kristian.

c. Keluarga
Unit asas dalam sesebuah tamadun adalah keluarga. Tamadun
China memberi penekanan penting dalam aspek kekeluargaan.
Hubungan kasih sayang dan hieraki kuasa dalam hubungan sesama
manusia amat diberi penekanan dalam ajaran Konfusianisme.
Unsur “ li “ iaitu penekanan kepada lima jalinan hubungan sesama
manusia iaitu
a. Hubungan maharaja dengan rakyat
b. Hubungan bapa dengan anak
c. Hubungan abang dengan adik
d. Hubungan suami dengan isteri
e. Hubungan kawan dengan kawan
Daripada lima jalinan kekeluargaan, tiga daripadanya adalah jalinan
di dalam sebuah keluarga iaitu hubungan bapa dengan anak,
hubungan abang dengan adik dan hubungan suami dengan isteri.
Kesetiaan anak kepada bapaknya adalah sama kesetiannya
seorang rakyat kepada maharaja. Atas sebab inilah, masyarakat
China mengadakan upacara mengingati nenek moyang, yang
bertujuan untuk mengucapkan rasa terima kasih serta menunjukkan

44
ketaatan kepada nenek moyang serta ibu bapa yang telah
meninggal dunia.
Tamadun Islam berasaskan ajaran al-Quran turut memberi
kepentingan kepada elemen keluarga ini. Hubungan anak dengan
ibu bapa berasaskan kepada hak dan tanggungjawab. Islam
menegaskan hak terhadap anak mestilah dilaksanakan oleh ibu
bapa sejak anak itu berada dalam kandungan lagi. Bermula
daripada dalam kandungan inilah Islam mengajar ibu bapa supaya
sentiasa membuat kebajikan agar anaknya nanti sentiasa
cenderung untuk melakukan kebajikan, begitu juga dengan
tanggungjawab memberi dan melatakkan nama yang baik
sebutannya, seterusnya mempersiapkan anak-anak untuk
menghadapi masa depan yang lebih sempurna dengan memberikan
mereka pendidikan yang cemerlang. Ikatan kekeluargaan ini
dijelaskan dengan terang dalam kitab al-Quran.
Bukan ibu bapa sahaja yang perlu menunaikan tanggungjawab,
malah anak-anak juga wajib menunaikan tanggungjawab mereka
dengan tidak menderhaka kepada ibu bapa. Ikatan kekeluargaan ini
tidak hanya diikat dengan hak dan tanggungjawab malah ia juag
diikat dengan perasaan kasih dan sayang sesama ahli keluarga.
Konsep keadilan menjadi asas perjalanan sesebuah keluarga Islam.
Keluarga juga menjadi unit kecil dan mempunyai kepentingannya
dalam masyarakat India, sistem kekeluargaan menjadi objek
penerus kepada sistem keturunan yang menjadi satu sistem
sokongan yang berbentuk fizikal dan kerohanian. Pertalian darah di
dalam sesebuah keluarga ditambah pula dengan rasa hormat dan
kasih sayang menjadi elemen pembentukan keluarga di dalam
masyarakat India.

d. Komuniti

45
Komuniti atau masyarakat merupakan unit penting dalam setiap
tamadun. Identiti individu mempunyai kaitan rapat dengan
keomunitinya. Perkaitan yang sangat rapat ini menyebabkan
sebilangan besar pengkaji berpendapat bahawa identiti seseorang
individu terbentuk daripada komunitinya. Identiti ini dapat dilihat
dalam pelbagai sudut, contohnya dari segi pemikiran, pandangan
semesta, sikap dan perilaku serta lain-lain. Seseorang individu
mendapat sokongan moral, psikologikal dan kadang kala material
daripada komunitinya. Jarang berlaku percanggahan antara idenditi
individu dengan identiti komunitinya. Lazimnya identiti kedua-dua
pihak dibentuk oleh sistem agama dan kepercayaan, bilai-nilai moral
yang juga bersumberkan agama dan adat resam.

Komuniti atau masyarakat adalah unit penting dalam tamadun


Islam. Ikatan sesama komuniti tidak hanya ditentukan oleh
hubungan kekeluargaan tetapi juga sesama agama ( ukhuwwah )
dan hubungan sesama manusia merangkumi hubungan orang Islam
dengan jiran yang bukan Islam. Tamadun Islam berasaskan kepada
al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw menggariskan dengan jelas
hak dan tanggungjawab seseorang individu terhadap jiran-jirannya
dan peringkat-peringkat ikatan. Ikatan kekerabatan, persamaan
agama dan ikatan kemanusiaan yang ditunjangi oleh hak dan
tanggungjawab yang ditentukan merupakan asas hubungan individu
dalam tamadun Islam. Semua asas ini adalah berpaksikan kepada
konsep egalitarian ( sama rata ).

Konsep eglitarian yang terdapat dalam Islam, tidak menerima


kewujudan kelas hamba dalam masayarakat. Hamba adalah satu
institusi yang telah lama berkembang dalam masyarakat dunia
samada di Timur Tengah, Eropah atau di Asia. Golongan hamba ini

46
dinafikanhak mereka dan kedudukan mereka kadangkala adalah
secara turun temurun.

Pembentukan komuniti China banyak di pengaruhi oleh sistem


kekeluargaan China. Sistem kekeluargaan China yang berasaskan
kuasa lelaki dan bapa telah meresap dalam pembentukan komuniti
China. Sistem kekerabatan yang berasaskan hubungan darah
memainkan peranan penting dalam pembentukan komuniti China.
Pemusatan kuasa kepada kuasa bapa atau lelaki adalah amat kuat
dalam sistem kekerabatan komuniti China. Pembentukan komuniti
China juga kuat dipengaruhi oleh sistem clan. Hiraki kuasa
memainkan peranan penting dalam komuniti sama seperti
peranannya dalam sistem kekeluargaan China.

Dalam tamadun India, komuniti turut memainkan peranan penting,


berbeza dengan tamadun-tamadun lain, komuniti dalam tamadun
India mempunyai peraturan yang amat ketat. Sistem sosial dalam
komuniti India berasaskan kepada sistem kasta yang rigid.
Penentuan kasta seseorang individu adalah secara ascribed – iaitu
keturunan, diwarisi daripada nenek moyang. Sistem kasta juga turut
menetukan jenis pekerjaan seseorang individu yang boleh dilakukan
serta layanan yang patut diberikan kepada individu dari kasta-kasta
tersebut. Sistem kasta memepengaruhi semua aspek kehidupan
dan aktiviti dalam sesebuah komuniti samada dalam bidang
perlapisan sosial dalam tamadun-tamadun lain.

Konsep Dharma diberi penekanan penting dalam hubungan sesama


anggota dalam sesebuah komuniti. Dharma masyarakat
menggariskan fungsi dan peraturan bagi menentukan apa yang
harus dilakukan oleh setiap anggota masyarakat, disamping itu
individu sebagai annggota masyakarat mempunyai dharma yang

47
menetukan apa yang beliau harus lakukan mengikut kelahiran dan
fungsi kehidupannya. Dharma dalam masyarakat yang menetukan
fungsi anggota-anggota maysarakat.

e. Politik dan kerajaan


Akhlak dan nilai moraliti telah digunakan sebagai asas sesebuah
kerajaan oleh banyak tamadun-tamadun tradisional. Pembentukan
tamadun tradisional menjadikan dua elemen penting ( akhlak dan
moral ) sebagai tunjang kepada pembentukan sesebuah kerajaan.
Peranan dan tanggungawab kerajaan dijelaskan melalui peranan
dan tanggungjawab pemerintah. Raja merupakan gelaran tertinggi
kepada pemerintah dalam hampir kesemua tamadun dunia.
Terdapat terma lain yang digunakan untuk menjelaskan kedudukan
tersebut, antaranya ialah khalifah, sultan, maharaja, ratu dan
sebagainya. Seseorang pemerintah tertinggi mestilah mempunyai
akhlak yang baik. Adil ialah prinsip asas yang mesti dimiliki oleh
seseorang pemerintah. Pemikiran falsafah yang diasaskan oleh
Kung Fu Tse, Meng Tse, Lao Tse dan ramai lagi dalam tamadun
China serta tokoh-tokoh lain memberi penekanan kepada sifat-sifat
yang perlu ada pada seseorang raja atau pemerintah, begitu juga
dengan tamadun India, kautilya membincang aspek-aspek
pemerintahan.
Penulis-penulis besar dalam tamadun Islam seperti al-Farabie, al-
Mawardi, al-Ghazali, Ibnu Khaldun dan lainnya telah memberi
tumpuan yang penting terhadap hal-hal yang berkaitan dengan
pemimpin dan kepimpinan. Sesuai dengan kedudukan Islam
sebagai ad-dien – ( cara hidup ), ia tidak memisahkan antara politik
dan agama seperti yang diutarakan dalam konsep sekularisme. Al-
Quran dan as-Sunnah telah menggariskan prinsip-prinsip penting
yang perlu ada dalam pentadbiran dan perundangan. Prinsip
berkenaan ialah:

48
a. Keadilan ( al-adalah ) – adalah prinsip utama yang diberi
penekanan. Rasulullah saw telah memberi penekanan pada
prinsip ini semasa membentuk kerajaan Islam di Madinah.
Prinsip keadilan bukan sahaja diamalkan oleh Rasulullah saw,
tetapi juga kepada semua khalifah Islam selepas baginda
terutamanya Khalifah as-Rasyidin.
b. Al-Wasatiyyah ( kesederhaan ) – prinsip ini mempunyai pertalian
yang rapat dengan prinsip keadilan. Kesederhaan adalah dasar
penting yang dijalankan oleh rasulullah saw dalam
pemerintahannya, ia turut dilaksanakan pada zaman baginda
dan juga sesudah baginda.
c. Syura adalah aspek penting dalam melaksanakan pentadbiran
dan pengurusan. Melalui konsep syura ini, elemen kediktatoran
dapat dibendung dan diatasi. Syura ialah proses untuk
melahirkan sesuatu keputusan yang lebih adil dan saksama.
Konsep kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang diberikan
oleh raja kepada rakyatnya adalah dimensi yang penting. Konsep
ini amat kuat dalam tamadun Melayu sehingga melahirkan kata-kata
“ takkan Melayu menderhaka..” Penderhakaan merupakan jenanyah
yang akan mengundang hukuman bunuh, seperti dalam Kisah Hang
Tuah, Hang Jebat ( dalam versi Megat Seri Rama dalam Sejarah
Melayu ), namun dalam versi yang berbeza menyatakan Hang
Kasturi. Namun demikian penderhakaan dalam sejarah Tamadun
Melayu berlaku apabila seseorang raja telah melanggar lunas-lunas
keadilan yang sepatutnya dipertahankan oleh seorang pemerintah.

Dalam ajaran Confusius, telah memberikan satu garis panduan


mengenai hubungan antara pemerintah dengan rakyatnya.
Pemerintah mestilah berperanan sebagai bapa kepada rakyatnya.
Ini bermakna, seseorang raja perlu mempunyai moral yang baik
kerana baginda akan menjadi pelindung kepada rakyatnya. Tanpa

49
sifat-sifat yang demikian mandat atau kelayakan seseorang raja
untuk memerintah sesebuah dinasti itu akan terhapus. Confusius
tidak menganjurkan rakyat menentang raja yang tidak mempunyai
moral yang baik, sebalinya beliau mengatakan bahawa mandat itu
akan ditarik balik oleh Tien ( Maha Agung ) melalui pelbagai bala
bencana seperti banjir,peperangan dan sebagainya. Meng Tse (
Mencius ) iaitu salah seorang pengikut Confusius mengatakan
bahawa “ The people ara the most important element in the nation,
the spirits of the land dan garin are next, the prince is the last..” .
Sementara Hsun-Tzu seorang lagi pengikut Confucius mengatakan
bahawa raja umpama sebuah kapal dan rakyat itu umpama air. Air
boleh menyokong kapal ( agar tidak tenggelam ) tetapi juga boleh
menenggelamkan kapal. Beliau berpendapat hanya apabila rakyat
berpuas hati sahaja maka seseorang raja itu akan selamat.

f. Institusi Keagamaan

4.2.3. Pemikiran
4.2.4. Kebudayaan dan keseniaan

50
Matapelajaran Tamaddun Islam dan Tamaddun Asia ( TITAS )
Islam Dalam Tamadun Melayu

- Teori kedatangan Islam

-Peranannya dalam pembinaan Tamadun Malaysia

UNIT 5 -Kesan dan Pengaruh Islam dalam Tamadun Melayu


 Politik
 Ekonomi
 Sosial

-Peranan Islam dalam pembinaan Tamadun Malaysia

Pengenalan

Tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan


pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan seperti
kesenian dan kesusasteraan yang tinggi , baik, halus dan sopan kearah
pembentukan peribadi dan komoditi yang memiliki personaliti, tatatusila dan
pekerti yang terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau negara bangsa.

Sejarah menyaksikan Tamadun Islam melalui beberapa peringkat


perkembangan. Ajaran Islam diturunkan di Kota Mekah, Tamadunnya diasaskan
di Kota Madinah, dikembangkan di Kota Syam dan Damsyik tetapi seterusnya
digemilang di Kota Damsyik. Pengaruhnya mula bertapak di Semenanjung Arab
sehingga berjaya menukar kehidupan masyarakat Arab jahiliah pada ketika itu
kepada kehidupan bersusila. Kekuatan pengaruh Islam juga turut menyumbang
kearah kelahiran Renaissa (zaman pembaharuan) di Eropah dan seterusnya
perluasannya ke nusantara seluruh pelusuk dunia tidak terkecuali Asia.

51
a. Teori Kedatangan Islam Dari Arab/Parsi

Antara sejarawan awal yang mengetengahkan teori ini John Crawford dan
Caser Ajib Majul. Sejarawan tempatan seperti Syed Muhammad Naquib al-Attas
dan Prof. Dr. HAMKA merupakan antara sejarawan Melayu yang kuat
mengetengahkan teori ini. Perbahasan berhubung teori ini juga sangat
komplikasi dan luas perwacanaannya.

Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah, perwacanaan berhubung teori ini


boleh dibahagikan pada beberapa tahap agar persembahan sejarah lebih teratur
dan mudah difahami. Tahap-tahap tersebut terdiri oleh tahap (1)Tahap
Persinggahan, (2)Tahap Pertapakan, dan (3)Tahap Penyeberan Islam secara
meluas.

Tahap pertama ini berlaku sejak zaman Pra-Islam lagi kerana AM sudah
berinteraksi dengan tamadun Arab. AM terkenal sebagai rantau pengeluar kapur
(juga dikenali sebagai kapur barus) dan rempah ratus seperti lada, bunga
cengkeh, buah pala, kemenyan dan sebagainya, yang menjadi keperluan pada
masyarakat Asia Tengah dan sekitar laut Mediteranean. Keperluan-keperluan ini
selain memberi

jawapan rasional wujudnya hubungan langsung AM dengan rantau Arabia, kapur


sendiri menjadi sebahagian dari budaya dan bahasa arab sendiri – kāfūrā (‫كافورا‬
)Kesempatan perdagangan kāfūrā (‫ ) كافورا‬dan barang-barang lain yang hanya
terdapat di AM, dan realiti keperluan masyarakat rantau Arabia dan
Mediteranean sebagaimana di atas ini turut dimanfaatkan oleh para pedagang
Muslim-Arab (dan yang datang daripada rantau Arabia) untuk menyebarkan
agama Islam sama ada kepada para pedagang Melayu yang pergi ke sana atau

52
dakwah Islamiyyah tersebut berlaku di rantau Nusantara sendiri. Dengan erti
kata lain, teori kedatangan Islam adalah dari Arab. (Abdul Rahman Haji Abdullah:
31).

Sesuatu yang menarik, di Yaman tersebut terdapat perlabuhan interport dan


antarabangsa yang terletak di Hadramaut. Perlabuhan tersebut menjadi tempat
persinggahan pelbagai pedagang seantero dunia termasuk pedagang-pedagang
Melayu yang datang untuk berdagang rempah ratus dan kāfūrā (‫ ) كافورا‬sendiri.

Tahap Kedua dikenali sebagai tahap pertapakan. Tahap ini amnya berlaku
sekitar tahun 674M berdasarkan tanda aras wujudnya penempatan masyarakat
arab Islam di kepulauan Melayu khususnya di Pantai Barat Sumatera. Selain itu,
di Jawa juga wujud penempatan masyarakat Arab juga. Masyarakat tersebut
dikenali sebagai “Ta-Shih”.

Dalam catatan Arab, Khalifah Muawiyyah bin Abi Sufian (661-680M) pernah
cuba menyeberangi Nusantara demi membuka (futuwwah) Pulau Jawa. Pada
ketika itu, Pulau Jawa di bawah pemerintahan Ratu Sima. Selepas mendapati
Ratu Sima seorang raja yang adil, maka khalifah menangguhkan hasratnya
sebagai menghormati “keadilan hak” di pulau tersebut.

Selain itu, jawapan sejarah bagi peristiwa ini dilihat pada peristiwa pelarian
golongan Syiah ke Nusantara demi menyelamatkan diri daripada pemerintah
Khilafah Islam Bani Umayyah. Pelarian mereka ini melalui jalan Champa dan
membina penempatan di Kepulauan Sulu, Sulawesi dan Kalimantan.

Pada tahun 800M, armada dakwah Islamiyyah tersebut yang diketuai oleh
Nahkoda Khalifah dan lebih 100 orang muslim telah sampai di Perlak, Sumatera
(Nusantara). (Abdul Rahman Haji Abdullah; 1990:37 & Abdullah Ishak; 1990:96)
Kedatangan mereka ini secara tidak langsung menjadi jawapan bagi teori
kedatangan Islam di Nusantara adalah dari Arab dan peristiwa ini berlaku pada
tahap pertapakan.

53
Tahap ketiga pula dikenali sebagai Tahap Penyebaran Islam secara meluas.
Bagi Penulis, tahap ini lebih sesuai dikenali sebagai Tahap Penyebaran Islam
Secara Ber-Negara (Daulah Islamiyyah). Berdasarkan bacaan Penulis, tahap ini
mula ditempuhi oleh AM paling lewat adalah pada kurun ke-13M.

Bermula kurun ke-13M ini, boleh dikatakan banyak gugusan kepulauan telah
menerima Islam. Pemelukan Islam secara ber-Negara di Perlak, Pulau Jawa,
Sulawesi, Kepulauan Sulu (Maluku), Kedah Tua, Champa dan sebagainya
sehingga wujud asimilasi nilai dan jatidiri antara para du’at (pendakwah-
pendakwah) di kalangan para pedagang dan penduduk asal di Nusantara
(Penulis: komuniti etnik Melayu).

Kurun Ke-14M (1414M), Institusi Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh


Paramiswara. Namun, berdasarkan bacaan peribadi Penulis; Paramiswara
bukan pemerintah pertama memeluk agama Islam. Menurut Wang Gunwu
(1968), penama Sultan Megat Iskandar Shah yang kononnya nama Islam bagi
Raja Parameswara; adalah tidak sahih dan dua individu yang berbeza. Menurut
Ma Huan, Parameswara mangkat pada tahun 1414M, manakala Megat Iskandar
Syah memeluk Islam pada usia 72 tahun apabila mengawini Puteri Raja Pasai
(dari Sumatera) (Kassim Thukiman, 2002:29)

Walau bagaimanapun, Institusi Kesultanan Melayu Melaka pada zaman


Sultan Muzaffar Shah (1446-1459M) dan penggantinya, Sultan Mansur Shah
merupakan “golden ages”. Kegemilangan zaman tersebut salah satunya adalah

54
berpunca oleh faktor praktisnya Islam secara menyeluruh,Implikasinya, lahir
beberapa kerajaan alternatif (yang sebelum ini di bawah suatu Khilafah Islam).
Antaranya termasuk kerajaan Ayubiyah (1171M), kerajaan Mameluk (1206-
1257M), kerajaan Turki Uthmaniyyah (di Asia Minor), Kerajaan Mughal dan
Kerajaan Delhi (di India), dan sebagainya.

Fenomena tersebut ditegaskan oleh HAMKA (1990), bahawa Islam di AM


berkembang di bawah pengaruh tariqat dan tasawuf oleh masyarakat AM sama
ada dari golongan pemerintah (Penulis: golongan istana) atau rakyat; sedangkan
ia lebih banyak membawa keburukan dari kebaikan.

Berdasarkan asas-asas di atas sama ada pada tahap (1)Tahap


Persinggahan; (2)Tahap Pertapakan; dan (3)Tahap Penyeberan Islam secara
meluas; para Sejarawan tempatan cenderung pada Teori Kedatangan Islam
datangnya dari Arab. Antara asas sampingan lain termasuk:-

Pertama, kewujudan tulisan Jawi dipercayaan hasil sintesis tulisan Arab


(Aramic) dan tulisan non-Aramic. Tulisan non-Aramic yang dimaksudkan adalah
“Ga”, “Cha”, “Nya: dan sebagainya. Segelintir Sarjana berpendapat asal tulisan
non-Aramic ini dari Parsi (di Asia Tengah; kini dikenali sebagai Republik Islam
Iran). Namun, menurut, Syed Muhammad Naquib al-Attas dan HAMKA,
penambahan beberapa huruf non-Aramic ini dilakukan sendiri oleh cendekiawan
Melayu-Muslim sendiri sesuai dengan sebutan bahasa Melayu-Kuno di
Nusantara. Penulis secara peribadi bersependapat dengan al-Attas dan HAMKA.

Kedua, sebutan dan tatacara bacaan al-Quran di Nusantara lebih hampir


dengan sebutan dan tatacara bacaan al-Quran di Timur Tengah (khususnya
rantau Arabia); tidak mirip pada bacaan ala penganut Islam di India mahupun
China.

Ketiga, boleh dikatakan hampir semua catatan sejarah (written sources)


menonjolkan pengIslaman para pemerintah di Nusantara (dari Institusi
Kesultanan Melayu Melaka hingga Institusi Kesultanan Melayu Sulu) telah

55
dilakukan oleh para Pedagang Arab atau du’at berbangsa Arab. Menurut C.A.
Manjul, perkembangan Islam di Nusantara pada peringkat awal walaupun
datangnya dari India, namun masih dilakukan oleh para pedagang Arab. Lebih
dari itu, tiada catatan sejarah menyebut bahawa kedatangan Islam di AM ini
dilakukan oleh pendakwah berketurunan India mahupun Cina.

Ketiga, bahasa Melayu turut menerima pengaruh perbendaharaan kata dan


tatabahasa arab. Sebagai contoh, fakir. Syukur, sahabat, kertas, dakwat, sultan,
soleh dan sebagainya adalah berasal dari perbendaharaan kata bahasa Arab.
Ketiga-tiga asas ini lebih cenderung pada unsur rasionalisme; tidak nas sejarah.

b. Islam Datang Dari China dan Champa

Marco Polo dalam Suma Oriental mencatatkan bahawa beliau pernah


berhenti singgah di Perlak pada kurun ke-13M dalam perlayarannya ke China.
Dalam catatan beliau, realiti masyarakat di Perlak sudah berbudaya dengan
budaya muslim. Pada pandangan Penulis, budaya Muslim ini mustahil wujud
kecuali masyarakat Perlak atau AM amnya lebih awal menganut dan menghayati
agama Islam yang kudus itu sendiri.

Pendirian oleh Sejarawan Marco Polo ini turut disokong oleh Sejarawan lain,
P.E. De Josselin De Jong. Hujah Josselin De Jong bertitik-tolak pada jumpaan
batu nisan di wilayah jiran Perlak iaitu Pasai. Pada fizikal sumber artifak tersebut
terukir nama sultan Malik al-Salih, iaitu nama Sultan Pasai. Pada batu nisan
tersebut juga terdapat tarikh meninggal Malik al Salih iaitu pada 1297M. Secara
logiknya, kedatangan Islam ke AM pasti lebih awal dari tarikh tersebut.

Asas jumpaan batu nisan ini dilengkapkan dengan catatan sejarah di China
sendiri berhubung hubungan diplomatik China-Pasai. Menurut Josselin De Jong,
pada kurun ke-13M telah berlaku hubungan diplomatik tersebut dapat dilihat
apabila pengutusan 2 diplomat Pasai iaitu Hasan dan Sulaiman ke negara China

56
tersebut. Peristiwa bersejarah tersebut berlaku pada 1282M. (Dr. Mohd Radzi
Haji Othman, et.al., h.164)

Asas sejarawan ini sangat berbeza dengan asas sejarawan Morquette.


Morqoette pernah disanggah Syed Muhammad Naquib al-Attas kerana temuan
batu nisan diGerisik pada 1419M mempunyai ciri persamaan dengan batu nisan
di Gujerat; sebagai asas teori kedatangan Islam di AM asalnya datang dari
Gujerat, India. Pada pandangan penulis, sanggahan ini bertitik tolak pada sikap
melampau Sejarawan sendiri dalam memberi penjelasan sejarah sesuatu
sumber sejarah; walaupun sumber tersebut adalah sumber artifak yang secara
simplenya sudah boleh diakui kebenaran sumber sejarah tersebut.

Masih dalam perwacanaan teori Islam sampai ke AM dari China, sejarawan


Gardener dan Emmanuael menyinggung pandangan yang berbeza. Menurut 2
sejarawan tersebut, Islam sampai ke China dari jalan darat oleh para pedagang
Arab lembah Arabia sendiri sejak zaman Khalifah Uthman al-Affan lagi.

Realiti ini mengalami tahap pertapakan dan perkembangan sejak zaman


Bani Umayyah dan Abasiyyah apabila bilangan pedagang-pedagang Arab yang
berhijrah ke China dalam angka yang besar. Dalam catatan sejarah China,
seawal kurun ke-8M, sudah wujud penempatan masyarakat peranakan Arab di
Canton. Kewujudan masyarakat Arab tersebut bukan sahaja dapat dilihat pada
wujudnya penempatan-penempatan tetap, malah pada kewujudan Jabatan Kira-
Kira yang diselenggarakan oleh para pedagang Arab itu sendiri. (Dr. Mohd Radzi
Hj. Othman, et.al., h.164)

Apa kaitannya kewujudan Pedagang Arab di Canton dengan persoalan pokok


yang dibincangkan. Realiti di atas ini menjadi hujah bahawa Islam yang sampai
ke alam Melayu dilakukan oleh para Pedagang Arab yang tinggal di Canton
(China) paling lewat pada kurun ke-8M dengan AM. Dakwah Islamiyyah tersebut
dilakukan sendiri oleh pedagang-pedagang Arab, bukan para pedagang

57
berketurunan Cina. Maka, secara teorikalnya Islam itu bukan datang daripada
rantau Arabia, tetapi datang daripada China.

Teori kedatangan Islam di AM dari China turut diketengahkan oleh Syed


Muhammad Naquib al-Attas. Menurut al-Attas, pada sekitar tahun 878-879M,
iaitu pada zaman Hsi Tzung peristiwa krisis etnik di Pelabuhan Canton.
Kediaman dan nyawa para pedagang asing di sana banyak musnah disebabkan
pemberontakan bangsa setempat. Lebih 100 000 nyawa termasuk daripada para
pedagang Arab telah menjadi korban dalam peristiwa berdarah tersebut.
Implikasi tersebut membawa pada penghijrahan para pedagang yang terselamat
ke Kedah dan Parlembang demi mendapatkan perlindungan. Kedatangan
mereka ke Kedah dan Parlembang ini dijadikan asas teori Islam datang dari
China.

Dalam catatan China juga, pemberontakan seumpama di atas juga turut


berlaku pada 618-906M iaitu pada zaman Dinasti T‟ang di mana tidak kurang
5000 para pedagang asing termasuk komuniti Arab telah dibunuh. Para
pedagang yang terselamat telah berhijrah ke Champa, Nusantara demi
mendapat perlidungan. Kedatangan mereka ke sana juga diukur sebagai batu
masa pada teori kedatangan Islam AM tersebut dari China.

Berhubung teori ini juga, terdapat beberapa jumpaan sumber artifak atau
arkiologi. Antaranya termasuk jumpaan batu Nisan seorang wali Allah
berketurunan Arab di Pekan, Pahang yang bertarikh 1028M di mana atas batu
nisan ini terukur ayat-ayat al-Quran.

Temuan batu nisan turut berlaku di Leran, Surabaya bertarikh 1082M atau
1102M yang sangat ketara ciri-ciri keIslaman batu nisan tersebut.

Beberapa batu nisan yang hampir sama dengan batu nisan di Pekan dan
Leran turut dijumpai di Phangrang, Kemboja (juga dikenali sebagai Champa). Di
atas beberapa batu nisan tersebut terdapat beberapa tatacara berkaitan cukai
serta modus operandi pembayaran cukai menurut Islam.

58
Lebih daripada itu, di Kuala Berang, Terengganu terdapat Batu Bersurat
bertarikh 1303M di mana di atas batu bersurat tersebut peraturan dan kewajipan
menunaikan hukum-hakam Allah seperti hukuman bagi penzina dan sebagainya.
Di Langgar, Kedah turut dijumpai batu nisan milik Syeikh Abd. Al Qadir ibn
Husain Syah Alam bertarikh 903M. (Abdul Rahman Haji Abdullah (Cet.2), 1992:
40-41)

c. Islam Datang Dari India

Terdapat 2 wilayah (di India) dipercayai sebagai tempat asal yang membawa
Islam ke AM. Pertama, Gujerat dan Malabar. Kedua, Bengal Coromandel.

Menurut Pijnappel, kedatangan Islam di AM dilakukan oleh para pedagang


Islam berbangsa Arab yang bermukim di Gujerat dan Malabar. Sangkaan ini
bertitik-tolak oleh banyaknya nama kedua-dua wilayah ini dalam sejarah awal
AM.

Pandangan ini telah disokong oleh Snouck Hugrunje dan Harry Hazzard
memandangkan aktiviti perdagangan oleh para pedagang Islam di AM sama ada
sebagai “orang tengah” atau pedagang premier yang membawa barang
dagangan dari wilayah tersebut merentasi Nusantara untuk pergi ke China dan
sebagainya.

Teori kedatangan Islam dari Gujerat dan Malabar ini diperkuatkan lagi
dengan temuan batu nisan di Pasai yang bertarikh 1428M dan di Gerisik yang
bertarikh 1419M oleh Morquette. Bentuk fizikal kedua-dua batu nisan ini
mempunyai ciri persamaan dengan batu nisan di Gujerat. Realiti ini membawa
pada kesimpulan sejarah oleh sejarawan; iaitu Islam sampai ke AM pada awal
kurun ke-15M.

59
Menurut S.Q Fatimi, kedatangan Islam di AM datangnya dari Bengal,
Coromandel, India. Kedatangan Islam ini dilakukan oleh para pedagang dari
sana. Bengal lebih awal menerima Islam berbanding Gujerat dan Malabar. Maka,
sudah tentu proses islamisasi AM itu dilakukan oleh wilayah yang lebih awal
menerima Islam ini.

Pandangan ini telah didokong oleh Arnold dalam buku akademianya, The
Muslim World. Menurut beliau, para pedagang Bengal ini bermazhab Shafie;
sama dengan mazhab umum di AM.

Mereka membawa Islam ke AM; kerana mazhab umum mereka adalah


mazhab Hanafi; manakala AM bermazhab Shafie.Rasionalisme sejarawan
membawa pada relatifnya teori satu-satu peristiwa.

Teori Islam datang daripada India diperkuatkan oleh catatan sejarah oleh Ibn
Batutah. Menurut Ibn. Batutah, dalam persinggahan beliau di Pasai, pandangan
empire belia mendapati wujud persamaan budaya khususnya pakaian diraja
dengan kebudayaan yang terdapat di Bengal, India. Malah, Ibn Batutah juga
mencatatkan bahawa Merah Silu sebenarnya beragama Hindu, kemudiannya
memeluk Islam dan baginda mempunyai hubungan bernegara dengan
masyarakat Islam Bengal, India.

Jumpaan batu nisan Malik as-Salih sendiri bertarikh 1297M. Secara rasional,
Islam sudah tentu sampai lebih awal daripada periodisasi tersebut. Hujah ini
diperkuatkan lagi dengan realiti sejarah Gujerat sendiri sebenarnya menerima
Islam secara bernegara pada 1301M apabila berlakunya futuwwah (pembukaan)
wilayah tersebut oleh Kerajaan Islam Delhi. (Mohd Radzi Haji Othman, Et.al.
(1989), Beberapa Aspek Tamadun Islam, …)

Kesimpulannya, paling awal kedatangan Islam dari India ini pada awal kurun
ke 11M. Paling lewat Islam sampai ke AM dari India pada awal kurun ke-15. Para
Pedagang dari India bertanggungjawab membawa Islam di AM berdasarkan
sumber-sumber sejarah sebagaimana di atas. Realiti ini memberi jawapan

60
bahawa betapa tingginya Islam sehingga wujud suatu interaksi sihat antara dua
bangsa yang lain darah, budaya dan lain-lain; namun masih boleh bersatu dan
membangunkan tamadun Nusantara atas asas yang sama iaitu Islam.

Gambar-gambar berkaitan dengan teori kedatangan Islam ke Alam Melayu

Kompas digunakan oleh pedagang Arab ke China

Islam mempelajari ciptaan


,pembuatan kertas,teknologi
percetakandan pembuatan alat
letupan dari China

China juga mempelajari teknologi


Masjiid tertua di China ketenteraan dan teknologi
pembinaan dari masyarakat Islam
.

Ilmu pelayaran
m.s 2 diaplikasikan
sepenuhnya oleh masyarakat China
sehingga ada pelyar China Berjaya
membuat 7 kali pelayaran
melintasi lautan Pasifik

61
Mata wang yang digunakan oleh masyarakat
melayu dizaman kesultanan melaka.

Kesan dan Pengaruh Kedatangan Islam Terhadap Malaysia

Tamadun Islam yang berkembang di Asia telah bertembung dengan


tamadun Melayu. Sebelum zaman Islam ,Asia Tenggara telah melalui
pengalaman di bawah pengaruh agama Hindu Budha. Islam dapat bertapak dan
menjadi anutan dan asas kepada penubuhan kerajaan Islam seperti Pasai,
Melaka, Aceh , Pattani, Brunei, Sulu, Jawa dan sebagainya yang sebahagian
besar masyarakatnya berketurunan Melayu. Pengaruh Tamadun Islam sangat
besar dan meliputi seluruh kehidupan masyarakat termasuklah di dalam aspek
pemerintahan, undang-undang Islam menjadi asas kepada pembinaan serta
pengamalan undang-undang di kerajaan Melayu seperti undang-undang Laut
Merah dan Hukum Kanun Melaka.

Islam di Alam Melayu tidak berlaku dalam suasana kekerasan sebaliknya


dalam suasana aman.Islam membawa semangat rasionalisme dan

62
intelektualisme di kalangan istana dan rakyat jelata. Di alam Melayu,
perkembangan Tamadun Islam dipengaruhi oleh sastera atau prosa naratif. Seni
Khat jua seperti tulisan urdu berkembang dengan meluas selepas kedatangan
Islam.Konsep Islam yang bersederhana, mudah difahami, menekankan
kesamarataan antara lapisan masyarakat, bahasa yang yang dianggap serasi
dengan budaya orang Melayu.Islam menjadi budaya orang Melayu dan, setiap
raja dan sultan adalah ketua agama. Kesan–kesan interaksi antara Tamadun
Islam dan Melayu dapat kita buktikan sampai ke hari ini. Setiap masyarakat
Melayu beragama Islam dan mengamalkan cara hidup Islam.

Proses penakrifan
Sultan dijadikan ketua semula,ayat-ayat suci alquran
Negara dan agama. ditaksir untuk mengukuhkan
keyakinan,ketakwaandan
Undang-undang
ketauhidan kpd Allah s.w.t
berdasarkan hukum
syariah. Semesta melayu dibentuk
berasaskan kepada
Agama Islam sebagai
“habluminallah dan
agama rasmi. 63
habluminannas”
Orang melayu belajar Pakaian orang Melayu telah
berdagang dan bertani berunsur keislaman.
dengan menggunakan kaedah Makanan yang halal.
yang digunakan oleh orang
arab. Hiburan berunsur Islam
seperti marhaban,berzanji,
Orang melayu mempelajari hadrah dll.
ilmu.teknologi dan kaedah
perubatan dari tamadun Islam Penekanan kepada
pendidikan dengan
mewujudkan pendidikan
pondok.

64
KESAN INTERAKSI TAMADUN ISLAM DAN MALAYSIA

Pengaruh Islam Terhadap


Malaysia

sosial
ekonomi
pollitik

bahasa
kebudayaan pendidikan

65
agama

Dari Aspek Politik .

Kesan daripada interaksi tamadun antara kaum di Malaysia telah melahirkan


perpaduan dan kesepaduan dalam sistem pemerintahan Malaysia. Ianya telah
melahirkan pemimpin yang bertoleransi .Corak kepimpinan di Malaysia
dibangunkan oleh semua bangsa yang ada dalam Negara ini.Sistem raja
berpelembagaan juga tidak dipertikaikan oleh semua bangsa di Malaysia.
Apabila politik sesebuah Negara itu stabil akan hilanglah kebimbangan tentang
keselamatan Negara. Rakyat akan dapat hidup dalam keadaan yang cukup
harmoni dan semangat patriotism dapat diterapkan dengan mudah.

Politik yang stabil akan menghasilkan suasana begini.

66
Dari Aspek Ekonomi.

Negara Malaysia terus maju dalam iklim yang cukup muhibbah walaupun
asalnya dari kaum yang berbeza-beza namun interaksi antara tamadun masing-
masing telah menjadikan rakyat Malaysia sebagai pendokong kemajuan ekonomi
Negara ini.kini kita dapati interaksi tamadun telah mengubah cara hidup kaum
yang ada contohnya kaum China dan India
disamping kejayaan dalam perniaga mereka juga
bertani yang amat sinonim dengan orang Melayu.
Penglibatan mereka dalam pekerjaan pengkeranian
juga tidak dapat disangkal.Interaksi antara
tamadun amat releven di Malaysia dalam aspek
ekonomi kerana semua kaum berlumba-lumba untuk berjaya dalam bidang
ekonomi dan akhirnya negara yang teguh ekonominya akan terus maju.
Kemajuan Negara Malaysia dalam bidang ekonomi terbukti dengan tumbuhnya
pusat pentadbiran Putrajaya, beberapa buah bandar yang bertaraf
bandaraya.Dasar Ekonomi Baru telah memberi peluang kepda semua rakyat
Malaysia untuk memajukan ekonomi masaing-masing.kini dimurnikan lagi
dengan memperkenalkan dasar kemiskinanan sifar..Orang Melayu juga kini
telah berjaya merubah keadaan sedia ada mereka yang dulunya miskin .Begitu
juga orang india tidak lagi hanya tertumpu di estet sahaja.Jela interaksi antara
tamadun amat releven di Malaysia dalam aspek ekonomi.

Pelbagai cara memejukan ekonomi

Dari Aspek Teknologi

67
Interaksi antara tamadun mendatangkan kesanyang baik terhadap
perkembangan teknologi, dimana kita dapati melalui teknologi masing dan
menerima serta memodenkan teknologi yang ada dengan teknologi dunia yang
canggih menjadikan rakyat Malaysia juga mampu bersaing di dunia global ini.
Interaksi teknologi ini memajukan teknogi dengan menambah baikkan dan
menjadikan ianya bermanfaat dan sesuai dengan situasi di Malaysia.

Teknologi perubatan dan pertanian telah berubah hasil dari interaksi tamadun

Dari Aspek Budaya.

Walaupun budaya merupakan satu ciri perbezaan nyata antara tamadun,


kita dapati interaksi antara tamadun dari aspek kebudayaan amat
ketara.Perkembangan kebudayaan di Malaysia amat baik dan begitu relevan
kerana setiap bangsa di Malaysia bersaing secara sihat untuk memperkenalkan
kebudayaan masing-masing.Pertembungan tamadun telah menyebabkan
perkembangan kebudayaan yang positif.Dari sudut kebudayaan dan kesenian
kita dapati masyarakat Malaysia boleh berinteraksi melalui kebudayaan masing-
masing seperti contoh tarian.Tarian inang dan zapin yang dulunya hanya untuk
hiburan masyarakat Melayu kini telah diminati oleh bangsa lain di bumi bertuah
ini. Begitu juga tarian tarian dari Cina dan India menjadi ikutan untuk berhibur
oleh masyarkat Melayu dan lainnya.

68
Kini nyanyian dan tarian irama Melayu kini di pelajari dan dapat menarik minat
bangsa lain untuk sama-sama berhibur.

Interaksi antara tamadun masyarakat di Malaysia melalui adat dan


kebudayaan menjadi releven dan amat sesuai terutama sekali sebagai contoh
adat menyambut tetamu dan meraikan hari kebesaran masing-masing. Setiap
kaum mengamalkan adat menyambut tetamu dan semua kaum akan merasai
kemeriahan hari perayaan semua kaum dengan penuh muhibbah. Sambutan
hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Pesta Menuai dan lain-lain akan
disambutan secara besar-besaran dalam majlis Rumah Terbuka
Malaysia.Interaksi pelbagai tamadun ini sukar didapati di negara lain di dunia
seperti apa yang rakyat Malaysia rasai sekarang.

Cara berpakaian dan menikmati makanan juga tidak tersisih dari arus
percampuran tamadun.Pakaian yang dulunya melambangkan identiti sesuatu
bangsa kini tidak lagi janggal dipakai tanpa segan dan silu oleh semua bangsa di
Malaysia. Contoh pakaian Ceong Sam kini diubah suai untuk dipakai oleh orang
Melayu.Begitu juga baju kurung dan kebaya kini amat diminati oleh kam Cina
dan India untuk menghadiri majlis rasmi. Begitu juga dari segi pemakanan kita
dapati orang Melayu dan Ciina amat meminati masakan India seperti nasi

69
kandar, roti canai, capati, tosai dan maruku. Makanan Melayu dan Cina juga
dimakan oleh semua bangsa seperti nasi lemak, nasi ayam, yong taufu, cincau,
tau fu fah dan lain-lain lagi.

Nasi lemak kegemaran rakyat Malaysia Roti canai bukan lagi


untuk orang India sahaja

Interaksi pakaian pengantin Melayu

Dari segi Ilmu pendidikan.

70
Semua tamadun mengutamakan pendidikan, walaupun ada kalanya
mempunyai matlamat yang berbeza tentang kepentingannya. Dalam sistem
pendidikan Malaysia sekarang kita dapati matapelajaran yang di ajar di sekolah
Melayu,Cina dan Tamail adalah sama.Seandainya terdapat sedikit kekeliruan
mengenai sesuatu perkara dalam pendidikan ianya dapat di atasi dengan
baik,kerana semua bangsa memahami konteks pembelajaran.

Orang Cina kini tidak lagi hanya mempelajari ilmu perniagaan sahaja
malahan mereka kini berada jauh kehadapan dalam bidang professional yang
lain. Begitu juga masyarakat India yang dulunya suka pada kesenian kini
merubah corak kehidupan dengan mengutamakan pembelajaran. Bahasa
Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan di Malaysia.
Sebagai lambang perpaduan rakyat Malaysia kita dapati semua kaum dapat
bersama merealisasikan pendidikan dalam suasana yang cukup
harmoni.Terbukti kini interaksi antara tamadun menjadi lebih senang dan
kerelevennya tidak dapat disangkal lagi.

Kesan interaksi tamadun semua bangsa mementingkan ilmu pengetahuan.

71
Bahasa Melayu memainkan peranan untuk penyatuan semua kaum di
Malaysia telah diterima pakai dalam sistem pendidikan, perhubungan dan
hubungan sosial masyarakat oleh semua kaum di Negara ini. Namun begitu
bahasa lain juga tidak disekat penggunaanya dan setiap orang berhak
mempelajari bahasa yang diingini.

Wujudnya cendiakawan Islam di Malaysia yang terkenal seperti Za‟ba dari


sudut bahasa, Dr.Burhannuddin Helmi dari sudut politik, Pro.Engku Aziz pakar
dalam bidang ekonomi.

Aspek agama

Interaksi tamadun melalui penyebaran agama adalah merupakan kesan yang


baik dan amat sesuai di gunakan di Malaysia kerana semua rakyat Malaysia
faham sebagai sebuah negara berbilang kaum kebebasan beragama adalah
penting.walaupun Islam adalah agama rasmi dan raja adalah ketua agama, hak
dan keperluan agama lain tidak pernah dipertikaikan. Sebagai contoh disamping
terdapat masjid yang menjadi tempat ibadat bagi orang Islam kerajaan Malaysia
membenar rumah-rumah ibadat bagi kaum Cina, India, Siam dan lainnya dibina
di sini demi kepentingan bersama
dan mengelak rasa tidak puas hati
sesetengah pihak.Semua agama
menerapkan nilai nilai baik untuk di hayati
dan sebagai panduan hidup.

72
Masyarakat cina dan india bebas melakukan aktiviti keagamaan masing-masing

KESAN INTERAKSI TAMADUN ISLAM DI ASIA DAN RELEVENSINYA DI


MALAYSIA

73
Kesan negetif hasil dari perkembangan Tamadun Malaysia

Pertembungan antara tamadun juga akan menghasilkan kesan negatif atau


ketidak sesuaian interaksi antara tamadun dan kadang kala menghasilkan kesan
buruk kepada ketemadunan yang sedia ada.Terdapat juga kesan negatif yang
kononnya berasal dari Agama Islam dikembangkan oleh golongan yang cetek

74
pengetahuan agama. Agama Islam yang disebarkan telah dicampuri dengan
cedokan dari kepercayaan mesir, Yahudi, Parsi dan Hindu. Akibat dari
percampuran ini wujudlah amalan memuja Keramat untuk berniat atau bernazar
malahan sihir juga dicampur adukkan dengan menjadikan ayat Al Quran dan
Hadis sebagai tangkal dan azimat.

Jangan biarkan pertembungan tamadun menghasilkan suasana yang sebegini…

Kesan Negatif dan cara mengatasinya

Interaksi antara tamadun juga dianggap releven diMalaysia kerana dengan


pertembungan tamadun akan lahirlah satu tamadun yang baru seperti apa yang
kita dapat lihat sekarang ini 75ystem perbankan Islam digunapakai oleh seluruh
rakyat Malaysia.

Interaksi antara tamadun juga boleh mendatangkan kesan buruk dan dianggap
tidak releven di Malaysia antaranya:

Kesan buruk dan tidak releven. Cara mengatasinya


Pertembungan tamadun akan Semua bangsa atau kaum di Malaysia
melahirkan perasaan ingin menguasai harus di terapkan nilai persefahaman
sehingga ada kalanya wujud rasa tidak dari bangku sekolah lagi.
selesa tinggal di situ dan interaksinya

75
tidak begitu releven lagi .

Akan tenggelamnya tamadun yang Setiap bangsa harus mengingati


lemah seperti nilai moral yang dokong kembali nilai nilai moral yang dibawa
oleh masyarakat Melayu mengikut oleh tamadun masing-masing dan
ajaran Islam kini semakin dipinggirkan murnikannya kembali.
dalam arus permodenan. Contohnya
tulisan jawi yang semakin dilupakan

Sikap mementingkan puak amat tidak Pemimpin dalam masyarakat haruslah


releven dalam Negara berbilang kaum memainkan peranan dalam
ini menjelaskan dasar dan perbezaan
dan akan mewujudkan perbalahan kaum tidak bermakna tiada langsung
antara kaum. Contohnya seperti persefahaman.
peristiwa 13 Mei.

Pertembungan tamadun telah merubah Tanamkan sikap bertanggungjawab


hidup masyarakat yang kini berlumba dikalangan masyarakat dari bangku
untuk kemajuan tetapi mereka lupa sekolah lagi dan sebelum melakukan
aspek alam sekitar. Yang mereka sesuatu aktiviti buat perancangan
diami.Kesan buruk ini terbukti dengan agar tidak mendatangkan musibah.
berlakunya pencemaran sungai,asap
kilang,bunyi bising dan banjir.

76
CABARAN.

Walaupun interaksi antara tamadun banyak melahirkan kesan yang baik


namun ia tidak sunyi dari menerima berbagai cabaran.Untuk menjadikan ianya
diterima oleh semua pihak haruslah mengambil masa yang lama.Cabaran
interaksi antara tamadun lahir dari berkembangnya tamadun barat yang amat
berbeza sekali nilai etikanya di Malaysia.Semangat ingin menonjol sesuatu pihak
ada kalanya menjadi cabaran dalam menstabilkan politik di negara ini.

Kesimpulan

Kita telah mengenalpasti menifestasi Tamadun Islam dalam pelbagai bangsa,


budaya dan wilayah. Sikap terbuka Tamadun Islam telah menyebabkan
Tamadun Islam telah menjelma bersama dengan pelbagai tamadun di
dunia.Tamadun Islam bukan member pencapaiannya kepada tamadun lain
malah juga telah menerima kebaikan kebaikan dari tamadun lain untuk
dimanfaatkan oleh Tamadun Islam.Nilai asas tamadun Islam iaitu tunduk kepada
Allah yang satu tidak pernah menjadi penghalang kepada tamadun Islam
menjelma bersama tamadun lain atas dasar kenal mengenal untuk mrngukuhkan
hubungan sesama manusia.

77
Rujukan

Abdullah Hassan Mydin(Shaik)JUT 101.Tamadun Islam dan Tamadun Asia


.USM.Pendidkan Jarak Jauh.(2008)

Azhar Hj.Mad Aros,(2005)Tamadun Islam dan Tamadun Asia,Selangor Darul


Ehsan.Fajar Bakti.

Hashim Hj.Musa(2004),Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia


Menghadapi Globalisasi Barat.Universiti Malaya

Husnah Kasan,Nasruddin Yunus,Nasri Muslim, Tamadun Islam dan


Kenegaraan Malaysia ,”A”( 2003),Universiti Kebangsaan Malaysia.Kuala
Lumpur.

Mohamad Liki Hamid(2006)Pengajian Tamadun Islam,PTS PROFESSIONAL


Publishing Sdn.Bhd.

Yew Chee Wai,(2008)Sejarah SPM Tingkatan 4-5,Sasbadi SDN BHD

Zaharah binti Mustafa,Nik Mohd.Zain bin Abrahim,Norhafizah Binti


Musa.(2007).Tamadun Islam dan Tamadun Asia,Universiti Teknologi
Malaysia

Lord Dethan and Flickr.Taman Tamadun Islam Terengganu.

78
Web site: http.//flickr.com/photos/dethon. .[2008, Dis 10]

Muslim_penggerak_sejarah_tamadun_china,
Web site:http://pakngah70blogsport.com[2008,Dis 16]

Web site: http://ww. Worldcat.org/isbn/983987862.[2008,Dis 16]

79
Matapelajaran Tamaddun Islam dan Tamaddun Asia ( TITAS )
. Kajian terhadap Tokoh-Tokoh Tamadun Islam.

UNIT 5 Tokoh-Tokoh Tamadun Islam

Pengenalan

Tamadun islam merupakan salah satu tamadun dunia yang terunggul.


Kajian demi kajian telah dilakukan dan sehingga hari ini masih lagi terdapat
penemuan baru dalam tamadun islam yang masih belum disingkap oleh
masyarakat moden. Sumbangannya tidak ternilai dalam membentuk generasi
manusia yang bertamadun dan maju.

Dalam kerja khusus ini, kami akan membincangkan sumbangan


intelektual islam dalam bidang sains dan matematik iaitu dalam skop perubatan,
astronomi, fizik dan biologi.

Definisi Intelektual

Intelektual bermaksud golongan cerdik pandai atau golongan terpelajar.


Hasil daya berfikir dan akal budi yang tinggi golongan ini telah melahirkan
pelbagai ilmu dan teori yang membolehkan masyarakat hidup lebih beradab dan
bertamadun. Bidang ilmu yang diterokai para intelektual merangkumi ilmu sains

80
tulen dan sains social termasuk ilmu-ilmu agama dan bukan agama. Dalam
tamadun islam terdapat ramai tokoh-tokoh intelektual yang menyumbang kepada
perkembangan tamadun islam. Antaranya ialah Ibn Sina, Ibn Khaldun, Ibn
Rusyd, Al- Biruni, Al-Razi, Al- khawarizmi dan ramai lagi.

IBN SINA (AVICENNA) (980-1037M)

PENGENALAN TOKOH

Ibn sina dikenali sebagai Avicenna di kalangan masyarakat barat,


merupakan seorang ahli falsafah dan doktor perubatan yang berpengaruh dalam
kebudayaan Eropah. Beliau adalah orang ternama dunia yang telah
menyumbangkan ilmu dan pemikirannya dalam pembinaan tamadun
kemanusiaan. Dunia seluruhnya Timur dan Barat telah hidup berpandukan
kepada ilmu kedoktoran dan falsafahnya buat beberapa abad lamanya.
Pendidikan yang dilalui beliau boleh dibahagikan kepada beberapa bidang ilmu
pengetahuan iaitu :

i) Ilmu agama ; Dimulakan dengan belajar AL-Quran, tafsir, fiqah,


usuluddin, tasauf dan lain-lain. Ketika umurnya 10 tahun, beliau
sudah menghafal Al-Quran dan dapat menguasai cabang-cabang
ilmu agama serta sastera Arab.
ii) Ilmu falsafah ; Selepas tu beliau mempelajari ilmu falsafah, dan
berjaya menguasai bidang tersebut yang merangkumi ilmu logika,
arkitek, falsafah dan perubatan atau kedoktoran ketika berusia 16
tahun sahaja.
iii) Ilmu politik ; beliau juga telah memperkenalkan dengan ilmu politik
ketika usia masih muda dan telah mengikut aliran politik Ahl al-
sunnah wa al-jamaah serta membentuk satu teori politik terkenal
dengan nama Al-Madinah dan Al-Fadhilah .

81
HASIL KARYA DAN SUMBANGAN IBNU SINA

Ibn Sina terkenal sebagai seorang pengarang yang sangat produktif.


Buku karangannya meliputi berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan. Antara
bidang ilmu yang ditulis olehnya ialah falsafah umum, logika, sastera, ilmu alam,
psikologi, kedoktoran, kimia, matematik, metafizika, tafsir Al-Quran, politik, dan
lain-lain.

BIDANG PERUBATAN

Hasil karya beliau yang terkenal dalam bidang kedoktoran ialah buku Al-
Qanun fu al-Tibb (peraturan perubatan). Buku itu merupakan satu himpunan
perbendaharaan mengenai ilmu perubatan yang mengandungi 14 jilid. Dari segi
penggunaan ubat, diagnosis dan pembedahan dalam ilmu perubatan moden
banyak diambil dari Ibn Sina. Buku-buku lain karya beliau dalam bidang ini ialah
Al-Urjuzah fi al-Tibb (puisi kedoktoran), al-Adwiyah Al-Qalbiyah (ubat-ubat
jantung), Kitab Al-Qoulanj (penyakit Colic) dan Majmu‟ah Ibn Sina Al-Kubrn
(cara-cara perubatan penyakit).

Antara karyanya ini telah diterjemahkan dalam Bahasa Latin dan menjadi
rujukan utama kepada bidang perubatan di universiti-universiti Eropah sehingga
abad ke-17. Karya tersebut telah disalin dan dicetak sebanyak 16 kali, iaitu 15
edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi lagi dalam bahasa Yahudi. Penulis-
penulis Barat menganggap Ibn Sina sebagai bapa kedoktoran kerana beliau

82
telah berjaya menyatukan teori perubatanYunani Hippocrates dan Galen,
pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India, Parsi, serta pengalaman beliau
sendiri.

Ibn Sina telah mengembangkan ilmu psikologi dalam bidang perubatan.


Beliau juga membuat beberapa penemuan dalam ilmu yang dikenali hari ini
sebagai ilmu perubatan psikosomatiks. Beliau juga telah mengembangkan ilmu
diagnosis melalui denyutan jantung (untuk mengenalpasti dalam masa beberapa
detik sahaja) ketidakseimbangan humor yang berkenaan. Diagnosis melalui
denyutan jantung ini masih dipraktikkan oleh para hakim (Doktor Muslim) di
Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani.

Seorang doktor dari Amerika Syarikat 1981 melaporkan bahawa para


hakim di Afghanistan, China, India, dan Parsi sangat berkebolehan dalam
penentuan penyakit melalui denyutan jantung. Kaedahnya bukan sahaja
mengira beberapa denyutan jantung di tempat yang dirasai, tapi mutunya yang
pelbagai merangkumi sama ada kuat atau tidak denyutan, masa antara
denyutan, kandungan lembap dalam kulit dan sebagainya. Daripada ukuran-
ukuran tersebut, seseorang hakim mungkin mengetahui penyakit yang dihadapi
dalam tubuh pesakit tersebut dengan tepat.

Ibn sina adalah doctor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa


penyakit paru-paru (pulmonary tuberculosis) adalah satu penyakit yang boleh
berjangkit (contagious). Beliau boleh memberikan tanda-tanda atau symptom
penyakit kencing manis (diabetes) dan kesan atau masalah yang timbul
daripadanya. Beliau juga sangat berminat dalam bahagian berkenaan dengan
kesan akal (mind) ke atas jasad yang telah banyak menulis berkenaan dengan
gangguan psikologi.

83
Sepanjang hidupnya, Ibn Sina telah menghasilkan kira-kira 250 buah
karya yang kekal sehingga masa ini, termasuk 116 buah karyanya dalam bidang
perubatan. Banyak karyanya ditulis dalam bhasa Arab dan juga beberapa karya
dalam bahasa Parsi. Al-Quran fi Al-Tibb merupakan karya beliau yang terkenal
di Eropah dan dicetak berulang kali pada zaman Renaissance. Karya beliau ini
mempunyai pengaruh asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada zaman
tersebut malah merupakan buku rujukan yang utma di universiti-universiti
sehingga abad ke-17 masihi.

BIDANG-BIDANG FALSAFAH

Dalam bidang ilmu Tauhid (ketuhanan), Ibn Sina terpengaruh denhan


falsafah Plato dan Aristotle sebagaimana dihuraikan oleh imam Al-Ghazali dalam
karyanya yang berjudul Tahaful Al-Falasifah (Ketidaksinambungan Dalam
Pemikiran Filasuf). Beliau dapat menguasai ilmu ini setelah mempelajarinya
daripada Aristotle dengan dibantu oleh buku karangan Al-Farabi tentang
falsafah.

Di samping buku-buku kedoktoran, Ibn Suna juga terkenal dalam


menyumbangkan buku dalam bidang falsafah. Karya beliau yang terkenal
mengenainya ialah Al-Syifaa‟ yang memuatkan segala cabang ilmu falsafah.
Buku ini mempunyai 18 jilid semuanya. Ia merupakan satu ensiklopedia falsafah
yang memuatkan ilmu metafizika, fizika, psikologi dan lain-lain. Karya ini juga
dinamakan Kitab Al-Najat. Antara bukunya yang lain ialah Kitab Al-Isyarat wa Al-

84
Tanbihat. Buku ini mengulas tentang bimbingan dan peringatan, di samping
memperkatakan prinsip ketuhanan dan keagamaan.

Beliau telah menghasilkan Kitab Al-Insaf, iaitu mengenai proses keinsafan


yang berasal daripada bukunya Hikmat Al-Masriqiyy iaitu kupasan tentang
falsafah Timur. Sebuah lagi karya Ibn Sina dalam bidang falsafah ini ialah Kitab
Al-Hudud, iaitu sebuah karya yang membicarakan pelbagai kesimpulan dan
rumusan berhubung dengan istilah atau pengertian yang digunakan dalam ilmu
falsafah.

BIDANG POLITIK DAN AGAMA

Menurut Ibn Sina, perbincangan tentang politik tidak dapat dipisahkan


daripada agama, kerana hampir kesemua cabang ilmu islam ada hubungan
dengan politik. Sebagai contoh, bukunya bernama Al-Mabda‟ wa Al-Ma‟aad
yang mengulas tentang bermula dengan berakhirnya dunia ini di samping
kupasan tentang ilmu fiqah atau hokum ibadat dan lain-lain.

Sekalipun diakui bahawa tidak banyak buku politik karangan Ibn Sina,
namun penjelasan beliau mengenainya cukup untuk menyusun suatu teori dalam
ilmu politik. Antara karya beliau dalam bidang ini ialah:

i) Al-Syifaa‟ yang membicarakan awal dan akhir dunia menetapkan


nubuwah dan cara-cara dakwah nabi, ibadat dan faedahnya di
dunia dan di akhirat, peraturan membentuk rumah tangga, khalifah

85
atau imam dan kewajipan taat kepadanya serta mengenai
muamalat dan akhlak.
ii) Risalah Al-Siyasah yang secara khusus membicarakan ilmu politik.
iii) Al-Arzaq yang membicarakan pembahagian ekonomi secara umum
sama ada pendapatan individu dan negara.

Menerusi karyanya dalam bidang agama, Ibn Sina sering


menghubunginya

dengan bidang politik. Sebahagian besar karyanya dalam bidang agama telah
hilang, namun banyak perbahasan beliau terdapat dalam beberapa karyanya
yang lain.

BIBLIOGRAFI

Zainal Abidin Ahmad,t.t Ibnu Sina Mesir tanpa penerbit.

Zukha Ahmat 1998, Muzik Intidiri; Ekspresi

Al-Attas dalam Journal p Islamic Research, Vol 7, No.1, winter 1993 94, Ankara

Pencapaian Tamadun Islam Dalam Bidang Sains

1. Perubatan

86
Pencapaian tamadun islam dalam bidang sains perubatan berada di
puncak kegemilangannya pada zaman Bani Abasyiah. Walaupun ilmu ini berasal
daripada tamadun asing iaitu Rom, tetapi umat Islam akhirnya telah muncul
sebagai tokoh-tokoh ilmu perubatan yang disegani dunia. Mereka bukan sahaja
menguasai ilmu perubatan, malah telah menyumbang sesuatu kepada bidang
tersebut. Antara pakar perubatan Islam yang terulung ialah:

i. Ibnu Masiwaihi (meninggal 243 Hijrah) beliau telah banyak


menghasilkan kitab perubatan.
ii. Ibnu As-Sahal (meninggal 255 Hijrah). Beliau menjadi pengarah
rumah sakit Jundisyapur.
iii. Ar-Razi (meninggal 320 Hijrah). Beliau merupakan tokoh doctor
Islam yang terunggul sehingga dilantik menjadi ketua doctor-doktor
di Baghdad.
iv. Ali bin Abas (meninggal 428 Hijrah). Beliau dilantik menjadi doctor
peribadi Khalifah Daulah Al-Buwaihiah.
v. Ibnu Sina (meninggal 428 Hijrah). Beliau lebih dikenali sebagai ahli
falsafah. Namun demikian beliau juga merupakan seorang doctor
yang terkenal.

2. Farmasi Dan Kimia

Ilmu farmasi dan kimia juga amat berkembang pada zaman Bani
Abasyiah. Antara umat Islam yang pakar dalam bidang ini pada masa itu ialah:

i. Ibnu Baithar. Beliau telah menghasilkan tiga kitab besar iaitu Al-Mughni
(berkaitan farmasi), Jami Mufaradah Al-Adwiyah Wa Al-Aghziyah
(berkaitan permakanan) Mizan at-Tib (panduan kepada doctor.

87
ii. Rasyiduddin (meninggsl 634 Hijrah). Beliau telah mengarang kitab al-
Adwiyah al- mufradah (berkaitan dengan farmasi).
iii. Jubair bin Haiyan. Disamping menjadi doctor, beliau juga merupakan
pakar dalam bidang astronomi.

Pencapaian Tamadun Islam Dalam Bidang Matematik


Ilmu matematik dan kejuruteraan juga telah mencapai puncak
kegemilangannya pada zaman Bani Abasyiah. Pada zaman itu lahir ramai
sarjana dalam kedua-dua bidang ini. Antara mereka ialah:

i. Thabit bin Qurrah al-Hirani.(221-288 Hijrah). Beliau mengarang kitab


Hisab al- Ahillah (matematik), Kitab fi istikhraj al- handasiah (kejuruteraan)
dan lainnya.
ii. Abdul Wafa Muhammad bin Muhammmad Ismail bin Abas (meninggal 328
Hijrah). Beliau mengarang banyak kitab matematik dan kejuruteraan.
Antaranya ialah Ma Yahtaj Ilaiahi al-„Ummal wa al-Kuttab Min San„ah al-
Hisab (matematik dan kejuruteraan).
iii. Sinan Ali Muhammad bin Hasan bin Haitham.
iv. Muhammad bin Musa Al- khawarizmi

Pencapaian Tamadun Islam Dalam Bidang Astronomi

Astronomi bersumberkan tamadun Yunani, Hindi, Parsi dan Arab Jahiliah.


Ia dimanfaatkan oleh umat islam untuk kepentingan syariat Islamiah yang
dikenali dengan istilah ilmu Falak. Pada zaman Bani Abasyiah lahir ramai ulama
falak. Antaranya ialah:

i. Abu Mansur al-Falaki (meninggal 272 Hijrah). Beliau telah mengarang


kitab falak. Antaranya ialah Ilhbat al-„Ulum al-Hai‟ah al-Falak.
ii. Jabir Batani (meninggal 319 Hijrah) sumbangannya yang terbesar dalam
ilmu falak ialah mencipta teropong bintang.

88
iii. Abu Hassan (277-352 Hijrah). Beliau dianggap sebagai pakar astronomi
Islam yang terbesar pada zaman itu.
iv. Raihan al-Bairuni (meninggal 440 Hijrah). Antara kitab falak karangannya
ialah Tarikh al-Hind, al- Qanun al- mas‟udi dan Istikhraj al-Autad.

TOKOH-TOKOH INTELEKTUAL ISLAM

1. IBNU RASYD

Latarbelakang

Ibnu Rusyd atau nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad
lahir di Kardova pada tahun 1126 dan meninggal dunia pada tahun 1198. Di
barat beliau lebih dikenali dengan nama Averroues. Keturunannya terdiri
daripada golongan yang berilmu dan ternama. Bapanya dan datuknya
merupakan kadi di Kardova. Beliau pernah berguru kepada Ibnu Zuhr. Beliau
lebih terkenal sebagai ahli falsafah yang pemikirannya merintis kepada
Renaissance di barat. Namun demikian sumbangannya dalam bidang perubatan
dan biologi sangat besar.

89
Beliau merupakan ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan
dalam sejarah Islam. Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas di dunia
Islam, tetapi juga di kalangan masyarakat di Eropah.

Sumbangannya Dalam Tamadun Islam

Sebelum meninggal dunia, beliau telah menghasilkan bukunya yang


terkenal Al Taysir. Buku itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan
bahasa Inggeris dengan judul Faclititation of Treatment.

Selain menjalin perhubungan yang akrab dengan Ibnu Zuhr, Ibnu Rusyd
juga mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Islam Muwahidin.
Hubungan ini telah membolehkan Ibnu Rusyd dilantik sebagai hakim di Sevilla
pada tahun 1169. Dua tahun kemudian, beliau dilantik menjadi hakim di Kardova.
Selepas beberapa waktu menjadi hakim, beliau dilantik sebagai doktor istana
pada tahun 1182 berikutan persaraan Ibn Tufail. Sumbangan beliau bukan
sahaja dalam bidang perubatan tetapi juga meliputi bidang falsafah,, ilmu kalam,
falak, fiqh, muzik, kaji bintang, tatabahasa, dan nahu

Antara karya besar yang pernah dihasilkan oleh Ibnu Rusyd termasuklah
"Kulliyah fit-Thibb" yang mengandungi 16 jilid, mengenai perubatan secara
umum, Mabadil Falsafah (Pengantar Ilmu Falsafah), Tafsir Urjuza yang
membicarakan perubatan dan tauhid, Taslul, buku mengenai ilmu kalam, Kasyful
Adillah, yang mengungkap persoalan falsafah dan agama, Tahafatul Tahafut,
ulasannya terhadap buku Imam Al-Ghazali yang berjudul Tahafatul Falaisafah,
dan Muwafaqatil Hikmah Wal Syari'a yang menyentuh persamaan antara
falsafah dengan agama.

Siri karya tulisan tersebut menunjukkan betapa penguasaan Ibnu Rusyd


dalam pelbagai bidang dan cabang ilmu begitu ketara sekali sehingga usaha
untuk menterjemahkan tulisan beliau telah dilakukan ke dalam bahasa lain. Buku
"Kulliyah fit-Thibb" telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada tahun 1255

90
oleh Bonacosa, orang Yahudi dari Padua. Kemudian buku itu diterjemahkan ke
dalam bahasa Inggeris dengan judul General Rules of Medicine. Hasil pemikiran
yang dimuatkan dalam tulisannya, terutamanya dalam bidang falsafah, telah
mempengaruhi ahli falsafah Barat.

. Dalam bidang perubatan pula, Ibnu Rusyd memberi penekanan tentang


kepentingan menjaga kesihatan. Beberapa pandangan yang dikemukakan dalam
bidang perubatan juga didapati mendahului zamannya. Beliau pernah
menyatakan bahawa demam campak hanya akan dialami oleh setiap orang
sekali sahaja. Kehebatannya dalam bidang perubatan tidak berlegar di sekitar
perubatan umum, tetapi juga merangkum pembedahan dan fungsi organ di
dalam tubuh manusia.

Keterampilan Ibnu Rusyd dalam pelbagai bidang ini, menunjukkan


bahawa beliau merupakan tokoh ilmuwan Islam yang tiada tolok bandingannya.
Malahan dalam banyak perkara, pemikiran Ibnu Rusyd jauh lebih besar dan
berpengaruh jika dibandingkan dengan ahli falsafah yang pernah hidup sebelum
zamannya ataupun selepas kematiannya

2. JABIR IBN HAIYAN

Latarbelakang

Jabir Ibnu Haiyan (750-803 masihi), juga dikenali sebagai Geber oleh
orang-orang Barat. Beliau juga digelar sebagai “Bapa Ilmu Kimia Moden”. Nama
penuh beliau ialah Abu Musa Jabir Ibn Hayyan. Beliau berasal dari Kufah, Iraq.

91
Beliau bukan sahaja terkenal dalam bidang perubatan tetapi juga dalam bidang
kimia. Pada peringkat awal kerjayanya, beliau pernah berguru dengan Barmaki
Vizier iaitu semasa zaman Khalifah Abbasiah pimpinan Harun Ar-Rasyid.

Sumbangannya Dalam Tamadun Islam

Sumbangan terbesar beliau ialah dalam lapangan ilmu kimia. Beliau


cukup terkenal kerana hasil penulisan yang melebihi daripada seratus risalah
yang telah diabadikan sehingga kini. Terdapat sebanyak 22 risalah yang
antaranya berkaitan dengan alkimia (Al-Kimiya dari bahasa Arab) dan ilmu kimia.
Kajiannya dalam bidang kimia menyebabkan beliau disanjung pada zamannya.

Beliau juga telah memperkenalkan model penelitian dengan cara


eksperimen di dunia alkimia. Maknanya, beliau yang menjana momentum bagi
perkembangan ilmu kimia moden. Beliau juga banyak mengabdikan dirinya
dengan melakukan eksperimen dan pengembangan kaedah untuk mencapai
kemajuan dalam bidang penyelidikan. Beliau mencurahkan daya upayanya pada
proses pengembangan kaedah asas ilmu kimia dan kajian terhadap pelbagai
mekanisme tindak balas kimia. Jadi, beliau mengembangkan ilmu kimia sebagai
cabang ilmu alkimia.

Beliau telah berjaya menggabungkan kaedah kajian secara tradisional


dengan kajian secara moden menerusi ekperimen dan makmal. Antara
sumbangannya yang paling bermakna ialah kejayaan mencipta teori peleburan
logam seperti raksa, pengewapan, penyaringan, penghabluran dan penyulingan.

Disamping itu, beliau telah memperkenalkan beberapa istilah kimia


seperti alkali, (arab: al-qali) iaitu garam kalium untuk mebuat baja, sabun dan
bahan kimia. Antara beberapa kejayaannya yang lain dalam bidang kimia, salah

92
satunya ialah dalam penyediaan asid nitrik, hidroklorik, sitrik, dan tartarik.
Penekanan Jabir dalam bidang eksperimen sistematik ini diketahui umum tidak
ada tandingannya di dunia.

Oleh sebab itulah, mengapa Jabir diberi kehormatan sebagai "Bapa


Ilmu Kimia Moden" oleh rakan sejawatnya diseluruh dunia. Bahkan dalam tulisan
Max Mayerhaff, disebutkan bahawa jika ingin mencari susur galur perkembangan
ilmu kimia di Eropah maka bolehlah dijejaki secara langsung pada karya-karya
Jabir Ibnu Haiyan.

Pengenalan

 Tamadun islam merupakan salah satu tamadun dunia yang terunggul.


 Sumbangannya tidak ternilai dalam membentuk generasi manusia yang
bertamadun dan maju.
Definisi intelektual

 Intelektual bermaksud golongan cerdik pandai atau golongan terpelajar.


 Hasil daya berfikir dan akal budi yang tinggi golongan ini telah melahirkan
pelbagai ilmu dan teori yang membolehkan masyarakat hidup lebih
beradab dan bertamadun.

Pencapaian Tamadun Islam Dalam Bidang Sains

 Perubatan
Pencapaian tamadun islam dalam bidang sains perubatan berada di
puncak kegemilangannya pada zaman Bani Abasyiah. Walaupun ilmu ini
berasal daripada tamadun asing iaitu Rom, tetapi umat Islam akhirnya
telah muncul sebagai tokoh-tokoh ilmu perubatan yang disegani dunia.

93
 Farmasi Dan Kimia
Ilmu farmasi dan kimia juga amat berkembang pada zaman Bani
Abasyiah. Antara umat Islam yang pakar dalam bidang ini pada masa itu
ialah Ibnu Baithar, Rasyiduddin dan Jubair bin Haiyan.

Pencapaian Tamadun Islam Dalam Bidang Matematik


 Ilmu matematik dan kejuruteraan juga telah mencapai puncak
kegemilangannya pada zaman Bani Abasyiah.
 Pada zaman itu lahir ramai sarjana dalam kedua-dua bidang ini.
 Antara mereka ialah Thabit bin Qurrah al-Hirani. Abdul Wafa Muhammad
bin Muhammmad Ismail bin Abas. Sinan Ali Muhammad bin Hasan bin
Haitham. Muhammad bin Musa Al- khawarizmi

Pencapaian Tamadun Islam Dalam Bidang Astronomi

 Astronomi bersumberkan tamadun Yunani, Hindi, Parsi dan Arab Jahiliah.


Ia dimanfaatkan oleh umat islam untuk kepentingan syariat Islamiah yang
dikenali dengan istilah ilmu Falak.
 Pada zaman Bani Abasyiah lahir ramai ulama falak.
 Antaranya ialahAbu Mansur al-Falaki Beliau telah mengarang kitab falak.
Antaranya ialah Ilhbat al-„Ulum al-Hai‟ah al-Falak.
 Jabir Batani, sumbangannya yang terbesar dalam ilmu falak ialah
mencipta teropong bintang.
 Abu Hassan (277-352 Hijrah). Beliau dianggap sebagai pakar astronomi
Islam yang terbesar pada zaman itu.
 Raihan al-Bairuni (meninggal 440 Hijrah). Antara kitab falak karangannya
ialah Tarikh al-Hind, al- Qanun al- mas‟udi dan Istikhraj al-Autad.

94
TOKOH-TOKOH INTELEKTUAL ISLAM

1. IBNU RASYD

Latarbelakang

 Ibnu Rusyd atau nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad.
 Lahir di Kardova pada tahun 1126 dan meninggal dunia pada tahun 1198.
 Di barat beliau lebih dikenali dengan nama Averroues.
 Beliau lebih terkenal sebagai ahli falsafah yang pemikirannya merintis
kepada Renaissance di barat.
 Namun demikian sumbangannya dalam bidang perubatan dan biologi
sangat besar.
 Beliau merupakan ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan
dalam sejarah Islam.
 Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas di dunia Islam, tetapi juga
di kalangan masyarakat di Eropah.

Sumbangannya Dalam Tamadun Islam

 Sebelum meninggal dunia, beliau telah menghasilkan bukunya yang


terkenal Al Taysir. Buku itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin
dan bahasa Inggeris dengan judul Faclititation of Treatment.
 Sumbangan beliau bukan sahaja dalam bidang perubatan tetapi juga
meliputi bidang falsafah,, ilmu kalam, falak, fiqh, muzik, kaji bintang,
tatabahasa, dan nahu
 Antara karya besar yang pernah dihasilkan oleh Ibnu Rusyd termasuklah
"Kulliyah fit-Thibb" yang mengandungi 16 jilid, mengenai perubatan
secara umum,

95
 Dalam bidang perubatan pula, Ibnu Rusyd memberi penekanan tentang
kepentingan menjaga kesihatan. Beberapa pandangan yang dikemukakan
dalam bidang perubatan juga didapati mendahului zamannya. Beliau
pernah menyatakan bahawa demam campak hanya akan dialami oleh
setiap orang sekali sahaja.
 Kehebatannya dalam bidang perubatan tidak berlegar di sekitar
perubatan umum, tetapi juga merangkum pembedahan dan fungsi organ
di dalam tubuh manusia.
 Keterampilan Ibnu Rusyd dalam pelbagai bidang ini, menunjukkan
bahawa beliau merupakan tokoh ilmuwan Islam yang tiada tolok
bandingannya. Malahan dalam banyak perkara, pemikiran Ibnu Rusyd
jauh lebih besar dan berpengaruh jika dibandingkan dengan ahli falsafah
yang pernah hidup sebelum zamannya ataupun selepas kematiannya.

2. JABIR IBN HAIYAN

Latarbelakang

 Jabir Ibnu Haiyan (750-803 masihi), juga dikenali sebagai Geber oleh
orang-orang Barat.
 Beliau juga digelar sebagai “Bapa Ilmu Kimia Moden”.
 Nama penuh beliau ialah Abu Musa Jabir Ibn Hayyan. Beliau berasal dari
Kufah, Iraq.
 Beliau bukan sahaja terkenal dalam bidang perubatan tetapi juga dalam
bidang kimia.
 Pada peringkat awal kerjayanya, beliau pernah berguru dengan Barmaki
Vizier iaitu semasa zaman Khalifah Abbasiah pimpinan Harun Ar-Rasyid.

96
IBNU KHALDUN-TOKOH SEJARAWAN ULUNG

RIWAYAT HIDUP

• Nama:Abdul Rahman bin Muhammad bin Muhammad.

• Lebih dikenali sebagai IBNU KHALDUN.

• Dilahirkan pada 732H di Tunisia.

• Wafat pada 808H di Kaherah,Mesir pada usia 76 tahun.

• Berketurunan Arab Hadramaut(YAMAN).

• Bapanya seorang SARJANA terkenal.

• IBNU KHALDUN berpindah ke beberapa tempat iaitu


Algeria,Fez,Cranada,Mesir dan Bougie disebabkan wabak taun yang
melanda Tunisia pada 749H.

• Beliau sekeluarga akhirnya menetap di kota Sivile,Sepanyol.

KEPERIBADIAN LUHUR

• Tekun,gigih dan rajin mencari ilmu.

• Mempunyai ketajaman akal fikiran dan ingatan yang kuat.

• Seorang yang berwibawa dan berkepimpinan.

• Seorang yang kreatif.

• Fasih berpidato.

JAWATAN YANG DISANDANG

• Anggota Majlis Ilmiah di Fez,Maghribi.

97
• Setiausaha Negara di Istana Sultan Ishak dan Sultan Abu Annan.

• Duta di Granada dan Maghribi.

• „QADI al-QADAT‟(Ketua Hakim Negara)di Mesir.

• Dilantik sebagai HAJIB(Perdana Menteri)di Bijayah(BOUGIE).

LATAR PENDIDIKAN

• Mempelajari asas agama dan bahasa Arab daripada bapanya dan al-
Khadrami.

• Mempelajari fardhu kifayah seperti Sains,Mantik,dan Matematik daripada


Muhammad bin al-Abali.

• Semasa di Fez,beliau mendapat pendidikan tinggi daripada beberapa


guru terkenal seperti AHMAD bin al-QASAR dan LISAN al-DIN bin al-
KHATIB.

ILMU YANG DIKUASAI

• ILMU DITEROKAI-Sejarah,Ekonomi,Kesusasteraan Politik,Sosiologi,dan


Kebudayaan.

• ILMU YANG DIISLAH-Biografi,Kesusasteraan,Ilmu pendidikan,dan


Psikologi Pendidikan

KETOKOHAN IBNU KHALDUN

• TOKOH SEJARAWAN-Berkemahiran menganalisis tamadun dari


permulaan faktor kegemilangan dan kejatuhan.

• TOKOH NEGARAWAN-Banyak menabur jasa untuk negara terutama di


Bijayah(Bougie).

• TOKOH BUDAYAWAN-Penggiat budaya dan kesusasteraan Arab.

SUMBANGAN DALAM ILMU PEMIKIRAN

98
• Guru dan pengasas dalam bidang sosiologi.

• Menghasilkan karya bermutu dalam bidang sejarah,politik dan ekonomi.

• Karya terkenal ialah KITAB al-MUQQADIMAH yang telah diterjemah


dalam pelbagai bahasa asing.

INFO ISLAM

 Murid-murid Ibnu Khaldun yang terkenal ialah:


1. Takkiyuddin Al-Makrizi (845 H-1442
M),Ahli Sejarah terkenal
2. Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-A‟sqolani (852 H-1448
M),Pakar Hadis terkenal

 Gelaran-gelaran kesarjanaan Ibnu Khaldun

1. Sodrul Kabir

2. Fakihul Jalil

3. Al-Allamat

4. Imam Al-Aimmat

5. Jamalul Islam Walmuslimin

99
Matapelajaran Tamaddun Islam dan Tamaddun Asia ( TITAS )
Tokoh-Tokoh Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (Tokoh-
Tokoh Tamadun India Dan Jepun)

UNIT 6

LATAR BELAKANG LAKSAMANA CHENG HO

Nama asal Cheng Ho ialah Ma Sanbao atau di kenali sebagai San


Pokong ataupun Zheng He. Ini berdasarkan pada dialek serta sebutan Fujian.
Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga Etnik Hui yang menganut agama islam
di Yunnan, Barat Daya China. Beliau dilahirkan pada tahun 1371 M dan
merupakan anak ke-2 kepada pasangan Ma Hazhi dan Wen.

Semasa berumur 10 tahun, Yunnan yang dikuasai oleh Dinasti Yuan telah
di takluki oleh Dinasti Ming. Para pemuda telah di tawan dan ini termasuklah
Cheng Ho sendiri. Beliau telah di bawa ke Nanjing bahkan telah di kasi.
Semenjak itu Cheng Ho telah dijadikan sida-sida istana semasa pemerintahan
Dinasti Ming. Cheng Ho tinggal dan mengabdikan diri kepada Raja Zhu di istana
Beiping ( kini Beijing ). Cheng Ho merupakan seorang yang berani dan hebat.
Dengan keberanian dan kehebatannya beliau di sayangi oleh maharaja.
Maharaja Zhu Di telah menganugerahkan nama Cheng Ho kepadanya.

Semasa Cheng Ho berusia 34 tahun, Maharaja Zhu Di mengambil


keputusan untuk menghantar armada bagi melaksanakan pelayaran besar-
besaran ke pelbagai negara di Asia dan Afrika bagi menjalinkan hubungan
persahababatan dengan negara-negara kawasan itu. Baginda telah
memerintahkan Cheng Ho memimpin pelayaran tersebut.

100
Menurut buku ” Ying Ya Sheng Lan ” (Pemandangan indah di seberang
Samudera) telah di tulis oleh Mohd Fuad (Ma Huan) seorang Pegawai
Rombongan pada 1451 M dan buku ” Xing Cha Sheng Lan ” (Menikmati
Pemandangan Indah Dengan Rakit Sakti) yang ditulis oleh Faizil (Fei Xin)
seorang lagi Pegawai Kanan pada 1436 M menyatakan bahawa rombongan
pelayaran tersebut diiringi seramai 27 ribu orang dan di sertai lebih daripada dua
ratus buah kapal.

Bandar Nanjing yang terletak di pinggir Sungai Yangtze merupakan


tempat pengeluaran kapal yang terkenal pada masa itu. Berdasarkan maklumat
terdapat 34 buah bengkel pembuat kapal di luar bandar Nanjing dan tukang-
tukang pembuat kapal yang terbaik bertumpu di Nanjing. Taraf kemahiran
industri kapal kapal China merupakan terbaik dan mempunyai teknologi yang
tinggi. Ini melancarkan lagi hasrat Maharaja China untuk menjayakan
objektifnya.

ARMADA CHENG HO

Perbandingan kapal Baochuan dan kapal Columbus

101
Kapal Baochuan yang digunakan dalam pelayaran Cheng Ho di buat di
Nanjing. Kapal Baochuan merupakan kapal yang bersaiz besar. Kapal tersebut
mempunyai 14 layar , panjangnya 120 meter dan lebarnya 50 meter. Kalau
dikira berdasarkan pada zamannya, kapal tersebut boleh dikira sebagai kapal
yang terbesar di dunia pada zaman itu. Selain itu kapal Baochuan terdapat juga
kapal-kapal pengiring yang lain

iaitu :-

i) Kapal Kuda yang mempunyai 6 layar, panjangnya104.7 meter, lebarnya


42.4 meter, kedalamannya 6 meter, berat bersihnya ialah 14,586 tan dan
berat muatannya sebanyak 7 ribu tan.

ii) Kapal Kargo yang mempunyai 6 layar, panjangnya 79.2 meter, serta
kedalamannya 6 metar, berat bersih 7081 tan dan berat muatannya 3500
tan.

Iii) Kapal Penumpang mempunyai 5 layar, panjangnya 67.9 meter,


kelebarannya 26.6 meter, kedalamannya 5 meter, berat bersih 4033 tan
dan berat muatannya 2000 tan.

iv) Kapal Perang yang mempunyai 3 layar, panjangnya 50.9 meter, lebarnya
ialah 19.2 meter, kedalamannya 4 meter, berat bersihnya 1703 tan dan
berat muatannya 850 tan.

v) Perahu air yang mempunyai 1 layar, panjangnya ialah 42 meter dan


mempunyai kelebaran 16 meter.

102
vi) Perahu berkayuh 8 besar mempunyai 1 layar , panjangnya 42 meter dan
lebarnya 16 meter.

vii) Perahu berkayuh 6 panjangnya 34 meter dan lebarnya 13 meter.

Replika kapal Baochuan

Jumlah keseluruhan pegawai, pedagang dan anak kapal armada


pelayaranCheng Ho mencatatkan lebih 20 ribu orang. Sutera, barang porselin
dan barang seni kraf tangan lain turut dibawa semasa pelayaran tersebut.

MISI CHENG HO

Sebenarnya Maharaja Zhu Di mempunyai beberapa perancangan. Jika


diteliti, Maharaja Zhu Di merupakan seorang pemerintah yang bijak. Baginda

103
mempunyai beberapa objektif yang sebenarnya akan menguntungkan negaranya
kelak. Di antara misi-misi pelayaran tersebut ialah :-

i) Mengukuhkan perhubungan persahabatan antara Negara China


dengan Negara-negara di Asia Tenggara, Lautan India, Benua Arab/Parsi
dan Afrika Timur.

ii) Menunjukkan kekuatan negara China serta mewujudkan pendamaian


antara satu sama lain.

iii) Memajukan perdagangan antarabangsa.

iv) Memperkenalkan hasil pengeluaran tempatan.

v) Menjamin keselamatan pedagang maritim.

vi) Laksamana Cheng Ho juga menjalankan kegiatan dakwahnya


menyebarkan agama Islam di nusantara seperti Empayar Serivijaya,
Majapahit, Melaka, Terengganu,Kedah dan Foo Lo An.

vii) Mengangkat nama dan memperkenalkan Dinasti Ming agar negara lain
mengakui kebesaran Maharaja Cina.

PELAYARAN CHENG HO

Ketika rombongan pelayaran itu singgah di setiap pelabuhan luar negara,


Laksamana Cheng Ho akan menganugerahkan cap mohor yang di perbuat
daripada perak dan menghadiahkan cenderamata kepada raja negara-negara
yang dilawati.

Berikut adalah jadual pelayaran Laksamana Cheng Ho :-

104
PELAYARAN WAKTU NEGARA YANG DI LAWATI

Pelayaran 1 1405-1407 Champa,Jawa,Palembang,Melaka,


Aru,Sumatra,Lambri,Ceylon,Kollam,Cochin,Calicut

Pelayaran 2 1407-1408 Champa,Jawa,Siam,Sumatra,Lambri,Calicut,


Cochin,Ceylon

Pelayaran 3 1409-1411 Champa, Jawa,


Melaka,Sumatra,Ceylon,Quilon,Cochin,Calicut,Siam,
Lambri,Kaya,Coimbatore,Puttanpur

Pelayaran 4 1413-1415 Champa,Jawa,Palembang,Melaka,Sumatra,Ceylon,


Cochin,Calicut,Kayal,Pahang,Kelantan,Aru,Lambri,
Hormuz,Maladewa,Mogadishu,Brawa,Malindi,Aden,
Muscat,Dhufar

Pelayaran 5 1416-1419 Champa,Pahang,Jawa,Melaka,Sumatra,Lambri,Ceylon,


Sharwayn,Cochin,Calicut,Hormuz,Maldives,Mogadishu,
Brawa,Malindi,Aden.

Pelayaran 6 1421-1422 Hormuz,Afrika Timur,Negara-negara di Jazirah Arab

Pelayaran 7 1430-1433 Champa,Jawa,Palembang,Melaka,Sumatra,Ceylon,


Calicut,Hormuz,

KESAN PELAYARAN CHENG HO KE ATAS ASIA

Pelayaran Cheng Ho itu telah meninggalkan impak kepada kawasan-


kawasan yang telah dilawati. Diantaranya ialah :-

105
i) Mengubah peta asal dunia mengenai arah pelayaran , jarak di lautan dan
berbagai pelabuhan.

ii) Perubahan dalam teknik pertanian, penternakan, pertukangan dan


perikanan.

iii) Penghijrahan orang-orang Tiong Hua seterusnya mewujudkan


masyarakat majmuk dan penyebaran agama islam

iv) Penanaman tebu dan lada secara komersial oleh masyarakat Tiong Hua.

v) Kewujudan kilang bata di Tepoh.

vi) Pertukaran maklumat pembuatan kapal dan pembinaan rumah.

Tujuh kali pelayaran seumpama itu telah dilaksanakan oleh Laksamana


Cheng Ho dalam tempoh 28 tahun. Pada tahun 1435, Laksamana Cheng Ho
yang berusia lebih 60 tahun telah meninggal dunia di India dalam pelayaran
ketujuh semasa kembali ke China. Armada Cheng Ho berjaya sampai di pantai
Laut Merah dan pantai Timur Afrika dan telah melawat lebih 30 buah negara dan
kawasan di Asia dan Afrika dalam tujuh kali pelayaran itu. Pelayaran Cheng Ho
negara-negara Asia dan Afrika itu telah meluaskan pandangan rakyat China dan
meningkatkan pengetahuan geografi rakyat China. Pelayaran itu juga telah
meningkatkan pertukaran, persefahaman dan perdagangan antara rakyat China
dengan rakyat pelbagai negara Asia dan Afrika. Pelayaran Laksamana Cheng
Ho lebih awal separuh abad daripada Columbus, pelayar yang terkenal di dunia.

LAO TZE PELOPOR TAOISME

Lao Tze merupakan seorang ahli pemikir atau ahli falsafah China yang
teragung yang mana beliau bertanggungjawab dalam mengasas ajaran Taoisme
yang menekankan kepada cara hidup yang sederhana . Buku „Tao Te Ching‟

106
(Classic of the Way and its Power) adalah teks pusat di mana falsafah Taoisme
diperjelaskan.

Beliau hidup pada abad ke 4 S.M. dan dikatakan lebih tua daripada
Confucius iaitu seorang lagi ahli falsafah China yang cenderung kepada ajaran
Confuciusme. Lao Tze mmbesar di utara China juga adalah kurator arkib istana
semasa pemerintahan Dinasti Tin.

Di China sendiri , fahaman Confucius secara umumnya merupakan


falsafah yang dominan namuin Lao Tze sangat dihormati oleh Confucius dan
idea Taoisme banyak mempengaruhi ajaran Confucius. Fahaman Taoisme juga
mempunyai tanda pengaruh ke atas pembangunan falsafah Buddha yang di
bawa ole Siddharta Gautama Buddha pada Zen Buddhisme.

Pandangan Lao Tze ialah tindakan tak langsung ( wei ) mencorakkan


keinginan nafsu ( yu ) .Doktrin ( ming ) menggambarkan
baik,buruk,cantik,hodoh,tinggi dan rendah. Kepunyaan ( yu ) ketidakpunyaan (
wu ) .meninggalkan kesemua sifat-sifat diatas menjurus kepada tindakan
spontan iaitu ( wu – wei ).

Yinyang merupakan cabang Taoisme yang terkenal yang mana


merupakan simbol dan metafora dalam perhubungan manusia dan alam
semesta. Kemajuan dan kecemerlangan orang China banyak dipengaruhi oleh
gabungan Taoisme , Confuciusme dan Buddhisme .

Hidup sederhana adalah cabang nilai murni jika kita selaku penghuni alam
semesta ini inginkan kesejahteraan dan keamanan tanpa konflik fahaman politik
tanpa peperangan yang membinasakan ekonomi dan rakyat amnya.

107
TOKOH TAMADUN INDIA

PENGENALAN

Tiada manusia yang mahu dirinya disingkir lebih-lebih lagi dimaki hamun
oleh orang lain. Semasa berada di Afrika Selatan, Mohandas Gandhi menyedari
bahawa kaum India tidak disukai, disingkir dan sering dikeji. Kesimpulannya
kaum India pada masa itu langsung tidak diberi keistimewaan. Contohnya
Gandhi pernah dipukul oleh pemandu kereta api kerana tidak memberi tempat
duduk kepada seorang penumpang berkulit putih.

Sewaktu berada di Afrika Selatan untuk urusan perniagaan, Gandhi


mengambil keputusan untuk menetap dan menggunakan pengetahuan
perundangannya membantu memperbaiki nasib kaum kulit hitam dan
menyifatkan pengalaman awalnya itu sebagai satu titik perubahan dalam
hidupnya.Beliau telah memperkenalkan Satyagraha, iaitu satu kaedah
keingkaran awam tanpa kekerasan yang sungguh berdisiplin. Ajaran beliau telah
berkembang ke pelusuk dunia dan ideanya telah mempengaruhi Persatuan
Greenpeace serta Martin Luther King dan diguna untuk meggulingkan Presiden
Marcos di Filipina. Selain daripada itu bantahan dan tunjuk perasaan serta
tekanan secara berdisiplin digunakan untuk menegakkan kebenaran.

Ghandhi telah memimpin India mencapai kemerdekaan tanpa


menggunakan kekerasan. Hitler tidak berjaya mengalahkan Perdana Menteri
Great Britian, Churchill, tetapi Ghandhi berbuat demikian. Insan peramah lagi
lemah lembut ini disanjungi jutaan rakyat India dan pemimpin-pemimpin dunia.
Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberhentikan persidangan apabila
mendapat berita tengtang kematian Ghandhi.Ghandhi telah meninggalkan satu
kaedah baru untuk menentang penindasan berdasarkan kasih sayang dan
bukannya peperangan. Menurut Einstein, ”Generasi akan datang mungkin sukar

108
mempercayai bahawa insan seperti Ghandhi pernah menjejakkan kaki di muka
bumi ini

ZAMAN KANAK-KANAK GANDHI

Mohandas Karamchand Gandhi dilahirkan pada 2


Oktober 1869 di Porbandar, India. Ketika itu penduduk
india seramai 200 juta orang, tujuh kali ganda penduduk
Great Britain dan Ireland. Rakyat India terpisah akibat
struktur muka bumi yang sukar untuk perubahan. Di india
sahaja terdapat perbagai jenis adat, kepercayaan dan
Gambar 1
lebih 300 bahasa yang berlainan. Malah sesama satu
Mahadma Gandhi
puak yang seagama pun wujud perbezaan dari segi kasta dan pangkat. Oleh
yang demikian pihak British dengan mudah menjajah pelbagai kaum di India iaitu
rakyat India yang berkulit hitam di selatan dan mereka yang berkulit perang serta
cerah di utara.Perbezaan yang ketara diantar yang kaya dan yang miskin.

Pada tahun 1869 iaitu tahun Gandhi dilahirkan banyak perubahan telah
berlaku diantara yang paling penting hubungan India dan Britain semakin rapat.
Pembukaan terusan Suez yang mana kapal-kapal British tidak perlu mengelilingi
Afrika untuk sampai ke India. Keadaan masa itu semakin mencengkam kepada
penduduk-penduduk India yang miskin. Empayar british pada ketika itu bagaikan
tidak melihat matahari terbenam kerana kawasan jajahannya meluas di seluruh
dunia.

PENDIDIKAN

109
Pada tahun 1888 ketika berumur 19 tahun, Gandhi telah belayar ke
London untuk menuntut ilmu perundangan. Ketika itu beliau sudah berahwin dan
mempunyai seorang anak lelaki. Sewaktu menuntut ilmu beliau telah
mengamalkan beberapa prinsip iaitu tidak hidup berfoya-foya serta
mengamalkan amalan vegetariannya.

Selepas berada di England selama 32 bulan, Gandhi lulus peperiksaan


akhir Inner Tample Inn of Court di London dan diterima sebagai seorang peguam
pada bulan Jun 1891. Walaupun Gandhi cekap dan pantas berfikir, peguam
muda yang belayar pulang dari England ini masih belum menampakkan
kebijaksanaan dan daya akal yang bakal menjadi sumber insperasi jutaan
manusia. .

Selama dua tahun Gandhi cuba memaju dan memperkukuhkan dirinya


sebagai seorang peguam tetapi firma guamannya tidak berjaya. Gandhi diberi
tawaran untuk mewakili seorang saudagar India yang kaya di Afrika Selatan.
Peluang ini telah mengubah kehidupan Gandhi. Gandhi bertolak ke Afrika
Selatan demi satu tugasan tetapi sebaliknya telah menetap di sana selama 21
tahun.

Pada masa itu Afrika Selatan merupakan negara yang berpecah belah
dan kacau bilau. Orang kulit hitam lima kali lebih banyak daripada orang kulit
putih. Masyarakat kulit putih juga berpecah belah. Semasa Gandhi di Afrika
Selatan, perang saudara telah tercetus antara masyarakat kulit putih.
Masyarakat India pada masa itu yang dibawa masuk untuk kerja-kerja rendah
seperti berkerja sebagai hamba di ladang-ladang adalah seramai lebih kurang
100 ribu orang. Namun begitu ada juga orang India yang mula menyaingi
masyarakat kulit putih dan menimbulkan kemarahan dan kebencian mereka.
Orang kulit putih telah menggubal undang-undang untuk menyekat masyarakat
India untuk mengudi, memiliki tanah dan bergerak bebas.

110
Atas kesedaran itu Gandhi telah mengambil
keputusan untuk menentang ketidakadilan yang
wujud di Afrika Selatan. Gandhi telah dilantik
sebagai ketua masyarakat India. Menjelang tahun
1896 Syarikat guamannya telah berjaya.
Gambar 2

Kempen memprotes kenaikan cukai garam

Gandhi telah membantu kaumnya dengan buah fikiran yang bernas


seperti menasihatkan peniaga supaya jujur dalam perniagaannya agar mereka
dipercayai. Beliau mengajar tentang kebersihan dan sanitasi. Menasihatkan
kaumnya supaya mempelajari bahasa inggeris supaya memudahkan
perhubungan dengan orang lain. Beliau juga mendesak supaya meninggalkan
sistem kasta yang yang boleh memecahbelahkan mereka.

Gandhi juga telah menerbitkan Risalah Hijau yang memperincikan


keluhan dan tuntutan kaum India di Afrika Selatan. Risalah ini telah menimbulkan
keberangan pelbagai pihak dan sepulangnya ke Afrika Selatan pada bulan
Januari 1897, Gandhi telah diserang oleh satu kumpulan perusuh. Atas desakan
dari London, badan perundangan Natal telah memansuhkan undang-undang
diskriminasi kaum dalam pilihan raya dan menggantikannya dengan satu ujian
pendidikan.

Walaupun Gandhi seorang pecinta kedamaian, beliau berpendapat orang


India harus menerima kewajipan mereka sebagai warganegara. Jika orang India
mahu akan hak mereka sebagai rakyat Empayar British, mereka mesti sanggup
menerima kewajipan sebagai warganegara Empayar itu. Oleh itu pada tahun
1899 semasa peperangan Boer, walaupun Gandhi bersimpati dengan
perjuangan orang-orang Boer, beliau mendesak masyarakat India menyokong
pihak Inggeris. Beliau telah membantu membentuk dan melatih Kor Ambulans
India. Gandhi mengetuai 1000 ahli yang berkhidmat dengan cemerlang.

Pada bulan Disember 1902, Gandhi membentangkan rasa tidak puas hati
masyarakat India kepada Joseph Chamberlian, Setiausaha Penjajah. Natal dan

111
Transvaal berusaha keras untuk mengusir masyarakat India. Sebuah Jabatan
Orang Asia telah ditubuhkan di Transvaal pada 1903 yang tidak putus-putus
mengeluarkan pelbagai undang-undang dan peraturan untuk tiga tahun berturut-
turut. Tindakan itu telah menyebabkan suasana tegang antara masyarakat India
dan orang kulit putih. Keadaan itu reda seketika sewaktu Kempen Zulu pada
tahun 1906. Sekali lagi Gandhi menawarkan khidmatnya kepada kerajaan dan
membentuk sebuah lagi Kor Ambulans India. Mereka berjalan sejauh 40 batu
sehari unutk merawat kaum Zulu yang cedera dan diabaikan oleh doktor serta
jururawat kulit putih.

Selepas menulis surat kepada Wizurai British untuk memberikan peluang


kepada beliau mengalah, Gandhi melancarkan kempennya secara besar-
besaran. Belaiu bersama kumpulan pengikutnya berarak secara perlahan-lahan
ke arah laut untuk mendapatkan segenggam garam. Bersama beliau ialah Puan
Sarajoni Naidu, penyajak dan sekutu rapat Gandhi. Gandhi telah dipenjarakan
dan seterusnya Puan Naidu mengetuai 2500 orang dalam tunjuk perasaan di
Kilang Garam Dharasana yang terkenal dan bersejarah itu. Tindakan simbolik ini
mencetuskan keingkaran awam di seluruh negara apabila beratus-ratus ribu
penduduk India menngetepikan undang-undang dengan menghasilkan garam
mereka sendiri.

Pihak British menganggap tindakan itu sebagai


guruan dan mengetepikan perkara tersebut. Mereka
memperkecilkan kebolehan Gandhi. Mereka tidak faham
tentang perasaan yang menghantui jiwa rakyat India
ketika itu dan betapa sukarnya berhadapan dengan
seorang pembangkang secerdik Mahatma Gandhi. Tujuan
Gambar 3 perbarisan itu ialah untuk menggalakkan kempen
Penentangan terhadap Inggeris
keingkaran awam secara meluas demi memalukan
kerajaan. Cukai garam yang hendak dihapuskan oleh Gandhi bukan sahaja satu
lambang hak kerajaan untuk mengenakan cukai dan dengan itu hak kerajaan

112
untuk memerintah bahkan merupakan satu isu yang menyentuh perasaan rakyat.
Petani yang termiskin terpaksa membayar cukai yang sama banyak dengan
pedagang kaya.

Tindakan Gandhi yang melanggar undang-undang


Cukai Garam segera mempengaruhi rakyat. Keingkaran
awam tercetus hampir di semua wilayah. Pada waktu
malam 5 Mei, Gandhi telah ditangkap. Beliau sendiri
membenarkan dirinya ditangkap kerana ini merupakan
sebahagian daripada strateginya. Tiada perbicaraan atau
Gambar 4

Ghandhi dipenjara akibat


hukuman. Beliau dipenjarakan begitu sahaja.
mekeingkaran awam

PERJUANGAN AWAL GANDHI

Pada bulan Ogos 1907, Britain telah memperkenalkan satu akta baru,
yang mana akta ini dinamakan Akta Hitam. Akta ini mewajibkan semua Orang
India didaftar dan cap jari mereka diambil. Sesiapa yang tidak mempunyai
dokumen ini mereka boleh dipenjarakan, didenda atau dihantar pulang ke negara
asal. Masyarakat India mendapati akta ini tidak adil kerana ianya hanya ditujukan
hanya kepada orang berkulit hitam, perang dan kuning dari Asia. Walaupun
Ghandi berkulit perang muda, beliau menganggap dirinya berkulit hitam.

Masyarakat India tahu agenda orang kulit putih. Dalam satu mesyuarat
pilihan raya pada bulan Januari 1907, General Botha mengisytiharkan bahawa,
”Jika parti saya menang semula dalam pilihan raya ini, kami berjanji akan
menghalau keluar kuli-kuli India dari negara ini dalam masa empat tahun”.

Akibat tidak berpuas hati dengan tindakan orang kulit putih ini Gandhi
pertama kali menyuarakan konsep Satyagraha yang bermaksud ‟kuasa
kebenaran‟ atau ‟kuasa kasih sayang‟. Ini bermaksud menegakkan kebenaran
bukan dengan menyebabkan penderitaan pada pihak lawan tetapi sebaliknya

113
menanggung penderitaan itu sendiri. Kaedah ini melibatkan lebih daripada hanya
‟tentangan pasif‟ kerana memerlukan perhubungan yang positif dan berterusan
antara kedua-dua belah pihak yang bertelingkah demi mencari perdamaian
mutlak. Konsep Satyagarha yang diguna pakai oleh ahli di mana ahli tidak boleh
melawan walupun dipukul, dihina dan ditangkap. Sebaliknya mereka mesti tabah
dan sabar kerana cara ini dapat menjatuhkan maruah pihak lawan, bukan untuk
mengalahkan mereka tetapi untuk melembut hati mereka.

Pada bulan Januari 1908 Gandhi dipenjarakan selama dua bulan kerana
enggan mendaftar dan menghasut beribu-ribu orang India untuk memulaukan
undang-undang tersebut. Kesan daripada itu ramai orang India telah
menyeberangi sempadan Transvaal secara haram bagi membantah undang-
undang yang tidak adil. Gandhi berasa senang hati dihukum penjara kerana
baginya ”Jalan sebenar untuk mencapai kebahagiaan mutlak ialah dengan
dipenjarakan dan merasai penderitaan di penjara demi kepentingan negara dan
agama”.

Ketika memberhentikan kempennya, Gandhi telah terkenal dan dihormati


di Afrika Selatan dan India. Beliau telah terkenal sebagai seorang negarawan
yang terkenal dengan kejujuran, kecekapan dan keberanian. Akhirnya pada
tahun 1914, Gandhi dan Jeneral Smuts, pemimpin dan negarawan kaum orang
kulit putih Afrika Selatan, telah berbincang untuk mencari penyelesaian yang
akan memberi masyarakat India lebih kehormatan diri. Kempen keingkaran
awam Gandhi telah berhasil dan merupakan kempen pertama seumpama ini
yang berjaya. Akhirnya Akta Pembebasan Orang India akhirnya diluluska

SATU PERUBAHAN ASAS

114
Selama 21 tahun berada di Afrika Selatan, kepercayaan Ghandi semakin
mendalam. Prinsip-prinsip Hindu, Bhagavad Gita, meresapi cara dan gaya
hidupnya. Pegangan politik Gandhi dipengaruhi oleh kepercayaannya.
Kepercayaan ini mempengaruhi tentang cara beliau berpakaian, makan dan
menjalani kehidupannya. Orang British menyalah tafsir kelakuannya sebagai
ganjil dan hanya satu fesyen semasa. Gandhi juga tidak menolak agama-agama
lain dan meminjam secara bebas prinsip agama Budha, Kristian, Jain dan Islam.
Faktor ini menyebabkan beliau dianggap sebagai seorang Hindu yang bukan
ortodoks dan dibenci oleh pengikut agama Hindu yang kuat.

Gandhi memegang satu prinsip teragung dalam kitab Baghavad Gita ialah
Samakhava yang bermaksud manusia tidak boleh membiarkan diri mereka
terganggu akibat kesakitan atau keseronokan. Mereka harus bekerja untuk
kebenaran tanpa merisaukan kegagalan atau mengharapkan kejayaan. Beliau
memberi satu penumpuan khusus kepada cara-cara untuk membawa
perubahan. Selain daripada itu Gandhi juga mengamalkan prinsip Aparigraha,
yang bermaksud tidak memiliki harta duniawi. Kekayaan rohani boleh dicapai
dengan hidup miskin tanpa memiliki banyak harta. Ahimsa bermaksud sebagai
tanpa kekerasan terhadap segala yang bernyawa. Ini merupakan satu lagi
prinsip ajaran agama Hindu yang diamalkan oleh Gandhi. Prinsip ini memberi erti
bahawa segala yang bernyawa tidak boleh dicederakan. Oleh itu Gandhi tidak
memakan dan mencederakan haiwan. Warisan dan senjata Gandhi yang
terkemuka ialah Satyagarha. Perkataan ciptaan Gandhi ini diterjemahkan
sebagai tanpa kekerasan atau tentangan pasif. Amalan inilah yang
menyebabkan Gandhi disayangi dan amat dihormati oleh pihak yang
ditentangnya.

Gandhi banyak berubah semasa di Afrika Selatan. Beliau mendisplinkan


jasmani serta rohaninya dan menyekat perasaan tamak, tidak mementingkan diri
sendiri serta hawa nafsu untuk keseronokan dan kebendaan duniawi. Sebagai
contoh, walaupun beliau berjaya dalam bidang perundangan, beliau

115
mendermakan semua hartanya untuk menubuhkan ashram iaitu sebuah ladang
dan masih lagi beroperasi sehingga ke hari ini

Oleh yang demikian Gandhi berjaya dalam bidang politiknya kerana


berdasarkan kepercayaan rohaninya yang mendalam.

KEPULANGAN GANDHI KE TANAH AIR

Gandhi kembali ketanah air pada bulan Januari 1915 ketika berusia 45
tahun. Kepulangan Gandhi disambut oleh orang ramai kerana kejayaan beliau di
Afrika Selatan. Gandhi juga mengambil keputusan tidak akan berkempen untuk
hak-hak rakyat india sehingga beliau mengetahui dengan lebih lanjut tentang
masalah-masalah di India. Walaupun begitu beliau telah menubuhkan ashram di
Sabarmati berdekatan dengan bandaraya Ahmedabad.

Pengikut-pengikut wanita dan lelaki bersetuju untuk hidup mengikut


peraturan Gandhi. Peraturan-peraturan tersebut berasaskan pegangan agama
yang Gandhi pelajari dan patuhi ketika di Afrika Selatan. Kehidupan mereka
berlandaskan kejujuran, kebenaran, kemiskinan dan pembujangan. Mereka
mengamalkan pemakanan sayur-sayuran yang sederhana, hidup beribadat dan
berkhidmat untuk masyarakat.

Gandhi sangat terkenal pada masa itu kerana beliau seorang pejuang hak
rakyat. Khususnya, beliau telah membela nasib kaum luar kasta dan para petani
serta pekerja kilang yang miskin. Gandhi menjadi begitu berpengaruh
sehinggakan pada lewat tahun 1917. Sewaktu perang dunia pertama beliau telah
dipanggil ke Delhi. Wizurai, pemerintah India yang mewakili kerajaan Inggeris di
India, memohon pertolongan Gandhi untuk menyeru sukarelawan India berjuang
untuk pihak Inggeris dan Empayar. Tindakan ini mengejutkan banyak pencinta
kedamaian.

Gandhi masih percaya bahawa Briatin memperjuangkan kebaikan.


Serperti di Afrika Selatan dahulu, beliau juga percaya bahawa jika orang India

116
muhukan hak sebagai rakyat Empayar, mereka perlu berkhidmat untuk Empayar
apabila diminta berbuat demikian. Dengan itu Gandhi dan sukarelawan telah
berjuang disisi askar Inggeris dan juga askar dikawasan jajahan British yang lain.
Banyak askar-askar India yang terkorban.

Pihak British dan sekutu mereka memenangi peperangan tersebut dengan


kos yang amat tinggi. Askar-askar India juga sedar bahawa mereka telah
memenangi hak untuk kehormatan, kesaksamaan dan harga diri. Satu perasaan
baru tersebar luas. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, askar-askar
India dikecewakan. Persefahaman dan janji-janji Britain tentang pemerintahan
sendiri yang dibuat semasa perang tidak dikotakan. Kuasa darurat perang dan
sekatan terhadap kebebasan diteruskan selepas perang. Perbicaraan tanpa juri
dan hukuman penjara tanpa bicara juga dikekalkan. Rakyat India terasa tertipu.
Ternyata pihak British tidak ada niat langsung untk menyerahkan jajahan mereka
yang paling diminati dan menguntungkan.

KEMPEN YANG PERTAMA

Untuk yang pertama kali, Gandhi memutuskan untuk menentang kerajaan


Inggeris di India dengan cara mengadakan mogok awam. Semua perniagaan
serta kedai ditutup dan semua pekerja mogok. Ini memulakan perjuangan
selama 28 tahun yang membawa kepada berakhirnya pemerintahan British di
India.

Bantahan awam yang dianjurkan oleh Gandhi bertukar menjadi rusuhan di


Delhi, Ahmedabad, Lahore dan Amristar. Gandhi mengecam mereka yang
menimbulkan rusuhan dan memberhentikan kempen ini. Ini jelas kepada Gandhi
bahawa mereka perlu dilatih tentang ketaatan sebelum sesuatu kempen
keingkaran awam berjaya. Sebagi penebusan untuk keganasan dan rusuhan
yang terjadi, Gandhi telah berpuasa selama 72 jam dan menyeru orang ramai
berpuasa selama 24 jam.

117
PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI DI AMRITSAR

Tarikh 13 April 1919 merupakan titik hitam dalam sejarah India. Satu
perjumpaan haram telah diadakan di Amristar, bandar suci orang Sikh.
Perjumpaan itu diadakan di sebuah padang terbuka yang dikelilingi di tiga sisi
oleh dinding tinggi dan dikenali sebagai Jallianwalla Bagh. Satu keputusan yang
ganas telah diambil Oleh Janeral Dyner, komander tentera British di situ dengan
cara menembak ke arah orang ramai yang tidak bersenjata. Langsung tiada
ruang untuk orang ramai melarikan diri. Askar-askar tersebut telah menembak
selama 10 minit dan seramai 379 orang terbunuh dan lebih 1200 yang tercedera.
Selapas peristiwa itu Dyer berkata, ”Saya fikir tindakan saya itu adalah yang
terbaik.” Ketika berhadapan dengan Suruhanjaya Penyiasat, dia berkata, ”Ya,
tidak mustahil untuk menyuraikan mereka tanpa melepaskan tembakan tetapi
saya mahu menghukum mereka.”

Tindakan Jeneral Dyer telah menggerakkan Gandhi menceburi bidang


politik. Beliau sedar bahawa penjajahan Inggeris perlu ditumpaskan. Beliau
memulangkan dua pingat perang British yang dianugerahkan kepadanya dan
mengambil alih pucuk pimpinan gerakan kebangsaan India. Orang Inggeris perlu
meninggalkan India.

PEMBAHARUAN KONGRES

Kongres yang diketuai oleh Gandhi menjadi satu pertubuhan demokratik


yang besar dan mempunyai cawangan di seluruh negara, sekalipun di kampung-
kampung kecil.

Pada bulan Disember 1920, Kongres di Najpur meluluskan ketetapan


yang dikemukakan oleh Gandhi untuk Swaraj atau kerajaan pemerintahan
sendiri. Pemimpin Islam mahu terus menjadi sebahagian daripada Empayar

118
British dan selepas ketetapan diluluskan, mula hilang minat pada Kongres.
Pemimpin-pemimpin Hindu dan Islam mula berpecah belah.

Pada tahun itu juga di Najpur, Kongres menuntut kebebasan kaum luar
kasta dan juga agar industri-industri kampung dihidupkan semula. Gandhi benci
akan layanan buruk yang diberikan kepada kaum luar kasta oleh orang Hindu
yang berkasta. Beliau melihat layanan buruk itu sebagai satu cemuhan dan
ancaman terhadap agama Hindu. Beliau mahu akan penyatuan yang berasaskan
kesamaan.

MEMINTAL UNTUK KEJAYAAN

Roda pintal yang boleh dilipat akhirnya akan menjadi satu lambang
perjuangan kepada Gandhi dan pengikut-pengikutnya. Roda pintal menjadi
lambang kebebasan.

Gandhi melihat kerja memintal dan menenun sebagai satu cara untuk
memulihkan ekonomi kampung dan membasmi kemiskinan. Beliau berpendapat
tahap kemiskinan yang begitu teruk dikampung-kampung disbabkan oleh
penduduk bandar dan kilang kain British yang telah menghancurkan perusahaan
kraftangan kampung.

Gandhi menarik perhatian orang ramai dalam banyak perkara. Beliau


memberi tumpuan kepada bermacam-macam masalah. Beliau mengambil berat
tentang jalan yang kotor, tabiat oaring meludah, ketidaksopanan dalam keret api,
pengabaian petani miskin dan yang paling penting soal kekerasan.

Sepanjang tahun 1921, beliau telah menjelajah seluruh India untuk


menyampaikan amanat bahawa kemerdekaan akan dicapai dengan tidak
bekerjasama dengan Inggeris. Para pengikut Gandhi memulaukan pakaian
asing, ketika ini Gandhi telah memakai doti yang menjadi begitu terkenal. Pada
bulan Oktober 1921, sebuah jawatankuasa penyiasat kongres menyeru askar
dan kakitangan awam supaya mogok kerja. Pejabat guaman ditutup. Pengajian

119
di sekolah dan maktab juga tergendala. Orang-orang kampung enggan
membayar cukai. Menjelang bulan Disember, 20 000 orang telah dipenjarakan
kerana keingkaran awam dan hasutan.

Keadaan di India semakin buruk. Pada bulan Februari 1921, 22 orang


konstabel polis dibunuh oleh sekumpulan perusuh yang mengamuk semasa
kempen keingkaran awam di Chauri Chaura. Gandhi segera memberhentikan
penentangan terhadap kerajaan di seluruh India sehinggakan ada yang kecewa
dan merasa dikhianati. Namun, Gandhi tetap dengan pendiriannya yang tidak
akan mengorbankan prinsip tanpa kekerasan.

Peringkat pertama perjuangan mereka telah sampai kepenghujungnya.


Kongres telah menunjukkan kehebatan dan kekuatannya. Ini telah jelas dengan
beratus-ratus ribu orang bersedia membuat pengorbanan yang besar,
meletakkan jawatan dan dibuang kerja serta menghadapi risiko dipenjarakan
demi kebebasan. Hal ini telah menambah keyakinan Gandhi bahawa kempen
tanpa kekerasan akan berjaya jika para penyokongnya amat terlatih dan lebih
berdisiplin. Beliau berpuasa selam lima hari untuk menebus dosa atas
pembunuhan di Chauri Chaura.

Bagi pihak Inggeris pula mereka tidak boleh lagi menganggap kongres itu
benda yang remeh. Sebaliknya mereka perlu mengiktiraf tuntutan para pejuang
kebangsaan India.

Bantahan terus berlaku selepas Gandhi dipenjarakan . Anak lelaki


Gandhi, Minalal dan para pembantah diserang dan dipukul di kepala dengan
kejam oleh askar-askar. Oleh sebab itu mereka patuh kepada peraturan tanpa
kekerasan, mereka tidak melawan balik. Mereka rebah di tempat mereka berdiri
kerana dipukul bertalu-talu. Mereka terus bergerak dengan penuh keyakinan.
Dengan gerakan teratur dan tanpa perasaan, polis telah menyerang dan
memukul barisan pembantah sehingga mereka rebah. Tiada tentangan dan tiada
pergelutan. Para pembantah hanya bergerak ke hadapan sehingga mereka

120
direbahkan. Kejadian ini berulang berjam-jam lamanya. Dua orang terbunuh dan
seramai 320 orang cedera.

Dalam masa setahun sahaja, Gandhi telah pergi ke Istana Wizurai untuk
berunding dengan wakil Maharaja secara sama rata. Siri rundingan mereka
menghasilkan Pakatan Irwin-Gandhi. Ini merupakan satu perjanjian yang antara
lain membenarkan penghasilan garam secara bebas. Kempen keingkaran awam
telah dihentikan dan mereka yang dipenjarakan dibebaskan. Kongres juga akan
mendapat tempat perwakilan di Persidangan Imperial Kedua di London pada
bulan Oktober 1930.

PERSIDANGAN MEJA BULAT

Pada bulan Ogos 1931,Gandhi belayar ke Britain sebagai wakil tunggal


Kongres Kebangsaan India. Beliau tidak menaruh banyak harapan di
persidangan tersebut. Beliau telah menambat hati banyak rakyat British dan
meyakinkan banyak lagi untuk menyokong keadilan perjuangannya. Orang
Inggeris tertarik dengan perincian tentang peribadi Gandhi, pakaiannya dan
pemakanannya. Gandhi bukan seorang yang mementingkan kebendaan. Beliau
tidak mengutamakan kekayaan tetapi beliau benci akan kemiskinan teruk dan
menindas. Gandhi mengatakan bahawa beliau tidak keraguan bahawa England
dan penduduk bandar di India perlu bertanggungjawab atas 'jenayah'
kemanusian yang tiada bandingannya dalam sejarah. Kejayaan peribadi Gandhi
amatlah besar tetapi persidangan itu gagal. Dengan itu, beliau berasa hampa
tetapi tidak berputus asa. Beliau pulang ke India dan tidak ke Britain lagi.

Dalam tempoh tiga minggu selepas Gandhi pulang ke India, beliau telah
dipenjarakan. Tindakan berpuasa Gandhi telah membawa beberapa pembaiakan
kehidupan kaum luar kasta Gandhi elar Harijan iaitu 'Anak-anak Tuhan'. Mereka
bukan sahaja disentuh bahkan telah dipeluk oleh kaum Hindu yang lain. Selepas
beliau dibebaskan dari penjara pada tahun 1933, Gandhi memulakan perjalanan
sejauh 12000 batu untuk mengutip derma bagi kaum luar kasta. Dalam tahun-

121
tahun yang sunyi itu,Gandhiji mengurangkan penglibatan langsungdalam hal-hal
Kongres dan menumpukan perhatian kepada amal kebajikan. Beliau juga sering
berusaha untuk satu perkara yang penting bagi dirinya iaitu perpaduan orang
Hindu dan Islam.

Keraguan sama ada pihak Inggeris terpaksa meninggalkan India dalam


tempoh beberapa tahun terjawab oleh peristiwa-peristiwa pada tahun 1939.
Kebangkitan fahaman Facis di Eropah tidak kelihatan sebagai satu ancaman
nyata di India. Pada bulan Ogos 1942, Gandhi menuntut pihak Inggeris supaya
meninggalkan India. Beliau memberitau Jawatankuasa Kongres Seluruh India.
Gandhi tidak sedar kesan tindakannya itu tetapi apa yang pasti ialah beliau
berasa kesal dengan rusuhan teruk yang berlaku selepas tuntutan 'Tinggalkan
India'. Selang beberapa hari selepas beliau ditangkap, setiausahanya yang taat,
Mahadev Desai, tiba-tiba meninggal dunia. Kemudia isterinya pula sakit. Ketika
Kasrurba nazak, Gandhi memangku isterinya. Enam minggu selapas kematian
isterinya, Gandhi telah dibebaskan. Beliau sakit teruk dan Wizurai khuatir lebih
banyak urusan akan berlaku sekiranya Gandhi mati dalam penjara.

PERALIHAN KUASA

Kemenangan Pihak Berikat pada akhir Perang Dunia Kedua iaitu tahun
1945, menandakan permulaan tamatnya fahaman kolonial. British kini lemah dan
kerajaan Parti Buruh yang baru dipilih terpaksa memberi kemerdekaan kepada
India. Semasa peperangan iaitu semasa pemimpin-pemimpin Kongres berada di
penjara, Parti Liga Muslim yang ditubuhkan oleh Jinnah telah mendapat
sokongan yang semakin padu untuk membentuk sebuah negara Islam bernama
Pakistan. Idea pemecahan India dibenci oleh Gandhi dan juga Kongres.

Kerajaan Parti Buruh Britain yang baru mencuba buat kali terakhir untuk
mengekalkan kesatuan India dan menghantar sebuah rombongan kabinet ke
Delhi pada tahun 1946. Perundingan berlanjutan tiga bulan tetapi gagal kerana
Kongres dan Liga Muslim tidak mempercayai satu sama lain. Lord Wavell, yang

122
menjadi Wizurai, menjemput anak murid Gandhi iaitu Jawaharlal Nehru
membentuk sebuah kerajaan sementara. Nehru memohon bantuan Jinnah untuk
mengendalikan kerajaan itu dan menawarkan beberapa jawatan kerajaan
kepada Liga Muslim. Namun Jinnah tidak dapat persetujuan. Pada bulan Ogos,
Liga Muslim memutus untuk mengadakan 'Hari Tindakan Langsung' sebagai
membantah 'Kerajaan Kongres' dan memaksa pihak British mengiktiraf tuntutan
mereka untuk sebuah negara lain. Ini mengakibatkan keganasan teruk di
kawasan Culcutta. Seramai 4000 orang terbunuh dan 15000 lagi tercedera
akibat tembakan, menikam dan pembakaran.

Berita-berita ini amat mengejutkan Gandhi. Beliau memutuskan untuk


mengasingkan diri di Benggala Timur sehingga mesyarakat Hindu dan Islam
dapat hidup bersama secara aman. Katanya,”Saya tidak tahu apa yang boleh
saya lakukan di sana, tetapi saya tahu jiwa saya tidak tenteram jika saya tidak
pergi." Dari Benggala, Gandhi pergi ke Bihar. Mangsa rusuhan di Bihar
merupakan masyarakat Islam dan bukannya orang Hindu. Menjelang bulan Mac,
Gandhi mengadakan ibadat berjemaah untuk cuba memujuk orang Islam
kembali ke rumah mereka dan mengumpul derma daripada orang Hindu untuk
kebajikan orang Islam. Sebulan kemudian, rusuhan dan pembunuhan berhenti.

Kucar-kacir yang berterusan di India di sebalik usaha-usaha Gandhi


menakutkan kerajaan Inggeris. Jinnah masih berkeras menuntut pemecahan dan
keazaman pihak Kongres pula semakin lemah. Kesukaran mencapai kata
sepakat dan kebimbangan tentang kemungkinan tercetusnya perang saudara
menyebabkan Perdana Menteri Britain, Attlee, mengambil satu keputusan yang
berani. Pihak British akan menyerahkan kuasa selewat-lewatnya pada bulan Jun
1948. Wizurai baru dan terakhir yang dilantik untuk tugas ini adalah Lord Louis
Mountbatten. Mountbatten yang muda dan bertenaga diberi kuasa sepenuhnya
untuk mengendalikan tugas itu dan beliau mempunyai segala maklumat yang
perlu. Beliau tiba di Delhi pada bulan Mac 1947 dan dengan serta merta
menghantar perutusan kepada Gandhi untuk menemuinya.

123
Dalam masa enam minggu, pasukan Mountbatten yang bekerja siang dan
malam telah menghasilkan satu Rancangan Kemerdekaan. Mohamed Ali Jinnah
tidak begitu bersetuju dengan rancagan ini. Walaupun beliau menuntut
pemecahan, beliau tidak berpuas hati dengan apa yang di sifatkannya sebagai
'Pakistan yang dimakan rama-rama.' Perbezaan pendapat utama ialah mengenai
dua kawasan penting di India Utara iaitu Benggala dan Punjab. Jinnah menuntut
pemecahan kerana khuatirkan orang Islam akan ditenggelami oranng Hindu
India. Menurut Mountbatten dan Kongres, "Dengan hujah yang sama, kedua-dua
kawasan yang anda mahukan berada dalam Pakistan tetapi mempunyai
kumpulan minoriti bukan Islam dalam jumlah yang besar, perlu juga dipecahkan."

Kemerdekaan dicapai tidak lama kemudian. Kebanyakan raja telah


diyakinkan, disogok, ditakutkan atau dipujuk supaya menyertai India baru.
Pakistan menjadi sebuah negara dengan dua bahagian yang terpisah lebih
daripada 800 batu. Bahagian timur Pakistan, Banggala Timur, berpecah daripada
Pakistan pada tahun 1971 dan menjadi Bangladesh.

Tanggal 15 Ogos 1947 merupakan hari paling bersejarah bagi


kebanyakan rakyat India. Satu per lima daripada penduduk dunia mencapai
kemerdekaan pada hari tersebut. Segala perbalahan serta permusuhan yang
berlaku antara orang India dan Inggeris sejak berdekat-dekat lalu seolah-olah
lenyap dan hilang begitu sahaja. Di merata-rata tempat orang menyambut
kemerkaan dengan gembira dan meriah. Idaman Gandhi tentang kesatuan yang
diperjuangkan sepanjang hayatnya telah ditolak. Beliau terasa diabaikan oleh
rakan-rakan yang dicintainya. Pada bulan Ogos 1947, Gandhi berada di
Calcutta. Walaupun dirinya terasa sedih dan tersingkir, Gandhi masih boleh
membawa keberanian, tentangan dan juga keampunan kepada orang lain,
Calcutta telah pun mengalami satu tahun keganasan yang dahsyat sebelum
ketibaan Gandhi. Beliau memaklumkan kepada orang ramai bahawa beliau akan
mula berpuasa hingga mati di Calcutta dan hanya berbuka puasa sekiranya
keganasan ditamatkan. Dalam masa empat hari, pemimpin-pemimpin penduduk

124
Calcutta membawa kepada beliau janji bertulis untuk berdamai dan Gandhi
sekali lagi dapat berbuka puasa.

Di Punjab di sebelah utara, pihak berkuasa juga telah menjangkakan


rusuhan akan berlaku lalu menempatkan 55000 orang askar di situ. Mereka
terperanjat dengan keganasan yang berlaku dan bilangan pelarian yang terpaksa
meninggalkan rumah. Walau bagaimanapun, Gandhi telah berjaya membawa
keamanan setelah beliau tiba di situ. Pada bulan September, Gandhi telah
membuat perjalanan yang terakhir pulang ke Delhi. Ibu kota itu dijilat api akibat
persengketaan kaum. Tiada siapa tahu berapa banyak nyawa terkorban
sepanjang tragedi keganasan itu tetapi anggaran 200 000 orang mungkin terlalu
rendah. Lebih 15 juta orang meninggalkan India untuk ke Pakistan atau
sebaliknya. Gandhi mula berusaha untuk membantu. Gandhi melawat khemah-
khemah pelarian. Gandhi menyampaikan amanatnya semasa ibadat berjamaah
harian yang lazimnya diadakan di Rumah Birla iaitu tempat beliau tinggal.
Beratus-ratus orang hadir dan beribu-ribu lagi mendengar melalui radio.

Gandhi merasakan berdoa sahaja tidak memadai. Pada bulan Januari


1948, beliau mengumumkan hasrat beliau untuk berpuasa hingga mati. Pada
hari ketiga puasanya, kerajaan India telah dipujuk oleh Gandhi supaya memberi
wang pampasan yang banyak kepada Pakistan. Banyak orang Hindu yang
marah. Mereka menyangkakan Gandhi berpuasa demi membantu orang Islam
yang sedang berperang dengan India di Kashmir. Pelarian Sikh dan Hindu
mengadakan tunjuk perasaan di luar Rumah Birla. Gandhi akhirnya berpuas hati
dengan janji perdamaian yanng diberikan kepadanya oleh pemimpin-pemimpin
masyarakat di Delhi. Mereka berjanji untuk berusaha habis-habisan bagi
memulihkan kedamaian dan persahabatan seperti sedia kala biarpun nyawa
mereka sendiri tergadai. Gandhi berbuka puasa pada hari yang keenam. Pada
waktu petang, seperti lazimnya, beliau akan mengendalikan ibadat berjamaah.
Ketika salah satu upacara inilah, sebutir bom telah dilemparkan. Walau
bagaimanapun, tiada orang tercedera.

125
GANDHI MENINGGAL DUNIA

Pada hari terakhir hayatnya, Gandhi bangun pada jam 3.00 pagi. Suasana
di Delhi sejuk lagi tenang. Sepanjang hari itu, beliau bekerja, bermesyuarat dan
beribadat. Pada pukul 5.00 petang, selepas satu perjumpaan dengan Sardar
Patel, Gandhi bergegas keluar rumah kerana beliau sudah terlambat sedikit
untuk ibadat petang. Robert Stimson, seorang wartawan Inggeris yang berada di
sana melaporkan, ”Seperti biasa, beliau memakai doti putih dan sepasang capal.
Beliau menutup dadanya dengan selendang kerana cuaca hari itu semakin
sejuk. Tangannya diletakkan di atas bahu dua orang temannya dan beliau
tersenyum .

Ketika itu, kira-kira dua hingga tiga ratus orang berada di taman dan
mereka mendekati Gandhi sambil beliau menaiki tangga untuk ke sebuah
halaman kecil yang tinggi di tempat jemaah berkumpul. Semasa beliau tiba di
tangga teratas dan mendekati orang ramai yang berada di situ, beliau
mengangkat tangan dari bahu temannya untuk memberi salam. Seorang lelaki
gempal yang berusia dalam lingkungan 30-an dan berpakaian askar berada di
barisan hadapan. Dia maju selangkah menghala Gandhi lalu mengeluarkan
sepucuk pistol dan melepaskan beberapa das tembakan." Sebenarnya, seorang
pelampau Hindu muda yang tidak siuman dari Poona, bernama Nathuram
Godse, merupakan pembunuh Gandhi. Godse kemudiannya dihukum gantung
bersama seorang lagi pengkomplot yang lain. Lima orang lagi telah dihukum
penjara seumur hidup.

Pembakaran jenazah Gandhi dilakukan di tebing sungai suci Jumna di


Rajghat. Sejuta orang menantikan ketibaan jenazah beliau. Ramdas menyalakan
unggun api yang membakar jenazah ayahnya. Unggun api itu menyala selama
14 jam. Abu jenazah Gandhi ditaburkan ke dalam sungai-sungai suci di India dan
laut di Bombay.

Menurut Nehru, ”Saya silap apabila mengatakan cahaya telah padam.


Cahaya yang menyinari negara ini bukannya cahaya biasa. Cahaya yang telah

126
menerangi negara ini untuk sekian lama akan terus meneranginya. Walaupun
1000 tahun berlalu, cahaya ini masih akan kelihatan di negara ini dan dunia juga
pasti akan dapat melihatnya.Cahaya ini akan menenangkan jiwa manusia.
Cahaya ini melambangkan kebenaran yang nyata dan insan abadi itu telah
bersama kita dengan kebenarannya yang abadi untuk mengingatkan kita tentang
jalan yang benar, menghindarkan kita daripada membuat kesilapan dan
membawa negara purba ini menuju kebebasan."

Cahaya yang dimaksudkan ialah Gandhi. Cahaya beliau ialah akalnya dan
merupakan lambang kewarasan dalam dunia yang penuh kegilaan. Kejayaan
Gandhi yang terbesar ialah menyediakan rakyat India untuk menghadapi
kemerdekaan. Sepanjang hayatnya, beliau mengajar tentang kebenaran dan
kebersihan. Beliau mengajar masyarakat Hindu berbangga akan kebudayaan
dan adat resam mereka. Gandhi dapat memahami perasaan golongan miskin
dan mereka juga boleh menerimanya. Beliau disayangi oleh semua orang
termasuk orang Islam. Banyak orang India menganggap Gandhi sebagai
lambang sebenar India. Kemiskinan dan sifat rendah dirinya mencerminkan
kehidupan mereka.

Siddhartha Gautama Buddha ( Pengasas Agama Buddha )

Nama sebenar Gautama Buddha ialah Putera Siddhartha. Dia merupakan


pelopor agama Buddha yang merupakan salah satu agama terbesar di dunia.
Sidhhartha dilahirkan pada tahun 563 SM di Taman Lumbini yang kini
sebahagian dari Nepal. Gautama adalah seorang putera raja. Gautama
dibesarkan di istana sebagai seorang yang beragama Hindu. Baginda berkahwin
dengan sepupunya Yasodhra dan hidup dalam penuh kemewahan dan
kebahgiaan. Tetapi baginda tidak berasa gembira dengan kehidupan mewah itu.

127
Semasa berusia 29 tahun, Gautama menyaksikan kelaparan, kesakitan dan
kematian. Baginda terharu menyaksikan keadaan hidup manusia itu. Baginda
ingin tahu mengapa manusia menderita dan ingin mencari jalan untuk mengatasi
masalah-masalah itu.

Gautama telah meninggalkan keluarganya


dengan memakai jubah kuning seperti seorang petapa
dan mengembara untuk mencari jawapan tentang erti
hidup yang sebenarnya. Baginda telah mengkaji kitab
suci Hindu iaitu Veda dan Upanishad. Beliau juga telah
bertapa beberpa hari dengan berpuasa hingga hampir
kebuluran dan menanggung penderitaan. Namun
demikian baginda tidak dapat mencari kebenaran
Gambar 5
kepada penderitaan manusia. Baginda akhirnya
Sang Buddha memberi pelajaran tentang
dharma kepada lima pertapa di Taman Rusa berjaya mendapat kebenaran atau pencerahan agung
yang dicarinya setelah bertapa selama 45 hari di bawah pokok Bo di Boghgaya,
berhampiran dengan Banares. Pada suatu malam purnama, Gautama telah
menerima pengetahuan daripada tuhan dan mengetahui jawapan bagi masalah
kehidupan dan kematian manusia. Hari ini dikenali sebagai Hari Wesak. Mulai
hari itu, baginda digelar Buddha yang bermakna Penyinar Cahaya. Buddha
kemudian mengembara ke seluruh India untuk menyebarkan ajarannya. Buddha
mengasaskan satu pertubuhan sama bernama Sangha. Sami-sami yang
memasuki Sagha mencukur rambut dan memakai jubah kuning yang
menandakan mereka telah bebas daripada segala hal duniawi. Selepas
mengembangkan ajaran-ajaran selama 45 tahun, Buddha meninggal dunia pada
tahun 483 SM semasa berusia 80 tahun.

AJARAN-AJARAN BUDDHA

128
Ajaran-ajaran Buddha dijadikan sebagai agama dan dibukukan dalam
Bahasa Pali oleh pengikut-pengikutnya yang setia. Empat Kebenaran Mulia yang
didapati di bawah Pokok Bo menjadi asas agama Buddha. Empat Kebenaran
Mulia merangkumi perkara berikut:

a. Hidup ini penuh dengan kesengsaraan dan penderitaan, iaitu semua yang
hidup harus menghadapi umur tua, penyakit dan mati.
b. Manusia menderita kerana nafsu untuk memperolehi kekayaan dan
keseronokan untuk keselesaan hidup.
c. Manusia patut menghapuskan nafsunya untuk melepaskan diri daripada
kesengsaraan.
d. Cara untuk menghapuskan kesengsaraan dan mengatasi nafsu ialah
dengan mengikut Jalan Lapan Lapis.

Jalan Lapan Lapis atau Jalan Pertengahan menjadikan seseorang mengawal


fikiran dan membentuk tingkah laku yang baik. Jalan Lapan Lapis menjadi
teladan bagi pengikut-pengikutnya. Hukum-hukum yang terkandung ialah,
Pengetahuan Yang Baik, Pemikiran Yang Baik, Kelakuan Yang Baik,
Kehidupan Yang Baik, Perkataan Yang Baik, Usaha Yang Baik dan
Pertapaan Yang Baik.

Jalan ini mencadangkan jalan tengah untuk mencapai hidup yang baik
dengan mengamalkan jalan yang suci seperti yang berikut:

a. Bersedekah
b. Mencari ilmu pengetahuan dan kesucian
c. Mengelakkan diri daripada membunuh, menipu, berzina dan mencuri.

Selain itu agama Buddha juga menerima beberapa kepercayaan seperti


Nirvana, kelahiran semula dan Karma daripada agama Hindu. Matlamat
Buddha ialah pencapaian Nirvana, iaitu tahap kebahagiaan yang kekal
dan tidak dilahirkan semula selepas beberapa kelahiran. Buddha juga

129
menentang dua kepercayaan terutamanya kedudukan istimewa Brahmin
dalam masyarakat. Ajaran asal Buddha dipanggil Hinayana. Ajaran ini
diubahsuai dan dipindahkan menjadi Mahayana.

Agama Buddha ini telah tersebar ke rantau Asia Tenggara, Asia Timur
dan sebagainya. Menjelang abad ke-19, negara-negara yang menjadikannya
agama rasmi ialah Thailand, Indho-China dan sebagainya.

SIFAT AGUNG BUDDHA

Buddha memiliki sifat Cinta Kasih ( maitri atau metta ) dan Kasih Sayang (
karuna ) yang diwujudkan oleh sabda Buddha Gautama iaitu ” Penderitaanmu
adalah penderitaanku, dan kegembiraanmu adalah kegembiraanku”. Gautama
mengatakan bahawa Manusia adalah pancaran dari semangat Cinta Kasih dan
Kasih Sayang yang dapat menuntutnya kepada Pencerahan sempurna.

Cinta Kasih dan Kasih Sayang seorang Buddha tidak terbatas oleh waktu
malahan ianya selalu bersifat abadi. Ini kerana sejak dilahirkan manusia dalam
keadaan samsara iaitu ketidakketahuan dan kebodohan batinnya. Jalan untuk
mencapai menjadi seorang Buddha ialah dengan melenyapkan ketidakketahuan
atau kebodohan batin yang dimiliki oleh manusia. Sebelum kematian Buddha
Gautama, dia telah menyatakan empat perkara iaitu:

a. Berusaha menolong semua makhluk


b. Menolak semua keinginan nafsu keduniaan.
c. Mempelajarai, menghayati dan mengamalkan Dharma.
d. Berusaha mencapai Pencerahan Sempurna.

130
Buddha Gautama melatih diri untuk melaksanakan amal kebajikan kepada
semua makhluk dengan menghindarkan diri dari tindakan yang diakibatkan oleh
tubuh, ucapan dan fikiran, iaitu:

Tubuh (kaya) : pembunuhan, pencurian, perbuatan zina.

Ucapan ( vak ) : penipuan, pembicaraan fitnah, pengucapan kasar,


percakapan tiada manfaat.

Fikiran (citta ) : niat buruk, dan kepercayaan yang salah.

Cinta kasih dan kasih sayang seorang Buddha adalah cinta kasih untuk
kebahagiaan semua makhluk seperti orang tua mencintai anak-anaknya, dan
mengharapkan keberkatan yang tinggi dan melimpah kepada mereka. Ianya
bagaikan hujan yang turun tanpa membeza-bezakan demikianlah cinta kasih
seorang Buddha.

Sebagai seorang Buddha yang abadi, Beliau telah mengenal semua orang
dan dengan menggunakan berbagai cara. Beliau telah berusaha untuk
meringankan penderitaan semua makhluk. Buddha Gautama mengetahui
sepenuhnya hakikat dunia, namun Beliau tidak pernah mengatakan bahawa
dunia ini asli atau palsu, baik atau buruk. Beliau hanya menunjukkan tentang
keadaan dunia sebagaimana adanya. Buddha Gautama mengajarkan agar
setiap orang memelihara kebijaksanaan melalui ucapan dan perbuatan.

Buddha Gautama memelihara semangatnya yang selalu tenang dan


tenteram dengan melakukan meditasi. Jangkauan pemikiran Buddha melampaui
pemikiran manusia biasa. Dengan kebijaksanaan yang sempurna, Gauthama
Buddha dapat menghindarkan diri dari sikap-sikap ekstrim dan prasangka serta
memiliki kesederhanaan. Oleh itu beliau dapat mengetahui dan memahami
fikiran dan perasaan semua orang malahan mengetahui apa yang terjadi dalam
dunia dengan cepat, sehingga mendapatkan jolokan seorang yang telah

131
Mencapai Pencerahan Sempurna (Sammasam-Buddha) dan Yang Maha
Mengetahui (Sugata).

Pengabdian Gautama Buddha telah membuatkan dirinya mampu


mengatasi berbagai masalah. Buddha adalah lambang dari kesucian, yang
tersuci dari semua yang suci. Oleh itu Buddha adalah Raja Dharma yang agung.
Namun ada juga orang yang tidak mahu mendengar ajarannya. Mereka yang
mendengar dan mengikut ajarannya akan terbebas dari penderitaan hidup.
Buddha Gautama berkata” Hanya dengan jalan melalui kepercayaan, keyakinan,
mereka akan dapat mengikuti ajaranku. Kerana itu setiap orang mesti
mendengar ajaranku, kemudian menghayati dan mengamalkannya dalam
kehidupan sehari-hari”.

Buddha tidak dapat diketahui dengan hanya melihat wujud sifatnya


semata-mata, kerana wujud dan sifat luar tersebut bukanlah Buddha yang sejati.
Jalan yang benar untuk mengetahui Buddha adalah dengan mencapai
Pencerahan Sempurna. Buddha sejati tidak dapat dilihat oleh mata manusia
biasa, sehingga Sifat Agung seorang Buddha tidak dapat dilukiskan dengan
kata-kata. Namun Buddha dapat mewujudkan dirinya dalam segala bentuk
dengan sifat yang serba luhur. Apabila seseorang dapat melihat wujuddnya atau
mengerti Sifat Agung Buddha, namun tidak tertarik kepada wujudnya atau
sifatnya, dialah yang sesungguhnya telah mempunyai kebijaksanaan untuk
melihat dan mengetahui Buddha dengan benar.

SISTEM KASTA
Semasa hidupnya Buddha pada kurun ke-6 S.M., sistem Kasta adalah
suatu faktor hidup yang dominan dalam masyarakat. Buddha membantah
bersungguh-sungguh terhadap sistem kasta kerana ia menghalang kemajuan
manusia. Pada masa itu, menurut kepercayaan agama (orang Hindu), semua
orang dibahagikan kepada empat kategori, misalannya 4 kasta atau kelas:-

132
a) Brahmin - Mereka ialah kelas paderi dan dipercayai
memegang kunci ke syurga. Mereka dianggap dilahirkan
daripada mulut Maha Brahma iaitu pencipta alam
semesta ini.
b) Khattiya - Kelas pemerintah. Mereka terdiri daripada
kerabat-kerabat diraja. Mereka dipercayai dilahirkan
daripada pusat Maha Brahma.
c) Vaishyas - Mereka adalah peniaga-peniaga dan
dipercayai dilahirkan daripada lutut Maha Brahma.
d) Sudras - Mereka ialah hamba abdi atau orang suruhan
kepada tiga kasta di atas. Mereka langsung tiada
kebebasan dan dipercayai dilahirkan daripada kaki Maha
Brahma.

Dalam Buddhisme, kasta atau warna kulit tidak menghalang seseorang


daripada menjadi seorang Buddhis ataupun memasuki Order Sangha. Buruh
yang membersihkan jalan, nelayan, dan tukang gunting bersama-sama dengan
Brahmin-Brahmin dan putera-putera raja, semuanya dilayani sama rata tanpa
mengira asal-usul mereka.

KEBEBASAN BERFIKIR
Ramai orang suka mengatakan bahawa "kami ialah ahli fikir bebas (free-
thinker) dan kami tidak mempunyai agama". Tetapi jika seseorang itu ialah ahli
fikir bebas maka sudah pasti dia mestilah seorang Buddhis kerana Buddha
menggalakkan kebebasan berfikir. Kebebasan berfikir bagi diri sendiri yang
dibenarkan oleh Buddha tidak dapat dijumpai dalam sejarah agama lain, iaitu
Kebebasan kepada keinsafannya sendiri tentang Kebenaran. Pelepasannya
tidak bergantung kepada kurniaan Tuhan atau sebarang kuasa luaran sebagai
suatu ganjaran kepada kelakuannya yang baik dan ketaatannya. Bhagava tidak
pernah berkata kepada pengikut-pengikutnya, “Berdoa dan percaya”. Beliau

133
biasanya bersabda, “Datang dan mengerti, datang dan menyelidik. Jangan
percaya apa jua semata-mata kerana keimanan (blind faith).
Dalam Buddhisme keimanan membuta tuli ini (blind faith) dikritik.
Buddhisme menggalakkan penerimaan sesuatu selepas terdapat keyakinan
berdasarkan pengetahuan dan pemahaman. Walaupun seorang Buddhis
bernaung di bawah Buddha sebagai gurunya, ia tidak menyerah diri atau
mengorbankan kebebasan untuk berfikir bagi diri sendiri. Tanpa mengorbankan
kebebasannya sendiri, dia meningkatkan kerohanian sehingga menjadi seorang
Buddha. Sesiapa yang ingin mencapai Nibbana pelepasan, hanya perlu
bergantung kepada diri sendiri tanpa dipengaruhi oleh dogma dan keimanan
membuta tuli.
Perkembangan rohaniah hanya wujud jika kebebasan berfikir dibenarkan.
Perkembangan mental tidak boleh berlaku jika keimanan membuta tuli (blind
faith) lebih berleluasa. Kebebasan berfikir membawa kepada perkembangan
mental manakala terlalu berpegang kepada dogma-dogma membawa kita
menuju kepada kebuntuan dan kemunduran.

TARAF WANITA
Buddha meningkatkan taraf wanita dan menyedarkan golongan wanita
tentang kepentingan mereka terhadap masyarakat. Sebelum kelahiran Buddha,
wanita tidak diberi kedudukan yang berpatutan dalam masyarakat. Mereka tidak
dilayan dengan baik. Semasa abad keenam S.M. kaum wanita dikawal oleh
pembatasan Brahmin yang ketat dan tempat mereka dihadkan kepada bilik
dapur sahaja.
Buat kali pertamanya dalam sejarah dunia, Buddha mengasaskan Sangha
Bhikkhuni dalam tahun ke-5 Pencerahan Kebuddhaan beliau. Dengan
tertubuhnya Sangha Bhikkhuni, kaum wanita berupaya melepaskan diri daripada
belenggu yang berkaitan dengan masyarakat India dahulu kala dan menikmati
kebebasan sempurna. Oder ini ialah suatu kurniaan yang besar kepada mereka.
Kaum wanita setelah memasuki Sangha Bhikkuni - permaisuri, puteri, janda,
hamba wanita mahupun perempuan jalang semuanya adalah sama darjat tanpa

134
mengira kasta atau pangkat mereka. Mereka mendapat ketenangan jiwa serta
ketenteraman yang sempurna selepas memasuki Oder tersebut.

BELAS KASIHAN TERHADAP PESAKIT


Dalam suatu perhimpunan agama, Buddha menjelaskan kepentingan
menghulur bantuan kepada mereka yang menderita. Berdasarkan prinsip ini,
Maharaja Asoka buat pertama kalinya dalam sejarah tamadun manusia
menubuhkan hospital-hospital bukan sahaja untuk manusia tetapi juga untuk
haiwan-haiwan. Beberapa sutta penting yang diajar oleh Buddha adalah
berkaitan dengan rawatan kepada pesakit-pesakit.

AHIMSA - tanpa kekerasan atau tanpa kekejaman


Semangat bertoleransi adalah satu daripada kebudayaan dan tamadun
Buddhis yang paling dihargai. Tidak terdapat satu contoh pun penganiayaan,
Perang Jihad atau pertumpahan darah untuk menukar agama orang lain ke
dalam Buddhisme sejak 2,500 tahun dahulu. Memaksa orang lain untuk
memeluk agama tidak terdapat dalam Buddhisme.

MENGAJAR SIFAT BERDIKARI


Buddhisme mengajar kita bahawa seseorang hanya boleh memperoleh
pelepasannya menerusi usahanya sendiri tanpa bergantung kepada pertolongan
suatu kuasa luar yang ghaib. Bergantung kepada orang lain untuk memperoleh
pelepasan adalah negatif tetapi bergantung pada diri sendiri adalah positif.
Bergantung kepada orang lain bermakna menyerah diri tanpa sebarang usaha.
Buddha menunjukkan dengan jelasnya bahawa kita sendiri yang harus
berusaha. Buddha bersabda, "Kamu harus berusaha sendiri, sebab Tathagata
hanya mengajar caranya." Ini bermakna Buddha menunjukkan jalan kepada
pelepasan atau Nibbana dan terpulang kepada kita untuk mengikut jalan itu
untuk menyelamatkan diri kita. Itulah sebabnya Buddha selalu menasihati
pengikut-pengikutnya,

135
SEPULUH TUGAS-TUGAS RAJA
Pertama
Kemurahan hati, sifat liberal dan sifat kedermawan (dana). Pemerintah
tidak harus mempunyai nafsu kuat dan terlalu terikat kepada kekayaan serta
harta benda tetapi harus bermurah hati demi kebajikan rakyat.
Kedua
Mempunyai moral yang tinggi (sila). Baginda tidak harus membinasakan
nyawa, mencuri, mempergunakan orang, berzina, berdusta dan mengambil
minuman yang memabukkan. Baginda mesti sekurang-kurangnya mengamalkan
Lima Peraturan Hidup iaitu Panca Sila.
Ketiga
Sanggup mengorbankan segala-galanya demi kebaikan rakyat
(paricagga), baginda
bersedia untuk melepaskan semua keselesaan hidupnya dan juga
sanggup menggadaikan nyawanya demi kepentingan rakyat.
Keempat
Mempunyai kejujuran dan ketulusan hati (ajjava). Baginda mesti bebas
daripada ketakutan atau sifat bias semasa perlaksanaan tugas-tugasnya, mesti
ikhlas dalam tujuannya dan tidak harus menipu orang ramai.

Kelima
Baik hati dan bersifat lemah-lembut (maddava). Baginda mesti memiliki
suatu perangai yang ramah-tamah.
Keenam
Kebiasaan berjimat cermat (tapa). Baginda mesti mengamalkan cara
hidup yang sederhana dan tidak terjerumus dalam kehidupan yang mewah.
Beliau harus mampu mengawal dirinya.
Ketujuh
Bebas daripada kebencian, dendam, permusuhan (akkodha). Baginda
tidak harus menyimpan dendam terhadap sesiapa pun.

136
Kelapan
Tanpa kekerasan (ahimsa) bermakna baginda bukan sahaja tidak
melakukan sesuatu yang jahat kepada orang lain tetapi juga harus cuba untuk
mengekalkan keamanan dengan mengelakkan dan menjauhkan diri daripada
peperangan dan segala yang melibatkan kekerasan serta kebinasaan nyawa.
Kesembilan
Kesabaran, ketabahan, toleransi (khanti). Baginda mesti dapat
menanggung kesengsaraan, kesukaran dan cemuhan tanpa menjadi marah.
Kesepuluh
Tidak menentang dan menyekat (avirodha) iaitu baginda tidak harus
menentang kehendak rakyat dan tidak harus menyekat sebarang yang penting
untuk rakyatnya. Dalam erti kata lain, baginda mesti memerintah rakyat beliau
dalam keadaan yang harmoni dengan kehendak rakyat.
Semasa kehidupan Buddha, ada pemerintah yang menguasai negara
mereka dengan tidak adil seperti hari ini. Rakyat ditindas dan dieksploitasi,
diseksa dan cukai yang terlampau tinggi dikenakan serta hukuman yang zalim
telah dijatuhkan. Buddha berasa sedih melihat tindakan-tindakan yang tidak
berperikemanusiaan tersebut dan telah menurunkan sepuluh tugas-tugas
seseorang pemerintah. Ini adalah untuk membimbing pemerintah serta
meningkatkan kedudukan kebajikan rakyat. Oleh itu, kita boleh nampak bahawa
penentangan sistem kasta, kebebasan berfikir, taraf wanita, belas kasihan
terhadap pesakit, tanpa kekerasan (Ahimsa), tanggungjawab ke atas diri sendiri
(berdikari), toleransi agama dan sepuluh tugas-tugas seseorang pemerintah
adalah beberapa daripada sumbangan Buddha kepada umat manusia. Kejayaan
setengah-setengah idea ini dalam dunia hari ini telah menampakkan kepentingan
sumbangan Buddha kepada umat manusia.

KESIMPULAN

137
Ganddhi telah banyak memberi sumbangan dalam ideologinya. Beliau
telah berusaha untuk menarik golongan Massa iaitu rakyat jelata untuk terlibat
dalam politik. Kesedaran politik di India telah meningkat pada tahun 1920-an
hingga 1940-an. Kesan daripada itu politik di India semakin meluas.

Beliau telah membawa method perjuangan yang bukan berasaskan


kekerasan (konsep Sathyagraha). British pada masa itu menggunakan
kekerasan dalam pemerintahan kepada orang-orang Hindu namun idea yang
dibawa oleh Gandhi iaitu menentang tanpa kekerasan telah menyebabkan British
akur untuk tidak menentang golongan yang tidak bersenjata. Di sini kita tahu
bahawa kekuatan Gandhi terletak kepada ideanya.

Gandhi juga telah berjaya menjalinkan semula hubungan orang muslim


dengan orang Hindu yanng mana sebelum ini kedua-dua puak ini telah
berpecah- belah. Melalui gerakan Khilafat yang dianjurkan oleh Gandhi telah
membawa perubahan hubungan kedua-dua puak yang berbeza kepercayaan.

Kongres yang dibentuk dan dipimpin oleh Gandhi telah menyatukan


orang-orang India sedikit demi sedikit dan menjadi satu pertubuhan demokratik
yang besar dan mempunyai cawangan di seluruh pelusuk India. Kongres ini telah
menuntut kebebasan kaum luar kasta dan menghidupkan semula industri-
industri kampung. Inilah sumbang beliau untuk masyarakat India yang hidup
miskin. Penubuhan kongres ini juga telah menyatukan Hindu-Islam dan Budishm.

Di antara idea-idea Gandhi ialah Sathyagraha iaitu corak perjuangan,


Swadesyi iaitu kesederhanaan bagi menentang kerakusan puak yang ingin
memonopoli ekonomi. Selepas perang dunia pertama ekonomi di India terjejas
teruk. Gandhi telah memintal untuk ekonomi India dan menyeru rakyatnya
berusaha untuk meningkatkan ekonomi bagi membasmi kemiskinan yang
dihadapi oleh masyarakat India yang tinggal di kampung-kampung.

138
Politik kanan mengikut perlembagaan iaitu tidak keras dan ektremis
berbanding haluan kiri yang keras dan revolusi . Idea politik inilah yang
digunakan oleh Gandhi semasa perjuangannya.

Manakala Gauthama adalah seorang ahli falsafah dan juga merupakan


pengasas Agama Budha yang ada sekarang. Semasa beliau masih hidup
Agama Buddha hanya berkembang di India sahaja. Agama Buddha baru hanya
berkembang selepas kematian beliau. Orang yang meneruskan perkembangan
Agama Buddha ke seluruh Asia Tenggara ialah Raja Asoka. Ajaran Buddha
wujud lebih awal daripada falsafah Barat dan tumpuan ajarannya banyak kepada
eleman mistik, adat resam dan ikatan kekeluargaan yang baik.

Pemikirannya juga melampaui tafsiran logik akal dan banyak elemen


metafizik ( ilmu pengetahuan mengenai segala yang diluar alam biasa atau yang
tidak kelihatan ). Gauthama juga beranggapan dan percaya manusia adalah
sebahagian daripada alam sejagat. Beliau juga percaya ada kuasa yang
mentadbir alam sejagat ini. Buddha juga telah menentang dan menolak amalan
kasta dan prinsip otodoks Hindu kerana pemusatan kuasa dan hormat kepada
Brahmin adalah amalan rigid (taksub). Beliau juga pernah menjadi sami Hindu
tetapi tidak berpuas hati dengan ajaran Hinduisme. Bagi Pendapat ahli falsafah
pula Agama Buddha adalah satu gerakan demokrasi yang menjunjung
demokrasi dalam agama, masyarakat dan politik (Dr. Ambedkar )

TOKOH TAMADUN JEPUN

TOKUGAWA IEYASU (1603-1616 )

LATAR BELAKANG

139
Tokugawa dilahirkan pada 31 January 1543 di Mikawa. Nama

sebenarnya ialah Matsudaira Takechiyo. Beliau dikenali sebagai Takechiyo


semasa kanak-kanak. Gelaran semasa dewasa pula ialah Motoyasu. Anak
sulung Matsudaira Hirotada iaitu ketua pewira dari Okazaki. Beliau mempunyai
19 orang isteri .

Semasa Tokugawa kanak-kanak beliau pernah menjadi tawanan Oda


Nobuhide. Tahun 1549, semasa umur Tokugawa Ieyasu 22 tahun ayahnya
Hirotada meninggal dunia. Dalam masa yang sama Oda Nobuhide juga
meninggal dunia. Selepas kematian ayahnya harapannya untuk muncul sebagai
seorang daimyo musnah kerana pengaruh ke dua tokoh iaitu Imagawa dan Oda.
Pada tahun 1566 kerajaan Imperial mengiktirafkan kuasanya dan memakai nama
keluarga Tokugawa dan Toyotomi Hideyoshi juga mengiktirafkannya sebagai
sekutunya yang paling berpengaruh. Pada tahun 1567 beliau juga menjadi
pemerintah Mikawa .

Beliau dilantik sebagai salah seorang ahli Majlis Pemangku Raja.


Kredibilitinya tercabar selepas kematian Toyotomi Hideyoshi di mana satu
pertelingkahan untuk mendapatkan kuasa meletus di antara Tokugawa Ieyasu
dan Ishida Mitsunari.Keadaan ini manyebabkan satu pertempuran meletus dan
paling hebat dalam sejarah Jepun dinamakan Pertempuran Sekigihara pada
tahun 1600. Tokugawa Ieyasu disokong oleh sekutu seperti Asano Ukinaga,
Kuroda Nagamara dan lain-lain lagi. Manakala Mistunari disokong oleh tentera
Daimyo Iaitu Mori Terumoto, Ukita Hideie, Mori Hidemato dan Syimzu
Yoshihiro.Pertempuran ini melibatkan 160.000 orang askar yang sama
kuat.Tokugawa Ieyasu memenangi peperangan in kerana mempunyai lebih

140
banyak pengalaman dalam taktik peperangan dan pertempuran. Mitsunari pula
dihukum mati pada 6 November 1600 Masehi. Antara Toyotomi Hideyoshi dan
Oda, Ieyasu adalah salah satu dari tiga panglima yang menyatukan Jepun pada
Zaman Sengoku.

Beliau memerintah dari tahun 1600 ( rasminya 1603 ) hingga turun takhta pada
tahun 1605. Tokugawa Ieyasu dilantik menjadi Syogun pada tahun 1603 tetapi
2 tahun kemudian beliau meletak jawatan dan digantikan dengan anaknya
Hidetada. Alasan perletakan jawatannya ialah azamnya untuk memperkukuhkan
Kesyogunan Tokugawa dan tindakan ini menunjukkan jawatan tersebut hanya
akan diwarisi oleh ahli-ahli keluarga Tokugawa.

Beliau terkenal sebagai Daimyo yang terkuat di Jepun,namun begitu


beliau juga mempunyai ramai musuh termasuk Hideyori (anak Toyotomi
Hideyoshi) dan pertikaian ini telah meletus antara mereka.Dalam tahun 1614
angkatan seramai 70,000 orang tentera yang dipimpin oleh Hidetada (anak
Tokugawa ieyasu) telah menyerang istana Hideyoshi di Osaka.Hideyoshi dan
angkata tentera seramai 100.000 telah kalah dan ini menyebabkan Hideyoshi
membunuh diri.

Oleh itu Tokugawa Ieyasu muncul sebagai pemimpin yang unggul di


Jepun. Kemenangannya berjaya mendominasi politik dan menyatukan Jepun.
Beliau juga berjaya mengasaskan Kesyogunan Tokugawa iaitu kerajaaan
berbentuk tentera yang paling lama tempohnya mendominasi politik Jepun pro-
moden.

141
Pemerintahan Kesyogunan Tokugawa selama 264 tahun disebut sebagai
Zaman Edo atau Zaman Tokugawa . (kerana ibu kota terletak di Edo yang
sekarang disebut Tokyo). Zaman Edo ( 1603 – 1867 ) adalah satu zaman dalam
sejarah yang dimulai sejak Syogun pertama (Tokugawa Ieyasu) mendirikan
Kesyogunan Tokugawa di Edo yang berakhir dengan pemulihan kekuasaan
kaisar dari tangan syogun yang terakhir iaitu Tokugawa Yoshinobu yang
mengakhiri kekuasaan Kesyogunan Tokugawa yang berlangsung selama 264
tahun. Zaman Edo juga dikenali sebagai Zaman Moden di Jepun.

Keshogunan Tokugawa (Tokugawa Bakufu 1603-1868 ) atau Kesyogunan


Edo adalah pemerintahan diktator feudalisme di Jepun yang didirikan oleh
Tokugawa Ieyasu dan secara turun temurun dipimpin oleh Shogun keluarga
Tokugawa. Selain itu Kesyogunan Tokugawa adalah diktator Samurai ketiga dan
terakhir di Jepun setelah Kesyogunan Kamakura dan Kesyogunan Muromachi.

SUMBANGAN TOKUGAWA

Zaman Kesyogunan Tokugawa Ieyasu merupakan kerajaan bentuk


tentera yang paling lama tempoh mendominasikan politik pra moden
Jepun.Beliau merupakan seorang syogun yang agung kerana telah menjadi
negara Jepun berbanding dengan dua tokoh agung Syogun pada zaman
Sengoku Jidai (Syogun Oda Nobunaga dan Toyotomi Hideyoshi).

Pemerintahan bercorak feudalisme diamalkan kerana ia berperanan


mencorak dan merupakan unsur-unsur penting dalam pentadbiran.Bentuk
pentadbiran feudalisme (Bakufu Tokugawa) Ini dibentuk untuk memberikan

142
pemerintah samada Syogun Tokugawa Ieyasu atau penggantinya mentadbir
negara Jepun melalui kuasa mutlak.

Syogun Tokugawa telah memperkenalkan beberapa dasar penting untuk


mengukuhkan Kesyogunan dan bermatlamat untuk melemahkan kuasa-kuasa
Daimyo(tuan tanah Feudal).Dasar ini diperkenalkan kerana kebimbangan
mengenai konsep kesetiaan daripada kuasa Daimyo yang berpotensi dan
berkeupayaan menggugat Kesyogunan Tokugawa.Antara dasar-dasar tersebut
ialah satu sistem kawalan, mengenakan beberpa sekatan ke atasa Daimyo
dengan memberikan tugasan yang dianggap membebankan sumber kewangan
iaitu membaiki kerosakan istana.

Beliau juga memperkenalkan peraturan menghadkan keluasan istana dan


perkahwinan di kalangan Daimyo dikawal.Selain itu suatu kod panduan tatatertib
dan kelakuan diperkenalkan. Bagi mengukuhkan kekuatannya melalui
pengumpulan harta kekayaan dan membendung kegiatan kelas tentera.

Tokugawa Ieyasu juga telah mewujudkan struktur politik yang


mengekalkan kuasanya ke atas semua lapisan masyarakat feudal Jepun
termasuk maharaja dan golongan bangsawan istana.

Shogun Tokugawa Ieyasu telah berjaya menyatukan negara Jepun


dengan menewaskan musuhnya di Peperangan Sekigahara pada tahun 1600.
Selain itu beliau juga memindahkan ibu negara ke Edo ( tokyo ) lalu menubuhkan
era Shogun Tokugawa. Beliaulah yang membawa kepada Zaman kestabilan dan
keamanan.Memulakan ”dasar pemencilan” pada tahun 1638 dengan
memerintahkan semua orang Portugis meninggalkan Jepun.

143
5

Dari segi pendidikan , Shogun telah mendirikan sekolah-sekolah elit untuk


anak-anak Samurai serta mendirikan hampir 60 000 sekolah kampung (
Terakoya ) untuk anak-anak petani. Dalam pendidikan juga penekanan
kemahiran asas membaca,menulis dan mengira merupakan sukatan utama.
Pembelajaran bahasa Belanda dan kajian terhadap buku-buku klasik Cina dan
kung Fu Tze. Begitu juga seni lukis berkembang seperti puisi, sastera dan
sebagainya.

144
6

Pendahuluan

Pemerintahan Meiji bermula pada tahun 1867.Pemerintahan dipegang


oleh seorang putera yang bernama Putera Mutsuhito.Ketika beliau berumur 15
tahun,beliau telah dilantik selepas kejatuhan sistem pemerintahan Shogun
Tokugawa(1603-1867).Sewaktu awal kemunculannya sebagai pemerintah yang
digelar Meiji yang membawa maksud “pemerintahan yang banyak menerima
pencahayaan”, struktur pemerintahan hanya terdiri daripada kalangan samurai-
samurai yang masih muda.

Namun begitu,atas semangat “ Jepun Baru” maka banyak pencapaian


yang telah dikecapi sepanjang zaman pemerintahan Meiji.Pencapaian ini dapat
dibahagikan kepada beberapa bahagian yang penting seperti di bawah:

1. Penghapusan sistem feudalisme


2. Pemodenan angkatan tentera darat dan tentera laut

145
3. Perhubungan dan Pengangkutan
4. Perundangan
5. Pendidikan
6. Kebudayaan
7. Kesusasteraan
8. Ideologi rasmi Kokutai
9. Ekonomi
10. Perindustrian
11. Dasar Kewangan dan Fiskal
12. Politik

Zaman Meiji (1868-1912 M)

Dengan kejatuhan Kesyogunan Tokugawa , satu peristiwa penting berlaku


di negara Jepun iaitu Pemulihan Meiji pada tahun 1868.Matlamat utama
pemulihan ini adalah untuk mengembalikan semula Maharaja kepada
kedudukannya yang sebenar sebagai ketua masyarakat Jepun yang tertinggi
dan bersesuaian dengan keturunannya dari Dewi Matahari.Maharaja Meiji
berusia ketika 16 tahun ketika berlansungnya peristiwa ini maka beliau hanyalah
merupakan ketua negara yang simbolik kerana kepimpinan kerajaan dikuasai
oleh beberapa samurai muda terutama dari suku kaum Satsuma dan Choshu
atau Oligarki Satcho.

146
Pemimpin-pemimpin Pemulihan Meiji menyedari bahawa kedatangan
kuasa-kuasa Barat merupakan suatu ancaman kepada dasar imperialisme
mereka. Bagi menghadapi ancaman ini ,pemimpin-pemimpin pemulihan Meiji
bermatlamat untuk menjadikan kerajaan baru sebuah negara yang kaya
(ekonomi) dan tentera yang kuat (Fukoku Kyohei) di samping memodenkan
negara tersebut.

Untuk mencapai matlamat tersebut,dasar pemodenan di laksanakan iaitu


yang meliputi pembentukan semula institusi-intitusi politik,ekonomi dan sosial
menurut garis panduan dari Barat .Langkah yang di ambil ke arah modenisasi
Jepun ialah :

a) Penghapusan Sistem Feudalisme


Dengan pemansuhan system feudalisme maka beberapa dasar

mengenainya telah diperkenalkan iaitu semua tanah diserahkan dan merupakan


hak milik diraja.Pembesar-pembesar feudal Meiji yang penting (daimyo) secara
sukarela telah menyerahkan harta feudal dan semua hak mereka kepada
maharaja.Mulanya bekas pembesar feudal disuruh menjaga kawasan
kekuasaannya yang lama itu.Kemuadian mereka digantikan oleh pegawai-
pegawai kerajaan yang dilantik dari Tokyo.Sebagai bayaran gantirugi ,mereka
menerima bayaran pencen yang lumayan dan diberi saham dalam perusahaan-
perusahaan kerajaan yang baru.

b) Pemodenan Angkatan Tentera Darat dan Laut

Dalam bidang ketenteraan,angkatan tentera darat dan laut

dipermodenkan menurut cara Barat dengan memperkenalkan industri


persenjataan moden,sistem kerahan tentera moden dan latihan-latihan
ketenteraan melalui penubuhan akademi-akademi tentera.

147
c) Perhubungan dan Pengangkutan

Dalam bidang perhubungan,diperkenalkan penggunaan telegraf yang

jauh le bih pesat berbanding dengan pembinaan landasan keretapi dan


menjelang tahun1880,hampir semua bandar-bandar besar memiliki sistem
perhubungan moden ini.

Dalam bidang pengangkutan,diperkenalkan pengangkutan kereta api

melalui pembinaan landasan-landasan kereta api untuk mengangkut penumpang


dan barang ekonomi.Menjelang tahun 1881,Jepun sudah memiliki landasan
kereta api sepanjang 26 batu, dan landasan kereta api antara Kyoto- Otsu (1880)
dibina sepenuhnya oleh jurutera-jurutera Jepun.Ini membuktikan dari segi
komunikasi,ianya sudah mencapai taraf atau melebihi taraf sebuah negara Barat.

d) Perundangan

Dalam bidang perundangan,diperkenalkan beberapa pembaharuan

untuk membentuk suatu sistem undang-undang moden.Sistem undang-undang


moden amat penting untuk diperkenalkan kerana ia merupakan syarat mutlak
bagi mengkaji semula perjanjian-perjanjian yang dianggap berat sebelah,iaitu
perjanjian antara Jepun dengan kuasa-kuasa Barat sekitar tahun 1850-an dan
1860-an, di samping untuk memenuhi perkembangan kapitalisme(industri).

Pada tahun 1873,kerajaan Jepun telah melantik seorang peguam


Perancis,Gustave Roissonade de Fontarabe sebagai penasihat kepada
Kementerian Keadilan.Peraturan dan sistem undang-undang moden telah

148
berjaya menghapuskan perjanjian-perjanjian berat sebelah dan membentuk
sebuah masyarakat industri moden.

e) Pendidikan

Bagi mencapai matlamat pembentukan negara sebagai sebuah

kuasa ekonomi dan ketenteraan yang moden maka bidang pendidikan diberikan
tumpuan penting oleh pemimpin-pemimpin Pemulihan Meiji.Pendidikan
merupakan alat tranformasi untuk mencapai matlamat ini dan kesannya,sistem
pendidikan berbentuk moden diperkenalkan.

Kerajaan Jepun telah menghantar pelajar-pelajarnya ke seberang


laut untuk mempelajari bidang pentadbiran,sains dan teknik perindustrian Barat
dan mengambil sejumlah besar pakar untuk mengajar kemahiran kepada rakyat
Jepun di dalam negeri.

Pada tahun 1871,ditubuhkan Kementerian Pelajaran dan sistem


pendidikan yang seragam.Pada tahun 1886,ditubuhkan Universiti Diraja Tokyo
yang merupakan pusat pendidikan tertinggi di Jepun.Universiti ini juga
berperanan sebagai sekolah latihan dalam perkhidmatan
awam(pentadbiran),pusat pendidikan dan pusat penyelidikan .Sistem pendidikan
Jepun menekankan kepatuhan dan penghormatan terhadap Maharaja dan
negara ( nasionalisme),pendidikan berorentasikan Barat dan pendidikan moral
(etika Kung Fu Tze).

149
10

f) Kebudayaan

Dalam bidang kebudayaan,berlaku perubahan dalam beberapa

kesenian iaitu seni lukis,seni drama dan lain-lain.Seni lukis tradisional Jepun
telah dipulihkan dan diperbaharui.Lukisan minyak semakin terkenal dan lukisan
gaya Barat terutama penggunaan warna-warna terang begitu diminati.

Seni muzik gaya Barat iaitu instrumental dan vokal menjadi


semakin terkenal,piring-piring hitam Barat membanjiri pasaran muzik,dan tarian-
tarian Barat antara tarian ballroom.Alat-alat muzik tradisional Jepun iaitu gagaku
telah dihidupkan semula dengan gabungan seni muzik tradisional dengan
Barat.Seni drama , kabuki zaman Edo yang diminati oleh golongan saudagar-
saudagar telah mengalami perubahan penting dan seni drama ini telah
mendapat penghormatan sosial yang tertinggi di zaman Meiji.

Selain itu,diperkenalkan pementasan sandiwara gaya Barat iaitu,


Shingeki.Seiring dengan perkembangan drama,industri perfileman berkembang
pesat dengan filem-filem bisu peringkat awal.Industrian perfileman mencapai
kemajuan dalam penggunaan teknologi teknik kamera moden,penggunaan
sarikata,teknik sinaran tiruan, „prop‟ dan sebagainya.

g) Kesusasteraan
Dalam bidang kesusasteraan ,berlaku beberapa perubahan dan

pengenalan kepada beberapa aliran kesusasteraan baru.Di peringkat awal


Pemulihan Meiji, minat terhadap kesusasteraan Barat semakin meningkat
sehingga mendorong kepada penterjemahan karya-karya Barat termasuk
terjemahan berbentuk biografi tokoh-tokoh Barat seperti Homer,Shakespeare,
Voltaire, Rousseau dan lain-lain.

150
Melaui karya-karya terjemahan ini,masyarakat Jepun terutama

golongan elit telah terdedah dengan idea-idea Barat,ilmu pengetahuan dan


sains,pemikiran politik,kebudayaan dan social,pendidikan dan sebagainya.

11

Kegiatan penterjemahan telah membawa kepada perkembangan

bentuk kesusasteraan baru yang menggunakan perbendaharaan bahasa Jepun


gembun itchi iaitu oleh penulis-penulis novel. Antara tokoh-tokoh terkenal ialah
Futabatei Shimei dengan karya terjemahannya berjudul Rendezvous(1889).

Berdasarkan penterjemahan buku-buku Barat , maka bahasa Inggeris


merupakan bahasa asing terpenting di zaman Pemulihan Meiji

Terdapat penulis-penulis Jepun yang mengilhamkan pemikiran


politik dan sistem politik Barat antaranya Fukuzawa Yukichi,Kato Hiroyuku dan
Itagaki Taisuke.Idea-idea dan pemikiran politik Fukuzawa Yukichi mengenai
pemodenan telah menjadi panduan dan semangat kepada pemimpin-pemimpin
Pemulihan Meiji.Idea-idea pemikiran dan teori-teori ekonomi yang membawa
kepada doktrin laisseze-faire(perdagangan bebas) telah dipelopori oleh Taguchi
Ukichi,melaluipenulisannya berjudul Dasar Ekonomi(Keizi Saku) pada tahun
1882.

Di negara Jepun juga , berlaku perkembangan


persuratkhabaran.Akhbar yang pertama dalam bahasa Jepun ialah Nisshin
Shinjishi (Reliable Daily News) .Penerbitan akhbar menggunakan mesin cetak
yang diimport dan ini memperkenalkan industry pencetakan di Jepun.Menjelang
tahun 1875,terdapat sejumlah lebih 100 jenis surat khabar dan majalah berkala
dicetak di Jepun.

h) Ideologi Rasmi Kokutai

151
Untuk memperkukuhkan semangat nasionalisme dan membina
sebuah masyarakat yang mantap terutama dalam menghadapi pengaruh negatif
dari Barat maka pemimpin-pemimpin Pemulihan Meiji berpendapat suatu
ideologi negara perlu di bentuk.Maka diperkenalkan ideologi rasmi Kokutai yang
berhubungkait dengan kerohanian masyarakat Jepun dan sebahagian darinya
memberikan kesetiaan dan ketaatan yang sepenuhnya kepada Maharaja Jepun
yang dianggap suci.

12

Kokutai telah membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan rakyat yang


memudahkan pemodenan negara Jepun.Pemimpin-pemimpin Jepun telah
mewujudkan asas kerohanian bagi masyarakat dan kerajaan dengan
memperkenalkan agama rasmi iaitu bentuk Shinto Negara.Perkembangan
agama Buddha telah disekat oleh pemimpin-pemimpin Pemulihan Meiji bagi
membolehkan kerajaan memberikan keutamaan kepada Shinto.Tindakan keras
dilakukan terhadap agama Buddha dan patung-patung dari tempat suci Shinto
untuk dibakar dan dihanyutkan.

Berbanding agama Buddha,ajaran Kung Fu Tze(Konfusianisme)

memainkan peranan penting dan bertanggungjawab memperkukuhkan nilai-nilai


tradisional yang memberikan rangka etika dan ideologi membawa kepada
kesedaran moral.Ajaran Kung Fu Tze dapat bergabung dan berharmoni dengan
berkembang dengan menubuhkan pusat-pusat keagamaan iaitu di Nagasaki(
Khatolik Roman),Yokohama(PresbyPterian),dan Hakodate(Gereja Ortodoks
Greek ) pada tahun 1870-an.

Perkembangan agama Kristian terhalang kemudiannya dengan


kemunculan beberapa persatuan atau kumpulan berfahaman nasionalis seperti
Nippon –Sin (The Japanese),Nippon Kokkyo Daido-sha (Persatuan Cara
Agung,Agama Kebangsaan Jepun ).Persatuan dan kumpulan ini bertekad dan
bermatlamat untuk menyanjung tradisi serta warisan Negara dengan
mengenepikan pengaruh kebudayaan Barat.

152
i) Ekonomi

Ekonomi Jepun telah menerima yang agak besar daripada era

Pemulihan Meiji. Maharaja Jepun percaya bahawa ekonomi moden adalah asas
kepada keselamatan dan keagungan nasionalisme.Pemodenan ekonomi juga
dilakukan atas dasar kepesatan pertumbuhan penduduk,aktiviti pertanian yang
tidak dapat menampung penduduk yang tidak bekerja,kekurangan perniagaan
eksport dan untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada kelas samurai yang
berjumlah 600 000 orang. 13

Pemodenan ekonomi telah dimulakan disektor pertanian dan telah


menyumbangkan sebanyak 80 % daripada jumlah pendapatan Jepun pada
tahun1870-1880. Selain itu,sebelum ini hak milik tanah adalah dalam kekuasaan
Diraja tetapi setelah konsep pemilikan tanah diperkenalkan dari Barat ,semua
rakyat mempunyai tanah masing-masing walaupun merek daripada golongan
petani.Keadaan ini telah membolehkan kerajaan mengenakan cukai tanah yang
menggantikan bayaran cukai kepada golongan feudalisme.

Selain itu,ada juga pelajar-pelajar yang dihantar ke luar Jepun


untuk belajar dalam jurusan pertanian dan ada juga pakar yang dibawa masuk
untuk meningkatkan lagi taraf teknologi pertanian Jepun.Penggunaan benih
yang diimport dan baja kimia telah diperkenalkan.Tanaman yang digalakkan
ketika itu ialah teh dan sutera serta banyak kawasan pertanian yang telah
dibuka.

j) Perindustrian

Dalam bidang perindustrian ,industri perkilangan telah

153
dipertingkatkan dengan kilang-kilang besi waja dan keluli(industri berat ).Industri
ini berperanan dalam industri pembinaan kapal,alat perang dan limbungan kapal
tentera laut di Yukusuka.

Kilang-kilang besi telah dibangunkan dengan meminjam modal


daripada golongan-golongan kaya feudal Jepun.Ini dapat mengurangkan
pergantungan ekonomi daripada negara-negara Barat yang berupa pinjaman
bank.Kilang-kilang itu telah dibangunkan bagi tujuan memajukan bidang
ketenteraan Jepun dalam usaha penaklukan dan pertahanan.

Selain daripada kilang pembuatan senjata,kerajaan Jepun juga


telah membina kilang sutera,kapas,benang,simen dan kaca.

14

k) Dasar kewangan dan Fiskal

Pemerintahan Tokugawa telah memperkenalkan konsep wang

pelbagai.Namun setelah Kementerian Kewangan ditubuhkan system mata wang


telah diselaraskan dengan mengambil kira sistem kewangan dari Barat .Pada
tahun 1868,mata wang Jepun telah ditukar kepada konsep penggunaan wang
kertas.Wang kertas telah ditukarkan daripada Ryo kepada Yen yang ketika itu
mempunyai nilai yang sama dengan nilai Dollar Amerika Syarikat.

Kerajaan Jepun menghadapi masalah inflasi dan susut nilai mata


wang yang diakibatkan daripada perbelanjaan melebihi pendapatan.Ini berlaku
kerana proses transisi Jepun dalam pemodenan angkatan tentera ,industri baru

154
dan komunikasi.Menteri kewangan yang bernama Matsukata telah berjaya
mengawal keadaan dengan mengenakan cukai yang tinggi ke atas minuman
keras dan tembakau serta mengurangkan subsidi kerajaan kepada
syarikat.Dengan ini kerajaan Jepun dapat menarik semula wang kertas Jepun
untuk meningkatkan semula nilainya.

l) Politik

Perlembagaan baru dan system politik berparti di perkenalkan.

Pada tahun 1868, Carta Pengakuan Lima Artikel telah diperkenalkan dengan
memberikan penekanan kepada penubuhan dewan perhimpunan,kebebasan
bermastautin dan pekerjaan,penghapusan kelas keturunan dan hubungan
kebudayaan dengan Barat.

Maharaja telah memerintahkan supaya perlembagaan dan


parlimen baru dibentuk menjelang tahun 1881.Maharaja Meiji juga telah
mengarahkan Ito Hirobumi selaku penyimpan mohor untuk pergi mempelajari
teori politik dari Britain,Belgium,Paris,Vienna, dan Berlin

15

. Pengumuman perlembagaan baru telah dibuat secara rasmi oleh


Maharaja pada 11 Februari 1889.Di antara syarat-syarat yang terkandung dalam
perlembagaan ini ialah penubuhan sebuah dewan kabinet dan mewujud
parlimen dwidewan( dewan bangsawan dan rakyat).Pilihanraya pertama telah
diadakan pada tahun 1890 yang disertai oleh berbagai parti politik.

Kesimpulan

155
Berdasarkan kepada faktor-faktor yang dibincangkan masalah-
masalah sama ada di peringkat dalaman atau luaran di zaman Kesyogunan
Tokugawa telah mewarnai dan mencorakkan keadaan politik,ekonomi,dan sosial
negara Jepun. Masalah-masalah ini telah melemahkan dan akhirnya
menyumbangkan kepada keruntuhan Kesyogunan Tokugawa dan sistem feudal
di Negara Jepun.

Dengan kejatuhan sistem feudal ini ,ternyata kuasa politik negara Jepun
telah dikembalikan kepada Kerajaan Imperial atau Maharaja Jepun.Maharaja
Meiji.Ini merupakan antara salah satu peristiwa sejarah yang penting untuk
mencorak dan mempengaruhi pembentukan negara Jepun moden.

Secara umumnya ,dasar pemulihan Meiji (1868-1912) telah membawa


negara Jepun ke arah matlamat sebuah negara perindustrian yang kaya dan
memiliki kekuatan angkatan tentera ( politik ) yang dianggap moden.Pencapaian
dalam pelbagai bidang terutamanya melalui hubungan dengan Barat mendorong
kepada pemodenan negara Jepun.

Natijahnya , ini meletakkan Jepun sebagai negara tunggal di Asia


yang muncul sebagai sebuah kuasa ekonomi dan ketenteraan,setaraf dan dapat
menyaingi kuasa-kuasa Barat.

156
Matapelajaran Tamaddun Islam dan Tamaddun Asia ( TITAS )
Interaksi Tamadun Asia Dan Relevensinya Di Malaysia
Dan Dunia
(Tamadun Cina)

9.1. Tamadun Cina dalam pemantapan Tamadun


Malaysia dan dunia
9.1.1. Kepercayaan
9.1.2. Kebudayaan
UNIT 9
9.1.3. Sosial
9.1.4. Teknologi
9.1.5. Ilmu pengetahuan
9.2. Kekuatan Tamadun Cina sebagai sumber rujukan
9.2.1. Kesenian
9.2.2. Konfusionisme
9.2.3. Globalisasi
9.2.4. Sains dan teknologi

Pengenalan Tamadun China

Tamadun China telah wujud sejak tahun 4000 SM bersama budaya Yangshao
dalam era Neolitik di China.Menurut Sivachandran dan Letchumanan (2001)
tamadun awal China wujud sejak tahun 2000 SM.Di sekitar tahun 3950 hingga
1700 SM terdapat sebuah penempatan penduduk di lembah Sungai Kuning atau
Huang He di barat yang menjalankan aktiviti pertanian hingga ke lembah Sungai
Wei di sebelah timur.Perkembangan masyarakat awal di sepanjang zaman
Neolitik dengan sokongan sungai-sungai utama ini telah membentuk kepada
perkembangan tamadun China.

Pengaruh Konfusionisme

157
Konfusius mempunyai nama kecil Kong Qiu atau Zhong Ni yang di lahirkan pada
zaman pemerintahan Raja Ling dari Dinasti Zhou pada tahun 551 SM di desa
Chang Ping dalam kota Lu yang dikenali dengan nama Chu Fu,propinsi
Shandong.Kini Wilayah Shantung di barat daya China.Beliau meninggal dunia
pada tahun 472 SM pada zaman pemerintahan bangsawan Ai,pada usia 73
tahun.Namun ada setengah catatan mengatakan beliau meninggal pada tahun
479 SM.

Konfusius sangat terkenal dengan ajarannya yang dikenali sebagai ajaran


Konfusionisme yang menekankan kepada empat prinsip utama iaitu;

i. Kemanusiaan
ii. Maruah diri
iii. Kesopanan dan kesusilaan
iv. Hubungan baik sesama manusia

Ajaran Konfusius terkandung dalam buku klasik Analeka atau „Lun Yu‟ yang
ditulis oleh pengikutnya.Dalam ajarannya beliau memberi penekanan kepada
nilai moral yang tinggi.Untuk mendapatkan nilai moral ini seseorang itu mestilah
mendapat pendidikan.Prinsip moral seperti kemanusiaan atau „ren‟,kesusilaan
atau „li‟,hormat ibu bapa atau „xiao‟ mestilah diamalkan oleh semua golongan
masyarakat. Penghayatan nilai-nilai moral Konfusius ini telah menjadi asas
kepada pembentukan kehidupan bermasyarakat.Masyarakat Cina menjadikan
ajaran ini sebagai satu kepercayaan.Untuk meningkatkan kualiti moral manusia
Konfusius menekankan kepada pendidikan.Beliau telah memperkenalkan
beberapa konsep berkaitan pendidikan seperti zub shi zhong tao lei iaitu
mengajar semua orang tanpa diskriminasi dan yin cai chi jiao iaitu mengajar
berasaskan kebolehan dan keperluan.Bagi membangunkan sebuah negara yang
cemerlang pendidikan dijadikan asas utama.Disebabkan pengaruh ajaran
Konfusius begitu kuat masyarakat Cina telah menjadikan beliau sebagai dewa
mereka.Beberapa intipati ajaran Konfusius adalah seperti berikut;

158
Lima sifat kekekalan atau „Wu Chang‟ yang menekankan kepada cinta dan kasih
(ren),kebenaran,keadilan,kewajipan (yi),kesusilaan,kepantasan (li),bijaksana
(zhi) dan dapat dipercaya (xin).

Lima hubungan sosial atau „Wu Lun‟ yang menekankan kepada hubungan antara
pimpinan dan orang bawahan,hubungan antara suami dan isteri,hubungan
antara orang tua dan anak,hubungan antara kakak dan adik dan hubungan
antara kawan dan sahabat.Konsep yang dianjurkan oleh Konfusius ini adalah
berasaskan kepada sistem keluarga yang menganjurkan nilai-nilai
keharmonian,keadilan dan perpaduan.Konsep lima hubungan ini dapat
melahirkan sifat-sifat taat setia,hormat,bertolak ansur dan memupuk sifat
penyayang.Oleh itu ia boleh diterima pakai dalam hubungan yang lebih besar
dalam masyarakat atau dalam sesebuah negara.

Delapan kebajikan atau „Ba De‟ yang memberi perhatian kepada laku hati
(xiao),rendah hati (ti),satya (zhong),dapat dipercaya (xin),susila (li),bijaksana
(yi),suci hati (lian) dan tahu malu (chi).Ajaran ini telah menjadi pegangan
masyarakat Cina yang banyak mempengaruhi perkembangan tamadun China
dari segi budaya dan peradaban serta cara hidup mereka.

Konfusius juga banyak menghasilkan kitab-kitab yang menjadi ikutan masyarakat


Cina.Antara kitab-kitab karangan beliau adalah seperti;

Lima Kitab Suci

1.Kitab tentang kejadian/perubahan(The book of change/Yi Jing) yang


merupakan kitab tertua yang mengandungi falsafah hidup yang tinggi yang
menghubungkan kejadian alam semesta dengan berbagai perubahan terhadap
kehidupan sehari hari.

2.Shu Jing kitab tentang sejarah.

3. Shi Jing kitab tentang sajak.

4.Li Jing kitab tentang upacara.

159
5.Chun Qiu kitab tentang musim bunga dan musim gugur.

Empat Buku

1.Buku tentang pelajaran besar (The great learning/Da Xue) sebuah buku
panduan pembinaan diri dengan moralitas tinggi di dalam
kehidupankeluarga,masyarakat,negara dan dunia.

2.Buku kumpulan ujaran (The analects/Lun Yui) yang merupakan buku catatan
segala pesanan dan nasihat Konfusius kepada anak muridnya.

3.Pokok-pokok pelajaran Mencius (The Principle Of Mencius/Meng Zi) adalah


sebuah buku tulisan Mencius yang mempertahankan ajaran Konfusius yang
berlandaskan cinta kasih dan kebenaran.

4.Buku tentang jalan tengah (The Doctrine Of The Mean/Chung Yung) ini ditulis
oleh Zi Shih,cucu kepada Konfusius yang memuatkan panduan pembinaan diri
dengan beriman kepada yang maha tinggi.

Ajaran Konfusius ini bukan saja tersebar di seluruh negara China malah turut
tersebar ke negara-negara di luar China.Di Eropah dan Amerika pengaruh
Konfusius telah berkembang dengan pesat seperti dalam revolusi Perancis yang
memperjuangkan Liberty (kebebasan),Equality (persamaan) dan Fraternity
(persaudaraan) yang berasal daripada ajaran Kemanusiaan (Humanism)
Konfusius.

Begitu juga dengan Piagam Kemerdekaan Amerika Syarikat (Declaration Of


Independence) sangat terpengaruh dengan ajaran Konfusius.Ini terbukti dengan
pengakuan yang dibuat oleh Thomas Jefferson dalam perbahasan berkaitan
naskah tersebut.Negara-negara Asia seperti Korea,Jepun,Vietnam,Singapura
dan Taiwan banyak menerima pangaruh Konfusius.

Sehingga hari ini ajaran-ajaran Konfusius masih tersebar luas melalui internet
terutama di luar negara Asia.

160
Dengan ini jelas kepada kita bahawa perkembangan tamadun China telah
banyak mempengaruhi sistem peradaban,kekeluargaan,sosial,moral,pendidikan
dan juga ekonomi masyarakat negara luar melalui pengaruh ajaran Konfusius
yang menjadi pegangan dan amalan serta budaya masyarakat China.

Kesenian

Tamadun China juga mempunyai pengaruh dalam bidang kesenian.Beberapa


hasil kesusasteraan telah dihasilkan seperti buku yang bertajuk “The Art Of The
War” yang menceritakan tentang strategi peperangan.Buku ini telah dikarang
oleh seorang penulis bernama Sun Zi pada awal kurun ke 14 SM.Puisi pula telah
berkembang pada zaman Dinasti Tang (618 – 907 Masihi).Antara tokoh yang
terkenal pada zaman itu ialah Du Fu,Li Bai,Li Po dan Po Chu-I.Penulisan novel
telah berkembang pada zaman Dinasti Yuan.Kesusasteraan China berkembang
dengan adanya sokongan daripada pihak kerajaan.Pada zaman Han,Ssu-ma
Chien telah mengembangkan sastera prosa melalui karyanya yang bertajuk Shih
Chi yang menceritakan keadaan sosial,kerajaan,sejarah,pemimpin dan aspek-
aspek pengetahuan yang lain. Pada zaman ini juga telah berkembang penulisan
sajak dan cerpen.Pada masa itu golongan terpelajar mesti mampu bersajak
untuk menonjolkan pengetahuan dan pemikirannya.

Dalam bidang senibina pula bermula dengan pembinaan tembok besar China
pada zaman Dinasti Zhou.Kemudian diteruskan oleh Maharaja Shih Huang Ti
pada zaman Dinasti Qin dengan menyambung tembok-tembok besar tersebut
untuk tujuan pertahanan dan perlindungan yang dikenali sebagai Tembok Besar
China.Pembinaan tembok ini mengambil masa dari tahun 228 SM hingga 210
SM.Panjang tembok ini ialah 2410 kilometer,tingginya 40 hingga 50 kaki.Seperti
yang diketahui umum tembok ini termasuk dalam senarai satu daripada tujuh
benda ajaib di dunia.Bandar-bandar di China purba juga mempunyai tembok
batu.Ada juga tembok yang dibina dengan tanah liat dan batu bata.Dalam

161
kawasan tembok ini terdapat istana maharaja.Kuil dan pagoda juga merupakan
binaan penting.Kuil terdiri daripada beberapa bangunan yang mempunyai tempat
tinggal,ruang tamu dan pusat pemujaan.Pagoda pula dibina bertingkat-tingkat
dan berbentuk oktagon atau segi empat sama.

Pengukiran patung yang diperbuat daripada batu jed,gangsa,tanah liat,batu dan


kayu turut berkembang pada zaman Dinasti Han.Ukiran juga dibuat pada dinding
dan gua.Seorang pengukir terkenal bernama Shang telah mengukir patung kecil
menggunakan batu jed dan batu kapur.Pada masa ini juga berkembangnya
pembuatan tembikar dan barangan seramik.Gangsa juga dibuat bekas makanan
dan air yang diukir dengan corak geometrik dan haiwan.Pada zaman Dinasti
Tang (abad ke 18) ukiran pahat (sculpture) telah berkembang seiring dengan
seni lukis.Agama Buddha telah mempengaruhi seni ukiran patung di kuil-kuil
cohtohnya patung yang terkenal iaitu Lung Men.Secara perlahan-lahan orang
Cina telah menggantikan ukiran patung kepada patung kuda dan pahlawan Cina.

Lukisan pula dibuat pada kain sutera,tembikar dan sampang.Lukisan pada masa
itu adalah berkaitan gambar manusia,gambar yang berlatarbelakangkan
peristiwa mitos dan peristiwa benar.Antara tokoh pelukis terkenal adalah seperti
Wu Tao Yuan yang juga merupakan seorang sami Buddha pada zaman Dinasti
Tang.Seni lukis telah berkembang maju pada zaman Dinasti Song dengan
munculnya dua orang pelukis terkenal Kuo His dan Mei Fei.

Seni muzik juga turut berkembang pada zaman Dinasti Yuan.Alat-alat muzik
tradisional Cina diperbuat daripada buluh kerana buluh banyak terdapat di
Negara China.Orang-orang Mongol telah bawa masuk alat muzik Hu Qin atau
Kecapi yang dimainkan seperti biola.Maharaja Dinasti Tang telah menubuhkan
Kolej Pear Garden untuk melatih bangsawan Cina.Drama dan teater telah
berkembang selepas itu.

Seni tulisan kaligrafi juga turut berkembang di China.Sistem tulisan terawal


China dikenali sebagai tulisan Shang yang menggunakan gambar dan simbol
untuk menggambarkan sesuatu perkara.Pada zaman Dinasti Shang terdapat

162
lebih 3000 simbol yang dikenali sebagai ideogram atau ideografik yang menjadi
asas kepada tulisan Cina sekarang.Alat tulis pada zaman itu diperbuat daripada
berus dan kayu runcing yang ditulis pada kulit siput,kura-kura,batu
jed,sutera,tembikar dan kepingan buluh yang kemudian diikat menjadi buku.

Sains Dan Teknologi

Tamadun China menganggap astronomi sebagai ilmu sains negara.Masyarakat


Cina mengamalkan konsep keseimbangan antara dua kuasa iaitu Yin (kuasa
pasif) dan Yang (kuasa aktif) yang membolehkan seseorang itu berkeadaan
sihat.Konsep Yin dan Yang ini telah digunakan sebagai asas perubatan
tradisional China.Orang China merupakan bangsa yang pertama membuat
kertas daripada kulit mulberi dan bahan-bahan terpakai.Teknologi ini telah
diperkenalkan oleh Chai Lun pada 105 Masihi.Beliau telah mencampurkan
bahan mentah seperti rami,buluh dan sayur-sayuran yang dicincang dan
dijadikan pulpa.Kemudian pulpa ini diratakan pada skrin poros,dituskan dan
dikeringkan dalam kepingan yang nipis.Pengaruh Konfusius juga turut menjadi
pegangan para saintis Cina iaitu dalam mencari kebenaran atau jawapan secara
saintifik mereka perlu bersikap jujur kerana dengan mengamalkan sikap jujur ini
kejayaan akan tercapai.Pemprosesan gula daripada tebu juga bermula dari
China.Begitu juga dengan penciptaan alat-alat tulis,alat-alat muzik,alat-alat
memproses tembikar yang kesemuanya ini menunjukkan negara China adalah
pelopor kepada perkembangan teknologi yang terawal seperti pengakuan yang
dibuat oleh Paul Kennedy bahawa masyarakat Cina telah mencapai kemajuan
teknologinya lebih awal berbanding Barat.

163
Kesimpulan

Daripada huraian di atas jelas menunjukkan bahawa Tamadun China


mempunyai pengaruh yang besar terhadap perkembangan tamadun negara
lain.Kebanyakan negara di dunia menjadikan tamadun China sebagai sumber
rujukan penting yang mempengaruhi pembinaan tamadun mereka.Pengaruh
yang paling nyata ialah ajaran Konfusius yang tersebar luas ke seluruh dunia
melalui perdagangan yang di pelopori oleh pedagang-pedagang Cina.
Sebahagian daripada ajaran yang terdapat dalam lima kitab dan empat kitab
Konfusius seperti hubungan antara suami isteri,hubungan orang tua dan
anak,hubungan adik geradik dan hubungan kawan dan sahabat masih jelas
diamalkan dalam masyarakat Cina hari ini.

Perkembangan bidang kesenian dalam tamadun China juga banyak


mempengaruhi bentuk senibina,lukisan dan ukiran di negara-negara Asia lain.
Sehingga hari ini dapat dilihat dengan jelas rekabentuk bangunan yang
mempunyai ciri-ciri kecinaan di merata tempat.Contoh yang paling dekat dapat
dilihat pada bangunan kedai,kuil,bangunan Pagoda yang masih terdapat di Pulau

164
Pinang adalah bukti pengaruh tamadun China yang berkembang hingga ke
Malaysia.

Negara China adalah tapak permulaan perkembangan ilmu sains dan


teknologi.Tidak hairanlah tamadun China menjadi sumber rujukan utama dalam
perkembangan tamadun negara-negara luar lain. Contohnya dalam bidang
pertanian yang diamalkan oleh para petani sebelum terciptanya mesin-mesin
adalah diambil daripada tinggalan tamadun China.Ciptaan alat-alat pertanian
seperti tenggala,kereta sorong beroda dan penyisir air adalah hasil dari
pengaruh tamadun Cina yang bukan saja diamalkan oleh masyarakat Cina
malah masyarakat Melayu juga.Sistem pertanian moden juga bermula dari
tamadun Cina Contohnya pembinaan sistem saliran,tanaman di lereng-lereng
bukit,sistem tanaman bergilir untuk suburkan tanah.Sistem ini masih dipraktikkan
oleh golongan petani di merata tempat hingga hari ini.

Dengan ini adalah amat jelas bahawa tamadun China memang menjadi sumber
rujukan bagi tamadun negara-negara lain di dunia yang wujud selepas itu.

RUJUKAN

1. Michael H.Hart (2006).Senarai 100 Tokoh Paling Berpengaruh Dalam


Sejarah.Golden Book Centre Sdn.Bhd.Selangor Darul Ehsan.

2. Mohd Rosdi Mahamud (Nov. 2008).Tamadun Islam Dan Tamadun


Asia.IPGM Kampus Perlis.

3. Haji Nasir Haji Sulaiman:Mary Tan Swee Ee:Ros Maria Chin


(2007).Pendekatan Diagramatik Sejarah S.P.M.Sasbadi
Sdn.Bhd.Selangor Darul Ehsan.

4. Paul Strathern : Seri Tokoh Filsuf ,90 minit Bersama Confusius:Earlangga

165
5. Vita Mind:Seni orakel Tiongkok Kuno I-Ching:Pustaka Utama

6. Tsai Chih Chug:Pepatah Confusius.Elix Media Komputindo.PT.

7. http//zhidau.baidu.com – dilayari pada 12/12/08

8. http//id.wikipedia.org/wiki/Agama_Khonghucu – dilayari pada 8/12/08

9. http//www.wihara..com – dilayari pada 8/12/08

10. Blog Muslim Penggerak Sejarah,Tamadun China,Wednesday,August


15,2007.

11. www.wikipedia.com – dilayari pada 9/12/08

12. www.geocities.com/cominglucky/tmanusia.htm - dilayari pada 10/12/08

166
Matapelajaran Tamaddun Islam dan Tamaddun Asia ( TITAS )
Interaksi Tamadun Asia Dan Relevensinya Di Malaysia
Dan Dunia
(Tamadun India )

10.1. Iktibar daripada Tamadun India:


UNIT 10
10.1.1.Pandangan semesta dan nilai-nilai yang
relevensi kepada Malaysia
10.1.2. Sifat penerimaan
10.1.3. Sifat toleransi
10.2. Nilai-nilai Tamadun India

167
Pengenalan Tamadun India

Negara India terletak di bahagian Selatan benua Asia. Keluasan negara


India ialah 2,354, 175 km persegi. Negara India boleh dibahagikan kepada dua
kawasan geografi iaitu India Utara dan India Selatan. Kedua-dua kawasan ini
mempunyai rupa bentuk fizikal, bahasa, budaya dan amalan keagamaan yang
berbeza. Kedudukan geografi terletak antara Lautan Hindi dan Pergunungan
Himalaya, terbahagi kpd dua bahagian utama iaitu India Utara (Indo Arya) dan
Selatan (Dravida). Faktor bentuk muka bumi ini menyebabkan dua kebudayaan
yang berbeza dari aspek bentuk fizikal, bahasa, budaya serta amalan
keagamaan

168
Tahap Perkembangan Tamadun India

Zaman Kuno (1500 s.m. – 1200 m) Menyaksikan kedatangan orang Aryan


dari Asia Tengah dan menguasai beberapa bahagian di India seperti Lembah
Ganges-Jamuna-Doab.

Penguasaan orang Aryan ini dikenali sebagai zaman Vedile. Zaman ini pula
dibahagikan kepada dua zaman iaitu Vedile Awal (1500 s.m. – 100 s.m) dan
Vedile Akhir (1000 s.m. – 500 s.m.) Interaksi antara orang Aryan dengan
penduduk tempatan melahirkan budaya Indo-Aryan. Pada tahun 321 s.m.
muncul pula Dinasti Maurya diasaskan oleh Chandragupta Maurya dan dibantu
oleh anaknya Asoka. Mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang dan yang
lebih penting dalam perkembangan agama Buddha dan Jainism. Pada tahun
320-520 s.m. muncul pula Empayar Gupta yang terkenal dengan perkembangan
kesusasteraan Hindu dan seni bina kuil. Pada masa ini juga lahir kerajaan-
kerajaan kecil seperti Chera, Cola dan Pandhya

Latarbelakang Perkembangan Tamadun India

Zaman pra sejarah di India dikesan berlaku sejak 100,000 s.m. di benua
Lumeria di Selatan India. Antara 10,000 hingga 6,000 s.m. wujud penempatan
manusia di kawasan Kartanaka dan Lembah Ganges di bahagian tengah India.
Sekitar 3,000 s.m. penemuan kesan-kesan tamadun Lembah Indus yang
merangkumi kawasan-kawasan Mohenjodaro di daerah Montgomery. Penemuan

169
arkeologi membuktikan masyarakat di Lembah Indus sudah mencapai tamadun
yang tinggi. Tamadun ini wujud antara tahun 2500-1800 S.M.Selepas tempoh ini
tamadun Indus telah mengalami keruntuhan. Hal ini dikaitkan dengan
kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru
kepada masyarakat Lembah Indus.

Tahap ini dikenali sebagai Zaman Vedik. Zaman Vedik merupakan


permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana pada zaman
itulah lahirnya agama Hindu. Setalah beberapa ketika bertapak di Lembah Indus,
menjelang abad ketujuh Sebelum Masihi perhatian masyarakat tersebut beralih
ke Lembah Ganges. Pada zaman ini terdapat golongan pemerintah yang terdiri
daripada golongan raja.Terdapat dua bentuk kerajaan, iaitu janapada atau
kerajaan kecil dan mahajanapada atau kerajaan besar.

Di bawah pemerintahan Chandragupta Maurya, kerajaan-kerajaan kecil ini


telah disatukan. Pada tahun 321 S.M. telah lahir empayar yang pertama di India.
Ini berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya apabila seluruh India uatara
telah disatukan. Dinasti ini mencapai kemuncak kegemilangan pada ketika
pemerintahan Asoka.

170
Lokasi Tamadu Lembah Sungai Indus

Tamadun Lembah Sungai Indus (3000 SM–1500 SM)

Mempunyai jalan raya yang terancang dan sistem perparitan dan


longkang yang tertutup bagi menjamin kesihatan penduduk. Pembinaan kolam
permandian yang air kolamnya boleh dikosongkan dan diisi semula bagi
kegunaan aktiviti keagamaan . Mewujudkan benteng pengawal banjir demi
keselamatan masyarakat. Gudang diwujudkan bukti kemajuan dlm bidang
ekonomi yg digunakan utk menyimpan bijirin.

Berkaitan agama pula Cap Mohor dan gambar menunjukkan seorang


yang duduk bersila seolah-olah membuat yoga. Ditafsirkan sebagai bentuk
pemyembahan terawal masyarakat India. Patung-patung wanita pula
membuktikan penyembahan kepada Dewa Ibu yg amat popular dikalangan
masyarakat Tamil, India Selatan.
171
Dari segi perkembangan Bahasa pula wujud tulisan berbentuk piktografik.
Ini menandakan masyakat India Tamadun Lembah Sungai Indus merekodkan
ilmu mereka melalui kaedah ini. Faktor Pengangkutan melibatkan penemuan
gambar perahu dan kereta lembu, dipercayai sebagai pengangkutan utama pada
masa itu. Penemuan Rangka Manusia Terbahagi kepada 3 jenis iaitu
i)Mediterranean Proto yang kepala panjang hidung sempit ii) Austroloid Proto
yang hidung leper, bibir tebal & kepala pendek. iii) Armenoid yang kepala
melengkung tinggi.

Kesan Peninggalan Tamadun Lembah Sungai Indus

Pencapaian Tamadun Lembah Sungai Indus. Rumah-rumah daripada


batu-batu salai mempunyai bilik air dan perigi. Jalan-jalan berukuran 10 M
lebar. Sistem perparitan dibina selari dengan jalanraya dan tertutup. The
Great Bath berukuran 11.8m panjang, 7m lebar, 2.4m dalam, tangga 2.4m
lebar.

172
Benteng pengawal banjir dibina setinggi 13.1m tinggi bagi menghalang
limpahan air Sungai Indus. Gudang penyimpan bijiran yang besar yang
menunjukkan pertanian dan perdagangan berlaku dengan meluas. Selain
daripada itu Chop mohor bergambar yoga, patung-patung wanita untuk
penyembahan kepada Dewa Ibu dan tulisan piktografik atas ila(va) pohon
kaspa, min (ikan, binatang) serta pengangkutan perahu dan kereta lembu.

173
Kejatuhan Tamadun Lembah Sungai Indus pada tahun 1500 SM atas
beberapa faktor seperti berikut iaitu i) banjir besar. ii)serangan wabak
penyakit yang serius. iii)peperangan antara penduduk Tamadun Lembah
Sungai Indus dan orang-orang Parsi.

Pandangan Semesta

Pandangan semesta yang menerima kepelbagaian, perbezaan dan


pertentangan terserlah pada agama,falsafah,kehidupan sosial dan politik
masyarakat India sejak bermulanya tamadun. Dalam hal tersebut demi
kepentingan bersama terutama dalam meningkatkan perpaduan serta untuk
membangun masyarakat kepentingan diperingkat tertinggi boleh menerima
secara relativisme-pluralisme diperingkat duniawi.

Realiti sosial digambarkan sebagai totaliti berbeza, di mana perbezaan


diterima sebagai sah kerana mereka hilang kepentingan diperingkat tertinggi.
Kontradiksi dibolehkan dalam pemikiran dan pandangan atas alasan untuk
menyesuaikan dalam aspek tertentu.

Tahap Perkembangan Agama:

174
Terdapat tiga tahap perkembangan agama Hindu iaitu Zaman Vedik/Ortodoks,
Zaman Heterodoks dan Zaman Moden.

Agama pada Zaman Vedik.

• Agama mereka dipanggil Sanathara Dharma


• Hindu ialah panggilan yang digunakan oleh orang Parsi.
• Dharma ialah sistem kerohanian/etika.
• Veda ialah Vid bererti pengetahuan rohani dan mengetahui bukan dari
mata kasar. Ia melihat dari dua sudut:
– Objektif – langit, bumi, hujan.
– Subjektif – melihat dengan akal.

Kitab-kitab suci Veda

SAMHITA

• Shukta/matra – mazmur dari Tuhan.


• Brahmana – Cara penggunaan mantra.
• Aranyaka – Ajaran batin dan upacara
keagamaan.
• . Upanishad – Kesimpulan bersifat falsafah.
• Rig Veda, Sama Veda, Yajur Veda, Atharva Veda
SMIRTI

175
• Ajaran dari orang alim dan boleh diubah.

Perkembangan agama Veda

– Poletheisme
• Percaya kepada banyak dewa.
– Henotheisme
• Memuja sesuatu dewa sahaja sebagai manifestasi untuk
semua dewa.
– Monotheisme
• Penyembahan kepada dewa yang satu.
– Monisme
• Segala sesuatu berasal dari Tuhan. Ukta dalam Rig Veda,
Agni dalam Yajur Veda, Mahavrata dalam Sama Veda.
Agama Zaman Heterodoks

• Buddhisme
– Ajaran psikologi, etika berkaitan dengan penghidupan.
– Tidak mengajar hal ketuhanan.
• Jainisme
– Sebab dan akibat menentukan kelahiran semula roh-roh individu.
• Hinduisme Purana
– Reaksi rerhadap Buddhisme dan Jainisme.
– Mahabhrata, Ramayana, Bhagvadgita, Krishna, Rama.

Agama Dan Falsafah

Agama Hindu

Berasal dari Sungai Sindhu (Indus) dan juga dikenali sebagai Sanata
Dharma iaitu peraturan kerohanian yang kekal dan abadi. Mereka mempercayai
wujudnya beberapa tuhan dan tuhan mereka juga mempunyai 3 fungsi iaitu:-

176
i. Mencipta (Brahman)
ii. Memelihara (Vishnu)
iii. Membina (Siva)

Agama Hindu juga mempercayai hukum karma di mana ianya berhubungkait


dengan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati.
Agama Hindu ini pernah mencapai zaman kegemilangan di zaman Gupta 320-
520 M. Agama ini percaya bahawa tuhan mempunyai enam aliran ,iaitu
Saivisme, Vaishnavisme, Saktham, Ganapathyam, Kaumaramdan Saura. Sejak
zaman empayar Maurya, agama ini telah menjadi agama yang penting dan
memaparkan dominasi golongan Brahmin. Agama ini mendapat saingan
daripada agama Buddha terutamanya semasa pemerintahan Chandragupta
Maurya dan Asoka. Kegemilangan agama Hindu muncul pada masa empayar
Gupta.

Penganut agama Hindu juga mempercayai Hukum Karma yang bersabit


dengan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati.
Kelahiran semula adalah bergantung pada Karma dan tujuan hidup pula adalah
untuk mencapai Mosyak, iaitu kebebasan mutlak. Sesiapa yang mencapai tahap
ini akan bersatu dengan Tuhan dan tidak akan lahir lagi ke dunia. Oleh yang
demikian, seseorang itu perlulah berbuat baik semasa hidupnya agar Moksyak
dapat dicapai.

Dalam Tamadun India, mereka mengamalkan sistem monarki atau sistem


beraja di mana mereka mempunyai dua golongan iaitu golongan Ksyatria dan
golongan Brahmin.

Dari segi perundangan, tamadun India mengamalkan undang-undang maharaja


sebagai titah dan perintah pada dinasti Mourya, manakala semasa
pemerintahan Raja Asoka, konsep undang-undang adalah beteraskan kepada
kesejahteraan rakyat.

177
Tamadun ini juga berkembang pada zaman Chandra Gupta Mourya
dengan menyatukan kerajaan kecil di utara India.

Dari segi ekonomi, masyarakat India sememangnya terkenal dengan


aktiviti perdagangan dan perindustrian dan sehingga ke hari ini, kita masih dapat
melihat aktiviti perdagangan yang dilakukan oleh masyarakat India.

Di India juga, mereka menggunakan matawang sebagai cara menguruskan


sistem perdagangan mereka dan mengenakan cukai pada barang-barang
dagangan. Dari segi pendidikan, India mengamalkan agama mereka dengan
merujuk kepada kitab-kitab Veda iaitu kitab yang berasaskan agama Hindu.
Bidang fisiologi yang berkaitan dengan Yoga adalah merupakan kejayaan
tamadun India dalam bidang sains sehingga ianya diiktiraf sebagai cara
perubatan yang berkesan dalam bidang kesihatan sehingga ke hari ini.

Walaubagaimanapun dalam konteks sosial, India masih mengamalkan sistem


kasta sehingga mewujudkan suasana berpuak dalam masyarakat mereka
sendiri.

Agama ini percaya bahawa Tuhan mempunyai enam aliran ,iaitu


Saivisme, Vaishnavisme, Saktham, Ganapathyam, Kaumaramdan Saura. Sejak
zaman empayar Maurya, agama ini telah menjadi agama yang penting dan
memaparkan dominasi golongan Brahmin. Agama ini mendapat saingan
daripada agama Buddha terutamanya semasa pemerintahan Chandragupta
Maurya dan Asoka. Kegemilangan agama Hindu muncul pada masa empayar
Gupta.

Penganut agama Hindu juga mempercayai Hukum Karma yang bersabit


dengan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati.
Kelahiran semula adalah bergantung pada Karma dan tujuan hidup pula adalah
untuk mencapai Mosyak, iaitu kebebasan mutlak. Sesiapa yang mencapai tahap
ini akan bersatu dengan Tuhan dan tidak akan lahir lagi ke dunia. Oleh yang

178
demikian, seseorang itu perlulah berbuat baik semasa hidupnya agar Moksya
dapat dicapai.

Kesan Agama Hindu Dalam Kehidupan Masyarakat

Senibina

- Senibina Hindu bermula dengan pembinaan kuil pada zaman Gupta. Kuil-
kuil menggunakan ukiran Hindu.
- Senibina Buddha bermula pada zaman Maurya, Asoka dan Vedik dengan
menampilkan struktur stupa Buddha.

Kemasyarakatan dan Kekeluargaan

- Mengamalkan sistem kasta di mana masyarakatnya dibahagikan kepada


a. Brahmin – golongan agama dan kerohanian
b. Ksytria – tentera dan keselamatan
c. Vaisya – peniaga
d. Sudra – petani
- Terdapat 4 peringkat kehidupan (ASRAMA). Kitab Jabala Unapishad
menjelaskan 4 peringkat tersebut iaitu:
a. Brahmacarya
b. Ghastra
c. Vanaprahasta
d. Sannayasa

- Kaum wanita mendapat tempat istimewa dalam masyarakat sejak zaman


tamadun Lembah Indus dan dikenali sebagai Mother Goddes.
-
Ilmu Sains dan Matematik

179
a. Fizik dan Kimia – konsep jirim diperkenalkan. Ala mini terdiri dari 5 elemen
iaitu tanah, angin, api, air dan angkasa.
b. Perubatan- perkembangan bidang Fisiologi, pembedahan, seni
pernafasan (Yoga), reproduksi manusia, farmakalogi, perubatan binatang.
Buku perubatan terkenal ialah Cakara dan Susruta.
c. Matematik – menggunakan kaedah tali (Sulvasutra). Menggunakan
konsep Geometri dalam upacara-upacara agama. Memperkenalkan
sistem perpuluhan. Karya matematik yang terkenal ialah Bakshali dan
Aryabhatiya.
d. Astronomi – India pelopor bidang astronomi. Unsur matahari, bulan,
bintang dianggap sebagai Tuhan. Dalam kitab Rig Veda ada keterangan
mengenai lintasan matahari dibahagikan kepada 12 bahagian dan satu
bulatan dibahagikan kepada 36 bahagian yang bermaksud 360 hari dalam
setahun iaitu 12 bulan.

Bahasa dan Sastera

- Masyarakat Indo-Arya (bahagian utara) – bahasa Sanskrit.


- Masyarakat Dravidia ( bahagian selatan) – bahasa Tamil.
- Terdapat dua jenis kesusasteraan berdasarkan bahasa Sanskrit dan
bahasa Dravidia.
- Karya-karya epik yang utama ialah Ramayana, Mahabrata dan
Buddhacharita.
- Tema-tema yang dibincangkan
a. Ramayana – peperangan antara Rama dan Ravana
b. Mahabrata – peperangan antara Kaurava dengan Pandara
c. Arthasastra – aspek-aspek politik, ekonomi, pengurusan,
kesejahteraan negara dan ketatanegaraan.

180
Nilai Moral Dalam Pelbagai Tamadun-Tamadun India

Nilai moral dalam tamadun India didasari agama Hindu - percaya kpd doktrin
karma. Ia membolehkan seseorg melakukan kebaikan & kebajikan - kebenaran
mutlak, kebersihan badan & fikiran, jauhi kejahatan & kekerasan. Amalan moral
tamadun ini juga dipengaruhi oleh;

i- Kesusasteraan Vedik – kitab-kitab Veda, Brahmana dan Upanishad

ii- Kesusasteraan Epik – Mahabrata dan Ramayana.

Antara nilainya;

i. Menolak kemewahan hidup

ii. Suami mesti menyayangi isteri

iii. Dilarang minum arak

iv. Mentaati ibubapa

v. Menguasai nafsu

vi. Keadilan dlm pemerintahan

Pengaruh Tamadun India Kepada Perkembangan Kemanusiaan.

Keagamaan dan Kepercayaan

181
Agama Hindu dan Buddha telah diterima dan berkembang luas di Asia

Tenggara.Dimana dibahagian utara Asia Tengara dimonopoli oleh agama


Buddha walau bagaimanapun kerajaan melayu Champa adalah beragama hindu
dan meningalkan kesan kesan peradaban Melayu-Hindu seperti Angkor wat di
Jawa terdapat Chandi Bourbodor di semenanjung Tanah Melayu terdapat
Chandi Lembah Bujang dan Kerajaan Sriwijaya di Pulau Sumatra.Dalam
Tamadun China juga dapat dilihat kesan kesan pengaruh Tamadun India dimana
Sebahagian Besar Masyarakat China adalah beragama Buddha.Ini terjadi
berikutan Terjalin hubungan dagang antara masyarakat india dan china. Berlaku
Sinkritisme antara agama Hindu-Buddha dan kepercayaan masyarakat pribumi.

Kesenian dan Hiburan

Paling berkesan dari segi senibina khususnya dalam pembinaan Candi

dan Kuil. Contohnya seperti Angkor Wat, Candi Borobudur.Selain itu


Persembahan Wayang kulit juga adalah bukti yang jelas kesan pengaruh
Tamadun India.Cerita wayang kulit adalah adaptasi dari kitab Mahabratha dan
Ramayana

182
183
Bahasa dan Kesusast eraan

Masyarakat Asia Tenggara menggunakan bahasa Sanskrit

sehinggalah kedatangan agama Islam. Buktinya melalui penemuan

prasasti-prasasti Talang Tuwo/Kedukan Bukit yang menggunakan bahasa

Sanskrit.Terdapat penggunaan bahasa Sanskrit seperti syurga, neraka,

Sembahyang dan sebagainya. Kemasukan epik terkenal seperti Ramayana dan


Mahabrata. Ia dikenali dengan nama yang berbeza di Thailand (Ramakien),
Tanah Melayu (Hikayat Seri Rama), manakala karya Mahabrata juga dikenali
dengan pelbagai nama seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa,
Hikayat Panca Delima dan Hikayat Sang Boma dan karya sejarah agung iaitu
Negarakertagama.

Pemerintahan dan Kerajaan

Kemunculan kerajaan di Asia Tenggara seperti Funan, Chenla, Angkor,

Sukhotai/Ayuthia, Langkasuka, Tambaralinga, Folo-an, Kedah Tua/Gangga

Negara, Mataram, Singgasari, Majapahit dan Srivijaya.

Idea Polit ik dan Berkerajaan Konsep “kosmologis” yang meletakkan raja di


tempat yang teratas. Raja dianggap sebagai penjelmaan Dewa Vishnu dan Siva.
Dalam peradaban berkerajaan Melayu Raja tidak boleh disentuh.Raja dianggap
Berdaulat jika ada yang derhaka akan terkena daulat raja. Pemerintahan raja

184
yang berpandukan kepada kitab-kitab perundangan dalam pemerintahan. Kitab-
kitab ini adalah mengambil beberapa aspek dari sistem perundangan Hindu
seperti Kitab Dharmasutra/Hukum Kanun Manu.

Pengaruh India terhadap budaya Melayu

 Sebelum kedatangan agama Islam di tanah Melayu, masyarakat Melayu


dipengaruhi oleh konsep ketuhanan agama Hindu.
 Semangat pemujaan adalah dipengaruhi oleh kejadian alam sekeliling.
Contohnya:
- Semangat Angin(Mambang Angin)
- Semangat Air(Hantu Ayer)
- Semangat Matahari(Mambang Kuning)
 Hikayat-hikayat Melayu banyak dipengaruhi oleh kepercayaan agama
Hindu.Contohnya Hikayat Marong Mahawangsa
 Anamisme
 Semangat dan roh itu harus dihormati dan dipuja agar ketenteraman
manusia tidak diganggu, contohnya memuja roh nenek moyang.
 Unsur-unsur alam juga dipuja seperti air, api, pokok, matahari, bulan dan
bintang.

Pengaruh India Pada Masa Kini

 Makanan- rempah ratus


 Pakaian- sari
 Adat istiadat diraja
 Tamadun India agak unik jika dibandingkan dengan tamadun asia yang
lain. Ini kerana pengaruhnya begitu menyeluruh dari aspek politik, dan
sosial. Walau bagaimanapun, di Tanah Melayu/Malaysia secara amnya

185
pengaruh agama Hindu tidak kekal, begitu juga dengan pengaruh budaya
India semakin dipinggirkan.

Kesimpulan

Tamadun India adalah salah satu tamadun yang terawal dalam sejarah
peradaban manusia. Seperti mana tamadun-tamadun lain di dunia, Tamadun

186
India terhasil atau pun wujud hasil daripada dokongan agama, iaitu agama
Hindu. Di atas kepercayaan dan pengamalan agama Hindu wujudlah aspek-
aspek ketamadunan seperti kewujudan bandar-bandar, hasil-hasil seni, kota
pemakaman, kuil-kuil Hindu, ukiran-ukiran patung yang merupakan manifestasi
daripada ajaran agama itu sendiri.

Hubungan perdagangan yang meluas telah membawa bersama


barangan, agama, kebudayaan, kesenian, dan hiburan tamadun India keseluruh
pelusuk dunia. Kesan daripada hubungan dagang ini berjaya mengasimilasikan
aspek ketamadunan India dalam bangsa-bangsa yang berhubung dagang
dengan India. Ini dapat dilihat dari segi anutan agama Buddha yang tersebar
sehingga ketimur jauh. Manakala kesan- kesan peninggalan binaan kuil-kuil dan
candi-candi boleh dilihat hampir diseluruh Asia Tenggara.

Tamadun India agak unik jika dibandingkan dengan tamadun asia yang
lain. Ini kerana pengaruhnya begitu menyeluruh dari aspek politik, dan sosial.

Di Tanah Melayu/Malaysia secara amnya pengaruh agama Hindu tidak kekal,


begitu juga dengan pengaruh budaya India semakin dipinggirkan. Walau
bagaimanapun, kesan kesan pengaruh Tamadun India dapat disaksikan hingga
kini dalam bentuk adat resam, agama, monument yang tersebar luas di hampir
keseluruh Asia Tenggara dan Asia Timur.

187
Bibliografi

Tamadun India:

1. Basham, Al. 1971. The wonder that was India. Canberra: Fontana and
Jackson.Chattopadhyaya, D.P. 1964. India Philosophy: A Popular
Introduction. New Delhi: People‟s publication House.
2. Devahuti, D. 1965. India and Ancient Malaya. Singapore: Eastern
Universities Press.
3. Devaraja, N.K. 1967. The Mind and Spirit of India. Delhi: M.
Banarsidass.
4. Rajakrishnan, R. dan M. Rajantheran. 1994. Pengantar Tamadun
India. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.
5. Besham, A.L., The Wonder That Was India , 3 rd Ed. London,1967.
6. Majumdar, R.C., et. An Advanced History of India , New Delhi,Calcutta,
Bombay Madras, Macmillan India, 1967.
7. Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan,Tamadu
n Dunia , Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1999.
8. Raja Krishnan, R. dan Rajantheran,M, Pengantar Tamadun India
,Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1994.
9. http://sukosenseirekishi.blogspot.com/2008_01_20_archive.html
10. www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cgi?id=352
11. www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cgi?id=380
12. www.scribd.com/doc/4426793/KULIAH-3-TAMADUN-INDIA
13. www.scribd.com/doc/2763969/Sejarah-Seni-Islam-Zaman-Umayyah
14. www.ppl.upm.edu.my/index2.php?option=com_docman&task=doc_vie
w&gid=2552&Itemid=176
15. www.idesa.net.my/modules/news/print.php?storyid=1007
www.slideshare.net/azira74/tamadun-india-presentation-715819

188
Matapelajaran Tamaddun Islam dan Tamaddun Asia ( TITAS )
Interaksi Tamadun Asia Dan Relevensinya Di Malaysia
Dan Dunia
(Tamadun Jepun)
UNIT 11
Sumbangan Tamadun Jepun,dari aspek agama dan
pendidikan yang releven kepada Malaysia:
11.1. Sejarah Tamadun Jepun
11.2. Nilai-nilai etika dan masyarakat Jepun

Pendahuluan

- Jepun juga dikenali sebagai „Nippon” atau „Nihon” yang bermaksud „Tanah
Matahari Terbit”. Jepun terdiri dari 4 buah pulau utama iaitu:
a. Honshu
b. Hokkaido
c. Kyushu
d. Shikoku

Jepun mempunyai 4 musim yang berbeza iaitu:


a.Musim bunga
b. musim panas
c. musim gugur
d. musim sejuk

11.1 SEJARAH TAMADUN JEPUN

Sejarah ketamadunan Jepun dapat dibahgikan kepada:

a. Zaman Awal
b. Zaman feudal dan pertengahan
c. Zaman Moden

189
a. Zaman Awal

- Zaman awal ini dipanggil sebagai Jomon (800-300 s.m.)Jomon merujuk kepada
sejenis tanah liat yang banyak digunakan untuk membuat peralatan.
- Manusia zaman ini hidup secara nomad dan primitive. Menggunakan peralatan
batu dan tanah liat, berburu, menangkap ikan, binatang liar sebagai pekerjaan.

- Zaman kedua ialah Zaman Yayoi – zaman perkembangan tamadun tahap


kedua. Berlaku perubahan dalam pertanian – penanaman padi. Berlaku
penciptaan saliran, pembuatan alatan logam, pemilihan tanah sesuai untuk
pertanian, penyimpanan makanan dan penentuan musim.
- Kekayaan dan kemewahan mula dikecapi – bermula pengumpulan harta
kekayaan,
kekuasaan dan pengaruh.
- Muncul puak yang paling berpengaruh – puak Yamatomo (menyembah Dewi
Amateresu-Omikami – Dewi Matahari).

b. Zaman Feudal dan Pertengahan


- Bermula pada zaman pemerintahan Kamakura (1185-1338 s.m.)
- Sistem feudal bermula apabila wujudnya pemilikan tanah dan ladang-ladang
oleh individu. Pemilikan tanah dan ladang-ladang secara persendirian ini pula
terlepas dari kawalan pihak kerajaan.
- Tuan-tuan tanah ini dikenali sebagais yo dan mereka berhak memungut cukai
dan hasil daripada ladang. Kesannya kuasa Maharaja telah berpindah kepada
tuan-tuan tanah tersebut.

- Muncul golongansamu rai/bu ke yang amat ditakuti oleh rakyat. Golonganbuke


ini
pula patuh kepadash ogu n yang berkuasa iaitu Keshogunan Kamakura.

- Dalam sejarah Jepun, orang yang bertanggungjawab memperkenalkan sistem


feudal

190
ialahYori tomo. Melalui sistem ini dilantikbu ke yang berperanan memungut cukai
dari
syo (tuan tanah). Pegawai-pegawai yang dilantik memberi kesetiaan penuh
kepada
Shogun. Inilah yang berlaku pada zaman feudal sejak tahun 1600-1868 di mana
kuasa
Maharaja disingkirkan dan pemerintahan dikuasai oleh paras hogun yang
mengamalkan
sistem feudal.

KRONOLOGI ZAMAN FEUDAL DI JEPUN

Zaman Kamakura

Keluarga Fujiwara

Keluarga Taira

Keluarga Minamoto

Tentera Hojo

Maharaja Go Daigo

Ashikaga Takauji

Sengoku Jidai

Shogun Tokugawa

191
11.2 NILAI-NILAI ETIKA DAN MASYARAKAT JEPUN

Nilai-nilai utama Yang Diamalkan oleh Masyarakat Jepun

a. Mura Ishiki – kesedaran sekampung


b. On atau giri-ninjo – hutang budi dan membalas budi.
c. Budaya malu
d. Perikemanusiaan (nasake)
e. Wa (kerukunan)
f. Menepati janji dan berdisiplin
g. Cintakan ilmu – budaya ilmu dalam masyarakat Jepun ialah mereka
menjunjung tinggi dan mempunyai sikap hormat kepada pelajaran dan
mempunyai sikap ingin tahun yang mendalam terhadap maklumat-maklumat.

Budaya Ilmu Dalam Masyarakat Jepun

Budaya ilmu (budaya cintakan ilmu) telahpun wujud sejak zaman Meiji (1860-an -
1880an). Pada akhir tahun 1888, terdapat hamper 30,000 pelajar yang
menghadiri 90 buah sekolah swasta di Tokyo. 80% daripada pelajar ini datang
dari luar bandar. Pelajar miskin dibiayai oleh biasiswa pemberian tuan tanah dan
hartawan.

Dalam memajukan pendidikan di Jepun, para remaja dan pelajarnya disajikan


dengan
kisah kejayaan dari Timur dan Barat. Contohnya buku Yukichi
Fukuzuwa,Galakan
Pelajaran dijual sebanyak 600 000 naskah pada tahun 1882. Buku tersebut
menyatakan:
”Manusia tidak dilahirkan mulia atau hina, kaya atau miskin, tetapi dilahirkan
sama dengan yang lain. Sesiapa yang gigih belajar dan menguasai ilmu dengan

192
baik akan menjadi mulia dan kaya, tetapi mereka yang jahil akan menjadi papa
dan hina”.

Falsafah/Agama Masyarakat Jepun

Terdapat 3 agama yang sangat berpengaruh dalam masyarakat Jepun. Agama-


agama tersebut ialah:

a. Shintoisme
b. Buddhisme
c. Konfusianisme

a. Agama Shinto

-Agama khas bagi masyarakat Jepun. Shinto bererti “Jalan Tuhan‟ (kami-no-
michi).
Shinto berkait rapat dengan negara, bangsa dan alam Jepun dan merupakan
symbol perpaduan dan kesetiaan kepada maharaja dan negara.

-Konsep Tuhan dan Dewa Dewi (kami) agak kabur. Terdapat 8 juta Dewa Dewi.
-Dewi Matahari (Amaterasu-omi-kami)adalah Tuhan yang besar dan Maharaja
Jepun dipercayai dari keturunan Dewi Matahari.
-Tidak mempunyai nabi/pengasas/kitab suci.
-Pendeta Shinto telah menyusun/menulis kitab untuk rujukan –Shinto Gabusho /
Lima Buku ajaran Shinto.
- Tidak ada falsafah dan etika.
- Semangat berkorban untuk Maharaja/Tuhan ditanamkan ke dalam jiwa setiap
rakyat.

193
b. Buddhisme
-Mendapat tempat yang kukuh semasa pemerintahan Putera Shotoku pada 592
s.m. di mana Buddhisme telah dijadikan sebagai agama rasmi.
-Ajaran Buddhisme ini diterapkan dalam Perlembagaan 17 Artikel (mengandungi
pelbagai aspek ajaran Buddhisme dan Konfusianisme)yang mewajibkan
kakitangan kerajaan mematuhinya.
-Beliau juga menekankan pentingnya ajaran Buddha dan menjunjung tinggi “Tiga
Harta Suci” iaitu Buddha, Dharma dan Sangha, menghantar pelajar ke China
untuk mempelajari Buddha dan menulis 3 buah buku mengenai ajaran Buddha.
-Buddha Zen adalah ajaran yang paling mendominasi masyarakat Jepun di
mana ia merupakan salah satu hasil himpunan alam fakir China yang tidak ingin
kepada corak falsafah dan lebih kepada penerangan.

c. Konfusianisme
- Ajaran ini diminati kerana memberi penekanan kepada moral. Ajaran ini juga
terkandung dalam Perlembagaan 17 Artikel.
- Pada zaman Shogun Tokugawa ajaran ini menjadi asas dalam pembinaan
negara.

11.3 MASYARAKAT JEPUN DAN MODENISASI

Pendahuluan

-Masyarakat Jepun mengalami proses modenisasi melalui beberapa tahap iaitu


dari zaman Tokugawa hingga ke zaman Meiji dan moden. Hasil daripada proses
modenisasi, Jepun menjadi sebuah negara maju.
-Zaman moden Jepun mempunyai hubungan erat dengan Barat. Ini berlaku
apabila Jepun terpaksa membuka dasar tutup pintu kepada dunia luar melalui

194
Perjanjian Kanagawa pada Mac 1854 yang mana Jepun terpaksa membuka
pelabuhan Shimoda dan Hakodate kepada Amerika Syarikat, diikuti Britain
(Oktober 1854) , Russia (Febuari 1855) dan Belanda (November 1855).
-Proses modenisasi pada peringkat awal dilakukan dalam skop agama Shinto,
Buddhisme dan Konfusianisme. Pada tahap ini tamadun dari Barat dicanai begitu
rapi sehingga tamadun yang dihasilkan adalah bersifat keJepunan. Keadaan ini
dapat dilihat semasa pemerintahan Kesyogunan Tokugawa.
- Jepun mula masuk ke zaman moden bermula dari zaman Reformasi Meiji
(1868-
1912) dalam pelbagai aspek – politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

a. Politik
-Meiji mengembalikan semula kuasa politik kepada Maharaja Jepun dan pusat
pentadbiran dipindahkan dari Kyoto ke Edo (Tokyo).

-Menghapuskan sistem feudal yang selama ini dipraktikkan oleh Kesyogunan


Tokugawa.
-Reformasi politik – sistem demokrasi. Pengenalan Dokumen Gokajo no
Goseimon (Carta Pengakuan Lima Artikel). Maharaja adalah pemerintah tertinggi
dan penubuhan Parlimen yang dipanggil Diet yang terdiri dari Dewan
Bangsawan dan Dewan Rakyat.
-Meiji mencontohi negara Barat. Meiji mengambil contoh kekuatan ketenteraan,
pengenalan sector industri pertahanan seperti senjata dan pembuatan kapal
perang.

b. Pendidikan
-Meiji juga mengadakan reformasi pendidikan. Pelajar-pelajar dihantar ke Barat
untuk mempelajari ilmu sains dan teknologi, mengimport tenaga professional
daripada Barat, mendirikan pusat-pusat pengajian berasaskan sains dan
teknologi di samping bidang-bidang lain.

195
c. Ekonomi
- Modenisasi di bidang ekonomi – ekonomi moden berasaskan Kapitalisme
khususnya industri. Juga menggalakkan pertanian dan penghapusan cukai serta
pembinaan saliran.

d. Sains dan Teknologi Jepun


-Pembangunan teknologi Jepun – technological follower kepada technological
leader.
-Meminjam, mengubahsuai dan mengkomersialisasikan teknologi asing kepada
inovasi asli mereka.
-Jepun adalah technological leader di dalam pengeluaran berbagai produk –
optik
gentian, semi-conductor, bahan-bahan komposit, perlatan-peralatan mesin,
keperluan komputer dll.

f. Etika Kerja Jepun


-Dedikasi
-Menepati masa
-Prinsip perniagaan yang teguh
-Profesionalisme
-Mengubahsuai idea

g. Pengurusan Jepun

Terdapat 4 prinsip asas

196
a) Sesiapa sahaja yang berupaya melakukan tugasannya dianggap bijak dan
dapat
meningkatkan produktiviti dan kualiti tugasannya.
b) Berilah peluang kepada pekerja untuk meningkatkan kualiti kerja mereka.
c) Ahli-ahli dalam satu koperasi membentuk satu keluarga besar
d) Kumpulan kerja itu lebih mustahak daripada individu pekerja.

Konsep Kaizen

-Dilaksanakan bagi melahirkan semangat yang berterusan untuk memperbaiki


hasil kerja di kalangan pihak pekerja.
-Ia adalah satu proses penambahbaikan yang berterusan bagi mencapai tahap
prestasi yang lebih tinggi dari semasa ke semasa

Konsep Mottainai
-Konsep paling penting dlm. Masyarakat Jepun.
-Maksudnya segala harta di dunia adalah pembaziran atau anugerah drp. Tuhan.
Manusia sebagai pentadbir dan menguruskan harta-harta yang dipinjamkan
tersebut dengan efektif tanpa pembaziran. Jika membazir ia dianggap satu
kesalahan besar.

11.4 Budaya Kerja Islam dan Jepun Suatu Perbandingan

Budaya kerja dan konsep masa (Asr)


“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian , kecuali orang-orang
yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik dan salig berpesan satu sama
lain dengan kebenaran serta bersabar.”
(surah al-Asr :1-3)
“Maka apabila engkau telah selesai sesuatu pekerjaan maka tegaklah. Dan
hanya

197
kepada Tuhanmu hendaklah engkau berharap.” (94:7-8)

Menurut Hamka: ayat tersebut :


Sentuh ttg disiplin kerja
Kerja sungguh-sungguh
Jgn bertangguh
Jgn jadikan keletihan sbg alasan

Kerja dan Hijrah


“sesiapa yang berpindah dari negerinya kerana Allah, nescaya akan memperoleh
tempat kediaman serta penghasilan yang banyak di muka bumi ini.”(4:100)

Berhijrah bermakna bergerak dari suatu tempat yang merangkumi:


a. perubahan fizikal dan mental
b. Mencari keadaan yg lebih baik sama ada aspek spiritual dan mental.
-Di akhir tahun 1980-an di kawasan ASEAN, masyrakat cina berjaya
mengumpulkan lbh RM200b dengan bil. 40 juta orang sahaja.
-Di Indonesia: Cina 3.5juta/ 2.1% drpd 170 juta penduduk.- menguasai korporat
yg
besar.

Penggunaan Sumber
“… makan dan minumlah dan jangan berlebih-lebihan.”
(al-A‟raf:31)

Kecekapan dan sistematik


“sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang di jalanNya dalam barisan
yang
teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.(al-
Saff :4)

198
Kerja dan Perubahan

Konsep Perubahan Dalam Islam


….”Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum
sehingga
mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri…..”

Keterangan Ayat di atas ialah:


-Perubahan sikap
-Sentiasa memperbaiki mutu kerja
-Mesti berusaha untuk berjaya
-Tidak boleh malas/berpeluk tubuh
-Mesti berikhtiar

Kesimpulan

Jepun merupakan antara negara Asia yang maju dan setanding dengan negara
barat. Apa yang penting ialah kegigihan masyarakat Jepun membangunkan
negara dan ekonomi mereka perlu dijadikan contoh kepada negara Asia yang
lain. Ini selari dengan apa yang digariskan oleh Al-Quran iaitu ...”Allah tidak akan
mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa
yang ada pada diri mereka sendiri…..”

199
Matapelajaran Tamaddun Islam dan Tamaddun Asia ( TITAS )
Isu-Isu Kontemporeri Tamadun Islam Dan Tamadun Barat
– Hegemoni Barat Dan Globalisasi.

12.1. Hegemoni Barat dan Globalisasi:


UNIT 12 12.2. Media
12.3. Ekonomi
12.4. Politik
12.5. Sosial
12.6. Hak Asasi Manusia

PENGENALAN

Abad ke-20 membawa kepada bermulanya perkembangan pesat sains dan


teknologi maklumat yang luar biasa. Kepesatan yang begitu eepat dan eanggih
ini berjaya menciptakan peradaban moden yang menjanjikan pelbagai kemajuan
dan kemudahan, sekaligus memenuhi segala tuntutan arus kemodenan.

Pelbagai alat sains dan teknologi maklumat berjaya dihasilkan dan kehidupan
manusia bertambah mudah dengan segala keeanggihan ini. Namun, dalam
manusia leka dengan limpahan kemewahan dan kemajuan ini, penghujung abad
ke-20 juga telah diwarnai oleh pelbagai bene ana dan kemelut yang meresallkan
hampir semua bidang kehidupan so sial, politik, ekonomi dan sebagainya yang
juga sedikit sebanyak berpunea dari keeanggihan teknologi maklumat serta
sains teknologi ciptaan manusia.

Abad 21 telah pun berada di hadapan kita, seiring dengan kelajuan proses
globalisasi dan dukungan kuat teknologi maklumat dan revolusi komunikasi yang
menjadikan kehidupan manusia semakin pantas dan kompleks. Namun, di
sebalik kehidupan manusia yang pantas dan serba eanggih ini, kita menyaksikan

200
kemelut kemanusiaan pada saat kritikal dan tragis, wabak penyakit yang
menular, terrorisrne global, perang saudara yang'berterusan dan pelanggaran
hak asasi manusia. Sana-sini dipaparkan di dalam media eetak dan elektronik
kehidupan manusia semakin tragis dengan semakin hebatnya arus kemodenan
dunia.

Apabila diimbas kembali akan kehebatan Islam dalam menguasai dunia


semenjak zaman Nabi Muhammad SAW hinggalah kepada kejatuhan kerajaan
Islam Sepanyol, kita melihat bahawa dunia hidup dalam era yang aman kerana
tiadanya dasar penguasaan globalisasi Barat. Namun, kebangkitan tamadun
Barat mula menampakkan taringnya selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol
sekaligus telah membuka era baru kepada dasar penguasaan Barat terhadap
negara lain terutamanya negara Islam melalui dasar globalisasi ala-Barat yang
diwar-warkan ke seluruh dunia. Inilah yang membawa kepada permulaannya
dominasi barat atau disebut sebagai hegemoni Barat.

Fenomena yang disebut sebagai hegemoni Barat ini ialah apabila Barat
menggunakan kuasanya sebagai kuasa terbesar dunia untuk menguasai politik,
ekonomi, budaya, pemikiran, teknologi dan lain-lain. Dan yang paling dahsyat
apabila' Barat menggunakan kuasa tenteranya untuk menguasai negara yang
tidak sehaluan dengannya. Sebagai kesannya, tindakan membalas dendam
seeara keras juga tidak dapat dibendung lagi dan di sinilah timbul isu keganasan
dan terrorism yang selalunya ditujukan kepada pejuang Islam.

KEMUNCULAN TAMADUN BARAT

Munculnya tamadun Barat ini adalah rentetan daripada dua tamadun awal utama
iaitu tamadun Yunani atau Greek (muncul 200 sebelum Masihi) dan tamadun
Rom (sekitar 753 sebelum Masihi). Oleh itu, tamadun Barat merupakan tamadun
yang berteraskan kepada pemikiran dan falsafah tamadun Yunani dan Rom

201
(Azhar Muhammad & Abdullah Sulong, 2005 : 95).

Tamadun Yunani adalah tamadun yang berasal dari tamadun terawal Barat iaitu
tamadun Aegean dan tamadun Yunani ini muncul selepas kemunculan tamadun-
tamadun yang lebih awal seperti tamadun Mesopotamia dan Mesir. Masyarakat
dalam tamadun Yunani mempunyai pencapaian yang hebat dari sudut politik, so
sial dan ekonomi. Tamadun Yunani telah dapat mencipta banyak ilmu falsafah
yang menjadi as as kepada falsafah Eropah atau falsafah Barat itu sendiri.

Politik Yunani adalah berdasarkan suasana politik yang demokrasi. Sesuai


dengan suasana politiknya yang bersikap terbuka dan demokrasi, tamadun ini
telah menghasilkan ramai ahli falsafah yang terkemuka dan dikenali sehingga ke
hari ini. Antara mereka yang terkenal ialah Socrates, Plato dan Aristotle.
Socrates mempunyai ajaran falsafah yang tidak pernah ditulis sebaliknya
diaksikan dalam perbuatan. Ajaran falsafah Socrates berpegang kepada "soal
jawab adalah jalan untuk memperoleh pengetahuan". Plato yang banyak belajar
dari Socrates telah banyak menghasilkan karya dan buku. Bukunya yang
bertajuk Republic merupakan buku panduan akhlak yang memandang ahli-ahli
falsafah sebagai pemimpin yang terbaik kerana berpegang kepada etika.
Aristotle yang banyak menimba ilmu daripada Plato dan juga guru kepada
Iskandar Zulkarnain (Alexander the Great) merupakan orang yang pertama
memperkenalkan cara berfikir yang teratur dan kaedah saintifik dalam mencari
kebenaran (Muhammad Kamlin, 1986: 38).

Zaman penguasaan negara kota Yunani oleh Iskandar Zulkarnain dari


Makedonia menandakan bermulanya Zaman Graeco-RomjHelenistik (323-146
S.M.). Zaman Helenistik ini adalah merujuk kepada perluasan dan penyebaran
pelbagai pencapaian tamadun Yunani seperti idea, falsafah, teori politik, budaya
dan bahasa ke dunia luar iaitu selepas kematian Iskandar Zulkarnain. Kemudian,
pemerintahan kerajaaD Yunani diambil alih oleh tiga orang jeneral di tiga buah
kerajaan yang berlainan iaitu kerajaan Ptolemaic di bawah Ptolemy I, kerajaan

202
Antigonid di bawah pimpinan Antigomus Gonates dan kerajaan Selecuid di
bawah pimpinan jeneral Seleucus. Kerajaan inilah yang membantu
memperkembangkan lagi kebudayaan Yunani ke luar dari kawasan asalnya
(Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan, 2001 : 160).

Empayar Rom dimulai oleh Augustus yang menguasai dunia Rom dari tahun 27
S.M. hingga tahun 14 M. Ketika ini empayar Rom telah melangkah ke zaman
kegemilangan dan digelar sebagai Pax Romana yang bermaksud Keamanan
Rom kerana selama 200 tahun keamanan wujud di Rom. Kerajaan Rom mampu
berkembang sebagai sebuah empayar meliputi. tiga buah benua Asia, Utara
Afrika dan Eropah. Keseluruhan Eropah disatukan di bawah satu tampuk
pemerintahan walaupun penduduknya terdiri daripada pelbagai suku bangsa
yang membawa kepada permulaan negara dunia (Sivachandralingam Sundara
Raja & A yadurai Letchumanan, 2001 : 164-165).

Kejatuhan empayar Rom pada tahun 476 M menyaksikan kemunculan kerajaan-


kerajaan orang gasar dalam batasan empayar Rom. Di Barat pada tahun 800 M
muncul empayar Rom Sud yang diasaskan oleh seorang pemimpin gasar
berketurunan Frank, Charlemagne. Empayar ini merupakan satu usaha untuk
mengembalikan kegemilangan empayar Rom (Sivachandralingam Sundara Raja
& A yadurai Letchumanan, 2001 : xxi). Dengan tercetusnya Perang Salib (1096-
1291 M) antara orang Islam dan Kristian untuk merebut Tanah Sud Jerusalem
telah membuka peluang kepada penduduk Barat dan Eropah melihat kemajuan
orang Islam.

Sebagai kesan daripada Perang Salib membawa kepada munculnya zaman


Renaisans pada abad ke-14 dan 15 M. Renaisans telah melahirkan nilai-nilai
humanisme, individualisme, sekularisme yang merangsangkan Eropah kepada
kemajuan-kemajuan yang lebih pesat. Ia juga membawa kepada perkembangan
semangat nasionalisme dan pembentukan negara bangsa seperti England,

203
Sepanyol dan Portugal (Sivachandralingam Sundara Raja & A yadurai
Letchumanan, 2001 : xxi). Kemunculan negara bangsa ini membawa kepada
perkembangan ekonomi kebangsaan yang disebut merkantilisme yang
menyebabkan persaingan dalam perdagangan, galakan kepada dptaan dan teori
baru yang akhirnya membawa kepada Revolusi Sains.

Kesan langsung Revolusi Sains ialah Revolusi Intelektual di mana


masyarakatnya lahir dengan idea-idea yang terbuka dan berdasarkan
perlembagaan. Kesannya muncul negara berperlembagaan di England.
Perubahan-perubahan politik ini menyediakan suasana yang baik bagi
perkembangan ekonomi dan sosial di Eropah pada abad-abad berikutnya.

INTERAKSI TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN BARAT

Pertembungan Tamadun Islam dengan tamadun Barat adalah melalui beberapa


saluran seperti perniagaan, peperangan, diplomatik, kebudayaan dan pusat
pengajian. Orang Arab memang terkenal dalam bidang perniagaan sebagaimana
Nabi Muhammad SAW sendiri adalah contoh utama dalam bidang perniagaan.
Baginda pemah berniaga hingga ke negeri Syam (Syria). Sewaktu di Syam,
baginda sempat melihat tamadun orang Kristian di sana.

Hubungan Tamadun Islam dengan tamadun Barat dan Eropah menjadi semakin
dekat apabila muncu1nya pemerintahan Islam di kawasan Afrika Utara.
Sempadan antara Afrika Utara dengan Eropah hanyalah Laut Mediterranean di
mana melaluinya orang Islam merentas ke Sepanyol dan Sicily seterusnya ke
Portugal serta selatan Perancis. Malah Sepanyol dan Sicily dikatakan menjadi
pintu masuk kepada elemen-elemen daripada tamadun Islam dan Eropah kerana
di situlah berlakunya pertembungan kebudayaan dan intelektual (Azhar
Muhammad & Abdullah Sulong, 2005 : 98). Kaum pedagang, para intelek dan
tokoh-tokoh agama daripada kedua-dua pihak sering berulang-alik antara negeri-

204
negeri tersebut. Di situ terdirinya institusi pendidikan dan perpustakaan yang
dilengkapi buku ilmiah hasil karangan tokoh-tokoh Islam.

Banyak pelajar dari Eropah dan Barat yang mengikuti pengajian dan pendidikan
di institusi pendidikan Islam ini antaranya di Andalusia dan Toledo. Selain us aha
pelajar, penduduk tempatan yang beragama Islam yang dinamakan Mudejars
yang berada di bawah pemerintahan kerajaan Kristian di Eropah turut
memindahkan ilmu pengetahuan Islam pada masyarakat Barat.

Perkembangan Tamadun Islam di bahagian Barat sejajar dengan perkembangan


Tamadun Islam di sebelah timur yang yang berpusat di Baghdad kerana tokoh-
tokoh Islam di kedua-dua pihak sering berulang-alik. Di Baghdad telah didirikan
Bait al-Hikmah iaitu institusi yang menterjemah karya ilmiah daripada bahasa
Yunani seterusnya diperkembangkan oleh orang Islam dan dipindahkan ke Barat
(Mahayudin Haji Yahaya, 2001 : 378). Era kecemerlangan Tamadun Islam
berlangsung seiring dengan Zaman Kegelapan (Dark Age) di Eropah. Semasa
Tamadun Islam berada dalarn kegemilangan, tamadun Barat masih dalam
keadaan yang mundur. Tetapi proses penghijrahan dan perpindahan ilmu Islam
ke Barat telah merubah segalanya. Proses perpindahan ilmu secara aman
menerusi penubuhan banyak institusi pendidikan Islam di Barat akhirnya telah
berubah secara perang dengan berlangsungnya Perang Salib.

Perang Salib yang berlaku antara orang Kristian Eropah dengan orang Islam
selama 200 tahun lamanya antara tahun 1097 hingga 1270 Masihi telah
meninggalkan kesan yang begitu mendalam. Perang yang berlaku di Palestine,
Sepanyol dan Sicily telah berjaya memindahkan khazanah ilmu ke Eropah yang
menjadi faktor kepada era kebangkitan di sana (Renaissance). Peperangan ini
telah mematangkan pemikiran orangorang Barat yang ketika itu masih dalam
kemunduran (Azhar Muhammad & Abdullah Sulong,2005 : 98).

205
Perkembangan ilmu Islam dan sikap keterbukaan Tamadun Islam telah berjaya
memperkenalkan Islam di mata dunia dan menjadi penyebab kepada era
kebangkitan (Renaissance) di Barat. Keterbukaan ilmu Islam telah menjadi
pemangkin kepada lahirnya kesedaran ilmu di Barat yang pada ketika itu dalam
kegelapan dan kemunduran. Justeru, tamadun Barat sebenarnya adalah
tamadun baru yang lahir selepas daripada tamadun Islam kesan pertembungan
Tamadun Islam di Barat sarna ada secara aman ataupun secara perang.

DEFINISI HEGEMONI

Istilah hegemoni berasal daripada istilah Yunani, hegeisthai (to lead). Konsep
hegemoni banyak digunakan oleh ahli sosiologi untuk menjelaskan fenomena
terjadinya usaha untuk mempertahankan kekuasaan oleh pihak penguasa.
Perkataan hegemoni dalam perkataan Inggeris hegemony membawa makna
pengaruh atau penguasaan. Perkataan hegemoni dalam kamus bermaksud
pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas negara-negara lain. Pengaruh
dan dominasi ini merangkumi pelbagai sudut seperti politik, ekonomi, sosial,
budaya, ketenteraan, pendidikan, perundangan dan sebagainya (Azhar
Muhammad & Abdullah Sulong, 2005 : 99).

Hegemoni boleh didefinisikan sebagai "hegemony is the dominance of one group


over other groups, with or without the threat of force, to the extent that, for
instance, the dominant party can dictate the terms of trade to its advantage; more
broadly, cultural perspectives become skewed to favor the dominant group.
Hegemony controls the ways that ideas become 'naturalized' in a process that
informs notions of common sense."

206
Secara jelas hegemoni sebenarnya bermaksud dominasi oleh satu kelompok
terhadap kelompok lainnya, dengan atau tanpa ancaman kekerasan, sehingga
idea-idea yang diketengahkan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang
didominasi diterima sebagai sesuatu yang wajar (common sense). Dalam
hegemoni, kelompok yang mendominasi berhasil mempengaruhi kelompok yang
didominasi untuk menerima nilainilai moral, politik dan budaya dari kelompok
dominan (kelompok yang berkuasa). Hegemoni juga boleh diterima sebagai
sesuatu yang wajar, sehingga ideologi kelompok dominan dapat disebarkan dan
dipraktikkan. Nilai-nilai dan ideologi hegemoni ini diperjuangkan dan
dipertahankan oleh pihak dominan sehingga pihak yang didominasi taat terhadap
kepimpinan kelompok penguasa. Simon (1982) memberikan pengertian
hegemoni dengan melihatnya sebagai strategi mempertahankan kekuasaan "...
the practices of a capitalist class or its representatives to gain state power and
maintain it later. "

GERAKAN HEGEMONI BARAT

Perluasan pengaruh atau hegemoni telah digunakan oleh Barat sebagai dasar
untuk mewujudkan negara sekutu atau hubungan satelit dalam meluaskan
jaringan pengaruhnya. Fenomena ini dianggap sebagai satu bentuk penjajahan
baru berasaskan kepada kesempurnaan pembentukan proses demokrasi dan
mewujudkan kebebasan. Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan
sekutunya telah menjalankan pelbagai agenda hegemoni untuk mendominasi
dunia khususny'a negara bukan Barat dengan polisi-polisi yang mereka pegang
(Azhar Muhammad & Abdullah Sulong, 2005 : 99) :
(a) Usaha Barat mengekalkan keunggulan militari melalui dasar dan perjanjian
senjata nuklear, biologikal dan kimia yang ternyata berat sebelah.
(b) Usaha mempromosikan hak asasi manusia dan demokrasi ala-Barat

207
(c) Menjaga integriti negara bangsa Barat dengan menyekat kebanjiran imigran
ke Barat.

Hegemoni Barat ini mudah tersebar luas di kalangan masyarakat luar Barat
kerana mereka menguasai teknologi komunikasi. Pendominasian dalam
komunikasi ini termasuk bahasa komunikasi luas dunia di mana bahasa Inggeris
iaitu bahasa utama peradaban Barat telah berjaya dinobatkan sebagai bahasa
komunikasi dunia. Segala urusan pengantarabangsaan dalam semua aspek
politik, ekonomi dan so sial menggunakan bahasa Inggeris sebagai utama. Barat
juga mampu mendominasi dunia dengan polisi-polisi mereka kerana mereka
jugalah yang menguasai ekonomi dunia. Sistem perbankan antarabangsa dunia
seperti Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan World Bank adalah di bawah
penguasaan mereka. Barat khususnya Amerika Syarikat mengawal mata wang
di mana US Dollar dijadikan pengukur nilai mata wang dunia.

Satu lagi cara yang dilakukan oleh Barat dalam mengukuhkan hegemoninya ke
atas dunia ialah dengan memomokkan idea Islam ganas, ekstrim, fanatik, tiada
toleransi dan Islamlah yang bertanggungjawab atas segala keganasan dunia hari
ini. Perang terhadap pengganas adalah 'modal baru' Barat bagi menindas
negara-negara Islam pada hari ini. Penjajahan bentuk baru ini telah bermula
selepas bermulanya perang ekonomi, intelektual, diplomatik, budaya dan
ideologi. Penjajahan atau dikenali sebagai neo-kolonialisme ini sedang menuju
kemuncaknya apabila Amerika telah menggerakkan kuasa ketenteraannya
dengan begitu meluas. Ini jelas terbukti selepas berlakunya serangan 11
September 2001 yang meruntuhkan World Trade Centre di Amerika Syarikat
apabila Barat terus menuduh kumpulan Islam al-Qaeda di bawah pimpinan
Osama ben Laden sebagai kumpulan yang bertanggungjawab merancang
serangan tersebut. Kesannya, Amerika telah menggerakkan kuasa
ketenteraannya di bumi Asia Barat dengan alasan ingin menghapuskan
kumpulan pengganas ini.

208
Terrorism atau keganasan telah menjadi perhatian seluruh dunia selepas
peristiwa serangan dahsyat ke atas Amerika Syarikat iaitu di Washington dan di
New York pada 11 September 2001 di mana tuduhan demi tuduhan tanpa bukti
kukuh berterusan dilemparkan kepada umat Islam yang dikatakan menjadi
dalangnya. Semenjak itu, umat Islam terus dihujani dengan pelbagai tohmahan
dan tuduhan yang mencemar agama Islam dan pelbagai propaganda yang
melampaui batasan.

Hakikatnya, apa yang diwar-warkan oleh Amerika menerusi penguasaan


medianya terhadap dunia mula dipertikai. Peristiwa ini bagaikan satu usaha
untuk melenyapkan Islam kerana kebanyakan mangsa adalah umat agama
tersebut yang turut dimomokkan sebagai
pengganas. Tragedi 11 September 2001 mula dikatakan sebagai satu
pembohongan besar yang sengaja diadakan bagi menghalalkan tindakan Bush
untuk terus menyakiti umat Islam. Bush tidak rasa bersalah kerana telah
diyakinkan tindakannya itu tepat sehingga beliau sanggup mengorbankan nyawa
rakyatnya sendiri.

Hari ini, kesahihan peristiwa 11 September yang dikatakan dirancang oleh


pengganas Islam mula dipersoal bukan hanya oleh penduduk dunia Islam tetapi
rakyatnya sendiri. Punca keruntuhan bangunan World Trade Centre pula disiasat
dan ternyata keruntuhan itu bukan disebabkan oleh pelanggaran kapal terbang
'pengganas' sebaliknya disebabkan oleh bahan letupan yang dipercayai
diletakkan di kedua-dua menara World Trade Center ketika bangunan itu
meletup menyebabkan tiang-tiang konkrit, komputer, kerusi dan meja bertebaran
ke udara akibat letupan tersebut (Dtusan Malaysia, 23 Jun 2006: 20).

Tragedi 11 September 2001 itu dijadikan alasan kuat oleh Amerika untuk
mengebom Afghanistan dalam usaha mereka memburu Osama ben Laden dan
kumpulan al-Qaeda yang dituduh mendalangi tragedi tersebut. Laporan media
yang berat sebelah dan tanpa siasatan telah menuduh Osama bin Laden secara

209
tidak langsung umpama menghalalkan segala tindakan Amerika. Inilah bukti
sikap prejudis Barat di mana sikap dan media mereka dalam melaporkan berita
yang berkaitan dengan keganasan amat dikesalkan. Sesuatu yang tidak adil
apabila mereka cuba membela dan menyembunyikan keganasan golongan
militan, komunis dan penceroboh seperti kezaliman regim Yahudi di Israel tetapi
sebaliknya sering memperbesar-besarkan isu berkaitan umat Islam (Khairul
Azhar Idris, 2002: 5).

Walaupun terdapat unsur yang sarna malahan lebih ekstrim lagi di kalangan
penganut agama-agama lain seperti Yahudi, Hindu dan Kristian, tetapi mereka
ini terlepas dari dikategorikan sebagai pengganas mengikut kacamata Amerika.
Contoh yang begitu ketara, korban keganasan puak Kristian Orthodok Serb,
walaupun sudah terbukti dan bilangan mangsa yang jauh lebih ramai tetapi
tindak balas Amerika tidak secepat dan sedahsyat yang dilakukan terhadap puak
Islam Taliban. Barat umpama memberi ruang yang cukup kepada puak Serb
untuk membelasah umat Islam Bosnia agar tidak tertegak sebuah negara Islam
di tengah benua Eropah (Pahrol Mohamad Juoi, 1998 : 2).

Walaupun negara-negara Islam khususnya Malaysia telah berkali-kali


mengingatkan dunia untuk terlebih dahulu memberi tafsiran yang betul tentang
siapakah pengganas dan mencari sebab kenapa berlakunya keganasan, namun
suara itu tidak diendahkan. Bukan Barat tidak tahu tetapi tidak mahu
menganalisa perkara ini secara adil. Dan untuk kesekian kalinya, Islam seolah-
olah diletakkan di kandang pesalah, didakwa dan disabitkan dalam mahkamah
yang diadili oleh Barat dan kuncu-kuncunya. Barat sebenamya bukan mencari
keadilan tetapi sekadar mencari alasan untuk mengukuhkan lagi kuasanya ke
atas negaranegara Islam. Inilah antara dasar yang digunakan oleh Barat dalam
meluaskan pengaruhnya ke dunia-dunia bukan Barat.

210
PERLUASAN HEGEMONI MELALUI DASAR LUAR AMERIKA DI ASIA

Amerika Syarikat tidak pernah bebas daripada kecurigaan yang menjadi titik
hitam dalam diri mereka khususnya terhadap negara-negara di Asia. Ini kerana
dalam sejarah dunia, tidak ada mana-mana negara di benua lain yang sehebat
negara-negara di Asia yang menentang dasar penjajahan dan kolonialisme
Barat. Dan dalam masa yang sarna Amerika Syarikat begitu gigih menentang
imperialisme dan percubaan kuasa-kuasa lain dalam meletakkan pengaruh
politik mereka di kawasan Asia. Amerika Syarikat mampu memperoleh jajahan
secara paksa sebagaimana yang pernah dibuktikan dengan merampas Filipina
daripada Sepanyol.

Selepas berakhirnya Perang Dingin, ruang lingkup dalam mentadbir dasar luar
Amerika Syarikat semakin meluas. Para pengkaji hubungan antarabangsa
mendapati peraturan yang menentukan rentak tari hubungan Amerika Syarikat
dengan negaranegara lain telah mengalami perubahan pesat. Hubungan
antarabangsanya bukan lagi sekadar mencakupi perhubungan serantau malah
merentasi sempadan. Jangkauannya menjadi global atas dasar globalisasi dunia
tanpa sempadan yang diamalkannya. Sarna ada disukai atau tidak, kedaulatan
sesebuah negara semakin mudah dicabuli (Shahrom TM Sulaiman, 2002: 19).

Hegemoni iaitu perluasan pengaruh ke atas negara lain telah digunakan oleh
Amerika Syarikat sebagai dasar untuk mewujudkan negara sekutu atau
hubungan sateliti dalam meluaskan jaringan pengaruhnya. Walaupun globalisasi
memendekkan tindakan ketenteraan, ia telah membawa Amerika Syarikat ke
mercu dengan elemen globalisasi yang menghakis kecekapan dan kadaulatan
sesebuah negara. Amerika juga pernah menyatakan kebimbangannya dengan
kebangkitan China dari aspek ekonomi dan ketenteraan. China dengan pasaran
domestiknya sentiasa menimbulkan kecemburuan Amerika Syarikat untuk
menebus pasarannya.

211
Dalam melaksanakan dasar luarnya, Amerika Syarikat sering menggunakan
prinsip hak asasi manusia sebagai pendekatannya dan sering menghukum
negaranegara lain dengan membatalkan bantuan yang diberikannya dalam
usaha mempengaruhi negara-negara berkenaan supaya lebih
berperikemanusiaan terhadap rakyatnya sendiri. Pemberian bantuan ekonomi
kepada negara-negara bermasalah seperti Indonesia, Mexico dan Korea melalui
Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) sebenarnya percubaan Amerika Syarikat
dalam meluaskan hegemoninya melalui liberalisasi pasaran (Shahrom TM
Sulaiman, 2002: 22).

Amerika Syarikat sebagai satu kuasa besar atau sebagai ketua polis dunia dan
antarabangsa akan terus melanjutkan tradisi dasar luarnya yang
menguntungkannya, sarna ada dari segi ekonomi, politik, keselamatan dan apa
sahaja yang boleh menjamin kelangsungan hegemoninya. Cita-cita sejagat
seperti hak asasi manusia, demokrasi dan keadilan yang sering dilaungkan
hanyalah sebagai retorika kosong yang merendahkan lagi nilai kemanusiaan
(K.S Nathan, 1987 : 45).

Malaysia juga tidak terkecuali daripada menerima pengaruh daripada Barat.


Bermula dengan penjajahan Inggeris ke atas Tanah Melayu yang secara
langsung telah dapat menyerapkan nilai-nilai kebaratan dalam sistem politik,
ekonomi dan sosial masyarakat Melayu. Dasar-dasar Barat yang diperkenalkan
Inggeris telah mula tersebar dalam kotak fikiran masyarakat Melayu. Walaupun
Inggeris telah lama meninggalkan Tanah Melayu dan Tanah Melayu telah lama
merdeka, namun dasardasar Inggeris masih digunapakai dan pemikiran
masyarakat Melayu masih ke arah Barat hingga ke hari ini. Memang tidak terlihat
secara jelas hegemoni Barat ke atas Malaysia dibandingkan hegemoni Barat
kepada dunia Islam lain menerusi tindakan ketenteraannya namun hegemoni
secara halus yang disebarkan oleh Barat semenjak zaman kolonialisme masih
terus kita rasai.

212
KESIMPULAN

Kebangkitan tamadun Barat selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol telah


membuka era baru kepada dasar penguasaan Barat terhadap negara lain
terutamanya negara Islam. Kebangkitan yang diiringi dengan pelbagai kemajuan
ketenteraan, ekonomi dan kewangan telah menjadikan Barat sebuah kuasa yang
menggunakan kuasanya untuk kepentingan diri sendiri. Barat yang diketuai oleh
Amerika Syarikat menjalankan pelbagai dasar luar yang kononnya untuk
menegakkan keadilan namun semuanya ternyata hanya retorika mereka sahaja.

Bagi mereka, sesiapa sahaja yang tidak menyokong mereka akan dikenakan
pelbagai tindakan antaranya: sekatan bekalan makanan, perubatan, ekonomi
dan lainlain. Inilah yang dialami oleh negara-negara Islam yang cuba mencari
keadilan sebenar yang diperkatakan oleh Barat. Negara-negara miskin dunia
tidak ketinggalan ditindas
"melalui bantuan Tabung Mata Wang Dunia namun sebenarnya di sebalik
bantuan itu, negara tersebut terus ditindas.

Inilah senario semasa yang dialami oleh dunia lebih-Iebih lagi selepas
berakhirnya Perang Dingin di mana kuasa Amerika Syarikat semakin melampaui
batasan. Lebih-Iebih lagi apabila globalisasi yang mereka cipta dan war-warkan
telah mula meresap dalam setiap inci kehidupan manusia di dunia hari ini.

213
GLOBALISASI

Pengenalan :

Globalisasi adalah satu transformasi yang telah melanda dunia iaitu era dunia
tanpasempadan.Proses globalisasi mula berkembangmelalui penciptaan dan
pencapaian terkini dalamsejarah peradaban manusia.

ISU-ISU GLOBALISASI

Media

Globalisasi yang diperkenalkan oleh Barat menjadikan media komunikasi


sebagai alat utama yang mampu menyebarluaskan segala maklumat. Oleh
kerana Barat menguasai media komunikasi dunia, segala berita dan maklumat
yang disiarkan di seluruh dunia adalah lebih berpihak kepada mereka dan
menindas mana-mana negara yang tidak bersekongkol dengan mereka
khususnya negara-negara Islam. Ilmu dan maklumat dengan mudah boleh
diakses oleh sesiapa sahaja di duma ini dengan kecanggihan teknologi internet
dan komputer.

Barat sebagai pengasas alat komunikasi dunia dengan sendirinya mampu


menjadi kuasa pertama yang mampu menghasilkan banyak syarikat-syarikat
gergasi media cetak dan media elektronik. Kerana media di bawah kawalan
mereka, segala berita dan maklumat tentunya menyebelahi mereka dan
sebaliknya menindas musuh-musuh mereka. Misalnya, agensi berita
antarabangsa terutamanya dari Amerika Syarikat menentukan dengan
meluasnya bagaimana maklumat tentang peristiwa antarabangsa diolah dan
dipersembahkan kepada masyarakat dunia. Sesuatu peristiwa itu diolah dan

214
ditafsirkan oleh mereka bagi memperoleh kepentingan-kepentingan tertentu.

Kesan terburuk globalisasi media yang dirasai oleh masyarakat Muslim di


Malaysia khususnya dan penduduk dunia lain umumnya ialah kebanjiran
maklumat yang tidak berguna. Islam hakikatnya adalah agama yang
menekankan kecintaan kepada ilmu dan hikmah dan memandang serius kepada
lambakan maklumat yang tidak berguna. Kita tahu bahawa lambakan maklumat
yang tidak berguna ini amat mudah diakses dengan kecanggihan teknologi
maklumat terkini. Kerana itu, maklumat yang tidak benar dan tidak berguna ini
sukar untuk dibendung daripada terus mengalir ke dalam masyarakat kita. Apa
yang merisaukan ialah fenomena kebanjiran maklumat yang tidak berguna ini
kerana maklumat sebegini mudah menarik minat anak-anak muda dan remaja
yang sedang meningkat naik.

Selain masalah bahaya maklumat yang tidak berguna ini, kita juga berhadapan
dengan masalah jurang perbezaan peluang untuk mengakses maklumat. Jurang
ini jelas ketara antara masyarakat bandar dan masyarakat luar bandar. Untuk itu,
kerajaan kita khususnya telah dan sedang membuat berbagai aktiviti bagi
mendedahkan masyarakat di luar bandar akan kepentingan 'celik IT' dengan
menyediakan berbagai bantuan dan kelengkapan komputer yang mampu
menarik minat masyarakat luar bandar dan seterusnya mendedahkan mereka
kepada dunia globalisasi.

Ekonomi

Globalisasi ekonomi ialah antara dimensi globalisasi yang mampu memberi


kesan secara tidak langsung kepada globalisasi dimensi lain. Globalisasi
ekonomi ialah satu kod undang-undang ekonomi seragam yang diamalkan dan
digunapakai oleh seluruh masyarakat dunia. Ia membawa kepada penghapusan
halangan ekonomi antara sebuah negara dengan negara lain pada kadar yang

215
amat pantas terutamanya dalam tiga aspek utama ekonomi iaitu perdagangan,
kewangan dan pelaburan. Globalisasi berlaku dalam ketiga-tiga aspek ini apabila
dasar-dasar kerajaan yang mengawal ekonomi asing daripada mempengaruhi
ekonomi tempatan semakin longgar dan ekonomi tempatan terpaksa mengikut
rentak ekonomi asing yang akhirnya meminggirkan ekonomi tempatan. Ia
berlaku dengan mudah akibat perubahan teknologi di mana wang boleh
dipindahkan, mata wang diniagakan dan saham boleh dibeli dengan mudah.

Dalam globalisasi ekonomi, pasaran saham diglobalkan dengan pelabur-pelabur


asing boleh membawa wang keluar dan masuk dari sesebuah pasaran. Dengan
kadar mata wang yang tidak tetap dan pasaran modal terbuka, spekulasi mula
muncul dan membawa kepada manipulasi mata wang dan saham. Ia
kemudiannya membawa kepada peranan tiga buah institusi yang benar-benar
menyebarkan globalisasi iaitu Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia
dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) (Utusan Malaysia, 15 April 2001 :
3).

Dalam globalisasi ekonomi, telah berlaku peningkatan dalam kebergantungan


perniagaan terhadap ekonomi. Firma-firma dan perniagaan terus meningkat dan
berlakunya peningkatan dalam pelaburan asing secara langsung di dalam aktiviti
ekonomi sesebuah negara. Globalisasi ekonomi dapat dilihat melalui perluasan
perusahaan melampui sempadan negara. Perspektif ini dapat dilihat melalui tiga
tahap :
(1) Pertama ialah perusahaan antarabangsa yang mempunyai aktiviti di luar
sempadan nasional dan meliputi eksport, import dan penghasilan bukan bahan
mentah.
(2) Kedua ialah perusahaan multi nasional, iaitu perusahaan yang menjalankan
aktivitinya di berbagai negara.
(3) Ketiga ialah perusahaan global yang melihat ekonomi dunia sebagai satu.
Perusahaan tersebut mendapatkan bahan mentah dan menjual barangan secara
global.

216
Globalisasi ekonomi mampu membawa kepada pelbagai krisis dan spekulasi
pasaran. Serangan para spekulator telah mengakibatkan nilai mata wang
sesetengah negara jatuh merudum berbanding dengan Dollar Amerika.
Umpamanya kita menyaksikan pada 2 Julai 1997 bermulanya krisis ekonomi
Asia di mana Baht Thai jatuh begitu teruk, diikuti dengan Korea Selatan,
Indonesia dan Malaysia. Usaha penyelesaian secara tradisional oleh Dana
Kewangan Antarabangsa (IMF) kepada beberapa buah negara yang ditimpa
krisis juga menemui kegagalan (Ismail Awang, 1999: 152). Di Malaysia, kita
masih'mampu bertahan kerana kebijaksanaan pemimpin kita dalam
menyelesaikan kemelut ekonomi yang merudum ketika itu.

Di samping itu, Malaysia amat beruntung kerana dari aspek perdagangan kita
mendapat faedah dari globalisasi dan turut mendapat faedah buruk. Ini kerana,
harga eksport komoditi kadang kala boleh jatuh amat rendah dan kadang kala
boleh memuncak dengan tinggi sekali. Malaysia mendapat faedah dari
globalisasi kerana ia sebuah negara perdagangan. Kita juga berdagang
barangan elektronik yang telah membawa keuntungan kepada negara dan
pekerjaan rakyat. Tetapi kepada negara lain seperti Afrika, industri mereka
lemah dan sukar untuk bersaing dengan barangan import yang lebih murah.
Inilah realiti dunia globalisasi ekonomi di mana negara yang bijak mencari
sumber hasil negara dapat bersaing dengan negara maju manakala negara yang
kurang sumber bahan asli dan kurang aset sukar untuk bersaing bersama
negara maju dan mengakibatkan negara miskin terus miskin dan terpinggir
dalam kelancaran arus globalisasi.

Politik
Globalisasi politik juga telah tersebar luas ke seluruh dunia dengan kehebatan
penawaran ilmu dan teknologi komunikasi yang mampu menyebarluaskan
segala maklumat. Untuk itu, kita perlu menghadapi cabaran penyebaran idea-

217
idea dan fahaman politik yang salah seperti demokrasi ala Barat, pluralisme dan
hak-hak asasi manusia.

Salah satu isu terpenting dalam dimensi politik globalisasi ialah fenomena
'deterritorialization' (penyalahwilayahan) iaitu satu proses dan tindakan politik
yang melintasi perbatasan wilayah negara. Dalam melaksanakan kuasa,
terdapat penggunaan kuasa, terdapat penggunaan pemaksaan dan pemantauan
secara sistematik melalui badan-badan berkuasa seperti tentera, polis dan
sebagainya. Terdapat idea mengenai demokrasi dan hak asasi manusia yang
dianggap prinsip sejagat yang mesti diterima oleh seluruh umat manusia.
Penyebaran idea ini diterajui oleh Amerika Syarikat (Amran Muhammad et aI,
2001 : 419).

Kemerdekaan sesebuah negara pada masa kini tidak mempunyai makna yang
besar selain daripada tampuk pemerintahan diserahkan kepada masyarakat
tempatan. Namun hari ini, politik antarabangsa didominasi sepenuhnya oleh
beberapa buah negara kuasa besar (super power) yang secara tidak langsung
menggambarkan dominasi dunia Barat. Kita lihat sahaja contohnya di Iraq pad a
hari ini. Amerika Syarikat yang mendominasi Majlis Keselamatan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan kuasa vetonya bersama-sama dengan
negara Rusia, United Kingdom dan Perancis telah campur tangan dalam politik
dalaman Iraq.

Boleh dikatakan dalam hampir semua persengketaan wilayah dan antarabangsa


sarna ada di Somalia, Bosnia-Herzegovina, Palestin, Kashmir, Iraq dan lain-lain,
Amerika Syarikat telah terlibat secara langsung dengan menggambarkan diri
mereka sebagai 'polis dunia'. Kedudukan Amerika Syarikat sebagai sebuah
kuasa besar dunia yang tidak boleh ditandingi adalah disebabkan kekuatan
ketenteraan dan militarinya. Setelah berakhirnya Perang Dingin dan dengan
kejatuhan Soviet Union, Arnerika Syarikat telah muncul satu-satunya kuasa
besar dunia yang tidak boleh ditandingi (Amran Muhammad et al, 2001: 419).

218
Budaya

Pada hari ini, dunia Barat terutama Amerika Syarikat telah membanjiri dunia
dengan pengeksportan budayanya. Berlaku pertukaran dan pernyataan simbol
yang mencerminkan kehidupan manusia dari segi gaya hidup, kepercayaan,
citarasa, dan lain-lain dari Barat ke dunia luar. Ia dilahirkan secara material dan
bukan material dalam kehidupan individu dan kelompok iaitu satu fenomena
yang sudah melepasi perbatasan negara. Kebudayaan merupakan cara hidup
seharian manusia dalam sesebuah masyarakat atau organisasi. Pad a zaman
dahulu manusia dalam sesebuah masyarakat sanggup berperang kerana
mempertahankan budaya hidup mereka yang dicemar atau dicerobohi oleh pihak
lain. Antara cabaran globalisasi yang perlu diperbahaskan adalah cabaran ke
atas aspek sosial budaya. Ia adalah satu persoalan yang sangat kritikal kerana
sesudah terlerainya benteng sosio-budaya sesuatu kelompok masyarakat dapat
disempurnakan maka segala usaha bagi mengatasi masalah lain adalah lebih
mudah.

Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses globalisasi


sosio-budaya. Melalui pelbagai salman, golongan belia akan menjadi dan terus
menjadi sasaran utama globalisasi yang didalangi oleh syarikat-syarikat
multinasional dan transnasional. Sesungguhnya tidaklah sesuatu yang
mengejutkan apabila sistem sosio-budaya masyarakat muda kini sudah dirungkai
sehingga segala nilai tradisi kita sedang melalui proses penghakisan yang amat
ketara. Dalam keghairahan untuk mengejar gaya hidup ala Barat, anak-anak
muda ini secara umumnya kini sudah tidak merasa bersalah dengan gaya
peniruan secara bulat budaya hidup barat (Utusan Pengguna, 17 November
1997 : 23).

Pengamatan yang jelas dapat membuktikan fenomena ini adalah menerusi

219
kesankesan globalisasi budaya di bawah :
(1) Budaya Makan : Pelbagai jenis makanan Barat telah dapat dinikmati dan
semakin popular di seluruh dunia. Makanan Jepun pun sudah boleh diterima
oleh masyarakat Malaysia. Spaghetti, pasta, minuman bergas seperti Coca Cola
tidak hanya boleh didapati di Barat malahan di seluruh dunia.
(2) Budaya Fesyen : Anak-anak muda semakin ghairah mengikuti segala
perubahan fesyen yang berlaku di Barat. Jenama-jenama alat solek seperti
Maybeline, Christian Dior dan jenama pakaian seperti Versace, Bonia, Padini
menjadi pilihan generasi muda walaupun mahal harganya (Azhar Hj. Mad Aros et
aI, 2000 : 84).
(3) Budaya Kerja : Syarikat pengeluaran di era globalisasi juga terdiri daripada
berbilang kaum dari negara-negara di dunia. Umpamanya, syarikat Espirit di
mana ketua grafiknya dari Jepun, juru gambarnya dari Itali, arkiteknya dari
Perancis dan Itali.
(4) Budaya Hidup : Majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala barat
serta dunia lakonan dan pembikinan filem cara barat. Di samping itu, masyarakat
dunia hari ini lebih terdedah kepada budaya hidup yang menggunakan produk
rokok yang menajakan budaya hidup barat.

(5) Budaya Muzik dan Hiburan : Muzik jazz, rock, disco dan yang terkini muzik
'black metal' telah mula menguasai dunia. Tempat hiburan seperti Disneyland
juga diadakan di luar dari negara Amerika. Contohnya, di Jepun dengan
panggilan Tokyo Disneyland (1987) dan di Marne-La-Valle di Paris dengan
panggilan Euro Disneyland (1992)

(6) Budaya Bahasa: Bahasa Inggeris adalah alat perhubungan dan komunikasi
terpenting antarabangsa dan digunakan secara globaL Ini menunjukkan
kejayaan globalisasi bahasa yang diterajui oleh Amerika. Terdapat penyebaran
budaya konsumer Amerika Syarikat ke seluruh dunia, satu proses yang disebut

220
sebagai ' McDonaldisation of Society'. Untuk mencapai maksud itu, budaya
konsumer perlu disebarkan seluas-Iuasnya supaya lahir penyeragarnan budaya
dan gaya hidup.

KESIMPULAN

Pad a hari ini, kita berada pada zaman di mana proses penyeragaman yang
amat ketara sedang berlangsung. Akibat dari apa yang dikatakan sebagai
globalisasi, kita amat pasti bahawa hampir segala aspek dalam kehidupan kita ini
tidak akan terlepas dari disentuh oleh konsep globalisasi. Hampir semua aspek
kehidupan kita sedang menjalani proses globalisasi yang sebenarnya adalah
untuk mengheret diri kita ke dalam suatu sistem hidup yang diseragamkan di
seluruh dunia.

Tidak ada aspek kehidupan yang tidak disentuh oleh proses globalisasi. Tidak
ada sektor pembangunan dan kemajuan sesebuah negara yang sepi dari
sentuhan globalisasi. Namun begitu, dalam keghairahan untuk diglobalkan sarna
ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik, kita jangan sekali-kali terputus dari
budaya dan akar sejarah kita sendiri. Kita perlu ada pegangan kita sendiri agar
kita tidak mudah tertipu dengan laungan keadilan dan kesamarataan universal
yang ternyata palsu.

221
Matapelajaran Tamaddun Islam dan Tamaddun Asia ( TITAS )
Isu-Isu Kontemporeri Tamadun Islam Dan Tamadun Barat
– Hegemoni Barat Dan Globalisasi.

13.1. Krisis Alam Sekitar


UNIT 13
13.2. Persepsi jihad
13.3. Etika dalam Sains
13.4. Kesan perkembangan kontemporari kepada
masyarakat dan Negara

13.1 Krisis Alam Sekitar

ALLAH menciptakan langit dan bumi serta segala isinya untuk manfaat umat
manusia. Bagaimanapun, tidak ramai yang menghargai nikmat alam sekitar itu.
Hal ini menyebabkan ada di kalangan manusia memandang enteng nikmat
tersebut sehinggakan bertindak menggondolkan bukit-bukau sewenang-
wenangnya.

Sehubungan itu, Allah memberi peringatan melalui firman-Nya yang bermaksud:


“Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan
manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan
perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf.” (al-
Rum: 41)

Berkenaan tanggungjawab manusia memelihara alam sekitar, Rasulullah SAW


bersabda yang bermaksud: Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik
kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan. (riwayat
Muslim).

222
Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu 1972 menjelaskan bahawa alam sekitar
adalah: “Suatu aset atau simpanan sumber-sumber alam sama ada berbentuk
material dalam kelompok masyarakat atau populasi tertentu, pada waktu dan
tempat yang tertentu bagi menyempurnakan dan memenuhi keperluan manusia
dari masa ke semasa”. (Rujuk: Muhammad Sa‟id dan Rasyid Ahmad. 1986. Al-
Bi‟ah wa musykilatiha. Kuwait: Maktabah al-Falah.Hal. 25).

Ibnu Abd. Rabbihi pula menyatakan takrif alam sekitar ini di dalam kitabnya al-
Jumanah dengan penjelasannya bahawa: “Alam sekitar ialah yang merujuk
kepada kehidupan ciptaan Ilahi dan kebudayaan yang wujud di mana manusia
dapat menjalani kehidupan di dalamnya”. (Rujuk: Muhammad Abd al-Qadir Al-
Fiqqiyy. 1993. Al-Bi‟ah Musykiluha wa Qadayaha. Kaherah: Maktabah Ibn Sina.
Hal. 9.)

Al-Quran dan sunah memberikan penekanan yang serius mengenai penjagaan


alam sekitar di mana kedua-dua sumber perundangan ini menyeru manusia
untuk mengekalkan pemeliharaannya sebagai satu kurniaan atau nikmat Tuhan
yang agung. Ia melarang pencemaran di samping menggesa mereka untuk
memanfaatkan khazanah alam di mana usaha murni ini di sanjung mulia agama
Islam bahkan dianggap sebagai ibadat yang agung di sisi Tuhan. Alam sekitar
tidak terhad kepada aspek estetika dan kebersihan fizikal semata-mata.
Hakikatnya keseimbangan alam sekitar memberi kesan ketara kepada
keharmonian dan kesejahteraan hidup selari dengan kemajuan negara serta
kemakmuran bumi. Tanpa rimbunan pokok, maka tadahan hujan untuk bekalan
air akan mengurang. Tanpa hutan maka keupayaan menyerap gas karbon
dioksida di atmosfera akan berkurangan. Tanpa udara yang bebas bahan cemar,
maka kesihatan awam terancam.

Ajaran agama menjelaskan peranan alam sekitar sebagai salah satu unsur
terpenting aspek ketuhanan dalam konteks kosmologi. Ajaran Islam pula
menjelaskan kedudukan alam sekitar yang kudus dan tertib. Itulah rasionalnya
alam sekitar dikemukakan sebagai salah satu teras Islam Hadhari.

223
Pelestarian dan kepentingan alam sekitar disebutkan secara tersurat dan tersirat
dalam banyak ayat al-Quran dan hadis. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
…(iaitu) Orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam
keadaan berbaring dan mereka memikirkan mengenai penciptaan langit dan
bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan
sia-sia. Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa neraka. (ali-Imran:
191).

Ayat ini menunjukkan bahawa alam sekitar fizikal dan seluruh cakerawala adalah
tanda kebesaran Allah Yang Maha Pencipta. Orang beriman sentiasa berusaha
menjadikan alam sekitar terpelihara dan bersih, bukan saja dalam keadaan
aman, malah ketika peperangan.

Ajaran Islam mengajar umatnya supaya melestarikan alam sekitar kerana di


sebalik kehijauan hutan dan kebiruan langit, tertera ayatullah yang
memperlihatkan sifat Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta.

Kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa adalah satu lagi contoh


keengganan manusia mematuhi perintah Allah sebagaimana dalam surah ar-
Rum: 41. Bagaimana membetulkan keadaan ini?

Kalau kita meneliti sumber-sumber syarak dan usul-usulnya, pasti kita akan
melihat asas-asas dan dasar-dasar yang murni yang digagaskan oleh Islam. Ia
bagi memandu dan memimpin suatu etika dan akhlak yang terpuji bagi setiap
individu muslim berperanan dan bermuamalah secara positif dengan alam
sekitar ciptaan Ilahi ini agar warisan tersebut tidak pupus atau rosak di tangan
manusia itu sendiri.

Akhirnya, ketiadaan sikap menyayangi dan memelihara alam sekitar ini boleh
membawa kepada kemusnahan, kerosakan dan bencana yang menimpa
manusia itu sendiri.

224
Allah menegaskan hal ini melalui firman-Nya yang bermaksud: Telah timbul
berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa
yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana
Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan
buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
(al-Rum: 41).

Tindakan paling drastik yang perlu dilakukan umat Islam adalah kembali kepada
Islam itu sendiri, tinggalkan budaya atau gaya hidup yang jauh daripada Allah
dan syariat-Nya. Barangkali musibah seumpama ini adalah peringatan untuk kita
agar jangan lalai dan leka terhadap peranan kita selaku hamba dan khalifah-Nya
di muka bumi ini.

Islam adalah agama yang mengikat hubungan kita dengan Pencipta dan
menjalin hubungan manusia sesama manusia.

Islam juga menyusun peradaban dan etika manusia dengan makhluk sekitarnya
meliputi alam dan ciptaan Tuhan yang berada di atasnya bersesuaian dengan
agenda utama manusia di muka bumi ini selaku khalifah Tuhan yang mentadbir
dan mengurus dunia ini dengan saksama dan penuh bijaksana demi
kemaslahatan manusia dan keharmonian alam sekitarnya.

Bukit-bukau dan gunung-ganang dijadikan Allah sebagai pasak bumi (al-Anbiya‟:


31). Apakah saranan Islam tentang pembangunan seimbang (sustainable
development)?

Nidzamuddin: Kita perhatikan dahulu ayat al-Quran itu tadi. Allah menegaskan:
Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya
bumi itu tidak menggegar mereka dan Kami jadikan padanya celah-celah
sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai
keperluan rohani dan jasmani. (al-Anbiya‟: 31).

225
Ayat ini menegaskan bahawa fungsi sebenar bukit-bukau dan gunung-ganang itu
ialah sebagai pasak kepada bumi. Meneres kawasan bukit-bukau sesuka hati
tanpa kawalan dan sempadan mengundang ketidakseimbangan muka bumi itu
sendiri.

Justeru, pembangunan yang seimbang ini amat dititik beratkan dalam ayat Allah
yang lain antaranya firman Allah yang bermaksud: Dan bumi ini Kami
bentangkan dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri,
serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya.
(al-Hijr: 19).

Sistem keseimbangan dalam alam sekitar yang diaturkan Penciptanya ini lebih
dikenali sebagai ekosistem yang sangat unik dan sistematik. Seluruh unit dalam
sistem telah diprogramkan Allah agar mengikuti sistem atau sunnatullah yang
hebat ini.

Sebagai contoh, matahari dan bulan ditentukan Allah berfungsi dalam ekosistem
ini selaku penyumbang cahaya mengikut kadar peratusan yang tertentu.

Jika kadar pencahayaan matahari itu melebihi peratusan yang sepatutnya, maka
tentulah alam dan hidupan di atas permukaannya bakal mengalami kemusnahan
dan kebakaran.

Begitu juga kadar oksigen dalam udara yang telah ditentukan Allah sejumlah 21
peratus, maka andainya kadar oksigen itu menjangkau 50 peratus, nescaya alam
dan hidupan di atas permukaannya juga pasti mengalami kemusnahan dan
kebakaran. Begitulah al-Quran melukiskan peri pentingnya keseimbangan
ekosistem ini untuk dipelihara oleh khalifah Tuhan atau manusia di muka bumi ini
sebaik-baiknya. (Tibarah, „Afif bin Abdul Fattah. Ruh al-Din al-Islami. Beirut: Dar
al-Malayin li al-„Ilmi. Hal. 57).

Akhirnya, renungilah seruan Ilahi untuk hamba-hamba-Nya bagi menjaga alam


sekitar khususnya bukit-bukau dan gunung-ganang ciptaan terindah Tuhan

226
menerusi ayat yang bermaksud: Tidakkah engkau melihat bahawa Allah
menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-
buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula
ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang
berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam; Dan
demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta
binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya
yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan
hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah
Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. (Faatir: 27 -28)

Justeru, dengan kelebihan ciptaan manusia daripada unsur material dan


maknawi, maka manusia dinobatkan selaku pemimpin dan khalifah Tuhan yang
mengurus dan mentadbir alam dengan sebaik-baiknya.

Firman Allah bermaksud: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman


kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah
liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.
Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya
roh dari (ciptaanKu) maka hendaklah kamu sujud kepadanya. (al-Hijr: 28-29).

Hal ini disokong pula dengan hadis Nabi SAW bermaksud; Sesungguhnya dunia
ini cantik dan subur menghijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu
(wahai manusia) selaku pengurusnya dan apa yang terdapat padanya. (Al-
Tirmizi, Muhammad bin Isa. 2004. (Rujuk: Jami‟ al-Tirmizi. Kitab al-Fitan. Hadis
No. 2191. Riyadh: Bait al-Afkar al-Dauliyyah).

Ketamakan pada keuntungan yang melambak-lambak akan mengenepikan soal


bahaya dan risiko yang bakal menimpa. Ya, memang ada orang yang kaya dan
mampu membina semula banglo yang runtuh itu lantaran kekayaannya yang
tidak terkira. Lebih mengejutkan ialah ada yang berani membangunkan semula
bangunan baru di lokasi yang telah berlaku tanah runtuh.

227
Namun soal nyawa, harta benda yang terbuang dan musnah begitu sahaja serta
„pencabulan terhadap keharmonian alam sekitar‟ itu sendiri adalah suatu isu
yang perlu dititik beratkan.

Pokok-pokok yang subur menghijau bukan sekadar dilihat sebagai ciptaan Allah
yang mendamai dan menakjubkan, bahkan Rasulullah SAW mengajar umatnya
agar memeliharanya daripada ditebang dan dimusnahkan.

Ini terserlah melalui larangan keras Baginda terhadap usaha penebangannya


yang tanpa sebab dan melampau bermaksud: “Barang siapa yang memotong
pokok (bidara) - tanpa manfaat atau kepentingan - nescaya Allah SWT akan
menghumbankan kepalanya ke jurang neraka”. (Rujuk: Abu Daud, Sulaiman bin
al-Asy‟ath al-Sijistani. T.th. Sunan Abi Daud. Kitab Adab. No. Hadis: 4561. Juzuk
4. Hal. 361).

Imam Abu Daud mengulas maksud hadis ini setelah disoal mengenainya dengan
penjelasannya: “Barangkali yang dimaksudkan dengan amaran Nabi SAW
dengan penebangan pokok tanpa sebab ini adalah terhadap pokok-pokok yang
terdapat di padang pasir yang dijadikan tempat teduhan orang yang lalu lalang
atau para musafir.”

Kalau nak dikiaskan dengan geografi negara kita, maka pokok-pokok di lerengan
bukit-bukau itu juga dilarang Islam menebangnya tanpa bersebab dan kawalan.
Kalau isu penebangan pokok atau peneresan bukit-bukau ini tidak dikawal
secara serius, maka tidak mustahil bahawa kita akan menyaksikan banyak lagi
penempatan di kawasan-kawasan bukit akan menjadi mangsa tanah runtuh ini.

Memang benar alam tidak menjerit dan melolong apabila diperlakukan


penebangan atau peneresan bukit-bukau dengan sewenang-wenangnya, namun
kerakusan ini akan berakhir dengan dentuman bangunan runtuh, suara tangisan
mangsa tanah runtuh dan kerosakan harta benda yang begitu besar.

228
Justeru, Allah melarang keras penipuan ini khususnya dalam sukatan dengan
firman-Nya: Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan
dan sukatan). Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan dari orang lain
mereka mengambilnya dengan cukup. Dan (sebaliknya) apabila mereka
menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi. Tidakkah mereka
menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)?
(al-Mutaffifin: 1-4).

Perbuatan merosakkan alam sekitar adalah sama seperti menafikan sikap adil
dan ihsan, sedangkan kedua-dua sikap ini merupakan perintah Allah yang perlu
dilaksanakan. Perbuatan mencemar dan merosakkan alam sekitar juga menodai
fungsi kekhalifahan yang telah dibebankan kepada manusia.

Ini kerana bumi bukan milik manusia untuk dia berbuat sesuka hati tetapi bumi ini
adalah milik Allah yang dipinjamkan kepada manusia yang kemudiannya dituntut
untuk menjalankan segala perintah Allah di atasnya.

Oleh yang demikian, manusia perlu ingat bahawa dia dilantik sebagai khalifah
Allah di atas muka bumi yang juga milik Allah. Maka tidak sepatutnya manusia
bertindak seperti raja yang seolah-olah tidak akan dipertanggungjawabkan di
atas segala yang telah dikerjakannya.

13.2 Persepsi Jihad

PERSEPSI JIHAD

Definisi: Istilah jihad apabila didefinisikan dalam konteks yang sempit adalah
jihad di medan perang iaitu mempertaruhkan seluruh jiwa dan raga demi agama
dan negara. Sebaliknya apabila ditafsirkan secara lebih umum, maka jihad boleh
membawa banyak pengertian.

229
Konsep Jihad dalam Islam Md Zawawi Abu Bakar Jihad adalah suatu istilah yang
begitu sinonim dikaitkan dengan masyarakat dan agama Islam. Amalan itu sering
dikaitkan sebagai perjuangan membela agama, bangsa dan tanah air. Justeru,
perjuangan yang dilakukan di atas dasar jihad dengan nama Allah SWT dan
agama Islam adalah syahid.

Istilah jihad apabila didefinisikan dalam konteks yang sempit adalah jihad di
medan perang iaitu mempertaruhkan seluruh jiwa dan raga demi agama dan
negara. Sebaliknya apabila ditafsirkan secara lebih umum, maka jihad boleh
membawa banyak pengertian. Antaranya:jihad melawan nafsu, menuntut ilmu,
mempertahankan maruah diri dan sebagainya. Ia boleh dilakukan melalui
pengorbanan harta benda, wang ringgit, kekuatan fizikal, tenaga bahkan buah
fikiran juga termasuk dalam sumbangan jihad.

Perjuangan dan pengorbanan pelajar-pelajar dalam menuntut ilmu pengetahuan


dan amal makruf nahi mungkar juga adalah tergolong dalam kategori-kategori
yang menunjukkan pengorbanan atau jihad fi sabilillah. Cumanya taraf atau
darjat tinggi rendah pahala jihad bergantung sebesar mana pengorbanan yang
dilakukan oleh umat Islam. Oleh itu, konsep jihad perlulah difahami agar
masyarakat tidak terpengaruh dengan anasir-anasir yang mengambil
kesempatan dia atas jihad palsu mereka.

Konsep Jihad:

Takrif dan Definisi Jihad

Pengertian jihad boleh dilihat dalam beberapa sudut. Jihad adalah perkataan
Arab iaitu „jahada yajhadu jahdu‟ yang bererti kesulitan dan beban. Al-Jahdu pula
bermakna kesungguhan dan keupayaan terakhir. Definisi al-Jihad pada bahasa

230
bermaksud penyerahan segenap kemampuan manusia untuk mendapatkan
sesuatu yang diinginkan atau menolak sesuatu yang dibenci. Manakala dari segi
istilahnya para fukaha bersepakat iaitu peperangan dan membantu semua
persiapan perang.

Oleh itu dalam erti kata yang luas jihad boleh didefinisikan sebagai berjuang
dalam peperangan, berjuang menentang hawa nafsu, berjuang menegakkan
keadilan dan kebenaran dan lain-lain perjuangan pada jalan Allah dan
meninggikan kalimah Allah.

Terdapat beberapa pandangan mazhab yang empat berhubung pentakrifan


jihad antaranya ialah:

a. Hanafi. Ulama mazhab Hanafi iaitu Ibnu Hamman mendefinisikan jihad


sebagai mengajak orang kafir memeluk Islam dan memeranginya jika
menolak. Manakala al-Kasani iaitu mengerah segenap kemampuan dan
tenaga dengan melakukan perang fi sabilillah baik dengan diri, harta dan
lidah.

b. Maliki. Mazhab Maliki pula berpendapat jihad adalah orang-orang Muslim


ang memerangi orang kafir yang tidak terikat dalam perjanjian damai demi
menegakkan ajaran agama Allah.

c. Shafie. Menurut al-Bajuri jihad adalah berperang di jalan Allah. Seorang lagi
ulama Shafie iaitu Ibnu Hajar mentakrifkan sebagai mengerah segenap
kemampuan untuk memerangi orang kafir.

d. Hanbali. Mereka berpendapat jihad adalah memerangi orang kafir atau


mengerah segenap kemampuan untuk memerangi orang kafir. Hukum
terhadap amalan jihad adalah fardu kifayah.

Menurut Ibnu Rusyd dalam kitab Bidayatul Mujtahid jihad adalah fardu kifayah
dan bukan wajib. Namun demikian dalam keadaan tertentu hukum fardu

231
kifayah bertukar menjadi wajib apabila diserang oleh pihak musuh. Dalil al-
Quran surah al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud, “Kamu diwajibkan
berperang untuk menentang pencerobohan sedangkan peperangan itu ialah
perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal
ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk
bagi kamu” Selain itu terdapat beberapa dalil pensyariatan jihad sama ada
melalui sunah mahupun al-Quran.

Antara dalil-dalil tersebut adalah seperti dalam surah at-Taubah ayat 88,
“Tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya berjihad
dengan harta benda dan jiwa mereka; dan mereka itulah orang-orang yang
mendapat kebaikan dan mereka itulah juga berjaya.” Selain itu dalam surah Ali
Imran ayat 195, Allah SWT berfirman bermaksud, “Maka Tuhan mereka
perkenankan doa mereka dengan firman-Nya: Sesungguhnya Aku tidak akan
sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada
lelaki atau perempuan, kerana setengah kamu adalah keturunan dari
setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah kerana
menyelamatkan agamanya, dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya,
yang disakiti dengan berbagai-bagai gangguan kerana menjalankan agama-
Ku, berperang mempertahankan Islam, dan yang terbunuh gugur Syahid
dalam perang Salib- sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan
mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga
yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah.
Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya bagi mereka yang beramal
soleh.”

Dalam hal lain juga, Allah memerintahkan umat Islam mempertahankan diri
daripada serangan pihak musuh. Firman Allah SWT surah al-Anfal ayat 60
bermaksud, “Dan sediakanlah untuk menentang mereka iaitu musuh yang
menceroboh segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari
pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan
persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain

232
dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya.
Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan
balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya”.

Selain itu, sesuatu jihad yang hendak diperjuangkan hendaklah memiliki ciri-
ciri yang jelas menurut syarak. Antara ciri-ciri jihad yang benar adalah:

a. Hendaklah kerana Allah SWT dan Rasul semata-mata.

b. Tidak bersalahan dengan nas-nas al-Quran dan sunah.

c. Tidak menyalahi undang-undang dan pemerintahan yang adil.

d. Bukan ekstremis terhadap individu tertentu.

Jihad jika dilihat di dalam konteks yang lebih luas mempunyai tujuan tertentu.
Namun semuanya memfokuskan kepada perkembangan syiar Islam serta
keberkatan Allah semata-mata.

Antara tujuan jihad ialah untuk menyebarkan dakwah Islam, melindungi


agama Islam dan negara serta menolong kaum-kaum yang tertindas.
Peringkat Mensyariatkan Jihad dalam Islam Jihad disyariatkan kepada umat
Islam berdasarkan kepada empat peringkat. Ini menunjukkan bahawa Islam
bukanlah agama yang ganas. Istilah Islam sendiri membawa maksud
sejahtera iaitu membawa kesejahteraan kepada semua makhluk. Oleh itu
gambaran yang mengaitkan Islam sebagai agama yang suka berperang dan
umat Islam sebagai pengganas adalah salah dan tidak dapat diterima sama
sekali.

Berikut adalah peringkat pensyariatan jihad di dalam Islam: Umat Islam


diharamkan Berperang. Sejarah Islam membuktikan bagaimana seksanya
umat Islam di awal pendakwahan Rasulullah SAW di Kota Mekah. Mereka
diseksa, diugut, didera dan dibunuh contoh seperti mana yang berlaku ke atas
saidina Bilal Bin Rabah, bahkan baginda Rasulullah SAW juga menerima azab

233
yang sama. Namun umat Islam ketika itu diminta bersabar dan tidak melawan
di atas segala perbuatan dan tindakan kejam kaum kafir dan musyrikin Mekah.
Firman Allah SWT dalam an-Nisak ayat 77 yang bermaksud, “Tidakkah kamu
perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka: Tahanlah tanganmu
dari berperang dan dirikanlah solat.” Keizinan Berperang atau Berjihad.
Setelah menerima tentangan hebat kaum kafir Mekah sehingga usaha
membunuh Rasulullah SAW dirancang. Akhirnya umat Islam diizinkan
mempertahankan diri daripada musuh. Selain itu, umat Islam juga mula
mengorak langkah berhijrah ke tempat baru. Hijrah ke Habsyah adalah hijrah
pertama dalam Islam barulah diikuti hijrah ke Madinah. Manakala peperangan
pertama di dalam Islam adalah perang Uhud yang berlaku pada 4 Hijrah.
Sesungguhnya Islam membenarkan umatnya memerangi musuh yang
menyerang dan sejarah perang Badar membuktikan tentera Islam memenangi
peperangan itu. Firman Allah SWT surah al-Haj ayat 39 yang bermaksud,
“Telah diizinkan berperang bagi orang-orang yang diperangi, kerana
sesungguhnya mereka dianiaya. Dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha
Kuasa menolong mereka itu.” Jihad adalah Wajib ketika Musuh Menyerang.
Firman Allah SWT di dalam al-Baqarah ayat 190 yang bermaksud, “Dan
perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, tetapi janganlah
kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang -
orang yang melampaui batas.” Melalui surah al-Haj ayat 39, umat Islam diberi
keizinan berperang apabila mereka diperangi atau diserang musuh.
Sebaliknya, ayat ini pula menegaskan kepada kewajipan ke atas umat Islam
mempertahankan diri agama dan negara apabila diserang. Namun demikian
sebagai agama sejahtera, Islam mempunyai batas-batas dan etika berperang
yang mesti diikuti. Antaranya tidak boleh membunuh kanak-kanak, kaum
perempuan, orang-orang tua yang lemah dan sebagainya. Memerangi Kaum
Musyrikin dan Kafir. Akhirnya umat Islam diperintahkan memerangi kaum kafir
dan musyrikin yang memerangi Islam dan umatnya. Umat Islam perlu jelas di
sini, golongan yang harus diperangi adalah kaum kafir yang menyerang umat
Islam. Dalam hal ini, ulama Islam membahagikan golongan kafir kepada dua.

234
Pertama kafir harbi iaitu golongan kafir yang mengancam serta memerangi
Islam dan umatnya. Golongan kafir „harbi‟ dibolehkan bagi umat Islam untuk
berjihad jika diperangi. Keduanya kafir zimmi iaitu golongan kafir yang tidak
boleh diperangi kerana mereka tidak mengancam Islam dan umatnya. Selain
itu, kafir „zimmi‟ memberi taat setia kepada pemerintahan negara Islam serta
membayar cukai jizyah kepada negara. Melalui al-Anfal ayat 39 yang
bermaksud, “Dan perangilah mereka, supaya tidak ada fitnah dan supaya
agama itu semata-mata bagi Allah SWT.”

Jenis-Jenis dan Kategori Jihad

Amalan jihad merangkumi maksud yang sangat luas daripada berkorban


nyawa di medan perang sehinggalah menuntut ilmu adalah termasuk kategori
jihad di dalam Islam. Cuma daripada segi tahap ketinggian atau darjat sahaja
yang membezakan jenis-jenis jihad. Jihad di medan perang adalah jihad yang
paling tinggi dan syahid kubra. Namun demikian, sebagai agama yang benar
dan sifat pemurah Allah SWT setiap amalan jihad sama ada kecil atau besar
pasti memperoleh ganjaran di akhirat kelak. Firman Allah SWT dalam surah
al-Zilzal ayat 7, “Barang siapa mengerjakan kebaikan, meskipun seberat
zarah, akan dilihatnya (balasan) kebaikan itu.”

Jihad atau pengorbanan boleh dilakukan melalui berbagai cara. Namun


semua sumbangan tersebut mestilah diniatkan di dalam hati kerana Allah
SWT semata-mata. Jihad yang dilakukan kerana makhluk atau keduniaan juga
akan mendapat balasan tetapi setakat dunia sahaja. Sebaliknya jika dilakukan
kerana Allah SWT maka balasannya ialah kebaikan dunia dan akhirat. Justeru
jihad yang dilakukan hendaklah ikhlas kepada Allah SWT semata.

Antaranya jihad boleh dilakukan melalui: Nyawa dan Tenaga Jihad yang
paling tinggi dalam Islam adalah melalui pengorbanan jiwa dan raga untuk

235
agama Islam. Lazimnya, jihad sebegini adalah jihad di medan perang dan
orang yang terkorban adalah syahid. Terdapat banyak contoh para sahabat
yang sanggup berkorban nyawa demi perjuangan Islam seperti saidina
Hamzah yang gugur syahid di dalam peperangan Uhud. Harta dan Wang
Ringgit Selain itu pengorbanan wang ringgit dan harta juga termasuk di dalam
jihad fi sabilillah. Justeru itu, jihad dalam erti kata yang luas dapat dilakukan
oleh semua orang. Bagi golongan kaya harta mereka boleh menyumbang
dalam bentuk kewangan bagi menyokong usaha jihad golongan di medan
perang.

Sebagai contohnya saidina Abu Bakar menyerahkan hartanya demi


perjuangan menegakkan syiar Islam. Akal Fikiran dan Ilmu Sumbangan buah
fikiran dan idea juga tergolong dalam ciri-ciri berjihad di jalan Allah. Sebagai
contohnya Salman al-Farisi selain berjihad di medan perang juga
menyumbangkan idea pembinaan parit di dalam peperangan Khandak. Selain
itu menuntut ilmu adalah suatu jenis jihad di dalam Islam. Begitu juga para
mujtahid yang berijtihad mengenai sesuatu hukum juga tergolong sebagai
suatu jihad melalui akal fikiran.

Terdapat beberapa kategori jihad yang sangat dianjurkan Islam bahkan


diwajibkan kepada setiap umat Islam mempertahankan hak-hak tersebut iaitu:

Jihad melawan hawa nafsu Berjihad melawan nafsu adalah jihad yang paling
tinggi sekali darjat di sisi Islam. Melaluinya seluruh tenaga disalurkan supaya
menuruti jalan dan manhaj yang digariskan oleh Allah SWT. Perjuangan ini
adalah perjuangan dalam diri setiap individu Muslim dan ianya adalah fardu
ain. Sebenarnya mencari petunjuk agama yang benar atau mencari ilmu
adalah tergolong di dalam jihad. Perjuangan melawan nafsu agar ianya tunduk
dan patuh untuk beramal kepada ajaran Islam, menyebarkan dakwah Islamiah
serta sabar di atas segala ujian dan cabaran yang diterima. Jihad sebegini
menuntut kepada jihad yang berpanjangan dan ianya adalah jihad fardu ain.

236
Dalil yang boleh dikaitkan dengan jihad melawan hawa nafsu seperti dalam
surah as-Syams ayat 7-10 yang bermaksud, “Dan demi jiwa serta
penyempurnaannya penciptaannya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu
jalan kefasiqan dan ketakwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang
menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.”
Jihad menentang syaitan. Syaitan adalah seteru manusia yang sebenar-
benarnya. Terdapat banyak ayat al-Quran yang menjelaskan permusuhan
antara syaitan dan manusia. Bahkan di dalam kisah Nabi Adam as dan iblis
juga banyak mengisahkan permusuhan dan dendam iblis kepada manusia.
Antara dalil al-Quran dalam surah al-Fathir ayat 6 yang membuktikan syaitan
adalah musuh manusia adalah, “Sesungguhnya syaitan itu seteru bagimu
maka jadikanlah dia atau layanilah sebagai seteru.”

Hukum:
Jihad menentang syaitan juga tergolong sebagai jihad dalam kategori fardu
ain. Ia menunjukkan setiap manusia Islam mestilah sentiasa berjihad
menentang hawa nafsu dan syaitan. Ini kerana kedua-duanya adalah musuh
di dalam diri mereka sendiri. Ketiganya adalah jihad menentang orang-orang
kafir. Jihad menentang kafir terdapat dalam dua cara iaitu:
-Pertama melalui dakwah dengan mengajak orang-orang kafir memeluk Islam.
Ini kerana berdakwah juga adalah salah satu daripada jihad bagi orang Islam.

-Keduanya adalah jihad melalui senjata iaitu memerangi orang kafir yang
menggugat agama dan umat Islam.

Golongan kafir terbahagi dua iaitu kafir zimmi dan kafir harbi. Kafir „zimmi‟
tidak harus diperangi sebaliknya kafir „harbi‟ adalah orang kafir yang
mengancam negara, agama dan umat Islam.

Apabila umat Islam diserang pihak musuh umat wajib berjihad bagi
mempertahankan agama Islam. Di sini hukum fardu kifayah pada asalnya

237
bertukar menjadi fardu ain apabila pihak musuh menyerang. Sebenarnya
peperangan bukanlah suatu jalan penyelesaian di dalam Islam. Islam
bukanlah agama pengganas seperti yang diwar-warkan oleh media Barat.
Islam lebih menjurus kepada perdamaian melalui syura. Hal ini dapat dilihat
pada zaman Rasulullah bagaimana setiap masalah dapat diselesaikan melalui
perundingan. Namun demikian, sebagai agama yang benar, maka umat Islam
diwajibkan mempertahankan agama apabila diganggu-gugat oleh pihak
musuh. Hal ini dapat dilihat dalam sirah Rasulullah apabila perang Badar yang
merupakan perang pertama bagi umat Islam berlaku. Hal ini timbul kerana
agama Islam dicabar dan digugat oleh orang kafir.

Justeru apabila keadaan ini berlaku, umat Islam berkewajipan


Mempertahankan agama Islam. Firman Allah SWT surah al-Baqarah ayat 190
yang bermaksud, “Perangilah olehmu pada jalan Allah akan orang-orang yang
memerangi kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah
tiada mengasihi orang-orang yang melampaui batas.”

Jihad menentang golongan munafik Seterusnya umat Islam juga berjihad


menentang golongan munafik. Mereka tergolong sebagai musuh yang
berselindung di sebalik nama Islam. Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran yang
membicarakan berkenaan golongan munafik ini. Justeru kebanyakan ayat-
ayat Madaniyyah sering mendedahkan mengenai golongan munafik. Ini
kerana dakwah Islamiah semasa zaman Madinah banyak terdedah kepada
ancaman munafikin ke atas agama dan umat Islam. Bahkan terdapat surah al-
Munafiqun yang dikhususkan kepada musuh Islam ini. Antara dalil al-Quran
surah at-Taubah ayat 96 yang menyeru kepada jihad ke atas orang kafir dan
munafik ialah, “Hai Nabi, berjihadlah (melawan) orang-orang kafir dan orang-
orang munafik itu, bersikap kasarlah terhadap mereka.” Jihad menentang
kemungkaran dan kezaliman Selain daripada berperang menentang musuh,
umat Islam juga digalakkan menentang kemungkaran dan kezaliman di dalam
sesebuah pemerintahan. Oleh itu, segala kebatilan yang terdapat dalam

238
masyarakat mestilah ditentang sama ada melalui perbuatan, perkataan
ataupun dengan hati. Riwayat an-Nasai, Rasulullah pernah berkata mengenai
jihad yang paling utama yang bermaksud, “Jihad yang paling utama adalah
menyatakan perkataan yang hak di hadapan seorang penguasa yang zalim.”
Selain itu dalil daripada al-Quran surah Ali Imran ayat 11 yang bermaksud,
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh
yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.”

Sehubungan itu setiap orang mestilah mengamalkan konsep amar makruf dan
nahi mungkar. Ini kerana selain tentangan pihak musuh, Islam menjadi lemah
ekoran sikap umatnya sendiri. Ada pihak yang tidak prihatin dengan konsep
amar makruf nahi mungkar justeru membiarkan saudaranya terus dalam
kemaksiatan dan kesesatan. Maqasid syar‟iyah.( agama, maruah, harta, akal,
nyawa) Umat Islam juga disarankan mempertahankan hak masing-masing. Di
sini hak-hak maqasid syar‟iyah juga tergolong sebagai salah satu jihad dalam
Islam. Sebagai contoh, keluarga Yaser dan isterinya Sumayyah yang gugur
syahid setelah diseksa dengan kejam oleh kaum kafir kerana
mempertahankan agama Allah SWT. Begitu juga yang berlaku ke atas saidina
Bilal yang dadanya dihempap batu di bawah pancaran terik matahari tetapi
masih mengekalkan syahadah dan istiqamah kepada Allah SWT.

Kesemua ini adalah contoh-contoh jihad sama ada mempertahankan agama,


maruah, harta, akal dan nyawa. Bahkan umat Islam pada hari ini pun
berkewajipan menjaga hak masing-masing dan sekiranya mati maka ia
tergolong sebagai salah syahid di dalam Islam.

Menuntut ilmu Selain berjihad di medan perang, umat manusia juga


disyariatkan berjuang dalam bidang keilmuan. Ini penting bagi memastikan
umat Islam tidak ketinggalan dalam setiap lapangan. Apa ertinya kemenangan
di medan perang sekiranya kemenangan itu tidak diisi dengan masyarakat
berilmu. Sudah pasti suatu hari nanti umat Islam akan dijajah semula dalam

239
bentuk lain seperti bidang sains teknologi, kedoktoran, ketenteraan dan
sebagainya. Hal ini dapat dilihat berdasarkan firman Allah SWT surah at-
Taubah ayat 122 yang bermaksud, “Tiada patut orang yang beriman keluar
semuanya ke medan perang. Mengapakah tiada keluar sebahagian di antara
tiap-tiap golongan mereka, supaya mereka yang tinggal memahami agama
dan memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka kembali
kepadanya, mudah-mudahan mereka itu waspada.”

Umat Islam digalakkan mempelajari segala ilmu yang bermanfaat sama ada
ilmu fardu ain seperti fikah, tauhid atau ilmu fardu kifayah seperti sains,
perubatan dan sebagainya. Ini bertujuan supaya umat Islam tidak bergantung
kepada bangsa lain, bahkan fardu kifayah boleh menjadi wajib sekiranya tidak
ada orang Islam yang mempelajarinya. Sebagai contoh, ilmu perubatan
menjadi wajib kepada umat Islam mempelajarinya sekiranya tidak terdapat
doktor Muslim yang dapat merawat pesakit Islam.

Realiti Amalan Jihad pada Masa Kini

Istilah jihad pada hari ini sudah diterima pakai dengan lebih meluas. Sama ada
negara di blok Timur atau blok Barat menerima pakai istilah jihad. Tetapi apa
yang pastinya, jihad itu dipandang dari dua sudut iaitu positif dan negatif.
Sebagai contoh, jihad dipandang negatif oleh pihak Barat terutamanya
selepas peristiwa 11 September. Islam telah digelar sebagai agama yang
ganas dan umat Islam terutamanya di Afghanistan sebagai pengganas.
Sebaliknya pula dalam serangan pencerobohan tentera Amerika Syarikat dan
sekutu-sekutunya ke atas Iraq pandangan terhadap jihad telah berubah.
Rakyat Iraq berkewajipan mempertahankan negara mereka demi agama Islam

240
dan negara mereka. Serangan pihak musuh adalah pencerobohan ke atas
kedaulatan negara dan ianya mesti dipertahankan.

Untuk itu, jihad itu perlu dinilai sebagai mempertahankan agama dan negara
daripada musuh. Dalam konteks negara Malaysia, konsep jihad perlu difahami
secara lebih luas dan terbuka. Amalan jihad perlu jelas agar tidak
mengganggu-gugat keamanan dan kedamaian rakyat dan negara. Terdapat
peristiwa-peristiwa yang dikaitkan dengan jihad telah berlaku di dalam negara
seperti peristiwa Sauk.

Sebenarnya jihad perlulah bermatlamatkan mendapat keredaan Allah SWT


bukannya memenuhi ideologi politik dan agenda individu yang tertentu. Jika
matlamat jihad terpesong dari landasan syariat maka perjuangan tersebut
adalah kosong dan berdosa. Untuk itu, setiap pengorbanan atau jihad
hendaklah jelas dan bertujuan fi sabilillah. Realitinya banyak lagi yang perlu
diperjuangkan oleh masyarakat Islam di Malaysia khasnya. Selain berjihad
melalui peperangan, umat Islam mestilah berusaha mengangkat semula
kegemilangan Islam dalam semua bidang. Kekuatan Islam dan umatnya pada
hari ini bukan semata-mata kerana semangat dan kekuatan dalam
ketenteraan sahaja.

Sebaliknya kekuatan ekonomi, politik, ketenteraan, sains, teknologi dan


sebagainya adalah inti pati kekuatan yang sebenarnya pada hari ini. Justeru
dengan penguasaan tersebutlah umat Islam akan digeruni pihak musuh dan
seterusnya boleh menjadi pemangkin kepada negara-negara lain di dunia ini.
Hari ini kuasa tersebut dimiliki oleh Barat setelah mencedok dan
mengaplikasikan segala ilmu dalam tamadun Islam.

241
Kesimpulan:
Umumnya jihad membawa maksud yang sangat luas. Ianya tidak boleh
disempitkan kepada jihad di medan perang semata-mata. Justeru jihad
dalaman seperti melawan hawa nafsu dan godaan syaitan juga tergolong jihad
fardu ain. Sebaliknya jihad menentang orang-orang kafir hanyalah jihad fardu
kifayah dan ianya bertukar wajib apabila pihak musuh menyerang atau
mengancam Islam dan umatnya. Akhir sekali saranan untuk mengaplikasikan
jihad di dalam kehidupan seharian Muslim seperti berikut; jihad melawan hawa
nafsu, godaan syaitan, kaum kafir „harbi,‟ golongan munafik dan amal makruf
nahi mungkar. Oleh itu, sekiranya setiap Muslim mengamalkan serta
menghayati semangat jihad nescaya kegemilangan Islam akan kembali
menyinari dan membawa kesejahteraan kepada alam ini.

13.3 Etika dalam Sains

Prof. Mohammed Abdus Salam, penerima Hadiah Nobel 1979 dalam kajian
Fiziks, pernah berkata:
“Tidak dapat disangkal lagi pada hari ini bahawa dari semua tamaddun di dunia
ini,
negara-negara Islam adalah paling lemah dalam ilmu sains. Kemelut ini tidak
boleh
diambil mudah kerana kelangsungan hidup (atau survival) yang bermaruah pada
hari ini
bergantung kepada kekuatan dalam ilmu sains dan teknologi.”

Bayangkan bahawa sepasukan penyelidik dari planet Marikh datang ke dunia di


antara abad ke-9 dan ke-13. Tugas atau misi mereka adalah untuk mengkaji
perkembangan budaya dan sosial manusia. Dari pemerhatian mereka, didapati
bahawa ada masyarakat yang dinamik dan berkembang ke arah peradaban yang

242
lebih baik dan tinggi, manakala terdapat juga budaya dan peradaban yang kaku
dan rendah serta terikat kepada unsur-unsur tradisi dan ritual.

Para penyelidik ini akan membuat laporan bahawa peradaban yang paling maju
adalah peradaban atau tamaddun Islam yang mempunyai pelbagai kemudahan
dan infrastruktur seperti adanya Bait-ul-Hikmah, pusat-pusat pemerhatian
astronomi, hospital-hospital dan sekolah-sekolah. Baghdad pula merupakan
tempat yang paling “bercahaya” kerana ia menjadi pusat intelek dunia di mana
cerdik pandai dari seluruh pelusuk dunia datang untuk menuntut ilmu. Nama-
nama seperti Ibn Haytham dan Omar Khayyam pula terkenal sebagai saintis
moden.

Akan tetapi pada masa yang sama terdapat perbedaan yang amat ketara sekali
dengan tamaddun Eropah di mana mereka tenggelam di dalam Zaman Gelap
(Dark Ages), tidak ada perkembangan ilmu. Sebaliknya mereka kelihatan
sungguh ganas, seperti Pope yang memerintahkan pembakaran „ahli-ahli sihir
wanita‟. Bayangkan pula, sekiranya pasukan penyelidik dari planet Marikh ini
dating sekali lagi pada hari ini. Mereka akan terkejut kerana apa yang
diperhatikan sepuluh abad yang lalu amat berbeza dari apa yang berlaku
sekarang.
Tamaddun yang satu masa dahulu merupakan yang paling maju kini telah
terperangkap di dalam zaman pertengahan; menolak kepada pembaharuan dan
terus berpegang kepada nilai-nilai kuno. Sebaliknya, tamaddun yang kelihatan
kaku dan ganas pada masa dahulu telah amat maju ke hadapan. Mereka akan
tertanya-tanya apakah telah berlaku pertukaran peranan dari kedua-dua
kemenangan peperangan satu pihak ke atas pihak yang lain? Atau adakah
kerana telah berlaku perubahan pemikiran dan sikap kedua-dua tamaddun
tersebut?

Sudah lebih 700 tahun tamaddun Islam kehilangan hampir seluruh kemahuan
dan kebolehan di dalam ilmu sains. Sejak dari itu, selain dari usaha semasa
Empayar Uthmaniah dan pemerintahan Mohammed Ali di Mesir, tidak ada

243
usaha-usaha yang signifikan untuk mengembalikan kegemilangan tamaddun
Islam. Ini adalah hakikat yang amat dikesali oleh kebanyakan orang Islam.
Sesungguhnya hakikat ini amat merisaukan para reformis Islam pada hari ini.
Tetapi, sebaliknya, terdapat para pengamal Islam tradisional tidak merasa kesal
dengan hakikat tersebut, malah ada yang selesa dengan kehilangan kemajuan
sains kerana mereka berpendapat bahawa pengaruh sekular yang merosakkan
dapat dihindar dengan menjauhkan ilmu sains dari Islam.

Kemajuan sains dan ideologi tidak dapat dipisahkan. Justeru, timbul persoalan
pokok: adakah Islam itu harmonis dan seiring dengan sains atau pun
sebaliknya? Perdebatan yang berlarutan di antara reformis Islam dan pengamal
Islam tradisi mengenai persoalan ini tidak membawa kepada penyelesaian
kepada kemunduran umat Islam hari ini. Masing-masing berpegang kepada
hujah-hujah dan tafsiran-tafsiran yang berbeda walaupun dari sumber yang
sama, ia itu dari hadis-hadis atau al-Qurán. Isu pokok perbedaan mereka ialah:
sains itu ilmu sekular dan tidak mungkin sebaliknya. Bagaimanapun, ciri sekular
sains itu tidak menyangkal kewujudan Tuhan. Akan tetapi bukti-bukti kebenaran
sains itu tidak bergantung kepada kepercayaan wujudnya tuhan kerana setiap
yang ditemui itu diperolehi daripada usaha-usaha ujian, pemerhatian dan logik.
Sama ada para saintis itu alim atau sebaliknya, ilmu sains tetap tidak berubah.

Perdebatan tersebut tidak akan sampai kepada penghujungnya. Sama ada sains
itu sekular atau tidak, hakikatnya ilmu sains amat penting dalam kehidupan pada
zaman ini. Setelah dunia berputar masuk abad ke-21, sikap Islam terhadap
sains, sama ada tiori atau praktikalnya, memberi impak yang amat penting
kepada masyarakat Muslim. Sains bukan lagi merupakan ilmu untuk golongan
elit atau cendikiawan sahaja. Sebaliknya ilmu sains telah merubah peradaban
manusia; tidak kira untuk kebaikan atau keburukan. Kekuatan ketenteraan,
kuasa politik dan kemewahan ekonomi sesebuah negara moden banyak
bergantung kepada kebolehannya memahami, mengawal dan mencipta sains

244
moden. Bukti yang amat ketara ialah semasa Peperangan Teluk di antara
Tentera Bersekutu dengan Iraq.

Telah terbuku di dalam sejarah bahawa antara sebab kejatuhan tamaddun Islam
itu ialah kerana kegagalan menguasai sains. Malah kelemahan Islam dalam
sains telah menaikkan kuasa Barat dalam beberapa abad yang lalu. Di zaman
pertengahan, perhubungan di antara Islam dan Barat berbeda-beda; ada kalanya
mesra dan adakalanya bermusuhan. Pemerintahan Islam di Sepanyol selama
tujuh abad telah memberi peluang kepada orang-orang Eropah menimba
khazanah ilmu Yunani (Greek) dan Islam. Tetapi apabila timbulnya Peperangan
Salib serta penguasaan Empayar Uthmaniah di Balkan, hubungan di antara
kedua tamaddun tersebut menjadi tegang tanpa kesudahan. Sikap prejudis dan
syak wasangka tersebut diwarisi hingga ke hari ini.

Kemudian timbul Renaissance atau Zaman Kebangkitan di Eropah. Kejatuhan


sistem ekonomi feudal dan timbulnya sistem kapitalisme secara meluas yang
menyebabkan perubahan masyarakat, telah melahirkan sains moden di Eropah
400 tahun yang lalu. Budaya baru dengan sains moden ini cenderung melakukan
pelbagai ujian dan kajian secara lebih teratur berdasarkan kepada alam semula
jadi. Mereka tidak lagi terikat dengan „fatwa-fatwa‟ atau cengkaman para paderi
atau agamawan. Dengan kemajuan sains, orang-orang Eropah mendapat
kekuasaan baru yang tidak pernah mereka impikan. Dengan kuasa ini juga
mereka dapat memahami hukum alam dengan lebih mendalam dan seterusnya
mencipta teknologi-teknologi yang baru. Malangnya, sains ini juga digunakan
sebagai senjata untuk menjajah dan menghambakan tamaddun yang masih
mundur teknologinya secara lebih sistematik.

Masyarakat Islam rata-ratanya tidak terdaya menangkis serangan kuasa


imperialisme pada abad ke-18. Hampir semua negara-negara Islam, dari Afrika
Barat hingga Asia Timur, telah dijajah. Kekuatan pihak penjajah bukan
bergantung kepada bilangan askarnya, tetapi kepada penggunaan ilmu sains

245
moden. Pertentangan di antara kedua tamaddun tersebut tidak seimbang kerana
satu pihak menggunakan senjata-senjata moden, seperti senapang dan meriam,
manakala satu pihak lagi masih menggunakan senjata lama seperti pedang dan
panah. Peralatan yang canggih seperti kapal wap, telegraf, barangan hasil mesin
dan kaedah organisasi moden merupakan tulang belakang kepada kekuatan
penjajah.

Negara-negara Islam berperang dengan kekuatan dari segi bilangan


tetapi tanpa teknik peperangan moden mereka telah tumpas kepada tentera
penjajah yang lebih berdisiplin dan teratur serta berkelengkapan moden,
walaupun mempunyai bilangan yang jauh lebih kecil. Konfrontasi di antara dunia
Barat, yang lebih maju dari segi industri dan ekonomi, dengan dunia tradisional
telah menimbulkan pelbagai kesengsaraan. Hasrat dunia Barat ialah „memberi‟
tamaddun baru kepada negara-negara yang dijajah dengan memusnahkan
budaya tempatan. Kesan parut kemusnahan tersebut masih terasa hingga ke
hari ini.

Era kemerdekaan negara-negara yang dijajah bermula selepas Peperangan


Dunia Kedua. Setelah berlaku kemusnahan sistem ekonomi, sosial dan budaya
tradisional serta hubungan politik oleh kuasa imperialisme Barat, timbul pula
gejala politik orang-orang Islam di kalangan negara-negara tersebut. Namun
peranannya amat terbatas, hinggakan persempadanan negara-negara mereka
ditentukan oleh kuasa penjajahan sebelum mereka pulang. Kegembiraan
mendapat kemerdekaan tidak bertahan lama.

Perampasan tanah Palestin, kekalahan orang-orang Arab di dalam peperangan


dengan Israel, kegagalan pemerintah negara-negara yang baru merdeka
menangani dan mentadbir dengan sistem demokrasi yang stabil telah
memusnahkan harapan orang-orang Islam mengecapi kemerdekaan
sebenarnya. Kegagalan pemerintahan secular nasionalis-sosialis, - seperti
Mossadeq di Iran, Nasser di Mesir, Sukarno di Indonesia and Zulfikar Ali Bhutto

246
di Pakistan – telah menimbulkan kekecewaan yang lebih mendalam dan
seterusnya membibitkan pergerakan-pergerakan fundamentalis.

Bentuk pemerintahan birokrasi-tentera dan puak feudal tertentu menjadi dominan


di kalangan negara-negara Islam. Sistem pemerintahan sedemikian amat jauh
menyimpang dari nilai-nilai sosial dan etika Islam itu sendiri. Akan tetapi
kekuatan pemerintah dan negara demikian telah dapat membina identiti dan
menyatukan masyarakat Islam moden. Malangnya pemerintah negara-negara
Islam ini tidak menunjukkan kebolehan atau kemahuan untuk mengatasi dan
menangani masalah-masalah dan cabaran-cabaran dunia moden, terutamanya
pembangunan sains dan budaya yang rasional.

Jika dibandingkan dengan negara-negara bukan Islam yang mempunyai sumber


dan tahap pembangunan budaya yang hampir serupa, negara-negara Islam
masih jauh ketinggalan. Pembangunan ilmu sains yang rendah merupakan
kegagalan yang memberi impak kepada kemunduran negara-negara Islam pada
hari ini. Natijahnya, negara-negara Barat pasti menguasai bidang ekonomi dan
intelek untuk jangka masa yang panjang. Walaupun kita telah melangkah ke
abad 21, masih tidak nampak pergerakan atau perubahan yang ketara di negara-
negara Islam untuk mencapai kebudayaan yang berteraskan sains.

Kegagalan kemajuan sains di kalangan negara-negara Islam juga berpunca dari


kegagalan pemerintah mempertahankan kedaulatan dan sumber negaranya,
menyediakan keperluan asas kepada rakyat jelata dan menubuh kerajaan yang
benar-benar mewakili rakyat.

Jika kita lihat krisis di negara-negara Islam semuanya adalah berpunca dari krisis
politik. Tidak pernah berlaku dalam sejarah orang-orang Islam terjadi pemisahan
kuasa politik dengan masyarakat. Dari Maghribi ke Syria, dari Iraq ke Pakistan
dan Indonesia, orang-orang Islam telah diperintah oleh kumpulan minoriti yang
mempunyai kuasa mutlak. Hampir semua pemerintah negara Islam

247
mengamalkan korupsi dan penindasan rakyatnya daripada mempertahankan
sumber alam atau kedaulatan Negara masing-masing dan mereka lebih
cenderung tunduk kepada campur tangan luar.

Kemelut ini juga telah menyebabkan negara-negara Islam jauh ketinggalan untuk
bersaing dengan negara-negara lain dalam mengejar kemajuan dan melakukan
penciptaan yang baru kerana kurangnya ilmu dan peralatan.

Sains: Ciri-ciri dan Sumber

Masa depan kemanusiaan dan sains berkait rapat. Sains, yang dipandu oleh
prinsip moral yang sejagat, menentukan kelangsungan hidup manusia yang
bertamaddun di dunia ini. Dengan sains manusia dapat berhadapan dengan
angin dan ribut, penyakit-penyakit dan kepercayaan tahyul (atau superstitions)
yang menghantui manusia.

Pelbagai tentangan terhadap sains telah berlaku dari semenjak dahulu kala lagi,
terutamanya dengan kepercayaan agama bahawa sains adalah ilmu yang tidak
mempercayai agama. Sains pernah dikatakan memusnahkan nilai-nilai moral
beragama. Disamping itu, kekecewaan yang ketara terhadap apa yang dijanjikan
oleh sains untuk memberi kesejahteraan kepada manusia sejagat. Sains telah
menjadikan globalisasi dunia, tetapi sains masih gagal untuk menyatu padukan
manusia. Kita kini hidup di dalam suasana pencemaran alam yang
membahayakan di mana sistem ekologi telah dimusnahkan oleh sisa tamaddun
industri. Kerap kali manusia yang mempunyai agenda cita-cita ketenteraan
menilaikan sains untuk membuat rekabentuk yang membahayakan manusia.

Justeru, sains jika disalahgunakan boleh merosakkan peradaban manusia.


Kelahiran sains moden telah bermula sejak dari zaman tamaddun Islam lagi
tetapi kemuncaknya ialah methodologi yang lebih saintifik dalam membuat ujian,

248
penemuan dan ciptaan. Selepas Copernicus, seorang ahli astronomi berbangsa
Poland, dunia tidak lagi dianggap sebagai pusat cakerawala tetapi hanyalah
sebuah dari banyak planet yang mengelilingi sebuah bintang di satu sudut
galaksi. Manusia mula menyedari bahawa mereka bukanlah pusat segala
ciptaan, tetapi hampir tidak bermakna jika dibandingkan dengan ciptaan alam
semesta ini. Terdapat banyak lagi ahli-ahli dalam bidang-bidang sains yang
berjaya membuat penemuan baru selepas mereka bebas dari cengkaman kuasa
gereja Kristian di zaman pertengahan.

Dengan penemuan-penemuan yang baru dalam Revolusi Saintifik, maka


lumpuhlah kuasa Gereja dan seterusnya menukar konsep Tuhan di dalam
theologi Kristian. Anehnya, penemu-penemu tersebut (seperti Descartes, Galileo,
Voltaire dan Newton) bukanlah orang yang tidak beragama. Sebaliknya mereka
juga penganut agama Kristian yang kuat. Malah mereka berpendapat bahawa
hukum alam ini tidak akan sempurna tanpa wujudnya satu Tuhan atau Pencipta.
Tetapi bagi mereka Tuhan ini berbeza dengan Tuhan yang mereka pernah
pelajari yang tugasnya hanya memakbul doa manusia yang meminta atau
melakukan mukjizat untuk orang-orang tertentu. Mereka kini mempercayai
bahawa Pencipta itu adalah yang mengatur pergerakan alam yang amat
kompleks ini mengikut hukum-hukum tertentu.

13.4

KESAN PERKEMBANGAN KONTEMPORARI KEPADA MASYARAKAT DAN


NEGARA

Gelombang globalisasi kontemporari adalah yang terbesar dan terkuat pernah


melanda dunia. Pengaruhnya sungguh besar dan luas sehingga ia meliputi

249
semua bidang peradaban. Demi menjamin proses pembinaan peradaban di
negara ini di atas landasan kerohanian dan moral yang dituntut oleh Islam dan
agama-agama lain berterusan tanpa banyak terjejas, kita dipanggil untuk menilai
buruk baik fenomena globalisasi ini dengan lebih teliti lagi.

Cabaran globalisasi kini memerlukan pembentukan generasi muda yang berdaya


tahan melalui ilmu dan kemahiran. Berdasarkan beberapa aspek dan isu
globalisasi yang telah dibicarakan, dapatlah dikatakan bahawa dunia hari ini
sedang menghadapi satu cabaran dan perubahan yang sangat hebat yang
belum pernah berlaku pada abadabad sebelumnya. Cabaran globalisasi dan
implikasinya terhadap ekonomi, budaya, teknologi dan politik adalah luas dan
mempunyai kesan yang positif dan negatif. Penerimaan terhadap perubahan
haruslah difikirkan dan diterima secara positif dan membina untuk kemajuan diri,
keluarga, agama, bangsa dan negara.

Kebaikannya perlu dimakmurkan dan dimanfaatkan oleh semua rakyat.


Keburukannya perlu dihindari dan diatasi sebaik mungkin. Untuk berjaya, kita
perlu menggunakan segala kekuatan dan kekayaan yang ada pada kita,
terutamanya kekayaan daIarnan (inner riches) yang terdapat dalam agama dan
tradisi kita baik yang berupa kerohanian mahu pun yang berupa intelektual atau
keilmuan. Globalisasi yang membawa mesej kesejagatan, merentasi sempadan
negara dan yang menggambarkan kerjasama, sokongan dan perpaduan antara
negara dan antarabangsa sewajarnya perlu diberi nafas baru agar manfaatnya
turut sarna dinikmati oleh negara-negara kecil, bukanriya sekadar
menguntungkan negara-negara maju.

250
Matapelajaran Tamaddun Islam dan Tamaddun Asia ( TITAS )

Islam Hadhari Dan Proses Pembangunan Negara ( Prinsip


UNIT 14 dan 15 1-10)

10 PRINSIP ISLAM HADHARI

Pengenalan

Islam Hadhari memberi tekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus


kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan
Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan
melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta
pembangunan fizikal.

Mempertingkatkan mutu kehidupan adalah dengan mengamalkan sistem


ekonomi, sistem perdagangan dan sistem kewangan yang dinamik,
pembangunan sepadu dan seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu dan
beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta bersedia
menangani cabaran semasa dunia global.

Islam Hadhari bukanlah agama baru. Islam Hadhari bukan ajaran baru. Islam
Hadhari bukannya mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk
mengembalikan umat Islam kepada asas atau fundamental yang terkandung
dalam Al Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam.
251
Islam Hadhari jika ditafsir secara ikhlas dan difahami secara jelas, sama sekali
tidak akan memesongkan mana-mana umat Islam dari asas akidah.

Sebagai sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab melindungi kesucian Islam


dan memastikan umat Islam tanpa tergelincir akidah akan dapat menghadapi
cabaran dan realiti semasa, pintu ijtihad perlu terbuka supaya tafsiran yang
diwarisi dapat dikaitkan dengan bentuk dan corak pembangunan mengikut masa
dan mengikut tempat. Adalah perlu diteliti semula pelbagai pendekatan dan
kaedah untuk diperkemaskan supaya lebih seimbang dan menyeluruh,
merangkumi pembangunan prasarana dan pembangunan ekonomi,
diperkukuhkan dengan pembangunan manusia melalui program pendidikan yang
komprehensif, diperlengkap pula dengan program pembangunan rohani untuk
menyemaikan nilai-nilai murni dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan.

Prinsip Islam Hadhari

Islam Hadhari akan memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama:

1. Keimanan dan ketakwaan kepada ILAHI


2. Kerajaan adil dan beramanah
3. Rakyat berjiwa merdeka
4. Penguasaan ilmu pengetahuan
5. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
6. Kehidupan berkualiti
7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
8. Keutuhan budaya dan moral
9. Pemeliharaan alam semula jadi
10. Kekuatan pertahanan

Prinsip-prinsip ini adalah menurut acuan yang diadunkan supaya amalan dan
pendekatannya tidak akan menimbulkan salah faham dan kebimbangan kepada
mana-mana pihak dalam sebuah negara yang komposisi rakyatnya berbilang

252
agama dan berbilang kaum. Pendekatan yang digariskan juga adalah untuk
memperkasakan umat Islam supaya berupaya menghadapi cabaran dunia
semasa.

Islam Hadhari adalah Islam yang syumul atau komprehensif dengan penekanan
kepada pembangunan ekonomi dan tamadun yang menyeluruh – berupaya
menjadi penggerak dan pendorong kepada peningkatan daya saing umat.
Warisan dan tamadun Islam yang memperlihatkan kejayaan cemerlang umat
Islam dalam semua bidang perlu dijadikan rujukan dan sumber inspirasi
memajukan masyarakat Malaysia.

Perubahan minda umat memerlukan satu tindakan secara menyeluruh, secara


drastik, secara sistematik, dan tidak bersifat sektor atau partisan. Ini memerlukan
satu perubahan tasawur (pandangan global) seluruh masyarakat. Selaras
dengan itu, konsep hidup sebagai pengabdian kepada Tuhan dan konsep kerja
sebagai ibadah, manusia sebagai khalifah dan kewajipan mencapai kekuatan
dalam semua bidang kehidupan perlu dititikberatkan, khususnya prinsip maqasid
al Syariah adalah berkaitan dengan lima perkara seperti berikut:

a) Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan agama


b) Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan akal
c) Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan nyawa
d) Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan harta
e) Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan keturunan

Usaha yang konsisten hingga menghasilkan kejayaan yang berterusan perlu


dirancang. Segala bentuk pemikiran yang mengelirukan dan tidak bersesuaian
dengan kefahaman Islam perlu dikikis supaya pemikiran dan jati diri umat dapat
dibentuk. Perubahan sikap dan budaya umat memerlukan peranan berijtihad dan
berjihad. Konsep jihad perlu ditafsirkan secara lebih luas, meliputi aspek
kehidupan manusia seperti menuntut ilmu, menguasai sains dan teknologi serta
melaksanakan aktiviti-aktiviti ekonomi. Peningkatan kualiti (itqan) dalam semua

253
urusan dan kegiatan kehidupan merangkumi bidang pendidikan, penguasaan
sains dan teknologi serta aktiviti-aktiviti ekonomi, hendaklah dijadikan budaya.
Ijtihad membina ummah dalam zaman moden ini perlu diberikan perhatian dan
diberikan pengiktirafan.

Masyarakat Malaysia perlu diberikan kefahaman Islam yang membolehkan umat


menghayati dan mewarisi wawasan ketamadunan global (Rahmatan Lil‟alamin)
untuk membolehkan umat berperanan secara berkesan diperingkat global.
Semangat persaudaraan (ukhuwah Islamiah) perlu dipupuk dan disemarakkan
bagi menghasilkan rangkaian sosial yang mantap sebagai satu strategi ke arah
meningkatkan daya saing umat. Masyarakat Malaysia perlu menghargai dan
menghayati sifat berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada pihak
lain. Sikap dan nilai-nilai negatif masyarakat perlu diubah kepada nilai-nilai yang
terkandung di dalam tasawwur Islam.

Umat perlu dijadikan masyarakat iqra dalam hasrat mahu membina kemampuan
bangsa dari segi peningkatan penguasaan ilmu, kemahiran dan kepakaran.
Tuntutan Islam mewajibkan umat menguasai ilmu dalam semua bidang perlu
dihayati. Perlu diperbetulkan sebarang salah faham terhadap konsep ilmu agar
tidak berlaku pemisahan antara ilmu sekular dengan ilmu agama. Bahawa
penguasaan sains dan teknologi serta peningkatan kemahiran dan kepakaran
merupakan sebahagian dari tuntutan Islam. Begitu banyak ayat-ayat di dalam al-
Quran yang menyentuh soal penguasaan sains dan teknologi, yang perlu
diberikan perhatian oleh umat. Sumbangan tamadun Islam dalam sains dan
teknologi yang membawa kepada kelahiran renaissance di Eropah wajib
diketahui oleh semua pelajar Islam. Usaha melahirkan saintis Islam yang dapat
menghasilkan penemuan-penemuan baru perlu diperbanyakkan.

Dunia adalah satu perjalanan yang harus dimanfaatkan dalam proses


pengabdian manusia kepada Allah SWT dengan menyempurnakan
tanggungjawab fardu kifayah secara sempurna, jujur, telus dan amanah.
Manusia tidak mungkin berjaya memanfaatkan dunia ini dengan baik jika sikap

254
dan pandangannya terhadap dunia tidak tepat sebagaimana mestinya, kerana
alam dan fenomenanya diciptakan dan ditundukkan oleh Allah SWT untuk
manusia diturunkan sebagai khalifah. Kerana itu, amatlah penting untuk umat
manusia itu diperlengkap dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran, supaya
membolehkan manusia menguasai dunia.

Amatlah penting umat Islam dipimpin memahami dan menghayati Islam sebagai
sistem kehidupan menyeluruh untuk menggerakkan pembinaan satu tamadun.
Kehidupan menyeluruh yang bijak mengimbangkan tanggungjawab dunia
dengan tanggungjawab akhirat. Islam bukanlah satu ritual kerana ritualisme
memberi tumpuan kepada akhirat semata-mata. Kerajaan juga tidak pernah
bersifat sekularisme yang menolak akhirat dan memberi tumpuan kepada dunia
semata-mata. Islam mestilah dihayati sebagai sistem yang mengintegrasikan
kehidupan duniawi dan persiapan ukhrawi. Allah SWT berfirman:

Yang bermaksud: "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang


telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan
hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu
(keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada
hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu
(dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan
janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat
kerosakan".

(Surah al-Qasas: Ayat 77)

255
PRINSIP PERTAMA : KEIMANAN DAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH

Bagi orang Islam pendekatan Islam Hadhari meletakkan keimanan dan


ketaqwaan kepada Allah sebagai teras utamanya. al-qur‟an dan sunnah
Rasulullah S.A.W sebagai teras pegangan dan rujukannya. Gabungan
kemantapan akidah (kepercayaan), syariah (perundangan), akhlak, moral dan
nilai-nilai murni adalah teras perancangan dan pelaksanaan pembangunan diri
dan pengurusan sistem untuk mencapai umat yang berkualiti dan negara yang
cemerlang. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT. dalam surah al-A‟raaf :96,

Maksudnya : “Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu,


beriman serta bertaqwa, tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu
pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi . Tetapi
mereka mendustakan(rasul kami), lalu kami timpakan mereka dengan azab
seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”

Pada prinsipnya penentuan pegangan agama atau akidah bagi mereka yang
berada di luar Islam terbahagi kepada dua iaitu tiada paksaan dalam agama dan
kebebasan dalam menganut agama masing-masing seperti firman Allah SWT
dalam surah al-Baqarah : 256

Maksudnya :

"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata
kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak
percayakan Taghut, dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia
telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus
dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Dan dalam surah al-Kaafiruun: 6, Allah SWT berfirman,

256
Maksudnya :

“Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku”

PRINSIP KEDUA : KERAJAAN ADIL DAN BERAMANAH

Adil adalah memberi yang hak kepada yang berhak akan haknya, mengikut
kadar masing-masing. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam surah
an-Nahl : 90

Maksudnya :
“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan , serta
memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan
perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu
(dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan
mematuhiNya”.

Pelaksanaan keadilan tidak melihat pada keturunan, warna kulit, bangsa,


kedudukan, miskin kaya atau perbezaan agama. Ini bersesuaian dengan
peruntukan dalam al-qur‟an dan hadis Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman
dalam surah al-Maa‟idah : 8

257
Maksudnya :

“Dan jangan sekali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu
kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil(kepada sesiapa
jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada
Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang
kamu lakukan”.

Dan hadis Nabi SAW diriwayatkan oleh Bukhari maksudnya, “Sekiranya(anakku)


Fatimah mencuri nescaya aku akan memotong tangannya”.

Amanah pula bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan


yang diletakkan ke atasnya. Ini bersumberkan dari al-qur‟an dan hadis Nabi
SAW. Dalam al-qur‟an Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa‟ :58

Maksudnya :
“ Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis
amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu

258
menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum
dengan adil. Sesungguhnya Allah SWT dengan (suruhanNya) itu memberi
pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah SWT
sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat”.

Dan hadis nabi SAW, yang diriwayatkan oleh Ahmad Maksudnya :

“ Dan tidak beriman bagi seseorang yang tidak amanah”.

Islam Hadhari meletakkan amalan tadbir urus yang baik (good governance) dan
adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat. Pengurusan negara yang
cekap, adil, amanah (tidak boros dan perbelanjaan berhemah) melahirkan
negara yang baik, maju, dan dirahmati Allah SWT sebagaimana ditegaskan
dalam al-qur‟an surah Saba‟ : 15

Maksudnya : “ Demi Sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba‟ satu


tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal
mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur)”. Yang terletak
disebelah kanan dan disebelah kiri(Kariah mereka).(Lalu dikatakan kepada
mereka):”makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah
kepadaNya: (negeri kamu ini adalah)negeri yang baik(aman dan Makmur), dan
(Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun”.

RAKYAT BERJIWA MERDEKA

Salah satu prinsip utama pendekatan Islam Hadhari ialah mewujudkan rakyat
yang berjiwa merdeka. Antara ciri jiwa merdeka ialah berfikiran kreatif dan
inovatif. Masyarakat yang berjiwa merdeka dapat melahirkan buah fikiran yang

259
dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baru yang bermanfaat
bagi memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Ini selaras dengan
firman Allah SWT dalam al-qur‟an surah al-Isra‟: 70

maksud:

“Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan kami telah
beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan
kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik
serta kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas makhluk-
makhluk yang telah kami ciptakan”.

Masyarakat hendaklah mengatasi belenggu pemikiran yang terjajah, bersikap


terbuka kepada kemajuan dan perubahan orang lain, tidak bersikap jumud dalam
menghasilkan pemikiran berdaya maju dan menolak amalan-amalan negatif
yang boleh menyebabkan jiwa terus terbelenggu.

Masyarakat yang berjiwa merdeka bukanlah masyarakat yang terlepas daripada


peraturan undang-undang dan etika, sebaliknya asas-asas murni itu hendaklah
digunakan sebagai landasan membangunkan masyarakat dan negara yang
teguh dan utuh.

Setiap potensi anggota masyarakat harus digerakkan sebijaksana mungkin


sehingga mampu memartabatkan jatidiri, imej keluarga, integriti masyarakat,
keutuhan negara berasaskan patriotisme yang tinggi dan kesetiaan yang tidak
berbelah bahagi.

260
Jiwa merdeka harus mampu melakukan pilihan dan membuat saringan serta
bersikap terbuka terhadap faktor dari luar lingkungan budaya dan tradisi yang
tidak bercanggah dengan nilai etika dan sejagat yang sifatnya menyumbang
terhadap pembangunan tamadun mengikut acuan kita sendiri.

Makna jiwa merdeka bukan hanya terletak pada slogan atau pernyataan luaran
semata-mata tetapi lebih daripada itu menuntut pengorbanan dan keperluan
bekerja bersungguh-sungguh ke arah menyumbang dan membangunkan
negara.

PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN

Kemampuan menguasai ilmu pengetahuan secara intergratif boleh menjadikan


kita memiliki kekuatan pengetahuan yang pelbagai dan semasa supaya
kecemerlangan intelektual dapat dikembangkan, kekuatan peribadi dapat
ditampilkan dan ketangkasan jasmani dapat dibangunkan. Proses ini perlu bagi
melahirkan insan seimbang dan harmonis seperti yang terdapat dalam matlamat
Falsafah Pendidikan Negara kita. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam
al-qur‟an surah al-Mujaadalah: 11

Maksudnya:

“Dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) –
beberapa darjat . Dan (ingatlah), Allah maha mendalam pengetahuanNya
tentang apa yang kamu lakukan”.

261
Dalam mana-mana sejarah masyarakat yang maju dan bertamadun ianya tidak
akan berlaku tanpa menjadikan ilmu sebagai sumbernya. Tamadun Baghdad
dan Tamadun Andalusia menjadi contoh nyata bagaimana ilmu yang integratif
mampu menyumbang ke arah pembangunan tamadun Barat dan Timur.

Dalam menghadapi cabaran globalisasi dan cabaran semasa, faktor ilmu


intergratif, kemajuan sains dan teknologi sewajarnya menjadi fokus bagi
melahirkan sumber tenaga manusia yang bukan sahaja mempunyai ilmu dan
ketrampilan tetapi juga memiliki nilai-nilai murni yang sifatnya menyumbang
terhadap pembangunan negara, bangsa dan manusia sejagat.

Melalui pengukuhan ilmu fardu ain yang dilengkapkan dengan penguasaan ilmu
fardu kifayah, hasrat untuk mencapai kecemerlangan terbuka luas. Melalui
system pendidikan yang melengkapi dwi pengkhususan dan double Major, kita
boleh melahirkan sumber tenaga yang mampu menerajui program pembangunan
negara dan ummah.

Usaha penggalian dan penerokaan serta penemuan ilmu sains dan teknologi
amat digalakkan dalam tradisi Islam. Amat disedari umat Islam ketinggalan
dalam penguasaan sains dan teknologi pada masa kini. Sewajarnya usaha
pengkajian dan penyelidikan (tadabbur) dijadikan matlamat keilmuan supaya
asas pembangunan intelek, rohani dan jasmani dapat berlaku secara seimbang,
menyeluruh dan teratur. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah a-li
„Imraan : 190

Maksudnya : Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran

262
malam dan siang, ada tanda-tanda(kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan
rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;

PEMBANGUNAN EKONOMI SEIMBANG DAN KOMPREHENSIF

Dalam usaha untuk memajukan negara, aspek ekonomi turut sama diberi
keutamaan oleh Islam. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
memberikan satu pendekatan yang menggabungkan kepada usaha
memantapkan amalan ekonomi yang berakhlak dengan kemampuan
melaksanakan aktiviti ekonomi secara berkesan sesuai dengan perkembangan
ekonomi di dalam negara dan diperingkat antarabangsa. Ini bertepatan dengan
firman Allah S.W.T dalam surah al-Jumu‟ah : 10

bermaksud:

“Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu dimuka


bumi(untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa-apa yang
kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-
banyak(dalam segala keadaan) , supaya kamu berjaya(di dunia dan akhirat)”.

Untuk menjayakan pendekatan tersebut, pihak kerajaan dan sektor swasta perlu
sama-sama berperanan secara bersepadu. Ini sudah pun diberi penekanan
dalam konsep pensyarikatan Malaysia. Islam Hadhari menuntut setiap
masyarakat merebut peluang untuk memaju pencapaian ekonomi mereka.

Usaha-usaha untuk memantapkan keadilan dan kestabilan ekonomi di dalam


negara akan terus diberi keutamaan. Melalui strategi pembasmian kemiskinan,
mencapai guna tenaga penuh, kestabilan paras harga dan pertumbuhan

263
ekonomi yang mapan, keadilan dan kestabilan ekonomi akan dapat dicapai.
Bahkan strategi tersebut menepati aspirasi Islam Hadhari.

Melalui strategi tersebut negara mampu mengembeling kesemua tenaga rakyat


semoga mereka dapat berprestasi di peringkat optimum. Dalam rangka yang
sama pendekatan Islam Hadhari akan terus berusaha untuk meningkat
kecekapan sistem penyampaian sektor awam dan prestasi sektor swasta.
Justeru itu mutu sistem pendidikan dan Institusi Latihan Negara perlu sentiasa
dipertingkatkan semoga kesemua aspek keperluan tersebut dapat dibekalkan
kepada rakyat.

Dalam suasana ekonomi dunia yang sangat mencabar dan tidak menentu,
perancangan dan dasar ekonomi yang digubal perlu sensitif kepada
perkembangan tersebut. Walaupun sektor pembuatan dan perkhidmatan
menyumbang secara besar-besaran kepada pertumbuhan ekonomi negara, demi
keselamatan negara, sektor pertanian akan turut diberi perhatian yang
sewajarnya. Pembekalan kepada makanan asasi rakyat, adalah sesuatu yang
dituntut oleh Islam. Melalui kemajuan bidang sains bioteknologi, negara akan
berusaha untuk memaju sektor pertanian dengan teknologi tersebut.

Jelas sekali bahawa pendekatan Islam Hadhari adalah suatu pendekatan yang
komprehensif di mana pencapaian pembangunan ekonomi negara mampu
menjana kepada wujudnya sebuah masyarakat yang bertamadun dan progresif.

KEHIDUPAN BERKUALITI

Islam pada permulaannya memberi tumpuan yang penting kepada pencapaian


kehidupan masyarakat secara berkualiti. Mencapai tahap kehidupan yang tinggi
dalam kesemua aspek keperluan adalah matlamat utama agama. Bahkan Islam
menuntut semoga setiap individu berusaha menguasai ilmu dan kemampuan
untuk berjaya dalam kehidupan di dunia. Kehidupan akhirat adalah hasil
daripada kemampuan individu melaksanakan kehidupan yang berkualiti dari

264
kesemua aspek termasuk aspek kerohanian, fizikal dan material. Ini bertepatan
dengan firman Allah S.W.T dalam al-qur‟an surah al-Qasas : 77

Bermaksud: “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah
kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau
melupakan bahagianmu(keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat
baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik
kepadamu(dengan pemberian nikmat-nikmatnya yang melimpah-limpah); dan
janganlah engkau melakukan kerosakan dimuka bumi; sesungguhnya Allah tidak
suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan”.

Kehidupan berkualiti akan dicapai melalui kejayaan negara memenuhi keperluan


kehidupan asasi seperti memelihara amalan beragama, kemampuan memajukan
taraf pendidikan, menghayati kehidupan yang aman, hak memiliki harta dan
jaminan kepada generasi masa hadapan yang cemerlang.

Bermula dengan pencapaian keperluan asasi tersebut kualiti kehidupan


mengikut Islam tidak bersifat statik, malah usaha untuk meningkat maju dalam
kesemua aspek tersebut perlu diusaha dan dijayakan dari masa ke semasa
semoga tahap pencapaian setanding dengan masyarakat yang maju di dunia.

Di samping itu, Islam memberi keutamaan kepada insitusi keluarga. Keluarga


yang sejahtera akan menjamin kepada lahirnya generasi yang seimbang dan
berprestasi. Bahkan gejala sosial masyarakat dapat diminimakan jika setiap
institusi keluarga dapat berfungsi dengan berkesan.

265
Dalam konteks mencapai kehidupan yang berkualiti, kemudahan persekitaran
turut serta diberi perhatian. Tempat rekreasi dan kemudahan beriadah turut
sama difikir perlu dalam membina masyarakat yang sihat dan bertenaga.

Dari pendekatan Islam Hadhari, kita dapati bahawa kualiti hidup masyarakat dari
kesemua aspek akan dibangunkan secara bersepadu.

PEMBELAAN HAK KUMPULAN MINORITI DAN WANITA

Pendekatan pendidikan Islam Hadhari memberi kemuliaan insan itu diberikan


kepada setiap individu tanpa diskriminasi, sama ada sebagai kumpulan majoriti
atau minoriti. Hak-hak mereka dijamin oleh undang-undang negara. Jaminan
tersebut meliputi nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal. Dalam Islam ia
terkandung dalam matlamat pesyariatan syariat Islam (Maqasid as-Syariah).
Oleh itu tidak boleh berlaku penafian hak-hak tersebut atau alasan menjadi
kumpulan kecil atau perbezaan jantina. Penafian dan halangan ke atas hak-hak
tersebut adalah salah dari segi undang-undang. Ini selaras dengan firman Allah
SWT dalam al-qur‟an surah al-Hujuraat : 13.

bermaksud

“Wahai Umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki
dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku
puak, supaya kamu berkenal-kenalan( dan beramah mesra antara satu sama
lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih
taqwanya di antara kamu,(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).

266
Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi mendalam pengetahuanNya(akan
keadaan dan amalan kamu)”.

Jaminan ke atas hak-hak tersebut terkandung dalam Pelembagaan Persekutuan.


Ia terdapat dalam Bahagian Kedua Perlembagaan yang membuat peruntukan
mengenai kebebasan asasi (Fundemental Liberties).

Implikasi daripada jaminan tersebut meletakkan kumpulan minoriti dan wanita


dapat menikmati apa jua yang dinikmati oleh kumpulan majoriti dan lelaki.
Mereka berhak untuk turut sama dalam pembangunan negara dan menikmati
apa jua yang dinikmati oleh kaum-kaum lain. Mereka boleh menyertai dalam
pentadbiran negara aktiviti ekonomi, sosial, pendidikan, agama dan politik. Isu
mengenai hak-hak wanita telah diberi perhatian yang khusus oleh kerajaan
dalam menggubal dasar negara seperti termaktub dalam Dasar Wanita Negara.

Rasulullah S.A.W telah juga menyebut dengan jelas tentang wanita sejak mula
hingga keakhir hayat baginda dengan peringatan khusus semasa mengerjakan
Haji Wida‟(Haji perpisahan) dengan sabdanya yang telah diriwayatkan oleh
muslim,maksudnya :

“Maka bertaqwalah kamu kepada Allah terhadap wanita kerana sesungguhnya


kamu mengambil mereka adalah kerana Allah dan Allah menghalalkan kepada
kamu mencampuri mereka dengan ijab Kabul yang sah sesuai dengan aturan
Allah dan hak suami terhadap isterinya ialah agar mereka tidak membiarkan
orang luar yang dibenci oleh suaminya berkunjung kerumahnya. Sekiranya
mereka melakukan sedemikian, ajarlah mereka dengan pukulan yang tidak
menyakitkan. Manakala bagi mereka(wanita) keatas kamu(lelaki)pula ialah
memberikan mereka rezeki (makanan) dan perhiasan/pakaian dengan cara yang
baik. Dan telah aku tinggalkan kepada kamu suatu yang tidak akan menyesatkan
kamu selepasnya sekiranya kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah(al-
qur‟an)”.

267
Realiti yang berlaku di negara kita sejak negara mencapai kemerdekaan sampai
ke hari ini menunjukkan setiap kaum dan bangsa tidak dinafikan hak-hak
mereka, bahkan dalam beberapa perkara diberikan perlindungan dan jaminan
melalui undang-undang negara.

Di negara kita seperti juga di kebanyakan negara-negara lain bagi menjamin


hak-hak seseorang dan kumpulan itu tidak dinafikan, kerajaan telah menubuhkan
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Kerajaan juga telah menerima
deklarasi Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDHR), beberapa teriti
dan kemanusiaan lain, termasuk mengenai wanita. Bahkan dalam beberapa
aspek kedudukan wanita di negara ini jauh lebih baik berbanding di sesetengah
negara Islam. Ada undang-undang yang menjamin hak-hak mereka dan
kesatuan yang menguruskannya. Mereka boleh terlibat dalam semua sektor
pekerjaan dan perkhidmatan yang tidak menyalahi undang-undang negara dan
penyertaan dalam pembangunan negara.

Bagi menjamin hak-hak tersebut dihormati dan tidak dicabuli, terdapat badan-
badan yang mengawasi termasuk mahkamah-mahkamah diberi kuasa dan
bebas untuk membicarakan isu menyalahi hak-hak apabila berlaku pertikaian.

Dalam beberapa penulisan barat menimbulkan isu bahawa Islam tidak memberi
perhatian dan kedudukan wajar kepada bukan Islam dan wanita. Sebenarnya
hak-hak asasi sepatutnya diperjelaskan meliputi golongan bukan Islam dan
semua kaum serta jantina. Dalam sejarah pemerintahan Islam orang bukan
Islam diberi kedudukan dalam pemerintahan, hak-hak mereka tidak dinafikan.
Kebebasan beragama diberikan bagi menjamin penghayatan dalam
pembangunan negara dan perkhidmatan. Mereka diberikan hak sehingga
menjawat jawatan menteri dan pegawai kanan kerajaan. Sejarah membuktikan
orang bukan Islam begitu senang berada di bawah pemerintahan Islam kerana
hak-hak mereka terjamin dan kerajaan berlaku adil ke atas mereka. Keadaan
yang sama dapat disaksikan berlaku di negara kita.

268
Islam ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang jitu serta adil, saksama, amanah
dan bertanggungjawab kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira
kaum, bangsa, keturunan dan fahaman agama, tidak memandang rendah mana-
mana golongan. Hak-hak mereka dilindungi oleh undang-undang dan apabila
timbul pertikaian ia boleh diselesaikan oleh mahkamah atau badan
seumpamanya. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Nisa‟:
58.

maksudnya:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis


amanah kepada ahlinya(yang berhak menerimanya) dan apabila kamu
menjalankan hokum diantara manusia, (Allah menyuruh)maku menghukum
dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran
yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar,
lagi sentiasa melihat”.

KEUTUHAN BUDAYA DAN MORAL

Satu daripada perinsip ketamadunan sesuatu bangsa dan negara ialah wujudnya
keutuhan budaya dan ketinggian moral sebagai identiti negara tersebut. Dalam
rangka meningkatkan kemajuan negara Malaysia, kepelbagaian budaya dan
agama perlu dipertahankan berasaskan sistem nilai dan akhlak yang kukuh,
murni dan luhur. Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi akan
menjamin kesejahteraan, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat
majmuk. Ia juga akan menjadikan bangsa itu terhormat dan disegani. Ini
bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Mukminin: 1-2

269
maksudnya:
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang
khusyu‟ dalam sembahyangnya”.

Dengan demikian kemajuan ekonomi dan teknologi Malaysia akan berjalan selari
dengan keluhuran budaya dan ketinggian akhlak masyarakat berbilang kaum.
Namun, gejala keruntuhan akhlak, kelemahan budaya integriti dan budaya ilmu
dalam masyarakat Malaysia semasa, merupakan suatu cabaran besar kepada
pelaksanaan pendekatan Islam Hadhari.

Dari perspektif tamadun dan agama Islam, kemajuan ekonomi dan ilmu sesuatu
bangsa harus dijiwai oleh budaya moral dan etika yang luhur. Matlamat ini tidak
akan dapat dicapai selagi kemajuan kebendaan diasingkan daripada nilai-nilai
moral, etika dan kerohanian yang luhur. Sejarah telah membuktikan bahawa
tamadun dan Empayar Romawi yang begitu hebat telah runtuh dan ditelan
zaman akibat daripada kepincangan moral yang parah dalam masyarakat dan
negara.

Aspek kesenian dalam memperkasakan budaya harus seiring dengan nilai-nilai


murni yang berasaskan keluhuran dan kreativiti yang menyumbang ke arah
kebudayaan tinggi (high culture).

PEMELIHARAAN ALAM SEMULAJADI

Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia,


tetapi juga hubungan manusia dengan alam persekitaran. Kesejahteraan yang
dinikmati oleh manusia adalah akibat daripada kehidupan yang sejahtera antara
sesama manusia dengan alam tabii. Dalam proses pembangunan, manusia
mempunyai kecenderungan untuk menguasai dan mengekploitasi alam tabii
secara berlebihan dengan menggunakan sains dan teknologi. Natijahnya,
270
keseimbangan alam semula jadi tidak dapat dikekalkan. Peristiwa tanah runtuh,
banjir kilat, pemanasan global, ribut taufan, hujan asid, pencemaran udara, air
dan darat, kepupusan tanaman, habitat dan sebagainya semuanya menyumbang
kepada ketidakstabilan eko-sistem yang dilakukan oleh aktiviti manusia.

Di peringkat antarabangsa beberapa deklarasi mengenai alam sekitar telah pun


dilaksanakan oleh UNDP untuk memastikan pembangunan yang lestari.
Deklarasi Reo De Janerio (1993) dan Protokol Kyoto (1997) merupakan antara
dua deklarasi di mana Malaysia turut menandatanganinya. Malaysia sendiri telah
mengadakan Deklarasi Langkawi untuk memastikan pembangunan negara
secara lestari dan mesra alam.

Untuk mengatasi semua ini alam sekitar perlu ditadbir urus melalui kaedah dan
pendekatan yang lebih seimbang dan menyeluruh. Pembangunan insan yang
berteraskan kepada kehidupan yang berteraskan nilai-nilai murni agama,
bertanggungjawab dengan alam, membangun alam secara terancang perlulah
diberi penekanan yang bersungguh-sungguh. Pembangunan sains dan teknologi
yang berteraskan kepada ajaran agama dan nilai budaya perlu diterapkan
kepada seluruh peringkat masyarakat. Penyelidikan dan pemantauan terhadap
alam tabii perlu dilakukan secara berterusan agar pembangunan yang dijalankan
tidak mendatangkan risiko yang tinggi kepada kehidupan sejagat.

Adalah menjadi pendekatan Islam Hadhari agar kehidupan manusia menjadi


harmoni dengan alam sekitar dan persekitarannya disamping berusaha untuk
terus maju.

KEKUATAN PERTAHANAN

Islam Hadhari melihat pertahanan bukan sahaja isu-isu yang meliputi kekuatan
ketenteraan dan persenjataan, malah ia merangkumi kekuatan diri, fizikal dan
spritual. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam al-qur‟an surah al-Anfal:
60

271
maksudnya:

“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala


jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda
yang lengkap sedia, untuk mengerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan
musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak
mengetahui nya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa yang kamu belanjakan
pada jalan Allah akan disempurnakan balasanya kepada kamu,dan kamu tidak
akan dianiayai”.

Bangsa yang maju memerlukan umat yang dapat mempertahankan diri dan
negara dari dicerobohi. Untuk itu mereka perlu memiliki kekuatan ketenteraan
yang terkini bagi tujuan mempertahankan diri dan negara dan bukan untuk
menyerang dan menguasai bangsa dan negara lain.

Kekuatan pertahanan akan menjamin kestabilan, keamanan dan keselamatan


negara yang membolehkan proses pembangunan dilakukan secara berterusan.

Perubahan suasana politik dunia global masa kini dan tekanan serta penghinaan
yang dihadapi oleh sebahagian umat manusia menuntut kita menguasai
kekuatan ketenteraan dan keupayaan mempertahankan diri. Negara perlu
diperlengkapkan dengan rancangan serta program jangka panjang untuk
menyemai rasa hak dan tanggungjawab membela kemuliaan maruah diri,
bangsa dan negara. Pendekatan Islam Hadhari akan berusaha memperkasakan
umat supaya mereka berupaya menghadapi cabaran dunia semasa.

272
273

Anda mungkin juga menyukai