Anda di halaman 1dari 5

BAB 7 PENINGKATAN TAMADUN INDIA DAN CHINA

Pemerintahan
Perluasan
Ekonomi dan Kebudayaan Teknologi Keagamaan
Kuasa
Pentadbiran

7.1 TAMADUN INDIA (Selepas Tamadun Indus runtuh)

Lokasi dan Perkembangannya


 Lembah Ganges.
 Bermulanya tahap kedua.
 Muncul kerajaan kecil dikenali sebagai Janapada bersifat kepuakan.
 Janapada membentuk kerajaan yang lebih besar dikenali sebagai Mahajanapada yang
diterajui oleh raja.
 Kerajaan Magadha (timur laut India – kedudukan yang strategik, laluan perdagangan)
merupakan kuasa penting antara tahun 540-490 Sebelum Masihi.
 Kemunculan Magadha memulakan sistem politik India. Antara kerajaan yang mucul
termasuk:
(a) Kerajaan Dinasti Nanda
(b) Kerajaan Dinasti Maurya
(c) Kerajaan Dinasti Gupta

Perluasan Kuasa dalam Tamadun India


 Berlaku persaingan untuk meluaskan kuasa. (Usaha kerajaan atau raja menguasai dan
meluaskan pengaruh terhadap pihak lain)
 Peringkat awal, persaingan bersifat fizikal.
 Peringkat seterusnya, persaingan bersifat keagamaan.
 Kepentingan : Kesejahteraan dan perdamaian.

Faktor Perluasan Kuasa


 Kekuatan tentera (pasukan tentera yang kuat utk mempertahankan negara)
 Dasar pemerintahan (diterajui oleh raja)
 Sumber manusia (Menjamin kerajaan ditadbir dgn baik dan berkesan)
 Diplomasi keagamaan (Aspek kemanusiaan dan keagamaan)
 Kewangan (pembiayaan daripada perbendaharaan negara)

Bentuk Perluasan Kuasa


(i) Perluasan fizikal – bergantung kepada sempadan wilayah
 Penguasaan wilayah-wilayah membentuk empayar
 Berlaku apabila kerajaan yg tewas mengakui taklukan dan mematuhi peraturan
 Faktor yg mendorong dasar perluasan kuasa termasuk kekuatan ketenteraan,
disiplin pasukan tentera dan dasar pemerintahan raja
 Contoh perluasan kuasa semasa pemerintahan dinasti:
(a) Dinasti Nanda (345-321 Sebelum Masihi)
Faktor: kekuatan tentera
Jenis Tentera Bilangan Tentera
Kavalri (Tentera Berkuda) 20000
Infantri (Tentera Berjalan Kaki) 200000
Tentera Bergajah 3000
Empayar Nanda meliputi:
1. Wilayah Bengal di timur India
2. Wilayah Punjab di barat India
3. Wilayah Deccan
Pusat pemerintahan empayar Nanda terletak di Pataliputra (Patna)

(b) Dinasti Maurya (322-185 Sebelum Masihi)


Faktor: Kekuatan Tentera
Jenis Tentera Bilangan Tentera
Kavalri (Tentera Berkuda) 30000
Infantri (Tentera Berjalan Kaki) 600000
Tentera Bergajah 9000
Empayar Maurya meliputi wilayah Bengal di timur hingga Hindu Kush di
barat. Pusat pemerintahan terletak di Pataliputra.
Dasar perluasan kuasa dilaksanakan semasa pemerintahan:
1. Chandragupta Maurya
2. Asoka – (Menguasai Kalinga – 150000 hilang harta, 100000 org terbunuh)

(c) Dinasti Gupta (320 – 550 Masihi)


Faktor: Keadah ketenteraan
Diterajui oleh Chandragupta I, menguasai dari Punjab hingga ke Benggal.

(ii) Perluasan keagamaan – merentas sempadan wilayah


Berlaku pada zaman Maurya dan Asoka
(a) Perluasan kuasa keagamaan Zaman Maurya
 Penyebaran agama Buddha
 Undang-undang Asoka diukir pada tiang batu (Tiang Asoka)
Ketua Misi Negara
Mahendra Sri Lanka
Sona dan Utara Asia Tenggara
(b) Perluasan kuasa keagamaan Zaman Gupta
 Penyebaran agama Hindu
 Pemerintahan Gupta memberi penekanan berasaskan agama Hindu dalam
bidang:
1. Kebudayaan
2. Kesusasteraan
3. Seni bina
4. Perdagangan
5. Pemerintahan
 Raja Samudragupta (335-376 Masihi) memerintah bidang kesusasteraan. Hasil
puisi Kaviraja (Raja Penyair)

Sumbangan dalam Aspek lain

Bidang Sumbangan
Kesusasteraan 1. Kitab Arthasastra – hasil Kautilya
rujukan pada zaman Maurya.
Kesenian 1. Lukisan di gua Ajanta dan Ellora bukti
keagungan kesenian
Perdagangan 1. Daratan dan Maritim
2. Wang syiling emas pada zaman Gupta

7.2 TAMADUN CHINA

Lokasi dan Perkembangannya


 Lembah Sungai Huang He : Dinasti Qin , Dinasti Han (Kesuburan tanah dan
kedudukan strategik)

(i) Perkembangan Tamadun Zaman Qin (221-206 Sebelum Masihi)


 Pemerintahan Raja Zheng (gelaran Maharaja Shi Huangdi)
kerajaan utama, pusat pemerintahan di Xianyang, meliputi wilayah yang luas
sehingga bahagian utara hingga Gurun Gobi dan bahagian selatan China
bersempadan dengan Vietnam. Membina Tembok besar.

(ii) Perkembangan Tamadun Zaman Han (206 Sebelum Masihi -220 Masihi)
 Pemerintahn Liu Bang (Maharaja Gaozu).
Empayar meliputi utara china, sempadan Vietnam di selatan, utara korea di timur,
Turkistan di barat.
Terdapat 2 tahap: Han Awal dan Han Akhir
Pusat Pemerintahn kerajaan Han Awal di Chang’an manakala Han Akhir di
Loyang.
Perkembangan dalam perdagangan berlaku ekoran pembukaan Laluan Sutera
(laluan perdagangan daratan yg terpanjang di dunia – melibatkan tamadun China
hingga Rom )
Perkembangan Pendidikan dalam Tamadun China

1. Bermula sejak zaman Dinasti Shang.


Dinasti Zhou Konfusius (551-479 sebekum masihi)
Lun Yu atau Analects merupakan karya
terkenal.
Dinasti Qin Han Fei Zi
Undang- undang Han Fei Zi. Ketegasan bagi
mengawal tingkah laku dan diperkenalkan
semasa pemerintahan Maharaja Shi Huangdi
dan bertindak menyeragamkan system
tulisan.
Dinasti Han Cai Lun
Ajaran Konfusianisme dan teknologi
pembuatan kertas

2. Matlamat sistem pendidikan China untuk tujuan kecekapan pentadbiran negara


dan golongan terpelajar menduduki hierarki teratas dalam kedudukan sosial
masyarakat. Matlamat termasuk:
(a) Lulus peperiksaan perkhidmatan awam
(b) Mengekalkan ajaran Konfusianisme
(c) Membezakan golongan elit dengan golongan rakyat
(d) Memilih pengawai kerajaan
(e) Memupuk nilai moral dan etika

3. Tahap Sistem pendidikan China merangkumi 3 peringkat, iaitu:


(a) Peringkat rendah
(b) Peringkat menengah
(c) Peringkat tinggi
Kemahiran kendiri diukur berasaskan:
(a) Menghafal
(b) Memahami
(c) Menulis
(d) Menterjemah

4. Peperiksaan Perkhidmatan Awam


Peperiksaan Awam membolehkan seseorang menerima penghormatan dan meningkatkan
taraf social. Dilaksanakan semasa Maharaja Wu dan dimansuhkan oleh Maharani
Dowager Cixi.
Calon (hanya lelaki) yang menduduki peperiksaan dikehendaki menghafal kandungan
‘Sembilan Buku Suci’ (Empat Buku dan Lima Kitab)

5. Tahap Peperiksaan Perkhidmatan Awam


(a) Tahap pertama (Xiucai)
(b) Tahap kedua (Juren)
(c) Tahap ketiga (Jinshi)

Anda mungkin juga menyukai