Anda di halaman 1dari 10

TINGKATAN 1

Bab 1: PENGENALAN KEPADA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Definisi reka bentuk: Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan
sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan.

Definisi teknologi: Pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber
semulajadi untuk dijadikan alat, tenaga atau sistem.

Definisi reka bentuk dan teknologi:


Gabungan pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang dengan mengaplikasikan
pengetahuan sains dan matematik.

Bidang-bidang dalam reka bentuk


 Konkrit : peralatan, mesin, seramik, arca, pakaian, senjata
 Abstrak : Pengangkutan, sewaan, Bahasa, atur cara, pengiklanan, grafik

Elemen reka bentuk


 Garisan : cantuman siri titik yang mempunyai panjang dan jarak
 Rupa : hasil pertemuan antara hujung garisan dengan permulaannya
 Bentuk : objek yg mempunyai ruang, isipadu dan lebih dari satu permukaan
 Tekstur : teknik yg memberi impak atau kesan serta boleh juga dirasa melalui sentuhan
 Saiz : ukuran bagi sesuatu objek
 Warna : kesan melalui pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek
 Ruang : kawasan kosong yang dikelilingi oleh elemen garisan bagi menampakkan objek

Prinsip Reka Bentuk


 Keseimbangan : seimbang dari sudut berat, tarikan, tumpuan perhatian atau bentuk asimetri
 Pengulangan : penyusunan semula objek secara berulang-ulang
 Kontras : perbezaan ketara pada ciri elemen yang digunakan
 Kepelbagaian : penggunaan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza
 Kesatuan : bhgn elemen bergabung untuk membentuk imej, tema atau idea yang sempurna
 Keringkasan : idea yang kompleks perlu diolah semula dalam bentuk visual yang lebih ringkas
 Harmoni : melihat sesuatu yang dapat memberi keamanan dan kedamaian

Kriteria Reka Bentuk yang Baik


 Kecenderungan inovasi
 Kreativiti
 Keaslian reka bentuk
 Kekuatan kualiti
 Ergonomik

Teknik Pembinaan Objek


 Pembenaman

 Pembuangan

 Penyatuan

 Peleraian
Kepentingan Reka Bentuk dan Teknologi
 Menyumbang kpd teknologi moden
 Memenuhi kehendak individu dan masyarakat
 Memudahkan urusan kerja melalui pengubahsuaian
 Memupuk nilai invensi, inovasi dan kreatif
 Membuka laluan kerjaya dan pekerjaan

Peranan Reka Bentuk

Individu Masyarakat Pengeluar dan Negara


 Kebebasan memilih kpd  Melindungi dan memelihara  Mengeluarkan produk
penggunan mengikut etika sosial berjenama negara
kemampuan dan keperluan  Melahirkan nilai estetika  Melindungi hak cipta rakyat
 Mengguna sumber alamn  Melahirkan masyarakat yang  Meningkatkan pendapatan
secara optimum kreatif negara
 Menghasilkan reka bentuk  Melahirkan masyarakat yang  Menjadi penanda aras
yang serba boleh dan kaya berdaya maju sebagai negara maju
dengan idea

Etika dalam Reka Bentuk


 Keaslian
 Jujur
 Bermanfaat
 Selamat digunakan
 Mesra alam sekitar

Antara Contoh Kerjaya dalam bidang reka bentuk dan teknologi


 Arkitek
 Pereka bentuk grafik
 Pereka bentuk produk / perkhidmatan

Invensi : proses mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhimatan baharu yang belum
pernah wujud sebelumnya

Inovasi : Pengubahsuaian terhadap produk sedia ada supaya menjadi lebik baik, menjimatkan,
bertenaga dan bermakna serta mesra pengguna

Aplikasi Prinsip Invensi dan Inovasi


 Pertahanan : Robot pengesan periuk api
 Pendidikan : Kamus digital
 Kesihatan : Jam pengukur degupan jantung
 Pembuatan : Pencetak 3D, Pen 3D
 Teknologi Maklumat : Telefon pintar
Bab 2: PENGURUSAN PROJEK

Definisi pengurusan projek reka bentuk:


Aktiviti kerja yang melibatkan proses kerja iaitu skop kerja, tempoh masa dan kos projek

Pengurusan projek reka bentuk


1. Merancang aktiviti projek
2. Menyediakan pelan atau lukisan reka bentuk produk
3. Menentukan bilangan produk
4. Mengawal selia sumber yang terhad
5. Mengawal pelaksanaan

Penjanaan Idea Reka Bentuk Produk


 Meniru apa sahaja yang terdapat di persekitaran dan menukarkannya ke dalam bentuk produk
 Menterbalikkan fungsi sesuatu alat
 Menukar saiz objek
 Menterbalikkan kedudukan

Contoh carta oganisasi atau pasukan pengurusan projek

Tugas Pengurus Projek


 Penentuan utama: menetapkan tujuan dan objektif projek
 Penentuan subutama: perancangan lebih teliti; kewangan,tenaga kerja,dokumen,keselamatan
 Pengelolaan aktiviti: aktiviti yang terlibat dlm pembangunan produk atau perkhidmatan
 Matris organisasi atau pasukan: pasukan dibentuk untuk menjalankan tugas khas

Tujuan Penjadualan
 Mengelakkan kerugian masa dan kos
 Mengelakkan pembaziran
 Mengawal sumber tenaga pekerja
 Mengurus bahan mentah dengan sistematik

Contoh Carta Gantt 

Tujuan Pengawalan
 Semua aktiviti dilakukan dengan optimum
 Semua aktiviti dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan
 Sumber-sumber yang diperlukan dikenal pasti
 Perubahan dalam penjadualan boleh dikenal pasti dan diubahsuai
Garis Panduan Penjadualan Projek
1. Menentukan aktiviti jadual
2. Menyusun aktiviti mengikut keperluan
3. Menganggarkan sumber yang diperlukan untuk sesuatu aktiviti
4. Menganggarkan tempoh masa untuk sesuatu aktiviti
5. Membangunkan jadual
6. Menganggarkan kos dan menyediakan bajet

Penyediaan Anggaran Kos


 Kaedah unit/kuantiti = Unit/kuantiti x harga kos seunit produk
 Konsep SMART

Kaedah unit/kuantiti
Contoh: Kos penyediaan bagi 1 produk ialah RM100. Jumlah produk yang dikehendaki ialah 50 unit. Kira
kos anggaran awal projek tersebut?

Jawapan: Kos anggaran awal = unit/kuantiti x harga kos seunit produk


= 50 unit x RM100
= RM 5 000

Konsep SMART
S = penetapan tujuan / objektif projek
M = Mengukur kos-kos terlibat
A = Projek boleh dilaksanakan mengikut kewangan dan tenaga kerja
R = Kesesuaian dengan kehendak pengguna dan objektif projek
T = Masa yang mencukupi untuk menyiapkan projek

Kumpulan kerja = ahli pasukan dalam sesuatu unit organisasi


Iaitu setiap individu membantu dan bekerjasama, berkongsi maklumat, mempunyai
matlamat yang samadan berkomunikasi.

Kelebihan pembentukan kumpulan kerja


Individu Pasukan
 Kurang tekanan  Memperoleh hasil yang optimum
 Tanggungjawab dikongsi bersama ahli  Rapat dan mesra sesame ahli
 Ahli memilih tanggungjawab yang lebih pakar  Komunikasi terbuka
 Penghargaan dikongsi bersama  Penglibatan menyeluruh
 Ahli pasukan berupaya mempengaruhi ahli lain  Pengumpulan sumber secara maksimum
 Pengalaman dan pengetahuan dikongsi bersama  Peningkatan motivasi staf

Proses Pembentukan Individu


 Pemilihan : memilih individu yang berkemahiran dalam interpeonal dan teknikal
 Latihan : meningkatkan kemahiran , komunikasi dan kemahiran lain yang diperlukan
 Ganjaran : menggalakkan persaingan sihat
Bab 3: PROSES REKA BENTUK

Projek Brief: Satu proses perbincangan awal antara dua pihak iaitu pengurus projek dengan pelanggan

Ciri-ciri projek brief


 Tajuk projek
 Gambaran keseluruhan projek
 Kriteria produk
 Perancangan pengurusan projek
 Analisis kajian
 Lakaran idea
 Mock-up atau model

Perancangan projek brief


 Kriteria pertimbangan utama
 Catatan penerangan

Pembinaan mock-up atau model


 Mock-up
Model olokan yang dibuat
sebelum menghasilkan model
sebenar
Antara jenis bahan: Dawai kasa,
Polisterin, kadbod, foam,
kayu dan plastisin
 Model
Model separa berfungsi (Model blok) atau model berfungsi sepenuhnya

Alatan dan bahan untuk cantuman mock-up atau model


 Super glue
 Pistol perekat panas
 Perekat kayu
 Gam paip pvc
 Benang dan jarum

Penilaian mock-up
 Ujian kekuatan cantuman
Contoh parameter: berat beban 100g
Keputusan: Mock up dapat bertahan tanpa rosak jika beban tidak melebihi 100g
 Ujian kestabilan
Contoh parameter: Mock-up diletakkan pada satu tapak rata
Keputusan: Mock-up tidak jatuh dan kukuh pada tapaknya
 Ujian beban
Contoh parameter: Beban 1kg diletakkan di atas sambungan bahagian atas
Keputusan: Mock-up dapat menampung beban dan tidak melengkung ke bawah
Bab 4: LAKARAN

Lakaran: contengan berbentuk garisan, gambar dan simbol Bahasa yang menerangkan sesuatu perkara

Definisi Lakaran: Satu lukisan awal atau lukisan draf yang dihasilkan menggunakan teknik lakaran bebas
tanpa bantuan alat melukis seperti pembaris atau jangka lukis.

Peranan lakaran dalam reka bentuk


 Mempercepat perkembangan proses
 Asas komposisi untuk ilustrasi
 Medium komunikasi pelanggan
 Eskplorasi visual
 Penyelesaian perincian visual

Jenis-jenis lakaran
 Lakaran peribadi/contengan
 Lakaran penerokaan
 Lakaran teknikal
 Lakaran perkembangan idea
 Lakaran persembahan
 Lakaran digital

Teknik lakaran piktorial


 Kaedah asas lakaran
- kaedah garisan pendek ( _ _ _ _ _ _ )
- kaedah melakar garisan terus dua titik ( . .)
 Lakaran oblik
 Lakaran isometrik
 Lakaran perspektif

Lakaran Oblik
- Jenis kavalier atau Kabinet (ukuran panjang sebenar)
- Paksi surut 45^, paksi mendatar bersudut tepat dengan paksi menegak

Lakaran Isometrik
- lakaran piktorial yang menunjukkan keseluruhan sesuatu pandangan objek
- menggambarkan pandangan dalam bentuk 3D
- gabungan pandangan atas, hadapan dan sisi
- 3 paksi yang mempunyai sudut 120^ setiap satu

Lakaran Perspektif
- 1 kaedah ilustrasi objek yang menyamai pandangan mata manusia
- objek dekat bersaiz besar berbanding objek yang jauh
- boleh dihasilkan melalui 3 kaedah; kaedah 1 titik, 2 titik dan 3 titik
- lazimnya digunakan bagi objek yang besar dan panjang
Seperti bangunan dan jalan raya
- Pandangan mata burung: kedudukan obek yang dilihat dari tempat tinggi
- Pandangan mata ulat: kedudukan objek yang dilihat dari lantai/bawah
Bab 5: APLIKASI TEKNOLOGI - REKA BENTUK SISTEM FERTIGASI

Definisi sistem fertigasi: sistem pengeluaran tanaman yang menggunakan sistem pengairan pembajaan
yang rapi

Sistem Hidroponik
 Teknik aliran cetek Teknik aliran dalam
 Teknik takung Teknik pasang surut
 Aeroponik
 Teknik pengairan titis

Tujuan menanam secara fertigasi


 Mengelakkan tanaman daripada dijangkiti penyakit bawaan tanah
 Memudahkan pengawalan serangga dan perosak tanaman
 Pemberian baja lebih berkesan

Kelebihan sistem fertigasi


 Peningkatan hasil tanaman
 Masalah merumpai sangat rendah
 Kos operasi dapat dikurangkan
 Penggunaan air secara efisien. Air terus diserap oleh akar tanaman
 Mengatasi masalah tanah tidak subur, perumah penyakit dan perosak tanaman
 Menghindar masalah penyakit- menggunakan media tanaman dan persekitaran yang bersih
 Penggunaan baja yg cekap dgn kadar 85% dpt diserap berbanding kaedah tabur dgn kadar 30%

Kaedah penanaman fertigasi di Malaysia


 Penanaman menggunakan Struktur Perlindungan Hujan (SPH)
- kebaikan menggunakan SPH:
1) mengelak tanaman daripada cepat layu akibat pancaran UV cahaya matahari
2) mengelakkan atau mengurangkan serangan penyakit yang disebabkan kulat
3) mengurangkan penggunaan racun perosak
 Penanaman tanpa Struktur Perlindungan Hujan
- boleh diletakkan di tempat yang terbuka tanpa bumbung
- semasa musim hujan, air hujan akan bercampur dengan air baja yang mengakibatkan media
tanaman menjadi cair, maka penanam perlu menggunakan racun kulat dan racun serangga untuk
melindungi tanaman daripada serangan penyakit

Perbandingan sistem fertigasi dengan sistem konvensional


Perbandingan Sistem Fertigasi Sistem Konvensional
Jenis tanaman Jenis sayur dan buah Semua jenis tanaman
SPH Pilihan Tidak perlu
Jaring kalis serangga Pilihan Tidak perlu
Sistem pengairan Titis dan baja Penyiraman biasa
Air Air bersih Pelbagai sumber air
Modal (permulaan) Tinggi Rendah
Kos Operasi (belanja) Rendah Tinggi
Tapak tanah Mesti rata Tidak perlu rata
Pengetahuan teknikal Sangat perlu Perlu
Keadaan tanah Tidak penting Perlu tanah subur
Risiko penyakit Rendah Tinggi
Keseragaman pokok Seragam Tidak seragam
Komponen utama sistem fertigasi

Sumber Medium Alur Keluar

Sumber: Tempat simpanan bekalan nutrien


Medium: Laluan penyampaian nutrien
Alur keluar: Tempat keluar nutrien ke tanaman

Komponen sistem fertigasi komersial


 Tangki nutrien
 Pam air
 Set penitis
 Penapis
 Alat pengatur masa
 Paip ladang

Keperluan asas
 Tangki larutan baja
 Larutan stok baja
 Media tanaman
Contoh: coco peat, sekam padi dan peat moss
 Biji benih
 Alat pengukur
- Ph meter : utk mengukur keasidan dan kealkalian air
- EC meter : utk mengukur kepekatan larutan baja

Langkah pemasangan sistem fertigasi


1. Menyediakan lakaran reka bentuk sistem fertigasi
2. Pemotongan paip poli
3. Membuat lubang untuk nipple pada paip tertier
4. Penyediaan set penitis
5. Penyambungan paip tertier pada set penitis
6. Penyambungan paip tertier pada paip sekunder
7. Pamasangan injap penahan pada paip utama
8. Melengkapkan pemasangan paip tertier
9. Penyambungan saluran air keluar ke pam air dengan tiub lut sinar dan paip poli
10. Memasukkan pam air ke dalam tangka nutrient
11. Pemasangan pam air pada alat pengatur masa (timer)
12. Melengkapkan penyambungan sistem pengairan pada tangka

Teknik reka bentuk sistem fertigasi


 Teknik penyusunan sistem fertigasi jejari * Teknik penyusunan sistem fertigasi gegelang
Bab 5: APLIKASI TEKNOLOGI - REKA BENTUK FESYEN

Definisi fesyen: Gaya atau stail serta tingkah laku yang diterima dan menjadi popular pada satu-satu masa

Definisi reka bentuk dan fesyen:


Suatu proses atau bidang seni yang mengaplikasikan idea pada sesuatu reka bentuk atau rekaan pakaian
atau aksesori

Kerjaya dalam bidang reka bentuk fesyen


 Pereka fesyen
 Peramal fesyen
 Tenaga pengajar fesyen
 Perunding imej

Jenis reka bentuk fesyen


 Pakaian
- penutup kepada badan dan anggota badan. Contoh: baju, seluar, tudung
 Aksesori
- benda yang dipakai sebagai tambahan kpd pakaian. Contoh: topi, beg, kasut, jam

Cantuman : proses mencantum, menyambung atau menyatukan kepingan fabric atau bahan lain bagi
menghasilkan produk reka bentuk fesyen

Teknik cantuman
 Kaedah jahitan
 Kaedah sulaman
 Kaedah tampalan
 Kaedah lain seperti menggunakan stapler, pita selofan dan ikatan tali

Alatan
 Alatan mengukur - pembaris, pita pengukur
 Alatan mendraf – pembaris melengkung, pembaris sesiku L
 Alatan memotong – gunting, kacip/snipper, penetas
 Alatan menanda – pensel tukang jahit, roda surih, kapur penanda, jarum peniti
 Alatan menjahit – jidal, jarum jahit tangan, mesin jahit, mesin sulaman
 Alatan lain – tweezer, stapler, pistol perekat panas, pita selofan

Analisis elemen dalam reka bentuk fesyen

Elemen 1 : Bentuk (bentuk badan)


 Bentuk segi empat : pinggul dan bahu seimbang, pinggang tidak ketara
 Bentuk jam pasir : pinggul dan bahu seimbang, pinggang ketara
 Bentuk tiga segi terbalik : bahu lebih besar daripada pinggul
 Bentuk tiga segi : bahu kecil daripada pinggul

Elemen 2 : Garisan (melalui pakaian dan aksesori)


 Garisan menegak : memberi kesan panjang atau tinggi
 Garisan mendatar : memberi kesan lebar atau gempal
 Garisan menyerong : memberi kesan rendah atau tinggi
Elemen 3 : Warna (melalui pakaian dan aksesori)
 Putih : kesucian
 Merah jambu/ungu : kasih saying dan tumpuan
 Biru : melancar atau memudahkan komunikasi serta mendorong pemakai berfikiran rasional
 Kuning/jingga : memantulkan tenaga dan menjana pemikiran lebih kreatif dan kritis
 Hijau : ketenangan dan kedamaian
 Merah : membangkitkan aura keberanian, kemewahan dan tuah
 Hitam : kedukaan. Si pemakai akan lebih kuat dan berkeyakinan

Elemen 4 : Tekstur (melalui pakaian dan aksesori)


 Tekstur lembut
 Tekstur berkilat
 Tekstur kasar
 Tekstur legap

Jenis bahan dalam reka bentuk fesyen

Fabrik / kain Benang Kain felt Kancing


Dawai Pita perekat Lapik dalam/interfacing Butang hiasan
Getah Tali Bunga reben Manik

Penghasilan reka bentuk fesyen

Langkah pembangunan produk reka bentuk fesyen

Sediakan
bahan dan Mencantum Kemasan
alatan

Mengukur Memotong Produk siap

Mendraf Menanda