15 Kesalahan Pengistilahan Kata & Tatabahasa

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 1

MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN TATABAHASA

A. Kesalahan Istilah:
Kesalahan istilah bermaksud kesalahan penggunaan kata iaitu penggunaan perkataan yang
tidak sesuai dengan kehendak ayat atau situasi.

Contoh 1:
Salah : Kakaknya bekerja sebagai pragawati di Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering
ke luar negara.
Betul: Kakaknya bekerja sebagai pramugari di Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering
ke luar negara.

Contoh 2:
Salah: Ibu mencuci ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi.
Betul: Ibu menyiang ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi.

B. Kesalahan Tatabahasa:
Kesalahan tatabahasa bermaksud semua bentuk kesalahan dalam pembinaan ayat yang
gramatis. Kesalahan ini melibatkan kesalahan hokum tatabahasa.

Contoh 1:
Salah: Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang sekali di Semenanjung Malaysia.
Betul: Salah: Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia.

Contoh 2:
Salah: Azim diberi masa dua setengah jam untuk sampai ke tempat pertandingan itu.
Betul: Azim diberi masa dua jam setengah untuk sampai ke tempat pertandingan itu.

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A

Anda mungkin juga menyukai