Anda di halaman 1dari 6

SKRIP JAWAPAN

PEPERIKSAAN JQB 7006: TEORI KESUSASTERAAN


BAHAGIAN A

Nama : Mohamad Shamsul Amin bin Md Yusof


No Matrik : 17194439
No Kad Pengenalan : 930526-03-5197

TEORI sastera ialah bidang ilmu yang menjadi asas untuk menghasilkan kritikan manakala

sejarah pula merupakan disiplin yang memberi gambaran tentang perkembangan dan kemajuan

kesusasteraan sesuatu bangsa. Kritikan sastera pula merupakan aktiviti untuk mengkaji dan

menilai hasil-hasil kesusasteraan. Dalam sastera dunia secara umumnya, teori sastera telah

muncul seawall zaman Yunani kuno manakala dalam konteks sastera tempatan pula, kajian

mengenai teori mula muncul selepas zaman kemerdekaan. Kemunculan teori-teori

kesusasteraan dapat ditelusuri mengikut sejarah perkembangannya. Teori-teori ini muncul

dalam julat tiga zaman yang berbeza iaitu zaman klasik, zaman moden dan pascamoden.

Zaman Klasik

Teori awal kesusasteraan muncul pada zaman klasik iaitu zaman Yunani Kuno, pada 400 – 300

Sebelum Masihi. Pada zaman ini, teori ini dipelopori oleh ahli falsafah awal iaitu Plato dan

Arsitotle, yang pada ketika itu menjadi sumber rujukan dalam pelbagai bidang ilmu. Pada

waktu ini, para sasterawan, penyair, ahli bahasa, penggubal tatabahasa memikirkan konsep

awal disiplin ilmu masing-masing yang kemudiannya menjadi asas bidang kritikan sastera.

Ini termasuklah Teori Mimesis atau peniruan yang diperkenalkan oleh Plato melalui

karyanya, Republik. Menerusi konsep mimesis ini, Plato mengatakan seniman dan sasterawan
menghasilkan penciptaan melalui apa yang dilihat secara nyata. Dalam hal ini, Plato

membezakan artis (penghasil atau pencipta) dengan seni yang ditukanginya (karya), yang mana

menurut beliau, pencipta hanya menggambarkan apa yang difikirkan, bukanlah hal yang

digambarkan secara nyata. Secara tidak langsung, bagi Plato, keindahan bukan hanya

ditemukan pada realiti, tetapi juga dalam kebenaran.

Pendapat ini dicanggah oleh Aristotle yang menulis buku berjudul Poetica. Aristotle

membawakan konsep mimesis yang baharu. Menurut beliau, mimesis tidak hanya meniru

realiti, tetapi mimesis juga merupakan proses kreatif di mana pencipta atau penyair mencipta

sesuatu yang baharu, bukan sekadar meniru sesuatu yang nyata. Ini bertepatan dengan pendapat

Jan Van (1984) yang mengatakan sastera harus dibezakan dengan sejarah, di mana sejarah

merakam fakta manakala sastera merakam peristiwa, iaitu kebenaran yang universal yang dapat

dibayangkan orang, sama ada untuk masa kini atau masa silam.

Zaman Moden

Teori sastera pada zaman moden muncul di Eropah pada abad ke-19 seiring dengan

perkembangan disiplin ilmu dan ideologi lain.

Ini bermula dengan Teori Marxisme yang muncul di Jerman. Teori Marxisme

sebenarnya merupakan teori politik dan sosial yang menghuraikan teori konflik kelas

masyarakat dan ekonomi Marxian. Aliran pemikiran ini diasaskan oleh ahli falsafah Jerman,

Karl Marx. Marx menyusun sebuah teori besar yang berkaitan dengan sistem ekonomi, sistem

sosial dan sistem politik dalam dua bukunya iaitu The Communist Manifesto (1848) dan Das

Kapital (1867). Pada dasarnya, golongan Marxisme menganggap bahawa secara objektif,
masyarakat manusia adalah suatu masyarakat yang terdiri daripada golongan menindas dan

golongan ditindas. Ketidakadilan ini menurut Marxisme adalah berakar pada sistem sosial

manusia sendiri secara objektif, dan bukan disebabkan oleh faktor subjektif sperti moral dan

budaya. Ideologi ini dilihat dalam karya-karya Eropah yang menuliskan tentang

ketidaksetaraan ekonomi seperti Les Miserables.

Teori Psikoanalisis pula diperkenalkan oleh ahlis psikologi terkenal, Sigmund Freud

pada awal 1980-an. Pada mulanya, teori ini digunakan oleh Freud untuk mengubat pesakit-

pesakit dengan isu kejiwaaan. Dalam Teori Psikoanalisis, Freud menyatakan bahawa

perwatakan manusia dewasa mula dibentuk sejak individu itu dilahirkan sehingga mencecah

lima tahun. Konsep asas teori ini mengenai keadaan jiwa yang menyebabkan tingkah laku

manusia lebih banyak digerakkan oleh aspek-aspek bawah sedar dalam diri. Pembahagian ini

dikenali dengan struktur keperibadian manusia terdiri daripada tiga unsur iaitu id, ego dan

superego merupakan perasaan semula jadi yang wujud dalam diri manusia. Teori ini digunakan

sarjana sastera untuk menghasilkan kritikan yang mengkaji kejiwaan watak berdasarkan unsur-

unsur tersebut. Teori ini kemudiannya berkembang melalui pandangan tokoh-tokoh psikologi

lains eperti Carl Jung dan Alfred Adler.

Teori Formalisme pula muncul di Rusia pada tahun 1920-an. Teori lahir daripada esei

Victor Sklovskii yang diterbitkan pada tahun 1914. Secara etimologi, Formalisme berasal

daripada perkataan forma (Latin), yang bermaksud bentuk atau wujud. Teori ini juga disebut

sebagai Formalisme Rusia di mana gelaran ini diberikan kepada kelompok yang

mengembangkan sebuah metode yang disebutkan sebagai “metode formal”. Formalisme

adalah reaksi terhadap pendekatan sastera yang bersifat positivistik yang merupakan sebuah

pendekatan yang didasari oleh falsafah positivisme, iaitu suatu gagasan yang menganggap
bahawa segala ilmu pengetahuan harus berasaskan fakta yang dapat diamati. Ilmu pengetahuan

yang tidak didasarkan pada keterangan pancaindera, menurut fahaman tersebut, ditolak kerana

dianggap sebagai spekulasi kosong. Kaum formalis menolak anggapan bahwa teks sastera ialah

cerminan individu ataupun gambaran masyarakat. Dalam Formalisme juga, dua konsep penting

diketengahkan iaitu defamiliarisasi dan deotomatisasi yang digunakan untuk

mempertentangkan karya sastera dengan reality sehari-hari.

Teori Strukturalisme pula berkembang daripada teori Formalisme. Teori ini mula

muncul di Perancis pada tahun 1916. Teori strukturalisme ialah suatu percubaan untuk

menerapkan teori linguistik kepada objek-objek dan kegiatan-kegiatan lain, selain bahasa itu

sendiri. Saussure telah membezakan antara langue dan parole. Langue ialah aspek sosial bahasa

manakala, parole pula realiti pengguna bahasa sebenar. Pemisahan dua istilah telah menjadi

asas penting kepada semua teori struktualisme yang kemudiannya, termasuk bidang kritikan

sastera. Pendekatan strukturalisme menintikberatkan perkara-perkara dalaman yang

membentuk rangka atau struktur sesebuah teks seperti tema, plot, perwatakan, bahasa, latar dan

sudut pandangan.

Teori Semiotik pula muncul di Perancis dan Jerman sekitar tahun 1939 dan dipelopori

ooleh Charles Peirce dan Ferdinand de Saussure. Mirip kepada teori sktrukturalisme, teori

semiotik menganggap bahasa sebagai sistem tanda. Justeru, secara jelas semiotik ialah ilmu

tanda, iaitu salah satu cabang ilmu yang berkaitan dengan pengkajian tanda dan segala sesuatu

yang berhubung dengan tanda, seperti sistem tanda dan proses yang berlaku bagi penggunaan

tanda (Aart van Zoest, 1993). Dasar utama semiotik ialah aspek signification, signifier dan

signified. lnterpretasi dan kognisi semiotik dalam zaman moden mengarah kepada pencarian
suatu makna. Dalam konteks sastera tempatan, teori semiotic digunakan untuk mengkaji tanda

dalam novel Tivi oleh Shahnon Ahmad.

Teori Feminisme pula merupakan teori sosial yang merangkumi sistem idea tentang

kehidupan sosial dan pengalaman manusia yang berkembang atas asas persoalan wanita dalam

masyarakat. Dengan kata lain, teori feminis adalah berpusatkan wanita (women-centered).

Mengikut Ritzer (1996), teori feminisme kontemporari terbahagi kepada empat jenis atau

dilihat dari empat sudut, iaitu perbezaan gender, ketidaksamaan gender, penindasan atas dasar

gender dan feminisme gelombang ketiga (third-wave feminism). Dalam kajian sastera,

pendekatan feminisme bertujuan untuk memahami peranan,kedudukan dan keterlibatan wanita

dalam kesusasteraan.Terdapat pelbagai jenis kritikan feminisme dan antara yang paling

popular adalah Feminisme Ginokritik yang dipopularkan oleh Elaine Showalter. Kritikan ini

menyusuri peranan wanita sebagai pembaca dan wanita sebagai penulis.

Teori Hermenutik juga merupakan sebuah teori sastera yang melihat kepada

perbincangan sesuatu teks berdasarkan sumber-sumber sejarah. Hermeneutik sering

dibincangkan dalam kajian ilmu teologi, falsafah dan kesusasteraan, sebagai salah satu disiplin

ilmu mengenai pemahaman dan pentafsiran teks. Menurut Hasan Hanafi (1935), hermeneutik

dapat dilihat dalam tiga ruang lingkup analisis, iaitu: kritikan sejarah, estetika dan praktis.

Menurut beliau kritik sejarah berfungsi menjamin keaslian teks dalam sejarah. Kritik estetik

menggambarkan kerja teori pentafsiran dan kritik praktis adalah pengaplikasian hasil

interpretasi tersebut dalam bentuk formulasi pemikiran terhadap pembuatan hukum,

penyusunan sistem dan sebagainya. Hemeneutik menyatakan dua pandangan sastera iaitu 1)

pengarang berhak menyatakan makna asal tetapi pelu bersedia sifat dinamik dengan zaman

pada teks dan 2) konsep signifikan berpengaruh dalam menentukan makna hermenutik.
Zaman Pascamoden

Teori-teori pascamoden berkembang menolak konsep teori pada zaman moden. Teori-teori

pascamoden muncul hasil pandangan individu yang yang ingin berbeza dengan pelopor teori

sebelumnya pada zaman moden, dan lari daripada konsep konvesional dan stereotaip atau anti-

establishment. Antara teori yang muncul pada zaman pascamoden ialah Teori Psikoanalisis

Lacan, Teori Intertekstualiti, teori Historisme Baru dan Teori Pascakolonialisme.

Teori Intertekstualiti misalnya, merupakan hasil perbincangan awal konsep dialogik

yang diperkenalkan oleh Bakhtin pada tahun 1926. Teori ini diketengahkan kepada khalayak

sastera oleh seorang sarjana sastera Perancis, Julia Kristiva. Menurut beliau, proses kreativiti

pengarang bertitik tolak daripada teks yang lebih awal dengan melakukan beberapa

penyerapan, pengubahan atau petikan. Ini bermaksud, proses kreativiti pengarang yang berlaku

pada idea atau ideologi dalam karya baharu daripada teks yang dihasilkan sebelumnya.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa teori-teori kesusasteraan berkembangan seiring

dengan peredaran zaman. Setiap teori yang muncul merupakan perkembangan signifikan

daripada teori-teori yang muncul sebelumnya. Kupasan teori-teori ini juga membuktikan

matlamat sarjana yang objektif dalam meneliti hasil-hasil kesusasteraan menerusi kaca mata

idelogi-ideologi tertentu. Apa yang lebih penting ialah teori-teori yang mencul pada setiap

zaman ini dapat dimanfaatkan peneliti dan kritikawan mutakhir sekali gus merancakkan lagi

landskap kritikan sastera pada semua peringkat.

Anda mungkin juga menyukai