Anda di halaman 1dari 17

KRITIKAN

SASTERA
~ NOOR
TEORI
DISEDIAKAN OLEH:
SYAZWANI SAADIL
MARXISME~
NUR ATIQAH HALILI
KARL MARX (1818 – 1883)
 pelopor utama
gagasan “sosialisme
ilmiah”.
 Lahir pada tahun 1818
di kota Trier, Jerman.
 Ayahnya ahli hukum.
 Pada umur 17 tahun
Karl masuk Universiti
Bonn,juga belajar
hukum.
 Meninggal pada 14
Mac 1883.
PENDIDIKAN
 Marx menerima markah yang baik di sekolah gymnasium
, sama taraf dengan sekolah menengah. Thesisnya yang
memberi penekanan kepada fungsi masyarakat berbanding
ketidaksamaan politik dan ekonomi) iaitu “Agama: Gam Yang
Mengikat Masyarakat Bersama“.
 Marx memasuki Universiti Bonn pada tahun 1833 untuk
mempelajari undang-undang, atas permintaan ayahnya.
 Tahun berikutnya, ayahnya memaksa dia bertukar ke
Friedrich-Wilhelms-Universität di Berlin (sekarang dikenali
sebagai Universiti Humboldt). Di sana, dia bertukar minat
pada falsafah bertentengan dengan kehendak ayahnya, dan
dia memasuki kumpulan pelajar dan profesor muda yang
dikenali sebagai "Young Hegelians", diketuai oleh 
Bruno Bauer. Sesetengah ahli kumpulan ini menganggap
persamaan dengan sebelum falsafah Aristotle dan post-
Hegelian philosophy. Max Stirner, seorang lagi ahli Young
Hegelian menggunakan kritikan Hegelian dan mendakwa
bahawa selain menolak ugama sepenuhnya nihilistic adalah
mistik mysticism. Pandangannya tidak diterima oleh
KERJAYA
 Apabila Bauer, mentornya disingkir dari fakulti falsafah
pada tahun 1842, Marx meninggalkan falsafah untuk
menceburi bidang kewartawanan dan menyunting 
Rheinische Zeitung, akhbar radikal Cologne.
 Apabila akhbar tersebut ditutup pada tahun 1843,
sebahagiannya akibat pertelingkahan antara Marx dan
penapis kerajaan, Marx kembali berpaling kepada falsafah,
melibatkan diri dengan aktivis politik, dan bekerja sebagai
pemberita bebas free-lance.
 Marx kemudiannya berpindah, sesuatu yang sering berlaku
akibat pandangan radikalnya. Pada mulanya Marx
berpindah ke Perancis, dimana dia menilai semula
hubungannya dengan Bauer dan kumpulan Hegelians
Muda, dan menulis On the Jewish Question, kebanyakannya
kritikan pada pendapat semasa mengenai hak awam dan
kebebasan politik political emancipation.
 Di Paris dia bertemu dan bekerjasama dengan
rakan collaborator Friedrich Engels, yang membawa
perhatian Marx pada keadaan kelas bekerja, dan
KARYA-KARYA KM
 Baxandall, et al. Marx and Engels on Literatur and Art. New York: International General,
1973.
Meski Marx dan Engels tidak menfokuskann diri pada literatur di dalam teori dasar mereka,
mereka sangat tertarik dan yang dipengaruhi oleh literatur. Buku ini mengumpulkan
sebagian tulisan mereka dan pendapat tentang literatur.
 Craig, David, ed. Marxists on Literatur. Harmondsworth: Penguin, 1975.
Buku ini adalah koleksi esei oleh berbagai Kritikus Marxist. Ia menawarkan berbagai
pendekatan literatur dari perspektif Marxist.
 Eagleton, Terry. Criticism and Ideology. London: New Left Books, 1976.
Meski secara spesifik bukan tentang kritik berkaitan kesusasteraan Marxist, buku ini
menawarkan deskripsi dari banyak teori kontemporer dari Perspektif Marxist.
 Eagleton, Terry. Marxism and Literary Criticism. London: Methuen, 1976.
Buku ini adalah pengenalan yang sangat jelas terhadap aplikasi teori Marx pada studi
literatur.
 Forgacs, David. “Marxist Literary Theories.” Modern Literary Theory, eds. Jefferson and
Robey. London: Batsford, 1986.
Buku ini menguraikan berbagai jenis teori kesusasteraan; dan bab tentang Teori Marxist
adalah pengenalan yang cukup bagus.
TEORI MARXISME
 Marxisme adalah fahaman atau ideologi tentang
kehidupan dengan kepercayaan bahawa sosio
ekonomi adalah penentunya.
 Teori ini memberi penekanan kepada kehidupan
manusia yang sangat bergantung dan ditentukan
oleh sistem sosio ekonomi yang ada di dalamnya.
 Oleh itu, Marxis melihat sejarah dan budaya
serta kegiatan ekonomi masyarakat adalah
sangat relevan untuk memahami sesuatu
masyarakat.
 Marxisme  lebih cenderung memahami perilaku
masyarakat khususnya yang berkait dengan
politik, ekonomi, budaya dan sejarah.
 Marxisme tumbuh sebagai kumpulan pemikiran
 Teori ini dilihat sangat relevan bagi menjelaskan
kemunculan fenomena sastera. Sebagai satu
produk sosial, karya kesusasteraan terikat secara
langsung dengan sistem sosial, persekitaran
masyarakat dan pemikiran pengarang yang
menghasilkan karya tersebut. Di sinilah letaknya
kesignifikanan teori Marxisme yang pada asalnya
sebuah teori ekonomi bagi menjelaskan
hubungan kesusasteraan dengan elemen sosial.
 Marx menganggapkan, mengkaji untuk
memahami kesusasteraan, tidak akan sempurna
jika ianya dipisahkan dari realiti masyarakat.
Realiti mempunyai latar yang jelas dan
berstruktur.Struktur ini pula mempunyai bentuk
yang khusus.
 Struktur masyarakat bersifat dialektikal.
Masyarakat yang dinamik dan salin
bertentangan. Perjuangan kelas sosial yang
 Sosio ekonomi sebagai penentu mutlak. Sesebuah
masyarakat ditentukan secara mutlak oleh unsur
sosio ekonomi. Sosio ekonomi dapat dirujuk kepada
perhubungan dan perkaitan pelebagai jenis
pengeluaran ekonomi. Asas sosio ekonomi yang
menentukan karya. Karya kesusasteraan pula adalah
gambaran (cerminan) tentang apa yang ada dalam
sosio ekonomi.

 Masyarakat dilihat sebagai berstruktur. Asas sosio


ekonomi yang membentuk struktur. Struktur yang
paling tinggi ialah struktur agung. Struktur agung
yang mempengaruhi perubahan sejarah dan
masyarakat. Kesusasteraan diletakkan dalam struktur
agung. Struktur agung inilah yang mencerminkan
asas kaitan dengan kesusasteraan.
 Konsep ideologi
 Marx dan Engels telah menggunakan istilah
ideology dalam tahun 1840 menerusi karyanya
yang berjudul `The German Ideology’.Istilah ini
pada asalnya dicetuskan oleh seorang ahli
falsafah Rasionalis Perancis Destutt de Tracy
(1790-an) yang merujuk kepada `Science of
Ideas` sebagai menentang pemikiran metafizik.
 Kritikan ideologi ini memainkan peranan yang
sangat penting dalam kajian kesusasteraan sejak
pengaruh Kritikan Baharu menjadi lemah. Marx
memahami idelogi sebagai sesuatu yang
berlawanan dengan jenis pengetahuan yang
bersifat objektif. Marx menempatkan
kesusasteraan dalam struktur agung idelogi yang
setaraf dengan agama, falsafah, politik dan
sistem perundangan.
 Memahami kesusasteraan dari
pandangan Marxis

Untuk memudahkan kefahaman


terhadap kesusasteraan maka dibina
lima model pendekatannya iaitu Model
pencerminan, Model Penerbitan, Model
Genetik, Model Pengetahuan Negatif
dan model Berpusatkan Bahasa.
Model Pencerminan
Dikenali juga sebagai Model Peniruan.
Marx menganggap kesusasteraan/karya sastera sebagai cerminan realiti
dalam masyarakat (demikian sebaliknya).
Pemikiran ini berakar umbi dari idea Plato dan Aristotle tentang
`peniruan`.
George Lukacs memantapkan model ini dengan beberapa perbezaanya
dengan idea Marx.
1. Cerminan tidak bermakna kesusasteraan sebagai mencerminkan realiti.
2. Tetapi realiti yang dimaksudkannya ialah realiti yang mempunyai
bentuk.
3. Realiti ini tergambar daripada keseluruhan dialetik.
4. Untuk menjadikan realiti ini tercermin dalam kesusasteraan, maka
ianya harus melalui proses kreatif dan pengarang memainkan peranannya
untuk menghasilkan bentuk karya yang mencerminkan bentuk dunia
sebenar. Bentuk inilah yang membezakan karya yang realisdan karya yang
kreatif.
MODEL PENERBITAN
Merupakan Model produksi sastera.
Dikemukakan oleh Piere Macherey (ahli Marxis Perancis).
Beliau menghubungkan karya dengan realiti, tetapi tidak sama
dengan konsep pencerminan Lukacs.
Karyanya menekankan kepada perhubungan di antara
pengarang dengan karya dan ideologi dengan realisme.
Karya beliau yang menjelaskan model ini ialah A Theory of
Literary Production.
Dimana,dalam karyanya menyatakan:
i. Kesusasteraan sebagai tenaga pengeluar yang produktif.Apa-
apa yang dimasukkan ke dalam teks biasanya akan ditukar
menjadi sesuatu yang lain.
ii. Ideologi sebagai pementasan tentang dunia nyata.
iii. Teks dilihat sebagai tidak pernah sempurna.
Oleh itu, ada kekosongan dan ketakseimbangan dalam teks.
Pembacalah yang bertanggungjawab melengkapkannya.
MODEL GENETIK
 Model ini dikemukakan oleh Lucien
Goldmann.
 Goldman menganggapkan kesusasteraan
terhasil kerana ada sebab akibat, asal
usulnya dan penentu-penentuan tertentu.
 Karya beliau yang berjudul The Hidden God
(1955) yang melihat salin kaitan yang
wujud dalam kelompok sosial. Dalam
kelompok itu terdapat manusia istimewa
yang mempunyai hak-hak tertentu.
 Menurut beliau, karya kesusasteraan
adalah merupakan satu pandangan dunia
kelompok tertentu.
MODEL PENGETAHUAN NEGATIF
 Model ini dikemukakan oleh Theodor
W.Adorno.
 Kritikan terhadap model
Pencerminan Lukacs.
 Seni dan realiti berada pada satu
jarak yang tertentu yang
membolehkan karya sastera pada
satu sudut yang baik untuk
mengkritik kebenaran.
 Realiti adalah keseluruhan
dialektikal.
MODEL BERPUSATKAN BAHASA
 Model ini dimajukan oleh kumpulan Bakhtin.
 Masyarakat dan bahasa tiada garis
sempadan.
 Ideologi adalah bahasa dalam bentuk
lambang-lambang bahasa.
 Bahasa sebagai kegiatan sosial.
 Beliau menolak model pencerminan yang
menyatakan karya kesusasteraan sebagai
cerminan sosial.
 Sebaliknya, karya sastera adalah cerminan
ideologi.
Kesim pulan

 teori Marxisme muncul bukannya disebabkan


fenomena-fenomena kesusasteraan, sebaliknya
lebih disebabkan oleh fenomena-fenomena sosial
yang berkait dengan pertentangan kelas dalam
sistem ekonomi, kekuasaan dan pengaruh politik.
 Walau bagaimanapun, fenomen-fenomena sosial
ini juga berkait rapat dengan kesusasteraan.
Marxisme meletakkan kesusasteraan dalam
struktur yang tinggi dalam sisitem sosial. Realiti
dalam teks sebenarnya adalah cerminan daripada
realiti dalam masyarakat.
CONTOH KARYA
 Ahli kritik sastera melihat, ruang sosial dan
ekonomi yang dibincangkan oleh teori Marxisme
membuka ruang yang luas untuk memahami
fenomena tentang isu-isu sosial seperti
kemiskinan, setinggan, buruh, perebutan kuasa,
penindasan, teks kesusasteraan. Oleh kerana itu,
untuk memahami fenomena ini, pengkritik
lazimnya menggunakan dasar-dasar teori
Marxisme mengkritik teks.
 Misalnya pengkritik boileh menggunakan model
Pencerminan seperti yang dikemukakan oleh
George Lukaas bagi memahami perkaitan bentuk
realiti di dalam novel Shit karya Shahnon Ahmad
dengan realiti politik dalam negara era
pertembungan Mahathir-Anwar Ibrahim. Atau
menggunakan teks yang sama untuk memahami

Anda mungkin juga menyukai