Anda di halaman 1dari 12

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.0 PENGENALAN

Kajian literatur merupakan satu kajian yang dilakukan untuk menerangkan segala
teori atau penulisan yang berkaitan dengan projek yang dijalankan. Ianya penting bagi
mendapatkan maklumat latar belakang yang akan dapat membantu kami dalam mencapai
objektif projek. Maklumat diperolehi daripada beberapa sumber antaranya internet, buku-buku
nota, buku rujukan, majalah dan sebagainya.

Kajian yang dijalankan sebelum membuat sebarang penyambungan pada litar. Ia


dapat memudahkan pelajar mengetahui tahap kesesuaian dan juga kebolehan komponen untuk
menampung arus beban litar tersebut. Ini penting memandangkan terdapat komponen-komponen
yang digunakan sensitif dan mahal. Selain itu juga ia dapat mengelakkan perkara yang tidak
diingini yang boleh menyebabkan projek tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
2.1 LITAR BEKALAN KUASA

U2
78L05
3 1
VI VO 5V

GND
C2

2
10u

U1
BR WITH 1N4001 X 4 7806
1 3
VI VO 6V

GND
C1 R1 R2
2200u 1k2 10k

2
C3
10u
D1
LED-RED
BRIDGE
GND

12 V AC SECONDARY FROM TRANFORMER


R3
680R D2 D3 D4
1N4001 1N4001 1N4001

NI-CAD

12V

Rajah 2.1: Litar Bekalan Kuasa 12V

Kendalian bekalan kuasa 12V:


 Transformer 240VAC – 12VAC.
 Litar ini terdiri daripada 4 bahagian iaitu pengubah, penerus, penapis dan pengatur
voltan.
 Menggunakan ”bridge rectifier” atau penerus tetimbang sebagai penukar VAC kepada
VDC.
 Penerus digunakan sebagai penukar voltan AC kepada DC, dimana komponennya terdiri
daripada 4 diod kuasa iaitu diod 1N4001 dan 1N4002.
 Capasitor 2200uF 16V-50V bertujuan sebagai penapis bagi VDC setelah ditukar daripada
VAC untuk menghindar dari voltan DC riak yang terhasil setelah berlaku penukaran AC
kepada DC.
 R1 yang disambung secara siri dengan LED bertujuan untuk menyusutkan voltan DC
tinggi yang terhasil bagi menghidupkan LED, untuk memasti bahawa ada keluaran dari
Tranformer dan juga penerus.
 R2 di sambung selari dengan bekalan bertujuan sebagai pembahagi voltan.
 Selepas itu pengatur voltan atau ”voltage regulator” di sambungkan untuk mendapatkan
voltan yang dikehendaki iaitu 5V dengan menggunakan IC7805 dan 12V dengan
menggunakan IC7812.
 Setelah Voltan yang telah diatur terhasil, maka satu penapis capasitor C3 disambung
secara selari dengan bekalan keluar bertujuan untuk menstabilkan bekalan keluaran untuk
mendapatkan voltan DC 12V yang tetap atau stabil. Begitu juga dengan capasitor C2
yang disambung untuk menstabilkan bekalan keluaran untuk mendapatkan 5V yang
stabil.
 R3 digunakan untuk menyusutkan voltan dari litar tertimbang yang ada sedikit riak bagi
proses mengecas Bateri.
 Diod D2 pula bertujuan untuk menghalang voltan DC+ dari bekalan kepada Bateri dan
sebagai penerus bagi Bateri pada punca + (positif).
 Diod D3 digunakan sebagai penerus bekalan – (negative) dari punca Bateri ke keluaran
bekalan.
 Diod D4 bertujuan untuk mendapat saluran – (negative) untuk bateri bagi proses
mengecas.
 Setelah semua proses setiap bahagian Bekalan Kuasa terhasil, maka tehasil lah voltan
keluaran yang stabil dan tetap bagi menghidupkan litar dan selain itu bateri yang
disambungkan pada bekalan boleh dijadikan kuasa sampingan dan juga backup Voltan
DC bagi litar sekiranya tiada bekalan punca utama VAC pada point soket.
2.1 PERINTANG

Rajah 2.2 : Fizikal Perintang

Rajah 2.3 : Simbol Perintang

Perintang dalam sesebuah litar berfungsi untuk mengurangkan atau merendahkan nilai
arus yang melaluinya. Jalur pertama dan kedua merujuk kepada dua nilai pertama perintang
manakala jalur ketiga menunjukkan bilangan sifar untuk nilai jalur pertama dan kedua. Akhir
sekali, jalur keempat menunjukkan peratus toleransi perintang tersebut warna emas 5% dan
perak 10%. Jadual dibawah menunjukkan kod warna bagi 3 jalur utama pada perintang. Unit
kerintangan sesebuah perintang disebut Ohm (Ώ).

Jalur 1Jalur 2Jalur 3Jalur 4

Rajah 2.4 : Jadual kod warna perintang


2.2 DIOD

Anod Katod
(+) (-)

Rajah 2.5 : Binaan Diod

Perkataan diode sebenarnya adalah gabungan daripada perkataan di yang bermaksud


gabungan manakala ode bermaksud elektrod. Diod bentuk seakan-akan seperti perintang. Tetapi
diod adalah komponen aktif dan ianya berkutub positif dan negatif. Penyambungan kaki yang
salah menyebabkan litar tidak berfungsi. Ini kerana diod berfungsi sebagai menerus voltan yang
hanya membenarkan pengaliran arus pada satu arah sahaja. Terdapat dua jenis diod iaitu diod
kuasa dan diod isyarat.

Diod kuasa biasa digunakan bagi litar bekalan kuasa yang melibatkan penggunakan arus
sederhana tinggi. Diod isyarat biasa digunakan untuk litar berfrekuensi dan arusnya penggunaan
yang rendah dari diod kuasa. Tidak seperti diod zener, penyambungannya adalah terbalik pada
kaki positif dan negatifnya.

Fungsi diod adalah sebagai penerus voltan. Ia membenarkan arus terus melaluinya dan
menghalang arus ulang alik. Diod mempunyai polariti positif (anod) dan negatif (katod).
2.3 TRANSISTOR

Transistor berfungsi sebagai suis dalam sebuah litar elektronik. Ia mempunyai tiga kaki
atau simpang yang dinamakan tapak (Base), pengumpul (Collector), dan pengeluar (Emitter).
Terdapat dua jenis transistor iaitu Rajah 2.5.1 menunjukkan dua jenis transistor iaitu jenis NPN
dan PNP.

Transistor jenis NPN Transistor jenis PNP

Rajah 2.6 : Transistor

Transistor yang digunakan dalam projek ini ialah transistor BC301 iaitu jenis NPN
diperbuat daripada bahan jenis silicon (0.7). Arus keluaran ialah pada kaki Emitter (Ie) dimana
Ie=Ic+Ib.

Transistor dwikutub terdiri daripada 2 jenis iaitu jenis NPN dan jenis PNP. Dua jenis
transistor dwikutub adalah seperti berikut:

i. Jenis NPN
a) Diperbuat daripada bahan jenis silicon
b) Simpang adalah BE
c) Pincang untuk (VAT) ialah di pincang hadapan
d) Isyarat berfungsi apabila simpang tapak ke pengeluar (VBE) pincang hadapan.
e) Arus menggunakan teori pengaliran arus konvension (Hukum Khichoff).
ii. Jenis PNP
a) Diperbuat daripada bahan jenis gelminium.
b) Simpang adalah BC
c) Pincang untuk (VAT) ialah dipincang songsang.
d) Isyarat berfungsi apabila simpang tapak ke pemungut (VBC) Pincang songsang.
e) Arus menggunakan teori IE = Ib + Ic

Rajah 2.7 : Contoh Keratan sebuah transistor PNP

2.3.1 Prinsip Kendalian

Dalam sebuah transistor NPN, tapak (B) ialah bahan jenis-P dan untuk transistor PNP
tapak (B) ialah bahan jenis-N. arus mengalir dari pengumpul (C) ke pengeluar. Fungsi
pengumpul (C) ialah menerima pembawa cas dari pengeluar. Fungsi tapak (B) ialah mengawal
pengaliran pembawa cas dari pengeluar ke pengumpul dan fungsi pengeluar ialah membekalkan
pembawa-pembawa cas kepada pengumpul. Anak panah pada simbol transistor menunjukkan
arah pengaliran arus. Merujuk kepada simbol transistor NPN arus mengalir dari pengumpul (C)
ke pengeluar (E) manakala transistor PNP, arus mengalir dari pengeluar (E) ke pengumpul (C).
2.4 KAPASITOR (PEMUAT)

Kapasitor (pemuat) berfungsi untuk menyimpan dan membuang cas (arus) dalam sebuah
litar elektrik dan elektronik. Selain daripada fungsi menyimpan dan membuang cas, kapasitor
juga berfungsi sebagai penapis isyarat dan mengalirkan isyarat yang tidak dikehendaki kebumi.
Terdapat dua jenis kapasitor iaitu kapasitor berkutub dan kapasitor tidak berkutub dan perbezaan
kedua-duanya dapat dilihat pada rajah 2.6.1: Rajah kapasitor berkutub mempunyai garisan
sedikit bengkok untuk kaki negatif. Untuk menentukan kutub kapasitor secara fizikal, bahagian
yang mempunyai jalur putih ialah kaki negatif dan penyambungan kutub kapasitor yang betul
penting untuk mengelakkan daripada litar dan kapasitor mengalami kerosakan sekiranya litar
tersebut digunakan.

Rajah 2.8 : Simbol kapasitor berkutub (A) dan tidak berkutub (B)

Pemuat pada asalnya dibina oleh dua bahagian pengalir yang dipisahkan oleh satu
bahagian penebat yang dipanggil dielektirk ( dielectric ). Unit untuk pemuat C adalah farad,
sebagia contoh C = 10uF. Pemuat boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pemuat tetap dan
pemuat boleh ubah. Nilai kemuatan boleh dibaca dengan menggunakan kod tercetak dan kod
warna. Had terima ialah nilai kelegaan bagi nilai sebenarsesuatu pemuat.

Pemuat biasanya mempunyai had terima sebanyak lebih kurang 10%. Apabila kita
menggunakan pemuat, kita hendaklah memastikan bahawa voltan kerja pemuat adalah lebih
tinggi daripada voltan maksima di dalam litar. Bagi pemuat berkutub, ianya mesti
disambungkan.
Terdapat dua kategori pemuat tetap iaitu pemuat berkutub dan tidak berkutub. Kekutuban
perlu disambung dengan betul bagi mengelakkan kerosakan pada pemuat tersebut. Ia berfungsi
dalam pincangan hadapan pada kutub yang betul bagi sesuatu litar. Jika pemuat ini diletakkan
pada kutub yang salah, maka litar tidak akan berfungsi dan mungkin akan menyebabkan pemuat
ini rosak atau terbakar. Bagi pemuat tidak berkutub, mana- mana kaki pemuat ini boleh dipasang
pada sesuatu litar. Nilai pemuat ini biasanya adalah kecil. Contohnya 0.01uF, 0.022uF dan
sebagainya. Pemuat ini mempunyai kadar voltan sekurang – kurangnya 50V dan kebiasaannya
250V dan sebagainya.

2.4.1 Cara Membaca Pemuat ( Kapasitor)

Bagi pemuat tidak berkutub, nilai yang tertera pada pemuat tersebut kebiasaanya tidak
menyamai nilai sebenar pemuat tersebut. Contohnya nilai yang tertera 473 ianya tidak
bermaksud 473 Farad. Cara membaca pemuat ini ialah dengan mengambil nialai pertama dan
kedua terus. Contohnya 473 jadi nilai pertama dan kedua diambil iaitu 47. bagi nialai ketiga,
jumlah sifar akan diambil. Contohnya nialai ketiga ialah 3, jadi nilai sifarnya ialah ( 000). Jadi
nilai bagi pemuat ini ialah 47000F atau 0.47uF.

Rajah 2.9 : Binaan Pemuat


2.5 RELAY

Geganti atau relay merupakan peranti pasif yang berfungsi sebagai suis elektronik. Ia
adalah sejenis suis yang digerakkan secara elektronik. Litar elektronik yang menggunakan arus
yang kecil boleh mengawal litar yang menggunakan arus yang tinggi dengan menggunakan relay
sebagai suis. Relay boleh mengawal litar AC dan DC.

Pada asasnya relay mempunyai 5 kaki seperti yang biasa digunakan dalam litar projek.
Dua kaki digunakan untuk sambungan ke litar elektronik dan binaan dalamnya merupakan satu
gegelung elektromagnat untuk menggerakkan suis. Ia tiada polariti. Kaki tengah adalah
Common. Manakala dua suis lagi adalah NC dan NO. Di mana NC adalah Normally Closed dan
NO adalah Normally Open. Untuk tujuan menghidupkan litar kedua, C dan NO digunakan.
Manakala untuk mematikan litar kedua, C dan NC digunakan. Kerosakan sering berlaku pada
gegelungnya. Anda boleh uji kerosakan relay pada kaki gegelungnya dengan mengukur
rintangan gegelung tersebut. Jika tiada bacaan, gegelung putus dan rosak.

Relay terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan niali voltan. Biasanya voltan yang
digunakan adalah 5 volt, 9 volt, 12 volt dan sebagainya. Untuk menggerakkan relay anda
memerlukan transistor sebagai pemicu relay. Kebanyakan keluaran IC tidak boleh
menghidupkan relay secara terus kerana voltan keluarannya tidak mampu untuk menghidupkan
relay.

Rajah 2.10 : Relay


2.11 LED (Light Emitting Diode)

LED ialah sejenis diod istimewa yang mengeluarkan cahaya bila disambung dalam litar.
Ia biasanya digunakan sebagai lampu penunjuk yang menentukan samada alatan elektrik dalam
keadaan ‘ON’ dan ‘OFF’. Di dalam projek kami ini LED berfungsi sebagai paparan pada pintu.
Seperti diod, LED akan beroperasi apabila diberi voltan pincang depan.

LED beroperasi pada voltan yang rendah iaitu antara 1 da 4 V dan boleh mengalirkan
arus antara 10 dan 40 mA. LED juga mempunyai voltan pecah tebat yang rendah iaitu lebih
kurang 3 dan 5 V. voltan dan arus yang melebihi had akan merosakkan chipLED. Kecerahan
LED adalah bergantung kepada arus. Kaki LED mempunyai polariti positif (anod) dan negatif
(katod). Pemasangan kaki LED yang terbalik menyebabkan LED tidak menyala.

Voltan LED tidak boleh melebihi dari 3 Volt. Jika lebih kemungkinan LED akan
terbakar. Oleh itu jika ingin menguji LED dengan menggunakan bateri 9 volt, anda perlu
sambungkan dengan satu perintang 1K Ω.  Jika anda pernah lihat LED mempunyai 3 kaki, ia
adalah tri-color LED. LED tersebut boleh mengeluarkan 3 warna iaitu merah, hijau dan jingga.
Terdapat 3 kaki, yang mana kaki tengah adalah anod, manakala dua kaki yang pendek adalah
adalah anod dan setiap satu akan menghasilkan warna merah dan hijau. Jika digabungkan kedua-
duanya akan menghasilkan warna jingga

Rajah 2.11: Gambarajah LED dan Simbol

Anda mungkin juga menyukai