Anda di halaman 1dari 1

Tahun Melawat Kelantan 2020: Bersediakah kita?

SITI FATIHAH AWANG | | 10 Disember 2019

Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2020 dijangka membawa sinar kepada


perkembangan semasa pelancongan negeri. Malah, ia bagaikan satu perayaan
hebat apabila masing-masing mula bercakap dan teruja menantikannya.

Memang Kelantan mempunyai pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi. Bukan


hanya untuk beriadah, malah 'food hunter' dan juga syurga membeli-belah
kepada mereka yang sukakan seni kraf terutamanya batik, pembuatan wau dan
pelbagai lagi.

Kebersihan ialah salah satu aspek yang perlu dititikberatkan terutama di lokasi-
lokasi tumpuan pelancong. Tidak mengapa jika terpaksa membayar 20 sen untuk
masuk tandas asalkan ia bersih dan selesa. Bagaimana pula dengan tong sampah
dan keperluan lain, adakah ia sudah cukup di kawasan-kawasan tumpuan
pelancong ini? Adakah rakyat Kelantan sendiri patuh dengan adab membuang
sampah ke dalam tong sampah? Tepuk dada, tanya diri sendiri.

Pintu-pintu masuk utama terutama lapangan terbang juga perlu ada identiti
sendiri sebagai sebuah negeri yang penuh berseni, memartabatkan kebudayaan
dan sebati dengan keislaman. Pasar Siti Khatijah, Pasar Terapung Pulau Suri, Pasar
Malam Wakaf Che Yeh, Bazar Tok Guru, Zon Bebas Cukai Rantau Panjang,
Kampung Kraftangan, Bazar Buluh Kubu, Rumah Api Pantai Senok, Gunung Stong,
Bukit Marak, Air Terjun Jelawang, Kolam air panas Tok Bok, Gua Ikan, akan
menjadi antara lokasi kunjungan pelancong kali ini. Bukan itu sahaja, mereka yang
suka mengkaji sejarah dan sebagainya turut disajikan dengan makam-makam
diraja zaman dahulu termasuklah mereka yang mahu melihat sendiri patung
budha tidur terbesar di Asia selepas Mynmar iaitu di Wat Phothivihan di Jalan
Meranti, Tumpat.

Beca, teksi dan Grab, semuanya perlu bersedia untuk memberi perkhidmatan
terbaik kepada semua pelancong. Tambang yang murah dan berpatutan,
kenderaan bersih dan selesa supaya mereka tahu dan ingat, ‘sedap sungguh jale
di kelate, makene muroh, ore kelate baik belako, mudoh baso’.

Anda mungkin juga menyukai