Anda di halaman 1dari 17

BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

IPGKTI
(INSTITUSI PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM)

MODUL BIMBINGAN

KEMAHIRAN BIMBINGAN BIDANG PEMBANGUNAN DIRI

DISEDIAKAN OLEH :

FERGUS TAN LI CHUN

NAMA PROGRAM/ PROJEK :

PENYELESAIAN MASALAH DAN KEPIMPINAN

TARIKH :

29/3/2021 (ISNIN)
________________________________________

TEMPAT :

DEWAN IBNU SINA

1
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

________________________________________

ANJURAN :

OPSYEN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2


________________________________________

DENGAN KERJASAMA :

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


_________________________________________

TAJUK 8 KEMAHIRAN BIMBINGAN BIDANG PEMBANGUNAN DIRI :

PENYELESAIAN MASALAH DAN KEPIMPINAN

8.1 SINOPSIS
Tajuk-tajuk dalam modul ini menerangkan definisi, konsep asas, ciri-ciri,
pengurusan diri seseorang pelajar di sekolah. Ia juga merangkumi tujuan
dan kaedah pelaksanaan dalam bimbingan kemahiran bidang
pembangunan diri yang berkaitan dengan penekanan tentang
penyelesaian masalah dan kepimpinan supaya dapat meningkatkan
prestasi seseorang murid dari masa ke masa. Pengetahuan ini akan
membolehkan pemahaman guru-guru dan juga mereka yang
berkecimpung dapat dipertingkatkan dan membolehkan mereka dapat
mengawal dan menguasai pengurusan diri serta memotivasikan diri
apabila mengalami kesukaran yang dapat menyebabkan stres pada diri
sendiri demi menyempurnakan kehidupan mereka tersebut.

2
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

8.2 HASIL PEMBELAJARAN


Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat:
1. Mendefinisikan konsep pembangunan diri dan kepimpinan.
2. Mengaplikasikan cara penyelesaian masalah yang tepat dalam kehidupan
seharian.
3. Menjelaskan ciri-ciri kepimpinan secara mendalam.
4. Meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah.
5. Meningkatkan keyakinan diri tidak mengira menghadapi masalah yang
besar atau tidak.
6. Menghuraikan kaedah pelaksanaan kemahiran bimbingan bidang
pembangunan diri dalam menguasai kemahiran penyelesaian masalah
dan kepimpinan pelajar.
7. Mengembangkan diri secara keseluruhan.

8.3 KERANGKA TAJUK

KEMAHIRAN BIMBINGAN
PEMBANGUNAN DIRI

PENYELESAIAN MASALAH KEPIMPINAN

8.4 KANDUNGAN

PENGENALAN

3
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

Bimbingan dan Kaunseling merupakan satu cabang perkhidmatan sokongan


pendidikan yang sangat luas dan penting. Ia bukan sahaja memberikan
perkhidmatan kepada murid malahan warga sekolah dan masyarakat sekitar,
di samping sebagai tunggak pengurusan pembangunan murid. Senarai tugas
dan bidang tugas yang telah ditetapkan seharusnya menjadi panduan yang
tepat dalam menjalankan perkhidmatan. Perkhidmatan bimbingan telah
disediakan di sekolah bagi tujuan menyempurnakan murid supaya
menjaminkan kesejahteraan mental para murid dan bermatlamat untuk
menyampaikan kemahiran bimbingan dalam bidang akademik kepada pelajar.
Dengan ini, murid dapat berkembang dalam pelbagai segi seperti intelek,
rohani, emosi dan jasmani sejajar dengan kehendak dan aspirasi
Kementerian Pendidikan dalam usaha membangunkan murid secara
menyeluruh serta sebagai proses menyempurnakan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia yang baharu ini (2013-2025).

8.4.1 DEFINISI DAN KONSEP ASAS PEMBANGUNAN DIRI DAN KEPIMPINAN


Pembangunan diri merujuk kepada komitmen seseorang untuk berfikir
dan memutuskan sendiri dengan mencari kemahiran baru dan pengulangan
tindakan untuk memperbaiki tabiat dan kemahiran peribadi. Individu yang
komited terhadap pembangunan diri mesti mempunyai visi yang jelas
mengenai matlamatnya dan mesti memberi perhatian kepada peluang serta
mempunyai pelan kehidupan strategik dan bertindak dengan cara yang kreatif
dan inovatif. Pembangunan diri boleh dicapai dengan kajian, kerja dan kemas
kini pengetahuan, dan membayangkan rasa penting tanggungjawab dan
sikap proaktif. Dalam usaha membangunkan keseluruhan diri juga, secara
ringkasnya kita dapat merumuskan bahawa perancangan strategi adalah
amat penting dalam memperbaiki kelemahan diri, mencapai matlamat diri
serta menyempurnakan kehidupan seharian diri. Oleh hal yang demikian,
kemahiran penyelesaian masalah adalah kemahiran utama yang patut
dikuasai oleh seseorang insan akibat dapat mengenal pasti masalah kendiri
serta membuat penambahbaikan terhadap masalah tersebut. Penyelesaian
masalah boleh didefinisikan sebagai satu proses kognitif di mana maklumat
4
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

digunakan sebagai usaha mencari cara-cara yang sesuai bagi mencapai


sesuatu matlamat. Menurut Torrence (1973), penyelesaian ditakrifkan
sebagai proses seseorang itu menjadi peka terhadap masalah dan ini
melibatkan seseorang individu itu cuba mencari penyelesaian membuat
andaian, mengubah hidup dan akhirnya melaporkan silannya.
Dalam aspek kepimpinan pula, menurut kamus dewan (1989),
kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin manakala menurut Hollander,
beliau menyatakan bahawa kepimpinan adalah satu proses pengaruh yang
mempengaruhi antara pemimpin dengan pengikut. Selain itu, mengikut
pandangan Certo (1997), kepimpinan ialah proses pengarahan tingkah laku
orang lain ke arah penyempurnaan sesuatu objektif. Akhir sekali, mengikut
perspektif islam, kepimpinan ialah sesuatu amanah dan wajib dilaksanakan
dengan baik-sebaiknya. Secara ringkasnya, kepimpinan membawa maksud
seseorang yang mempunyai keupayaan memimpin akan menggabungkan
sifat bertanggungjawab dalam memegang jawatan sebagai pemimpin serta
mempengaruhi orang lain untuk mencapai sesuatu matlamat.
8.4.2 LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN MASALAH

5
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

Langkah-langkah
Penyelesaian Masalah

Kenal pasti maslah – Ulasan kasar mengenai sesuatu


situasi untuk membincangkan punca-punca dan skop
masalah Bahan-bahan yang boleh digunakan ialah peta
minda, temu bual dan membuat soal selidik.

2) Analisis masalah – Mencari bukti masalah dan


membuat penyata masalah serta menganalisis kesan
daripada masalah supaya berjaya mencari penyebab
masalah terjadi lalu menyusun atur maklumat.

3) Mencari alternatif – Dapatkan perspektif baru dan mendengar


pendapat dan mengambil kira pandangan idea-idea orang lain yang
lebih berpengalaman untuk mencari penyelesaian yang terbaik.

4) Membuat keputusan – Memilih solusi yang dirasakan sesuai dan


paling berkesan untuk mengatasi masalah.

5) Pelaksanaan – Membina perancangan untuk pelaksanaan iaitu


proses langkah demi langkah dalam menyelesaikan masalah.

6) Penilaian – Memberikan gambaran yang jelas mengenai masalah


yang terkandung dan menilai penyelesaian sama ada membawa
impak positif atau negatif.

6
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

8.4.3 CIRI-CIRI KEPIMPINAN YANG DIPERLUKAN DALAM DIRI SEORANG


PELAJAR

7
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

8.4.4 KEPENTINGAN KEPIMPINAN

Bekerjasama
dengan pengikut
untuk
menghasilkan
tindakan atau kerja
yang dirancang
secara berkesan
dan efektif

Sentiasa dapat Dapat bersikap tegas


mengawal sesuatu dan berani untuk
situasi atau melaksanakan
keadaan dengan tanggungjawab yang
rasional serta dilaksanakan dan
berfikir sebelum jujur melaporkan
sesuatu keadaan.
bertindak

Kepentingan
Kepimpinan

Menjadi suri Sentiasa


teladan kepada menguasai
orang lain dan kemahiran
tidak menjayakan berkomunikasi
sikap secara verbal atau
penyalahgunaan non-verbal dengan
kuasa baik.

8
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

8.4.5 CARA PELAKSANAAN KEMAHIRAN BIMBINGAN BIDANG


KEIBUBAPAAN
TEMPOH, TEMPAT DAN CARTA PERBATUAN PROGRAM/ PROJEK
Tempoh : Satu hari
Tempat : Dewan Ibnu Sina
Jadual Berkenaan :

Duras Tarikh Tarikh Bukti tamat


Bil Aktiviti Masa Tujuan Pelaksanaan
i mula Tamat setiap aktiviti

1) Aktiviti Tak 1 jam 8.00 pagi 29/3/21 29/3/21 Saling berkenalan dan Refleksi
Kenal Maka – 9.00 berinteraksi antara satu sama Pelajar
Tak Cinta (Ice- pagi lain.
breaking)

2) Sarapan Pagi / 15 9.00 pagi 29/3/21 29/3/21


Rehat minit – 9.15 Berehat -
pagi

3) Aktiviti 1 jam 9.15 pagi 29/3/21 29/3/21 Mencungkil bakat kendiri serta Refleksi
Mengenalpasti – 10.15 memperbaiki kelemahan yang Pelajar
Kelemahan dan pagi disedarkan.
Kekuatan Diri

9
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

4) Taklimat 3 jam 10.15 29/3/21 29/3/21 Menyebarkan maklumat Penghasilan


Kemahiran pagi – tentang kemahiran Kerja
Pembangunan 1.15 pembangunan diri yang baik
Diri petang supaya menanamkan kesedaran
dalam jiwa murid yang
mengetahui kesan dan
kepentingannya dalam
kehidupan seharian kita.

5) Makan Petang / 1 jam 1.15 29/3/21 29/3/21


Rehat 15 petang – Berehat -
minit 2.30
petang

6) Permainan 2 jam 2.30 29/3/21 29/3/21 Memupuk semangat kekitaan Refleksi


Kerusi petang – dalam jiwa seseorang murid. Pelajar
4.30
petang

10
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

LANGKAH PELAKSANAAN

- Aktiviti 1 : a) Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan kecil

b) Ahli-ahli diminta duduk dalam bentuk bulatan


c) Terangkan secara ringkas bahawa aktiviti ini bukan untuk
menguji tetapi cuba saling berkenalan.

d) Memberikan masa untuk berkenalan dan meminta seorang


murid untuk menyebutkan nama ahli yang lain.

- Aktiviti 3 : a) Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan kecil

b) Ahli-ahli diminta duduk dalam bentuk bulatan


c) Setiap kumpulan diberikan kertas mahjong dan hendaklah
mencatat kelemahan dan kekuatan bagi setiap ahli.

d) Menerangkan pandangan diri sendiri terhadap keinginan

11
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

membaiki kelemahan diri sendiri dan mengembang


kekuatan diri.

- Aktiviti 4 : a) Pelajar diminta duduk dalam barisan lurus yang kemas.

b) Pembentangan disediakan untuk menyebarkan maklumat.


c) Terangkan secara mendalam dan teliti tentang tajuk
berkenaan serta nota diberikan.

d) Memberikan masa untuk menyoal jawab soalan yang


dikemukakan oleh pelajar.

- Aktiviti 6 : a) Peserta diminta berbaris lurus dan berdiri di tepi kerusi.

b) Ahli-ahli diminta duduk bertenang sebelum diberikan


arahan seperti berdiri, duduk, menyimpan kerusi.
c) Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan besar untuk
menjalankan aktiviti ini.
d) Kumpulan yang paling pantas melaksanakan arahan secara

12
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

lengkap dikirakan menang.

13
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

KUMPULAN SASARAN

- Kumpulan sasaran ialah pelajar sekolah menengah kebangsaan.


- Alatan yang diperlukan untuk menjalani aktiviti-aktiviti yang diuruskan ialah
tali, batang ais krim, kertas mahjong, marker pen dan cetakan.

ANGGARAN KOS KEWANGAN

Anggaran Perbelanjaan Program/Projek

Kos Konvensional

Alatan Jumlah

Tali 50 x RM 0.50

Batang Ais Krim 50 x RM 0.70

14
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

Kertas Mahjong 25 x RM 1.70

Marker Pen 5 x RM 2.50

Cetakan RM 500

Jumlah keseluruhan RM 615

Jadual 3: Kos program / projek

RUMUSAN

Konklusinya, bab ini telah memperkenalkan kemahiran bimbingan bidang


pembangunan diri terutamanya pelaksanaan guru bimbingan menyampaikan
kemahiran penyelesaian masalah dan kepentingan kepimpinan dalam
kehidupan serta menjelaskan kemahiran sebegini dapat membawa banyak
kebaikan kepada kita. Konsep-konsep kemahiran tertentu juga telahpun

15
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

diperkenalkan dan kepentingan kewujudan kemahiran tersebut telah


dipaparkan dan dibincangkan dalam bab ini.

Rujukan.

Alias, M., Abd Karim, A. I. D. A. H., & Iksan, Z. (2019). Kesahan dan
Kebolehpercayaan Instrumen Kemahiran Menyelesaikan Masalah untuk
Murid Sekolah Menengah Berdasarkan Model Pengukuran Rasch (Validity
and Reliability of Problem-Solving Skill Instrument for Secondary School
Pupils Based on Rasch Assessment Model). Jurnal Pendidikan Malaysia
(Malaysian Journal of Education), 44(1SI), 3-19.
Amiruddin, M. H., Ngadiran, I. A., Zainudin, F. L., & Ngadiman, N. (2017). Tahap
kemahiran generik pelajar Malaysia dalam proses pengajaran dan
pembelajaran: Kajian kes pelajar Institut Kemahiran Mara, Johor Baharu
(Malaysian students’ level of generic skill in teaching and learning process: A
case study of Mara Skills Institute students, Johor Baharu). Geografia-
Malaysian Journal of Society and Space, 12(3).
Bakar, N. A., Basri, R., & Fooi, F. S. (2015). Hubungan kepimpinan guru dengan
pencapaian akademik pelajar. International Journal of Education and
Training, 1(2), 1-11.
Ismail, N. A., & Daud, K. (2012). Kepimpinan guru mempengaruhi sikap pelajar
sekolah menengah daerah Segamat (Doctoral dissertation, Universiti
Teknologi Malaysia).
Yusof, R. (2014). Ciri-Ciri Kepimpinan Pelajar Pintar dan Berbakat: Implikasi Ke atas
Kepimpinan Remaja Islam/Leadership Characteristic of the Gifted and
Talented Student: Implication on Islamic Youth Leadership. International
Journal of Islamic Thought, 6, 57.

16
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

17

Anda mungkin juga menyukai