Anda di halaman 1dari 7

KLINOMETER

Bidang Sukatan & Geometri


Pembelajaran:

Tajuk: Klinometer

Tingkatan: 3 dan 4

Standard ● 8.3. Sudut yang berkaitan dengan garis selari dan


Kandungan: garis rentas lintang
● 5.1. Sinus, Kosinus dan Tangen bagi Sudut Tirus
dalam Segi Tiga Bersudut Tegak

Standard ● 8.3.6 Menyelesaikan masalah yang melibatkan sudut


Pembelajaran: yang berkaitan dengan garis selari dan garis rentas
lintang termasuk yang melibatkan sudut dongak dan
sudut tunduk.
● 5.1.7. Menyelesaikan masalah yang melibatkan sinus,
kosinus dan tangen termasuk yang melibatkan objek
geometri 3D, sudut dongak dan sudut tunduk.

Objektif Aktiviti ● Murid menyediakan klinometer yang paling efisien


Inkuiri: ● Murid dapat menganggarkan tinggi objek dengan
menggunakan klinometer

Pengetahuan Sinus, Kosinus dan Tangen bagi Sudut Tirus dalam Segi
Sedia Ada: Tiga Bersudut Tegak.

Persoalan Inkuiri 1. Kenapakah kita perlu ukur bingkai gambar?


---------------------------------------------
2. Apakah peralatan yang digunakan untuk mengukur
bingkai gambar dan nyatakan unit pengukuran yang
digunakan?
--------------------------------------------
3. Kenapakah sejak kita lahir pengukuran BMI dibuat?
___________________________
4. Apakah peralatan yang digunakan untuk mengukur
berat badan dan ketinggian manusia dan nyatakan
unit pengukuran BMI?
--------------------------------------------------
5. Kenapakah perlu kita mengukur ketinggian pokok di
dalam hutan?
--------------------------------------------------
6. Apakah peralatan ringkas yang sesuai digunakan
untuk mengukur ketinggian pokok?
?????????????????
7. Apakah peralatan yang digunakan untuk mengukur
botol air di atas meja anda?
--------------------------
8. Bagaimanakah caranya untuk mengukur tinggi pintu
bilik ini dari kedudukan berdiri anda?
(Tips -a) guna nisbah trigonometri
b)Cara yang sama boleh digunakan untuk mengukur
tinggi tiang bendera sekolah atau pokok di hutan)
________________
9. Apakah peralatan yang digunakah untuk mengukur
sudut diantara mata dan objek?
????????? (Contoh peralatan ditunjuk)
Agaknya apakah nama peralatan ini?
---------------------------------(Jawapan: Klinometer)
10. Mari kita bina peralatan yang dapat mengukur sudur
antara mata dan objek.Setiap kumpulan disediakan
bahan).
11. Pembentangan mengikut kumpulan- peralatan yang
telah siap.(penambah baikan peralatan dibuat).
--------------------------------
12. Mari kita ukur objek yang tinggi dalam bilik darjah.
Contoh -tinggi bucu atas dinding, lampu
siling,pintu,…dll
____________________
13. Pembentangan dalam kumpulan hasil pengukuran
objek.
----------------------------------
- Penyoalan kearah ketepatan pengukuran
dibincangkan.

Prosedur Bahan/peralatan
Pelaksanaan: ● jangka sudut dan straw, tape pengukur, benang,
pemberat, pita pelekat(selotape), masking tape dan
gunting.

Langkah-langkah
Aktiviti:
1. Murid dibahagikan kepada kumpulan
2. Murid menyediakan klinometer menggunakan bahan
yang disediakan.
a) Lekat benang di tengah jangka sudut
b) Ikat pemberat di satu lagi hujung benang
c) Lekat straw (seperti contoh klinometer yang
disediakan)

3. Murid diterangkan mengenai cara menggunakan


klinometer (siap dibina dengan jangka sudut, benang,
pemberat dan straw)
4. Murid dikehendaki mengira tinggi sesuatu objek yang
telah diketahui tinggi objek. (contoh : papan putih,
bucu atas dinding) dengan menggunakan klinometer.
5. Murid mengukur jarak mengufuk antara pengukur dan
objek dan catat dalam gambar rajah.
6. Murid mengukur ketinggian mata objek dari lantai.
7. Murid mendapatkan sudut dengan menggunakan
klinometer dan catat dalam gambar rajah.
8. Murid menggunakan asas trigonometri untuk mengira
tinggi objek.
9. Murid mengulangi langkah 3-5 dengan kedudukan
pengukur yang berbeza.
10. Murid membuat kesimpulan ketinggian objek.

11. Sebagai aktiviti tambahan, murid dibawa keluar kelas


untuk mendapatkan tinggi objek yang tidak diketahui
menggunakan kaedah yang sama.
12. Murid membentangkan hasil dapatan kumpulan dan
membuat kesimpulan dengan bimbingan guru.

Lembaran Aktiviti: Masa: 1 jam 30 minit

Panduan guru:
-Guru boleh menyediakan penyedut minuman yang
berlainan diameter. -Guru membincangkan kesan saiz
diameter straw di akhir aktiviti.
-Guru boleh menyediakan klinometer untuk semua kumpulan
jika terdapat kekangan masa.

Sumber :
https://www.instructables.com/id/Using-a-clinometer-to-
measure-height/
https://www.youtube.com/watch?v=WJYqjf7-yYI

Soalan yang dikemukakan secara lisan:


1. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan sudut yang
tepat?
2. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan ketinggian
object?

Soalan yang akan dicetak dalam lembaran:

Pentaksiran:
1. Apakah maksud sinus, kosinus dan tangen dalam
segitiga bersudut tegak?
2. Tahukah anda bagaimana membaca sudut daripada
jangka sudut?
Lembaran Aktiviti Kumpulan Murid:

Nama Ahli kumpulan:


1.
2.
3.
4.

Langkah-langkah:

1. Setiap kumpulan perlu menyediakan satu klinometer.


2. Setiap ahli dalam kumpulan perlu mengetahui maksud sinus, kosinus dan
tangen dalam segi tiga bersudut tegak.
3. Murid mengukur dan mencatat jarak pengukur dari objek.
1. Murid mengukur dan mencatat jarak mata pengukur dari lantai.
2. Murid mengukur dan mencatat sudut dongak.
3. Murid membuat pengiraan untuk mendapatkan tinggi object.

Ukuran Pengukur A Pengukur B

Jarak Pengukur dari


objek

Jarak mata dari lantai

Sudut yang diukur


Pengiraan : Pengukur A

Pengiraan : Pengukur B
Prosedur aktiviti:

1) Sediakan satu klinometer seperti dalam rajah dengan menggunakan bahan


yang disediakan
a) Dapatkan satu jangka sudut.
b) Gantung benang di tengah-tengah penyedut minuman tersebut
bersama pemberat.
c) Lekatkan penyedut minuman ke atas jangka sudut dengan
menggunakan pita pelekat.

2) Dengan menggunakan klinometer cari tinggi objek dalam kelas.


3) Ulang langkah 1 dengan kedudukan pengukur yang berbeza.
4) Dengan menggunakan kaedah yang sama ukur tinggi tiang bendera sekolah
5) Bentangkan hasil dapatan kumpulan anda dan buat kesimpulan dengan
bimbingan guru.

Anda mungkin juga menyukai