Disiplin Dan Pelajar
Disiplin Dan Pelajar
0 Pendahuluan
Disiplin memainkan peranan yang penting ke arah pembentukan sahsiah para pelajar.
Ia adalah salah satu komponen penting dalam sistem persekolahan yang berkait rapat
berkenaan tatatertib, tatasusila, keadaan, akhlak dan kesopanan. Mengikut Kamus Dewan,
disiplin bererti latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh
kepada tatatertib.
Sehubungan dengan itu Sezali (1997), merumuskan bahawa remaja sering diserang
penyakit kekosongan jiwa dan kelemahan ketahanan diri. Penyakit ini menyebabkan jiwa
mereka kosong dan tidak mempunyai matlamat atau wawasan diri serta golongan ini juga
tidak mempunyai kesedaran dan keinsafan mengenai hakikat dan kenyatan hidup mereka di
dunia. Masalah kemorosatan disiplin pelajar di sekolah bergantung pada individu itu sendiri.
Masalah kurangnya keimanan dan daya ketahanan diri di kalangan pelajar menpercepatkan
lagi pengaruh yang tidak baik masuk ke dalam diri pelajar. Pelajar seperti itu bertindak
mengikut perasaan tanpa mengira batasan. Sikap individu itu sebagai seorang pelajar mestilah
mempunyai prinsip dan pendirian. Seseorang pelajar itu menjadi baik dan bertanggungjawab
sekiranya hidup pelajar itu berprinsip dan mempunyai keimanan yang kukuh dalam jiwanya.
Mereka tidak mudah terjebak dengan gejala yang tidak baik ini.
Remaja mempunyai pelbagai hubungan dengan rakan sebaya dan mereka menghadapi
budaya yang mempunyai norma dan sistem nilai berbeza. Remaja mendapat maklumat
berkenaan di luar keluarga serta maklum balas mengenai keupayaan mereka daripada rakan
sebaya. Remaja memerlukan rakan-rakan sebaya dengan mereka bagi membantu
perkembangan diri. Rakan sebaya berpengaruh dalam membentuk akhlak dan peribadi
remaja. Rakan sebaya yang baik akan membentuk akhlak yang baik.Sebaliknya, rakan sebaya
yang tidak mempunyai akhlak yang baik mempengaruhi akhlak rakannya ke arah yang tidak
baik juga. Pengaruh rakan sebaya adalah sumber paling kuat dalam mengubah nilai dan sikap
remaja apabila pengaruh keluarga berkurangan pada peringkat lewat kanak-kanak.
Tekanan rakan sebaya adalah pengaruh dan tekanan yang dirasai oleh remaja daripada
rakannya (Artwater,1998). Remaja memerlukan rakan sebaya bagi mendapatkan
pengiktirafan dan sokongan. Kumpulan rakan sebaya menyediakan peluang kepada remaja
mempraktikkan tingkah laku yang baru serta mengembangkan kemahiran sosial yang perlu
bagi interaksi pada masa hadapan. Tekanan rakan sebaya mungkin bersifat positif seperti
dalam pencapaian akademik dan sukan ataupun negatif seperti penagihan dadah dan alkohol.
Menurut Freud (dalam Fiest dan Fiest, 1936), peringkat latensi merupakan peringkat ‘senyap’
dalam kehidupan seksual remaja. Pada peringkat latensi ini, remaja dapat membentuk cara
hidup, kefahaman dan cara berhubung dengan rakan sebaya atau masyarakat. Perubahan ini
tidak akan merungsingkan sangat kalau teknik-teknik pertukaran itu dialami sedikit demi
sedikit. Remaja ingin dirinya diterima oleh rakan-rakan. Dengan itu, mereka sentiasa sanggup
melakukan apa shaja supaya diterima oleh ahli kumpulannya. Remaja yangberasal daripada
keluarga yang bermasalah mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib
dengannya dan membentuk kumpulan sendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan
anasir-anasir jahat. Apabila rakan sebaya membentuk kumpulan yang bersifat negatif, remaja
turut melakukan perkara sama supaya diterima oleh kumpulannya. Mereka akan membuat
perkara di luar jangkaan bagi menarik perhatian orang lain. Gaya berpakaian, pertuturan,
sikap dan lagaknya mengikut cara rakan-rakannya.
Menurut Havighurst dan Neugarten dalam Manja (1990), kelompok sebaya adalah
satu kelompok yang khusus dan kanak-kanak berinteraksi seperti mana yang berlaku dalam
keluarga. Kelompok ini biasanya mempunyai dunia yang tersendiri dengan peraturan-
peraturan dan norma-norma tertentu. Keadaan yang sama diperolehi daripada kajian yang
dilakukan oleh Manja (1996), menyatakan bahawa apabila seeorang remaja itu sudah yakin
dengan pemilihan rakan sebaya yang sama minat, maka hubungan mereka akan menjadi lebih
erat. Apa yang rakannya lakukan maka dia juga akan turut melakukannya. Pendapat ini
disokong oleh Maslow dalam Hazil (1990). Beliau menyatakan bahawa anak-anak yang
menyertai satu kumpulan atau yang akan mempunyai perasaan kekitaan di dalam kumpulan
tersebut. Dari segi emosi, mereka lebih bergantung kepada rakan sebaya. Oleh itu, apa saja
yang dilakukan akan cepat disanjungi dan pujian yang mereka menyaingi apa yang
diharapkan oleh ibu bapa.
2.3 Keluarga
Menurut Melson (1992), keluarga dianggap sebagai agen sosialisasi yang paling
penting. Ini bermaksud bahawa perubahan dalam masyarakat seolah-olah
dicerminkan oleh perubahan gaya pengasuhan anak-anak yang lebih disukai. Remaja yang
berada dalam lingkungan keluarga yang berpecah belah akan merasai kesan buruk pada
perkembangan kognisi mereka. Sebagai contoh, delikuen yang dilakukan oleh remaja masa
kini merupakan hasil daripada mental ibu bapa, anggota keluarga dan sekitaran kejiranan
yang tidak terkawal dengan baik (Kartini 1986). Situasi ini menurut Kartini lagi
mempengaruhi mental dan kehidupan remaja yang belum matang.
Pelajar daripada keluarga yang berpecah belah atau ketiadaan ibu bapa atau kedua-
duanya mengalami kehilangan tempat bergantung, tempat menumpahkan kasih sayang serta,
tempat di hari dewasa sebagai ahli masyarakat yang lebih aktif dan dinamis. Keadaan seperti
ini boleh menjejaskan perkembangan pelajar-pelajar terutama dalam pencapaian akademik
serta proses pembentukan personaliti. Ini bersesuaian dengan salah satu keperluan iaitu
keperluan termilik dan kasih saying (Maslow,1954). Menurut Maslow, kekurangan
perhubungan kasih sayang menjadi punca ecelaruan personaliti yang mungkin melibatkan
tingkah laku agresif dan anti sosial. Persekitaran keluarga boleh merosakkan sikap keluarga.
Sikap ibu bapa yang negatif dan tidak sihat boleh menyebabkan kesukaran dalam mencapai
tugas perkembangan pelajar remaja. Misalnya, ibu bapa memodelkan tingkah laku yang tidak
diingini. Ibu bapa akan menjadi model yang negatif bagi tingkah laku. Ibu bapa yang tekal,
garang dan tidak stabil adalah model negatif. Perhubungan ibu bapa yang tidak harmonis,
perkelahian adik-beradik dan ibu bapa yang selalu tiada di rumah untuk berdampingan
dengan anak mereka akan mempengaruhi tingkah laku atau tugas perkembangan remaja.
Ahli keluarga yang lain seperti adik-beradik dan saudara-mara mempunyai peranan
terhadap pembentukan personaliti seseorang individu. Di samping itu, gaya pengasuhan dan
pengalaman positif yang diperlukan serta n ilai-nilai murni yang diterapkan akan membina
personaliti individu. Nilai-nilai murni yang diterap oleh keluarga mempunyai kesan yang
positif sehingga mewarnakan hidup individu tersebut hingga ke alam dewasa. Kes-kes
penyelewengan seperti ponteng, lari dari rumah, melepak dan lesbian jika dikaji akar
umbinya sedikit sebanyak adalah berpunca daripada interaksi dan bimbingan dalam keluarga.
Oleh itu, tingkah laku ibu bapa harus menjadi model kepada anak-anak remaja untuk
membentuk tingkah laku yang positif. Oleh kerana, keluarga merupakan unut terkecil dan
paksi terpenting kepada pembentukan sesebuah masyarakat. Maka pengukuhan keluarga
dalam senarionya kini dugugatkan oleh perubahan semasa. Ia merupakan tindakan awal yang
mampu dimainkan oleh semua pihak untuk menangkis tekanan dan desakan hidup
masyarakat hidup.
Faktor suasana sekolah dapat mempengaruhi masalah disiplin pelajar secara tidak
langsung. Suasana sekolah merangkumi bentuk bangunan sekolah, pokokpokok dan bunga-
bunga yang ditanam dan kemudahan-kemudahan seperti tempat bermain dan perpustakaan
(Mok Soon Sang, 1992). Suasana sekolah merupakan satu faktor yang menyumbang ke arah
pelajar yang tidak berdisiplin. Ahli-ahli sosiologi berpendapat tingkah laku buruk remaja
dipupuk oleh keadaan sekitar yang tidak menyenangkan. Bagi pelajar, suasana yang tidak
menarik menjadikan keadaan lebih buruk. Secara sedar atau tidak, sekolah juga turut
menyumbang kepada permasalahan disiplin pelajar. Sebagai sebuah organisasi masyarakat,
sekolah mempunyai kelemahan dan kekurangannya sama ada dari segi fizikal atau
kemanusiaan, menjadikannya tidak berupaya memenuhi segala tuntutan dan harapan segenap
lapisan.
Menurut Omardin (1996), salah satu faktor yang menentukan kejayaan pelajar-pelajar
ialah melalui iklim dan budaya sekolah. Suasana dan persekitaran yang harmoni boleh
membangkitkan semangat dan akan melahirkan pelajar yang mempunyai sikap cintakan
sekolah. Dengan ini dapat mengurangkan masalah salahlaku dan disiplin. Menurutnya lagi
sekolah perlu mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai dan indah bagi membolehkan
supaya pelajar mempunyai sikap cinta kepada sekolah. Membentuk disiplin tidak sesuai
menggunakan kekerasan, emosi tidak boleh disekat, dengan itu masalah disiplin pelajar dapat
dikurangkan. Zulkarnain B.Kamarudin (2002), telah membuat kajian berdasarkan latar
belakang responden melibatkan empat aspek pengaruh iklim sekolah terhadap masalah
disiplin pelajar iaitu suasana sekolah, pengajaran dan pembelajaran, pentadbiran dan guru.
Hasil kajian menunjukkan secara umumnya tahap pencapaian terhadap aspek suasana sekolah
adalah lemah iaitu 40 peratus. Ini menunjukkan kebanyakkan responden merasakan suasana
persekitaran sekolah sama ada di luar mahu pun dalam bilik darjah perlu diperbaiki. Pihak
sekolah juga perlu memperbanyakkan lagi projek keceriaan sekolah yang melibatkan semua
warga sekolah. Tahap pencapaian terhadap aspek pengajaran dan pembelajaran pula berada
pada kedudukan sederhana iaitu 51 peratus. Sebahagian responden belum dapat
menyesuaikan diri dengan kaedah pengajaran guru.
Hasil kajian Azhar B. Hamzah (2003), menunjukkan bahawa sebanyak 32.6 peratus
responden tidak setuju persekitaran sekolah yang mendorong pelajar ponteng sekolah.
Manakala 47.2 peratus responden setuju yang persekitaran sekolah mendorong pelajar
ponteng sekolah. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi menggambarkan beberapa
faktor mempunyai pengaruh ke atas masalah ponteng sekolah. Faktor tersebut ialah faktor
sikap dan faktor persekitaran sekolah. Aktiviti yang dilakukan oleh pelajar semasa ponteng
sekolah ialah merokok, berbual-bual dengan rakan, membantu keluarga dan melepak di
rumah sewa kawan. Pelajar-pelajar menghabiskan hampir separuh masanya di sekolah.
Pengaruh sekolah adalah kedua pentingnya berbanding dengan pengaruh keluarga. Organisasi
dan struktur belajar sekolah seperti pengagihan murid mengikut pencapaian, pihak berkuasa
yang menekankan peperiksaan, bentuk, stuktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan
guru, kesemuanya menggalakkan masalah disiplin di kalangan murid-murid yang lemah
daripada segi akademik (T.Marimuthu, 1980).
Wong Khek Seng (1996), menyatakan persekitaran yang canggih dan menarik seperti
kompleks membeli belah, arked video, pusat snuker, taman-taman rekreasi, pusat-pusat
hiburan dan sebagainya, menjadi faktor tarikan utama yang menyebabkan kejadian melepak
berlaku pada zaman moden ini. Dalam kehidupan seharian besar kemungkinan kita akan
mentakrifkan persekitaran sebagai alam sekeliling. Dalam bidang psikologi pula takrif
persekitaran adalah lebih meluas. Menurut Norman L. Munn (1969), berpendapat
persekitaran sebagai segala benda yang terdapat di sekeliling unit kebakaan. Persekitaran
dikatakan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi personaliti seseorang individu
kea rah pencapaian yang baik dalam pelajaran, selain daripada faktor baka. Antara faktor
persekitaran itu termasuklah faktor peranan ibu bapa, masalah keluarga, pengaruh sekolah,
rakan sebaya, masyarakat, motivasi dan peranan multimedia.
Profesion perguruan adalah profesion yang kompleks dan tugasan guru sangat luas
berbanding pekerjaan yang lain. (Logan & Logan,1974). Guru bertanggungjawab sebagai
pengasuh, kaunselor, pengadil, polis, hakim, pelakon, kerani, jururawat,, pensyarah, penulis,
setia-usaha, pekerja sosial dan lain-lain. Tugasan itu dilakukan secara langsung dan tidak
langsung di sekolah. Guru-guru perlu menitikberatkan aspek-aspek pengetahuan, tingkah
laku, tanggungjawab dan kecekapan guru. Guru perlu berkebolehan menilai kebolehan dan
perkembangan pelajar. Dalam hal ini, guru perlu berupaya menentukan kaedah-kaedah serta
strategi-strategi yang berkesan bagi memandu pelajar-pelajar yang berbeza daripada segi
kebolehan dan minat.
Tugas utama seseorang guru adalah memahami peranannya dalam proses pengajaran
serta mempunyai banyak pengetahuan. Guru perlu mempunyai banyak pengetahuan terutama
daripada segi latar belakang pelajar serta berkenaan pelajaran yang akan diajar (Logan &
Logan, 1974). Guru-guru adalah model menjadi contoh kepada para pelajar. Guru
bertanggungjawab membina hubungan dengan setiap pelajar dengan setiap pelajar dan
memandang mereka sebagai individu yang unik. Guru perlu berupaya membuatkan pelajar
menonjolkan kebolehan mereka. Guru bertindak sebagai pendorong, pembimbing serta
pemangkin bagi membentuk pengalaman pelajar. Guru bertanggungjawab menentukan
objektif, memilih, merancang, membimbing dan memperkembangkan pengalaman bagi
mendorong semua pelajar menyahut cabaran berdasarkan kebolehan dan minat pelajar itu.
Di samping itu, guru perlu bijak menyelesaikan masalah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dengan cara yang inovatif dan memberikan ganjaran kepada tingkah laku
kreatif. Guru memainkan peranan penting dalam membentuk disiplin di sekola. Guru patut
menjalankan tugas sebetulnya dalam memahami latarbelakang danmengenalpasti masalah
yang dihadapi oleh pelajar. Guru memerlukan kerjasama, komunikasi dan persefahaman
pihak ibu bapa. Guru yang sepatutnya memainkan peranan sebagai role model kadang-
kadang melakukan perbuatan negatif tanpa disedari dan ini membawa kesan buruk dalam
pembentukan sahsiah pelajar. Seseorang guru tidak boleh lari daripada menghadapi masalah
dalam kehidupannya. Bagaimanapun guru seboleh-bolehnya perlu mengelakkan diri daripada
membawa masalah peribadi semasa mengajar di dalam kelas.
Emosi guru perlu sentiasa dalam keadaan tenang, stabil, bersyukur dan sederhana
semasa mengajar. Guru yang sentiasa berkeadaan tenang pasti mudah didekati pelajar.
Pendekatan yang digunakan oleh guru semasa mengendalikan pelajar-pelajar yang
bermasalah berdisiplin mestilah tegas tetapi tanpa emosi. Guru perlu bersifat sabar,
bertimbang rasa, tidak menghukum pelajar dengan hukuman terlalu berat, menghukum
mereka tanpa usul periksa dan lebih banyak memberi ganjaran daripada mengenakan
hukuman.
Masalah-masalah disiplin yang timbul pada masa kini boleh dikategorikan kepada
empat jenis, iaitu jenayah, kelakuan negatif, membolos dan menipu. Jadual berikut
menghuraikan jenis-jenis masalah disiplin sekolah terdapat di dalam setiap kategorinya.
Ponteng merupakan salah satu isu yang sering mendapat perhatian dari semua golongan.
Masalah ini bukan berlaku di negara ini sahaja, malah ianya berlaku di seluruh dunia sama
ada di negara-negara maju, mahupun mundur. Oleh yang demikian, pendidikan memainkan
peranan penting dalam menangani isu-isu tersebut. Salah satu peranan dalam pendidikan
ialah penerapan nilai-nilai murni dalam diri bagi membentuk sikap pelajar. Ia merupakan
penyerapan ilmu pengetahuan dalam bentuk teori serta melakukan latihan dalam bentuk
praktis. Pendidikan juga membentuk tabiat dan sikap seseorang pelajar dalam pelbagai sapek
kehidupan, sama ada jasmani, rohani, akal, akhlak mahupun sosial pelajar supaya dapat
mengabdikan siri kepada Allah. (Abdullah Ishak, 1995).
Jadual 1.0: Jenis-Jenis Masalah Disiplin Sekolah
Kategori Jenis Masalah Disiplin
Jenayah Merosakkan harta benda sekolah, mencuri, berjudi, berlawan, memeras
ugut, menyertai kongsi gelap, penyalahgunaan dadah, merokok,
menumbuk guru, bergaduh, membaca atau melukis gambar lucah dan
pelbagai kesalahan jenayah yang melibatkan pihak polis.
Kelakuan Berambut panjang, memakai kasut, dan stoking berwarna, baju T, kuku
negatif panjang, bercakap kasar, tidak hormati guru, makan di bilik darjah,
membuat bising, membuli, tidak membawa buku, tidak membuat tugasan,
menentang arahan guru lain-lain.
Menipu Meniru dalam ujian atau peperiksaan, menyalin kerja murid lain, tidak
menghantar buku latihan untuk diperiksa, menulis dan menandatangani
sendiri surat ibu bapa, buku kemajuan, bercakap bohong, berpura-pura dan
lain-lain.
Mengikut analisis dalam buku PTK, sepuluh salah laku yang berkerapan tinggi dan berlaku di
peringkat sekolah menurut urutan ialah:
i. ponteng sekolah
ii. mengancam murid sekolah
iii. mencuri
iv. berkasar dengan murid sekolah
v. berbahasa kesat
vi. datang sekolah/masuk kelas lewat
vii. membuat bising dan mengganggu pelajaran
viii. merosakkan harta benda sekolah
ix. ponteng aktiviti kokurikulum
x. ponteng kelas
(Dipetik dari Mok Soon Sang 2005)
Akhbar Berita Harian (8 Ogos 2000), melaporkan sebanyak 38,053 kes pelanggaran
disiplin adalah ponteng. Bilangan kes ponteng adalah paling tinggi berbanding dengan kes-
kes perlanggaran disiplin yang lain. Ini menunjukkan betapa seriusnya kes ponteng sekolah
pada masa ini. Akhbar Berita harian (13 Ogos 2005) melaporkan salah laku disiplin pada
tahun 2003 adalah sebanyak 2.11 peratus dan salah laku disiplin pada tahun 2004 adalah
sebanyak 2.07 peratus. Menurut Dr.Ahamad Sipon berkata Kementerian Pelajaran sudah
melantik 7265 kaunselor sekolah menengah dan 2687 guru bimbingan sekolah rendah bagi
menangani gejala disiplin.
Jadual di bawah menunjukkan kes salah laku di sekolah mengikut kategori dan peratusan kes
pada tahun 1999:
Perbincangan mengenai masalah disiplin pelajar di sekolah adalah berkisar isu kepada para
remaja. Justeru itu strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja.
Berikut beberapa saranan yang mungkin boleh diaplikasikan untuk mengurangkan masalah
disiplin pelajar :
Ibu bapa adalah golongan yang paling rapat dengan pelajar. Tingkah laku ibu bapa
menjadi contoh terbaik bagi anak-anak mereka. Tugas mendidik hendaklah bermula pada
peringkat kanak-kanak lagi. Sebelum wujudnya institusi keluarga, rumah adalah tempat di
mana pendidikan asas berlaku dan guru-gurunya terdiri daripada ibu, bapa, datuk,
kakak,abang ataupun ahli-ahli keluarga yang lain. Penglibatan ibu bapa bai mengatasi
masalah disiplin adalah penting. Kawalan yang ketat ke atas anak mereka dapat
menghindarkan anak mereka terjerat oleh kelompok jahat, dadah, budaya kuning. Ini kerana
jenayah kian menjadi-jadi. Selain daripada itu, penglibatan aktif ibu bapa dalam semua aspek
persekolahan anak membolehkan mereka mengesan masalah-masalah yang dihadapi oleh
anak mereka.
Ibu bapa juga bertanggungjawab bagi mewujudkan keadaan yang stabil di rumah
supaya kanak-kanak tidak terganggu daripada segi emosi. Keadaan kucar kacir seperti
pergaduhan dan perceraian pasti meninggalkan kesan yang mendalam ke atas anak-anak
(Jagdish Raj Sharma, 1982:87) Selain daripada itu, penekanan pada aspek keagamaan perlu
diutamakan oleh ibu bapa. Ibu bapa tidak berkesempatan hendah mengajar asas-asas agama
kepada anak-anak mereka. Wajar bagi Ibu bapa itu menghantar anak-anak mereka mengikuti
kelas fardu ain. Anak-anak yang tidak dididik dengan keagamaan memudahkan mereka
terdedah kepada gejala tidak sihat.
Menyentuh peranan guru dalam menangani masalah ini, ia perlu dilihat daripada
sudut sikap guru dan punca-punca yang membawa kepada permasalahan ini. Guru adalah
golongan yang hampir dengan pelajar selepas ibu bapa. Malah dalam agama islam, orang
kedua yang perlu dihormati selepas ibu bapa adalah guru. Kebanyakan golangan masyarakat
meletakan tanggungawab membentuk disiplin pelajar di sekolah pada guru disiplin atau guru
kaunseling. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana tugas mendidik di sekolah perlu diletakan di
bahu semua guru di sekolah. Bagi menangani masalah disiplin ini, perlu wujud hubungan
yang harmoni antara Guru dan pelajar. Guru-guru perlu mengubah sikap mereka supaya
masalah yang timbul tidak belarutan. Ini bermakna guru perlu barsedia menghadapi dan
mengelakkan pelanggaran disiplin berlaku di kalangan pelajar.
Sikap guru yang positif serta penuh dedikasi dalam menyampaikan pengajaran secara
berkesan bukan sahaja dapat menghapuskan masalah disiplin, malah dapat meningkatkan
tahap pencapaian akademik pelajar-pelajarnya. Atas sebab itu, iklim yang sihat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, dapat dijadikan tapak semaian dalam
melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu serta bermoral tinggi. Aliran-aliran penyelesaian
masalah masa kini dikatakan lebih sesuai bersifat klinikal daripada menghukum pelajar-
pelajar yang melanggar masalah disiplin . Guru-guru perlu cuba membantu murid yang
bermasalah disiplin, menyediakan aktiviti-aktiviti yang yang kreatif, bertolak ansur,
berdialog dan menyediakan tugas-tugas yang bersifat perseorangan sesuai dengan keperluan
pelajar yang terlibat dalam disiplin.
Masalah tatatertib yang tidak baik di kalangan murid adalah suatu perkara yang
melibatkan semua ibu bapa, guru besar dan guru. Tiap-tiap orang mestilah memainkan
peranan masing-masing bagi memperbaiki keadaan. Usaha membentuk Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG) adalah suatu bentuk kerjasama yang baik bagi mengatasi masalah ini,
amnya. Fungsinya antara lain mewujudkan suasana yang selesa dan harmoni di sekolah
(Dewan Masyarakat, April 1999). Namun begitu, perannan yang dimainkan oleh PIBG
sering dipertikaikan. Hal ini berlaku disebabkan oleh sikap ibu bapa itu sendiri yang kurang
menunjukkan minat setiap kali mesyuarat PIBG peribadi ataupun urusan pekerjaan. Keadaan
ini dapat diperbaiki sekiranyan ibu bapa tidak mementingkan diri sendiri, tetapi turut
meluangkan masa member perhatian dan kerjasama. Ibu bapa yang terdaya turut menghadiri
forum, ceramah dan masyuarat anjuran PIBG.
4.4 Kerajaan
Kerajaan juga adalah pihak yang bertanggungjawab dalam menangani masalah ini.
Dalam hal ini, peranan kerajaan dilihat lebih kepada penguatkuasaan undang-undang bagi
mengatasi hal ini. Ia biasanya diletakan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementarian patutlah mengkaji, mengemas kini pekeliling-pekeliling mengenai disiplin dan
meletakkan petunjuk-petunjuk tertentu bagi menghadapi masalah disiplin di sekolah. Pihak
polis dan juga kementerian kebajikan mempunyai peranan penting seperti mengadakan
pegawai-pegawai tertentu bagi menghadapi kes-kes disiplin, masalah belia dan pelajar
(A.Rajaguru, Mohd Daud Saad dan Ibrahim Saad, 1982:263)
Tindakan berterusan oleh pihak kerajaan adalah perlu bagi menutupsegala yang
timbul. Tindakan kerajaan mengawal kegiatan di pusat hiburan sehingga jam 12 tengah
malam menjadi permulaan ke arah ini. Penubuhan jawatankuasa cabinet mengenai masalah
sosial kebangsaan yang dipengerusikan bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar
Ibrahim, diharapkan membuka era baru ke arah menangani isu gejala sosial yang hangat ini
(Dewan Masyarakat, Jun,1997). Di samping itu, penguatkuasaan peruntukan dalam Akta
Juvana yang membolehkan ibu bapa dipertanggungjawabkan oleh mahkamah berkaitan salah
laku anak-anak adalah antara langkah yan wajar bagi menangani isu gelaja sosial ini. Bahan
yang disiarkan dalam internet, televisyen, media elektronik dan media cetak perlu diawasi
supaya tidak bercanggah dengan nilai Islam. Selain itu, ia bagi memastikan penyebaran
teknologi maklumat internet dan sebagainya tidak memberi kesan kepada generasi akan
datang.
4.5 Tanggungjawab pihak media
Pihak media juga turut bertanggungjawab dalam menangani isu disiplin pelajar ini.
Pihak media sebaik-baiknya memainkan peranan dalam mengetengahkan unsur yang baik
untuk ditirub remaja. Media perlu menggunakan pengaruh mereka bagi mendidik masyarakat
dan membentuk generasi akan datang. Pendedahan oleh pihak media berkaitan masalah
disiplin pelajar setidak-tidaknya menyedarkan masyarakat betapa seriusnya masalah ini.
Berita Harian,12 Julai melaporkan dalam tempoh sepuluh tahun antara 1989 hingga 1998,
kadar jenayah membabitkan remaja lelaki meningkat sebanyak 35 peratus manakala 25
peratus bagi remaja wanita. Sepanjang 1998 sebanyak 6,338 kes baru direkodkan. Melalui
pendedahan seperti ini, ibu bapa, guru dan kerajaan membuka mata bagi mengatasi masalah
disiplin ini.
5.0 Kesimpulan
Masalah disiplin para pelajar hari ini tidak boleh dipandang rinfan kerana jika
masalah ini tidak dikawal ia akan menjadi parasit dan virus di dalam masyarakat. Keadaan ini
boleh mengundang kepada masalah lebih serius di masa hadapan seperti terrorism, mogok
dan sebagainya. Semua ahli masyarakat tidak boleh berpeluk tubuh atau menyalahkan pihak
lain kerana masing-masing mempunyai peranan masing-masing. Jika semua pihak
memainkan peranan masing-masing, gejala ini dapat dibenteras dan visi kerajaan untuk
mencapai Wawasan 2020 akan tercapai. Bak kata pepatah, “jika mahu melentur buluh
biarlah dari rebungnya”. Pembentukan emosi yang seimbang dalam diri remaja sangat
penting kerana inilah yang akan mempengaruhi tingkah laku serta pemikiran mereka di masa
hadapan.