Anda di halaman 1dari 3

Pendahuluan

Cadangan kertas kerja ini dikemukakan adalah bertujuan untuk memohon kebenaran daripada
Pusat Kokurikulum PACE UUM bagi melaksanakan program khidmat masyarakat yang
bertemakan pengucapan awam untuk melatih para pelajar lebih yakin berucap di khalayak
ramai agar selepas tamat alam persekolahan dapat menempuhi alam pekerjaan dan era
globalisasi dengan jayanya.

Selain itu, Pengucapan awam merupakan satu kemahiran komunikasi yang perlu dikuasai
oleh para pelajar agar dapat menempuhi selepas tamat persekolahan kerana berucap dengan
baik di hadapan khalayak umum bukanlah satu warisan yang boleh diwarisi melalui baka dan
keturunan. Ianya adalah satu kemahiran yang boleh diperoleh melalui kesungguhan latihan
dan pengalaman.

Program sebegini diadakan adalah untuk melatih kemahiran menyampaikan idea secara jelas,
berkesan dan penuh keyakinan mahupun dari segi pertuturan secara lisan dan bertulis yang
merupakan salah satu kemahiran komunikasi yang wajib dikuasai oleh pelajar yang ingin
menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan ketika temuduga kerja.

Justeru itu, pengucapan awam yang baik mampu memindahkan idea dan emosi secara
berkesan daripada pengucap kepada umum. Oleh itu, Pelajar yang mempunyai kemahiran,
kebolehan dan keupayaan mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku khalayak umum
terhadap apa yang ingin disampaikan akan membantu kejayaan mereka di dalam
pembentangan, temuduga, kerjaya dan pertandingan. Menurut Ainon (2003), seorang yang
berhujah bertujuan untuk mempengaruhi sikap, pemikiran dan tingkah laku individu –
individu yang mendengar ucapan.

Projek ini dilaksanakan adalah bagi melengkapkan keperluan kursus Kokurikulum Khidmat
Masyarakat bagi pelajar semester OKT sesi 2019/2020

rujukan : Ainon Mohammad (2003). Komunikasi Berkesan; Penerbit Fajar Bakti, Kuala
Lumpur.

1
PENUTUP

Adalah diharapkan dengan adanya program seperti ini dapat memantapkan lagi keberkesanan
dalam pengucapan awam yang terletak kepada tiga perkara asas iaitu diri pengucap, bahan
yang ingin diucapkan dan teknik pengucapan. Oleh itu, idea atau buah fikiran yang paling
sekalipun tidak mungkin akan diterima dan berkesan kepada pendengar sekiranya idea dan
buah fikiran itu tidak disampaikan dengan berkesan serta dipraktikan.

Justeru itu, berharap program ini mendapat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung. Semoga segala objektif yang digariskan dan
perancangan yang diatur akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Akhir sekali, kerjasama
dan komitmen setiap ahli dan guru – guru adalah disanjung tinggi dan semoga segala perkara
yang direncanakan serta idea akan dapat memberi kebaikan kepada semua.

Disediakan oleh,

.................................................

( Puan Angelina Anak Kerin )

Setiausaha Projek Bengkel

Komunikasi Berkesan SMK BAU,

‘Ucap Saja Bah’

Disemak oleh,

................................................

2
Disahkan oleh,
....................................................

Anda mungkin juga menyukai