Anda di halaman 1dari 2

Baru sehari Juita berangkat balik ke Manchester, saya

sudah terasa teramat amat untuk menyusul ke sana.


Malahan minda saya memang seolah telah berada di
sana. Namun ada beberapa hal yang tidak dapat
dielakkan untuk saya berada di sana ketika ini. 

Pertama cuti tahunan yang berbaki sedikit sahaja lagi.


Saya perlu menyimpan beberapa hari untuk tujuan
kecemasan atau yang memerlukan saya bercuti sehingga
akhir tahun. Kedua, kerana adanya cinta hati saya,
Ammar yang sentiasa menggamit saya untuk pulang
sesegera mungkin dari pejabat setiap hari. Ammar
menyebabkan saya sentiasa teruja setiap hari. Setiap hari
adalah hari yang ditunggu tunggu. Jadi, saya terpaksalah
bersabar dan menunggu saat yang sesuai untuk bercuti.

Hari ini saya ingin kongsikan cara menyediakan Butter


Chicken yang sangat mudah tetapi rasanya sangat
meletup. Mudah kerana hanya perlu menggaulkan ayam
di dalam Tepung Goreng Berempah. Hanya perlu ikut
aturan yang ditulis di pek pembungkus. Salutan tepung
lebih kemas dengan teknik celupan basah dan kering. Tak
perlu menggunakan telur untuk mencelup ayam. Itulah
yang dikatakan sangat mudah dan ringkas.

Jika dimakan di restoran atau hotel hotel, memang sangat


mahal harganya. Jika dimakan di gerai, jarang yang sedap
walaupun harga lebih murah. Sebenarnya nak
menyediakan Butter Chicken yang sentiasa menjadi
kegemaran anak anak ini, tidaklah susah tetapi proses
menyediakannya yang agak remeh. 

Penggunaan cili padi terpulanglah pada kesukaan masing


masing. Jika suka pedas, boleh dilebihkan. Tapi jika guna
cili padi kampung, kenalah kurangkan. Takut anak anak
tak tahan pulak. 

Anda mungkin juga menyukai