Anda di halaman 1dari 78

BAB 2 – PENGURUSAN SUKAN

BAB 2 – PENGURUSAN SUKAN


2.1 – Fungsi Pengurusan
2.2 – Peranan dan Kemahiran Pengurus
Sukan
2.3 – Pengurusan Prasarana dan alatan
Sukan
2.4 – Inventori
2.5 – Sistem Pertandingan
2.6 – Pengurusan Pertandingan Sukan
2.1 – FUNGSI
PENGURUSAN SUKAN

SAINS SUKAN TINGKATAN 6 ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )


Objektif Pembelajaran
Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-
a) Mentakrifkan pengurusan sukan.
b) Memerihalkan fungsi pengurusan:
perancangan, pengorganisasian,
pengambilan staf, pengarahan,
penyelarasan, pelaporan, pengawalan dan
bajet;
c) Memerihalkan organisasi sukan sekolah
dan bidang tugas personel yang terlibat.
2.1 – FUNGSI PENGURUSAN
Mohd Saleh Aman, 2005
Pengurusan merupakan,
• Proses bekerja bersama orang lain dengan
menggunakan sumber optimum dalam
persekitaran yang sentiasa berubah. Secara
operasinya, pengurusan bermaksud “mencari
cara atau menyelesaikan kerja”
Menurut William, Charlie dan Warren (1972)
• Pengurusan ialah proses menggunapakai
peralatan dan sumber manusia untuk mencapai
sesuatu objektif yang ditentukan.
EMPAT FUNGSI PENGURUSAN

• Perancangan
• Pengorganisasian
• Kepimpinan
• Pengawalan
1. PERANCANGAN
• Melibatkan prosas menetapkan matlamat, mengenal
pasti strategi dan membina perancangan untuk
menyelaraskan aktiviti.
• Memberikan hala tuju organisasi.
• Menyelaras dan mengorganisasi semua sumber
yang perlu digunakan.
• Membantu bagi memfokuskan segala usaha dalam
organisasi.
• Membantu pengurusan dalam pembuatan
keputusan.
• Mengawal dan menilai prestasi organisasi.
2. PENGORGANISASIAN
• Proses penyusunan dan pengagihan sumber
manusia dan sumber lain untuk melaksanakan
tugas agar dapat mencapai matlamat yang telah
ditetapkan dengan cekap dan berkesan.
Pengorganisasian akan dapat :-
a) Menjelaskan tugas – tugas setiap individu
dalam organisasi.
b) Mengenal pasti siapa yang bertanggung jawab
terhadap sesuatu tugas.
c) Membentuk saluran komunikasi yang formal.
• Contoh :- Carta Organisasi
3. KEPIMPINAN
• Merupakan satu proses dimana seorang pemimpin
cuba mempengaruhi pekerjanya dengan cara
berkomunikasi, memberikan motivasi dan
menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan tingkah
laku perkerja untuk menyelesaikan sesuatu tugas.
• Kejayaan seseorang pemimpin bergantung kepada
bagaimana dia boleh menyelesaikan sesuatu
tugasan dengan baik tanpa mendatangkan konflik
dikalangan pekerja – pekerjanya.
• Kegagalan pekerja merupakan juga kegagalan
pemimpin juga.
4. PENGAWALAN
• Matlamat organisasi melibatkan proses pemantauan
prestasi dan aktiviti, menilai pencapaian,
membandingkannya dengan tahap standard dan
mengambil tindakan jika perlu.
• Kawalan boleh wujud dalam dua situasi:-
Kawalan dalaman – wujud dari dalam individu
tersebut bagaimana beliau mengawal dan
menentukan prestasi diri sendiri.
Kawalan luaran – wujud apabila seseorang
memberikan tekanan kepada prestasi dan
tugasan seseorang.
Menurut Mull et all (1997) Sukan ditakrifkan
sebagai aktiviti yang dimainkan secara
koperatif @ kompetitif dalam bentuk
permainan.

“Koperatif dan kompetitif” merujuk kepada


gaya dan tindakan dalam sukan. Ia juga
merupakan tingkah laku asas manusia yang
biasanya timbul semasa berinteraksi
KETEGORI SUKAN
• Dasar Sukan Negara Malaysia (1998)
mengketegorikan sukan kepada 4 kategori :-

SUKAN UNTUK SEMUA


1. Sukan dengan pendidikan
2. Sukan Rekreasi
SUKAN PRESTASI TINGGI
1. Sukan Amatur
2. Sukan Profesional
SUKAN DENGAN PENDIDIKAN
• Sukan yang menitik beratkan pengajaran
kemahiran, strategi dan pengetahuan tantang sukan
untuk mendidik para pelajar melalui kursus-kursus
akademik.
• Sukan ini dijalankan di sekolah-sekolah
kerajaan,swasta, kolej dan universiti.
SUKAN REKREASI
Aktiviti sukan yang diprogramkan untuk
menggalakkan penyertaan dan mendatangkan rasa
gembira dikalangan peserta.

Sukan rekreasi terbahagi kepada 5 jenis :-


1. Sukan instruksional – permainan kecil berstruktur
2. Sukan informal – permainan kanak-kanak, kampung
3. Sukan intramural – sukan bukan pertandingan,
contoh perlawanan persahabatan antara sekolah.
4. Sukan extramural – sukan intramural yang
dipertandingkan secara suka-suka dan pengiktirafan.
5. Sukan di peringkat kelab – permainan antara kelab
bertujuan untuk mengeratkan silaturahim.
SUKAN AMATUR
• Membimbing individu dalam sukan ke arah
kejayaan dan kecemerlangan
• Sukan amatur mendapat sokongan daripada
kerajaan dan memperolehi sumber kewangan
melalui agensi sukan kerajaan.
• Contoh:-
 MABA – Malaysian Amateur Basketball Association
 KOAM – Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia.
SUKAN PROFESIONAL
• Acara sukan komersial
yang memberikan
penekanan kepada unsur
hiburan dan menyediakan
ganjaran kewangan
kepada perserta yang
tinggi kemahirannya.
• Contoh:- Pemain dalam Liga
Inggeris, Sepanyol dsb.
DEFINISI PENGURUSAN SUKAN
Pengurusan sukan wujud dalam dua bentuk :-

i. Pengurusan sukan adalah satu bidang usaha


profesional di mana wujud pelbagai karier pengurusan
yang berkaitan dengan sukan

ii. Pengurusan sukan merupakan satu program


persediaan akademik, profesional yang ditawarkan di
institusi pengajian tinggi sebagai satu bidang yang
wajib.

Pengurusan sebagai proses merancang, mengelola,


mengarah dan mengawal aktiviti manusia dengan
campuran sumber lain dalam organisasi untuk mencapai
matlamat yang ditetapkan.
KELLY, BLANTON DAN BERTEL (1990)
• Mendefinisikan pengurusan sukan sebagai sebarang
gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan
perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan,
pengurusan budget, kepimpinan dan penilaian dalam
konteks sesebuah organisasi atau jabatan di mana
produk atau perkhidmatan berkaitan dengan sukan.

WILLIAM, CHARLIE DAN WARREN (1972)


• Pengurusan sukan adalah satu proses menggunapakai
peralatan dan sumber manusia untuk mencapai sesuatu
objektif yang ditentukan.
MOHD. SALLEH AMAN, (2005)
• Pengurusan Sukan sebagai satu proses mencari
cara menentukan tanggungjawab dan
mengendalikan sumber fizikal dan manusia dengan
merancang dan mengawal perjalanan sukan bagi
mencapai objektif organisasi.

MOHD. KHAIRI DAN BORHANUDDIN, (2005)

• Mendefinisikan pengurusan sukan sebagai satu


proses menyeluruh yang bertujuan
menstrukturkan segala aktiviti yang dikehendaki
oleh sesuatu badan sukan.
PERANCANGAN
PENILAIAN PENGELOLAAN

PENGURUSAN
PENGARAHAN
KEPIMPINAN SUKAN

PENGAWALAN
PENYEDIAAN BELANJAWAN
• Masa yang • Masa yang
diperuntukkan diperuntukkan
– Jadual latihan, pra – Masa latihan,
pertandingan dan prapertandingan dan
pertandingan pertandingan

• Bilangan peserta • Bilangan peserta


– Jenis pertandingan
• Belanjawan yang diberi
• Belanjawan yang diberi
– Menetapkan tempat
– Menyenarai pegawai
latihan, pra pertandingan
dan keperluan atlit atau • Kemudahan tersedia
badan sukan. – Kemudahan alatan yang
tersedia
• Maklumat perancangan • Maklumat komponen lain
dan bentuk latihan atau dalam pengurusan
pertandingan sukan
– Mengarahkan komponen – Mengawal selia bidang tugas
kemahiran yang lain komponen kemahiran
menjalankan tugas pengurusan yang lain
mereka – Bersedia memberi bantu
• Pemantauan dan mula dan bantuan terapi
pemerhatian ke atas kepada atlit yang mengalami
kecederaan semasa latihan
perjalanan komponen
atau pertandingan dengan
kemahiran yang lain menyediakan fisioterapi dan
pegawai perubatan
• Kertas kerja program yang dirancangkan
– Meneliti kertas kerja
– Mendapatkan belanjawan daripada sektor/bahagian
tertentu seperti KBS
– Mendapat tajaan daripada badan-badan korporat dan
individu.
– Merangka dan menjangkakan perbelanjaan –
perbelanjaan yang bakal timbul dan mencari sumber
untuk pembiayaan perbelanjaan tersebut.
• Maklumat daripada • Maklumat daripada semua
komponen perancangan komponen kemahiran yang lain
– Menilai :
dan pengelolaan • Perancangan
– Merangka rancangan • Kemajuan atlet
latihan • Interpretasi
– Mengaplikasi prinsip- • Kemudahan
prinsip dan kaedah latihan perubatan/fisioterapi/bantu mula
– Menetapkan ujian dan • Kemampuan kepimpinan
jurulatih,pengurus pasukan dan
mendapatkan skor pakar pemakanan mengurus
– Mengurus persediaan dan atlet
kebajikan peserta/atlit • Sama ada kesemua komponen
kemahiran bergerak di landasan
– Pemakanan atlit yang betul dan mencapai
objektif yang telah ditetapkan
pada setiap yang dirancang.
2.2 – PERANAN DAN
KEMAHIRAN
PENGURUSAN SUKAN

SAINS SUKAN TINGKATAN 6 ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )


Objektif Pembelajaran
Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-
a) Memerihalkan kemahiran pengurus, seperti komunikasi
(lisan dan bukan lisan), teknikal (bajet, program,
pertandingan, dan latihan), dan konseptual (idea, visi,
dan misi).
b) Menyatakan peranan utama pengurus dalam organisasi
sukan: pengantara antara pasukan dengan pihak
pengurusan, wakil pihak pengurusan dalam mesyuarat
pengurus, pengurus bajet dan penajaan pasukan,
penjaga kebajikan pasukan, penyampai maklumat,
penyelesai masalah, pembuat keputusan, pengurus
prasarana latihan dan pertandingan, dan pelapor.
2.2 – PERANAN DAN KEMAHIRAN
PENGURUS SUKAN
PERANAN PENGURUS
• Menguruskan kakitangan (Interpersonal)
• Menyampaikan maklumat (Informational)
• Membuat keputusan (Decisional)
PENGURUSAN YANG BERJAYA
• Diukur daripada operasi pengurusan yang produktif.
• Boleh dibuktikan dengan pencapaian yang positif
serta memberikan perubahan positif kepada
organisasi yang dipimpin.
KECEKAPAN DAN KEBERKESANAN

• Kecekapan adalah usaha memperoleh sejumlah hasil


yang maksimum daripada penggunaan sumber paling
minimum.
– (Melakukan kerja dengan betul / Doing things right)

• Keberkesanan pula ialah kejayaan pengurus


menyelesaikan kerja dan mencapai objektif organisasi.
– ( Melakukan kerja yang sepatutnya/ Doing the right
things)
KEMAHIRAN DALAM PENGURUSAN
SUKAN
a) KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI
• Mempunyai kemahiran untuk menghantar dan
menerima maklumat secara verbal dan bukan
verbal serta bagaimana seseorang pengurus
dapat mempengaruhi kakitangan.
KEMAHIRAN DALAM PENGURUSAN
SUKAN
b) KEMAHIRAN TEKNIKAL
– Menyediakan belanjawan.
– Merancang jadual pertandingan.
– Merancang dan menyelia latihan.
– Mengurus pejabat.
– Menilai program dan aspek keselamatan.
c) KEMAHIRAN KONSEPTUAL
• Berkeupayaan berfikir secara abstrak, memupuk idea
dan memahami organisasi secara keseluruhan.
• Berupaya untuk memandang sesuatu itu sebelum
perkara itu bakal berlaku.
TANGGUNGJAWAB DALAM
PENGURUSAN SUKAN
a) PERANCANGAN
 Berkemampuan memandang ke
hadapan, mempunyai pemikiran logik dan
berkeupayaan dengan baik.
b) PENGENDALIAN
 Pembahagian bidang kuasa, tugas dan
penyediaan struktur.
c) KAKITANGAN
 Pengambilan pekerja mengikut
keperluan.
TANGGUNGJAWAB DALAM
PENGURUSAN SUKAN
d) PENGARAHAN
 Bimbingan yang disediakan dan proses membuat
keputusan
e) KOORDINASI
 Jalinan perhubungan antara kakitangan dalam
penyelesaian masalah.
f) PELAPORAN
 Proses menyediakan dan melaporkan kepada orang
yang bertanggungjawab.
g) BELANJAWAN
 Pengawalan sumber kewangan dalam aktiviti
organisasi.
KONSEP UTAMA PENGURUSAN
SUKAN
A. AUTORITI
 Sesuatu yang diberi kepada seseorang untuk bertindak
B. KUASA
 Keupayaan untuk mengarah dan mengawal
C. KARISMA
 Keupayaan untuk merancang dan melakukan sesuatu di luar
kemampuan
D. PENURUNAN KUASA (DELEGATION)
 Memberi autoriti kepada orang lain
E. TANGGUNGJAWAB
 Kesanggupan untuk menjalankan tugas
F. AKAUNTABILITI
 Akauntabiliti untuk melakukan tugas dengan jayanya.
GAYA DALAM PENGURUSAN SUKAN
DEMOKRATIK
• Gaya kepimpinan yang melibatkan penglibatan semua
ahli.
• Proses pembuatan keputusan akan melibatkan semua.
AUTOKRATIK
• Pengurus membuat keputusan dan bertindak atas
keputusan yang telah dibuat secara berseorangan.
• Pengikut biasanya tidak diberi peluang untuk bersuara.
LAISSEZ-FAIRE
• Gaya kepimpinan bebas, organisasi berjalan dengan
sendirinya kerana pengikut diberi kuasa autoriti untuk
membuat keputusan mengikut bidang masing-masing.
GAYA DALAM PENGURUSAN SUKAN
TERTUTUP (CLOSE)
• Gaya kepimpinan sukar memberikan kepercayaan
kepada ahli untuk melaksanakan tugas – tugas tertentu.
• Proses pembuatan keputusan hanya oleh ketua.
• Pemimpin sentiasa memeriksa keadaan ahli.
PERMISIF
• Pengurus membuat keputusan untuk menjaga ahli
dengan keutamaan.
• Hasil kerja biasanya kurang pasti dan rendah kualiti.
UMUM ( GENERAL )
• Gaya kepimpinan yang mementingkan hubungan
kemanusiaan.
• Gaya kepimpinan cara matang.
STRUKTUR DAN CARTA ORGANISASI
SUKAN
 Struktur Formal
• Ahli jawatankuasa yang telah ditetapkan dalam
mesyuarat
 Struktur Tidak Formal
• Ahli-ahli sedia membantu di dalam melaksanakan
sesuatu tugasan.
 Menunjukkan sumber kuasa organisasi
• Siapa yang bertanggung jawab dan kepada siapa dia
harus melaporkan situasi.
 Carta Organisasi Sukan Sekolah ( contoh )
CONTOH ORGANISASI SUKAN SEKOLAH

Pengetua

GPK Kokurikum

Setiausaha
Sukan

Guru Guru
Penasihat Guru Penasihat Penasihat
2.3 – PENGURUSAN
PRASARANA DAN
PERALATAN SUKAN

SAINS SUKAN TINGKATAN 6 ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )


Objektif Pembelajaran
Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-
a) Menjelaskan penyelenggaraan berkala dan
penyelenggaraan tidak berkala prasarana;
b) Menjelaskan aktiviti penyelenggaraan
prasarana di padang, stor, gelanggang, dan
tiang gol;
c) Menjelaskan kaedah penyelenggaraan
peralatan seperti pembersihan,
pencegahan, dan baik pulih.
2.3 – PENGURUSAN PRASARANA
DAN PERALATAN SUKAN
1. PENGURUSAN PRASARANA
• Penempatan dan penyimpanan peralatan sukan perlu
perhatian yang serius.
• Mengelakkan kemalangan berlaku serta menjimatkan
penggunaan ruang yang optimum.
• Bilik-bilik mandi perlu, almari, pejabat dan
sebagainya.
2. PERALATAN – PEMBELIAN DAN
PENGENDALIAN
• Tanggungjawab pentadbir sukan untuk menyediakan
peralatan sukan yang diperlukan dan mencukupi.
3. PENYIMPANAN
• Bilik yang sesuai untuk menyimpan peralatan sukan
agar jangka hayat peralatan itu panjang.
• Digalakkan pembinaan rak-rak yang sesuai.
4. PENJAGAAN
• Diletakkan di tempat yang sesuai dan selamat.
• Selamat kepada pengguna dan orang ramai termasuk
atlet yang menggunakannya.
5. PEMBAIKPULIHAN
• Kenalpasti keperluan, kemudahan dan peralatan
sebenar yang masih boleh digunakan.
• Membentuk kerjasama dari persatuan sukan atau
mendapat sokongan dari sektor korperat untuk
membeli peralatan sukan yang diperlukan.
6. KEKEMASAN REKOD
• Peralatan yang digunakan harus direkod dengan baik
dan teratur.
• Rekod Pembelian, Rekod Penggunaan, Rekod Hapus
Kira, Rekod Penyelenggaraan dan sebagainya.
7. PEMILIHAN PEMAIN MELALUI UJI BAKAT
• Dilaksanakan untuk mendapatkan bakat-bakat baharu
dalam sukan yang diurus.
• Dilaksanakan untuk penentuan psikobiologikal.
8. JADUAL LATIHAN
• Penjadualan latihan perlu direkodkan dan dipaparkan
kepada atlet dan orang ramai.
• Mengelakkan berlaku perebutan masa dan tempat
latihan.
9. PENYEDIAAN LATIHAN
• Sesuai dengan kebolehan dan keperluan atlet.
• Tempat latihan yang selamat dan selesa.
10.PEMILIHAN STAF
• Memilih kakitangan yang bersesuaian dengan tugas dan
kepakaran yang diperlukan.
• Latarbelakang calon dalam pengurusan sukan akan
diambil kira.
11.PENGHARGAAN ATAU KEBAJIKAN
• Setiap kakitangan dinilai pencapaian dan prestasi
kerja.
• Pekerja yang tidak baik, boleh menerima teguran dan
bimbingan manakala pekerja yang terbaik bolehlah
dipertimbangkan untuk anugerah dan pangkat.
2.4 – INVENTORI

SAINS SUKAN TINGKATAN 6 ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )


Objektif Pembelajaran

Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-


a) Mentakrifkan inventori;
b) Memerihalkan kepentingan inventori dalam
pengurusan stor sukan.
2.4 - INVENTORI
DEFINISI
• Inventori merupakan item untuk membolehkan mana –
mana pengurusan atau pentadbiran itu tidak terjejas
operasinya.
• Kepentingan dan faedah pengurusan inventori:-
– Menjimatkan kos operasi persatuan
– Memastikan operasi persatuan seperti latihan berjalan secara
berterusan dan optimum.
– Memenuhi keperluan organisasi apabila diperlukan
– Mengurangkan risiko kerosakan peralatan jika pengurusan
inventori dibuat secara sistematik.
2.4 - INVENTORI
1. INVENTORI PERALATAN
– Berupa peralatan yang disimpan untuk kegunaan operasi
organisasi.
– Terdapat 2 jenis inventori – Inventori operasi sukan dan
inventori habis guna.
– Inventori sukan adalah seperti peralatan, kelengkapan stadium
dan sebagainya.
– Inventori habis guna adalah seperti pemakanan tambahan,
vitamin, peralatan kecemasan dan sebagainya.
2. INVENTORI MANUSIA
– Individu dalam organisasi yang membantu perjalanan
organisasi.
– Contoh adalah seperti kakitangan pengurusan, Atlet dan
sebagainya.
2.5 – SISTEM
PERTANDINGAN

SAINS SUKAN TINGKATAN 6 ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )


Objektif Pembelajaran
Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-
a) Menjelaskan sistem pertandingan seperti
kejohanan, liga satu hingga liga empat
kumpulan, kalah mati sekali dan kalah mati
dua kali, dan cabar mencabar;
b) Membandingkan sistem liga dengan kalah
mati;
c) Menyediakan satu jadual pertandingan
mengikut sistem liga satu hingga liga empat
kumpulan dan kalah mati sekali dan kalah
mati dua kali.
2.5 – SISTEM PERTANDINGAN
Sistem pertandingan merupakan bentuk atau
struktur sesuatu pertandingan itu dilaksanakan.
• PERTANDINGAN BERBENTUK KEJOHANAN
–Kejohanan berkelompok yang boleh menentukan
kedudukan juara secara keseluruhan.
–Terdapat 2 kaedah perlaksanaan
1. Kaedah Temasya – kelompok sukan dipertandingkan.
Contoh, Sukan Olimpik, Sukan SEA dan sebagainya.
2. Kaedah Berlapis – mengikut kategori umur.
Contohnya MSSM, Lelaki B18, Perempuan B15 dsb.
1 – SISTEM LIGA
Sistem Liga merupakan satu sistem pertandingan yang
mengumpulkan beberapa pasukan untuk bertandingan
dalam beberapa kumpulan.
1. LIGA SATU KUMPULAN – Semua pasukan berada dalam
1 kumpulan sahaja dan akan menemui semua pasukan
dalam kumpulan tersebut.
2. LIGA DUA KUMPULAN – Dua kumpulan, 2 pasukan
terbaik akan berada dalam kumpulan yang berlainan.
3. LIGA TIGA KUMPULAN – 2 pasukan dalam setiap
kumpulan akan bersaing dalam pusingan seterusnya.
4. LIGA EMPAT KUMPULAN – 2 pasukan setiap kumpulan
akan bersaing dalam suku akhir sistem kalah mati.
1 – SISTEM LIGA
Pengiraan untuk menentukan bilangan perlawanan dalam
suatu liga atau kumpulan liga adalah :-
Bilangan Perlawanan = N ( N – 1 )
2
Dimana N = bilangan pasukan.

• KELEBIHAN SISTEM LIGA


– Pasukan pilihan diletakkan dalam kumpulan berbeza dan
hanya akan bertemu di peringkat akhir.
– Pasukan lawan sudah ditentukan.
– Pasukan boleh merancang strategi pasukan masing – masing.
• KELEMAHAN SISTEM LIGA
– Bilangan perlawanan yang banyak
– Memerlukan masa, gelanggang dan petugas yang banyak.
– Kos yang tinggi untuk menganjurkan kejohanan.
2 – SISTEM KALAH MATI
• Merupakan sistem perlawanan tertua dan paling
lama dipraktikkan.
• Sistem ini dijalankan secara pertandingan
berterusan sehingga juara dapat dikenalpasti.
• Terdapat 2 kaedah dalam sistem ini:-
– Sistem Kalah Mati Sekali ( Knock-out System )
– Sistem Kalah Mati Dua Kali ( Double Knock-out System )
• Menggunakan lingkungan ( bracket ) dalam kiraan
2, 4, 8, 16, 32, 64 dan seterusnya.
• Jika bilangan pasukan yang bertanding tidak
menyamaai bilangan bracket, teknik bye
diperkenalkan untuk mengimbangkan keadaan.
( Knock-out System )
32 Pasukan = 31 perlawanan
( Knock-out System )
64 Pasukan = 63 perlawanan
( Double Knock-out System )
16 Pasukan = 31 atau 32 perlawanan
( Double Knock-out System )
12 Pasukan = 23 atau 24 perlawanan
( Triple Knock-out System )
8 Pasukan = 20 hingga 22 perlawanan
3 – SISTEM CABAR MENCABAR
• Sistem ini merupakan satu sistem dimana
peserta boleh mencabar pemain yang berada di
kedudukan atas dan mengekalkan kedudukan itu
sehingga tamat kejohanan.
• Peserta yang menduduki tempat pertama akan
diistiharkan johan, kedua dan seterusnya.
• Tiga format pertandingan dalam sistem ini :-
– Sistem Tangga
– Sistem Piramid
– Sistem Corong
SISTEM CABAR MENCABAR ( Sistem Tangga )
Terdapat 3 kaedah Firdaus
1. Sistem Satu Tangga Harry
• Peserta hanya boleh mencabar peserta Abdul Halim
yang berada 1 tingkat sahaja.
Chin
2. Sistem Dua Tangga
Betty
• Peserta boleh mencabar peserta yang
berada sehingga 2 tingkat daripadanya. Abdul Aziz

3. Sistem Tiga Tangga Imelda

• Peserta boleh mencabar peserta yang Siva


berada sehingga 3 tingkat daripadanya. Susanna
2.6 – PENGURUSAN
PERTANDINGAN
SUKAN

SAINS SUKAN TINGKATAN 6 ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )


Objektif Pembelajaran
Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-
a) Memerihalkan prosedur pertandingan sukan;
b) Menyatakan fungsi setiap ahli jawatankuasa
dalam menganjurkan sesuatu pertandingan
sukan;
c) Menjelaskan faktor seperti kewangan,
penyertaan, kalendar pertandingan, jangka masa
pertandingan, prasarana, personel, dan
keselamatan dalam menganjurkan sesuatu
pertandingan sukan;
d) Merancang dan melaksanakan satu pertandingan
sukan. ( Latihan Amali 1, STPM )
2.6 – PENGURUSAN PERTANDINGAN
SUKAN.
Prosedur perlaksanaan sesuatu Kejohanan Sukan.
1) Menyediakan Kertas Kerja
2) Penubuhan Jawatankuasa Induk, Kerja dan Pengelola
3) Mengadakan mesyuarat-mesyuarat:-
a. Jawatankuasa Pengelola
b. Petugas-petugas Kejohanan
c. Jawatan kuasa Teknikal Kejohanan
4) Surat-menyurat
5) Melaksanakan Pertandingan
6) Mengadakan mesyuarat ‘Post-Mortem’
BEBERAPA PERKARA PERLU DIBINCANGKAN
DALAM SESUATU KERTAS KERJA YANG
BERKAITAN DENGAN AKTIVITI KOKURIKULUM

• Pendahuluan • Bayaran
• Objektif • Syarat-syarat
• Tema penyertaan
• Tarikh dan tempoh • Jawatankuasa Kerja
pelaksanaan • Jawatankuasa Kecil
• Tempat Pelaksanaan
• Dif perasmian • Perbelanjaan
• Bilangan penyertaan • Pendapatan
dan kategori • Penutup
TUGAS DAN PERANAN SETIAP JAWATANKUASA
PENGELOLA
JAWATAN TUGAS
Mempengerusikan semua mesyuarat dan tanggungjawab
terhadap kesempurnaan pengendalian mesyuarat.
Menyelaraskan dan menguruskan semua perkara yang
PENGERUSI berkaitan dengan aktiviti, peserta dan jawatankuasa yang
terlibat.
Memastikan segala keputusan mesyuarat diambil tindakan
sewajarnya.
PENOLONG Membantu pengerusi untuk menjalankan tugas dan
PENGERUSI tanggungjawab yang diberikan.
Menguruskan perihal surat menyurat.
Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat dan laporan.
SETIAUSAHA Memaklumkan keputusan AJK Pelaksana kepada AJK Kecil.
Memaklumkan segala keperluan AJK Kecil kepada AJK
Pelaksana.
Menyelaraskan semua hal berkaitan kewangan kejohanan.
BENDAHARI
Menyediakan penyata kewangan.
TUGAS DAN PERANAN SETIAP JAWATANKUASA
PENGELOLA
JAWATAN TUGAS
Menyediakan jadual perlawanan
Memberi taklimat kepada pengurus sukan.
AJK PERTANDINGAN
Mengedarkan borang pertandingan.
Menyelaraskan peserta pertandingan.
Menguruskan dan menyediakan semua alatan
pertandingan.
Memastikan alatan, gelanggang, dan padang untuk
pertandingan mengikut spesifikasi standard.
AJK TEKNIKAL
Menyediakan dan mengedarkan alatan yang diperlukan
dalam pertandingan.
Menyediakan boring-borang pertandingan.
Memberi taklimat kepada pembantu-pembantu teknikal.
Menyediakan Jadual Pengadil untuk setiap perlawanan.
AJK KEPENGADILAN Mamastikan pengadil sedia ada untuk perlawanan.
Membuat taklimat Kepengadilan.
AJK PROTOKOL & Menyelaraskan aspek protokol perasmian pembukaan dan
UNDANGAN penutupan
TUGAS DAN PERANAN SETIAP JAWATANKUASA
PENGELOLA
JAWATAN TUGAS
Merangka pelan tindakan keselamatan untuk peserta, penonton,
AJK KESELAMATAN kawasan pertandingan dan lalu lintas.
Membuat pemantauan di tempat pertandingan.
Menyediakan pegawai-pegawai perubatan sepanjang kejohanan.
Mendapatkan kerjasama ahli PBSM atau ahli ST. John Ambulance
AJK KECEMASAN
dan bertugas sepanjang kejohanan.
Menyediakan kenderaan kecemasan.
Menyenaraikan jumlah hadiah atau sijil acara dan jumlah
pemenang atau peserta.
Memastikan hadiah dan sijil mencukupi.
AJK HADIAH Menyelaraskan majlis penyampaian hadiah dengan juruacara
majlis.
Memberikan taklimat kepada penerimaan hadiah sebelum
upacara dijalankan.
Menguruskan makanan, minuman pegawai, peseta dan para
AJK MINUMAN & undangan sepanjang kejohanan.
MAKANAN Menguruskan jamuan majlis pembukaan dan penutupan bagi
peserta, para undangan dan AJK.
MENGENDALIKAN SEMUA SURAT –
MENYURAT
• Surat Siaran/ Surat Tawaran
• Surat kebenaran ibu-bapa
• Permit pihak tertentu seperti polis
(perkhemahan, pengembaraan)
• Jabatan Pengangkutan Jalan, Persuruhjaya
Daerah, Pengawai Penjaga (OC), Pengerusi
Daerah dan sebagainya.
• Kebenaran Ibu Bapa.
• Peraturan Keselamatan
ANGGARAN PEMBELANJAAN
1. Jenis aktiviti dan pertandingan.
2. Bilangan hadiah dan pemenang.
3. Kos bagi setiap hadiah.
4. Makan minum pegawai, dif, peserta dan
sebagainya.
5. Kos tambang.
6. Sewa tapak dan penginapan (jika
berkhemah, melawat).
7. Cenderahati
8. Kain rentang, poster dan sebagainya
9. Sewa khemah dan sebagainya.
10. Bayaran pengadil
PERATURAN DAN LANGKAH KESELAMATAN

• Apabila menganjurkan sesuatu pertandingan


di sekolah, pihak penganjur perlu mengambil
kira peraturan dan langkah-langkah
keselamatan.
• Ia dibahagikan kepada 3 bahagian
1) Peserta
2) Penonton
3) Jurulatih dan Pegawai Sukan
PESERTA PERLU:
• Mematuhi semua peraturan dan undang-undang
permainan.
• Menghormati keputusan pengadil.
• Mematuhi arahan jurulatih.
• Menjaga disiplin dan maruah diri semasa
perlawanan.
• Menjaga imej dan nama baik keluarga dan
sekolah.
• Menghormati pasukan lawan.
AMALI 1 – PENGURUSAN
PERTANDINGAN SUKAN
• Bilangan Waktu Amali = 10 Waktu
1. Menentukan satu kejohanan sukan.
2. Membentuk AJK pelaksana dan
mengadakan mesyuarat.
3. Menentukan belanjawan
kejohanan dan mencari sumber.
4. Menulis laporan untuk bahan bukti
STPM perlaksanaan
2014 1. Latihan Amali, Sains Sukan ( 966 / 4 )
SEKIAN DAN SELAMAT MAJU JAYA

BAB 2 – PENGURUSAN SUKAN

Anda mungkin juga menyukai