Anda di halaman 1dari 2

Saudagar Kinta

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Barisan Hakim dan para penonton. Tajuk cerita saya
ialah Saudagar Kinta.

Tersebutlah kisah seorang saudagar tembikar. Namanya Saudagar Kinta. Saudagar Kinta
tinggal di negeri Tanjung Lindung.

Pada suatu hari, Saudagar Kinta pergi berniaga ke negeri Bertam. Dalam
perjalanannya, wang Saudagar Kinta telah tercicir. Wang itu dibungkus di dalam sapu tangan.
Ada 12 keping wang emas di dalam sapu tangan itu.

Saudagar kinta sangat susah hati. Lalu, dia berjanji akan memberikan hadiah dua
keeping wang emas kepada sesiapa yang berjaya menjumpai wangnya.

Di Kampung Kuala Liut di dalam negeri Tanjung Lindung tinggal dua orang adik-
beradik. Buyong berusia 11 tahun manakala adiknya, Lamin berusia 9 tahun. Mereka anak
yatim piatu.

Pada setiap hari, Buyong dan Lamin akan mencari kayu api. Suatu hari, ketika mereka
sedang mencari kayu api, Lamin terpijak sesuatu. Lamin hampir terjatuh.

“Abang, Lamin terjumpa bungkusan sapu tangan.” Buyong mengambil bungkusan itu.
“ Mungkin inilah wang Saudagar Kinta yang tercicir itu,” kata Buyong.

Buyong dan Lamin segera memulangkan wang itu kepada Saudagar Kinta. Saudagar
Kinta sangat gembira apabila melihat sapu tangannya yang berisi wang itu. Saudagar Kinta
membuka ikatan sapu tangannya. Dia mengira wang tersebut.

“Terima kasih kerana memulangkan wang aku ini. Akan tetapi, wangnya sudah
berkurang. Sepatutnya ada 12 keping wang emas. Sekarang tinggal 10 keping sahaja. Tentu
kamu berdua telah mengambilnya. Jadi, aku tidak perlu beri hadiah lagi,” kata Saudagar
Kinta.

“Tidak, kami tidak ambil wang itu,” balas Buyong. Buyong dan Lamin tidak berpuas hati
dengan Saudagar Kinta. Mereka terus berjumpa dengan Ketua Kampung Kuala Liut. Ketua
Kampung Liut hanya tersenyum mendengar cerita mereka. Dia telah lama tahu tentang sikap
Saudagar Kinta yang kedekut itu.
Ketua Kampung Kuala Liut memanggil Saudagar Kinta. “Aku pasti mereka telah
mengambil dua keping wang emas aku. Sekarang, tinggal 10 keping sahaja,” kata Saudagar
Kinta.

“Tidak, kami tidak ambil wang itu,” balas Buyong dengan bersungguh-sungguh.
Ketua Kampung Kuala Liut berfikir sambil menganggukkan kepala.

“Jika begitu, wang di dalam sapu tangan ini bukanlah kepunyaan kamu. Kita akan
tunggu sehingga ada orang yang terjumpa sapu tangan yang berisi 12 keping wang emas
kamu itu,” kata Ketua Kampung Kuala Liut.

“Oleh sebab Buyong dan Lamin yang menjumpai sapu tangan ini, maka aku
serahkannya kepada mereka,” tambahnya lagi.

Alangkah gembiranya Buyong dan Lamin apabila mendengar keputusan Ketua


Kampung Kuala Liut itu. Saudagar Kinta pula berasa malu dan kesal.

Pengajaran yang saya dapat melalui cerita ini adalah kita haruslah berpegang kepada janji.
Mungkir janji membawa balasan yang buruk dari tuhan.

Anda mungkin juga menyukai