Anda di halaman 1dari 2

KATA GANTI NAMA TUNJUK

Digunakan untuk menyatakan sesuatu perkara atau benda-benda yang ditunjukkan.   Kata ganti nama
tunjuk yang biasa digunakan ialah;  
 ini
 itu

 begini

 begitu

 demikian

Perhatikan penggunaannya dalam contoh-contoh ayat di bawah.


 
KATA GANTI NAMA
PENGGUNAAN CONTOH AYAT
TUNJUK BAGI
BENDA  Berikan buku ini kepada Fatimah.
untuk menunjukkan
ini kedudukan yang dekat.
 Ini kereta baru abang saya.
 Buku yang berada di atas
untuk menunjukkan almari itu ialah buku saya.
itu
kedudukan yang jauh.
 Air sungai itu mengalir deras.
SIFAT  Beginilah caranya menyirat jala.
Menunjukkan sifat atau
BENDA/KEADAAN
cara membuat sesuatu
 Beginilah nasib diriku sejak
Begini dalam jarak yang dekat.
ketiadaan ibu dan bapa.
 Begitulah cerita yang sebenarnya.
Menunjukkan sifat atau
Begitu cara membuat sesuatu
 Bagaimana acuan,  begiitulah
dalam jarak yang jauh.
kuihnya.
 Demikianlah cerita yang pernah
saya dengar.
Menunjukkan cara sesuatu
Demikian
itu berlaku.
 Budak yang demikian tidak boleh
dimanjakan.

 Kata ganti nama tunjuk "ini" dan "itu" dapat berfungsi dalam dua bentuk iaitu:

1.  Subjek Ayat dan letaknya di depan kata nama.


     Contohnya:
                    Ini komputer.
                    Itu rumah Sally.
2.   Penentu dan letaknya di belakang kata nama.
     Contohnya:
                    Kotak ini berat.
                    Saya belajar di sekolah itu.
LATIHAN

1. Buku cerita di atas meja _________  kepunyaan adik.

2. Gunalah duit _______ untuk membeli buku latihan kamu.

3. Lelaki yang berkemeja biru _________ abang saya.

4. Pasu bunga ________ dibeli oleh ayah di Sarawak.

5. Suara burung merbuk __________ sangat merdu.

Jawapan

1. itu 2. ini  3. itu 4. ini 5. itu

Anda mungkin juga menyukai