Anda di halaman 1dari 2

Bismillah……

Assalamualikum……

Sekalung ucapan terima kasih buat Tuan Pengerusi Majlis, panel kehakiman , dif – dif
kehormat, guru – guru serta hadirin sekalian. Tampilnya saya pada hari ini untuk
menyampaikan pidato yang bertajuk “ Kokurikulum Membentuk Insan Cemerlang “

Sebelum pidato ini saya teruskan , elok sekiranya kita sama – sama memahami intipati
tajuk pidato ini. Kokurikulum membentuk insan cemerlang secara konseptual membawa
maksud aktiviti luar bilik darjah yang meliputi aktiviti kelab, sukan dan unit berunifom
berperanan penting dalam melahirkan individu yang cemerlang selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

HS

Persoalannya , Bagaimanakah aktiviti kokurikulum ini berperanan membentuk insan


yang cemerlang. Hari ini akan saya kemukakan 3 bukti yang menunjukkan kokurikulum
membentuk insan cemerlang.

Kokurikulum membentuk kecemerlangan kepemimpinan. Dalam aktiviti kokurikulum


itu sendiri telah menetapkan para pelajar akan memimpin pelajar. Senario ini akan
membenihkan asas kepemimpinan dalam kalangan pelajar. Aktiviti Kelab/ persatuan dan
unit berunifom telah berjaya menonjolkan bakat kepemimpinan. Di sini para guru
merupakan fasilitator yang akan melatih, membantu, membimbing dan membentuk para
pelajar memimpin organisasi mereka. Ahli jawatankuasa yang dibentuk itu merupakan
satu cabaran yang perlu dipikul dalam menggerakkan kelab atau persatuan yang mereka
terajui. Dr Hanafi Ismail dalam buku 7 cabaran menjadi pelajar cemerlang ada
menyatakan penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah
rendah dan menengah merupakan jalan penting dalam membentuk kepemimpinan yang
cemerlang. Contohnya kita lihat pemimpin negara hari ini ialah pemimpin pelajar pada
zaman persekolahan mereka.

Seterusnya kokurikulum membentuk kecemerlangan sahsiah. Tidak dapat kita nafikan


bahawa penglibatan dalam aktiviti kokurikulum akan menyemai sahsiah yang cemerlang.
Aktiviti – aktiviti yang dijalankan ini sudah pasti melahirkan para pelajar yang
mempunyai jati diri mantap, toleransi, dedikasi, amanah, kerjasama , menonjolkan
keperibadian yang mulia dan sebagainya . Dalam aktiviti kokurikulum itu sendiri
menyerapakan nilai – nilai tersebut dalam diri pelajar contohnya aktiviti perkhemahan
pengakap, permainan bola sepak dan aktiviti persatuan , nilai penting yang dapat dilihat
adalah kerjasama yang komited, bertoleransi dan saling memerlukan antara satu sama
lain dan sebagainya. Mantan Menteri Pelajaran, Datok Sri Hishamuddin Tun Hussin
pernah menyatakan bahawa pembentukan sahsiah yang cemerlang hasil penglibatan
aktiviti kokurikulum akan menjurus ke arah tercapai matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan untuk melahirkan insan yang cemerlang dari aspek intelek, rohani , emosi
dan jasmani.

1
HS

Kokurikulum membentuk kecemerlangan akademik pelajar. Aktiviti kokurikulum


sebenarnya ialah kesinambungan aktiviti di dalam bilik darjah malah matlamat asalnya
adalah untuk kecemerlangan akademik. Aktiviti kokurikulum itu telah membuka banyak
pengalaman kepada murid bagi mengaplikasikan pengetahuan dalam bidang akademik.
Aktiviti kokurikulum juga mampu memantapkan fizikal dan mencerdaskan minda.
Fizikal yang mantap dan minda yang cerdas inilah kunci kejayaan dalam akademik.
Seseorang yang mempunyai keseimbangan dalam kedua-dua domain ini akan mampu
berfikir dengan matang dan mampu membentuk wawasan untuk kejayaan. Contohnya
Azali Azlan , pelajar Sek. Men. Agama Yan , Kedah yang merupakan seorang pelajar
yang aktif dalam aktiviti kokurikulum dan seterusnya muncul pelajar cemerlang SPM
2007 dengan keputusan 21A.

Kesimpulannya, keputusan Kementerian Pelajaran Malaysia mewajibkan penyertaan


pelajar dalam bidang kokurikulum merupakan satu langkah bijaksana bagi membentuk
insan cemerlang dalam segenap aspek. Masa depan negara bukan hanya bergantung pada
kecemerlangan akademik semata-mata tetapi sumbangan kokurikulum juga mampu
membentuk kemahiran generik yang diperlukan dalam pembentukan insane cemerlang.
Oleh itu, semua pelajar diseru supaya mengambil bahagian secara aktif dan konsisten
dalam aktiviti kokurikulum agar kita sama-sama menjadi insane cemerlang.

Sekian

Anda mungkin juga menyukai