Anda di halaman 1dari 6

KUMPULAN

NUR ELIA HUSNA BINTI MOHD KHAIR


ANIS AMIRA BINTI NORIN
HASNIRA BINTI MAT HUSIN
NOR SYAHIRAH BINTI NORDIN
NUR ASYAH BINTI ISMAIL
NOR FADLIN AZIMA BINTI MOHD YUSOF
ABDUL SAMAD BIN MOHDAR
NUR FARZANA BINTI ROSLAN

SOALAN KBAT TOPIK 6

1) Haikal seorang pelajar yang sederhana tapi seorang murid yang berpotensi dalam
pembelajarannya. Namun, disebabkan kesempitan hidup kadangkala Haikal tidak hadir
ke sekolah kerana membantu keluarganya berniaga. Di dalam kelas, dia gemar
bersendirian dan kurang bergaul dengan rakan – rakannya. Haikal juga kerap tertidur di
dalam kelas dan lupa menyiapkan kerja sekolah. Tetapi, dia sangat meminati mata
pelajaran Matematik kerana pekerjaan ayahnya sebagai seorang peniaga.

Berdasarkan situasi Haikal, pada pandangan anda sebagai guru apakah faktor yang
mempengaruhi cara pembelajaran Haikal dan bagaimanakan cara yang terbaik untuk
membantu Haikal supaya tidak ketinggalan di dalam pelajarannya?

Kesediaan Pembelajaran

Mengikut teori Brunner(1966) kesediaan pembelajaran merujuk kepada apa jua


perkara yang dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada mana-
mana peringkat perkembangan.Jenis-jenis kesediaan terbahagi kepada 3 domain iaitu
kesediaan afektif,kesediaan psikomotor,dan kesediaan kognitif.Manakala faktor yang
mempengaruhi pembelajaran Haikal adalah dari segi baka,pengalaman,kematangan
dan persekitaran.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar iaitu baka. Amran
Schienfed mengatakan bahawa baka menentukan persamaan di antara ibu bapa
dengan anak-anaknya dari segi kebolehan, minat dan kawalan emosi. Contoh, jika ibu
bapa seseorang anak itu pandai maka, anak-anaknya akan mengikut kebolehan yang
dimiliki oleh kedua ibu bapanya. Disamping itu, faktor persekitaran, contohnya jika
persekitaran murid itu terdiri dari masyarakat yang suka membaca, murid tersebut akan
terikut-ikut untuk membaca buku. Kedua-dua faktor ini mempunyai kecenderungan
dalam perkembangan murid dalam proses mempelajari sesuatu yang baru.Oleh yang
demikian, kesediaan pelajar adalah hasil daripada sejauh mana matangnya seorang
murid itu dan berapa berapa banyak pengalaman yang ada dapat membantunya
bersedia dalam pengajaran dan pembelajarannya semasa di dalam bilik darjah.
Seterusnya, kematangan juga adalah merupakan salah satu faktor dalam kesediaan
belajar dan ianya dibahagikan kepada empat iaitu kematangan fizikal, kematangan
intelek, kematangan sosial dan kematangan emosi. Hubungan antara kematangan
fizikal dalam menentukan kesediaan belajar untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran
adalah sangat penting bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran guru.

Kematangan intelek pula ialah perkembangan yang berlaku pada otak apabila umur
seseorang telah meningkat. Oleh itu, kesediaan untuk menerima pelajaran yang lebih
abstrak boleh diterima kerana otak telah bersedia untuk menerimanya.
Kematangan emosi ialah darjah pencapaian kestabilan dalam perasaan yang berkaitan
dengan minat, keinginan dan kepuasan dan gangguan dalaman terhadap pelajaran.
Kematangan sosial pula ialah kematangan murid-murid untuk berinteraksi antara satu
sama lain dan guru memainkan peranan penting untuk memangkin mereka dalam
pelajaran. Dalam sebuah bilik darjah sikap dan tingkahlaku murid-murid adalah berbeza
kerana ada yang pendiam, periang, aktif, lemah, sederhana dan pandai.

Peranan saya sebagai seorang guru untuk membantu Haikal adalah saya haruslah
kreatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran misalnya kerja secara berkumpulan,
berpasangan dan individu supaya berlaku bimbingan rakan sebaya yang mana murid-
murid yang kurang bersedia akan dibantu oleh murid yang bersedia. Selain itu saya juga
perlua menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan tahap kesediaan
murid-murid untuk belajar menurut Reiser dan Gagne (1983) supaya ia merangsang
minat murid-murid dalam mata pelajaran tertentu. Contohnya menggunakan bahan
bantu mengajar berbentuk audio dan visual interaktif. Disamping itu strategi pengajaran
guru, contohnya penerangan, demonstrasi, sumbang saran dan sebagainya hendaklah
bersesuaian dengan tahap kognitif, emosi dan fizikal murid-murid.
Penanggapan

Antara proses pembelajaran termasuklah kesediaan pembelajaran, pengamatan


dan penangkapan, ingatan dan lupaan dan pemindahan pembelajaran. Faktor yang
mempengaruhi cara pembelajaran Haikal termasuklah penangkapan. Penangkapan
didefinasikan sebagai tangkapan mental sesuatu objek,konsep atau ciri-ciri melalui
deria, kesedaran dan kefahaman. Ini kerana faktor proses pembelajaran penangkapan
terdiri daripada pengalaman iaitu rangsangan atau pengalaman yang dialami akan
dikodkan dengan lebih mudah.

Pengalaman seseorang akan membantunya membentuk konsep. Dalam situasi


diatas bapa Haikal merupakan seorang peniaga dan Haikal selalu membantu ayahnya
itu dalam peniagaan, pengalaman yang diperolehi oleh Haikal dapat membantunya
dalam pelajaran matematiknya, ini kerana seorang peniaga tidak lari daripada proses
mengira.

Ingatan Dan Lupaan

Berdasarkan situasi haikal, faktor yang mempengaruhi cara pembelajarannya


ialah faktor lupaan yang mana menyebabkan haikal kerap lupa untuk menyiapkan
kerjakerja sekolahnya. Menurut Slavin 1997, lupaan bermaksud kegagalan individu
untuk mengingat sesuatu fakta yang pernah diketahuinya sebelum itu. Kegagalan ini
mungkin disebabkan maklumat dalam ingatan jangka pendek boleh hilang sebelum
sempat diproses dan disimpan dalam ingatan jangka panjang atau gagal untuk
memanggil (recall) maklumat itu dari ingatan jangka panjang. Antara faktor yang
menyebabkan haikal lupa ialah adanya gangguan iaitu lupaan kerana cubaan untuk
mengingat semula (recall) dihalang oleh maklumat lain dalam memori apabila haikal
sentiasa diganggu oleh tugasan untuk membantu ayahnya berniaga. Haikal juga mudah
lupa kerana faktor tekanan. Kesibukan dalam membantu keluarga berniaga memberi
tekanan untuk haikal mengingat mata pelajaran yang kurang diminatinya berbanding
subjek matematik yang sering diguna pakai dalam rutin perniagaannya.

Selain itu cara pembelajaran haikal juga dipengaruhi oleh faktor masa yang tidak
mencukupi. Keletihan yang dialami haikal menyebabkan haikal tidak mendapat rehat
yang cukup dan mengakibatkan haikal tertido di dalam kelas yang seterusnya
membuatkan haikal tercicir dalam pelajaran. Oleh itu guru boleh membantu haikal
dengan memberi lebih perhatian kepada haikal dalam setiap mata pelajarannya. Guru
boleh juga menyuruh haikal membuat nota ringkas supaya mudah untuk haikal
mengingat dalam jangka masa yang singkat.

Pemindahan Pelajaran

Pemindahan pembelajaran bermaksud pembelajaran yang terhasil daripada


situasi dapat digunakan dalam situasi yang lain. Contohnya Haikal boleh
mengaplikasikan cara dia mengira wang hasil daripada pengalaman menolong ayahnya
berniaga. Ini adalah salah satu contoh pemindahan pembelajaran positif berlaku kerana
Haikal boleh menggunakan pengetahuannya menolong ayahnya dengan mengira wang
dengan apa yang dia pelajari dalam mata pelajaran Matematik.

Mengikut psikologi pembelajaran, terdapat beberapa syarat untuk pemindahan


pembelajaran positif antaranya ialah kefahaman. Yang mana pelajar hendaklah
benarbenar faham tentang konsep yang telah dipelajari sebelum dia boleh
menggunakannya dalam situasi baru. Kesamaan pula ialah dua situasi di mana pelajar
hendak mengplikasikan konsep yang dipelajari perlu mempunyai kesamaan, sama
seperti situasi yang berlaku pada Haikal. Seterusnya ialah kemahiran dan motif, pelajar
telah benar benar-benar menguasai kemahiran sebelum dia memindahkan kepada
situasi baru dan mempunyai keinginan atau motif untuk memindahkan konsep atau
situasi baru.

Gaya Kognitif

Gaya kognitif medan dan bersandar bebas telah diperkenalkan oleh Herman
Witkin dan Goodenogh (1977). Berdasarkan teori mereka, Haikal sangat sesuai dengan
pembelajaran konsep gaya kognitif bebas medan di mana konsep ini adalah bercirikan
pelajar yang mengamati konsep secara analitikal. Pelajar ini juga juga gemar bertanding
dan membuat kerja secara sendirian. Haikal seorang yang gemar bersendirian dan
kurang bergaul dengan rakan - rakan kelasnya. Haikal juga meminati Subjek Matematik,
buktinya beliau menjadi aktif memberi respon ketika subjek tersebut walaupun
sederhana dalam mata pelajaran lain.

Justeru sebagai seorang guru, strategi pembelajaran yang bersesuaian dengan


Haikal adalah pembelajaran secara individu (seperti pembelajaran kendiri atau masteri).
Haikal juga perlu diberi peneguhan positif dalam bentuk motivasi bukan sosial seperti
memberikan gred atau markah yang baik. Selain itu, jika terdapat kesalahan dalam
latihan yang dilakukan, maklum balas terhadap pembetulan amat diperlukan. Guru juga
hanya perlu berperanan sebagai fasilitatir dan pemudahcara sahaja, bukan sebagai
orang atasan yang mengawal segalanya bagi pandangan seorang murid.

Kecerdasan Logik
Menurut teori Gardner 1983 percaya bahawa kecerdasan mempengaruhi
kebolehan seseorang untuk menyelesaikan masalah atau mencipta sesuatu hasil kerja
dalam konteks budayanya. Beliau menentang pendapat yang mengatakan kecerdasan
diukur dengan ujian IQ. Terdapat pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah iaitu
individu yang menggunakan beberapa set proses kognitif.

Dalam situasi Haikal sangatlah bersesuaian dengan kecerdasan logik yang


mana haikal sangat meminati subjek Matematik . Minat tersebut secara tidak langsung
haikal mahir memanipulasi nombor dan pengiraan dan dapat menyelesaikan masalah
matematik dengan tepat dan pantas. Dia juga berkeupayaan menyatakan sesuatu
secara deduktif dan induktif dan dapat mengenalpasti serta mampu menggunakan
corak-corak abstrak dan perhubungannya. Bahkan subjek matematik memerlukan latih
tubi yang berterusan seterusnya dapat meningkatkan tahap penguasaan haikal terhadap
subjek Matematik dengan lebih baik .

Kemahiran berfikir

Kemahiran berfikir ialah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses


pemikiran. Seseorang yang memperoleh kemahiran berfikir sanggup dan cekap
menyusun maklumat, konsep atau idea secara teratur dan membuat kesimpulan atau
keputusan yang tepat untuk tindakan terarah dan sewajarnya. Mengikut kajian, terdapat
tiga peringkat pemikiran. Di peringkat bawah ialah pemikiran konkrit diikuti dengan
pemikiran abstrak dan peringkat tertinggi ialah pemikiran kreatif. Pemikiran konkrit
adalah berkaitan dengan kemahiran berfikir di peringkat ingatan dan kefahaman sahaja.
Manakala pemikiran abstrak dan kreatif adalah berkaitan dengan kemahiran kritis dan
kreatif.

Oleh itu, sebagai seorang guru, perlu memainkan peranan dalam menjadi pencetus
kepada aktiviti yang melibatkan kemahiran berfikir kerana haikal dapat berfikir dan
menggunakan segala kemahiran-kemahiran berfikir yang diperlukan bagi membuat
keputusan yang baik. Latihan berfikir ini dapat melatih haikal membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dengan bijak iaitu dengan cara menggabungkan segala
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang dimilikinya. Guru juga perlu menyemai
kemahiran berfikir tahap tinggi dalam aktiviti kelas seperti membuat keputusan dan
metakognitif. Selain itu, guru juga boleh menerapkan kemahiran berfikir seperti mencari
maklumat, perasaan ingin tahu, perasaan mengambil berat, kebolehan membuat refleksi
dan membuat penilaian rasional. Guru juga harus memperbanyakkan aktiviti yang
menjurus kepada aktiviti sumbangsaran, perbahasan dan debat agar haikal dapat
melibatkan diri dalam perbincangan intelektual. Daripada aktiviti yang melibatkan
kemahiran berfikir ini, haikal dapat meningkatkan penguasaan, keberanian serta
tumpuannya di dalam kelas dengan baik.

Peranan guru

Sebagai seorang guru kita boleh membantu haikal supaya tidak ketinggalan
dalam pelajaran dengan pelbagai cara, antaranya adalah seperti memeperkasakan
penggunaan BBM ketika sesi pembelajaran supaya murid dapat memahami
pembelajaran dalam masa yang singkat. Selain itu, guru boleh membekalkan modul
kepada haikal supaya dia dapat membuat tugasan walaupun dia tidak hadir ke sekolah.
Haikal boleh membuat latihan modul yang dibekalkan guru ketika dia bekerja bersama
ayahnya. Tambahan lagi, penglibatan ayahnya juga diperlukan dalam situasi tersebut.
Ayahnya dapat membimbing atau membantu sedikit sebanyak tugasan haikal sekiranya
mempunyai waktu lapang.

Seterusnya guru boleh menggunakan teknik pengulangan dalam sesi


pembelajaran dalam kelas supaya murid tidak lupa dengan apa yang telah mereka
belajar. Seterusnya, Guru hendaklah kreatif dalam dalam pengajaran serta
mempelbagaikannya, setiap kali masuk ke kelas hendaklah menggunakan bahan-bahan
yang berlainan ataupun boleh menggunakan teknik yang berlainan. Elakkan
menggunakan cara yang sama bagi mengelakkan murid menjadi bosan. Kemudian guru
boleh menggunakan BBM iaitu bahan bantu mengajar supaya dapat menjadikan
pembelajaran itu lebih menarik, dengan itu murid akan menjadi lebih minat untuk belajar
dengan lebih lanjut. Dengan itu haikal tidak akan mudah untuk tertidur di dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai