Anda di halaman 1dari 30

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/343536789

Isu Perselisihan Antara Gerakan Salafiyyah dan Al-


Asya’irah: Analisis Pendekatan Ulama Ahl Sunnah Wa
Al-Jamaah

Article · August 2020

CITATIONS READS

0 2,679

1 author:

Razali Musa
Universiti Sultan Zainal Abidin | UniSZA
14 PUBLICATIONS   26 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

The Muslim Brotherhood: Hassan Hudaybi Methodology on Takfir View project

All content following this page was uploaded by Razali Musa on 09 August 2020.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Razali Musa
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

PERSELISIHAN ANTARA GERAKAN AL-


ASYA`IRAH DAN SALAFIYYAH:
ANALISIS PENDEKATAN ULAMA AHL
SUNNAH WA AL-JAMAAH
Dr. Razali Bin Musa
Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)

Article Progress
Abstrak Received: 9 Jan 2020
Antara isu yang melahirkan gejala takfir dalam masyarakat ialah Revised: 1 June 2020
pertelingkahan antara gerakan al-Asya`irah dan gerakan Accepted: 29 July 2020
Salafiyyah. Penulisan ini akan mengulas perselisihan tersebut *Corresponding Author:
dari sudut latar belakang, analisis isu dan melihat isu tersebut Razali Bin Musa,
melalui kacamata pendekatan ulama ahl Sunnah wa al-Jamaah. Fakulti Pengajian
Kumpulan yang dimaksudkan dengan gerakan Salafiyyah dalam Kontemporari Islam,
Universiti Sultan Zainal
perbincangan ini, ialah mereka yang berpegang dengan fahaman Abidin
yang dipelopori oleh Taqiyuddin Ibn Taymiyyah (1262 – 1327 email:
M) dan Muhammad ‘Abd Wahab (1702-1787 M). Dari sudut murazali@unisza.edu.
fikah, mereka tidak terikat dengan mazhab yang tertentu. my
Sementara pengertian gerakan al-Asya`irah pula, ialah mereka
yang mendokong pendekatan akidah yang dibawa oleh al-Imam
Abu Hasan al-‘Asy`ari (874 – 936) dan al-Imam Abu Mansur al-
Maturidi. Dari aspek fikah pula mereka berpegang dengan
mazhab Syafie. Pengertian gerakan Salafiyyah dan al-Asya`irah
di atas mengikut penelitian penyelidik adalah dilihat melalui
kerangka umum. Penulisan ini meneroka dari aspek punca
pertembungan serta meneliti pendekatan ulama ahl Sunnah wa al-
Jamaah dalam menangani isu ini. Berdasarkan kepada
pendekatan tersebut, tuduhan takfir tidak wajar dilemparkan
antara kedua-dua pihak, pertama, kerana kekufuran hanya boleh
disabitkan oleh nas dan ijmak ulama. Kedua, pendekatan tidak
menentukan kekufuran kepada peribadi tertentu secara khusus
dan ketiga, tidak boleh mengumumkan kekufuran kepada umat
Islam yang melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat.
Apatah lagi, jika mereka yang jahil agama dan kejahilannya itu
adalah penghalang yang mewajarkan tuduhan takfir.

Katakunci: wahabi, salafi, ‘asya’irah, takfir, ahl Sunnah wa al-


Jamaah

82
Razali Musa
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

PENDAHULUAN
Sebelum dibincangkan lebih lanjut pertelingkahan antara gerakan al-Asya`irah
dan gerakan Salafiyyah, terlebih dahulu dikemukakan sepintas lalu latar
belakang sejarah kelahiran kedua-dua gerakan ini. Menelusuri sejarah, kedua-
duanya lahir sebagai reaksi terhadap sikap terlampau melebihkan penggunaan
ilmu kalam1 yang diilhamkan daripada falsafah Greek dalam mentafsirkan nas
oleh golongan Mu`tazilah2 yang lahir pada kurun kedua Hijrah, dua kurun lebih
awal sebelum kemunculan kedua-dua gerakan ini di dunia Islam3. Akibat
daripada terlalu mengagungkan hukum akal dan terpengaruh dengan falsafah
Greek yang dibawa masuk ke dalam masyarakat Islam melahirkan dua aliran
pemikiran yang bertentangan. Gerakan al-Asya`irah menapis pemikiran
falsafah Greek agar besesuaian dengan nas dan satu aliran lagi menolak
pemikiran tersebut yang dipelopori oleh gerakan Salafiyyah.

Sejarah Awal di Tanah Arab


Gerakan al-Asya`irah ialah golongan sunni yang dinisbahkan kepada
pengasasnya, iaitu Abu Hasan al-Asy`ari (874 – 936M). Mereka muncul dalam
masyarakat Islam pada awal kurun keempat Hijrah4 dan terus berpengaruh
sehingga hari ini di kebanyakan negara Islam. Pendekatan yang mereka ambil
ialah memurnikan hubungan antara nas dan akal, seperti yang digambarkan oleh
Imam al-Ghazali, nas itu ibarat cahaya matahari dan akal pula seumpama mata
yang sempurna5. Gerakan al-Asya`irah menjadikan akal sebagai khadam kepada
nas dan tidak menjadikan akal sebagai hakim yang menentukan segala-galanya,
seperti golongan Mu`tazilah. Mereka juga, memurnikan antara golongan yang

1
Ilmu Kalam ialah ilmu yang mengandungi hujah-hujah (al-Jidal) tentang akidah keimanan
berdasarkan dalil-dalil akal dan juga menolak pendapat ahli bidaah yang menyeleweng
dalam akidah daripada mazhab Salaf dan ahli Sunnah. Lihat `Umar Farukh (1981), Tarikh al-Fikr
al-`Arabi ila Ayyam Ibn Khaldun. Beirut: Dar al-`Ilm li al-Malayin, c.3, h. 202.
2
Mu`tazilah merupakan salah satu aliran dalam teologi Islam yang dikenali bersifat rasional dan
liberal. Ciri utama yang membezakan aliran ini dari aliran teologi Islam yang lain ialah pandangan-
pandangannya lebih banyak ditunjang oleh dalil - dalil akal dan lebih bersifat falsafah, sehingga
disebut sebagai aliran rasionalis Islam. Mereka tidak mengingkari nas, tetapi tidak teragak-agak
menafsirkannya dengan hukum akal. Mereka juga dianggap sebagai pelopor kepada ilmu Kalam
dalam masyaraka Islam. Mu`tazilah mampu metndominasikan pemikirannya dalam masyarakat Islam
selama satu kurun setengah, iaitu daripada tahun 100 Hijrah sehingga 247 Hijrah dengan
pembatalan khalifah al-Mutawakkil pemakaian mazhab Mu`tazilah sebagai mazhab rasmi negara.
Lihat Ibrahim Madkur (1983), Fi al- Falsafah al-Islamiyyah:Manhaj wa Tatbiquhu. Kaherah:
Dar al-Ma`arif, j. 2, h. 36; Dewan Redaksi Ensiklopedi Islam (1994) Ensiklopedi Islam. Jakarta:
PTIchtiar Baru van Hoeve, c.3, j.3, h. 290.
3
Lihat Ibrahim Madkur (1983), op.cit., h. 37.
4
ibid., j.2, h. 113.
5
Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad (1983), al-Iqtisad fi al-I`tiqad. Beirut: Dar al-Kutub al-
`Ilmiyyah, h. 4.

83
Razali Musa
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

yang terlampau berpegang kepada hadith-hadith, kata-kata sahabat r.a dan


tabi`in dan golongan yang terlampau berpegang dengan akal6.

Justeru itu, gerakan al-Asya`irah memahami ayat-ayat al-mutasyabihah7


melalui dalil akal, selagi tidak bercanggah dengan syarak dan penggunaan
bahasa Arab8. Mereka berpegang kepada takwil untuk menerangkan sebahagian
daripada ayat-ayat al-mutasyabihah. Maksud takwil ialah memindahkan lafaz
daripada makna zahirnya, kerana terdapat bukti (qarinah) yang mewajibkan
pemindahan tersebut, seperti kalimah tangan (al-yad) dengan kekuasaan dalam
firman Allah S.W.T: Terjemahannya: Tangan Allah di atas tangan mereka”
Surah Al-Fath (48): 10.

Kalimah ‘tangan’ ditakwil dengan makna kekuasaan Allah S.W.T, kerana


terdapat qarinah yang menghalang daripada difahami dengan maknanya yang
zahir, iaitu Allah S.W.T tidak menyamai makhluk.9. Keadaan ini menyebabkan
gerakan Salafiyyah menolak takwil tersebut dan mengkritiknya dengan keras.
Tokoh-tokoh besar yang menjadi pengikut gerakan al-Asya`irah, seperti al-
Bayhaqi (994 – 1066), al-Ghazali (1058-1111), Ibn `Asakir (1106 – 1175),
Fakhr al-Razi (1150-1210), al-Qurtubi (1214 – 1273), al-Nawawi (1234 –
1278), Ibn Hajar al-`Asqalani (1372 – 1448), al-Suyuti (1445 – 1505) dan lain-
lain lagi. Sementara tokoh-tokoh masa kini seperti Dr. Muhamad Hasan Hitu,
Dr. Muhamad Sa`id Ramadan al-Buti, Dr. `Ali Juma`ah, Dr. Wahbah al-Zuhaili
dan lain-lain lagi.

Sementara gerakan Salafiyyah ialah golongan sunni yang menyeru kepada


kefahaman Islam sebagaimana yang difahami oleh salaf, iaitu tiga kurun
pertama yang diwakili oleh sahabat, tabi`in dan tabi` tabi`in dengan berpegang
kepada hukum hakam daripada al-Quran dan hadith sahih dan meninggalkan
semua pemikiran-pemikiran asing yang memasuki ajaran Islam, seperti
penggunaan ilmu Kalam yang bersumberkan daripada falsafah Greek dalam
mentafsirkan nas-nas yang terdapat di dalam al-Quran dan hadith. Mereka
menyerahkan secara mutlak (tafwid) kefahamannya kepada Allah S.W.T dan

6
Saleh al-Wardani (2004), Firaq Ahl al-Sunnah. Beirut: Dar al-Mada, h. 116.
7
Ayat-ayat al-mutasyabihah ialah ayat yang boleh memberi banyak tafsiran dan takwil dan ia
tidak hanya mempunyai satu takwil sahaja seperti ayat al-muhkamat. Contoh ayat-ayatyang
mengandungi ayat al-mutasyabihah. Lihat al-Zarqani, Muhamad `Abd al-`Azim (1988), Manahil
al-`Irfan fi `Ulum al-Quran. Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, j. 2. h. 291.
8
Lihat Taha al-Dusuki Hubaishi (1987), Al-Janib al-Ilah i fi Fikr al-Imam al-Ghazali. Kaherah:
Dar al-Taba`ah al-Muhamadiyyah.
9
Lihat al-Zarqani, Muhamad `Abd al-`Azim (1988), op.cit., j. 2. h. 312.

84
Razali Musa
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

tidak mentakwilkannya10. Salafiyyah mendakwa bahawa pegangan mereka


adalah penerusan kepada golongan Ahl al-Hadith di bawah pimpinan Ahmad
Ibn Hanbal (780–855M) pada kurun keempat Hijrah yang telah berhadapan
dengan golongan Mu`tazilah pada zaman pemerintahan kerajaan `Abbasiyyah
dalam permasalahan ‘al-Quran adalah makhluk’. Mu`tazilah berpegang kepada
pendekatan akal yang diambil daripada falsafah Greek dalam memahami dan
mentakwil nas-nas al-Quran dan Hadith. Dengan itu, Ahl Hadith melihat
pendekatan akal yang digunakan oleh Mu`tazilah adalah satu gerakan yang
mengancam kemurniaan ajaran Islam. Selepas kejatuhan kerajaan `Abbasiyyah
di tangan tentera Monggol pada tahun 656 Hijrah, muncul Ibn Taymiyyah (1262
– 1327 M) pada kurun ketujuh Hijrah yang menghidupkan kembali gerakan
Salafiyyah dengan menyeru kepada akidah salaf dan menentang sebarang
bentuk bidaah untuk mengembalikan kegemilangan ummah setelah kejatuhan
Khilafah `Abbasiyyah. Umat Islam ketika itu berada dalam kelemahan. Mereka
melakukan perbuatan syirik dan bidaah, di samping percaya kepada khurafat dan
tahyul, kezaliman bermaharajalela dan para ulama tidak berijtihad secara murni.
Mereka meninggalkan al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Kemudian gerakan Salafiyyah disemarakkan lagi pada kurun kedua belas Hijrah
oleh Muhamad `Abd al-Wahhab (1702-1787 M) di Semenanjung Tanah Arab11
selepas kelemahan kerajaan Othmaniyyah dan kedatangan penjajah Barat ke
Dunia Islam. Gerakan ini menentang sebarang bentuk binaan di atas kubur,
bertawasul dengan mereka yang telah mati, mengingkari sambutan maulidur
rasul dan lain-lain lagi12. Sehingga hari ini, dakwahnya mempunyai pengikut
yang cukup signifikan jumlahnya.

Semangat salaf, iaitu kembali kepada al-Quran dan Hadith serta berijtihad
dilanjutkan oleh Jamaluddin al-Afghani, Syeikh Muhamad `Abduh dan Syeikh
Muhammad Rasyid Rida. Gerakan ini akhirnya menembusi semua negara Islam
dan negara yang mempunyai penduduk muslim, seperti Indonesia yang waktu
itu berada di bawah cengkaman penjajah. Ulama Minangkabau, seperti Haji
Miskin, setelah pulang dari Mekah menggerakkaan dan menyebarkan ajaran
Salaf. Gerakan ini seterusnya tersebar hampir seluruh pelosok tanah air sehingga
menggerunkan kaum penjajah. Munculnya gerakan Paderi, Sumatera Thawalib

10
Lihat al-Imam Muhamad Abu Zahrah (1996), Tarikh al-Mazahib al-Islamiyyah fi al-Siyasah wa
al-`Aqaid wa Tarikh al-Mazahib al-Fiqhiyyah. Kaherah: Dar al-Fikr al-`Arabi, h. 190; Musa
Syahin Lasyin (2002), al-Laali al-Hassan fi `Ulum al-Quran. Kaherah: Dar al-Syuruq, h. 148.
11
Muhamad Abu Zahrah (1996), op.cit., h. 190.
12
Saleh al-Wardani (2004), Firaq Ahl al-Sunnah. Beirut: Dar al-Mada, h. 141.

85
Razali Musa
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

dan Muhamadiyah dilandasi dengan ajaran Salaf. Arab Saudi pula merupakan
model negara yang bermazhab Salaf13.

Sementara tokoh-tokoh gerakan Salafiyyah seperti Muhamad Syukri al-Alusi


(1856-1924), Jamal al-Din al-Qasimi (1866-1914), Ibn Badis (1889-1940),
Ahmad Muhamad Syakir (1892-1958), `Abd al-`Aziz Ibn Baz (1909-1999),
Muhamad Saleh al-`Uthaymin (1925-2001), Safi al-Rahman al-Mubarakfuri
(1943-2006), `Abdullah Ibn `Abd al-Rahman Jabrin, Saleh al-Fauzan, Saleh al-
Lahidan, dan lain-lain lagi.

Ringkasnya, gerakan Salafiyyah menurut Muhamad `Imarah, mengutamakan


nas daripada pandangan akal, qias dan takwil, mengharamkan ilmu kalam,
terutamanya ilmu falsafah yang memasuki tamadun Islam. Mereka kadang-
kadang digelar juga dengan ahl al-Hadith, kerana berkecimpung dalam bidang
hadith dan menolak pandangan yang banyak menggunakan akal 14.

Sejarah Awal di Tanah Melayu


Pertentangan antara golongan yang mendokong pemikiran al-Asya`irah dan
pemikiran Salafiyyah di Alam Melayu berlaku sejak akhir abad ke 19 dan
menjelang abad ke 2015. Bermula dengan kepulangan golongan terpelajar dari
pusat-pusat pengajian tinggi di Timur Tengah, seperti Syeikh Tahir Jalalludin
al-Azhari (1869-1957), Syed Syeikh al-Hadi (1867 – 1934), Haji Abbas
Muhammad Taha (1885-1946) dan lain-lain lagi.

Secara umumnya, golongan yang mengambil pendekatan Salafiyyah dikenali


di Tanah Melayu sebagai Kaum Muda, sementara golongan yang mengambil
pendekatan al-Asya`irah dikenali sebagai Kaum Tua. Ciri-ciri utama yang
membolehkan mereka dikatakan mempunyai persamaan antara gerakan
Salafiyyah dan gerakan Kaum Muda ialah mereka mengajak umat Islam
kembali kepada ajaran-ajaran Islam yang tulen, yang berpandukan kepada al-
Quran dan Hadith tanpa terikat dengan segala macam tradisi dan khurafat yang
bertentangan dengan ajaran Islam. Begitu juga, mereka melepaskan diri dari
ikatan lama yang dikenali dengan istilah taklid buta16. Mereka mengatakan

13
Penyusun Ensiklopedia Islam (2004), Ensiklopedia Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, j. 4, h. 211.
14
Lihat Muhamad `Imarah (2008), al-Salaf wa al-Salafiyyah. Kaherah: Wizarah al-Awqaf.
15
Abdul Halim el-Muhammady (1982), Mazhab Syafie dan Masalah Kaum Muda di
Malaysia. Kajang: Persatuan Bekas Mahasiswa Timur Tengah, h. 31.
16
Ismail Hj. Ibrahim et al. (1992), “Syekh Tahir Jalaludin, 1869-1956 Reformis Islam”, dalam
Ismail Mat. (eds.), Ulama Silam dalam Kenangan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 20- 29.

86
Razali Musa
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

pendapat-pendapat manusia bukan maksum (mungkin betul dan mungkin salah).


Jadi fungsi dan tugas ulama ialah melahirkan dan menghuraikan segala yang
termaktub dalam al-Quran atau oleh Rasul tentang urusan agama. Rumusannya
Kaum Muda mendakwa kata-kata ulama yang selari dengan keterangan al-
Quran dan Hadith sahih mestilah dipercayai tanpa ragu-ragu lagi tetapi apabila
ulama mengemukakan pendapatnya sendiri yang berselisih sesama mereka
dengan ada yang mengatakan halal dan lainnya tidak. Hal ini tidak memestikan
kita berpegang bulat-bulat pendapat itu17.

Sementara Kaum Tua sentiasa dinisbahkan kepada golongan agama yang rasmi,
para pembesar Melayu yang tradisional dan ulama-ulama kampung18. Mereka
meminta masyarakat menerima dan berpegang dengan pendapat yang
dikemukakan oleh ulama (dahulu) sama ada pertuturannya ataupun tulisan,
kerana semuanya adalah benar dan harus dipercayai. Tidak mungkin mereka ini
menutur dan menulisnya kecualilah telah dibaca, diselidiki dan difahami
semuanya seumpama tercatat dalam al-Quran dan hadith Rasulullah s.a.w.
Justeru itu, sebagaimana kita mesti menyakini al-Quran dan hadith, sekaligus
juga mempercayai pendapat-pendapat ulama tadi19. Sebagai kumpulan yang
telah lebih awal mendapat kedudukan dalam masyarakat, Kaum Tua bersama-
sama dengan pentadbiran agama di negeri-negeri Melayu dan disokong oleh
pentadbiran Inggeris apabila diperlukan, berjaya mengawal kegiatan yang
dijalankan oleh Kaum Muda20.

Antara tokoh-tokoh yang mewakili Kaum Muda, seperti Syaikh Mohd Tahir
Jalaludin al-Azhari (1869-1957) yang dilahirkan di Bukit Tinggi, Sumatera
Barat. Beliau pernah belajar di Mekah selama 12 tahun kemudian dalam tahun
1893 beliau belajar di Mesir selama 4 tahun dan dalam tempoh itu dia
diperkenalkan dengan ajaran-ajaran pembaharuan Islam di Mesir, iaitu Syaikh
Muhamad Abduh (1849-1905), mufti Mesir dari tahun 1899 sehingga beliau
meninggal pada tahun 1905 dan seterusnya terjalinlah persahabatan yang erat
antaranya dengan pengikut Abduh yang paling cergas, iaitu Muhamad Rashid
Rida (1865 – 1935)21.

17
Kamarudin Salleh (2007), Modenisme Islam Malaysia - Indonesia. Bangi: Jabatan Usuluddin
dan Falsafah, UKM, h. 114.
18
William R. Roff (2005), Nasionalisme Melayu. Ahmad Boestamam (terj.) c. 3, Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya, h. 71.
19
Kamarudin Salleh (2007), op.cit., h. 114.
20
Mohammad Redzuan Othman (2005), Islam dan Masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya, h. 114.
21
William R. Roff (2005), op.cit., h. 66.

87
Razali Musa
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

Pengaruh gerakan Salafiyyah dapat diperhatikan juga kepada Syaikh Muhamad


Tahir melalui penjaga dan gurunya di Mekah, iaitu Syekh Ahmad Khatib Abd
al-Latif (w. 1916), seorang Minangkabau yang mengikut tradisi “Kaum Paderi”
(Gerakan Salafiyyah Wahhabiyyah) di Sumatera yang menentang kaum Adat
yang mendapat pertolongan daripada tentera kolonial Belanda dalam
peperangan yang dikenali dengan “Perang Paderi”22.

Salah seorang pelopor gerakan Kaum Muda di Tanah Melayu ialah Syed Syeikh
al-Hadi (1867 – 1934) yang dilahirkan di Melaka. Beliau pernah belajar di Kuala
Terengganu dan Pulau Penyengat di Riau yang terkenal ketika itu sebagai pusat
pengajian Melayu. Bapanya mempunyai hubungan dengan istana di Pulau
Penyengat, sehingga beliau diambil menjadi anak angkat oleh Raja Ali Haji Raja
Ahmad. Walaupun beliau tidak mendapat pendidikan secara formal di negara-
negara Arab, seperti Syaikh Mohd Tahir Jalaludin, namun pengalaman beliau
mengiringi putera-putera Sultan dan Raja Muda Riau menunaikan haji ke Mekah
dan melawat Mesir mempengaruhi pemikiran beliau23. Sementara Haji Abbas
Muhammad Taha yang dilahirkan di Singapura menghabiskan masa mudanya
belajar di Mekah sebelum kembali ke Singapura pada tahun 190524.

Ringkasnya, pemikiran dan pendekatan banyak dipengaruhi oleh gerakan Islah


yang dipelopori oleh tokoh-tokoh Islam, seperti gerakan Muhammad `Abd al-
Wahab (1702-1787 M) pada abad ke-19 di Arab Saudi. Beliau berjuang untuk
menghapuskan ajaran Islam yang bercampur-baur dengan amalan bidaah dan
khurafat yang bertentangan dengan ajaran Islam yang terkandung dalam al-
Quran dan al-Sunnah. Mereka juga terpengaruh dengan pemikiran Syed
Jamaluddin al-Afghani (1839-1897M) yang berusaha untuk membebaskan
negeri-negeri Islam daripada belenggu kaum penjajah Barat dan menganjurkan
pembaharuan pemikiran umat Islam dan perubahan yang radikal dalam sistem
politik umat Islam. Begitu juga murid Syed Jamaluddin al-Afghani, iaitu Syeikh
Muhamad `Abduh (1849-1906 M) dan Rasyid Rida (1865 – 1935 M) di Mesir
yang menganjurkan satu reformasi tehadap pendidikan dengan disesuaikan
dengan penemuan-penemuan yang telah berkembang di dunia Barat 25. Antara
tokoh-tokoh kaum Muda di Tanah Melayu seperti Zainal Abidin bin Ahmad
(Za’ba) (1896 – 1973), Haji Nik Abdullah bin Haji Wan Musa (1900-1935), Abu
Bakar al-Ash`ari (1904-1970), dan lain-lain lagi.

22
Lihat Hamka (1982), Ayahku. c.4, Jakarta: Jayamurni.
23
William R. Roff (2005), op.cit., h. 67.
24
ibid., h. 68.
25
Lihat Ismail Hamid (1986), Perkembangan Islam di Asia dan Alam Melayu. Kuala Lumpur:
Heineman Sdn. Bhd. h. 171; Hussin Mutalib (1993), Islam in Malaysia: From Revivalism to
Islamic State. Singapore: Singapore University Press, h. 21.

88
Razali Musa
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

Gerakan Islah atau pembaharuan yang dicetuskan oleh Kaum Muda di Alam
Melayu, didorong oleh kesedaran tentang betapa jauhnya ketinggalan umat
Melayu, kalau dibandingkan dengan kaum pendatang, khususnya dalam bidang
pelajaran, ekonomi dan politik. Umat Melayu amat terkebelakang dalam semua
bidang kemajuan, sementara bangsa asing telah mengeksploitasi segala hasil
bumi mereka dan membolot semua kekayaan negara. Demi untuk
menggembleng umat Melayu, tokoh-tokoh Islah tampil mengeluarkan pendapat
dan menyebarkan pengajaran yang menentang fahaman-fahaman lama, seperti
percaya kepada perkara-perkara tahyul, memuja hantu, memuja pantai,
membenarkan ilmu-ilmu bomoh26 dan lain-lain lagi. Kepercayaan inilah yang
menghalang kemajuan umat Melayu dan Islam. Dengan itu, mereka terpaksa
menghadapi pertentangan pemikiran dengan Kaum Tua yang menentang segala
kegiatan yang cuba menghidupkan kembali semangat yang radikal dan
progresif yang telah membawa kemajuan kepada umat Islam pada masa yang
lampau27.

Pemikiran baru yang berlainan daripada anutan dan kepercayaan turun temurun
umat Melayu yang boleh diringkaskan dengan kembali kepada akidah yang
bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah tanpa merujuk kepada tafsiran falsafah
yang merumitkan, seperti pengajaran sifat 20 yang sarat dengan istilah-istilah
falsafah yang kurang difahami oleh masyarakat Melayu, kerana ia merupakan
reaksi yang dicari-cari terhadap falsafah Greek Di samping itu juga, pengajaran
sifat 20 tidak mengambarkan realiti masyarakat setempat yang menghadapi
cengkaman penjajahan British yang menguasai politik dan ekonomi umat Islam.
Pengajaran itu dikatakan tidak boleh menambahkan keyakinan bahkan
sebaliknya menambahkan keraguan dan boleh mengelirukan, apatah lagi bagi
masyarakat awam yang bukan terlatih dalam bidang tersebut 28.

Keadaan ini sudah tentu melahirkan konflik dan pertentangan antara Kaum Tua
dan Kaum Muda. Kadangkala pertembungan ini membawa kepada tuduhan
takfir antara mereka, sehingga terdapat tuduhan kepada kepada kaum Muda
lebih teruk daripada penyembah berhala dan penganut Kristian (worse than
idolaters and Christians)29.

26
Pendita Za’ba (1984), Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, h. 81.
27
Lihat Ismail Hamid (1986), op.cit., h. 171
28
Lihat Wan Zailan Kamaruddin b. Ali, “Asal Usul Pengaruh dan Kesan aliran al-Asya`irah di
Malaysia dan Kepulauan Melayu,” dalam Malaysia Dari Segi Sejarah, Persatuan Sejarah
Malaysia, Kuala Lumpur, 1994, Bil.22, h. 84-106. Lihat juga, Azmi, A. S. (2020). 40 Hadis tentang
Politik dan Kepimpinan.
29
Virginia Thompson (1943), Postmortem on Malaya. New York: The Macmillan, h. 304.

89
Razali Musa
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

Begitu juga yang yang diceritakan oleh Zainal Abidin Bin Ahmad (Za’ba)
(1895 – 1973) berkenaan tuduhan kaum Tua kepada kaum Muda dalam
tulisannya:

"Apabila nampak oleh mereka itu [kaum Tua] akan satu-satu orang
yang cenderung kepada memajukan daripada barang yang telah
sedia ada itu dihukumkan dia oleh mereka itu salah dan kafir… dan
dikeluarkan dia daripada kandang agama Islam! Bahkan telah
sampailah nasib kemalangan umat Muslimin pada tiap-tiap masa
dalam beberapa keturunan yang telah lalu bahawa mereka kerap
kali disesatkan oleh pekerjaan suatu puak daripada... Ulama Tua
yang tiada baginya kenangan atas kemajuan dan tiada atas
kemajuan dan tiada atas ilmu... melainkan hendak menjahanamkan
dan mempermain-mainkan akan segala anak-anak Islam yang
berani dan mencuba hendak menaikkan dan memuliakan semula
akan bangsa-bangsa Muslimin yang telah jatuh terendam karam
ini” 30

Menurut Za’ba lagi, antara amalan yang menyebabkan umat Melayu mundur
ialah mereka masih lagi berpegang dengan kepercayaan yang menyeleweng
daripada ajaran Islam yang bersumberkan Al-Quran dan al-Hadith. Kepercayaan
ini sudah tentu hasil pegangan ulama Kaum Tua yang tidak membawa
perubahan yang ketara dalam kehidupan umat Melayu kepada keadaan yang
lebih progresif dan proaktif. Mengikut pandangan Za’ba lagi, antara pegangan
yang menyebabkan kemunduran seperti penyelewengan amalan tasawuf, Islam
hanya mementingkan ibadat, bertaklid tanpa menggunakan pemikiran semasa
dan lain-lain lagi31. Boleh disimpulkan pergerakan Salafiyyah di Alam Melayu
berkait rapat dengan gerakan pembaharuan untuk mengubah pemikiran dan
pengamalan masyarakat ke arah yang lebih progresif, demi menyahut tuntutan
perubahan semasa.

Mengikut pengamatan penulis, akhir-akhir ini pertelingkahan antara gerakan


Salafiyyah dan gerakan al-Asya`irah mula menempatkan diri dalam arus

30
Lihat Adnan Hj. Nawang (1980), “Za’ba dan Ajaran Khwaja Kamaluddin”, dalam Khoo Kay
Kim et al. (eds.) Pendidikan di Malaysia Dahulu dan Sekarang. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah
Malaysia, h.97.
31
Lihat Adnan Hj. Nawang (2007), Za’ba dan Melayu. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

90
Razali Musa
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

perkembangan Islam di Malaysia. Sejarah lama pertentangan antara Kaum


Muda dan Kaum Tua berulang kembali.

Tuduhan-tuduhan sesat dan kadangkala mengkafirkan antara mereka mula


kedengaran. Kedua-dua gerakan menggunakan pentas siber, seminar, majalah
akhbar dan buku untuk menyampaikan pandangan masing-masing. Antara
saluran media yang digunakan oleh gerakan al-Asya`irah untuk menyerang
pemikiran gerakan Salafiyyah contohnya, seperti majalah Milenia, seminar Ahli
Sunnah wal Jamaah yang bermotokan: ”katakan tidak pada wahabi”32, laman-
laman sesawang seperti alsubki2.blogspot.com, salafiwahhabi.blogspot.com, al-
ghari.blogspot.com, yayasansofa.com dan lain-lain lagi. Sementara saluran
media gerakan Salafiyyah seperti majalah i, Seminar Ahli Sunnah wal Jamaah
Golongan Tauladan33, Seminar Antarabangsa Mengenai Syeikh Muhammad
`Abdul Wahab34, laman-laman sesawang seperti hafizfirdaus.com, al-
nidaa.com, drmaza.com dan lain-lain lagi. Antara tokoh yang terlibat dalam
pertentangan antara dua gerakan ini secara terbuka di Malaysia ialah
Muhammad Uthman El-Muhammady, Ustaz Zamihan al-Ghari, Ustaz Haji
Mahfuz Bin Muhammad al-Khalil, Ustaz Hj. Ahmad Hafiz Bin Hj. Muhammad
Alwi, Fuad Kamaluddin al-Maliki dan lain-lain lagi yang mewakili gerakan al-
Asya`irah. Sementara golongan yang mempelopori gerakan Salafiyyah ialah
nama-nama seperti Dr. Abdullah Yasin, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Dr.
Azwira Abdul Aziz, Hafiz Firdaus Abdullah dan lain-lain lagi yang mewakili
gerakan Salafiyyah.

Secara umumnya, pergeseran gerakan Salafiyyah dan gerakan al-Asya`irah di


alam Melayu berkait rapat dengan pengaruh tokoh-tokoh pembaharuan di
negara Arab. Idea-idea pembaharuan yang dibawa pulang ke tanah air
menimbulkan konflik dengan pegangan masyarakat yang telah sedia ada.

32
Seminar Ahli Sunnah wal Jamaah diadakan di Dewan Utama, Yayasan Pembangunan Keluarga,
Kuala Terengganu pada 7 Julai 2007.
33
Seminar Ahli Sunnah wal Jamaah Golongan Tauladan diadakan di Dewan al-Malik Faisal,
Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya, Selangor pada 19-20 Julai 2003.
34
Seminar Antarabangsa Mengenai Syeikh Muhammad `Abdul Wahab diadakan di Dewan 2020,
Kangar Perlis pada 16-17 Mac 2006.

91
Razali Musa
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

ANALISIS ISU
Tajuk ini akan menghuraikan isu-isu yang menjadi pertikaian antara gerakan al-
Asya`irah dan gerakan Salafiyyah . Bersesuaian dengan tajuk kajian, penulis
akan memfokuskan hanya dalam permasalahan takfir sahaja dengan memilih
sumber-sumber yang mengandungi tuduhan takfir daripada kedua-dua pihak,
sama ada tuduhan tokoh-tokoh gerakan al-Asya`irah kepada tokoh-tokoh
gerakan Salafiyyah atau sebaliknya.

Tuduhan Tokoh Gerakan Al-Asya`irah Kepada Tokoh Salafiyyah


Antara contoh tuduhan takfir tokoh gerakan al-Asya`irah kepada tokoh
Salafiyyah, seperti tuduhan Syeikh `Abdullah al-Harari35 (1920-2008)
terhadap Ibn Taymiyyah. Beliau berkata:

‫ففهم من ذلك أن العامل أي ما سوى هللا حادث فاجلواهر واألجسام حمدثة بذواهتا‬
‫ إهنا قدمية بذواهتا وصفاهتا وقال‬:‫ وقال أرسطاطاليس وأتباعه من الفالسفة‬.‫وصفاهتا‬
‫أكثر الفالسفة إهنا قدمية بذواهتا حمدثة بصفاهتا وال فرق عند املسلمني بني ذوات‬
‫العامل وصفاته القائمة بذواته يف الكون حمداث فليس شيء منها أزليا وليس بني‬
36
… ‫املسلمني اختالف يف تكفري القائلني ابملقالتني وأمحد بن تيمية مع هؤالء‬
“Maka difahami daripada itu, bahawa alam ialah selain Allah S.W.T adalah
baharu. Maka jawhar dan jisim37 juga adalah baharu dengan zat dan
sifatnya. Berkata Aristotle dan pengikutnya dalam kalangan ahli falsafah:
“ia adalah qadim dengan zat dan sifatnya”. Berkata kebanyakan ahli
falsafah bahawa ia [alam] qadim zatnya baharu sifatnya. [Adapun] orang
Islam mengatakan tidak ada beza di antara zat alam dan sifat alam. Tidak
ada sesuatu pun yang terdapat di alam ini azali38, dan tidak ada khilaf

35
Beliau ialah Abu `Abd `Abd al-Rahman `Abdullah Ibn Muhammad Ibn Yusuf al-Harari al-Shaybi
al-`Abdari. Dilahirkan di Harar, Ethiopia. Beliau berpindah ke Beirut pada tahun 1950.
36
`Abdullah al-Harari al-Habasyi (1997), Izhar al-`Aqidah al-Sunniyyah bi Syarh al-
`Aqidah al-Tohawiyyah. Beirut: Dar al-Masyari` li al-Taba`ah wa al-Nasyr wa al-Tawzi`, h. 53.
37
Jawhar ialah kewujudan sesuatu yang tersendiri serta mengambil sifat dan tempat. Kalimah
yang berlawanan dengannya ialah arad atau sesuatu yang mendatang pada zat. Contohnya jisim itu
jawhar dan warna ialah arad. Sementara lawan kepada kalimah jisim ialah ruh. Lihat Majma` al-
Lughah al-`Arabiyyah (1979), Mu`jam al-Falsafi. Kaherah: al-Hay’ah al-`Ammah Lisyu’un
al-Matabi` al-Amiriyyah, h. 64; Penyusun Istilah Usuluddin dan Falsafah Islam (1991), Istilah
Usuluddin dan Falsafah Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 79.
38
Kewujudan tanpa permulaan. Lihat Penyusun Istilah Usuluddin dan Falsafah Islam (1991),
op.cit., h.

92
Razali Musa
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

dalam kalangan orang Islam dalam mengkafirkan mereka yang berkata


dengan dua pendapat di atas dan Ahmad Ibn Taymiyyah termasuk dalam
kalangan mereka”…

Dalam kenyataan di atas, Syeikh `Abdullah al-Harari menerangkan ahli falsafah


mempunyai dua pandangan tentang alam ini. Pertama alam ini baharu zat dan
sifatnya dan kedua alam ini qadim zat39 dan baharu sifatnya. Menurut Syeikh
`Abdullah al-Harari, tidak ada khilaf kekufuran kedua-dua pandangan tersebut
dalam kalangan orang Islam. Beliau menambah lagi dengan mengatakan Ibn
Taymiyyah termasuk dalam kalangan mereka yang mempunyai pendapat
yang sama dengan ahli falsafah. Hal ini menunjukkan beliau membuat tuduhan
takfir kepada Ibn Taymiyyah dalam permasalahan alam ini qadim.

Dalam masa yang sama, seorang lagi tokoh daripada gerakan al-Asya`irah
pada masa ini, iaitu Hasan Ibn `Ali al-Saqqaf40 menuduh Ibn Taymiyyah
berpandangan alam ini qadim, bersesuaian dengan pendapat ahli falsafah yang
dikafirkan oleh Imam al-Ghazali41. Tuduhan tersebut mengikut hemat penulis
secara tidak langsung mengkafirkan Ibn Taymiyyah. Beliau berkata:

‫ فإن الفالسفة الزائغني‬،‫فعقيدة قدم العامل هي قضية الفالسفة اليت يربأ منها املسلمون‬
‫ قبحهم هللا تعاىل – قال قسم منهم إن العامل العلوي وهو السماء وما فيها أزيل‬-
‫ ومنهم من يقول أن العامل‬،‫ ومن هؤالء أرسطو وتبعه الفارايب وابن سينا‬،‫مبادته وأفراده‬
‫ وهؤالء متأخروا الفالسفة وتبعهم على‬،‫أبسره قدمي اجلنس والنوع حادث األفراد‬
..‫ذلك ابن تيمية من غري أن ينسب نفسه إىل اتباعهم‬

20.
39
Kewujudan yang sedia ada dan tidak menghendaki kepada sesuatu yang lain. Lihat
Penyusun Istilah Usuluddin dan Falsafah Islam (1991), op.cit., h. 203.
40
Hasan Ibn `Ali al-Saqqaf (t.t), Majmu` Rasail al-Saqqaf . `Amman: Dar al-Razi, h. 99.
41
Tiga perkara yang menyebabkan al-Ghazali mengkafirkan ahli falsafah. Pertama, jasad
tidak dibangkitkan, hanya ruh yang diberi pembalasan.Kedua, Allah S.W.T mengetahui perkara yang
umum,bukan perkara yang khusus dan ketiga alam qadim dan azali. Lihat Al-Ghazali,
Abu Hamid Muhammad (1987), Tahafut al-Falasifah. Tahqiq: Sulaiman Dunya, c. 7, Kaherah: Dar
al-Ma`arif,
h. 307.

93
Razali Musa
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

“Maka kepercayaan bahawa alam adalah qadim merupakan


permasalahan falsafah yang melepaskan diri daripadanya umat
Islam. Sesungguhnya sebahagian ahli falsafah yang menyeleweng –
semoga Allah S.W.T menghina mereka – berkata alam atas, iaitu
langit dan segala yang ada di dalamnya azali setiap bahan dan
unsurnya. Antara mereka [ahli falsafah] ialah Aristotle dan diikuti
oleh al-Farabi dan Ibn Sina. Ada di antara mereka yang berkata
seluruh alam ini adalah qadim termasuk jenis, naw` dan segala
unsurnya. Mereka terdiri daripada ahli falsafah yang terkemudian
dan diikuti oleh Ibn Taymiyyah tanpa dinisbahkan dirinya sebagai
pengikut [ahli falsafah]”..

Sementara itu, di Malaysia fenomena tuduhan takfir terhadap golongan


Wahabiyyah Salafiyyah juga dibawa oleh mereka yang mendapat pendidikan di
negara Arab dan terpengaruh dengan pendapat guru-guru mereka, seperti Hj.
Ahmad Hafiz Bin Hj. Muhammad Alwi yang mendapat pendidikan di Lubnan.
Beliau merupakan salah seorang murid42 Syeikh `Abdullah al-Harari. Menurut
Hj. Ahmad Hafiz Bin Hj. Muhammad Alwi, golongan Wahabiyyah percaya
bahawa Allah S.W.T berjisim dan turun ke langit pertama:

“Fahaman Wahhabiyyah percaya bahawa Allah mempunyai jisim


(tubuh badan) dengan kaki dan tangan yang mana duduk di atas
`Arasy, turun serta naik setiap malam dari `Arsh ke langit pertama
pada sepertiga malam terakhir dan berada di situ sehingga
terbitnya fajar dan kemudiannya naik kembali ke `Arasy . Mereka
tidak mengetahui Allah. Mereka adalah kafir”43

Petikan di atas dengan jelas menyebut kekufuran golongan Wahabiyyah


Salafiyyah, berdasarkan pegangan mereka dalam menyamakan Allah S.W.T
dengan makhluk. Dalam petikan yang lain pula, terdapat tuduhan golongan
Wahabiyyah mengatakan Allah S.W.T ‘duduk’ atau bersemayam (istiwa’) di
atas `Arasy berdasarkan tafsiran terhadap firman Allah S.W.T seperti berikut:

42
Temubual dengan Hj. Ahmad Hafiz Bin Hj. Muhammad Alwi melalui telefon pada 22 Disember
2009, jam 12.15 tengahari.
43
Hj. Ahmad Hafiz Bin Hj. Muhammad Alwi (2007), “Penjelasan Tepat Tentang Aqidah Para
Nabi dan Ulama- Allah Wujud Tanpa Bertempat” (Kertas Kerja Seminar Ahli Sunnah wal Jamaah
di YPK, Kuala Terengganu), h. 15.

94
Razali Musa
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

‫الرمحن على العرش استوى‬


“Allah Yang Maha Pemurah, menguasai `Arash” Surah Taha (20): 5.

Menurut Ahmad Hafiz,

“Wahabiyyah mentafsirkan ayat ini sebagai ‘duduk atau


bersemayam’. Ini satu penghinaan pada Allah, kerana duduk
merupakan sifat manusia, lembu, jin, anjing, babi dan serangga.
Bagaimana Allah boleh bersifat duduk, sedangkan duduk merupakan
sifat benda yang dicipta? Wahhabiyyah tidak mengetahui dan
mengenali Allah. Mereka adalah kafir. Mereka tidak beriman dengan
ayat ini”44

Dalam buku Salafiyah Wahabiyah Suatu Penilaian Semula, Zamihan Mat Zin
Al-Ghari yang juga merupakan murid45 kepada Hasan Ibn `Ali al-Saqqaf
menyatakan bahawa Ibn Taymiyyah yang menjadi rujukan kepada pendokong
gerakan Salafiyah Wahabiyah:

“Ibn Taymiyyah beri’tiqad dengan Qidam al-`Alam dengan nau`46


(alam itu sediakala dengan jenisnya)”47

Walaupun Zamihan Mat Zin Al-Ghari tidak membuat tuduhan takfir secara
jelas dalam kenyataannya, tetapi beliau menukilkan riwayat al-Qadi `Iyad yang
menyatakan ijmak ulama mengkafirkan orang yang percaya qidam al-`Alam48.
Dalam petikan yang lain, Zamihan Mat Zin Al-Ghari juga menyatakan:

44
ibid.., h. 17.
45
Kenyataan ini merujuk kepada ijazah am yang diperolehi oleh Zamihan Mat Zin daripada
Hasan Ibn `Ali al-Saqqaf yang dipaparkan di dalam buku “Salafiyah Wahabiyah Suatu
Penilaian Semula”.
46
Maksud qidam al-`Alam bi al-naw` ialah alam ini sebelum kewujudannya terdapat alam
yang lain dan sebelum kemunculan alam yang lain itu telah wujud alam yang lain dan
seterusnya tanpa terputus. Lihat Hasan Ibn `Ali al-Saqqaf (t.t), Majmu` Rasail al-Saqqaf .
`Amman: Dar al-Razi, h. 98.
47
Zamihan Mat Zin Al-Ghari (2001), Salafiyah Wahabiyah Suatu Penilaian Semula.
Selangor: Tera Jaya Enterprise, h. 101.
48
al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani (1986), Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari. Kaherah:
Dar al-Rayyan li al-Turath, j. 12, h. 211.

95
Razali Musa
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

“Ibn Taymiyyah percaya bahawa: “Tuhan itu duduk di atas `Arasy


secara hakikat”49

Kekeliruan seperti ini timbul hasil daripada pendekatan yang dibawa oleh
pendokong gerakan Salafiyyah yang mengekalkan makna lafaz-lafaz seperti al-
istiwa’, nuzul dan al-yad mengikut zahirnya, sebagaimana yang terdapat dalam
nas al-Quran dan al-Sunnah. Keadaan ini menyebabkan mereka dituduh
golongan mujassimah, iaitu golongan yang mengisbatkan anggota bagi Allah
S.W.T, sementara golongan al-Asya`irah mentakwilkannya kepada makna
majazi, kerana jika mengikut makna hakiki adalah mustahil bagi Allah S.W.T.
Oleh kerana itu, tidak hairanlah lahirnya tuduhan kufur terhadap pendokong
gerakan Salafiyyah dalam permasalahan ini.

Sebelum dibincangkan aplikasi pendekatan ulama ahl Sunnah wa al-Jamaah


dalam persoalan di atas, adalah lebih adil diteliti terlebih dahulu pendapat Ibn
Taymiyyah tentang permasalahan alam qadim, nuzul dan istiwa’ dengan
merujuk kepada karya beliau sendiri. Ibn Taymiyyah menerangkan tentang
permasalahan alam qadim:

‫ بل هذا العامل املشهود قدمي واجب بنفسه غين عن الصانع فقد‬: ‫وإن قال امللحد‬
‫أثبت واجبا بنفسه قدميا أزليا هو جسم حامل لألعراض متحيز يف اجلهات تقوم به‬
‫األكوان وحتله احلوادث واحلركات وله أبعاض وأجزاء فكان ما فر منه من إثبات‬
‫جسم قدمي قد لزمه مثله وما هو أبعد منه ومل يستفد بذلك اإلنكار إال جحد اخلالق‬
‫وتكذيب رسله وخمالفة صريح املعقول والضالل املبني الذي الذي هو منتهى ضالل‬
50
‫الضالني وكفر الكافرين‬
”Sekiranya seorang mulhid berkata: “Bahkan alam yang disaksikan ini
qadim, ia wajib wujud secara sendiri tanpa perlu ada pencipta”, maka
sesungguhnya dia [orang mulhid yang berkata sedemikian] telah

49
Zamihan Mat Zin Al-Ghari (2001), Salafiyah Wahabiyah Suatu Penilaian Semula. Selangor:
Tera Jaya Enterprise, h. 105.
50
Ahmad Ibn `Abd al-Halim Ibn Taimiyyah (1971), Dar’u Ta`arud al-`Aql wa al-Naql. Tahqiq:
Muhamad Rasyad Salim, Republik Arab Bersatu: Dar al-Kutub, j. 1, h. 129.

96
Razali Musa
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

menetapkan sesuatu yang wajib secara sendirinya lagi bersifat qadim


dan azali [bagi alam ini]. [seolah-olah alam] ini ialah satu jisim yang

boleh menanggung benda-benda lain untuk bertukar arah, berdiri


dengannya segala yang ada di maya padanya, yang dipenuhi dengan
kejadian-kejadian dan pergerakan-pergerakan, baginya ada bahagian-
bahagian dan pecahan-pecahan. Maka apa yang cuba dia lari darinya,
iaitu dengan menetapkan alam dan perkara-perkara yang berlaku di
dalamnya dan banyak lagi sebagai qadim, keingkarannya tidak
memberikan apa-apa faedah [kepada dirinya] melainkan ingkar
terhadap Pencipta [Allah], mendustakan rasul-rasulNya dan
menyelisihi apa yang jelas di sisi akal dan kesesatan yang nyata. Semua
ini adalah puncak kesesatan bagi golongan yang sesat dan [puncak]
kekufuran bagi orang kafir.

Ibn Taymiyyah dalam kenyataan di atas menjelaskan bahawa mereka yang


percaya kepada alam qadim adalah seorang yang mulhid. Sudah tentu kenyataan
ini bercanggah dengan tuduhan yang dilemparkan kepadanya bahawa beliau
mengatakan alam qadim.
Adapun tentang persoalan nuzul dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam
hadithnya seperti berikut:

‫ينزل ربنا تبارك وتعاىل كل ليلة إىل السماء الدنيا حني يبقى ثلث الليل اآلخر يقول‬
51
.‫من يدعوين فأستجب له من يسألين فأعطيه من يستغفرين فأغفر له‬
“Allah SWT turun (nuzul) setiap malam ke langit dunia, ketika malam
berbaki satu pertiga, lalu berfirman : Sesiapa yang berdoa, maka
Aku perkenankan doanya, sesiapa yang meminta maka
Aku perkenankan permintaannya, sesiapa yang meminta ampun maka
Aku ampunkannya”.

51
Al-Bukhari, Muhammad Ibn Isma`il (t.t), Sahih al-Bukhari, no. hadis: 1094, j. 1. Kaherah: Dar al-
Hadith, h. 200.

97
Razali Musa
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

Ibn Taymiyyah menjelaskan pendapatnya dalam persoalan turun (nuzul) dan


’al-Istiwa’ seperti berikut:

‫ كيف استوى على العرش ؟ قيل له كما قال ربيعة ومالك وغريمها‬: ‫فإذا قال السائل‬
‫ االستواء معلوم والكيف جمهول واالميان به واجب والسؤال عن‬: ‫رضي هللا عنهم‬
‫الكيفية بدعة ألنه سؤال عما ال يعلمه البشر وال ميكنهم اإلجابة عنه وكذلك إذا‬
‫ ال أعلم‬: ‫ كيف هو ؟ فاذا قال‬: ‫قال كيف ينزل ربنا إىل السماء الدنيا ؟ قيل له‬
‫ وحنن ال نعلم كيفية نزوله اذ العلم بكيفية الصفة يستلزم العلم بكيفية‬: ‫كيفيته قيل له‬
52
… ‫املوصوف‬

“Maka apabila orang bertanya: Bagaimana istiwa’ di atas `Arasy?


Dikatakan kepadanya sebagaimana kata Rabi`ah dan Malik dan lain-
lain r.a: al-Istiwa’ dimaklumi, kaifiyahnya tidak diketahui, beriman
dengannya adalah wajib dan bertanya tentangnya adalah bidaah,
kerana ia bertanya tentang perkara yang tidak diketahui oleh manusia
dan tidak mungkin mereka mampu menjawabnya. Begitu juga [soalan]
bagaimana nuzul (turun) Tuhan kami ke langit dunia? Dikatakan
kepadanya: bagaimana? Apabila ia berkata: Aku tidak tahu kaifiyah,
dikatakan kepadanya : dan kami tidak mengetahui kaifiyah nuzul,
kerana pengetahuan dengan kaifiyah sesuatu sifat [nuzul] bererti
mengetahui kaifiyah perkara yang disifatkannya [Allah S.W.T]”

Berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan Ibn Taymiyyah di atas, ternyata telah


berlaku kesilapan dalam menaqalkan pendapat beliau dalan persoalan alam
qadim, turun (nuzul) dan ’al-Istiwa’. Jika diandaikan betul petikan yang
menuduh beliau berpandangan sedemikian, sekurang-kurangnya sudah wujud
percanggahan antara kenyataan-kenyataan Ibn Taymiyyah.

52
Ahmad Ibn `Abd al-Halim Ibn Taimiyyah (t.t), al-Risalah al-Tadamuriyyah. Tahqiq: Muhamad
Hamid al-Faqi. Kaherah: Maktabah al-Sunnah al-Muhamadiyyah, h. 18.

98
Razali Musa
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

Sehubungan dengan itu, Ibn Taymiyyah menegaskan beliau mengikut


pandangan ulama salaf, iaitu Rabi`ah Ibn Abi `Abd al-Rahman (lahir 136 H)
dan Imam Malik Ibn Anas (712 – 795 M), iaitu beriman dengan setiap perkataan
yang terdapat dalam nas tanpa mentakwilkannya.

Persoalan yang berkaitan dengan ’tangan’ (al-yad), turun (al-nuzul) dan ’al-
istiwa’ adalah termasuk dalam ayat mutasyabihah. Hal ini juga disahkan juga
oleh al-Imam Abu Zahrah yang menyatakan Ibn Taymiyyah tidak mentakwil
persoalan yang berkaitan dengan ’tangan’ (al-yad), turun (al-nuzul) dan ’al-
Istiwa’ . Namun begitu, sifat-sifat tersebut tidak sama sekali menyamai
makhluk.53

Ulama telah khilaf dalam perkara tersebut sehingga sekarang, di antara


penyokong Ibn Taymiyyah dan al-Asya`ri.54 Satu pihak tidak mentakwilkannya
dan menyerahkan kefahaman sebenar kepada Allah S.W.T, sementara satu pihak
lagi cenderung kepada mentakwilkannya, selagi tidak bercanggah dengan
syarak dan penggunaan bahasa Arab.

Tuduhan Tokoh Gerakan Salafiyyah Kepada Tokoh Al-Asya`irah


Setelah menerangkan beberapa petikan yang mengandungi takfir terhadap
golongan Wahabiyyah-Salafiyyah, dibincangkan pula, tuduhan takfir yang
lahir daripada golongan Wahabiyyah-Salafiyyah dengan merujuk kepada
karangan Muhammad `Abd al-Wahhab. Sebelum perbincangan ini diteruskan,
perlu diingatkan terlebih dahulu bahawa petikan-petikan yang dipilih adalah
berdasarkan kepada karangan Syaikh Muhammad `Abd al-Wahhab, walaupun
beliau sendiri menyangkal tuduhan yang mengatakan beliau mengkafirkan
musuh-musuhnya55. Dalam hal ini, diperturunkan contoh-contoh petikan yang
mengandungi takfir:

‫وما ذكرته يل أيها املشرك من القرآن أو كالم رسول هللا صلى هللا عليه وسلم ال‬
…56 ‫أعرف معناه‬

53
Muhamad Abu Zahrah (2000), Ibn Taymiyyah. Kaherah: Dar al-Fikr al-`Arabi, h. 215.
54
`Abd al-Halim Mahmud (1982), al-Tafkir al-Falsafi fi al-Islam. Beirut: Maktabah al-
Madrasah, h.134.
55
Lihat Muhammad `Abd al-Wahhab (1983), Fi `Aqaid al-Islam min Rasa’il al-Syaikh Muhammad
`Abd al- Wahhab. Beirut: Dar al-Afaq al-Hadithah, h. 97.
56
Muhammmad `Abd al-Wahhab (t.t), Kasyf al-Syubahat. Iskandariyyah: Dar al-Iman, h. 23.

99
Razali Musa
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

“Dan apa yang engkau sebut kepadaku wahai musyrik daripada [ayat]
al-Quran atau kalam rasulullah s.a.w, aku tidak mengetahui maknanya”.

Kalimah “musyrik” dalam petikan di atas tidak boleh ditakwil kepada makna
yang lain, selain kekufuran, kerana orang kafir tidak akan menyebut hujah dan
dalil daripada al-Quran dan al-Hadith. Dalam petikan lain, Syaikh Muhammad
`Abd al-Wahhab menamakan lawannya dalam berhujah sebagai “musyrikin”:

‫وأان أذكر لك أشياء مما ذكر هللا يف كتابه جوااب لكل ما احتج به املشركون يف‬
57
‫زماننا علينا‬
“Dan saya menyatakan kepada anda perkara-perkara yang disebut
oleh Allah SWT dalam kitabNya sebagai jawapan kepada semua hujah
yang digunakan oleh musyrikin pada zaman kita terhadap kita
semua”.

Dalam petikan di atas, diungkap juga kalimah “musyrikin” terhadap mereka


yang menyatakan hujah-hujah yang tidak dipersetujui oleh Syaikh Muhammad
`Abd al-Wahhab. Malangnya, beliau menggelarkan golongan yang tidak
bersetuju dengan dakwah yang dipeloporinya dengan gelaran “musyrikin”,
sedangkan golongan yang dihadapinya terdiri dalam kalangan umat Islam.
Maksud “musyrikin” dijelaskan lagi oleh Syaikh Muhamad Ibn Saleh al-
Uthaymin (1930-2000 M) seperti berikut:

‫ألن علماء هؤالء املشركني يوحدون هللا عزوجل توحيدا انقصا حيث إهنم ال‬
‫ وهذا توحيد انقص ليس هو توحيدا يف‬،‫يوحدون هللا إال بتوحيد الربوبية فقط‬
‫احلقيقة بدليل أن النيب صلى هللا عليه وسلم قاتل املشركني الذين يوحدون هللا هذا‬
58
.‫ ومل ينفعهم هذا التوحيد ومل تعصم به دماؤهم وأمواهلم‬،‫التوحيد‬
“Kerana ulama musyrikin mentauhidkan Allah S.W.T dengan tauhid yang
cacat, mereka tidak mentauhidkan Allah S.W.T kecuali dengan tauhid
rububiyyah sahaja. Dan tauhid ini adalah tauhid yang cacat bukan tauhid
yang sebenar. Dalilnya nabi s.a.w memerangi musyrikin yang mentauhidkan

57
Muhammad `Abd al-Wahab (t.t), op.cit., h. 22.
58
Muhamad Ibn Saleh al-Uthaymin (2005), Syarh Kasyf al-Syubahat. Tahqiq `Atif
Sabir Syahin. Mansourah: Dar al-Ghad al-Jadid, h. 48.

100
Razali Musa
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

Allah S.W.T dengan tauhid ini [tauhid rububiyyah]. Tauhid ini tidak memberi
manafaat kepada mereka dan tauhid ini juga tidak dapat memelihara nyawa
dan harta mereka”.

Berdasarkan kepada petikan di atas, jelas dapat difahami bahawa maksud


musyrikin ialah mereka yang tidak membahagikan tauhid kepada tiga, iaitu
tauhid rububiyyah, tauhid uluhiyyah dan tauhid al-asma’ wa al-sifat. Mengikut
sejarahnya, pembahagian tauhid ini dipelopori oleh Ibn Taymiyyah59 pada
kurun ketujuh Hijrah. Golongan yang tidak membahagikan tauhid kepada tiga
pada zaman Syaikh Muhamad `Abdul Wahab antaranya ialah pengikut al-
`Asya`irah60. Tuduhan takfir itu, bukan sahaja ditujukan kepada orang awam,
bahkan juga kepada ulama. Dalam petikan yang lain Syaikh Muhammad
`Abdul Wahhab menggelarkan “musyrikin” kepada mereka yang tidak
bersama-sama dengannya:

‫فإذا عرفت أن هذا الذي يسميه املشركون يف زماننا "اإلعتقاد" هو الشرك الذي نزل‬
‫ فاعلم أن شرك األولني‬،‫فيه القرآن وقاتل رسول هللا صلى هللا عليه وسلم الناس عليه‬
61
..‫أخف من شرك أهل زماننا‬

“Apabila kamu mengetahui bahawa yang dipanggil oleh musyrikin pada


zaman kita “iktikad” adalah syirik yang diturunkan padanya al-Quran
dan rasulullah s.a.w memerangi manusia kerananya, maka ketahuilah
syirik orang dahulu lebih ringan daripada syirik orang sekarang”.

Syaikh Muhammad `Abd al-Wahhab juga menggelarkan “musyirikin” kepada


orang Islam pada zamannya, bahkan menganggap musyrikin dahulu lebih baik
daripada musyrikin pada masa ini. Kenyataan tersebut dengan jelas dan terang

59
Fauzi Zakaria (2007), Pengaruh Pemikiran Assyahid Sayyid Qutb Terhadap Gerakan Islam di
Malaysia. Kuala Lumpur: Jundi Resource, h. 38.
60
Tokoh-tokoh tasawuf al-Asya`irah pada zaman Syaikh Muhammad `Abdul Wahhab seperti, Qadi
`Abdullah Ibn `Abd al-Latif, Muhamad Ibn `Afaliq daripada kawasan al-Ihsa’. Daripada Najd
seperti, Sulaiman Ibn Suhaim, `Abdullah al-Muwais, Syeikh Sulaiman Ibn `Abd al-Wahab.
Daripada Mekah Syeikh Mufti Ahmad Zaini Dahlan dan lain-lain. Lihat Hersi Mohamed
Hilole (1994), “al- Salafiyyah al-Wahabiyyah bayna Muayyidiha wa Muntaqidiha” (Disertasi
Sarjana, Fakulti Pengajian Islam, UKM), h. 134.
61
Muhamad `Abd al-Wahhab (t.t), Kasyf al-Syubahat. Iskandariyah: Dar al-Iman, h. 31.

101
Razali Musa
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

menunjukkan adanya tuduhan takfir kepada mereka yang tidak bersetuju


dengannya dan tidak bersama-sama dengan dakwah yang dibawanya.

Berdasarkan kenyataan Syaikh Muhammad `Abd al-Wahhab boleh disimpulkan


bahawa beliau mengambil pendekatan keras terhadap musuh-musuhnya yang
terdiri daripada kalangan umat Islam, sehingga menganggap mereka sebagai
“musyrikin”.

Pertelingkahan itu, tidak terhenti setakat perselisihan pendapat sahaja, bahkan


pengikutnya menggunakan kekuatan senjata untuk menundukkan mereka yang
tidak bersetuju dengan mereka. Perkara itu berlaku berdasarkan tafsiran mereka
menentang kemungkaran bidaah dan kewajipan amar makruf nahi mungkar 62.
Keadaan ini mengingatkan kembali kepada peristiwa yang telah disebut oleh Ibn
al-Athir pada tahun 323 Hijrah terhadap pengikut mazhab Hanbali
menggunakan pendekatan yang sama ketika mereka mempunyai kuasa
pemerintahan. Contohnya apabila seorang lelaki, perempuan dan anak-anak
berjalan, mereka bertanya hubungan antara mereka, jika mereka diam, mereka
akan dipukul63.

ANALISIS PENDEKATAN ULAMA AHL SUNNAH WA AL-JAMAAH


Apabila diterapkan pendekatan ulama ahl Sunnah wa al-Jamaah yang menyebut
bahawa kekufuran hanya disabitkan dengan pendustaan terhadap ajaran nabi
s.a.w64, maka tuduhan kufur yang dilabelkan dalam permasalahan tidak
mentakwil ayat yang mutasyabihah, tidak sepatutnya berlaku. Maksudnya, tidak
ada pendustaan dalam isu tidak mentakwil ayat yang mutasyabihah yang
menyebabkan berlaku kekufuran. Maka tuduhan takfir itu tidak berlaku dalam
perkara ijtihad untuk memahami nas. Malah, tidak mentakwil ayat
mutasyabihah tidak temasuk dalam golongan yang mendustakan nabi s.a.w.
Jauh sekali mengingkari perkara-perkara al-ma`lum mina al-din bi al-darurah.
Pandangan ini dinyatakan oleh al-Imam al-Ghazali (1058 – 1111 M) dan Ibn al-
Murtadha al-Yamani (w. 1436 M) yang menyatakan kekufuran berlaku, apabila
terdapat pendustaan terhadap ajaran nabi s.a.w 65

62
Muhamad Abu Zahrah (2000), Tarikh al-Madhahib al-Islamiyyah. Kaherah: Dar al-Fikr al-
`Arabi, h. 212.
63
Lihat Ibn al-Athir, `Ali ibn Abu al-Karam (1995), al-Kami l fi al-Tarikh. Beirut: Dar al-Kutub
al-`Ilmiyyah, tahqiq `Abdullah al-Qadi, j. 7, h. 113.
64
Muhammad `Abd al-Wahab (t.t), Kasyf al-Syubuhat. Iskandariyah: Dar al-Iman, h. 23.
65
Muhammad `Abd al-Wahab (t.t), Kasyf al-Syubuhat. Iskandariyah: Dar al-Iman, h. 23.

102
Razali Musa
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

Menurut Syeikh al-Azhar, Syaikh Mahmud Syaltut, kekhilafan yang berlaku


dalam perkara yang tidak ada kata putus (qat`i) tentang kefahaman yang
sebenarnya (dilalah al-nas), menghalang daripada tuduhan sesat atau fasik.
Syaikh Mahmud Syaltut menjelaskan lagi, bahawa dalil naqli yang sampai ke
peringkat yakin dan boleh disabitkan sebagai akidah mestilah memenuhi syarat
tidak syak (putus) daripada sudut sumber nas (qat`i al-wurud) dan tidak syak
(putus) dari sudut kehendak dan kefahaman nas (qat`i al-dilalah).

Adapun syarat pertama, iaitu tidak syak daripada sudut sumber, bermakna
tidak ada keraguan tentang kesahihannya daripada nabi s.a.w dan keadaan ini
berlaku kepada ayat-ayat al-Quran dan al-Hadith mutawatir sahaja.
Sementara syarat kedua, iaitu tidak syak dari sudut kehendak dan kefahaman
nas. Hal ini bermaksud kefahaman nas yang muhkam yang tidak boleh
ditakwil lagi, seperti ayat-ayat yang menceritakan tentang hari Akhirat.
Apabila syarat tersebut dipenuhi, maka ia boleh diyakini dan layak dijadikan
sebagai akidah dan sesiapa mengingkarinya kufur66.

Berdasarkan kepada kenyataan Syaikh Mahmud Syaltut tersebut, tuduhan sesat


atau fasik tidak boleh ditujukan kepada mereka, apatah lagi tuduhan kufur. Hal
yang sama juga ditegaskan oleh Syaikh Muhamad `Abd al-Rahman Baysar yang
melarang dilemparkan tuduhan takfir kepada ulama yang berselisih pandangan
dalam permasalahan ketuhanan (al-uluhiyyah), Perkara yang lebih utama ialah
mengagungkan Allah S.W.T dan menyucikanNya daripada segala persamaan
dengan makhluk67. Di samping itu, ulama yang mentakwil ayat-ayat al-
mutasyabihah bertujuan untuk mempertahankan akidah daripada musuh-musuh
Islam yang terdiri daripada ahli kitab, penganut agama Majusi dan lain-lain lagi.
Tambahan pula, takwil yang dilakukan masih lagi dalam ruang lingkup yang
dibenarkan oleh kegunaan bahasa Arab68.

Ahl al-Sunnah mewajibkan kepada diri mereka supaya berdoa kepada mereka
yang telah pergi terlebih dahulu (Salaf al-Ummah) agar diampunkan oleh Allah
S.W.T, bukan dengan mengkufurkan mereka. Allah S.W.T berfirman:

”Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan


Ansor), mereka berdoa: "Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan
saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan

66
. Lihat Mahmud Syaltut (1988), al-Islam `Aqidah wa Syari`ah. Kaherah: Dar al-Syuruq,h. 56.
67
Lihat Syaikh Muhamad `Abd al-Rahman Baysar (1970), op.cit., h. 569.
68
Lihat Yusuf al-Qardawi (2001), Kaifa Nata`amal ma`a al-Quran al-Karim. Beirut: Muasassah al
Risalah, h. 339.

103
Razali Musa
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami


terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya
Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang. (Surah al-Hasyr
(59) : 10)

Di samping itu, dalam pendekatan lain, ulama ahl Sunnah wa al-Jamaah tidak
‘menentukan kekufuran kepada peribadi tertentu’ secara khusus. Situasi ini amat
berlawanan dengan sikap yang diambil oleh Syeikh `Abdullah al-Harari yang
mengkhususkan tuduhan takfir kepada Ibn Taymiyyah yang juga merupakan
seorang ulama terkenal. Mengkafirkan secara khusus ialah menghukum kufur
kepada individu tertentu dengan menamakannya secara khusus setelah cukup
syarat-syarat kekufuran dan tiada lagi halangan yang dapat menghalang
daripada tuduhan kufur, seperti jahil, dipaksa atau perkara-perkara yang
termasuk dalam pemasalahan ijtihad. Dalam hal ini, perselisihan yang berlaku
ialah dalam perkara-perkara ijtihad yang tidak ada nas yang putus. Dengan itu,
tuduhan takfir itu tidak sewajarnya dilakukan, apatah lagi melibatkan ulama.

Apabila diterapkan pendekatan ulama ahl Sunnah wa al-Jamaah dalam


permasalahan tuduhan Syaikh Muhammad `Abd al-Wahhab, beliau menyatakan
bahawa kekufuran tidak boleh diumumkan kepada masyarakat Islam yang tidak
melaksanakan hukum Allah S.W.T. Walaupun masyarakat Islam pada zaman
Syaikh Muhammad `Abd al-Wahhab di Semenanjung Tanah Arab melakukan
perkara bidaah dan khurafat, seperti penghormatan yang melampau terhadap
individu tertentu dan berdoa secara bertawasul dengan kubur dan pokok dengan
mendakwa doa tersebut boleh mendekatkan diri mereka kepada Allah S.W.T
dan memakbulkan segala hajat mereka69. Umpamanya, di al-Jubailah, terdapat
mereka yang berulang-alik ke kubur Yazid Ibn al-Khattab meminta hajat
darinya, supaya ditolak bala dalam kehidupan mereka. Begitu juga di al-
Manfuhah mereka bertawassul dengan pokok tamar jantan supaya cepat
mendapat jodoh70. Namun begitu, tindakan itu tidak boleh dijadikan sebab untuk
mengumumkan kekufuran dan mengeluarkan mereka semua daripada Islam,
kerana kejahilan adalah salah satu faktor yang menghalang daripada dikufurkan
seseorang, sebagaimana yang disebut dalam al-Quran:

69
Lihat Wizarah al-Ma`arif (1988), Muqarar al-Tarikh. Jedah : Dar al-Asfahani, h. 15; Al-
Imam Muhamad Abu Zahrah (1996), op.cit., h. 212.
70
Zainal Abidin Syihab (1997), Gerakan Islah Muhammad Abd al-Wahhab: kenyataan dan
Tohmahan. Ibnu Hussin (terj.). Kuala Lumpur: Nuur Publication, h. 86.

104
Razali Musa
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

“Tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami


mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan
yang salah)”. Surah al-Isra’ (17): 15

Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah S.W.T tidak mengazab sesuatu kaum,
kecuali setelah diutuskan rasul kepada mereka. Hal ini menunjukkan bahawa
kejahilan terhadap risalah Allah S.W.T adalah penghalang kepada azab neraka.

Allah S.W.T tidak memerintah atau melarang sesuatu perkara, kecuali setelah
disampaikan ajaran-Nya terlebih dahulu. Firman Allah S.W.T:

“Dan Al Quran ini diwahyukan kepadaku supaya dengan dia aku


memberi peringatan kepadamu dan kepada orang-orang yang
sampai Al-Quran (kepadanya)”. Surah Al-A`raf (6): 19)

Oleh kerana itu, mereka yang jahil terhadap sesuatu perintah atau larangan tidak
dianggap kufur, kecuali setelah ia mengetahui dan mengingkarinya juga, maka
ketika itu, ia dianggap kufur. Perkara ini juga disentuh oleh hadith yang
mensyaratkan ajaran nabi s.a.w telah disampaikan kepada orang bukan Islam.
Mereka hanya akan diazab dalam neraka setelah mereka mengetahui ajaran
tersebut. Nabi s.a.w bersabda:

‫والذى نفس حممد بيده ال يسمع ىب احد من هذه األمة يهودى وال نصراىن مث ميوت‬
…71‫ومل يؤمن ابلذى أرسلت به اال كان من اصحاب النار‬

Dan demi diri Muhamad s.a.w yang berada dalam genggamanNya


[Allah S.W.T] tidak mendengar seseorang tentang [ajaran] aku dalam
kalangan umat ini, sama ada Yahudi atau Nasrani kemudian dia mati
dan tidak beriman dengan ajaran yang diutuskan kepadaku, kecuali
ia menjadi penghuni neraka”.

Hal ini menjelaskan bahawa kejahilan adalah penghalang daripada tuduhan


takfir. Dalam masa yang sama juga, menjadi kewajipan kepada umat Islam agar
mereka menyampaikan seruan dakwah dan memberi peringatan kepada kaum
mereka, firman Allah S.W.T:

71
Abu al-Husayn Muslim Ibn al-Hajjaj (1987), Sahih Muslim bi Syarh al-Nawawi, no. hadith: 153,
j. 2, Kaherah: Dar al-Rayyan li al-Turath, h. 186.

105
Razali Musa
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan


perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara
mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka
tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya
apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat
menjaga dirinya. (Surah Al-Taubah (9): 122)

Sementara kepada setiap individu, ia berkewajipan mencari ilmu, supaya tidak


termasuk ke dalam golongan yang cuai dalam menuntut ilmu, sebagaimana yang
dinyatakan oleh Allah S.W.T:

Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika


kamu tidak mengetahui. (Surah Al-Nahl (16): 43)

Kewajipan menyampaikan dakwah adalah menjadi tanggungjawab kepada


semua anggota masyarakat.72 Jika urusan tersebut masih lagi tidak sempurna
maka mereka semua adalah berdosa, sehingga kefarduan itu terlaksana.73 Dalam
konteks ini, maka tidak boleh seseorang muslim mengumumkan kekufuran
kepada sesama Islam yang melakukan perkara-perkara khurafat dan bidaah,
kerana berkemungkinan mereka jahil dan terikut-ikut suasana persekitaran
masyarakat ketika itu. Kejahilan umat Islam sudah tentu tidak memerlukan
kepada kekerasan untuk mengatasinya.

Adapun menuduh dengan gelaran “musyrikin” dalam perkara khilaf, seperti


pembahagian tauhid adalah bercanggah dengan pendekatan ulama ahl Sunnah
wa al-Jamaah yang menyatakan kekufuran hanya disabitkan dengan nas dan
ijmak ulama. Pembahagian tauhid adalah hasil daripada ijtihad Ibn Taymiyyah
yang mengkaji suasana persekitaran umat Islam ketika itu yang dibelenggu oleh
kejahilan terhadap tanggung jawab mereka terhadap Islam yang dijajah oleh
kuasa Monggol. Sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini, ulama
melarang dilemparkan tuduhan takfir kepada mereka yang berselisih
pandangan dalam permasalahan ketuhanan (al-uluhiyyah)74.
Umat Islam sewajarnya menghormati pandangan yang berbeza dalam
permasalahahan fikah dan akidah, selagi mereka mempunyai dalil dan sandaran
yang kukuh, terutamanya dalam perkara yang tidak ada nas yang boleh
memutuskannya, kerana tidak ada hak keistimewaan dan kelebihan antara para

72
Lihat Azmi, A. S. (2020). 40 Hadis tentang Dakwah dan Tarbiah. Ulum Hadith Research
Centre. h. 7.
73
Hasan Isma`il al-Hudaybi (1977), op.cit., h. 71.
74
Lihat Syaikh Muhamad `Abd al-Rahman Baysar (1970), op.cit., h. 569.

106
Razali Musa
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

mujtahid. Keadaan ini juga tidak menghalang perbincangan yang membina dan
kajian ilmiah yang mendalam dipayungi oleh sikap penuh toleransi dan kasih
sayang75. Malahan Allah S.W.T memerintah umat Islam supaya berbahas
dengan orang kafir dengan memilih sebaik-baik cara dan pendekatan. Allah
S.W.T berfirman:

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan


pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.
Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang
siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih
mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (Surah Al-Nahl
(16): 125)

Justeru itu, alangkah baiknya sikap yang sama dihayati dalam menangani
permasalahan khilaf sesama Islam, bahkan menjadi satu keutamaan lagi,
berbanding dengan orang kafir.

KESIMPULAN
Ringkasnya, perselisihan antara gerakan al-Asya`irah dan Salafiyyah adalah
kesinambungan perselisihan yang telah lama berlaku dalam sejarah kekhilafan
ulama Islam. Secara umumnya, perselisihan berlaku dalam konteks yang
dibenarkan oleh keluasan Islam itu sendiri, mengikut kecederungan keilmuan
masing-masing selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip asas Islam.
Berdasarkan kepada pendekatan ulama ahl Sunnah wa al-Jamaah, tuduhan takfir
tidak wajar dilemparkan antara kedua-dua pihak, pertama, kerana kekufuran
hanya boleh disabitkan oleh nas dan ijmak ulama. Kedua, pendekatan tidak
menentukan kekufuran kepada peribadi tertentu secara khusus dan ketiga, tidak
boleh mengumumkan kekufuran kepada umat Islam yang melakukan perkara-
perkara bidaah dan khurafat. Apatah lagi, jika dia seorang yang jahil, dan
kejahilannya itu adalah penghalang yang mewajarkan tuduhan takfir.

75
Yusuf al-Qardawi (1991), Awlawiyyat al-Harakah al-Islamiyyah fi al-Marhalah al-Qadimah.
Kaherah: Maktabah Wahbah, h. 88.

107
Razali Musa
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

RUJUKAN

Abdul Halim el-Muhammady (1982), Mazhab Syafie dan Masalah Kaum


Muda di Malaysia. Kajang: Persatuan Bekas Mahasiswa Timur Tengah.
Abd al-Halim Mahmud (1982), al-Tafkir al-Falsafi fi al-Islam. Beirut: Maktabah
al-Madrasah.
Abdullah al-Harari al-Habasyi (1997), Izhar al-`Aqidah al-Sunniyyah bi Syarh
al-`Aqidah al-Tohawiyyah. Beirut: Dar al-Masyari` li al-Taba`ah wa al-Nasyr
wa al-Tawzi.
Abu al-Husayn Muslim Ibn al-Hajjaj (1987), Sahih Muslim bi Syarh al-Nawawi, no.
hadith: 153, j. 2, Kaherah: Dar al-Rayyan li al-Turath.
Abu Hamid Muhammad (1987), Tahafut al-Falasifah. Tahqiq: Sulaiman Dunya, c.
7, Kaherah: Dar al-Ma`arif.
Adnan Hj. Nawang (1980), “Za’ba dan Ajaran Khwaja Kamaluddin”, dalam Khoo
Kay Kim et al. (eds.) Pendidikan di Malaysia Dahulu dan Sekarang. Kuala
Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.
Adnan Hj. Nawang (2007), Za’ba dan Melayu. Tanjong Malim: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Ahmad Hafiz Bin Hj. Muhammad Alwi (2007), “Penjelasan Tepat Tentang Aqidah
Para Nabi dan Ulama- Allah Wujud Tanpa Bertempat” (Kertas Kerja Seminar
Ahli Sunnah wal Jamaah di YPK, Kuala Terengganu).
Ahmad Ibn `Abd al-Halim Ibn Taimiyyah (1971), Dar’u Ta`arud al-`Aql wa al-Naql.
Tahqiq: Muhamad Rasyad Salim, Republik Arab Bersatu: Dar al-Kutub, j. 1, h.
129.
Ahmad Ibn `Abd al-Halim Ibn Taimiyyah (t.t), al-Risalah al-Tadamuriyyah. Tahqiq:
Muhamad Hamid al-Faqi. Kaherah: Maktabah al-Sunnah al-Muhamadiyyah.
Al-Bukhari, Muhammad Ibn Isma`il (t.t), Sahih al-Bukhari, no. hadis: 1094, j. 1.
Kaherah: Dar al-Hadith.
Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad (1983), al-Iqtisad fi al-I`tiqad. Beirut: Dar al-
Kutub al-`Ilmiyyah.
Al-Imam Muhamad Abu Zahrah (1996), Tarikh al-Mazahib al-Islamiyyah fi al-
Siyasah wa al-`Aqaid wa Tarikh al-Mazahib al-Fiqhiyyah. Kaherah: Dar al-
Fikr al-`Arabi.
Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani (1986), Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari.
Kaherah: Dar al-Rayyan li al-Turath.
Al-Zarqani, Muhamad `Abd al-`Azim (1988), Manahil al-`Irfan fi `Ulum al-Quran.
Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah.
Azmi, A. S. (2020). 40 Hadis tentang Politik dan Kepimpinan.
Azmi, A. S. (2020). 40 Hadis tentang Dakwah dan Tarbiah. Ulum Hadith Research
Centre.
Dewan Redaksi Ensiklopedi Islam (1994) Ensiklopedi Islam. Jakarta: PTIchtiar Baru
van Hoeve.
Ensiklopedia Islam (2004), Ensiklopedia Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

108
Razali Musa
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

Fauzi Zakaria (2007), Pengaruh Pemikiran Assyahid Sayyid Qutb Terhadap Gerakan
Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Jundi Resource.
Hamka (1982), Ayahku. c.4, Jakarta: Jayamurni.
Hasan Isma`il al-Hudaybi(1977), Duah la Quda, Iskandariah: Dar al-Da`wah.
Hasan Ibn `Ali al-Saqqaf (t.t), Majmu` Rasail al-Saqqaf . `Amman: Dar al-Razi.
Hersi Mohamed Hilole (1994), “al- Salafiyyah al-Wahabiyyah bayna Muayyidiha
wa Muntaqidiha” (Disertasi Sarjana, Fakulti Pengajian Islam, UKM).
Hussin Mutalib (1993), Islam in Malaysia: From Revivalism to Islamic State.
Singapore: Singapore University Press.
Ibrahim Madkur (1983), Fi al- Falsafah al-Islamiyyah:Manhaj wa Tatbiquhu.
Kaherah: Dar al-Ma`arif.
Ismail Hamid (1986), Perkembangan Islam di Asia dan Alam Melayu. Kuala Lumpur:
Heineman Sdn. Bhd.
Ismail Hj. Ibrahim et al. (1992), “Syekh Tahir Jalaludin, 1869-1956 Reformis
Islam”, dalam Ismail Mat. (eds.), Ulama Silam dalam Kenangan. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Istilah Usuluddin dan Falsafah Islam (1991), Istilah Usuluddin dan Falsafah Islam.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamarudin Salleh (2007), Modenisme Islam Malaysia - Indonesia. Bangi: Jabatan
Usuluddin dan Falsafah, UKM.
Majma` al-Lughah al-`Arabiyyah (1979), Mu`jam al-Falsafi. Kaherah: al-Hay’ah
al-`Ammah Lisyu’un al-Matabi` al-Amiriyyah, h. 64;
Mohammad Redzuan Othman (2005), Islam dan Masyarakat Melayu. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.
Muhammad `Imarah (2008), al-Salaf wa al-Salafiyyah. Kaherah: Wizarah al-Awqaf.
Muhammad Abu Zahrah (2000), Ibn Taymiyyah. Kaherah: Dar al-Fikr al-`Arabi.
Muhammad `Abd al-Wahhab (1983), Fi `Aqaid al-Islam min Rasa’il al-Syaikh
Muhammad `Abd al- Wahhab. Beirut: Dar al-Afaq al-Hadithah.
Muhammad `Abd al-Wahhab (t.t), Kasyf al-Syubahat. Iskandariyyah: Dar al-Iman.
Muhammad `Abd al-Wahhab (t.t), Kasyf al-Syubahat. Iskandariyah: Dar al-Iman.
Muhammad Abu Zahrah (2000), Tarikh al-Madhahib al-Islamiyyah. Kaherah: Dar
al-Fikr al-`Arabi.
Muhammad `Abd al-Wahab (t.t), Kasyf al-Syubuhat. Iskandariyah: Dar al-Iman.
Mahmud Syaltut (1988), al-Islam `Aqidah wa Syari`ah. Kaherah: Dar al-Syuruq.
Muhamad Ibn Saleh al-Uthaymin (2005), Syarh Kasyf al-Syubahat. Tahqiq
`Atif Sabir Syahin. Mansourah: Dar al-Ghad al-Jadid.
Musa Syahin Lasyin (2002), al-Laali al-Hassan fi `Ulum al-Quran. Kaherah: Dar al-
Syuruq.
Pendita Za’ba (1984), Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Saleh al-Wardani (2004), Firaq Ahl al-Sunnah. Beirut: Dar al-Mada.
Seminar Ahli Sunnah wal Jamaah diadakan di Dewan Utama, Yayasan Pembangunan
Keluarga, Kuala Terengganu pada 7 Julai 2007.

109
Razali Musa
Jurnal Peradaban Islam, Vol. 1 No. 1. (Ogos 2020)

Seminar Ahli Sunnah wal Jamaah Golongan Tauladan diadakan di Dewan al-Malik
Faisal, Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya, Selangor pada 19-20 Julai
2003.
Seminar Antarabangsa Mengenai Syeikh Muhammad `Abdul Wahab diadakan di
Dewan 2020, Kangar Perlis pada 16-17 Mac 2006.
Taha al-Dusuki Hubaishi (1987), Al-Janib al-Ilah i fi Fikr al-Imam al-Ghazali.
Kaherah: Dar al-Taba`ah al-Muhamadiyyah.
Temubual dengan Hj. Ahmad Hafiz Bin Hj. Muhammad Alwi melalui telefon pada
22 Disember 2009, jam 12.15 tengahari.
Umar Farukh (1981), Tarikh al-Fikr al-`Arabi ila Ayyam Ibn Khaldun. Beirut:
Dar al-`Ilm li al-Malayin.
Virginia Thompson (1943), Postmortem on Malaya. New York: The Macmillan.
Wan Zailan Kamaruddin b. Ali, “Asal Usul Pengaruh dan Kesan aliran al-Asya`irah
di Malaysia dan Kepulauan Melayu,” dalam Malaysia Dari Segi Sejarah,
Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur.
William R. Roff (2005), Nasionalisme Melayu. Ahmad Boestamam (terj.) c. 3, Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Wizarah al-Ma`arif (1988), Muqarar al-Tarikh. Jedah : Dar al-Asfahani.
Yusuf al-Qardawi (2001), Kaifa Nata`amal ma`a al-Quran al-Karim. Beirut:
Muasassah al Risalah.
Yusuf al-Qardawi (1991), Awlawiyyat al-Harakah al-Islamiyyah fi al-Marhalah al-
Qadimah. Kaherah: Maktabah Wahbah.
Zainal Abidin Syihab (1997), Gerakan Islah Muhammad Abd al-Wahhab:
kenyataan dan Tohmahan. Ibnu Hussin (terj.). Kuala Lumpur: Nuur Publication.
Zamihan Mat Zin Al-Ghari (2001), Salafiyah Wahabiyah Suatu Penilaian Semula.
Selangor: Tera Jaya Enterprise.

110

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai