Anda di halaman 1dari 8

Bahasa Melayu STPM Kertas 2 (910/2)

Nota
PENGGAL
2 MORFOLOGI

PENGGOLONGAN KATA : KATA NAMA

A. KONSEP KATA NAMA


(1) Pengertian:

 Kata nama (KN) dari segi semantik ialah perkataan yang digunakan untuk
menamakan orang, tempat, benda, alat, perkara, haiwan, konsep, dan
sebagainya.
 Dari segi tempat kehadiran kata tersebut dalam binaan ayat, kata nama ialah
sejumlah perkataan yang menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama.
 Kata nama terbahagi kepada kata nama am, kata nama khas, dan kata ganti
nama.

(2) Ciri-ciri:

(i) Dapat diikuti kata tunjuk atau kata penentu, iaitu itu, ini, dan tersebut
 budak itu  pegawai tersebut
 kotak ini  kejohanan tersebut
 bangunan ini

(ii) Dapat disertai kata bilangan - dengan penjodoh bilangan atau tanpa
penjodoh bilangan

 lima buah kenderaan  kebanyakan pekerja


 tiga kuntum bunga  empat cadangan
 kedua-dua orang pelajar  beberapa kesilapan
http://dermagabmk1.blogspot.com

(iii) Dapat diikuti oleh kata adjektif (sebagai penerang) - secara langsung atau
dengan kata hubung yang.

 jambatan lama  tempat yang jauh


 sungai dalam  pendapat yang baik
 pencapaian tinggi  kemenangan yang cemerlang

(3) Fungsi:

(i) Inti bagi binaan frasa nama


 kakitangan sekolah  pemandu teksi
 bilik tetamu  nelayan laut dalam
 pasukan terbaik
1
(ii) Subjek dalam binaan ayat
 Dia berasal dari kampung.  Buku Alia hilang semalam.
 Penyanyi itu sangat terkenal.  Pendidikan budak itu tidak tinggi.
 Jawahir menyesal.

(iii) Predikat dalam binaan ayat


 Haji Ismail pegawai kewangan.
 Kawannya itu anak orang kaya.
 Kumpulan itu pelancong dari Korea Selatan.

(iv) Objek dalam binaan ayat = hadir selepas kata kerja transitif
 Pendekar itu telah mengalahkan musuhnya.
 Pak Mail menghadiahkan basikal kepada cucunya.
 Ciptaan terbaharunya mendapat sambutan di luar dugaan.

(v) Pelengkap dalam binaan ayat = hadir selepas kata kerja tak transitif
 Anaknya tidak mahu menjadi peniaga.
 Nasinya berlaukkan ikan haruan.
 Pengemis itu tidur dengan beralaskan surat khabar lama.

(vi) Pelengkap bagi binaan frasa sendi nama = hadir selepas kata sendi nama
 ke laut  oleh Encik Hamzah
 daripada rotan  untuk anak-anak yatim
 kepada kekasih

B. PENGGOLONGAN KATA NAMA

KATA NAMA

Kata Nama Am Kata Nama Khas Kata Ganti Nama


http://dermagabmk1.blogspot.com

Hidup Tak Hidup Hidup Tak Hidup Tunjuk Diri

Manusia Institusi Manusia Umum Tanya

Bukan Bukan Bukan Tempat Diri


manusia institusi manusia  Pertama
Hal  Kedua
Konkrit Abstrak  Ketiga

 Berbilang
 Tak
berbilang Tak Tentu
2
(1) Kata Nama Am

(i) Pengertian = merujuk kepada kata nama yang umum sifatnya.


 orang = guru, pegawai, pengguna, petani
 binatang = kucing, gajah, semut, kuman, burung
 tumbuhan = pokok, rumput, sayur, belukar, hutan
 tempat = kampung, bandar, pedalaman
 institusi = sekolah, majlis, persatuan, universiti
 benda = meja, kenderaan, kipas, rumah
 perkara = iklim, udara, cuaca, roh, nafas
 konsep = kedamaian, ketenangan

(ii) Jenis KN Am: KN am hidup (manusia dan bukan manusia), dan KN am tak
hidup (institusi dan bukan institusi)

 Pusat masyarakat: Sekolah, hospital,


dewan, pejabat, masjid, perpustakaan
 Agensi: Jabatan, kementerian, mahkamah
 Pertubuhan: Persatuan, kelab, kesatuan
 Orang: Ketua, ayah,
pegawai, nelayan,
pengguna, bayi,
*Boleh menggunakan kata sendi nama kepada
dan daripada sebelum KN am berkenaan
jutawan

manusia institusi

KATA
Hidup NAMA AM Tak hidup

bukan manusia Abstrak bukan institusi

 Binatang: Kucing,
tupai, hama, gajah, Berbilang: Tak berbilang:
Konkrit
http://dermagabmk1.blogspot.com

semut, kuman, ulat, Rancangan, Hawa, iklim,


burung senyuman, angin, angkasa, Tempat:
 Tumbuhan: Pokok, pendapat, semangat,  Rumah, kedai
rumput, sayur, cadangan, kecantikan,  Padang, jalan, longkang
belukar, hutan kehendak keseronokan  Bandar, negeri, negara
 Makhluk halus: Jin,  Sungai, laut
syaitan, jembalang, *Boleh *Tidak boleh
malaikat, dewa, pari- dibilang = dibilang = tidak *Menggunakan kata sendi
pari, bidadari boleh disertai boleh disertai nama ke, di, dan dari
kata bilangan kata bilangan
3
(2) Kata Nama Khas

(i) Pengertian = merujuk kapada kata nama yang mendukung makna rujukan
khusus.

(ii) Jenis KN khas: KN khas hidup (manusia dan bukan manusia), dan KN khas tak
hidup.

 Nama Orang: Razali, Raja Sofiah, Lim Swee Ming, Gopalnalan, Elizabeth, Puteri Kamariah,
Tengku Hashim, Tuan Ishak
 Bersama dengan Gelaran/Panggilan: Profesor Ghani, Senator Ramasamy, Doktor Chan, Mak
Su Aini, Datuk Wan Ali

manusia

KATA
Hidup NAMA KHAS Tak hidup

bukan manusia  Benda: Honda, Toshiba, Acer. Panasonic


 Bangsa: Melayu, Inggeris, Arab, Maori, Cina, India
 Binatang: Kelabu, Sang  Negeri: Kelantan, Terengganu, Sabah, Johor
Kancil, Pak Belang, Raja  Negara: Malaysia, Thailand, Sweden, Arab Saudi
Rimba  Tempat: Dungun, Tanah Merah, Kuantan, Grik, Tasik Cini, Masjid
 Tumbuhan: Hevea Abidin, Muzium Negara
Brasilia (pokok getah),  Institusi: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Universiti Malaya,
Vanda Diana (orkid), Parlimen Malaysia, Kolej Shahputra, Mahkamah Persekutuan
Metarrhizium (kulat)  Undang-undang/Akta: Akta Keselamatan dalam Negeri,
 Makhluk halus: Perlembagaan Malaysia, Ordinan Darurat
Israfil, Jibril, Mungkar  Agama: Islam, Hindu, Budhha, Kristian
dan Nakir, Izrail  Gelaran: Yang Amat Berhormat, Yang Berbahagia, Tan Sri, Tuan
(malaikat) Haji
 Judul: Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (buku), Pendekar Bujang
Lapok (filem), Negaraku (lagu)
http://dermagabmk1.blogspot.com

(3) Kata Ganti Nama

(i) Pengertian = perkataan yang dapat menggantikan kata nama, sama ada
kata nama am atau kata nama khas.
(ii) Golongan = dibahagikan kepada kata ganti nama tunjuk, kata ganti nama
diri, dan kata ganti nama tak tentu1

Menunjukkan Menunjukkan perkara


kedudukan benda: atau hal:
 itu (jauh)  begitu
 ini (dekat)  begini
 tersebut  yakni / iaitu
4

1 Tatabahasa Asas (2012:68 dan 76)


Umum Hal

Tunjuk
Menggantikan benda atau orang
Tempat dalam bentuk pertanyaan:
KATA  siapa (orang)
Menunjukkan tempat
GANTI  apa (benda atau binatang)
sesuatu berada/
terletak: NAMA  mana (orang atau benda)
 sana (jauh)
Tanya
 situ (agak jauh)
 sini (dekat)
Diri
*Perlu digunakan dengan
kata sendi nama di, ke,
dan dari Orang

Pertama
Tak Tentu
Orang yang sedang bercakap:
Menggantikan sesuatu atau  saya, aku, beta
orang yang tidak dapat  kita, kami
ditentukan:
 siapa-siapa / sesiapa
(orang) Kedua
 mana-mana (tempat atau
benda) Orang yang sedang dilawan
 apa-apa (benda atau hal) bercakap:
 awak, anda, kamu, saudara,
tuan, tuanku
 anda semua, tuan-tuan, kalian

Ketiga
Orang lain yang sedang
diperkatakan:
 dia, ia, beliau, -nya, baginda
http://dermagabmk1.blogspot.com

 mereka

C. BENTUK KATA NAMA

(1) Kata Nama Tunggal


(i) Pengertian = bentuk kata nama yang terdiri daripada satu morfem bebas
sahaja, dan menjadi inti bagi binaan frasa nama
 Boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap

(ii) Binaan = terdiri daripada sekurang-kurangnya satu suku kata hingga beberapa
suku kata

 Satu suku kata : cat, pam, ru, tin, wang, yu, zoo
 Dua suku kata : adik, bawang, cerpen, kita, robot
5
 Tiga suku kata : almari, belalang, jenama, kepala, wanita
 Empat suku kata : demokrasi, Perhilitan, sandiwara

(iii) Akronim = terbentuk daripada cantuman huruf, suku kata, dan bahagian-
bahagian lain daripada satu rangkaian kata.

 UPSI = Universiti Pendidikan Sultan Idris


 Intan = Institut Tadbiran Awam Negara
 kugiran = kumpulan gitar rancak
 jentolak = jentera tolak

(iv) Penjodoh bilangan = pasangan bagi kata bilangan untuk menjadi sejenis
penerang bentuk atau keadaan kata nama yang mengikutinya

 empat ekor ayam  sesikat pisang


 sepuluh biji rambutan  tiga kaki payung
 beberapa buah motosikal  dua rumpun serai

(2) Kata Nama Terbitan


(i) Pengertian = bentuk kata nama yang terhasil daripada proses
pengimbuhan = proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar

(ii) Jenis imbuhan kata nama


 Terdiri daripada awalan, akhiran, apitan, dan sisipan
 Terdapat imbuhan asli dan imbuhan pinjaman

Awalan Akhiran Apitan Sisipan


 pe-
 pe-  pe-...-an
 pem-  peny-...-an3
 pel-  pem-...-an  -el-
 pen-  pel-...-an
Asli

 per-  -an  pen-...-an  -er-


 peng-  per-...-an
 ke-  peng-...-an  -em-
 penge-  ke-...-an
 juru-  penge-...-an
 peny-2

Awalan Akhiran Apitan Sisipan


http://dermagabmk1.blogspot.com

 maha-  eka-
 tata-  dwi-  -wan
 -ah
Pinjaman

 swa-  tri-  -man


 -isme
 pra-  tuna-  -wati - -
 -ik
 sub-  pasca-  -in
 -logi
 panca-  poli-  -at
 supra-  auto-

2
Tatabahasa Asas (2012:30), seperti di dalam buku Abdullah Hassan: Morfologi (PTS Profesional,
2006:65)
3
Tatabahasa Asas (2012:24), seperti di dalam buku Abdullah Hassan: Morfologi (PTS Profesional,
2006:86)
6
(3) Kata Nama Ganda

(a) Pengertian = bentuk kata nama yang terhasil daripada proses


penggandaan = proses mengulang kata dasar

(b) Jenis gandaan kata nama:


(i) Gandaan penuh = seluruh kata nama dasar diulang, sama ada kata tunggal
atau kata terbitan

Kata dasar tunggal Kata dasar terbitan


 lalang-lalang  pejuang-pejuang
 negeri-negeri  ancaman-ancaman
 lori-lori  keputusan-keputusan

(ii) Gandaan semu = seluruh kata dasar daripada jenis kata akar diulang
 kanak-kanak  kunang-kunang
 labi-labi  biri-biri

(iii) Gandaan separa = sebahagian kata dasar diulang, sama ada kata tunggal
atau kata terbitan

Kata dasar tunggal Kata dasar terbitan


 lelaki  buah-buahan
 gegendang  bayang-bayangan
 tetikus  batu-batuan

(iv) Gandaan berentak = pengulangan bunyi vokal dan konsonan, dan


pengulangan berentak bebas

Berentak vokal Berentak konsonan Berentak bebas


 sayur-mayur  kayu-kayan  ipar-lamai
 kuih-muih  gunung-ganang  anak-pinak
 lauk-pauk  warna-warni  semak-samun

(v) Gandaan bersisipan = pengulangan seluruh kata dasar dengan dimasukkan


sisipan pada bahagian ulangan
http://dermagabmk1.blogspot.com

 tali-temali  jari-jemari

(c) Makna Gandaan Kata Nama = Rujuk nota Proses Pembentukan Kata:
Penggandaan, hlm. 3: (a) Makna Penggandaan Kata Nama

(4) Kata Nama Majmuk

(a) Pengertian = bentuk kata nama yang terhasil daripada proses


merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu
 Wujud perkataan baharu yang membawa makna yang berbeza
daripada makna asal kata dasar yang digunakan
7
(b) Ejaan kata majmuk = bercantum dan terpisah
Bercantum Terpisah
 antarabangsa  anak angkat
 bumiputera  atur cara
 jawatankuasa  kaki bukit
 kakitangan  kertas kerja
 hulubalang  Ketua Jurulatih
 peribahasa  telefon bimbit

(c) Jenis Kata Nama Majmuk:

(i) Rangkai kata bebas = digunakan secara umum dalam pelbagai bidang,
termasuk nama jawatan

 balai raya  Ketua Menteri


 rukun tetangga  Setiausaha Akhbar
 sapu tangan  Timbalan Pendakwaraya

(ii) Istilah khusus = digunakan khas dalam bidang tertentu


 analisis teks  pita suara
 deria rasa  segi empat tepat
 medan sinaran  telefon dail terus

(iii) Kiasan = terdiri daripada peribahasa


 ibu ayam  duit kopi
 buku lima  buaya darat
 lipas kudung
http://dermagabmk1.blogspot.com
8

Anda mungkin juga menyukai