Anda di halaman 1dari 20

Bahasa Melayu STPM Kertas 2 (910/2)

Nota
PENGGAL MORFOLOGI
2

PENGGOLONGAN KATA : KATA TUGAS

A. KONSEP KATA TUGAS

1. Pengertian:
 Kata tugas = sejumlah morfem bebas yang tidak mempunyai makna sendiri, tetapi
mempunyai tugas atau fungsi tatabahasa tertentu dalam binaan frasa, klausa, dan ayat.
 Kata tugas tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat ayat.

2. Fungsi:
(a) Tugasnya adalah sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan,
pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, atau tugas-tugas lain.1
(b) Peranannya membantu kata utama (KN, KK, KA) untuk menimbulkan makna
tambahan.

Kata Tugas Fungsi


Kata bantu Memberi makna tambahan kepada KK.
Kata penguat Menguatkan makna KA dari segi tingkat sifatnya.

(c) Sesetengah kata mempunyai lebih daripada satu fungsi, bergantung pada tempat
kehadirannya dalam frasa, klausa, dan ayat.

Contoh Jenis
Contoh Penggunaan dalam Frasa/Ayat
1 http://dermagabmk1.blogspot.com

Kata Tugas Kata Tugas


Kata sendi nama Dia tidak terlibat dalam hal itu.
dalam
Kata arah Mereka bersembunyi di dalam gua.
Kata sendi nama Hadri datang dengan emaknya.
dengan
Kata hubung Hadri datang dengan menaiki kereta.

3. Ciri-ciri:
(a) Memerlukan kata lain (kata utama) untuk berfungsi dalam frasa atau ayat

Jenis Kata Contoh Kata Utama yang Contoh


Tugas Kata Tugas Diperlukan Penggunaan
tidak Kata kerja tidak datang
Kata nafi
bukan Kata nama bukan kami
Kata sendi dari Kata nama dari Kelantan
nama daripada Kata nama daripada kayu

1 Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008:249)


(b) Jenis kata tertutup2
 Tiada pinjaman kata hubung, kata penguat, atau kata sendi nama dalam bahasa Melayu
 Jumlahnya sangat terhad, dan sukar bertambah

(c) Tidak dapat berfungsi sebagai unsur inti = tiada makna tersendiri, sebaliknya
memerlukan kata lain untuk menimbulkan maknanya

(d) Hampir semua kata tugas tidak dapat mengalami perubahan bentuk atau peluasan =
tidak boleh dijadikan kata terbitan, kata ganda, dan kata majmuk.

B. KELOMPOK DASAR KATA TUGAS

 Berdasarkan kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, kata tugas dipecahkan
kepada empat kelompok dasar.3

KATA TUGAS

Kata Penyambung Ayat Kata Prafrasa dan Pascafrasa

Kata Praklausa Kata Pascakata

1. KATA PENYAMBUNG AYAT

1.1 Konsep:
2 http://dermagabmk1.blogspot.com

 Kata penyambung ayat dikenali sebagai kata hubung.


 Kata ini menghubungkan dua atau lebih binaan frasa, klausa, dan ayat.
 Penggunaan kata penyambung ayat menghasilkan bentuk ayat berlapis,
dipanggil sebagai ayat majmuk.

1.2 Bentuk:
(a) Tunggal = terdiri daripada satu morfem bebas sahaja
 dan  jika  agar
 atau  dengan  bagai
 lalu  semenjak  kecuali

2 Tatabahasa Asas (2012:203)


3 Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008:250)
(b) Bergabung = secara bercantum dan terpisah
Bercantum Terpisah
 jikalau
 meskipun
 andai kata
 sedangkan
 oleh sebab
 sekiranya
 walaupun
(c) Berpasangan
 bukan sahaja ... tetapi juga  baik ... mahupun
 sedangkan ... tambahan pula  sungguhpun ... namun

(d) Gandaan
 moga-moga  seolah-olah
 kalau-kalau  seakan-akan

1.3 Jenis Kata Penyambung Ayat:

(a) Kata Hubung Gabungan


 Kata hubung ini menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara
sifatnya.
 Ayat majmuk yang terbentuk dipanggil ayat majmuk gabungan.
 Berfungsi menunjukkan: urutan, pertentangan, keserentakan, dan
penjelasan.
Urutan Pertentangan Keserentakan Penjelasan
 dan  namun
 sambil
3 http://dermagabmk1.blogspot.com

 kemudian  sebaliknya  maka


 seraya
 lalu  tetapi

 Terdapat bentuk berpasangan:


 baik ... mahupun
 semakin ... semakin
 jangankan ... pun

(b) Kata Hubung Pancangan


 Kata hubung pancangan menyambung klausa-klausa tak setara, iaitu
klausa bebas (klausa utama atau klausa induk) dengan klausa tak bebas
(klausa pancangan atau klausa kecil).
 Penggunaan kata hubung ini menghasilkan ayat majmuk pancangan.
 Jenis kata hubung pancangan:
(i) Kata Hubung (Pancangan) Relatif
 Kata hubung relatif (kata relatif), berfungsi menghubungkan klausa
utama (klausa bebas) dengan satu klausa kecil (klausa tak bebas)
lain.
 Penggunaannya menghasilkan ayat majmuk pancangan relatif (ayat
relatif).
 Terdapat satu kata hubung relatif sahaja, tetapi dapat berfungsi dalam subjek
dan predikat ayat.
 yang

(ii) Kata Hubung (Pancangan) Komplemen


 Kata hubung komplemen (kata komplemen), berfungsi
menghubungkan klausa tak bebas yang menjadi pelengkap pada
klausa utama.
 Penggunaannya menghasilkan ayat majmuk pancangan komplemen (ayat
komplemen).
 bahawa
 untuk

(iii) Kata Hubung (Pancangan) Keterangan


 Kata hubung keterangan (kata keterangan) berfungsi menghubungkan
klausa tak bebas yang menjadi keterangan pada klausa utama.
 Penggunaannya menghasilkan ayat majmuk pancangan keterangan
4 http://dermagabmk1.blogspot.com

(ayat keterangan).
 Jenis-jenis kata hubung keterangan: sebab, syarat, tujuan, harapan, cara,
waktu, akibat, pertentangan, dan perbandingan.

 agar  meskipun  tatkala


 kerana  sungguhpun  kalau
 setelah  hingga  sementara
 andai kata  sekiranya  untuk
 supaya  kendatip
 ketika
 jika(lau)  semoga
 sewaktu  semasa  walaupun
 apabila
2. KATA PRAKLAUSA

2.1 Konsep
 Kata praklausa = perkataan yang hadir di hadapan klausa atau ayat.
 Tugas praklausa untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, pengeyaan, atau sebagai
penerang pangkal kepada klausa.

2.2 Jenis Kata Praklausa

(a) Kata Seru


 Kata seru = kata untuk menzahirkan perasaan, antaranya sakit, marah,
hairan, kagum, gembira, dan sebagainya.
 Digunakan pada permulaan ayat seru.

Perasaan Kata seru Contoh dalam Ayat


 Eh  Eh, kamu datang!
Menarik  Hai  Hai, belum siap-siap lagi!
perhatian  Helo  Helo, tengok ke sini!
 Wahai  Wahai pelajarku, rajin-rajinlah belajar!
 Amboi  Amboi, cerewetnya orang tua itu!
 Eh  Eh, pelik benar!
Kagum dan
 Ha  Ha, tidak percaya aku!
hairan
 Oh  Oh Tuhan, semuanya kehendak-Mu!
 Wah  Wah, tangkas betul dia!
5 http://dermagabmk1.blogspot.com

Kesakitan  Aduh  Aduh, sakitnya gigiku!


 Aduh  Aduh, tidak sanggup melihatnya!
Kesedihan
 Aduhai  Aduhai, malang benar nasib kita!
Sesal dan  Ah  Ah, masih seperti dulu!
kecewa  Alahai  Alahai, teruslah kita tertunggu-tunggu di sini!
 Syukur  Syukur, kamu selamat!
Kelegaan
 Alhamdulillah  Alhamdulillah, doa kita dimakbulkan!
Kebencian dan  Cis  Cis, kurang ajar betul!
marah  Nah  Nah, kamu rasakan sakitnya kena tipu!
 Oh
 Oh kekasihku, kembalilah segera!
Harapan  Wahai
 Wahai Tuhan, kasihanilah hambamu ini!
 Ya
 Alamak  Alamak, aku terlupa mengambil wang itu!
Terkejut  Eh  Eh, kamu rupa-rupanya!
 Wah  Wah, murahnya!
Tahniah  Syabas  Syabas, kamu berjaya akhirnya!
(b) Kata Tanya
 Kata tanya = perkataan untuk menanyakan atau menyoal sesuatu
berkenaan orang, benda, tempat, cara, jumlah, masa, sebab, hal, dan
sebagainya.
 Termasuk dalam kata tanya ialah kata ganti nama tanya.
 Kata jenis ini hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat.
 Jika digunakan pada permulaan ayat songsang, kata tanya hendaklah
disertakan dengan penegas -kah.
 Bagaimana
 Apa
 Berapa
 Mana
 Bila
 Siapa
 Mengapa

(c) Kata Perintah


 Kata perintah = kata berupa arahan, larangan, ajakan, harapan, silaan,
dan permintaan, yang digunakan untuk menimbulkan tindak balas
daripada orang yang dikenakan perintah.
 Kata perintah digunakan pada permulaan ayat perintah dan boleh
menerima penegas -lah.

Permintaan Silaan Larangan Ajakan4 Pembiaran5


 Minta  Jemput  Jangan  Ayuh
 Mohon  Sila  Tak usah  Jom  Biar
 Tolong  Sudi  Usah  Mari

(d) Kata Pembenar


 Kata pembenar = perkataan yang digunakan untuk mengesahkan atau
menyokong kesahihan sesuatu penyataan.
 Benar
 betul
 Ya
6 http://dermagabmk1.blogspot.com

(e) Kata Pangkal Ayat


 Kata pangkal ayat = perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang
menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana.
 Perkataan-perkataan ini digunakan dalam bahasa Melayu klasik.
 Adapun  Hatta  Syahadan
 Alkisah  Kalakian  Sebermula
 Arakian  Maka  Sekali peristiwa

4 Tatabahasa Asas (2012:214)


5 Tatabahasa Asas (2012:214)
3. KATA PRAFRASA DAN KATA PASCAFRASA

3.1 Konsep Kata Prafrasa dan Kata Pascafrasa


 Kata prafrasa = perkataan yang hadir sebelum (di hadapan) frasa.
 Kata pascafrasa = perkataan yang hadir selepas (di belakang) frasa.
 Jenis kata pascafrasa diwujudkan kerana selain hadir di hadapan frasa, kata jenis ini
dapat juga hadir selepas frasa.
 Frasa yang terlibat ialah frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.
 Fungsi kata ini untuk membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, memerikan,
menunjukkan arah, dan membilang, agar dapat menonjolkan maksud dalam ayat.

3.2 Jenis Kata Prafrasa dan Kata Pascafrasa

3.2.1 Kata Prafrasa

(a) Kata Bantu


 Kata bantu = perkataan yang membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan
7 http://dermagabmk1.blogspot.com

frasa sendi nama dengan menimbulkan makna tambahan dari aspek waktu dan
ragam.
 Terdapat juga kata bantu yang berfungsi sebagai kata adverba.
 Berdasarkan tugasnya, kata bantu terbahagi kepada dua jenis: kata bantu aspek
dan kata bantu ragam.

(i) Kata Bantu Aspek


 Kata bantu aspek = kata bantu yang menunjukkan perbezaan masa:
masa lampau, masa kini, atau masa akan datang.

Masa lampau Masa kini Masa hadapan


 baru  masih
 akan
 pernah  mula
 belum
 sudah  sedang
 bakal
 telah  tengah
(ii) Kata Bantu Ragam
 Kata bantu ragam = kata yang menyatakan atau menerangkan
ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan.
 Terdiri daripada ragam kehendak, keupayaan, kemungkinan, kemestian, dan
keengganan.6

Kehendak Keupayaan Kemungkinan Kemestian Keengganan


 harus
 hendak  perlu
 boleh  barangkali  mesti
 ingin  tentu  enggan
 dapat  mungkin  pasti
 mahu  wajib
 patut

(b) Kata Nafi


 Kata nafi = perkataan yang menjadi unsur nafi bagi frasa dalam
konstituen predikat.
 Dua bentuk kata nafi: bukan, dan tidak, yang hadir sebelum frasa.

(i) bukan
Kata nafi ini boleh hadir dalam dua keadaan.

 Menjadi unsur nafi bagi frasa nama dan frasa sendi nama
Menafikan FN Menafikan FS
 bukan ibunya  bukan untuk adik
 bukan usaha saya  bukan dari Gua Musang
 bukan tiket kereta api  bukan tentang gaji

 Boleh hadir di hadapan frasa kerja dan frasa adjektif sekiranya


kedua-dua frasa tersebut membawa maksud “pertentangan
maklumat”.

bukan menghina kamu tetapi mengingatkan kamu


bukan kaya sangat tetapi pemurah orangnya
8 http://dermagabmk1.blogspot.com

(ii) tidak
 Merupakan unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif.
Menafikan FK Menafikan FA
 tidak pergi ke pekan  tidak benar
 tidak akan datang  tidak hodoh sangat
 tidak menaiki bas  tidak busuk

(c) Kata Pemeri


 Kata pemeri = unsur yang memeri hal atau merangkaikan subjek dengan
frasa utama dalam predikat.
 Penggunaan kata pemeri sangat terbatas, dan kurang digalakkan dalam
pembentukan ayat bahasa Melayu.

6
Tatabahasa Asas (2012:217)
 Selain itu, kata pemeri tidak boleh hadir sebelum kata kerja atau frasa
kerja.7
 Dua bentuk kata pemeri: adalah, dan ialah.

(i) adalah
 Merupakan pemeri secara huraian atau kualitatif.
 Hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Menafikan FK Menafikan FA
 adalah benar  adalah dari segi
 adalah besar sekali  adalah untuk kesejahteraan
 adalah tinggi  adalah tentang kemalangan

(ii) ialah
 Digunakan untuk menunjukkan persamaan atau ekuatif
 Bentuk ini hadir di hadapan frasa nama sahaja.
 Berfungsi untuk memberikan definisi.
 ialah buku
 ialah yang berukuran
 ialah pentingnya semangat perpaduan

(iii) merupakan8
 Dapat berfungsi sebagai kata pemeri kerana dapat menggantikan ialah.
 Bahasa ialah alat komunikasi antara manusia.
 Bahasa merupakan alat komunikasi antara manusia.

(d) Kata Sendi Nama


 Kata sendi nama = perkataan yang hadir di hadapan kata nama atau frasa
nama.
 Setiap sendi nama mempunyai tugas yang berlainan dan penggunaannya
ditentukan oleh peraturan-peraturan yang khusus.
9 http://dermagabmk1.blogspot.com

 Bentuk kata sendi nama:


 Kata dasar:
 bagi  akan  hingga
 demi  dengan  semenjak
 di  oleh  tentang

 Gabungan kata dasar:


 darihal
 kepada
 daripada

7
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008:264)
8
Tatabahasa Asas (2012:224)
 Kata terbitan:
 menerusi
 terhadap
 mengenai

 Fungsi kata sendi nama:

(i) di
 Digunakan khusus untuk menunjukkan tempat dan arah.
 Ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama.
 Tidak boleh digunakan di hadapan kata nama yang menerangkan waktu,
masa, atau zaman.
Tempat Arah
 di Kuala Krai  di belakang rumah
 di pejabat  di tepi padang
 di Thailand  di utara Semenanjung

(ii) ke
 Digunakan untuk menunjukkan tumpuan tempat, arah tempat, dan
arah waktu.
 Ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.
 Tidak boleh digunakan untuk merujuk manusia atau binatang.

Tumpuan tempat Arah tempat Arah waktu


 ke Alor Setar  ke belakang dewan  ke saat terakhir
 ke bandar  ke kiri datuknya  ke zaman sekarang
 ke Indonesia  ke timur  pagi ke petang

(iii) dari
 Untuk menyatakan arah, permulaan tempat, dan permulaan
waktu. Ini membezakannya daripada kata sendi nama daripada.
10 http://dermagabmk1.blogspot.com

Arah Permulaan tempat Permulaan waktu


 dari arah selatan  dari Kuala Lumpur  dari pukul sembilan
 dari depan rumah  dari laut  dari kurun ke-18
 dari tengah hutan  dari pejabat  dari subuh lagi

(iv) daripada
 Untuk menyatakan punca, asal kejadian, dan perbandingan.

 daripada tunangnya
 manusia  daripada Pak Omar
 haiwan  daripada kucingnya
Punca  benda  daripada buku cerita
 institusi  daripada Jabatan Perdana Menteri
 unsur mujarad  daripada kesilapan
 daripada siapakah
 daripada besi
Sumber atau asal
 daripada akar kayu
kejadian
 petikan daripada filem Arab
 lebih cantik daripada kawannya
Perbandingan  berbeza daripada perangainya
 lebih penting daripada hal lain

(v) kepada
 Fungsi utamanya menyatakan sasaran, selain menunjukkan pecahan
dan perubahan keadaan.

 manusia  kepada polis


 haiwan  kepada keluarga Robert
Punca  benda  kepada ayam
 institusi  kepada Pejabat Daerah
 unsur mujarad  kepada maksiat

 kepada dua bahagian


Pecahan  kepada sesi pagi dan petang
 kepada satu perdua
 kepada 35ºC
Perubahan keadaan  kepada tahap lebih baik
 kepada warna ungu

(vi) pada
 Digunakan untuk keterangan waktu, tempat, dan hal abstrak
(mujarad)
 Tidak boleh digunakan untuk menunjukkan sasaran.

 pada akhir tahun


 pada awal pagi
 pada hari ini
Waktu
11 http://dermagabmk1.blogspot.com

 pada ketika itu


 pada pukul lima petang
 pada waktu senja
 digantung pada cangkuk kayu
 Sesuatu
 ditampal pada tiang elektrik
perbuatan
 kena pada tempatnya
Tempat
 ada pada emak
 Didahului
 ada pada pahlawan
kata “ada”
 ada pada semua binatang
 pada pendapatnya
Hal abstrak (mujarad)  pada saya
 pada pandangan saya

(vii) untuk
 Membawa maksud kegunaan untuk sesuatu dan bahagian yang
ditentukan atau diperuntukkan.
Kegunaan untuk sesuatu  derma untuk / bagi anak-anak kurang upaya
- boleh saling bertukar ganti  perbelanjaan untuk / bagi tahun hadapan
dengan bagi  sumbangan untuk / bagi kemudahan ramai
Bahagian yang  hadiah untuk kami
ditentukan  pakaian baharu untuk ibu
(diperuntukkan)  persalinan untuk panglima

(viii) demi
 Digunakan untuk makna tujuan, unsur penegas, dan urutan.

Tujuan  demi / untuk kelicinan kerja


- boleh saling bertukar ganti  demi / untuk kestabilan negara
dengan untuk  demi / untuk kepentingan bersama
 demi allah
Unsur penegas
 demi rasul
 satu demi satu
Urutan
 pasukan demi pasukan

(ix) tentang / mengenai


 Digunakan sebagai maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu,
umum, atau mujarad (abstrak).
 Tentang menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan.

 berbincang tentang / mengenai masalah kami


 aduan tentang / mengenai kelewatan
 tentang / mengenai hal itu

(x) seperti / bagai / umpama / laksana / bak / macam


 Kesemuanya dapat saling bertukar ganti dan membawa maksud
perbandingan, serta senarai.

Perbandingan Senarai
12 http://dermagabmk1.blogspot.com

 bagai  bahan bacaan seperti surat


beratnya  bak gajah khabar, majalah, buku,
 laksana risalah, ...
 macam  berbakti seperti membantu
berlagak  seperti 0rang kaya orang susah, menyertai
 umpama gotong-royong, ...

(xi) sejak / semenjak


 Penanda permulaan waktu

 sejak / semenjak hari itu


 sugul sejak / semenjak kehilangan anak kucingnya
(xii) terhadap
 Untuk merujuk penyambut yang tentu (manusia, haiwan, atau
benda)

 adil terhadap anak buahnya


 kajian terhadap virus
 bertindak balas terhadap kaca

(xiii) akan
 Digunakan untuk merujuk manusia.
 Penggunaannya didahului oleh kata adjektif yang bersifat
emosi.

 marah akan kakaknya


 suka akan pembantu rumah itu
 terlalu sayang akan buku itu

 Dalam konteks bukan manusia, boleh juga digunakan perkataan


kepada.
 cinta akan / kepada negara sendiri
 gemar akan / kepada kucing
 terlalu sayang akan / kepada buku itu

(xiv) oleh
 Digunakan untuk menunjukkan hubungan pelaku dalam ayat
pasif, dan maksud sebab/lantaran.

Pelaku dalam Ayat Pasif Sebab / Lantaran


 ditulis olehnya  oleh / lantaran kelalaian sendiri
 tersepak oleh adik  oleh (sebab) ketiadaan pengganti
 kena gari oleh polis  oleh sebab itulah pilihannya
13 http://dermagabmk1.blogspot.com

(xv) hingga / sampai


 Kedua-duanya dapat bertukar ganti dengan pengertian had masa dan
tempat.

 berkawal hingga / sampai pagi


 bermain hingga / sampai kepenatan
 belajar hingga / sampai peringkat universiti

(xvi) dalam
 Membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang
atau jarak
 dalam hal ini
 berbincang dalam mesyuarat
 bertutur dalam dialek Kedah
(xvii) antara
 Membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang
atau jarak
 perbezaan antara saya dengannya
 berbincang antara adik-beradik
 antara cara yang paling baik

(xviii) dengan
 Kata sendi nama dengan membawa empat maksud.
 berbincang dengan majikan
Bersama-sama atau
 bergurau dengan kami
berserta
 ke pekan dengan kawan-kawannya
 diselesaikan dengan semangat kerjasama
Cara sesuatu
 diterimanya dengan baik
dilakukan
 memulakan kerja dengan bacaan doa
 datang dengan kereta baharu
Memakai atau
 memotong kayu dengan gergaji
menggunakan
 menggembur tanah dengan bajak
 emas dengan perak
Perbandingan yang
 sama cantik dengan bajuku
serupa (sama)
 sependapat dengan datuknya

(xix) melalui / menerusi

 Kedua-duanya dapat bertukar ganti, dengan membawa maksud arah


laluan atau tempat.

 diserahkan melalui / menerusi orang tengah


 terjun melalui / menerusi tingkap
 dijelaskan melalui / menerusi e-mel
14 http://dermagabmk1.blogspot.com

(e) Kata Arah


 Kata arah = yang berpasangan dengan kata sendi nama : hadir selepas kata
sendi nama tempat (dari, di, ke) dan sebelum kata nama atau frasa nama.
 Menunjukkan hala atau jurusan
 antara
 penjuru  dari utara Asia
 atas  barat
 samping  di atas para
 bawah  selatan
belakang  sisi segi  di dalam pondok
  tenggara
 dalam  sudut  ke penjuru padang
 timur
 hadapan  tengah  ke tengah sungai
 utara
 luar  tepi  ke timur Thailand

(f) Kata Bilangan


 Kata bilangan = perkataan yang menjadi penerang jumlah bagi frasa nama.
 Kata bilangan tentu berpasangan dengan kata penjodoh bilangan.
(i) Bilangan tentu (bilangan kardinal) = jumlahnya bersifat tentu
 lapan  tiga ratus
 tujuh belas  dua ribu
 tiga puluh enam  enam juta

(ii) Bilangan tak tentu = sudah menunjukkan banyak atau berbentuk jamak.

 banyak  sedikit
 beberapa  sekalian
 para  semua

(iii) Himpunan = menandakan jamak, menggunakan imbuhan awalan dan


lazimnya digandakan.

 beribu-ribu  berbakul-bakul
 ketiga-tiga  bertahun-tahun

(iv) Pisahan = bermaksud jamak tetapi dipisah-pisahkan


 masing-masing
 setiap
 tiap-tiap

(v) Pecahan = menunjukkan bahagian-bahagian daripada keseluruhan


 setengah  sepertiga
 dua pertiga  seperempat
 separuh

(vi) Tingkat (ordinal)9 = menunjukkan turutan atau kedudukan


 ketiga
 kelapan ribu
 kedua puluh
 kesejuta
 keseratus
15 http://dermagabmk1.blogspot.com

3.2.2 Kata Pascafrasa

(a) Kata Penguat


 Kata penguat = perkataan yang dan berfungsi menguatkan maksud yang
terkandung dalam kata adjektif.
 Kata penguat boleh mendahului atau mengikuti kata adjektif,
 Tiga jenis kata penguat:

9
Tatabahasa Asas (2012:237)
(i) Kata Penguat Hadapan = Kata penguat yang hadir di hadapan kata
adjektif.

 agak  begitu
 cukup  kian
 kurang  maha
 makin  terlalu
 paling  terlampau

(ii) Kata Penguat Belakang = Kata penguat yang yang hadir di belakang
kata adjektif.

 benar  nian
 betul  sekali

(iii) Kata Penguat Bebas = Kata penguat yang kedudukannya bebas, boleh
muncul di hadapan atau di belakang kata adjektif.

 amat
 sungguh
 sangat

(b) Kata Penegas


 Kata penegas = perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-
bahagian tertentu dalam ayat.
 Dikenali juga sebagai kata partikel dan kata penyerta.
 Dua jenis kata penegas:

(i) Penegas dalam predikat

 Partikel ini menegaskan perkataan yang bercantum dengannya


dalam predikat
 Digunakan sekiranya frasa itu atau bahagian yang ditegaskan itu
16 http://dermagabmk1.blogspot.com

mengalami proses pendepanan dalam ayat.


 Tidak boleh hadir pada akhir ayat.
 Perlu dicantumkankan pada bahagian belakang kata dasar.

 -kah
 -tah
 -lah

(ii) Penegas subjek dan predikat


 Penegas ini bebas hadir pada mana-mana bahagian ayat: sama
ada pada frasa subjek, atau frasa predikat.
 Bentuk ini bersifat perkataan (morfem bebas).

 hanya  cuma
 jua
 pula
 juga
 lagi
 pun
 memang  sahaja / saja
(c) Kata Adverba
 Kata adverba = perkataan yang menerangkan kata nama, kata kerja, kata
adjektif, dan frasa sendi nama.
 Hal yang diterangkan ialah cara, masa, dan tempat.
 Dipanggil juga kata keterangan berdasarkan fungsinya menerangkan kata dan
frasa yang disebutkan tadi.
 Kehadirannya sama ada di hadapan atau di belakang kata yang diterangkan.
 Kata adverba terdiri daripada:
 kata yang tidak tergolong dalam kata utama (KN, KK, dan KA),
 jika perkataan itu terdapat dalam kata utama, perkataan tersebut berfungsi
sebagai penerang.
 Empat bentuk kata adverba:

(i) Kata Adverba Jati


 Kata adverba jati = perkataan yang tidak termasuk dalam mana-
mana kata utama

 acap kali
 kadangkala  saling
 agaknya
 kelak  sekali gus
 barangkali
 kelmarin  sekarang
 begini
 kemudian  semalam
 begitu
 kerap kali  sempat
 dahulu
 langsung  sentiasa
 demikian
 lusa  serentak
 esok
 nanti  sering kali
 jarang kali
 nyaris  tadi
 julung kali
 pertama kali  tulat
 kadang-kadang
17 http://dermagabmk1.blogspot.com

(ii) Kata Adverba asalnya Kata Adjektif


 Asalnya kata adjektif tetapi berfungsi untuk menerangkan KK/FK,
KA/FA, dan FS.

Menerangkan Menerangkan Menerangkan


Frasa Kerja Frasa Adjektif Frasa Sendi Nama
 berjalan lancar  besar panjang
 jarang di pejabat
 hampir tersembam  cepat kaya
 ke hospital segera
 kerap datang  hancur luluh
 senang di sana
 terbang tinggi  panjang lebar
 sering ke taman
 tidur nyenyak  tinggi lampai

(iii) Kata Adverba asalnya Kata Kerja


 Asalnya kata kerja tetapi berfungsi untuk menerangkan FK, FA, dan
FS.
Menerangkan Menerangkan Menerangkan Frasa
Frasa Kerja Frasa Adjektif Sendi Nama
 baring meniarap
 cantik berseri-seri
 duduk bersandar  dari bandar berdua-duan
 indah berkilauan
 makan bersila  di rumah bersendirian
 merah menyala
 menulis berhati-hati  ke pantai berseorangan
 tinggi melangit
 tidur berdengkur

(iv) Kata Adverba Gandaan


 Yang mengalami penggandaan untuk menerangkan FK, FA, dan FS.
 Tiga jenis adverba gandaan: penggandaan penuh, penggandaan
separa, dan penggandaan berentak.

Kata Adverba Kata Adverba


Penggandaan Penuh Penggandaan Berentak
 betul-betul  bolak-balik
 diam-diam  gundah-gulana
 jarang-jarang  riuh-rendah
 pura-pura  serta-merta
 sama-sama  simpang-siur

Kata Adverba
Penggandaan Separa
Berawalan Berakhiran
 bermalam-malam  gila-gilaan
 bersungguh-sungguh  habis-habisan
 sekali-kali  mati-matian
 terburu-buru  sungguh-sungguhan
 teresak-esak  terang-terangan

 Makna Kata Adverba


 Waktu = masa terjadinya sesuatu perbuatan, peristiwa, atau
18 http://dermagabmk1.blogspot.com

keadaan

 pulang sekarang
 selalu datang
 sentiasa ceria

 Cara = cara perbuatan dilakukan


 berbuat demikian
 berjuang bermati-matian
 duduk beramai-ramai

 Ragam = keadaan kepastian berlakunya sesuatu perbuatan


 benar-benar riang
 betul-betul terjadi
 tentu berjaya
 Jarak = ruang yang berkaitan dengan KK yang diterangkan
 berada dekat
 lompat tinggi
 pulang jauh

 Keadaan = menerangkan keadaan yang terjadi pada KK, KA, dan kata
adverba

 berbaju labuh
 kerat pendek
 tersusun rapi
 Sifat perasaan = perasaan bagi KK
 berasa sayang
 bersuara lantang
 melompat girang

4. KATA PASCAKATA

4.1 Konsep Kata Pascakata


 Kata pascakata = bentuk yang hadir selepas perkataan.
 Kata pascakata tidak dapat berdiri sendiri, perlu dicantumkan pada belakang kata
dasar.
 Bentuk itu ialah -nya.
 Fungsinya sebagai penekan dan pembenda bagi perkataan yang bercantum
dengannya.

4.2 Jenis Kata Pascakata


19 http://dermagabmk1.blogspot.com

(a) Kata Penekan


 Kata penekan = bentuk (-nya) yang memberi penegasan kepada perkataan
yang bergabung dengannya.

 bahawasanya  sebenarnya
 nampaknya  sesungguhnya
(b) Kata Pembenda
 Kata pembenda = bentuk (-nya) yang dapat menjadikan sesuatu kata bukan
kata nama sebagai kata nama.
 Kata bukan nama: lazimnya kata kerja dan kata adjektif.

 cantiknya
 datangnya
 lajunya
 hadirnya
 lantangnya
 perginya
 sakitnya
 pulangnya
 sesungguhnya
20 http://dermagabmk1.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai