Anda di halaman 1dari 2

Tajuk : Batu Ajaib

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Pada hari ini, saya ingin berkongsi satu kisah dengan kawan-kawan. Tajuk cerita saya
ialah ‘Batu Ajaib’. Apa istimewanya batu ajaib ini kawan-kawan? Kalau kawan-
kawan nak tahu, marilah dengar cerita saya.

Kawan-kawan,

Kamal dan ibunya tinggal di sebuah pondok yang buruk. Bapanya sudah lama
meninggal dunia semenjak dia masih kecil lagi. Mereka sangat miskin. Hidup mereka
seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Oleh itu, mereka hanya
mampu makan sekali dalam sehari. Namun begitu Kamal ada memelihara beberpa
ekor ayam kesayangannya.

Pada suatu pagi, si ibu memanggil Kamal. “kita tidak ada sebarang makanan untuk
dimakan. Bawalah ayam jantan kamu itu ke pekan dan jualkannya. Duitnya nanti
bolehlah kita guna untuk membeli makanan,” kata ibu Kamal

Dengan perasaan sedih, Kamal membawa ayam jantan kesayangannya itu ke


pekan. Dalam perjalanan ke pekan, dia bertemu seorang ahli silap mata. “Alangkah
baiknya jika aku dapat makan ayam panggang,” fikir ahli silap mata itu. Dia ingin
menukarkan batu ajaibnya dengan ayam jantan Kamal.

“Hai, anak muda! Aku ada sebiji batu ajaib. Ia dapat menyembuhkan segala jenis
penyakit. Kamu hanya perlu berkata ‘sembuhlah’ sebanyak tiga kali,” kata ahli silap
mata itu. “Jika kamu mahu, aku boleh tukarkan batu ajaib ini dengan ayam itu,”kata
ahli silap mata itu. Pada mulanya Kamal tidak percaya tetapi apabila dibuktikan pada
luka di kaki kamal itu sembulah, barulah Kamal percaya. Kamal bersetuju dengan
tawaran tersebut.

Kawan-kawan, nak tahu apa yang berlaku selepas itu?

Kamal pulang dengan perasaan gembira. Dia memberitahu ibunya tentang batu
ajaib itu. “Ini yang kamu dapat hasil daripada menjual ayam itu? Apa kita nak makan
hari ini? Tanya ibu dengan perasaan kecewa. Tiba-tiba ibu Kamal sakit dada dan
terus pengsan. Kamal meletakkan batu ajaib itu di dada ibunya. “Sembuhlah,
sembuhlah, sembuhlah” kata Kamal. Dalam beberapa saat sahaja, ibu Kamal pun
sedar.
Berita tentang batu ajaib itu telah merebak dengan cepat. Ramai penduduk
kampong yang menemui Kamal untuk mengubati penyakit mereka. Mereka
membawa hadiah pelbagai rupa untuk diberikan kepada kamal tanda meengucapkan
terima kasih apabila mereka telah sembuh.

Pada suatu hari, puteri raja telah diserang penyakit misteri. Dia tidak sedarkan diri
selama beberapa minggu. Tidak ada dukun yang dapat mengubati penyakit puteri.
Raja amat dukacita. Kebolehan kamal dapat mengubati penyakit telah sampai ke
pengetahuan raja. Baginda memerintahkan Kamal ke istana. Sampai di istana,
Kamal mengubati penyakit puteri raja itu. Kamal memegang batu ajaibnya sambal
berkata, “sembuhlah, sembuhlah, sembuhlah”. Puteri raja terus sedar. Penyakitnya
telah sembuh sepenuhnya. Raja berasa amat gembira. Baginda memberikan
ganjaran yang banyak kepada Kamal. Lama-kelamaan, kamal menjadi terkenal dan
kaya-raya

Namun begitu kawan-kawan, Kamal tidak mudah lupa diri. Dia sentiasa menolong
orang terutama orang yang miskin dan dalam kesusahan. Dia dapat merasai
bagaimana rasanya hidup dalam kemiskinan.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai