Anda di halaman 1dari 3

ISNIN | 11 OKTOBER 2021 KERTAS 2 | BAHAGIAN B | PEMAHAMAN

MODUL MESRA KSSM | SET 4 | M/S 32 (SOALAN 6 : PETIKAN UMUM)

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Kerajaan telah mengorak langkah dengan menaik taraf sekolah menengah
vokasional kepada kolej vokasional. Dengan meningkatkan tahap kelulusan
daripada sijil kepada diploma mampu melonjakkan keyakinan pelajar yang selama ini
merasakan bidang ini tiada masa hadapan. Kita harus sedar bahawa bukan semua
pelajar mampu mengikuti aliran akademik, maka suatu alternatif patut diberikan
kepada pelajar yang berminat dengan kemahiran. Di samping itu, bagi memastikan
lulusan kolej vokasional mendapat pekerjaan selepas tamat belajar, jalinan
kerjasama antara kolej vokasional dengan syarikat swasta atau kerajaan amat perlu
untuk memenuhi kehendak pasaran.
Sesungguhnya, bidang latihan kemahiran merupakan usaha penting dalam
pembangunan modal insan yang mampu mentransformasikan ekonomi negara.
Oleh itu, Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) turut memberikan peluang kepada
remaja mempelajari bidang kemahiran. Sistem pendidikan dari Jerman itu
merupakan wadah menjana tenaga mahir negara yang menggabungkan latihan
praktikal di industri dan pengetahuan teori di pusat latihan. Tambahan pula,
Kementerian Pendidikan Malaysia memperluas Program Perintis Industri
Menengah Atas (PIMA) di semua sekolah bermula tahun 2018. Program ini
menetapkan 70 peratus pembelajaran di industri dan 30 peratus pengajian
akademik.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Ayuh Perkasakan Bidang Kemahiran’
oleh Samat Buang
Dewan Siswa, Dewan Bahasa dan Pustaka
Bahan 2
Gagal dalam peperiksaan sering kali dikaitkan sebagai penamat kehidupan
oleh sesetengah anak muda. Mereka beranggapan bahawa keputusan yang tidak
cemerlang akan memutuskan rezeki pada masa hadapan. Terdapat beberapa
langkah bagi mengatasi masalah ini Sebenarnya, mereka boleh meneruskan
pengajian seandainya pelajar berkenaan mempunyai kemampuan untuk meneroka
bidang kemahiran di pelbagai pusat kemahiran di negara ini. Antaranya Kolej
Komuniti, Institut Kemahiran MARA, Institut Pertanian Malaysia, Institut Latihan
Perindustrian, Institut Belia Negara dan Pusat Giatmara.

Pelajaran lepasan Sijil Pelajaran Malaysia boleh memohon secara dalam talian
atau datang sendiri ke pusat tersebut. Sijil kemahiran seperti masakan, teknologi,
pembuatan, pendawaian dan sebagainya ditawarkan di pusat latihan tersebut.
Dengan memiliki sijil tersebut mana-mana pelajar yang berpotensi boleh
melangkah ke peringkat yang lebih tinggi seperti diploma atau ijazah jika mereka
benar-benar berusaha. Golongan muda ini boleh mengikuti kursus yang
bersesuaian dengan minat dan kecenderungan mereka. Kejayaan tidak datang
dengan mudah asalkan mereka tahu mencari jalan yang sesuai dan bersikap optimis
sudah pasti kejayaan akan menjadi milik mereka juga.

Dipetik dan diubah suai daripada


'Gagal Bukan Noktah Kehidupan
oleh Wan Roslina Wan Ismail
Pelita Bahasa Bil.7 2020,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud melonjakkan keyakinan.

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan yang terdapat dalam
kedua-dua bahan tersebut.
(iii) Terdapat pelbagai pusat latihan kemahiran di setiap negeri dan daerah yang
disediakan oleh pihak kerajaan agar golongan muda memiliki kemahiran
untuk pasaran kerja.

Pada pendapat anda, selain kemahiran tersebut apakah kemahiran-kemahiran


lain yang perlu dimiliki oleh golongan muda supaya mereka menjadi pilihan
majikan.

(iv) Sekolah anda telah terlibat dalam pertandingan video pendek kemerdekaan
yang dianjurkan oleh salah sebuah Institut Kemahiran Mara.Anda dan rakan-
rakan ingin menyertai pertandingan tersebut. Cadangkan strategi-strategi yang
akan kumpulan anda lakukan untuk memastikan kumpulan anda berjaya
memenangi pertandingan

Anda mungkin juga menyukai