Anda di halaman 1dari 3

MINGGU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KETIGA


KAMPUS GAYA

‫جورنل ريفليكتيف ميڠڬوان‬

NAMA PELAJAR : Norafizah Binti Jusoh


OPSYEN / KUMPULAN : Pendidikan Islam Sekolah Rendah
NAMA SEKEKOLAH : Sek. Keb. Ulu Sapi, Telupid
MINGGU / TARIKH : Minggu Ketiga 06- 10 September 2021

ISU : MASALAH GANGGUAN ELEKTRIK BERSERTA AKSES INTERNET

Pada minggu ketiga saya menjalani praktikum ini, cabaran yang saya tempuhi
adalah gangguan elektrik berserta akses internet. Kampung Ulu Sapi adalah penempatan
luar bandar. Di sini sering mengalami gangguan elektrik dan gangguan tersebut
menyebabkan sukar untuk akses internet kerana gangguan rangkaian jalur lebar.

Masalah ini berpunca daripada masalah teknikal di bahagian SEB Elektrical,


bencana alam seperti pokok tumbang dan lain-lain. Apabila terputus bekalan elektrik
menyebab terputus rakaian internet dan PDPR tidak dapat dijalankan dengan sempurna
mengikut perancangan. Ia menyebabkan kelewatan untuk menyampaikan isi pembelajaran
dan pengajaran kerana saya tidak dapat membuat google meet mengikut masa yang
ditetapkan.

Kesan daripada gangguan mengakibatkan murid tidak dapat mengikuti pengajaran


guru secara langsung dalam google meet dan guru terpaksa memikirkan inisiatif lain seperti
merakam video, youtube dan sebagainya supaya murid tidak ketinggalan dalam
pembelajaran mereka pada hari yang mengalami gangguan tersebut.

Literature Review :

Windhiyana (2020) telah menjelaskan bahawa pembelajaran secara dalam talian


merupakan satu wahana pembelajaran secara maya melalui capaian Internet untuk
membentuk satu komunikasi antara guru dan murid tanpa memerlukan pembelajaran secara
bersemuka. Kebolehcapaian internet menjadi salah satu perkara penting dalam
mengendalikan kelas atas talian (Zetty 2020) terutamanya bagi pelajar yang tinggal di
kawasan yang kurang mendapat liputan internet (Roslinda 2020).

Cadangan Dan Idea Penyelesaian :

Inisiatif yang akan diambil oleh saya pada minggu-minggu akan datang sekiranya
berlaku masalah gangguan elektrik dan tajuk yang diajar pada hari tersebut amat penting
dan menyebabkan tidak dapat capai objektif pembelajaran, saya akan berusaha untuk
mencari capaian internet di Pekan. Supaya pembelajaran dapat dilaksanakan seperti yang
dirancang atau dapat dirakam dan dihantar pada waktunya. Kebanyakkan murid memang
tinggal di kampung yang sama tetapi ada juga murid yang lain tinggal atau berada di tempat
lain.

Pelaksanaan terhadap langkah-langkah penambahbaikan akan dijalankan bermula


pada minggu ketiga praktikum dan berterusan untuk memastikan murid tidak ketinggalan
dalam menerima pendidikan walaupun terdapat kekangan dan halangan yang dihadapi.
Penambahbaikan setiap minggu akan menghasilkan disiplin yang lebih baik lagi serta
terkawal dan dapat mencapai objektif pembelajaran semasa pdpr. Melalui cara memberi
bahan pembelajaran secara luar talian dan pembelajaran tanpa bersemuka dengan guru
melalui Whatsapp dan Telegram dapat memudahkan murid-murid yang mempunyai
masalah capaian internet sekiranya terjadi gangguan elektrik dan masalah akses internet.

Kesimpulan :

Menilai semula kesan dari tindakan/langkah yang telah dijalankan. Gangguan elektrik
dan akses internet bukanlah masalah yang besar. Ia dapat diselesaikan dengan mudah
melalui alternatif lain dan usaha-usaha tertentu daripada guru. Ia penting, bagi memastikan
murid dapat mengikuti pembelajaran dengan baik dan saya sendiri dapat menyampaikan
pengajaran dengan berkesan.

Oleh itu, saya berpendapat bahawa usaha yang gigih dan sikap bersungguh-sungguh
amat penting bagi seorang guru bagi memastikan tanggungjawab serta objektif
pembelajaran tercapai.
Rujukan :

Roslinda Rosli. (2020). Pembelajaran Norma Baharu Tingkat Profesion Guru Berita
Harian Online Ogos 11, 2020 @ 11:00am. Atas talian 29 Oktober.
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/08/719958/pembelajaran-norma-
baharu-tingkatprofesion-guru

Windhiyana, E. (2020). Dampak COVID-19 terhadap kegiatan pembelajaran online di


perguruan tinggi Kristen di Indonesia. Persepektif Ilmu Pendidikan, 34 (1), 1-8.

Zetty Raihan Mohd Yassin. (2020). Menangani Cabaran Norma Baharu


Pembelajaran Dan Pengajaran Era COVID-19. Ulasan Pakar UTM mengenai Isu Semasa
COVID-19. Atas talian 30 Oktober 2020. https://news.utm.my/ms/2020/05/menangani-
cabaran-norma-baharupembelajaran-dan-pengajaran-era-Covid-19/

Guru Pelatih, Guru Pembimbing, Pensyarah Penyelia,

(PN. NORAFIZAH BINTI JUSOH) (CIK NUR HAFIZAH BINTI SALAMIN) (PN. HAMIDAH BINTI USMAN)

Anda mungkin juga menyukai