Anda di halaman 1dari 7

E PEMILIHAN JENIS DAN VARIETI TANAMAN

 Penting untuk mendapatkan hasil yang tinggi dan berkualiti.


 Hendaklah sesuai dengan persekitaran Kawasan seperti suhu, kelembapan udara,
dan tahap pengurusan.
 Contoh variety tanaman hibrid dalam pasaran yang boleh dipilih. Contohnya
adalah daripada variety cili, tomato, dan rock melon.

F PENGURUSAN TAPAK DAN ALATAN

1. Pemilihan tapak
 Memerlukan tapak yang rata untuk pengaliran aliran air baja yang sama.
 Perkara ini penting untuk memastikan tumbuhan membesar dengan
seragam.

2. Sumber air
 Sumber air yang bersih seperti air kolam, tasik, mata air atau air paip.
 Tentukan kualiti air.
 Nilai pH ditentukan dengan pH meter.

3. Anggaran kos
 Kos atau modal permulaan perlu dikaji dan diurus dengan betul.
 Termasuk kos polibeg, sistem pengairan, media tanaman, racun serangga,
baja fertigasi dan racun kulat.

G PENGURUSAN SISTEM PENGAIRAN

1. Sistem pengairan titis


 ialah kaedah pengairan air yang dibekalkan secara terus ke zon akar
tanaman dengan tekanan yang rendah dan
kekerapan yang ditetapkan dengan
menggunakan penitis.
 Sistem paling berkesan kerana penggunaan
air yang berlebihan dapat dielakkan.
 Media tanaman seperti coco peat atau sekam
padi digunakan untuk menggantikan tanah.
2. Sitem pengairan percikan
 Semburan air dilakukan ke udara daripada
nozel dan jatuh ke permukaan tanah seperti air
hujan.
 Semburan air berlaku apabila air kolam, air
sungai atau air dari tangki dipam masuk dengan
tekanan yang tinggi.
 nozel yang berputar sebanyak 360° 

3. Sistem pengairan semburan kabus


 sistem ini seperti sistem pengairan renjis.
 Jenis nozel digunakan lebih halus untuk
menghasilkan semburan kabus.
 Digunakan tanaman sayuran.

H LANGKAH-LANGKAH PEMASANGAN SISTEM FERTIGASI

Langkah 1
Menyediakan Lakaran

 Menyediakan lakaran reka bentuk sistem fertigasi


 Pemasangan sistem fertigasi perlu mengikut lakaran awal yang telah disediakan

Langkah 2
Memotong Paip Poli

 Ukur paip poli mengikut ukuran yang telah dikehendaki


 Potong paip poli mengikut ukuran yang tepat
Langkah 3
Membuat lubang untuk nipple pada paip tertier

 buat lubang pada paip poli dengan menggunakkan alat penebuk


 masukkan nipple ke dalam paip poli
 ukur jarak lubang dengan lubang seterusnya ialah 30 – 45 cm
 pastikan kedudukan lubang yang ditebuk selari dan lurus

Langkah 4
Penyediaan set penitis

 terdiri daripada nipple, tiub mikro, dan penitis.


 masukkan nipple yang terdapat dua alur pada satu daripada hujung tiub mikro
 sambungkan hujung yang satu lagi pada penitis
Langkah 5
Penyambungan paip tertier pada set penitis

 set penitis disambungkan pada subpaip yang telah ditebuk


 Nipple dimasukkan ke dalam lubang yang telah dibuat dengan bahagian belakang
alat penebuk

Langkah 6
Penyambungan paip tertier pada paip sekunder

 Dapat dilakukan dengan dua kaedah sama ada menggunakan penyambung L atau
penyambung tee
 Penyambung L digunakan untuk satu barisan tanaman di dalam polibeg

 Penyambung tee untuk penanaman lebih daripada dua barisan tanaman


Langkah 7
Pemasangan injap penahan pada paip utama

 Sediakan injap penahan yang mahu dipasang pada paip utama


 Pasangkan injap penahan antara penyambung L dengan penyambung tee
 Pemasangan injap penahan ini bertujuan untuk mengawal pengaliran larutan baja
ke subpaip dan seterusnya ke penitis

Langkah 8
Melengkapkan pemasangan paip tertier

 Untuk membentuk sambungan paip empat segi atau bentuk L dengan menggunakan
penyambung L
 Penyambungan dibuat mengikut tapak atau tanah tempat tanaman tersebut
diletakkan
Langkah 9
Penyambungan saluran air keluar ke pam air
dengan tiub lut sinar dan paip poli

 Sambungkan saluran air keluar dengan


menggunakan tiub lut sinar sebelum
memasukkan pam air ke dalam tangka
nutrient.
 Tiub ini digunakan untuk
menyambungkan paip utama/paip poli
dengan pam air yang mempunyai saluran
bersaiz besar.

Langkah 10
Memasukkan pam air ke dalam tangka nutrien

 Masukkan pam air ke dalam tangka nutrien


 Tutup tangka nutrien dengan penutup yang telah ditebuk dengan lubang.

Langkah 11
Pemasangan pam air pada alat pengatur masa (timer)

 Sambungkan soket bekalan elektrik pada alat pengatur masa


Langkah 12
Melengkapkan penyambungan sistem pengairan pada tangka

 Penyambungan sistem pengairan perlu dilengkapkan

Anda mungkin juga menyukai