Anda di halaman 1dari 3

Kementerian Kesihatan Malaysia,

Aras 12, Blok E7, Parcel E,


Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya

Tel :603-8883 2544


Faks :603-8888 5601
Email :lokman.hakim@moh.gov.my

KENYATAAN AKHBAR
TIMBALAN KETUA PENGARAH KESIHATAN (KESIHATAN AWAM)
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KEJADIAN KERACUNAN MAKANAN


DI PENJARA PULAU PINANG

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan satu kejadian


keracunan makanan telah dilaporkan berlaku di Penjara Pulau Pinang
pada 17 Januari 2014. Penjara ini menempatkan seramai 1,233 orang
banduan lelaki. Seramai 644 orang banduan telah mengalami gejala
cirit-birit dengan/tanpa sakit perut.

Dua (2) kes yang pertama menunjukkan gejala cirit-birit dan muntah
pada 17 Januari 2014 jam 7.40 petang. Pada jam 12.00 malam, 20
orang lagi mengadu cirit-birit dan 622 kes pula mengadu gejala yang
sama pada 18 Januari 2014 jam 8.00 pagi. Sebanyak empat (4) kes
telah dirujuk ke Hospital Pulau Pinang pada 18 Januari 2014, iaitu dua
(2) kes pada jam 9.00 pagi dan dua (2) kes lagi pada jam 2.00 petang.
Namun begitu, ke empat-empat kes ini telah diberikan rawatan pesakit
luar sahaja serta pemantauan di Jabatan Kecemasan.

Tiada kes baru dilaporkan selepas 18 Januari 2014 jam 8.00 pagi.
Pemeriksaan pada pagi 19 Januari 2014, didapati kesemua kes dalam

1
keadaan stabil dan 594 orang telah sembuh. Hanya 50 kes sahaja lagi
yang masih mengalami cirit-birit ringan dan mereka juga beransur pulih.

Siasatan awal mendapati makanan yang disyaki adalah menu makan


tengahari pada 17 Januari 2014 yang dimakan pada jam 11.00 pagi.
Menu yang disediakan adalah nasi minyak bersama ayam masak
merah. Makanan tengahari ini telah disediakan oleh empat (4) orang
tukang masak dengan dibantu oleh 29 orang banduan.

Sampel klinikal dari kes dan tukang masak serta sampel persekitaran
telah diambil dan dihantar ke hospital untuk analisa makmal. Keputusan
ujian makmal dijangka akan diketahui selewat-lewatnya dalam masa
lima (5) hari dari tempoh ia diproses.

Kejadian keracunan makanan ini adalah terkawal dan siasatan lanjut


sedang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut dengan
kerjasama pihak penjara. Penjara Pulau Pinang tidak pernah mengalami
sebarang kejadian keracunan makanan sebelum ini.

Jabatan Kesihatan Negeri telah mengambil tindakan-tindakan seperti


berikut;
a) Menghantar pasukan perubatan dan kesihatan untuk membuat
pengesanan kes di kalangan banduan.
b) Mengambil sampel klinikal, persekitaran dan makanan untuk ujian
makmal.
c) Menjalankan disinfeksi di penjara terutama di tandas bagi
mengelakkan jangkitan melalui persekitaran.
d) Pendidikan kesihatan kepada semua banduan dan kakitangan
penjara mengenai keselamatan makanan dengan memberi
penekanan kepada:

2
 Memastikan makanan disediakan, dihidang dan disimpan melalui
kaedah yang bersih dan selamat.
 Sentiasa mengamalkan amalan kebersihan khususnya amalan
mencuci tangan dengan amalan 7 langkah yang betul. Basuh
tangan setiap kali sebelum makan dan selepas menggunakan
tandas.
 Mengawasi tanda-tanda kerosakan makanan melalui konsep
Lihat-Hidu-Rasa sebelum mengambil makanan. Jangan makan
makanan sekiranya terdapat tanda-tanda seperti basi, bau
masam, berlendir atau berbuih.

Sekian dan terima kasih.

DATUK DR. LOKMAN HAKIM BIN SULAIMAN


Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam)
Kementerian Kesihatan Malaysia

Tarikh: 18 Januari 2014

Anda mungkin juga menyukai