Sejarah penubuhan sekolah SJKT LADANG SUNGKAI bermula sejak awal penubuhan lading
Sungkai. Lokasi sekolah ini bersebelahan dengan jalan utama menuju ke Bandar Slim River tetapi
bersebelahan dengan Ladang Sungkai yang sememangnya dalam ketegori luar bandar. .
2. TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini diadakan untuk:
2.1. Memaklumkan pelan tindakan pembangunan / penambahbaikan infrastruktur
sekolah.
2.2. Menggerakkan plan tindakan kerja mendapatkan dana bagi menukar dewan
terbuka kepada dewan tertutup.
3. RASIONAL
Rasional menukar dewan sekolah ini kepada dewan tertutup ini adalah untuk :
3.1. Membuktikan bahawa para pendidik prihatin terhadap infrastruktur sekolah selaras
dengan saranan kementerian pendidikan Malaysia yang mengkehendaki sekolah
menyediakan sekolah yang kondusif untuk sesi pembelajaran.
3.2. Meningkatkan kualiti kemudahan dengan mengutamakan keselamatan dan
keselesasan pelajar. Di samping dapat meningkatkan sokongan dan kepercayaan
ibu bapa terhadap program-program yang dijalankan.
4. OBJEKTIF PROJEK
Cadangan pelaksanaan projek ialah menukar dewan terbuka kepada dewan tertutup yang
bermasalah. Hal ini penting berdasarkan pertimbangan berikut:
4.1. Keadaan dewan terbuka yang terdedah kepada suasana yang tidak sesuai semasa
pengendalian program.
4.2. Mengatasi keadaan hujan yang sentiasa menganggu pelaksanaan program.
4.3. Menutup dewan untuk membolehkan program dilaksanakan dengan tenang dan
damai.
5. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DJANGKA DARI PROJEK
5.1. Mampu menjamin keselamatan guru dan pelajar kerana penambahbaikan dapat
meningkatkan kualiti pelaksanaan program yang dijalankan di dewan tersebut.
5.2. Meningkatkan dan memenuhi kemudahan asas yang diperlukan iaitu dewan
sekolah.
5.3. Memenuhi aspirasi kementerian untuk memberi kemudahan kepada pelajar supaya
dapat belajar dalam suasana kondusif dan lengkap dengan kemudahan asas.
5.4. Mampu menjimatkan masa untuk menguruskan suasana dewan terbuka yang
selalunya kotor kerana angin dan hujan.
Pelaksaan projek ini adalah sangat penting dan memberi implikasi yang besar sekiranya
tidak dapat dilaksanakan seperti:
6.1 Aspek keselamatan di kalangan guru dan pelajar tidak terjamin semasa
menggunakan dewan terbuka.
6.2 Pelaksanaan program tidak dapat dilaksanakan dengan baik kerana dewan terbuka
dan tanpa kemudahan asas.
6.3 Mempengaruhi minat dan keyakinan ibu bapa atau penjaga untuk menghantar anak-
anak mereka kerana kemudahan asas yang tidak lengkap.
7. STRATEGI PELAKSANAAN
7.1. Menyediakan kertas kerja
7.2. Menubuhkan Jawatan Kuasa pelaksana peringkat sekolah
7.3. Menyediakan carta alir pelan tindakan kerja.
8. PERSEDIAAN AWAL
8.1. Mesyuarat dan taklimat
8.2. Penubuhan jawatan kuasa
8.3. Tinjauan dan pemerhatian
8.4. Mendapatkan dana
9. JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi : pengetua
Timbalan Pengerusi: : PK Pentadbiran
Naib Pengerusi I : PK Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi II : PK Kokurikulum
Setiausaha : En. S. Kumaran
RM 51000
11. KESIMPULAN.
11.1. Bardasarkan permasalahan di atas, dimohon agar cadangan ini diluluskan untuk
menjadikan sekolah ini lebih berdaya saing dan memberi perkhidmatan yang lebih
baik kepada komuniti setempat.
11.2. Kesemua kerja-kerja di atas adalah diklasifikasi sebagai renovasi yang
memerlukan bajet yang berasingan untuk menyempurnakan kerja.
_________________________________