Anda di halaman 1dari 17

FAKULTI UNDANG-UNDANG

LW224-SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG

ARTIKEL REVIEW
THE CONCEPT OF EDUCATION IN ISLAM

DISEDIAKAN OLEH:

DIYANAH FATINI BINTI DERIN (KETUA KUMPULAN) 2020471332

NIK NUR AMALIN NADZIRAH AZMI 2020470952

NOR FILZAH BINTI AHMAD FADZLY 2020471094

NUR HAMIZAH BINTI MOHD HANAFIAH 2020471164

AUNI SYAMIMI BINTI MOHAMAD SUBERI 2020471228

ILLY NADZIRA BINTI SARRULNIZAM 2020471292

Artikel Review Dihantar kepada Ustazah Izyan Farhana Binti Ibrahim Dalam
Memenuhi Sebahagian Keperluan untuk

CTU 552 (FALSAFAH DAN ISU SEMASA)

SEMESTER 1 SESI 2020/2021

TARIKH HANTAR: 15 JANUARI 2020


ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1. PENGENALAN 2-5

2. ISI-ISI 6-12

3. RUMUSAN 13-14

4. BIBLIOGRAFI 15

1
1. PENGENALAN

Buku ini ditulis oleh seorang pemikir Islam yang unggul iaitu Professor Dr.
Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Melihat kepada tajuknya, dapat disimpulkan
bahawa buku ini berkisar mengenai pemahaman ilmu dari perspektif Islam. Di dalam
buku yang mengandungi 19 muka surat ini, penulis membincangkan pelbagai
perkara seperti maksud ilmu dari sudut pandangan Islam dan Barat, elemen ilmu,
kepentingan ilmu dan cabang-cabang ilmu di mana setiap satunya dijelaskan
dengan penuh teliti oleh penulis. Antara istilah yang digunakan oleh penulis adalah
seperti makna, ilmu, kebenaran, hikmah, amal, hak, nafsu, akal, darjat, ayat dan
tafsir di mana setiap satunya berkait antara satu sama lain yang telah membentuk
satu konsep yang dapat difahami sebagai ‘Konsep Pendidikan Islam’.

Tujuan buku ini ditulis adalah untuk menepis dakwaan ahli falsafah barat
mengenai ilmu, menerangkan konsep ilmu yang sebenar dan memberi pendedahan
kepada manusia mengenai kepentingan ilmu dalam kehidupan.

Pada pendapat saya, buku ini telah mengubah cara saya berfikir mengenai
Pendidikan Islam itu sendiri. Selama ini, saya berpendapat bahawa Pendidikan
Islam itu hanyalah berkenaan perkara-perkara ukhrawi semata-mata tetapi setelah
membaca buku ini, barulah saya fahami bahawa sebenarnya Pendidikan Islam
mempunyai makna yang lebih mendalam. Dalam Pendidikan Islam itulah kita
sebenarnya melalui proses untuk mencapai akhirat dengan memahami segala yang
berlaku di sekeliling kita.

Sebagai contoh, pada permulaan buku ini, penulis telah membahaskan


persoalan seperti ‘apa itu manusia’. Penulis menjelaskan bahawa manusia
merupakan suatu kejadian yang mempunyai akal dan boleh berfikir secara rasional.
Memandangkan perkataan ‘rasional’ itu melambangkan seorang manusia, pemikir
Islam seperti penulis tidak bersetuju dengan pandangan barat yang beranggapan
bahawa pemikiran rasional itu adalah berbeza ataupun terpisah daripada intelektual.
Hal ini demikian kerana, evolusi Barat telah menyebabkan berlakunya sekularisme
iaitu pemisahan antara ilmu dan agama yakni pemikir Barat menganggap bahawa
rasional dan intelek adalah dua perkara yang berbeza, sedangkan bagi pemikir
Islam mereka percaya bahawa intelektual dan rasional saling berhubung antara satu

2
sama lain melalui akal yang dianugerahkan oleh Allah. Oleh itu wujudlah istilah al-
haywan al-natiq iaitu manusia ialah haiwan yang mampu berfikir.

Selain itu, penulis menerangkan kepentingan akal kepada manusia dan


menjelaskan bahawa akal itu juga sinonim dengan hati yang merupakan organ
dalaman manusia. Bagi penulis, sifat semulajadi akal yang mempunyai makna
spiritual itulah yang menyebabkan manusia boleh berfikir secara rasional dengan
cara boleh membezakan antara perkara yang hak dan batil.

Apabila dikaitkan dengan ilmu pengetahuan, penulis menekankan bahawa


penilaian ilmu itu bukanlah semata-mata kerana sifat luarannya sahaja tetapi
kemampuan seseorang dalam menggunakan akalnya juga perlulah diambil kira.

Bermula pada muka surat 4, penulis mula menjelaskan mengenai elemen


pendidikan iaitu content ataupun dalam bahasa Melayu dipanggil kandungan.
Penulis menyifatkan bahawa salah satu elemen yang melengkapkan Pendidikan itu
adalah kandungan. Kandungan yang dimaksudkan oleh penulis adalah sesuatu
yang tidak semestinya kepada ilmu pengetahuan yang diajar di sekolah tetapi lebih
kepada purpose iaitu sebab mengapa seseorang itu perlu menuntut ilmu. Penulis
berpendapat bahawa makna Pendidikan itu hanya dapat difahami melalui maksud
secara epistemologi iaitu dengan memahami sifat semulajadi Pendidikan itu sendiri.
Sebagai seorang Muslim, kita mengetahui bahawa segala ilmu itu datang dari Tuhan
dan diadaptasi secara spiritual dan fizikal.

Perkara yang signifikan dalam buku ini adalah mengenai tiga elemen asas
pendidikan yang di ketengahkan oleh penulis iaitu proses, pengisian dan penerima.
Konsep proses dalam pendidikan sebenarnya boleh difahami secara lebih tepat
melalui terma adab. Adab merupakan disiplin kepada tubuh badan, minda dan jiwa.
Hal ini kerana, disiplin memberi jaminan pengiktirafan dan pengakuan kepada fizikal,
intelektual, kebolehan dan kekuatan spiritual. Pengiktirafan dan pengakuan pula
disusun mengikut aras (marÂtib) dan darjah (darajÂt). Apabila dipupuk adab dalam
proses pendidikan, manusia akan bertindak mengikut pengiktirafan dan pengakuan
yang diberikan yang menunjukkan konsep keadilan (‘adl). Manakala keadilan pula
merefleksikan kebijaksanaan (hikmah).

3
Konsep pengisian dalam pendidikan pula dikatakan tidak semua perkara yang
dianggap sebagai ilmu secara amnya merupakan pendidikan. Penulis menekankan
bahawa ada sesuatu di dalam ilmu pengetahuan yang jika tidak dipupuk, ia bukanlah
dianggap pendidikan. Hal ini kerana, dalam mencari pengisian pendidikan kita
mestilah mengetahui tujuan dalam mencarinya. Maka di sini, pengisian dalam
pendidikan boleh didefinisikan pengiktirafan dan pengakuan mengenai tempat-
tempat yang betul dalam susunan penciptaan,sehingga membawa kepada
pengiktirafan dan pengakuan yang betul tempat Tuhan dalam susunan kewujudan.
Tempat yang betul di sini bermaksud benar dari aspek hak. Hak melambangkan
kebenaran dan realiti dalam menghukum sesuatu keadaan seperti pernyataan atau
perkataan yang diucapkan atau proposisi, kepercayaan agama, agama dan mazhab
pemikiran.

Penerima pendidikan dikaitkan dengan kebijaksanaan atau hikmah. Penulis


maksudkan pengetahuan yang diberi oleh Tuhan dan penerima itu boleh membuat
hukuman yang betul dalam melabel sesuatu perkara. Dalam Islam, tujuan untuk
menuntut ilmu ialah untuk memupuk kebaikan dalam seorang manusia dan sebagai
seorang individu. Lebih tepat lagi adalah manusia yang beradab. Hal ini kerana adab
merupakan asas dan jemputan dalam membentuk manusia yang berkualiti dan
berkelakuan baik. Seperti yang disebut di dalam hadis Ibn Mas’fid di mana Al-Quran
dikatakan satu jemputan oleh Tuhan kepada makhluk di dunia untuk menghayati dan
mempelajarinya kerana di dalamnya terdapat makanan untuk jiwa.

Seterusnya, saya akan membincangkan mengenai hubungan dua buku yang


telah dikarang oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang bertajuk Human Origin
dan The Concept of Education in Islam.

Dalam buku Human Origin, penulis ada mengatakan bahawa manusia secara
amnya didefinisikan sebagai haiwan yang rasional. Namun begitu, Beliau
mempercayai bahawa manusia bukanlah dari kerajaan haiwan. Walaupun bahasa
arab mendefinisikan manusia al-haywÂn al-nÂtiq, yang bermaksud haiwan rasional
tetapi bukanlah itu maksud sebenarnya. 1 Dalam kedua-dua buku ini penulis
menerangkan maksud sebenar al-haywÂn al-nÂtiq. Al-nâtiq bermaksud kebolehan

1 Risallah, Fiqih & Denisova, Tatiana. (2019). Syed Muhammad Naquib al-Attas on
Human Origin. TSAQAFAH. 15. 345. 10.21111/tsaqafah.v15i2.3382.

4
manusia untuk berbahas manakala al-hayawân bermaksud makhluk yang hidup dan
bukanlah haiwan yang hina.

Sebaliknya, buku “The Concept of Education in Islam” pula menerangkan


lebih mendalam bahawa berbahas merupakan lambang kekuatan dan kebolehan
manusia untuk bercakap perkara yang bermakna.

Pada pendapat saya, saya setuju bahawa manusia tidak boleh disamakan
dengan haiwan. Hal ini kerana, haiwan tidak mempunyai akal untuk berfikir seperti
manusia. Justeru itu, amatlah tidak wajar untuk menyamakan manusia dan haiwan.
Haiwan dan manusia juga berbeza dari aspek fizikal dan mental. Haiwan tidak boleh
bertutur mahupun berbahas seperti manusia bagi menyampaikan mesej dalam
fikiran mereka.

5
2. ISI-ISI

Dalam buku ini, antara perkara yang ditulis oleh penulis ialah, beliau telah
membincangkan tentang dua konsep pandangan iaitu dari pandangan Islam dan
juga pada pandangan Barat. Antara perkara yang disentuh oleh penulis adalah
manusia kerana secara umumnya manusia dikenali sebagai “rasional animal” oleh
kerana manusia ditentukan dengan rasionaliti mereka, pelbagai idea dapat dijana
oleh mereka dan ini selari dengan maksud rasional dimana semua manusia
bersetuju ia dimaksudkan dengan akal. Bertentangan pula, dalam sejarah intelektual
Barat, konsep ini telah mengalami banyak kontroversi dan mencetuskan pandangan
buruk dari sudut Islam. Hal ini kerana, pada pandangan Barat, mereka berpendapat
bahawa akal dan intelek adalah dua perkara berbeza dalam proses sekularisasi idea
yang bersumberkan dari sejarah pemikiran Barat sejak zaman Yunani Kuno dan
juga Romania. Bagi orang Islam pula, mereka tidak bersetuju dengan fahaman Barat
kerana mereka berpendapat bahawa di dalam akal, terdapat kedua-duanya iaitu
intelek dan juga nisbah. Selain daripada itu, akal juga didefinasikan sebagai sejenis
pengikat atau penahan yang membolehkan seseorang manusia untuk memahami
ayat dan perkataan yang ditemuinya. Seterusnya, apabila dikatakan manusia
sebagai “rasional animal” penulis menekankan kemampuan untuk memahami
pertuturan dan menjadi seseorang yang bertanggungjawab atas perumusan makna
yang melibatkan pertimbangan, ketidaksamaan, perbezaan dan penjelasan, dan
yang berkaitan dengan artikulasi kata atau frasa dalam bentuk substantif.

Dalam isi diatas, terdapat beberapa kekuatan, kelemahan dan sumbangan.


Pertama sekali, dari segi kekuatan, beliau menunjukkan bahawa akal merupakan
bahan suci dari mana jiwa rasional dapat memahami dan memisahkan realiti dari
pembohongan. Oleh itu, kita sebagai seorang manusia tidak akan mudah terpedaya
dengan tipu helah kerana kita mempunyai akal yang membenarkan kita mengetahui
apa yang betul dan apa yang salah. Selain itu, dari segi kelemahan, jika kita tidak
dapat membezakan perkara yang benar atau salah, maka akan sukar untuk bagi kita
untuk mengingati sesuatu dan fahaman kita akan hilang. Seterusnya, dari segi
sumbangan, akal telah memberikan kelebihan kepada manusia untuk berfikir dan
mengkaji sesuatu. Sebagai contoh, dengan adanya akal, kita dapat membina
bangunan-bangunan tinggi mencakar langit yang mampu menampung puluhan ribu

6
orang di dalamnya. Sehubungan dengan itu, di dalam artikel Konsep Pendidikan
Akal Dalam Perspektif Hamka juga menyokong bahawa akal dapat menyumbangkan
pelbagai kebaikan dalam kehidupan manusia.

Seterusnya, penulis ini kemudian mengetengahkan elemen terpenting yang


perlu ada di dalam pendidikan iaitu dari segi kandungan (content). Elemen ini juga
boleh diterjemahkan sebagai “something” atau sesuatu. Naquib Al-Attas
menjelaskan bahawa istilah “something” adalah sangat penting dalam membina
sesuatu pendidikan dan tanpa kehadirannya, pendidikan tersebut tidak akan
mencapai kesempurnaannya. Perkara yang dimaksudkan oleh penulis ialah
pengetahuan (knowledge), atau lebih tepat lagi pengetahuan yang bertujuan sebagai
tujuan dalam mencarinya. Dalam pada itu, Naquib Al-Attas menerangkan apa yang
dimaksudkan dengan pengetahuan dalam pelbagai jenis sudut kerana ia mempunyai
banyak maksud. Pertama sekali melalui sudut pandangan menurut tradisi Islam.
Definisi “knowledge” boleh terbahagi kepada dua iaitu dari sudut hadd yang
bermaksud perincian perbezaan ciri-ciri bagi sesebuah objek manakala rasm pula
boleh didefinisikan sebagai penjelasan bagi sifat semula jadi sesuatu objek.
Namun begitu, penulis ini menyatakan bahawa definisi yang paling tepat
adalah berdasarkan epistemologi Islam. Penulis tersebut menyatakan bahawa
pengetahuan adalah sesuatu penyampaian jiwa mengenai maksud pengetahuan
bagi benda ataupun objek. Maksud sesuatu benda boleh ditafsirkan sebagai maksud
yang benar bagi sesuatu benda. Apa yang dimaksudkan dengan benar boleh dirujuk
kepada realiti dan kebenaran yang dinyatakan di dalam Al-Quran. Tambahan pula,
masyarakat muslim telah diajar bahawa semua ilmu pengetahuan yang diperolehi
datang daripada Allah, dididik mengenai cara kedatangan pengetahuan tersebut dan
pengantara yang bertanggungjawab menyebarkan ajaran-Nya. Oleh yang demikian,
pengetahuan disampaikan melalui Allah SWT kepada jiwa sama ada melalui fizikal
mahupun spiritual. Naquib Al-Attas kemudian memberikan rumusan mengenai
konsep ayat untuk perkataan (words) dan benda (things) dengan menggunakan Al-
Quran sebagai medium rujukan. Pemahaman sesuatu perkataan sebagai perkataan
boleh membawa kepada pelencongan dalam kebenaran sesuatu perkara dan
tafsiran sesuatu benda sebagai benda akan menyebabkan kekeliruan. Hal ini
merupakan punca sebenar pentingnya memberikan definisi pengetahuan daripada
sudut epistemologi Islam menurut pendapat penulis.

7
Penulis ini kemudian memberikan maksud pengetahuan menurut Al-Quran
merujuk kepada perkataan maksud sesuatu benda iaitu pengiktirafan sesuatu
tempat yang betul bagi sesuatu benda dalam bentuk ciptaannya dan ia membawa
kepada pengiktirafan tempat yang betul bagi Allah SWT dalam bentuk kejadian dan
kewujudannya. Tujuan penulis menggunakan definisi berdasarkan Al-Quran ialah
walaupun maksud sesuatu benda diberikan oleh seorang pengkaji atau ahli falsafah,
maksud yang muktamad datangnya daripada Al-Quran sendiri yang mengesahkan
kebenaran dalam suatu kajian empirikal. Sebagai contoh, mengenai soal tafsir dan
ta’wil ialah cara pendekatan yang betul kepada pengetahuan dan metodologi
saintifik. Soal tafsir dan ta’wil telah dinyatakan di dalam Al-Quran dan hadis iaitu
menjadikan dunia empirikal sebagai perkataan, dan juga sebagai tanda dan simbol
dalam mengkaji sesuatu hubungan sesuatu benda yang berkaitan dengan organik
secara keseluruhan. Oleh yang demikian, melakukan rujukan menggunakan Al-
Quran adalah sangat penting bagi umat Islam dalam mencari makna sesuatu
perkara kerana ia adalah sumber rujukan yang mengandungi pengetahuan yang
disampaikan oleh Allah.
Akan tetapi, penulis menegaskan bahawa pengiktirafan semata tidak akan
menjadikan pengetahuan tersebut lengkap tanpa pengakuan. Hal ini disebabkan
oleh kaitan antara pengakuan dengan man dan juga terkandung dalam diri (man)
untuk menjadikannya seseorang yang menepati kehendak untuk sesuatu benda
yang betul. Kehendak tersebut juga boleh dimaksudkan sebagai perbuatan
seseorang itu dari segi amalnya. Oleh itu, pengiktiran dan pengakuan perlulah hadir
bersama-sama dalam pengetahuan kerana tanpa salah satunya, pengetahuan
tersebut tidak akan menjadi lengkap. Seiring dengan penerangan tersebut, penulis
akhirnya memberikan maksud muktamad bagi pengetahuan iaitu pengiktirafan dan
pengakuan bagi sesuatu tempat yang betul bagi sesuatu benda dalam bentuk
ciptaannya dan ia membawa kepada pengiktirafan tempat yang betul bagi Allah
SWT dalam bentuk kejadian dan kewujudannya.
Sehubungan dengan itu, dapat dirumuskan bahawa artikel ini telah
menekankan bahawa pentingnya kehadiran sesuatu kandungan di dalam
pendidikan. Hal ini dapat dibuktikan dengan artikel yang ditulis oleh Naquiah Nahar
dan Jimaain Safar dimana isu mengenai masalah guru tidak mempunyai
pengetahuan yang mendalam dalam subjek yang diajar sehingga memberi impak ke
atas para pelajar. Terdapat kajian melalui soal selidik yang menunjukkan bahawa

8
tahap penguasaan guru di Sekolah Rendah Agama di Selangor dalam pelajaran jawi
hanyalah pada tahap sederhana. Hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan
tahap kefahaman pelajar dalam subjek mata pelajaran jawi semakin lemah. Sebagai
bukti, dalam soal selidik yang sama, seramai 20.8% pelajar telah mengaku bahawa
mereka tidak mempunyai kemahiran untuk menulis tulisan jawi dengan manakala
79.2% yang lain boleh. Namun begitu, angka 20.8% tetap besar dan
mengecewakan. Walaupun pelajar tersebut bersekolah di sekolah agama, namun
mereka masih tidak tahu menulis tulisan jawi. Walhal, tulisan jawi merupakan tulisan
yang akan sering digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Dengan ini, jelaslah bahawa kandungan pengetahuan dalam pendidikan itu sangat
penting kerana tanpa elemen pengetahuan dalam pendidikan, tahap kefahaman
dalam sesuatu ilmu itu tidak akan lengkap.
Pada pandangan saya, terdapat beberapa kelemahan dan juga kekuatan
dalam penyampaian penulis mengenai elemen pengetahuan yang perlu ada dalam
pendidikan. Dari sudut kelemahan penulisannya, artikel ini ditulis dalam bahasa
Inggeris maka kebarangkalian perselisihan pendapat atau penyalahtafsiran ke dalam
bahasa Melayu ketika mengkaji artikel ini adalah sangat tinggi. Hal ini akan
menyebabkan seseorang yang ingin merujuk kepada artikel ini perlu mahir dalam
kedua-dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Inggeris. Namun begitu, hal ini boleh
diatasi dengan meminta bantuan daripada orang yang mahir dalam kedua-dua
bahasa untuk mantafsirkan artikel ini dengan tepat. Akan tetapi, artikel ini juga
terdapat kelebihannya iaitu cara penyampaiannya yang berteraskan logik
berpandukan Al-Quran. Tambahan pula, Naquib Al-Attas juga sering menyentuh
soal agama Islam dan kepentingan Al-Quran dalam kehidupan Islam. Hal ini akan
mengukuhkan pemahaman pembaca serta memberi peringatan kepada diri sendiri
bahawa apa-apa yang dilakukan atau dikaji oleh manusia, kita perlulah merujuk
kebenaran hasil kajian kita dengan menggunakan Al-Quran. Oleh yang demikian,
secara tidak langsung hal ini juga mampu melahirkan nilai penghargaan yang tinggi
ke atas Al-Quran.

Selain daripada itu, penulis, iaitu Syed Muhammad Naquib al-Attas


mengatakan adab adalah disiplin tubuh, akal dan jiwa; disiplin itu yang akan
menjamin pengiktirafan dan pengakuan seseorang dimana adakah pernyataan
mereka benar dan betul. Tidak kira ianya berkaitan dengan fizikal, intelektual dan

9
keupayaan dan potensi kerohanian; pengiktirafan dan pengakuan realitinya yang
diyakini itu disusun secara hierarki (bertingkat-tingkat) mengikut pelbagai tahap
mereka dan darjah yang bersesuaian. Sebagai contoh, intipati ilmu daripada wahyu
itu lebih baik daripada akal dan ilmu fardhu ain lebih tinggi daripada fardhu kifayah.
Adab terhadap ilmu pengetahuan akan menghasilkan cara yang tepat dan benar
dalam proses pembelajaran dan penerapan ilmu daripada pelbagai bidang.
Seseorang individu yang terdidik mempunyai kemampuan untuk mengembangkan
segala potensinya ke arah pembentukan peribadi, sikap dan sahsiah yang sesuai
dengan acuan pembentukan yang ditetapkan Allah SWT.

Oleh kerana adab merujuk kepada pengiktirafan dan pengakuan yang benar
pada tempat, situasi, keadaan dalam kehidupan, dan mendisiplinkan diri secara
positif dan sanggup menyertai dalam membaiki peranan seseorang insan
bersesuaian dengan pengiktirafan dan pengakuan, aktualisasi (keinginan seseorang
untuk menggunakan kemampuan diri dalam mencapai apa yang mereka mahu)
dalam seseorang dan masyarakat secara keseluruhan menggambarkan keadaan
keadilan. Zuraidah juga mengatakan adab ini berhubung rapat dengan pandangan
hidup islam seperti kebijaksaan, keadilan dan kebenaran. Hal ini secara tidak
langsung meyakinkan lagi hujah-hujah al-Attas. Iaitu seseorang insan mempunyai
dua jiwa atau unsur. Yang pertama ialah rasional iaitu akal untuk berfikir dan
menentukan sesuatu hal manakala yang kedua ialah berjiwa haiwan iaitu nafsu
dalam diri seperti nafsu terhadap makanan, wanita dan harta. Ketika akal seseorang
menguasai dan mengawal sifat kehaiwanannya, maka ia telah meletakkan kedua-
duanya pada tempat yang sepatutnya dan sekaligus meletakkan dirinya pada tempat
yang benar. Keadaan ini adalah sesuatu yang tidak menzalimi diri sendiri malah
meletakkan keadilan terhadap dirinya.

Keadilan itu sendiri mencerminkan kebijaksanaan, yang telah kita miliki


ditakrifkan sebagai pengetahuan yang diberikan Tuhan yang membolehkan
penerima untuk meletakkan sesuatu ke tempatnya. Keadaan atau sesuatu yang
berada di tempat yang betul adalah apa yang kita panggil sebagai keadilan; dan
adab adalah kaedah mengetahui dengan cara bagaimana kita merealisasikan
sesuatu berada di tempat yang betul. Oleh itu, adab dibawah pengertian beliau ialah

10
gambaran kebijaksanaan; dan adab dalam masyarakat adalah susunan yang adil di
dalamnya.

Menurut al-Attas lagi, orang yang adil adalah orang yang mempengaruhi atau
menanam adab dalam dirinya sendiri lalu membuatkan dirinya bertambah baik.
Menurut Zuraidah (2013), apabila adab kita hilang, kita akan mulai terbelenggu
dengan amalan dan perbuatan yang tidak berasaskan nilai murni dan etika. Hal ini
kerana tidak ada lagi sifat adil dalam diri dan mengikut hawa nafsu semata-mata dan
cenderung untuk melakukan salah laku dan melampaui batas. Hal ini sekaligus akan
menyebabkan seseorang itu bersikap tamak dan rakus.

Selain itu, penulis juga mengeneralisasikan idea yang mengatakan bahawa


adab dikenal pasti sebagai pengetahuan yang bertujuan untuk menuntut ilmu.
Tujuan mencari pengetahuan dalam Islam adalah untuk menanamkan kebaikan
dalam diri manusia dan dalam diri setiap individu. Maka, pendidikan dalam Islam
adalah untuk menghasilkan orang baik, dan bukan seperti dalam peradaban Barat
yang tujuannya untuk melahirkan warganegara yang baik. Dengan perkataan 'baik',
dalam konsep insan yang baik adalah manusia yang beradab. Dalam pengertian di
sini ia dijelaskan sebagai hal yang merangkumi kehidupan rohani dan fizikal
manusia.

Al-Attas juga menerangkan konsep adab dengan merumuskan makna adab


dari sudut asal dan dari sudut islam. Konsep adab seperti yang beliau rumuskan di
sini ditafsirkan dari maknanya seperti yang difahami pada awal kajian, pengertian
Islam, sebelum pembatasannya pada konteks berkenaan konsep penyempurnaan
budaya yang berkaitan dengan huruf dan etika sosial, yang banyak dipengaruhi oleh
inovasi dari pakar sastera atau sasterawan. Penulis juga menggambarkan
pengertian asal adab iaitu adalah ‘menjemput’ ke jamuan. Penulis menjelaskan lagi
bahawa idea jamuan menunjukkan bahawa tuan rumah adalah seorang yang
terhormat dan terpuji, dan banyak orang akan hadir dan sesungguhnya orang-orang
yang hadir adalah mereka yang di anggarkan oleh tuan rumah yang berhak
mendapat penghormatan jemputan dan oleh itu mereka adalah orang yang berkualiti
tinggi dan layanan yang diharapkan dapat bersikap sesuai dengan situasi mereka
melalui pertuturan, tingkah laku dan etika.

11
Konsep adab dalam islam pula merupakan jemputan ke jamuan, bersama-
sama dengan semua implikasi konseptual yang wujud di dalamnya, yang bahkan
ketika itu sudah melibatkan pengetahuan, secara signifikan dan mendalam
dinyatakan dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud, di mana Quran Yang
Mulia sendiri digambarkan sebagai ajakan Tuhan untuk jamuan pada bumi, di mana
kita digesa untuk mengambil bahagiannya dengan memperoleh pengetahuan
sebenar mengenainya dan memperoleh pengetahuan sebenar tentangnya dengan
mengambil makanan yang enak di dalamnya. Dalam erti kata yang sama bahawa
keseronokan makanan enak dalam jamuan sangat ditingkatkan oleh golongan mulia
dan makanan itu boleh diambil sesuai dengan peraturan tingkah laku, etika, dan
begitu juga pengetahuan yang harus dipuji dan dinikmati, dan didekati melalui
tingkah laku yang sesuai dengan sifatnya yang tinggi.

Justeru itu, tujuan sebenar dalam usaha untuk menuntut ilmu dan pendidikan
adalah agar seseorang itu mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

12
3. RUMUSAN

Oleh itu, berdasarkan buku “The Concept of Education in Islam” karya ahli
falsafah terulung di Malaysia iaitu Syed Muhammad Naquib al-Attas, dapat
disimpulkan bahawa pentingnya ilmu dalam kehidupan manusia sejagat tanpa
mengira bangsa dan agama. Kami telah mengkaji buku “The Concept of Education
in Islam” bagi tujuan article review kerana melalui buku ini dapat dilihat bahawa
kehidupan di dunia bukanlah satu kehidupan yang mudah tetapi merupakan satu
kehidupan yang penuh dengan cabaran dalam mencapai titik keseimbangan
kehidupan bagi menjamin kebahagian di dunia dan di akhirat. Selain itu, melalui
buku ini dapat kita lihat bahawa antara intipati yang telah ditekankan oleh Syed
Naquib dalam penulisan beliau ialah pentingnya 3 perkara asas pendidikan iaitu
proses, pengisian dan penerimaan dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana 3
perkara asas ini amatlah penting dalam memastikan kita sebagai umat Islam, dapat
mengenal pasti perkara yang hak atau batil; dalam erti kata yang lain perkara yang
benar atau sebaliknya.

Disamping itu, melalui buku ini juga penulis telah menekankan akan
kepentingan menggunakan kebijaksanaan akal dalam kehidupan seharian agar tidak
disalah ertikan penggunaannya bagi tujuan yang tidak baik. Hal ini dapat kita lihat
apabila penulis telah menekankan bahawa manusia diumpakan sebagai haiwan
yang mempunyai akal fikiran yang bererti manusia merupakan makhluk yang
mempunyai akal dan juga nafsu. Oleh itu, kita sebagai manusia haruslah bijak dalam
menyeimbangkan kedua-duanya. Selain daripada itu, karya ahli falsafah terulung ini
juga telah menekankan kepentingan Al-Quran dalam membuat sesuatu kajian agar
ianya tidak akan dikira sebagai satu kajian yang sia-sia kerana dibuat berdasarkan
pendapat atau pengetahuan kita sebagai manusia semata-mata. Hal ini kerana
pengetahuan adalah sesuatu penyampaian jiwa mengenai maksud pengetahuan
bagi benda ataupun objek dan pentingnya untuk memberikan definisi pengetahuan
daripada sudut epistemologi Islam. Oleh yang demikian, umat Islam tidak
seharusnya menggunakan logik akal semata dalam membuat kajian tetapi
sebaliknya perlulah merujuk kepada sumber yang sah dan relevan seperti Al-Quran.
Dengan ini, amatlah penting untuk menjadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan
dalam melakukan sesuatu kajian kerana Al-Quran merupakan pengakuan daripada

13
Allah SWT melalui ayat-ayat suci-Nya. Akhir sekali, beliau juga mengetengahkan
akan kepentingan adab dalam kehidupan seharian yang merupakan satu cerminan
kepada diri kita sendiri. Selain itu, beliau juga telah menyatakan bahawa orang yang
adil adalah orang yang mempunyai adab terpuji yang mampu membuatkan dirinya
bertambah baik. Hal ini kerana apabila adab seseorang itu hilang, maka mereka
akan dibelenggu dengan amalan dan perbuatan yang negatif.

Kesimpulannya, buku ini amatlah berkesan dalam memberi kesedaran


kepada umat Islam dalam menjadi seorang muslim yang lebih baik bagi mencapai
kebahagian di dunia dan di akhirat. Akan tetapi, lebih baik sekiranya buku ini
mempunyai terbitan dalam bahasa Melayu kerana terdapat segelintir masyarakat di
Malaysia yang tidak mempunyai kemahiran dalam bahasa Inggeris. Hal ini telah
menyebabkan mereka sukar untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh ahli
falsafah terunggul di dalam buku beliau yang bertajuk “The Concept of Education in
Islam”. Secara keseluruhannya, hasil karyawan Syed Naquib Al-Attas mempunyai
kredibilitinya yang tersendiri dan cara penulisannya yang kukuh di mana ia dapat
dilihat apabila beliau telah membuat perbandingan di antara cara pemikiran Barat
dan ahli falsafah Islam. Oleh hal yang demikian, secara tidak langsung ia telah
membuka fikiran pembaca dalam cara mereka berfikir secara logikal dan kritis.
Jelaslah, bahawa buku ini amatlah penting dalam memberi kesedaran kepada umat
Islam dalam menjadi seorang muslim yang lebih baik bagi mencapai kebahagian di
dunia dan di akhirat.

14
4. BIBLIOGRAFI

Al-Attas, S. M. N. (1980). The concept of education in Islam. Kuala Lumpur:


Angkatan Belia Islam Malaysia. 19. Retrieved from http://www.mef-ca.org
/files /attas -text-final.pdf.
Naquiah, N. & Jimaain, S. (2017). Penguasaan Pengetahuan Kandungan (Content
Knowledge): Pemangkin Keterampilan Pedagogi Jawi Berkesan Abad ke-21.
Jurnal Teknikal & Sains Sosial, 8 (1), 45-59. eISSN: 2289-7356.

Risallah, Fiqih & Denisova, Tatiana. (2019). Syed Muhammad Naquib al-Attas on

Human Origin. TSAQAFAH. 15. 345. 10.21111/tsaqafah.v15i2.3382.

Rokam, (2017). Konsep Pendidikan Akal Dalam Perspektif Hamka. Jurnal Studi

Islam,12(2),48-58. Retrieved from http://ejournal.kopertais4.or.id/tapal

kuda/index.php/pwahana/article/view/3164/2349.

Zuraidah, O. (2013). Pembentukan Ilmuan Beradab melalui Penerapan Konsep


Ta'dib Dalam Pendidikan: Satu Analisis. Jurnal al-Tamaddun, 27-35.

15
Maklumat Pelajar

BIL. PELAJAR MAKLUMAT PELAJAR

1. NAMA: NOR FILZAH BINTI AHMAD FADZLY


NO. MATRIK: 2020471094
BAHAGIAN: PENDAHULUAN

2. NAMA: ILLY NADZIRA BINTI SARRULNIZAM


NO. MATRIK: 2020471292
BAHAGIAN: PENDAHULUAN

3. NAMA: NUR HAMIZAH BINTI MOHD HANAFIAH


NO. MATRIK: 2020471164
BAHAGIAN: ISI (RASIONAL)

4.
NAMA: DIYANAH FATINI BINTI DERIN
NO. MATRIK: 2020471332
BAHAGIAN: ISI (ELEMEN KANDUNGAN)

5.
NAMA: AUNI SYAMIMI BINTI MOHAMAD SUBERI
NO. MATRIK: 2020471228
BAHAGIAN: ISI (ADAB)

6.
NAMA: NIK NUR AMALIN NADZIRAH AZMI
NO. MATRIK: 2020470952
BAHAGIAN: RUMUSAN

16

Anda mungkin juga menyukai