Anda di halaman 1dari 13

b

KOLEJ VOKASIONAL BINTULU

Km 12 Jln. Tanjung Kidurong

97000 Bintulu, Sarawak.

TAJUK FOLIO MENYIASAT KEMALANGAN


INDUSTTRI.

NAMA MOHAMMAD AINEL MALLIQ BIN


MARZIDI

PROGRAM MEKANIKAL TEKNOLOGI KIMPALAN

NAMA PENSYARAH CIKGU NUR HALIZA BINTI ZAKARIA

NO. KAD PENGENALAN 020107-13-1157

Penghargaan

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Di sini saya ingin mengucapkan jutaan


teriam kasih terutamanya kepada pengarah kita iaitu tuan pengarah kolej vokasional Bintulu,
Encik Jamali bin Muhammad kerana banyak menyediakan kemudahan di kolej dan kolej

1
kediaman, dengan adanya kemudahan di kolej kami dapat menyiapkan tugasan yang diberi
dengan mudah.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu
Cik Nur Haliza Binti Zakaria kerana telah memberi tunjuk ajar kepada kami bagi menyiapkan
tugasan ini, dengan itu kami senang bagi menyiapkan tugasan yang diberi.

Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya
kerana telah memberi kerjasama semasa saya menyiapkan tugasan ini. Dengan itu saya dapat
menyiapkan tugasan dengan keadaan yang tidak bising.

ISI KANDUNGAN

Bil. Perkara Muka surat


1. Penghargaan 2
2. Pengenalan 4
3. Laporan

2
Bahagian- A
Bahagian -B 5-7
Bahagian- C
4. Kesimpulan 8
5. Akta kilang dan jentera 1967 (Jabatan keselamatan 9-11
dan kesihatan)
6 Akta keselamatan sosial pekerja (Perkeso) 1969 12

7 Rujukan 13

1.0 PENGENALAN

Di dalam topik ini ianya terbahagi kepada 3, iaitu objektif penyiasatan, siasatan
kemalangan dan perancangan sebelum dan selepas kemalangan untuk memudahkan kepada
kita memahami tentang penyiasatan kemalangan. Terdapat tiga objektif utama mengapa
setiap kemalangan di tempat kerja mesti disiasat. Antara objektif tersebut ialah:

a) Mencegah kehilangan dan kerugian seterusnya.

b) Melaksanakan tanggungjawab kebajikan.

3
c) Memenuhi kehendak undang-undang yang disyaratkan dalam Akta dan peraturan yang

berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Didalam mencapai objektif di atas, perkara yang perlu ditekankan didalam setiap
penyiasatan ialah, ia bukan bertujuan untuk mencari kesalahan sesiapa pun, tetapi bagi
mencari punca dan penyebab berlakunya kemalangan tersebut. Namun tidak dapat dinafikan
bahawa apabila penyebab dan punca kemalangan ditentukan, maka kesalahan manusia
berkemungkinan menjadi salah satu penyebabnya. Penyiasatan yang bertujuan menyalahkan
orang tidak akan menggalak kerjasama orang yang terlibat di dalam siasatan. Lebih
malangnya jika maklumat salah dan palsu diberikannya.

Laporan mengenai kemalangan/kejadian berbahaya

Peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (pemberitahuan mengenai


kemalangan kejadian berbahaya keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan) 2004

2.0 Bahagian A – Maklumat Pemberitahu

4
Nama : Ali Bin Ilan

Welder Jawatan :

Nama Siang Malam sdn. bhd & :


Alamat
Organisasi

No. 017-5436690
Telefon:

2.1 Bahagian B – Orang yang terlibat

Nama : Abu Bilan

Tarikh lahir : 01/10/1990

No. K/P : 901001-11-1150

MALAYSIA L Warganegara:
Jantina :

5
Pekerjaan : WELDER

Nama & Alamat Organisasi:

Siang Malam sdn. bhd

Tempat kejadian:

Di bengkel

Tarikh dan masa kejadian : 8.50 a.m. (22/10/2019)

Tarikh mula lapor kepada : 05/09/2019

JKKP

2.2 Bahagian C – Huraian kemalangan atau kejadian berbahaya.

SEBELUM- Pada pagi hari 22/10/2019 di Siang Malam sdn.bhd. Abu Bilan sedang
melakukan tugas mengimpalnya seperti kebiasaan hari, dengan mengikuti SOP bengkel yang
telah ditetapkan.

6
SEMASA- Pada pukul 8.50 a.m. terdengar satu letupan kecil semasa para berkerja tengah
melakukan kerja masing-masing di bengkel. Mengikut saksi kejadian Ali bin Ilan berkata
kejadian tersebut berpunca daripada kesilapan salah seorang pekerja meraka iaitu, Abu Bilan.
Semasa melakukan kimpalan dia meletakkan tukul besi di atas mesin kimpal dan terus
menyebabkan renjatan elektrik berlaku dan menyebabkan kebakaran kecil. Abu Bilan lalu
memadaman suis utama bengkel dan melaporkan kepada welder iaitu Ali bin Ilan iaitu saksi
kejadian tersebut. Kebakaran kecil dipadam menggunakan alat pemadam api.

SELEPAS-Kebakaran telah dipadamkan. Encik Ali bin Ilan telah dipanggil untuk memberi
penjelasan dan disiasat. Encik Abu Bilan akan dikenakan tindakan berat atas tindakan dia
tersebut.

Tanda tangan pemberitahu Tarikh:

3.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, topik di atas dapat memberikan kita pengetahuan


tentang bagaimana untuk mencari punca penyebab dan jalan penyelesaian sesuatu
kemalangan yang berlaku di bengkel. Tujuan utama bagi penyiasatan ini adalah untuk
mengelakan kemalangan daripada berlaku berulang lagi. Selain itu, kita juga dapat

7
mengetahui tentang prosedur dan alat-alat yang perlu digunakan sekiranya berlakunya
kemalangan. Akhir sekali, melalui borang siasatan dan borang laporan insiden, ia dapat
membantu kita dalam membuat beberapa tindakan lanjut untuk pembetulan ataupun
pencegahan sesuatu kemalangan di masa yang akan datang.

4.0 Akta kilang dan jentera 1967 (Jabatan dan keselamatan dan kesihatan)

Boleh dikatakan setiap hari terdapat kilang-kilang yang baru di bina dan
beroperasi dengan jumlah kilang yang begitu banyak maka kerajaan merasakan perlunya
diadakan satu akta yang dapat mengawal operasi sesebuah kilang. Dalam tahun 1967 telah
termaktub satu kilang yang diberi nama Akta kilang dan jentera 1967. Langkah kerajaan
memperuntukkan Akta kilang dan jentera 1967 bertujuan untuk memastikan keselamatan,
kesihatan dan kebajikan pekerja dilindungi. Hakikatnya, soal keselamatan di kilang harus
sama-sama ditangani oleh pihak majikan dan pekerja. Walau bagaimanapun, secara sedar

8
atau tidak, setiap hari kemalangan tetap berlaku samada di rumah atau di tempat kerja, malah
kemalangan di kilang lebih banyak dilaporkan.

Peningkatan kes berkaitan dengan bencana di tempat kerja menunjukkan industri


tidak patuh dengan standard dan panduan daripada pihak berkuasa, terdapat 100,000 kes
kemalangan dan kecederaan membabitkan bencana kerja dilaporkan setiap tahun dalam
negara. Di antara kemalangan di kilang-kilang yang dilaporkan ialah kecederaan akibat
sentuhan pada jentera, kecelakaan peralatan kilang terhidu bahan kimia. Beberapa kes
kematian akibat jentera dan mesin yang rosak telah dilaporkan. Malah beberapa kes kematian
akibat terhidu gas beracun turut dilaporkan. Kebanyakan bahan kimia yang digunakan di
kilang-kilang adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kecederaan apabila terdedah tanpa
dilindungi. Langkah-langkah keselamatan harus dilaksanaan apabila mengendalikan bahan-
bahan kimia seperti asid,alkali,gas,pelarut,simen,getah sintetik,gentian kaca dan pelekat.
Dengan adanya Akta kilang dan jentera 1967, semua pihak yang terlibat dalam perkilangan
mempunyai tanggungjawab yang sudah tetapkan. Tujuannya ialah untuk menjaga
keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja kilang.

Akta ini digubal dengan harapan ianya dapat mengawal kilang untuk mengikut
garis panduan dalam menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja kilang. Akta ini
juga digunakan untuk membuat pendaftaran dan pemeriksaan peralatan jentera juga mesin.
Akta kilang dan jentera 1967, juga mengambil berat tentang kesihatan pekerja-pekerja kilang.
Ini kerana pekerja kilang lebih banyak terdedah kepada bahaya keselamatan dan kesihatan.
Bahan-bahan kimia yang digunakan oleh kilang perlulah di beri perhatian yang lebih oleh
pihak majikan. Dalam akta ini juga ada tersebutnya langkah-langkah yang perlu dipatuhi oleh
pihak majikan juga pekerja.

Selain daripada kulit yang menghadapi bahaya, bahagian lain yang paling mudah
terdedah pada bahaya bahan kimia ialah mata,hidung,kerongkong serta bahagian atas saluran
pernafasan. Kesan pendedahan adalah bergantung kepada nilai pH,jadi pihak majikan
diperlukan untuk selalu membuat kajian dan pemeriksaan keatas pH mengikut akta ini. Selain
daripada kesakitan dan tidak selesa,pekerja juga terpaksa menerima rawatan dan mengambil
cuti sakit dan ini akan mempengaruhi produktiviti sesebuah organisasi. Kemalangan di kilang
melibatkan mesin dapat dielakkan sekiranya majikan dan pekerja memberikan perhatian yang
sewajarnya terhadap keselamatan diri dan orang lain. Mengikut akta kilang dan jentera.

9
Setiap mesin digunakan perlu sentiasa di baik pulih dan diperiksakan mengikut jangka masa
yang tertentu, ini bergantung kepada jenis mesin yang digunakan. Setiap mesin yang
digunakan di dalam kilang perlu mempunyai data-data pemeriksaan, baik pulih dan
penyenggaraan sepenuhnya.

Mesin-mesin yang digunakan juga perlu dibuat pendaftaran kepada pihak yang
berkenaan, Akta pendaftaran (akta ke-18 dalam Akta kilang) bertanggungjawab dalam
pendaftaran mesin-mesin dan alatan elektrik yang digunakan. Sesebuah kilang boleh
dikenakan tindakan undang-undang seandainya tidak membuat pendaftaran peralatan yang
ditetapkan. Adalah menjadi tanggungjawab akta ini untuk menjaga keselamatan perlatan
yang digunakan supaya pekara yang tidak diingini tidak berlaku. Akta kilang dan jentera
bertanggungjawab sepenuhnya bagi operasi sesebuah kilang yang dibina. Setiap kilang perlu
memenuhi setiap yang telah ditetapkan oleh akta ini, tujuannya ialah menjaga keselamatan
dan kesihatan bagi pekerja-pekerja kilang itu sendiri. Adalah penting akta ini dilaksanakan
dalam membangun seperti Malaysia. Bukan saja pekerja dapat dijamin keselamatannya tetapi
juga produktiviti sesebuah kilang itu dapat ditingkatkan dan member kesan positif kepada
perkembangan ekonomi negara.

Akta ini juga ada menyebut tentang pakaian perlindungan sepanjang masa yang
disediakan oleh majikan dan mematuhi segala arahan atau langkah-langkah keselamatan
sertaa kesihatan amata digalakkan. Contohnya bagi kilang yang menggunakan bahan kimia
yang membahaya, maka pekerjanya perlu disediakan pakaian perlindungan yang boleh
menjamin keselamatan mereka. Majikan mesti menyediakan tempat kerja dengan sistem
penyenggaraan perekitaran yang bersih, selamat dan tanpa risiko. Maklumat, arahan dan
poster-poster keselamatan bagi bahan-bahan berbahaya juga perlu disediakan. Penerangan
mengenai bahaya bahan kimia industri dalam program latihan keselamatan, mengadakan
latihan keselamatan secara berterusan, menyediakan peralatan keselamatan seperti sarung
tangan, pelindung mata atau muka dank rim penahan bagi mencegah berlakunya kemalangan.

Pihak majikan boleh dikenakan undang-undang seeandainya tidak mengikut


peraturan Akta kilang yang ke-24. Akta kilang dan jentera ini dapat menjaga keselamatan dan
kesihatan pekerja-pekerja yang bekerja di kilang. Akta ini juga secara tidak langsung dapat
mengurangkan kemalangan tempat kerja di kilang-kilang. Sesebuah kilang dan jentera perlu
mengikut akta-akta yang telah ditetapkan ini, tindakan undang-undang boleh dikenakan ke
atas kilang yang tidak mengikut akta-akta ini.

10
4.1 Akta keselamatan dan social pekerja (PERKESO) 1969

Akta keselamatan social pekerja (Perkeso) 1967 adalah bertujuan untuk


memberikan perlindungan insuran kepada pekerja-pekerja mana-mana industri. Bagi tujuan
memastikan pekerja dan majikan bersama-sama menyumbangkan kepada tabung
perlindungan Perkeso, majikan bagi sesuatu industri adalah diwajibkan mendaftarkan
pekerja-pekerja mereka dan caruman bulanan adalah dikenakan dalam dua kategori iaitu

(Lembaga penyelidikan undang-undang)

11
a) Kategori satu: caruman barsama antara pekerja dan majikan sebagai perlindungan
terhadap kemalangan yang bakal menyebabkan ketidakupaya dan kecederaan semasa
bekerja.
b) Kategori dua: caruman persendirian pekerja sebagai perlindungan terhadap
kemalangan yang bakal menyebabkan kecederaan semasa bekerja.

Akta ini turut menyenaraikan jumlah caruman yang sepatutnya dibayar oleh
pihak majikan dan pekerja serta jumlah pampasan yang bakal diperolehi oleh pekerja
yang ditimpa kecelakaan. Antara faedah perlindungan yang akan dinikmati oleh para
pencarum PERKESO adalah (Lembaga penyelidikan undang-undang, 1993):

1) Bayaran pampas an terhadap sebarang ketidakupayaan akibat kemalangan


pekerjaan.
2) Bayaran pampasan terhadap sebarang kecacatan akibat kemalangan pekerjaan.
3) Bayaran pampasan terhadap sebarang kematian akibat kemalangan pekerjaan.
4) Bayaran pampasan terhadap persaraan awal akibat kemalangan pekerjaan.

Akta keselamatan social pekerja (Perkeso) 1969 menjamin pemberian


perlindungan kepada pekerja melalui skim pampasannya. Apabila seseorang pekerja ditimpa
kecelakaan yang meragut nyawa atau menyebabkan sebarang penyakit, kecederan atau
kecacatan, skim pampasan Perkeso akan disalurkan sebagai gantirugi kepada mangsa atau
keluarganya atas segala kehilagan atau kerugian. Disamping itu, Akta ini juga meliputi
bidang penguatkuasaan seperti denda atau hukuman berhubung kegagalan pihak majikan
mendaftarkan pekerja mereka sebagai ahli PERKESO atau kegagalan pekerja menjelaskan
cruman pada suatu tempoh. Sabit kesalahan, bagi setiap kesalahan tertuduh akan dikenakan
denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara enam baln atau kedua-duanya sekali.

Rujukan

Internet

- http://sarjana.tripod.com/akta1.html

Buku

12
- Amalan keselamatan, persekitaran dan kesihatan DMB 1113

13

Anda mungkin juga menyukai