Anda di halaman 1dari 12

Memperkenalkan Dutch Lady

Sejak turun temurun kami di Dutch Lady Milk Industries mempunyai komitmen untuk
membekalkan produk tenusu dan produk pemakanan bayi yang berkualiti tinggi ke seluruh
negara. Kini Dutch Lady adalah antara tiga pengilang produk tenusu yang terunggul di Malaysia.

Generasi demi generasi di Malaysia telah membesar dengan produk-produk tenusu Dutch Lady.
Masihkah anda ingat akan susu kotak Coklat Dutch Lady UHT yang sering dibawa ke sekolah
untuk waktu rehat? Pengguna muda bagi generasi baru hari ini mempunyai banyak pilihan
dengan adanya rangkaian produk susu yang meluas untuk keperluan tumbesaran mereka. Dutch
Lady 123 dan 456 bukan sahaja diperkaya dengan DHA, tetapi juga boleh didapati dalam perisa
vanila, madu dan coklat!

Pada awal operasi, Dutch Lady memulakan perniagaannya sebagai pengilang susu pekat manis.
Kini rangkaian produk Dutch Lady Milk Industries semakin meluas dari rumusan bayi dan susu
untuk membesar sehinggalah jus buah-buahan dan yogurt. Setiap inovasi produk dalam
rangkaian rumusan susu bayi dan kanak-kanak yang berkembang pesat disokong oleh kaji selidik
tempatan dan antarabangsa yang terperinci. Royal FrieslandCampina, iaitu syarikat induk kami
di Belanda, sentiasa melaburkan dana dalam usaha kaji selidik untuk meningkatkan pemakanan
si manja anda ke tahap yang lebih tinggi.

Rangkaian produk Dutch Lady bukan sahaja setakat produk popular seperti Dutch Lady UHT
Milk atau Dutch Lady 123. Antara produk lain dari syarikat kami yang mungkin anda telah pun
nikmati semasa waktu rehat di tempat kerja atau sebagai pencuci mulut di restauran kegemaran
anda - termasuklah jus buah-buahan JOY, MooJooz dan Yogurt Rendah Lemak Dutch Lady.
Produk seperti Yogurt dan Moojooz melambangkan usaha tekad kami di Dutch Lady untuk
sentiasa meningkatkan rangkaian pilihan produk tenusu untuk dinikmati anda seisi keluarga.

Dengan penghasilan produk-produk berkualiti yang dirumuskan khas untuk memenuhi citarasa
anda, Dutch Lady telah menjadi peneraju dan salah satu jenama produk tenusu yang paling
dipercayai di seluruh pelosok negara. Sila terus membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut
bagaimana Dutch Lady telah berkembang bersama rakyat dan negara Malaysia sejak 50 tahun
yang lalu.

Profil Syarikat

Dutch Lady Milk Industries Berhad (“Dutch Lady Malaysia”), peneraju industri tenusu berkualiti
Malaysia, telah ditubuhkan pada tahun 1963. Ianya juga syarikat tenusu pertama yang
disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 1968. Pemilik utamanya adalah Royal
FrieslandCampina NV, suatu syarikat multinasional Belanda dan antara syarikat tenusu terbesar
di dunia. Permodalan Nasional Berhad pula adalah pemegang saham kedua terbesar.

Dutch Lady Malaysia mengilang serta memasarkan produk tenusu dan jus buah-buahan yang
berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan eksport Antara produk-produk termasuklah
Rumusan Bayi, Susu Untuk Membesar, Susu Tepung, Susu Pekat Manis, Susu UHT, Susu
Disteril, Susu Dipasteur, Susu Kultur, Yoghurt dan Minuman Jus Buah-Buahan. Syarikat juga
mempunyai pengguna setia yang menyokong produk tenusu jenama Dutch Lady, Frisolac, Friso,
Completa, Omela dan Joy.

Syarikat percaya akan pentingnya inovasi produk yang berterusan, suatu hasrat yang disokong
penuhnya oleh FrieslandCampina. Dutch Lady Malaysia juga sentiasa memperbaiki kualiti dan
nutrisi produk sedia ada secara berterusan untuk memenuhi keperluan pihak pelanggan. Dutch
Lady Malaysia adalah syarikat pertama di dunia yang memperkenalkan Susu Untuk Membesar
yang diformulakan khas untuk kanak-kanak berumur satu hingga tiga tahun. Produk ini
dipasarkan di Malaysia dengan nama Susu Untuk Membesar Dutch Lady 123 dan Susu Untuk
Membesar Dutch Lady 456.

Selain menyokong industri tempatan dengan penggunaan ramuan tempatan dalam penghasilan
produk-produknya, Dutch Lady Malaysia juga adalah penyokong dan pembeli susu segar
tempatan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Pembelian tersebut adalah hasil
kolaborasi Projek Pembangunan Tenusu bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan
dibantu oleh Kedutaan Belanda.

Dutch Lady Malaysia amat mementingkan mutu produknya dengan memastikan penjagaan
kualiti berada di tahap yang optimum. Ini terbukti dengan penganugerahan pensijilan ISO 9001
kepada premis syarikat sejak tahun 1995. Syarikat juga mengamalkan keselamatan penghasilan
produk dengan aplikasi HACCP di dalam premis pembuatannya. Malah, penjagaan alam sekitar
dan keselamatan pekerja turut dititikberatkan apabila dianugerahkan sijil ISO 14001 dan OHSAS
18001. Kesemua produk tenusu yang dihasilkan syarikat telah mendapat pengesahan halal oleh
pihak Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM).

Dutch Lady Malaysia memperoleh hasil pendapatan tahunan sebanyak RM692 juta pada tahun
2009. Syarikat ini beroperasi di Petaling Jaya dan mempunyai 600 orang pekerja. Kini, Dutch
Lady Malaysia menerajui pasaran untuk produk tenusu seperti Susu UHT, Susu Steril, dan Susu
Untuk Membesar.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.dutchlady.com.my

Selain dairpada Dutch Lady Malaysia, FrieslandCampina mempunyai tiga syarikat lain yang
beroperasi di Malaysia. Syarikat tersebut didaftarkan dengan nama FrieslandCampina Business
Development Unit, CPI Sdn Bhd, yang berfungsi sebagai ibupejabat Operasi Nasional, Syarikat
FrieslandCampina Service Centre Asia Pacific Sdn Bhd, yang berstatus MSC dan Syarikat
FrieslandCampina Domo Asia, yang menjalankan perniagaan jualan bahan ramuan.
Royal FrieslandCampina merupakan syarikat multinasional yang menghasilkan produk tenusu
dan bahan ramuan yang semulajadi, bernutrisi dan bermutu tinggi. Rasa, sihat, mudah dan jujur
merupakan aspek utama yang dipegang Syarikat.

FrieslandCampina mencatatkan hasil pendapatan tahunan sebanyak Euro 9.5 billion pada tahun
2008. Ianya mempunyai 21,000 orang pekerja do 100 buah premis pembuatan dan pejabat jualan
di 25 buah negara. Syarikat terbahagi kepada empat organisasi dalaman iaitu Produk Pelanggan
Eropah, Produk Pelanggan Antarabangsa, Keju & Mentega dan Bahan Ramuan.

Variasi produk tenusu yang dihasilkan adalah seperti Susu berbentuk Tepung dan Likat,
Minuman Susu, Yoghurt, Keju, Pencuci mulut, Krimer Kopi, Makanan Bayi, Mentega dan
Bahan Ramuan.

Berikut adalah jenama produk yang dihasilkan oleh FrieslandCampina iaitu Campina, Chocomel,
Completa, Dutch Lady, Frisian Flag, Foremost, Betagen, Friesche Vlag, Fruttis, Fristi, Vifit,
Landliebe, Milli, Mona, Optimel, Optiwell, Puddis, Pöttyös, Fruttis, NoyNoy, Peak, Rainbow,
Yazoo, Appelsientje, DubbelFrisss, CoolBest, Debic, Frico, Milner, Buttergold, Valess, DMV,
Kievit, Domo, Creamy Creation dan Nutrifeed.

Syarikat mengamalkan model kerjasama dalam menjalankan perniagaannya dimana 16,000


penternak lembu tempatan adalah merupakan pemilik Syarikat dan mempunyai kepentingan di
dalam Syarikat.

Wawasan Kami

Wawasan korporat Dutch Lady Milk Industries Berhad ialah untuk menjadi syarikat tenusu
terbaik di Malaysia melalui produk-produk dan tawaran cemerlang kepada para pengguna,
pelanggan perdagangan, pemegang saham dan pekerja.

Misi Syarikat

Helping Malaysians move forward in life with trusted dairy nutrition.

Kisah Kejayaan
PIAWAIAN DAN PENCAPAIAN SYARIKAT
Dutch Lady Milk Industries Berhad adalah pemenang Anugerah
Produktiviti Tahun 2004 yang telah diiktirafkan oleh Nasional Productivity
Corporation (NPC) dalam kategori syarikat-syarikat yang mempunyai
pulangan RM 100 juta keatas. Anugerah ini diberikan dengan objektif untuk
menghargai syarikat yang cemerlang dalam pengurusan & peningkatan
tahap produtiviti, dan juga untuk meningkatkan saingan dalam industri dan
akhir sekali bagi menyedarkan semua akan kepentingan untuk memperbaiki
produktiviti syarikat bagi menyumbang terhadap pembangunan ekonomi di
Malaysia.
Kemenangan ini membuktikan kesungguhan syarikat untuk sentiasa
mengamalkan yang terbaik bagi menaikkan keyakinan pemegang saham dan
memperbaiki pengalaman pengguna bersama jenama Dutch Lady. Anugerah
produktiviti NPC ini bukan sahaja merupakan penghargaan terhadap
dedikasi dan kerjasama setiap pekerja di Dutch Lady, malah ia juga dapat
membantu mengetengahkan kebaikan menggunakan unit-unit untuk
mengukur tahap productiviti yang digunakan sebagai usaha untuk
memastikan daya ketahanan syarikat akan kekal lama dan terus meningkat
maju.
Pada tahun 2003, Dutch Lady Milk Industries Berhad memperoleh sijil
pengiktirafan di bawah piawai ISO 9001 yang baru. ISO 9001 bukan saja
membantu piawaian sistem kualiti dalam syarikat, malah digunakan sebagai
jaminan tambahan untuk meyakinkan para pelanggan kami tentang sistem
ketat yang diamalkan dalam penghasilan produk berkualiti untuk mereka.
Organisasi Piawaian Antarabangsa (International Organization of
Standardization, ISO) ialah rangkaian institut piawaian kebangsaan sedunia
dari 146 buah negara. ISO menggalakkan piawaian sedunia yang
memudahkan pertukaran barangan dan perkhidmatan antarabangsa.
Pengiktirafan ISO diberi berdasarkan kriteria yang ditetapkan melalui
kerjasama dengan organisasi-organisasi antarabangsa, kerajaan, industri,
perniagaan dan wakil pengguna.
Pada tahun 2007, para pengguna Malaysia sekali lagi memilih Dutch Lady
sebagai jenama susu yang lebih digemari lalu memberikan anugerah
"Reader's Digest SuperBrands Gold Award" yang kesembilan kepada kami.
Ini adalah kemenangan terbaru dalam rekod berterusan Dutch Lady sejak
Reader's Digest mula menganjurkan soal selidik tahunan ini pada tahun
1999.
Soal selidik Reader's Digest SuperBrands ialah untuk mengenalpasti jenama
yang paling digemari oleh para pengguna Asia berdasarkan 41 kategori
produk. Secara spontan, responden menamakan jenama kegemaran, daripada
kategori produk gaya hidup hinggalah keperluan harian yang merangkumi
pelbagai perkhidmatan dan barangan seperti insurans, stesen minyak dan
sup. Menurut penganjur, jenama yang "layak dipanggil SuperBrands
mewakili pengiktirafan kualiti cemerlang oleh para pengguna umum, di
samping menggambarkan pilihan para pengguna di antara pelbagai pilihan
yang sedia ada.

Kejayaan Dutch Lady adalah kerana ia sentiasa mengutamakan para


pengguna dalam memenuhi keperluan pemakanan mereka - satu fokus yang
mengilhamkan syarikat kami untuk menghasilkan produk-produk berkhasiat
yang memenuhi keperluan pemakanan rakyat Malaysia daripada pelbagai
lapisan umur.
Produk Dutch Lady mempunyai tanda 'halal' daripada Bahagian Kajian
Makanan dan Barangan Gunaan Islam, JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia). Proses pengilangan kami menunjukkan pemahaman bahawa
makanan dan minuman halal adalah suatu perkara yang penting untuk setiap
orang Islam. Sekiranya sebarang makanan atau minuman mempunyai tanda
'halal', ini bermaksud bahawa ia boleh dimakan oleh orang Islam. Barangan
halal tidak mengandungi sebarang bahan tidak suci di bawah Undang-
undang Syariah. Dutch Lady Milk Industries Berhad begitu beriltizam untuk
mendukung piawai kesucian dan mengekalkan kepercayaan pengguna dalam
setiap barangan yang dikeluarkan oleh kilang Dutch Lady.
Setiap produk Dutch Lady mempunyai logo 'halal' rasmi keluaran JAKIM.
Selain daripada mengesahkan taraf 'halal' produk, ini juga memberi
kepastian kepada pengguna bahawa Dutch Lady Milk Industries Berhad
mematuhi amalan kebersihan yang ketat, mengesahkan nama baik jenama
yang telah sekian lama bertapak di pasaran yang penuh dengan saingan.

Segala kemudahan pengilangan Dutch Lady Milk Industries Berhad adalah


tertakluk pada lawatan tapak rutin yang menyeluruh oleh pegawai-pegawai
teknikal JAKIM. Tatacara ini biasanya termasuk lawatan fizikal ke tapak,
temu ramah dengan pekerja kilang dan perbincangan dengan pegawai-
pegawai kanan Dutch Lady Milk Industries Berhad. Sijil 'halal' yang
dikeluarkan oleh JAKIM diperbaharui setiap dua tahun. Pada bila-bila masa
sahaja, JAKIM berhak untuk mengadakan pemeriksaan pematuhan menerusi
pemantauan tetap secara perhubungan lisan dengan pihak syarikat, ataupun
lawatan dan pemeriksaan mengejut.
Sijil Piawaian HACCP (Sistem Analisis Bahaya dan Titik Pengendalian
Kritikal - Hazard Analysis and Critical Control Point) telah dianugerahkan
kepada kilang Dutch Lady Milk Industries Berhad bagi semua kilang
pemprosesan dan pengilangan mereka. HACCP ialah satu kaedah penilaian
risiko yang menggunakan pendekatan sistematik untuk menilai amalan
keselamatan makanan. Ia dirancang untuk mengenalpasti, menilai, dan
mengawal bahaya dalam keselamatan makanan agar proses pengilangan
terlindung daripada pencemaran dan risiko keracunan makanan dapat
dikurangkan.
ISO 14001:2004 Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) adalah satu pendekatan
pengurusan bersistematik bagi menangani masalah alam sekitar yang dihadapi
oleh syarikat seperti pengurusan air & sisa air, kualiti air, pengurusan sisa

KELEBIHAN ISO14001
Mengurangkan risiko pencemaran alam Mempertingkatkan imej 
sekitar melalui kaedah pencegahan dari syarikat
punca
Penambahan keuntungan hasil dari Sentiasa memenuhi syarat- 
penjimatan kos yang berkait dengan alam syarat yang ditetapkan oleh
sekitar kerajaan

Piawaian ini menyediakan satu sistem yang memberi


perlindungan kepada pekerja, pengunjung dan kontraktor
daripada kemalangan yang tidak diingini
Ia membantu mengelak kecederaan di tempat kerja,
kehilangan upaya, kesihatan yang terjejas, penyakit,
kecelakaan dan kematian
 
 Organisasi Antarabangsa
perbadanan multinasional yang membangun, menghasil dan menjual pelbagai produk tenusu dan
minuman berasaskan buah-buahan yang berjenama untuk pasaran pengguna, para pengguna
profesional dan pengeluar makanan.

Rangkaian produk Royal FrieslandCampina mempunyai kehadiran yang kuat di market tenusu
antarabangsa, terutama di Eropah Barat, Eropah tengah, Timur tengah, Afrika Barat dan Asia
Tenggara. Syarikat ini beroperasi dari 90 cawangan di seluruh dunia dengan jumlah 17,500
orang pekerja di mana 12,000 orang bekerja di luar Belanda. Segala akitiviti dibahagi kepada 4
kumpulan produk: Produk pelanggan yang segar dan tahan-lama, keju, bahan mentah dan produk
makanan layanan. FrieslandCampina mempunyai latar belakang korporat. Pekebun tenusu yang
merupakan ahli syarikat korporat itu sendiri juga adalah pembekal susu kepada syarikat. Oleh
kerana itu, mereka merupakan tiang yang memastikan qualiti produk sentiasa dijaga.

Polisi Hak Peribadi

Sila pastikan yang anda baca tentang polisi hak peribadi ini secara menyeluruh sebelum
menggunakan atau menghantar sebarang maklumat ke laman web ini.

1. Penggunaan maklumat peribadi


Kami menghormati hak peribadi pengguna laman web ini. Maklumat peribadi tidak diperlukan
untuk mengakses laman web ini, walaubagaimanapun, anda perlu mendaftar maklumat anda
yang betul dan tepat apabila diperlukan untuk sebab-sebab tertentu seperti yang dinyatakan di
dalam laman web ini.

Pengumpulan Maklumat Pengenalan Peribadi. Dutch Lady Malaysia mengumpul maklumat


pengenalan peribadi anda hanya apabila anda mengemukakan maklumat tersebut dengan
kerelaan anda sendiri. (Maklumat pengenalan peribadi adalah sebarang maklumat yang boleh
digunakan untuk mengenali atau menghubungi seseorang itu termasuklah maklumat-maklumat
lain berkenaan seseorang itu)
 

2. Pendedahan maklumat
Kami berhak mendedahkan makumat pengenalan peribadi yang telah anda berikan melalui e-mel
atau medium lain kepada anak-anak syarikat di bawah FrieslandCampina samada di dalam atau
luar negara yang bersetuju mengendalikan maklumat tersebut selaras dengan polisi hak peribadi
ini.

Laman web ini mungkin mengandungi pautan atau rujukan ke laman-laman web yang lain; yang
tidak diliputi oleh polisi hak peribadi ini. Pastikan anda membaca dan bersetuju dengan polisi
hak peribadi di setiap laman web yang anda kunjungi.

Apabila anda menghantar maklumat melalui laman web ini, anda memberi kebenaran kepada
Dutch Lady Malaysia untuk mengumpul, mengguna dan mendedahkan maklumat anda, tertakluk
kepada Polisi Hak Peribadi ini.

Dutch Lady Malaysia berhak menukar atau memperbaharui polisi hak peribadi ini pada bila-bila
masa sahaja. Sekiranya kami ada menukar sebarang polisi hak peribadi dan prosedur, kami akan
memaklumkan perubahan tersebut di laman web kami supaya anda tahu apakah maklumat yang
kami kumpul, bagaimana kami menggunakannya atau sebab-sebab kami mendedahkan
maklumat tersebut. Sebarang perubahan dan pindaan akan berkuatkuasa serta-merta sebaik saja
ia dipaparkan di laman web kami. Sila pastikan yang anda sentiasa maklum tentang sebarang
pindaan berkenaan polisi ini terutamanya apabila anda memberikan sebarang maklumat
pengenalan peribadi secara online.

BERKEMBANG DENGAN DUTCH LADY  


Potensi : Kita Mencarinya. Kita Memupuknya.
Dutch Lady Milk Industry Berhad, “Pakar Tenusu Malaysia” adalah
sebahagian daripada Royal Friesland Foods, sebuah syarikat multinasional
berpusat di Belanda dan terkemuka di dunia dalam industri tenusu dan
pengeluar barangan makanan pengguna. Bermula sebagai pengimport susu
manis, Dutch Lady Milk Industries Berhad telah berkembang di pasaran
tempatan sejak 50 tahun lalu. Hari ini Dutch Lady ialah jenama utama yang
dikenali di seluruh Malaysia. Dutch Lady menawarkan pelbagai jenis produk
tenusu untuk segenap lapisan pengguna.

Mengetahui bakat dan membina kerjaya


Moto kami "Hidup sihat penuh semangat!" bukan saja kami amalkan terhadap
pelanggan kami tetapi juga terhadap diri kami sendiri. Dutch Lady adalah
tempat yang sesuai untuk anda sekiranya anda bersedia untuk menghadapi
cabaran baru dan memulakan satu kerjaya yang mempunyai masa depan yang
cerah.

Di Dutch Lady, kami sentiasa mencari individu yang bersemangat tinggi,


mempunyai inspirasi baru serta dapat melihat situasi menerusi sudut yang
baru. Pekerja kami amat bermotivasi dan berupaya menggunakan kebolehan
mereka untuk terus maju dan bekerjasama dengan ahli-ahli kumpulan lain.
Kami menghargai kepentingan sumber manusia kami dan kami komited untuk
membantu mereka untuk terus maju.

Kenapa Dutch Lady?


Kami berupaya memberikan lebih banyak perhatian kepada anda berbanding
majikan lain kerana fokus syarikat ini adalah pada sumber manusianya. Anda
boleh menimba ilmu dan pengalaman mengenai pengeluaran dan pemasaran
produk yang telah mempengaruhi kehidupan pelbagai lapisan masyarakat.
Sama ada kebolehan anda berasaskan kemahiran interpersonal ataupun
pentafsiran data, syarikat kami menawarkan jawatan dengan pelbagai darjah
tanggungjawab dan tugasan yang bersesuaian dengan kemampuan anda. Hari
ini, 600 pekerja di Dutch Lady telah menemui suasana kerja yang
bersemangat, rakan sekerja yang mudah berinteraksi, mempunyai inisiatif dan
ingin belajar.
 Kesihatan Tulang

Keutamaan Sepanjang Hayat


 
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, osteoporosis dikenal pasti sebagai salah
satu masalah  utama kesihatan, terutamanya di kalangan warga tua. Produk
tenusu telah terbukti memberi jawapan bagi mengekalkan kekuatan dan
kesihatan tulang, dan seterusnya mengurangkan masalah osteoporosis.
 
Kesihatan tulang sangat penting bagi setiap individu
Perubahan gaya hidup dan peningkatan taraf kehidupan menyebabkan
bermulanya penyakit yang berunsurkan penuaan (rujukan 1). Osteoporosis,
penyakit yang berpunca dari faktor penuaan, sangat diketahui menjadi  
masalah kesihatan utama yang dialami oleh kaum wanita dan warga tua, tidak
kira jantinanya. Masalah utama osteoporosis ialah keretakan yang
mengurangkan tahap kesihatan seseorang lantas meningkatkan kos perubatan.
Fakta menunjukkan yang epidemik osteoporosis sejagat mungkin akan
berlaku sekiranya tiada langkah diambil untuk mengelak dari penyakit ini
berterusan.
 
Fakta & Nombor (Rujukan 2)
 
·         Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun: 75 juta penduduk telah
mengalami masalah osteoporosis
·         Amerika Syarikat: 10 juta penduduk mengalami masalah osteoporosis,
18 juta mempunyai tulang yang lemah
·         Hong Kong: masalah keretakan pinggul telah meningkat sebanyak
200% dalam masa 3 dekad ini
·         Seluruh dunia: pada tahun 2050, masalah keretakan pinggul dijangka
akan meningkat sebanyak 310% di kalangan kaum lelaki dan 240% di
kalangan kaum wanita
 
Pelaburan berkhasiat untuk kesihatan tulang
Pembentukan dan kehilangan tulang biasanya disokong oleh pelbagai faktor
genetik dan persekitaran, termasuklah nutrisi. Bekalan nutrisi bagi
mendapatkan kekuatan tulang yang tinggi sewaktu remaja mungkin boleh
membantu mengurangkan kelemahan tulang akibat penuaan dan putus haid.
Nutrisi tambahan dan gaya hidup yang sihat boleh membantu menjaga tulang
sewaktu pertengahan umur dan mengurangkan masalah tulang pada tahun-
tahun seterusnya, contohnya, mengurangkan kadar ketahanan tulang dan
mengawal tahap hormon serum parathyroid (PTH).
 
Chart:
 
(Janet, please replace the English word in the chart with the Malay words
enclosed. On the left are the English words, thanks.)
 
BMD = BMD
Max = Max
Peak Bone Mass = Tahap ketahanan tertinggi
Risk Zone = Zon Risiko
Dangerous Zone = Zon Bahaya
Prevention = Penjagaan
Therapy = Terapi
Men = Lelaki
Women = Perempuan
 
Carta 1, rujukan 3: Penunjuk skematik tentang kadar ketahanan mineral
tulang (BMD) semenjak dari lahir dengan petunjuk (*) di mana penjagaan
perlu dititikberatkan
 

Nutrisi yang dikenal pasti memainkan peranan penting bagi


mendapatkan tulang yang kuat
Kalsium, Vitamin D Menyokong kepadatan tulang
Magnesium Terlibat di dalam menyokong kekuatan,
ketahanan dan pembentukan semula tulang
Flourine, strontium Penting di dalam pembentukan tulang.
Walaubagaimanapun, jumlah yang
berlebihan boleh mengakibatkan kelemahan
tulang
Besi, Zink, Mangan Bertindak bersama-sama enzim yang terlibat
di dalam metabolisma tulang
Boron Berkesan ketika kekurangan Vitamin D,
Magnesium dan Potassium
Vitamin K Penting untuk pengaktifan osteokalsin
Vitamin C Membantu protein yang mengawal
osteoblast

 
Kalsium, Vitamin D dan Magnesium
 
Nutrien penting bagi mengawal masalah tulang
 
Kalsium dan Vitamin D telah menunjukkan kesan-kesan positif pada BMD
dan kadar keretakan tulang. Cubaan menggunakan kalsium sebagai langkah
awal dan ujian keseimbangan kalsium menyokong pengambilan kalsium
sekurang-kurang 1300 mg sehari untuk orang dewasa dan mungkin sehingga
1500 mg. Jumlah ini juga sesuai untuk wanita yang baru putus haid dan ia
bertepatan dengan peningkatan jumlah DRI-Amerika Syarikat (1997: 19-50
tahun 1000 mg / > 51 tahun 1200 mg). Jumlah setinggi 2500 mg sehari masih
dikira selamat untuk diambil oleh seorang dewasa yang sihat.  Jumlah
pengambilan kalsium dan Vitamin D yang lebih dari itu boleh mengurangkan
kadar PTH di mana objektif utamanya adalah untuk mengelak dari berlakunya
kelemahan tulang semasa proses putus haid atau penuaan (rujukan 5,6,7).
 
Susu sebagai jawapan kepada nutrisi yang diperlukan
Penggunaan susu dan produk tenusu yang lain sebagai sumber nutrien bagi
menyokong kesihatan tulang sepatutnya digalakkan, terutama kerana
terdapatnya masalah-masalah kritikal yang bersangkut dengan nutrien di
kalangan kanak-kanak dan remaja lagi, termasuklah pengambilan kalsium
yang rendah. Ada juga saranan yang menyatakan bahawa
caseinophosphopeptides (CPP) dan laktosa di dalam susu boleh membantu
penyerapan kalsium ke dalam badan.
 
Kajian menunjukkan bahawa ketahanan tulang bagi orang dewasa berumur
18-50 tahun adalah lebih tinggi pada kaum lelaki dan wanita yang meminum
susu pada setiap waktu makan, dan juga pada mereka yang berumur 50 tahun
ke atas, berbanding mereka yang tidak kerap meminum susu.
 
 
Carta 2.
 
Milk Consumption = Pengambilan Susu
Liters = Liter
Bone Mass = Ketahanan Tulang
Children – Kanak-kanak
Teens = Remaja
Adults = Dewasa
Men = Lelaki
Women = Perempuan
 
 
 
Carta 2. Hubung-kait antara pengambilan susu dan umur dengan ketahanan
tulang

Anda mungkin juga menyukai