Anda di halaman 1dari 4

Dutch Lady Milk Industries Berhad

(5063-V)
Level 5, Quill 9, 112 Jalan Semangat,
46300 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

SIARAN MEDIA
UNTUK SIARAN SEGERA

t +60 (0)3 7953 2600


f +60 (0)3 7953 2700/ 79552985
www.frieslandcampina.com
www.dutchlady.com.my

DUTCH LADY MALAYSIA KINI 50 TAHUN!

Syarikat tenusu sambut ulang tahun dengan pelancaran Dana Inspirasi Masa Depan RM1.5
juta untuk kanak-kanak di Malaysia
Kuala Lumpur, 31 Januari 2013 Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia),
sebuah syarikat tenusu yang terkemuka di Malaysia, melancarkan DanaInspirasi Masa
Depan bersempena dengan sambutan ulang tahunnya yang ke-50 di Malaysia tahun ini.
Dana Inspirasi Masa Depan Dutch Lady
memberi manfaat kepada kanak-kanak di
Malaysia dengan memberi mereka inspirasi
dalam mengejar cita-cita sama ada menerusi
bidang pendidikan, sukan, mahupun seni
kreatif.
Berbekalkan kejayaan yang dicapai selama 50
tahun di dalam industri tenusu, Dutch Lady
Malaysia telah dinobat sebagai juara pemakanan
tenusu bagi rakyat Malaysia termasuk untuk
kanak-kanak. Sejajar dengan matlamat Syarikat
untuk Membantu Rakyat Malaysia Maju Ke
Hadapan dengan Pemakanan Tenusu yang
Dipercayai, Syarikat tenusu gergasi ini berada di
dalam kedudukan yang baik bagi menyediakan
platform kepada anak-anak Malaysia yang
mampu menggapai potensi mereka.

Dari kiri: Colaco, Zainal Abidin, Norani, Rashidah


dan Jacky menunjukkan tapak tangan sebagai janji
memberi masa depan terbaik untuk kanak-kanak
pada sidang media ulang tahun ke-50 Dutch Lady.

Menurut kata Pengarah Urusan, Rahul Colaco semasa sesi pelancaran Dana Inspirasi Masa Depan
Dutch Lady Malaysia berlangsung, pihak Syarikat memutuskan untuk memulakan sambutan
ulangtahun ke 50 ini dengan berkongsi saat indah bersama rakyat Malaysia yang juga merupakan
tunjang utama kejayaan Syarikat. Kesetiaan berterusan yang ditunjukkan juga membolehkan
Syarikat menjadi antara peneraju utama dalam landskap Malaysia selama tempoh 50 tahun ini.
Menerusi Dana Inspirasi Masa Depan ini, Syarikat bermatlamat untuk bersama-sama rakyat
Malaysia, terutamanya ibu bapa, bagi menggalakkan mereka dalam memberi inspirasi kepada
anak-anak untuk memaksimumkan potensi mereka dan menyemai dalam jiwa

Dutch Lady Milk Industries Berhad (5063-V) a subsidiary of Royal FrieslandCampina N.V.

mereka kepercayaan bahawa tiada impian yang


tidak mampu digapai jika mereka memfokuskan
minda mereka kepada tugasan.
Kami berharap dana ini mampu mencerminkan
aspirasi negara kita dalam meneroka serta
mengembangkan potensi golongan muda di
Malaysia tidak kira menerusi bidang pendidikan
yang berkualiti mahupun merancang program
untuk memajukan lagi negara Malaysia serta
mempertingkatkan kesejahteraan sosial.
Dutch Lady Malaysia akan terus memainkan
peranan dalam usaha membekalkan hasil tenusu
Dari kiri: Colaco, Zainal Abidin, Norani, Rashidah dan
yang berkualiti serta berkhasiat kepada rakyat
Jacky di majlis ulang tahun ke-50 Dutch Lady, semalam.
Malaysia, di samping memberi jaminan
keupayaan Syarikat yang berterusan kepada
pemegang saham kami, menyumbang bakti kepada masyarakat dan yang paling utama,
menjadi majikan pilihan dalam pasaran tenusu di Malaysia, kata Rahul Colaco.
Dana Inspirasi Masa Depan ini diadakan julung kalinya dalam sejarah Dutch Lady Malaysia.
Ianya akan dijalankan sepanjang tahun ini menerusi pelbagai aktiviti menarik yang dirancang
bertujuan untuk menyumbang bakti kepada masyarakat Malaysia.
Bermula pada Mac 2013, ibu bapa, berpeluang mengambil bahagian dalam peraduan video
peringkat kebangsaan yang mengisahkan bagaimana mereka memberi inspirasi kepada anakanak mereka bagi mencapai tahap potensi
maksimum mereka. Dengan menyertai peraduan
ini, anak-anak mereka berpeluang memperoleh
polisi insurans bernilai RM30,000. Polisi ini
matang apabila mereka mencapai usia 18 tahun,
dan ini merupakan pelaburan masa depan
mereka. Sebanyak 30 orang kanak-kanak akan
dipilih berdasarkan video yang paling memberi
inspirasi, dan 20 orang kanak-kanak lagi akan
dipilih dengan sokongan Kementerian Pendidikan
serta Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Dana Inspirasi Masa Depan ini diwakili oleh satu
logo yang menunjukkan tapak tangan yang
Dari kiri: Colaco, Zainal Abidin, Norani, Rashidah dan
melambangkan janji atau komitmen seseorang ibu
Jacky menunjukkan produk susu sebagai gimik
untuk memberi masa depan yang lebih cerah
sambutan ulang tahun ke-50 Dutch Lady Malaysia
di Kuala Lumpur
kepada anak-anak mereka. Selain itu, ia juga
melambangkan janji negara dalam menyokong
golongan muda di Malaysia apabila mereka menyahut cabaran untuk mencapai kegemilangan di
persada dunia.
Dutch Lady Malaysia menyeru semua rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian secara aktif
dalam kempen ini menerusi aktiviti menurunkan cap tapak tangan sebagai janji yang dijalankan
di seluruh negara dalam beberapa bulan yang akan datang.
Rahul Colaco menerangkan bahawa Dutch Lady menyasarkan matlamat bagi memperoleh
50,000 janji sejajar dengan ulang tahun ke-50nya.

Dutch Lady Milk Industries Berhad (5063-V) a subsidiary of Royal FrieslandCampina N.V.

Kami juga ingin memberi kesedaran dan berharap dapat memberi impak yang besar kepada semua
rakyat Malaysia. Oleh itu, marilah bersama-sama kami dan membuat janji demi masa depan
kanak-kanak Malaysia, tambah Colaco.
Acara yang bermakna ini dirasmikan oleh Rahul Colaco dan Pengerusi Dutch Lady Malaysia, Dato
Zainal Abidin Putih. Turut hadir,wakil-wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Kementerian
Pendidikan. Uni.Asia Life Assurance Berhad yang telah menyumbang RM60,000 kepada Dana
Inspirasi Masa Depan Dutch Lady diwakili oleh Pengawai Tinggi Perniagaan Agensi dan Operasi,
Jacky Chan Pen Lon.
Dutch Lady Malaysia merupakan perintis inovasi industri tenusu di Malaysia yang menghasilkan dan
menjual pelbagai jenis produk tenusu yang berkualiti dan berkhasiat untuk segenap lapisan rakyat
Malaysia. Rekod cemerlang sebagai pengeluar jenama produk tenusu yang utama di Malaysia diakui
menerusi pelbagai anugerah yang dimenangi pada tahun-tahun lepas. Sambutan ulang tahun ke-50
ini adalah amat bermakna dan turut dikongsi bersama sambutan kelahiran Malaysia yang ke-50.
Mengenali Dutch Lady Milk Industries Berhad
Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) diasaskan pada tahun 1963 dan kini
merupakan syarikat hasil tenusu yang terkemuka di Malaysia. Syarikat pemegangnya ialah
Royal FrieslandCampina NV, sebuah syarikat Belanda berbilang negara dan salah satu syarikat
kerjasama bahan tenusu yang terbesar di dunia.
Dutch Lady Malaysia menghasilkan dan menjual pelbagai produk tenusu yang berkualiti di
pasaran negara serta luar negara. Jenama Dutch Lady serta Friso-nya mendapat sambutan
yang amat baik. Dutch Lady Malaysia yakin terhadap inovasi produk dan sentiasa berusaha
untuk mempertingkatkan pelbagai prosesnya untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan
berkhasiat kepada pelanggannya.
Ia merupakan syarikat pertama di dunia yang memasarkan tepung Susu Untuk Membesar yang
dirumus khas untuk kanak-kanak sehingga tiga tahun. Pelbagai rangkaian ini kini dipasarkan di
Malaysia sebagai Dutch Lady 123, Dutch Lady 456 dan Dutch Lady 6+.
Dutch Malaysia merupakan penyokong kuat industri hasil tenusu tempatan dan berganding
tangan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) untuk menggalakkan perkembangannya.
Sejajar dengan misi syarikat membantu rakyat Malaysia terus maju dalam kehidupan dengan
tenusu yang dipercayai kualiti produk yang dihasilkan amat dititikberatkan.
Dutch Lady mematuhi tahap kualiti, keselamatan makanan serta amalan global yang ketat,
sejajar dengan akreditasi pensijilan ISO9001, ISO14001, OHSAS 18001 (Kesihatan Pekerjaan
dan Siri Penilaian Keselamatan) dan HACCP (Analisis Bahaya dan Pengendalian Titik Kritis)
yang diperoleh. Dutch Lady juga mencapai rekod yang cemerlang sebagai jenama produk
tenusu yang utama, dan kecemerlangan ini dikesahkan lagi apabila ia memenangi anugerah
Super Brand Gold oleh Readers Digest untuk 11 tahun berturut-turut sejak tahun 1999, di
samping diakui sebagai salah satu daripada 30 Jenama yang Paling Bernilai di Malaysia sejak
tahun 2007.

Dutch Lady Milk Industries Berhad (5063-V) a subsidiary of Royal FrieslandCampina N.V.

2013 melambangkan satu pencapaian yang penting bagi Dutch Lady kerana ia telah mengecapi
kecemerlangan selama 50 tahun. Bagi merayakan ulang tahun ke-50, sambutan ini akan
berfokus pada janjian syarikat menerusi Dana Inspire Tomorrow untuk mengilhami golongan
muda di Malaysia untuk mengejar cita-cita mereka dalam bidang yang dihasratkan menerusi
pendidikan, sukan mahu pun seni kreatif.
Maklumat lanjut boleh diperoleh di www.dutchlady.com.my.

Dutch Lady Milk Industries Berhad (5063-V) a subsidiary of Royal FrieslandCampina N.V.

Anda mungkin juga menyukai