Anda di halaman 1dari 3

Sukatan Pelajaran: 

2. Jahitan
2.5 Menjahit jahitan asas
2.5.1 Jenis-jenis jahitan asas

Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 


Hari ini murid akan belajar menjahit jahitan asas iaitu jahitan jelujur halus, jahitan jelujur
kasar dan jahitan sembat.

Objektif: 
1. Pada akhir pengajaran murid boleh menjahit jahitan asas iaitu jelujur halus dan jelulur
kasar
yang juga di kenali sebagai jahitan sementara di atas kain dengan pemantauan guru.

2. Pada akhir pengajaran, murid akan dapat menjahit jahitan kekal iaitu jahitan sembat.

Kemahiran Sedia Ada: 


Murid boleh mengunting kain dan boleh memasukkan benang ke dalam lubang jarum.

Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 


1. Menggunting kain.

2. Memasukkan benang ke dalam jarum.

3. Menjahit jahitan jelujur halus dan jahitan jelujur kasar.

4. Menjahit jahitan sembat.

Bahan Bantu Mengajar: 


1. Jarum.

2. Benang.

3. Kain.

4. Gunting kain
Set Induksi: 
1. Guru menunjukkan beberapa barangan maujud seperti baju, tudung dan seluar.

2. Guru meminta murid menyebut nama-nama barangan tersebut.

3. Guru sengaja menggoyakkan sedikit jahitan tepi baju.

4. Guru menguji murid dengan bertanya bagaimana jahitan tepi baju itu akan dapat di
cantumkan
semula.

5. Murid memberikan jawapan mereka.


Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada: 
1. Guru memberikan setiap murid sebatang jarum dan benang lalu meminta mereka
memasukkan benang itu ke
dalam lubang jarum sambil di pantau oleh guru.

2. Guru meminta murid menyerahkan semula benang yang telah di masukkan ke dalam
lubang jarum tadi.

3. Guru menerangkan kegunaan jarum dan benang adalah untuk menjahit.

Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid: 


Guru memberitahu hari ini murid akan belajar dua jenis jahitan sementara yang di namakan
jahitan jelujur halus dan jahitan jelujur kasar serta jahitan kekal iaitu jahitan sembat
Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid: 
Langkah Pertama
1. Guru menerangkan terdapat pelbagai jenis jahitan dan menyebut pelbagai jenis jahitan
asas.

2. Guru menunjukkan cara untuk menjahit jelulur halus dan jelulur kasar di hadapan murid.

3. Guru meminta murid membezakan antara jahitan jelulur halus dan jahitan jelulur kasar.

Langkah Kedua
1. Guru menerangkan kepada murid tentang peraturan yang mereka perlu di ikuti semasa
berada di dalam
bengkel dan peralatan yang akan di gunakan bagi memastikan keselamatan murid.

2. Guru mengedarkan peralatan yang akan di gunakan iaitu jarum jahit, benang, kain dan
gunting.

3. Guru mengarahkan murid sekali lagi memasukkan sendiri benang ke dalam lubang jarum
masing-masing.

4. Murid membuat jahitan jelulur kasar di atas kain yang telah di gunting sendiri oleh murid
dengan
pemantauan dan bimbingan daripada guru.

5. Murid membuat jelulur halus pula selepas menguasai jelujur kasar dengan pemantauan dan
bimbingan
guru.

Langkah Ketiga
1. Guru membimbing mereka untuk menjahit jahitan sempat pada bahagian yang telah di
lipat dan telah di
jahit dengan jahitan jelujur kasar tadi.
2. Murid menunjukkan hasil kerja masing-masing

Anda mungkin juga menyukai