Anda di halaman 1dari 3

Skim Kenaf Untuk Rakyat (KUR)

• Insentif
tanaman
• Khidmat
Nasihat
• Pemasaran
domestik dan
eksport

Membekalkan
batang kenaf

• Memproses
• Bekal Ribbon kepada
Ribbon Fiber Premium
Hijau

Skim Kenaf untuk Rakyat (KUR) merupakan satu inisiatif LKTN untuk meningkatkan tahap
ekonomi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) kepada RM5,270
sebulan.

Program perintis Skim KUR mula diperkenalkan pada tahun 2016 melibatkan pengusaha dan
syarikat kenaf. Susulan itu, LKTN telah melaksanakan program pembangunan usahawan
pemprosesan kenaf bio retting yang hanya menjalankan aktiviti pemprosesan kenaf sahaja
dan tidak terlibat dalam penanaman kenaf. Program ini dikenali sebagai Skim Kenaf Untuk
Rakyat (KUR) Perdana iaitu pemprosesan kenaf secara bio retting dengan pengeluaran 1 tan
fiber sebulan oleh 1 keluarga dengan anggaran pendapatan sekitar RM1,000 - RM4,000
sebulan.
Pada tahun 2017, 9 usahawan KUR Perdana perintis diwujudkan dengan pengeluaran
berskala 250kg - 800kg fiber bersih sebulan. Pendapatan purata adalah sebanyak RM1,000
– RM3,200

Senarai usahawan mengikut negeri :

Bilangan Usahawan
Negeri
Perintis (orang)
Kelantan 3

Pahang 3

Perlis 3

Jumlah 9

Objektif KUR Perdana

 Memastikan fiber kenaf yang dihasilkan bermutu tinggi dan diiktiraf sebagai gred
premium bagi mendapatkan harga jualan yang lebih baik berbanding fiber yang
dihasilkan melalui pemprosesan (mekanikal) menggunakan mesin atau jentera;

 Menarik minat kumpulan sasar LKTN untuk turut serta dalam pembangunan industri
kenaf;

 Mewujudkan rantaian nilai dan ruang peningkatan pendapatan kumpulan sasar dalam
industri kenaf berasaskan kepada aktiviti pemprosesan batang kenaf;

 Meningkatkan tahap sosioekonomi masyarakat setempat melalui pengwujudan peluang


pekerjaan dan aktiviti ekonomi lain hasil pelaksanaan program ini

Anda mungkin juga menyukai