Anda di halaman 1dari 13

1

APLIKASI MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN INTEGRAL


ASIE
DALAM MERANCANG PEMBELAJARAN ABAD KE-21

HURAIAN RINGKAS
PEMBELAJARAN ABAD KE-21

© DR ISMAIL ZAIN
2

KEPERLUAN PENDIDIKAN ABAD KE-21


PENGENALAN RINGKAS

• Kerangka Pembelajaran Abad Ke-21 yang diperkenalkan oleh badan Partnership 21st Learning (2008)
memaparkan fitur-fitur yang harus difahami dan kemudian diaplikasikan di peringkat mikro iaitu di
dalam bilik darjah .
• Corak Pembelajaran Abad Ke-21 perlu mengalami perubahan seiring dengan perubahan yang berlaku
dalam Pendidikan Abad Ke-21 di peringkat global. Menjelangnya Alaf Ke-2 yang juga secara
kebetulan bermulanya Abad Ke-21 pada tahun 2000, para pendidik, ahli korporat dan masyarakat
mula berfikir tentang perkara berikut:
• Apakah corak Pembelajaran Abad Ke-21?
• Kenapa diperlukan?
• Manakah komponen yang harus diberi penekanan?
• Apakah kemahiran-kemahiran yang diperlukan?
• Bagimanakah dapat dilaksanakan?
• Soalan-soalan begini menjadi agenda utama ke arah penubuhan badan Partnership 21 for 21st
Century Learning (2008), yang mencadangkan satu Kerangka Pembelajaran Abad Ke-21 untuk
dilaksanakan di peringkat global.
• Guru pula diberi kelonggaran untuk menggunakan kreativiti dan inovasi untuk membina dan
menyusun strategi-strategi yang sesuai untuk dilaksanakan dalam proses pembelajaran dan
pengajaran.

© DR ISMAIL ZAIN
3

KERANGKA PEMBELAJARAN ABAD KE-21

• Partnership 21 for 21st Century Learning (2008), telah merangka Pembelajaran Abad Ke-21
yang mengandungi komponen-komponen kemahiran seperti rajah berikut:

Rajah 1.1: Kerangka Pembelajaran Abad Ke-21

HASIL PELAJAR
(Learners’
Outcomes)

SISTEM
SOKONGAN
(Support
System)

Rajah adaptasi Framework Partnership 21st Century Learning(http://www.p21.org/)

• Partnership 21st Century Learning telah memasukan 4 komponen yang berkaitan dengan hasil
pelajar serta 4 sistem sokongan yang membentuk satu kerangka pembelajaran yang lengkap untuk
dilaksanakan dalam bilik darjah.

© DR ISMAIL ZAIN
4

• HASIL PELAJAR

Rajah 1.2: Hasil Pelajar

HASIL
PELAJAR
(Learners’
Outcomes)

• Terdapat 4 komponen dalam bahagian hasil pelajar iaitu komponen yang mengandungi keperluan
subjek teras serta penyenarai tema Pembelajaran Abad ke-21.
• Sementara itu terdapat 3 komponen yang memberi penekanan tentang kemahiran-kemahiran yang
perlu dikuasai pelajar pada abad ke -21 ini. Walaupun ianya nampak semacam terpisah tetapi
mempunyia elemen penyatuan dalam peringkat pelaksanaan.

Rajah 1.3: Subjek Teras dan Tema

Komponen 1- Subjek teras


• Bahasa Inggeris, Bacaan atau Bahasa dalam sastera , Bahasa-bahasa dunia
• Sastera,

© DR ISMAIL ZAIN
5

• Matematik
• Ekonomi,
• Sains
• Geografi,
• Sejarah
• Kerajaan (bermaksud memahami sistem ketatanegara) dan Sivik

• Pemilihan subjek teras adalah didasarkan kepada rasional bahawa pelajar Abad Ke-21 ini perlu
menguasai kemahiran berfikir dan berkomunikasi dengan baik.
• Subjek-subjek ini juga merupakan subjek yang memberi penekanan awal terhadap konsep
membaca, menulis dan mengira (3Rs) seterusnya akan dikembangkan untuk menguasai
kemahiran 4C (pemikiran kritikal, komunikasi, kolaborasi, kreativiti). Subjek-subjek lain
bolehlah diajar mengikut keperluan negara masing-masing.
• Subjek-subjek yang dicadang seperti di atas telahpun dimasukkan dalam kurikulum pendidikan di
Malaysia di samping subjek-subjek lain.

Tema Abad Ke-21

Partnership 21st Century Learning menyenaraikan tema-tema yang harus diselitkan dalam
pembelajaran terutamanya pada subjek teras. Tujuannya ialah untuk meningkatkan
kepekaan mereka terhadap isu-isu global yang harus dikongsi bersama dalam kehidupan
yang mencabar ini.

• Kesedaran global
• Literasi kewangan, ekonomi, perniagaan & keusahawanan
• Literasi sivik
• Literasi kesihatan
• Literasi alam sekitar

• Kesedaran global: Kemahiran-kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21 ini digunakan untuk


memahami pelbagai isu-isu dan permasalahan umum yang berlaku di peringkat global dan
berfikir melayaninya secara rasional dan bijaksana.

© DR ISMAIL ZAIN
6

• Isu dan permasalahan global seperti kemiskinan, kemanusiaan dan isu dan
permasalahan keamanan dunia yang berlaku dalam masyarakat boleh dijadikan bahan
perbincangan terutamanya dalam subjek-subjek teras mengikut aras kesesuaian pelajar.

• Tujuannya agar pelajar-pelajar sedar, memahami erti kehidupan, saling horamt


menghormati antara satu sama lain serta menimbulkan keinsafan dan kesyukuran dalam
menjalani kehidupan yang lebih sempurna.

• Literasi kewangan, ekonomi, perniagaan & keusahawanan: Belajar adalah bertujuan untuk
mendapat ilmu dan kemahiran untuk dijadikan panduan dalam bidang kerjaya dan juga dalam
kehidupan di masa hadapan.
• Seorang pekerja perlu memahami isu-isu kewangan, ekonomi, perniagaan dan
keusahawanan walaupun perkerjaannya tidak melibatkan bidang-bidang tersebut.
• Walau bagaimanapun bidang-bidang di atas harus juga diketahui sebagai persediaan
diri menghadapi segala bentuk cabaran dalam era Abad Ke-21 ini sama ada dalam
urusan rasmi atau dalam urusan rumah tangga.

• Literasi sivik: Sebagai seorang warga negara, wajib ke atas diri masing-masing memahami
struktur masyarakat dan kepimpinan negara.

• Nilai-nilai murni, prinsip ketatanegaraan, semangat patrioisme serta lunas-lunas


undang-undang negara harus dihayati dan dijadikan pedoman dan amalan dalam
kehidupan.

• Prinsip Rukun Negara, Gagasan Satu Malaysia dan dasar-dasar perpaduan, kestabilan
negara, undang-undang dan pembangunan bangsa harus dihormati dan dipatuhi.

• Literasi kesihatan: Sesebuah negara yang maju memerlukan rakyatnya yang sihat. Ketidak
perihatinan tentang penjagaan kesihatan diri mengakhibatkan seseorang itu akan menghadapi
pelbagai penyakit.

© DR ISMAIL ZAIN
7

• Penyakit pula berpunca daripada gaya hidup meliputi cara pemakanan, penjagaan diri,
penjagaan persekitaran rumah dan kawalan diri. Pencegahan lebih baik daripada
pengubatan.

• Oleh itu litarasi tentang penjagaan kesihatan diri dan pencegahan penyakit harus
diterapkan sejak di bangku sekolah lagi. Pelajar juga harus faham pelbagai program
kesihatan yang dilaksanakan ketika di sekolah dan impaknya pada masa hadapan.

• Pemahaman seperti ini mampu meningkatkan kebersihan diri, kebersihan awam dan
mengambil langkah pencegahan sejak di peringkat umur yang masih muda.

• Literasi alam sekitar: Ianya merujuk kapada pemahaman tentang fenomena alam sekitar
yang serta kesan terhadap kehidupan. Ia termasuk air, udara, cuaca, makanan, tenaga dan
ekosistem.

• Pemahaman juga harus diberikan kepada agenda dunia yang meliputi aspek
pertumbuhan dan perkembangan populasi penduduk, penggunan sumber tenaga asli dan
yang lainnya.

• Dalam hal ini pengetahuan dan kemahiran diperlukan untuk menganalisis dan
menyelidik isu alam sekitar dan mengambil langkah dan keputusan yang tepat dan
berkesan ke arah penyelesaian.

• Kemampuan mengambil tindakan yang positif melayani isu cabaran alam sekitar
mampu meningkatkan lagi literasi alam sekitar.

Komponen 2: Kemahiran belajar dan inovasi

Kemahiran Belajar
& Inovasi (4Cs)
Pemikiran Kritis . Komunikasi
Kolaboratif . Kreatif

© DR ISMAIL ZAIN
8

Komponen ini memberi tumpuan ke arah membina kemahiran belajar berasaskan 4Cs
(pemikiran kritis, komunikasi, kolaboratif dan kreatif). Kemahiran seperti ini amat
diperlukan oleh pelajar pada masa ini sebagai persiapan menghadapi dunia pekerjaan pada
masa hadapan.
Pemikiran kritis: Pemikiran kritis melibatkan pelajar berfikir secara mendalam,
mnggunakan pelbagai alat berfikir untuk menganalisis, membuat perbandingan dan
menyelesaikan permasalahan yang timbul.
Komunikasi: Pelajar harus menggunakan pelbagai media untuk mendapatkan maklumat serta
berkemahairan berhubung antara satu sama lain.
Kolaboratif: Pelajar harus mampu berkerjasama dan saling membantu dalam melaksanakan
sesuatu tugasan atau penyelesaian masalah. Oleh itu aktiviti pembelajaran yang dirancang
oleh guru perlu mempunyia ciri-ciri kolaboratif.
Kreatif: Sebarang aktiviti yang dilaksanakan dalam kelas harus memberi peluang kepada
pelajar untuk menunjukkan kreativitinya dan seterusnya akan tercetus inovasi.

Komponen 3: Kemahiran hidup dan kerjaya


Ianya meliputi aspek-aspek/ciri-ciri diri yang memberi panduan ke arah kesejahteraan hidup
dan mampu memenuhi bidang disiplin kerjaya seperti berikut:

• Fleksibiliti & kemampuan penyesuaian diri


• Inisiatif & pengarahan diri
• Kemahiran sosial dan silang budaya
• Produktiviti & akauntabiliti
• Kepimpinan & tanggungjawab

© DR ISMAIL ZAIN
9

• Fleksibiliti & kemampuan penyesuaian diri


Mempunyai ciri-ciri intra dan interpersonal yang mampu bertolak ansur,
menyesuai/mengawal diri dalam melaksanakan tugasan serta berinteraksi dengan rakan
• Inisiatif & pengarahan diri
Mampu melaksanakan tugasan tanpa dipaksa – mempunyia sifat terarah kendiri, proaktif
dan sentiasa ingin membuat perubahan diri serta bersifat ingin tahu
• Kemahiran sosial dan silang budaya
Mampu memahami perbezaan individu dari segi agama, budaya dan bangsa. Boleh
berinterakasi dengan baik
• Produktiviti & akauntabiliti
Mempunyai sifat yang boleh dipercayai, integriti dan produktif dalam menghasilkan tuasan
• Kepimpinan & tanggungjawab
Mempunyai sifat kepimpinan – mampu mengetuai/mengendali/membentang/mewakili
sesuatu tugasan dalam kumpulan. Bertanggungjawab dalam pelaksanaan tugasan

Justeru, guru harus merancang pembelajaran agar aspek-aspek di atas boleh dipupuk dan
diamalkan oleh pelajar.

Komponen 4: Kemahiran maklumat, media dan teknologi

© DR ISMAIL ZAIN
10

• Komponen ini bukan sekadar menggunakan peralatan dan perisian canggihICT sahaja,
tetapi meliputi aspek pembelajaran yang menggalakan penerokaan maklumat dengan
baik dan berdisiplin mengikut prosedur dan adab yang betul. Penggunaan pelbagai media
digital dan bukan digital berasaskan teknologi, penyaluran maklumat yang betul serta
kemahiran untuk mengakses, menilai, dan mengapliksikanya dalam pembelajaran amat
diutamakan.
• Justeru, guru harus merancang pengajaran yang berasaskan kepada penggunaan
maklumat dan menyelesaikan sesutu tugasan.

• SISTEM SOKONGAN

HASIL PELAJAR
(Learners’
Outcomes)

SISTEM
SOKONGAN
(Support
System)

Imej – ubahsuaian http://www.p21.org/our-work/p21-framework

• Sistem sokongan meliputi:


o Standard & Pentaksiran
Dokumen pembelajaran dan pentaksiran yang berkualiti untuk memenuhi
keperluan hasil pelajar

© DR ISMAIL ZAIN
11

o Kurikulum & Pengajaran


Dokumen kurikulum yang berkualti dan strategi pengajaran yang
memenuhi keperluan hasil pelajar
o Pembangunan Profesional
Program yang berterusan untuk guru dalam proses menambahbaik
pengetahuan dan kemahiran dalam PdP bersesuaian dengan perkembangan
pendidikan semasa.
o Persekitaran Pembelajaran
Persekitaran PdP yang menyeluruh meliputi pelbagai aspek bidang ilmu
(content knowledge), pedagogi (pedagogical knowledge) dan teknologi
(technological knowledge - TPACK) untuk mewujudkan pembelajaran
yang dinamik (dynamic learning environment) yang terarah kepada
keperluan Pembelajaran Abad Ke-21.
• Ia berfungsi untuk menyokong komponan Hasil Pelajar iaitu corak pembelajaran yang
dilaksanakan untuk dimanfaatkan oleh pelajar.
• Komponen-komponen dalam sistem sokongan ini akan mengalami transformasi dari
semasa ke semasa mengikut kesesuaian dan keperluan diperingkat lokal dan global.

© DR ISMAIL ZAIN
12

Kerangka Pembelajaran Abad Ke-21 yang dikeluarkan oleh Organisasi untuk Kerjasama
dan Pembangunan Ekonomi (OECD - Organization for Economic Cooperation and Development)

Imej adaptasi daripada http://curriculumredesign.org/

• Di samping Kerangka pembelajaran Abad ke -21 yang dikeluarkan oleh Badan Partnerdhip 21st
century lerning (2008), Organisasi untuk Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD -
Organization for Economic Cooperation and Development) juga telah mengeluarkan kerangka
yang hampir-hampir sama yang dikenali sebagai Pendidikan 4 Dimensi (4 Dimensional
Education, 2015).
• Organisasi ini bertujuan untuk menyokong sebarang dasar yang boleh membangunan ekonomi
sesebuah negara dan bidang pendidikan memberi sumbangan yang besar untuk tujuan ini.

© DR ISMAIL ZAIN
13

• Perhatikan item-item yang terdapat pada 4 dimensi di mana ianya hampir sama dengan item-item
yang terdapat pada kerangka pembelajaran yang dikeluarkan oleh badan Partnership 21st Century
learning.
• Di sini jelas 2 organisasi besar dunia mengakui bahawa amalan yang terbaik untuk dilaksanakan
oleh guru di bilik darjah harus bersandarkan kepada kerangka yang disediakan.
• Ini bukan bermakna ia memerlukan satu keseragaman pembelajaran untuk semua pelajar tetapi
tujuannya lebih kepada menyediakan satu mekanisme rujukan keperluan pembelajaran Abad Ke-
21 untuk masa hadapan pelajar. Ini jelas diterangkan melalui pernyataan berikut:

Four-dimensional education provides a clear and actionable first-of-its-kind organizing


framework of competencies needed for this century. Its main innovation lies in not presenting yet
another one-size-fits-all list of what individuals should learn, but in crisply defining the spaces in
which educators, curriculum planners, policymakers and learners can establish what should be
learned, in their context and for their future.”
Andreas Schleicher, Director for Education and Skills,
OECD.
(http://curriculumredesign.org/our-work/four-dimensional-21st-century-education-learning-
competencies-future-2030/)

• Justeru, guru harus bersedia menimba ilmu, meningkatkan kemahiran sejajar dengan
perubahan yang berlaku.
• Guru tidak harus taksub dengan satu-satu corak pembelajaran dalam amalan mereka
selama ini.
• Guru harus membuat transformasi – penyesuaian pedagogi dalam penyampaian untuk
memenuhi Pembelajaran Abad Ke-21 untuk memberi peluang yang luas kepada pelajar
membuat persediaan ke arah kebolehpasaran kerja masa hadapan mereka.

© DR ISMAIL ZAIN

Anda mungkin juga menyukai