Anda di halaman 1dari 28

WAKTU-WAKTU LARANGAN SOLAT

BERDASARKAN TEORI PENGAJIAN ISLAM

Prof. Madya Dr. Wan Mohd Khairul Firdaus Wan Khairuldin 1


Prof. Madya Dr. Shahir Akram Hassan2
Prof. Madya Dr. Roslan Umar3
Dr. Nur Azwin Ismail4
1
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu, Terengganu.
wanfirdaus@unisza.edu.my
2
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),
Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
shahirakram@usm.my
3
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam,
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu, Terengganu.
roslan@unisza.edu.my
4
Pusat Pengajian Sains Fizik,
Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
nurazwin@usm.my

Abstrak

Pengetahuan berkenaan waktu-waktu ibadah solat penting bagi memastikan ibadah


solat dapat dilaksanakan dalam waktu yang telah ditetapkan berdasarkan al-Qur’an dan
Hadith. Bukan setakat itu, malah ia juga dapat memastikan ibadah solat tidak
dilaksanakan dalam waktu-waktu yang dilarangi solat berdasarkan tafsiran Hadith oleh
para ulama fiqh. Sebenarnya, terdapat dua jenis waktu larangan solat iaitu pertama,
waktu yang dilarang berkaitan masa; dan kedua, waktu yang dilarang berkaitan
perbuatan. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya memfokuskan waktu-waktu larangan
solat yang melibatkan masa iaitu pertama, apabila matahari terbit sehingga meninggi
kadar segalah; kedua, ketika matahari tegak atas kepala sehingga tergelincir; dan
ketiga apabila matahari terbenam sehingga tenggelam keseluruhannya. Persoalannya,
apakah dalil-dalil yang menjadi sumber larangan solat pada waktu-waktu ini? Apakah
tafsiran-tafsiran ulama berkenaan hukum waktu larangan solat ini? Bagi menjawab
kedua-dua persoalan ini, dua objektif telah ditetapkan. Pertama, mengenal pasti dalil-
dalil daripada hadith yang berkaitan waktu-waktu larangan solat. Kedua, menganalisis
tafsiran-tafsiran ulama berkenaan hukum waktu larangan solat ini. Berdasarkan
dapatan yang diperoleh, terdapat beberapa hadith yang menjadi sumber utama waktu
larangan solat ini. Berkenaan hadith-hadith ini pula, para ulama fiqh telah
mengemukakan pelbagai tafsiran hukum.

Kata Kunci: Larangan solat, teori, Pengajian Islam


1.0 Pendahuluan

Pengetahuan ilmu falak berkenaan waktu-waktu ibadah solat penting bagi memastikan
ibadah solat dapat dilaksanakan dalam waktu yang telah ditetapkan berdasarkan al-
Qur’an dan Hadith. Menjadi salah satu syarat sah solat ialah menunaikan solat pada
waktu yang telah ditetapkan oleh syarak. Bukan setakat itu, malah ia juga dapat
memastikan ibadah solat tidak dilaksanakan dalam waktu-waktu yang dilarangi solat
berdasarkan tafsiran Hadith oleh para ulama fiqh. Oleh itu, menjadi satu keperluan dan
kepentingan untuk mengetahui dalil-dalil berkenaan waktu bermula dan berakhirnya
waktu-waktu solat tersebut. Di samping itu, syariat juga telah menetapkan waktu-waktu
yang dilarangi solat, sama ada yang melibatkan masa dan perbuatan. Semua ini agar
sesuatu ibadah solat itu dapat dilakukan dengan sempurna.

Walau bagaimanapun, kajian ini hanya memfokuskan waktu-waktu larangan solat yang
melibatkan masa iaitu pertama, apabila matahari terbit sehingga meninggi kadar
segalah; kedua, ketika matahari tegak atas kepala sehingga tergelincir; dan ketiga
apabila matahari terbenam sehingga tenggelam keseluruhannya. Persoalannya,
apakah dalil-dalil yang menjadi sumber larangan solat pada waktu-waktu ini? Apakah
tafsiran-tafsiran ulama berkenaan hukum waktu larangan solat ini? Bagi menjawab
kedua-dua persoalan ini, kajian kualitatif ini telah menetapkan dua objektif. Pertama,
mengenal pasti dalil-dalil daripada hadith yang berkaitan waktu-waktu larangan solat.
Kedua, menganalisis tafsiran-tafsiran ulama berkenaan hukum waktu larangan solat ini.
Pengetahuan mengenai perkara-perkara asas ini penting bagi mengelakkan umat Islam
menunaikan solat dalam waktu-waktu yang dilarang solat.

Berdasarkan ilmu falak, waktu Solat ditentukan menggunakan unjuran kedudukan

matahari harian sebagai rujukan (Baharrudin Zainal, 2002) 1. Waktu Solat ini dikaitkan

dengan kedudukan matahari yang sepadan. Perkara ini adalah berdasarkan firman

Allah SWT:

1
Baharrudin Zainal, Pengenalan Ilmu Falak. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002).
Maksudnya: “Maka sabarlah kamu atas apa-apa yang mereka katakan, dan
bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum
terbenamnya; dan bertasbih pulalah pada waktu-waktu di malam hari dan
pada waktu-waktu di siang hari, supaya kamu merasa senang” (Taha,
20:130)

Selain itu, penjelasan mengenai waktu-waktu bermula dan berakhirnya waktu Solat ini

juga ada dijelaskan dalam Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah bin

Umar r.a. iaitu:

ْ ‫ت ْال َع‬
‫ا لَ ْم‬EE‫ ِر َم‬E‫ص‬ ْ ‫رْ ْال َع‬E‫ض‬
ُ ‫ ُر َو َو ْق‬E‫ص‬ ُ ْ‫ا لَ ْم َيح‬EE‫ ِه َم‬Eِ‫طول‬ ُ ‫ان ظِ ُّل الرَّ ج ُِل َك‬
َ ‫ت ال َّش ْمسُ َو َك‬ ُّ ‫ت‬
ْ َ‫الظه ِْر إِ َذا َزال‬ ُ ‫َو ْق‬
ِ‫صاَل ِة ْال ِع َشا ِء إِ َلى نِصْ فِ اللَّي ِْل األَ ْوسَط‬
َ ‫ت‬ ُ ‫ب َما لَ ْم َيغِبْ ال َّش َف ُق َو َو ْق‬ ِ ‫صاَل ِة ْال َم ْغ ِر‬
َ ‫ت‬ُ ‫َتصْ َفرَّ ال َّشمْسُ َو َو ْق‬
‫اَل ِة‬E‫الص‬
َّ ْ‫كْ َعن‬E‫ ْمسُ َفأ َ ْم ِس‬E‫الش‬
َّ ‫ت‬ َّ ْ‫ع‬Eُ‫ا لَ ْم َت ْطل‬E‫وع ْال َفجْ ِر َم‬
ْ ‫إِ َذا َطلَ َع‬E‫مْسُ َف‬E‫الش‬ ُُ
ِ ‫ْح مِنْ طل‬ ِ ‫صب‬ ُّ ‫صال ِة ال‬ َ ‫ت‬ ُ ‫َو َو ْق‬
.‫ان‬
ٍ ‫ْط‬َ ‫َفإِ َّن َها َت ْطلُ ُع َبي َْن َقرْ َنيْ َشي‬

Maksudnya: “Waktu Zohor bermula apabila gelincir matahari sehingga


panjang bayang sesuatu objek sama panjang dengan objek tersebut. Waktu
Asar bermula apabila panjang bayang sesuatu objek sama panjang dengan
objek pula sekiranya matahari belum kekuningan. Waktu Maghrib bermula
apabila matahari kekuningan dan berakhir apabila hilangnya cahaya mega
merah (syafak ahmar). Dan waktu Isyak bermula apabila hilang syafak
ahmar sehingga tiga perempat malam. Waktu Subuh bermula dari terbitnya
fajar dan berakhir apabila terbit matahari. Apabila telah terbit matahari maka
dilarang mendirikan Solat. Bahawa terbitnya di antara dua tanduk syaitan”
(Riwayat Muslim, No. Hadith 570).

Berdasarkan Hadith ini, para fuqaha’ (ahli-ahli feqah) telah membuat tafsiran astronomi

atau rumusan tentang waktu-waktu Solat yang dipadankan pula dengan ilmu falak.
Secara ringkasnya, Azhari Mohamed (2018) 2 menjelaskan penentuan waktu Solat

secara kiraan seperti berikut :

i. Waktu Solat Subuh

Menurut syarak, ia bermula dari terbit fajar sadiq hingga terbit matahari (apabila cakera

matahari mula menyentuh ufuk). Kajian saintifik mendapati pada saat demikian

matahari di kedudukan lebih kurang 18° di bawah ufuk. Namun dalam soal ini setelah

menjalankan kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersetuju supaya awal

waktu Subuh ditetapkan ketika matahari di kedudukan terkebawah daripada -18° di

bawah ufuk. Terdapat pihak yang menetapkan -19° maka jarak zenit matahari yang

diambil untuk perhitungan adalah 109° iaitu ZS = 109° dan ada pula yang menetapkan

-20° di bawah ufuk, jarak zenit yang digunakan untuk perhitungan adalah 110° iaitu ZS

= 110°.

2
Azhari Mohamed Peranan JUPEM Dalam Permasalahan dan Isu-isu Falak di Malaysia’, Kertas Kerja
yang telah dibentangkan di Seminar Falak Nusantara 2018 yang telah diadakan di Institut Tanah dan
Ukur Negara (INSTUN), 2018
Rajah 1: Kedudukan Matahari 20º (Keputusan Terbaru JAKIM ialah 18 Darjah) di
bawah Ufuk Timur

ii. Waktu Solat Zohor

Bermula apabila matahari tergelincir ke arah barat daripada kita iaitu bila pinggir timur

matahari melintasi meridian tempatan. Hal ini seperti digambarkan menerusi Rajah 2

dan Rajah 3 di bawah.

            
Rajah 2: Kedudukan Matahari Ketika Tergelincir

Rajah 3: Nilai Separa Pusat Matahari (SD) Ketika Tergelincir


Nilai separa pusat matahari (SD) berubah-ubah sepanjang tahun iaitu antara 15' ke 17'

arka mengikut kedudukan relatif matahari dengan bumi. Purata akan menjadi 16' = 1

minit 4 saat unit waktu. Masuk waktu Solat Zohor adalah 1 minit 4 saat selepas waktu

istiwa (waktu istiwa + 1 m 4 s).

iii. Waktu Solat Asar

Menurut Mazhab al-Syafi‘iy, bermulanya waktu Asar adalah apabila panjang bayang

sesuatu objek atau tiang adalah sama panjang objek atau tiang itu sendiri. Hal ini

dijelaskan dalam Rajah 4 di bawah.

Rajah 4: Kedudukan Relatif Tiang dan Bayangnya Terhadap Matahari

Menentukan jarak zenith (penetapan kedudukan matahari dari segi altiitud) matahari

ketika masuk waktu Asar seperti yang digambarkan dalam Rajah 4 di atas adalah

berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan syarak.


Ketika masuk waktu Asar, kedudukan matahari adalah seperti yang ditunjukkan dalam

Rajah 5 di bawah. Hubungan altitud yang diperoleh pula adalah dengan penetapan

waktu itu sendiri.

Rajah 5: Kedudukan Matahari Ketika Masuk Waktu Solat Asar

iv. Waktu Solat Maghrib

Masuknya waktu Solat Maghrib adalah apabila semua badan matahari terbenam di

bawah ufuk (barat). Merujuk Rajah 6 di bawah sudut tm adalah merupakan sudut ketika

waktu matahari terbenam. Garisan Zm pula bermaksud jarak zenith pada ketika itu.
Rajah 6: Kedudukan Matahari Ketika Masuk Waktu Solat Maghrib

v. Waktu Solat Isyak

Waktu Solat Isyak di sesuatu tempat bermula dari hilangnya syafaq ahmar (mega

merah senja) di ufuk langit barat tempat tersebut. Dalam konteks Malaysia pula, semua

negeri kecuali negeri Kelantan menetapkan hilangnya syafaq ahmar bila altitud

matahari -18º di ufuk barat, manakala negeri Kelantan -17º. Hal ini dapat ditunjukkan

seperti dalam Rajah 7 di bawah.

Rajah 7: Kedudukan Matahari 18º di Bawah Ufuk


Walaupun ditetapkan solat kepada lima waktu sebagaimana pembahagian yang

dijelaskan sebelum ini, terdapat juga dua bentuk waktu larangan solat dalam Islam.

Pertama, waktu-waktu yang dilarang solat berkait dengan masa. Kedua, waktu-waktu

yang dilarang solat berkait dengan perbuatan.

2.0 Waktu-Waktu Dilarang Solat Berkaitan Masa

Terdapat tiga waktu yang dilarang solat berkait dengan masa iaitu:

1. Bermula dari ketika terbit matahari di ufuk timur sehingga naik dengan kadar satu

tombak atau 7 hasta pada pandangan mata, iaitu kira-kira 3 darjah bersamaan 12-

15 minit (dalam tempoh 12-15 minit setelah terbit matahari).

2. Ketika matahari tegak di atas kepala iaitu dari istiwa’ (matahari berada di tengah-

tengah langit) matahari sehingga zawal (gelincir/condong matahari ke barat).

Tempohnya terlalu singkat. Ditegah solat ketika ini kecuali pada hari Jumaat.

3. Semasa matahari kemerahan di waktu senja dan hampir terbenam matahari di ufuk

Barat sehingga tenggelam seluruh bulatannya iaitu masanya berakhir sejurus saja

masuknya Waktu Maghrib.

Perkara ini adalah bersumberkan daripada Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan

daripada ‘Uqbah bin Amir al-Juhaniy r.a. katanya:

َ ‫ا أَنْ ُن‬EE‫لَّ َم َي ْن َها َن‬E‫ ِه َو َس‬E‫لَّى هَّللا ُ َعلَ ْي‬E‫ص‬


‫لِّ َي‬E‫ص‬ َ ِ ‫و ُل هَّللا‬E‫ان َر ُس‬ َ ‫ت َك‬ٍ ‫ث َسا َعا‬ ُ ‫ َثاَل‬: ‫عن ُعقبة بن عامر الجهني‬
‫ير ِة َح َّتى‬E َّ ‫ا ِئ ُم‬EE‫و ُم َق‬EEُ‫ِين َيق‬
َ E‫الظ ِه‬ َ ‫ع َوح‬E َ Eِ‫ة َح َّتى َترْ َتف‬E ً E‫از َغ‬ َّ ‫ِين َت ْطلُ ُع‬
ِ ‫ ْمسُ َب‬E‫الش‬ ِ ‫ِيهنَّ أَ ْو أَنْ َن ْقب َُر ف‬
َ ‫ِيهنَّ َم ْو َتا َنا ح‬ ِ ‫ف‬
.‫ُب‬َ ‫ب َح َّتى َت ْغر‬ِ ‫ضيَّفُ ال َّش ْمسُ ل ِْل ُغرُو‬ َ ‫َتمِي َل ال َّشمْ سُ َوح‬
َ ‫ِين َت‬
Diriwayatkan daripada ‘Uqbah bin Amir al-Juhaniy r.a katanya: “Terdapat tiga
waktu yang Rasulullah SAW melarang kita solat atau menguburkan jenazah
pada waktu-waktu tersebut. Pertama, ketika matahari terbit hingga ia agak
meninggi. Kedua ketika matahari tepat berada di pertengahan langit (tengah
hari tepat) hingga dia telah condong ke barat. Ketiga, ketika matahari hampir
terbenam sehingga dia telah tenggelam sama sekali.”
(Riwayat Muslim, No. Hadith 1427)

3.0 Waktu-Waktu Dilarang Solat Berkaitan Perbuatan

Berhubung waktu-waktu yang dilarang solat berkaitan dengan perbuatan ini pula, ia

hanya terdapat dua waktu. Kedua-dua waktu tersebut adalah seperti berikut:

i. Selepas melaksanakan Solat Fardu Subuh hingga terbit matahari.

ii. Selepas melaksanakan Solat Fardu Asar hingga terbenam matahari.

Hal ini bersandarkan Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas r,a.

iaitu:

ْ ‫ َو َب ْع َد ا ْل َع‬،‫س‬
‫ص ِر َح َّتى‬ َّ ‫ش ُرقَ ال‬
ُ ‫ش ْم‬ ْ ‫ص ْب ِح َح َّتى َت‬ َّ ‫أَنَّ ال َّن ِب َّي صلى هللا عليه وسلم َن َهى َع ِن ال‬
ُّ ‫صالَ ِة َب ْع َد ال‬
.‫َت ْغ ُر َب‬
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW, telah melarang daripada melakukan
Solat (sunat) selepas Solat Subuh sehingga terbitnya matahari dan selepas
Solat Asar sehingga terbenamnya matahari
(Riwayat al-Bukhariy, No. Hadith 581).

Dalam sebuah Hadith yang lain sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah r.a.,

iaitu:

‫اَل ِة‬E ‫الص‬


َّ َّ ‫ُب‬
ْ‫ ْمسُ َو َعن‬E ‫الش‬ ْ ‫صاَل ِة َبعْ َد ْال َع‬
َ ‫ ر‬E‫ ِر َح َّتى َت ْغ‬E ‫ص‬ َ ِ ‫أَنَّ َرسُو َل هَّللا‬
َّ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َن َهى َعنْ ال‬
. ُ‫ْح َح َّتى َت ْطلُ َع ال َّشمْس‬ ِ ‫صب‬ُّ ‫َبعْ َد ال‬
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menegah daripada
melakukan Solat (sunat) selepas Solat Asar sehingga tenggelamnya
matahari dan Solat selepas Solat Subuh sehingga terbitnya matahari
(Riwayat Muslim, No. Hadith, 825).

Berhubung kedua-dua bentuk waktu larangan solat inilah kajian ini akan dilakukan.

Namun ia dilakukan dari aspek saintifik ilmu falak sehingga mampu menghasilkan

dapatan yang dapat dimanfaatkan oleh seluruh umat Islam di Pulau Pinang khususnya

dan di Malaysia amnya.

4.0 Pernyataan Masalah

Secara jelas terdapat dalil berkenaan waktu-waktu bermula dan berakhirnya solat.

Syariat juga telah menetapkan terdapat lima waktu yang dilarang solat yang melibatkan

waktu dan perbuatan. Penyelidikan ini berhasrat memfokuskan berkenaan waktu-waktu

larangan solat yang melibatkan waktu iaitu pertama, apabila matahari terbit sehingga

meninggi kadar segalah; kedua, ketika matahari tegak atas kepala sehingga tergelincir;

dan ketiga apabila matahari terbenam sehingga tenggelam keseluruhannya.

Konteks pertama melibatkan kadar waktu antara waktu matahari terbit sehingga tinggi

kadar segalah. Isu yang dibangkitkan berkenaan hal ini dikaji dalam dua aspek iaitu
aspek hukum dan parameter. Berdasarkan hukum, ulama berbeza pendapat berkenaan

waktu matahari terbit sehingga tinggi kadar segalah. Berdasarkan mazhab syafi’i

terdapat dua pandangan iaitu waktu dhuha ialah waktu isyraq dan pandangan lain

menyatakan solat isyrak dan waktu dhuha ialah berbeza. Persoalannya, pandangan

manakah yang diamalkan di Malaysia berikutan dengan kadar waktu dhuha yang

diamalkan di Malaysia ialah dengan kadar 28 minit selepas matahari terbit. Selain itu,

dari aspek parameter, ulama juga berbeza pandangan berkenaan kadar 1 rumh dan

kadar dhira’ yang digunakan dalam pengiraan.

Konteks kedua melibatkan ketika matahari tegak atas kepala sehingga tergelincir yang

melibatkan waktu istiwa’. Penjelasan berkenaan waktu istiwa’ penting bagi memastikan

waktu penamat bagi pelaksanaan waktu dhuha. Oleh itu, waktu sebenar waktu istiwa’

perlu dijelaskan untuk mengetahui bilakah waktu larangan solat. Berdasarkan isu-isu

yang dinyatakan timbul persoalan apakah parameter dan waktu larangan solat yang

boleh ditetapkan? Adakah parameter dan waktu larangan solat tersebut menjadi

keperluan untuk dimasukkan ke dalam takwim solat masa kini?

Oleh itu, pengiraan yang tepat perlu dilakukan untuk memastikan waktu berakhirnya

waktu solat adalah tepat. Hal ini penting bagi mengelakkan umat Islam menunaikan

solat dalam waktu-waktu yang dilarang Solat.


PERBAHASAN

1.0 Penetapan Waktu Larangan Solat

Terdapat beberapa Hadith yang menjelaskan tentang waktu larangan solat, antaranya

adalah:

i. Hadith Riwayat ‘Uqbah bin ‘Amir al-Junahiy r.a:


‫ ُع‬Eُ‫ِين َت ْطل‬
َ ‫ «ح‬:‫ا‬E‫ِيهنَّ َم ْو َتا َن‬ َ ‫ أَ ْو أَنْ َن ْقب‬، َّ‫ِيهن‬
ِ ‫ر ف‬Eُ َ ‫ا أَنْ ُن‬E‫لَّ َم َي ْن َها َن‬E‫صلَّى هللاُ َع َل ْي ِه َو َس‬
ِ ‫لِّ َي ف‬E‫ص‬ َ ‫هللا‬
ِ ‫ان َرسُو ُل‬ َ ‫ت َك‬ ٍ ‫ث َسا َعا‬ُ ‫َثاَل‬
َّ ْ َّ َّ َّ َّ ُ َّ ً
‫ب َحتى‬ ُ
ِ ‫ رُو‬E‫ ْمسُ لِلغ‬E‫يَّفُ الش‬E‫ض‬ َ ‫ِين َت‬َ ‫ َوح‬، ُ‫مْس‬E‫ َل الش‬E‫ير ِة َحتى َتمِي‬E َ E‫ا ِئ ُم الظ ِه‬EE‫و ُم َق‬EE‫ِين َيق‬ ِ ‫ال َّشمْسُ َب‬
َ ‫ َوح‬،‫از َغة َحتى َترْ َتف َِع‬
»‫ُب‬َ ‫َت ْغر‬

Maksudnya: “Tiga waktu yang Rasulullah SAW melarang kami untuk bersolat
padanya atau mengebumikan jenazah-jenazah: (ketika matahari mula terbit
sampai naik tinggi, ketika matahari tegak hingga gelincir, dan ketika matahari
mula tenggelam hingga ia tenggelam.”

(Riwayat Muslim 831)

ii. Hadith Riwayat Ibn ‘Abbas RA:

َ ‫ َو َبعْ َد ْال َعصْ ِر َح َّتى َت ْغر‬، ُ‫ْح َح َّتى َت ْشر َُق ال َّش ْمس‬
.‫ُب‬ َّ ‫أَنَّ ال َّن ِبيَّ صلى هللا عليه وسلم َن َهى َع ِن ال‬
ُّ ‫صالَ ِة َبعْ َد ال‬
ِ ‫صب‬

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW, telah melarang dari melakukan solat


(sunat) selepas Solat subuh sehingga terbitnya matahari dan selepas Solat
Asar sehingga terbenamnya matahari.
(Riwayat Al-Bukhari, 581)

iii. Hadith Riwayat Abu Hurairah r.a:

‫ْح َح َّتى‬ َّ ‫ُب ال َّش ْمسُ َو َع ِن ال‬


ُّ ‫ َد‬E ْ‫صالَ ِة َبع‬
ِ ‫ب‬E ‫الص‬ َّ ‫أَنَّ َرسُو َل هَّللا ِ صلى هللا عليه وسلم َن َهى َع ِن ال‬
َ ‫صالَ ِة َبعْ َد ْال َعصْ ِر َح َّتى َت ْغر‬
ُ‫َت ْطلُ َع ال َّش ْمس‬

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menegah melakukan solat


selepas Solat Asar sehingga tenggelamnya matahari dan solat selepas
subuh sehingga terbitnya matahari.
(Riwayat Muslim, 825)

Menurut al-Nawawi (2006:4/171)3, solat yang ditegah dilakukan pada waktu yang

dilarang ialah Solat tanpa sebarang sebab. Menurut mazhab Syafi’i, solat yang

3
Al-Nawawi, Yahya bin Syaraf, Al-Majmu’ Syarh al-Muhadhdhab. (Beirut: Dar al-Afkar al-Dawliah, 2006)
dikerjakan kerana ada sebab tertentu diharuskan. Berdasarkan hadith-hadith sebelum

ini, dapat dibahagikan pengharaman Solat tanpa sebab kepada lima waktu – tiga

berdasarkan waktu dan dua berdasarkan perbuatan):

1. Selepas menunaikan Solat Subuh sehingga terbit matahari.

2. Apabila matahari terbit sehingga ia meninggi kadar segalah.

3. Ketika matahari tegak atas kepala sehingga tergelincir.

4. Selepas menunaikan Solat Asar sehingga terbenam matahari.

5. Apabila matahari hampir terbenam sehingga tenggelam keseluruhannya.

Pengharaman ini disebut dalam sebahagian kitab syafi’iyyah sebagai makruh tahrim. Ini

bermaksud, pengharaman solat ketika ini membawa kepada dosa sekiranya dilakukan

secara sengaja (al-Nawawi, 2006:1954; Turmasi, 2011:4235; al-Ramli, 2003:3836)

Waktu bersangkutan dengan perbincangan ini adalah:

i. Waktu Dhuha

Solat Dhuha merupakan permulaan waktu yang diharuskan Solat setelah dilarang

apabila terbit matahari. Menurut Wahbah al-Zuhaili (2000:1/61) 7 waktu Dhuha bermula

sekitar 30 minit selepas terbit matahari selepas terbit matahari sehingga sebelum waktu

zohor. Hal ini diperincikan lagi berdasarkan kepada hadith:

4
Al-Nawawi, Yahya bin Syaraf, Al-Majmu’ Syarh al-Muhadhdhab. (Beirut: Dar al-Afkar al-Dawliah, 2006)
5
Al-Turmasi, Mahfuz ibn Abd Allah, Hasyiah al-Turmasi. (Jeddah: Dar al-Minhaj, 2011)
6
Al-Ramli, Muhammad, Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj. (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 2003)
7
Al-Zuhaili, Wahbah, Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. (Damsyik: Dar al-Fikr, 2000)
‫كان النبي إذا زالت الشمس من مطلعها قيد رمح أو رمحين كقدر صالة العصر من مغربها صلى ركعتين‬
Maksudnya: Adalah Nabi SAW apabila bergesel matahari dari tempat
terbitnya dengan kadar satu galah atau dua galah seperti waktu Solat asar
dari waktu tengelam (matahari), baginda Solat dua rakaat.

Antara indikator yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam Hadith tersebut adalah

kadar satu galah atau dua galah (taqriban). Menurut Imam al-Nawawi (2003) 8 dalam

satu pandangan menyatakan waktu Dhuha bermula apabila terbit matahari berdasarkan

kepada lafaz tuluq al-syams (terbit matahari), manakala dalam pandangan kedua, al-

Nawawi (2006)9 menyatakan waktu Dhuha bermula daripada tempoh matahari naik

dengan kadar rumh (tombak) atau anggaran segalah. Perkara ini turut disebutkan oleh

ulama Syafi’iyyah yang lain antaranya Zakaria al-Ansari (2001:415) 10, Ibn Hajar al-

Haitami (2001:213)11 dan al-Ramli (2003:118)12. Ini adalah pandangan muktamad dalam

mazhab Syafi’i (Zakaria al-Ansari, 2001:476) 13.

Walaupun terdapat perbezaan waktu tersebut, Ibn al-Hajar al-‘Asqalani (2005:58-59) 14

menyatakan perbezaan tersebut hanyalah pada lafaz sahaja, dan tidak melibatkan

pengiraan waktu. Hal ini kerana, penentuan waktu Dhuha dengan terbit matahari

tersebut adalah sama dengan yang lainnya kerana matahari tidak dikira terbit selagi

tidak mencapai kadar satu rumh.


8
Al-Nawawi, Abi Zakariyya Yahya bin Syaraf, Raudh al-Thalibin. (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 2003)
9
Al-Nawawi, Yahya bin Syaraf, Al-Majmu’ Syarh al-Muhadhdhab. (Beirut: Dar al-Afkar al-Dawliah, 2006)
10
Al-Ansari, Zakariya ibn Muhammad. Asna al-Matalib sharh Rawd al-Talib. (Beirut: Dar al-Kutub
al-'Ilmiyyah, 2001)
11
Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfah al-Muhtaj bi Syarh al-Minhaj. (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 2001)
12
Al-Ramli, Syams al-Din Muhammad, Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj. (Bayrut : Dar al-Kutub
al-'Ilmiyah, 2003)
13
Ibid, 476
14
Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari Bi Syarh Sahih Imam Bukhari. (Beirut: Dar al-Fikr, 2005)
Al-Nawawi (2003:302)15 telah menetapkan kadar satu rumh (tombak/galah) tersebut

bersamaan dengan 7 dhira’ (tujuh hasta). Kadar ini adalah berkadar dengan kadar

dhira’ adami (hasta manusia sederhana) atau empat darjah sebagaimana yang

dicatatkan oleh al-Tarmasi (2011, 2:427)16

Dhira’ al-adami ini adalah sekitar 46.2 cm yang turut dikenali sebagai dhira’ al-Saghir,

dhira’ al-Amah, dhira’ al-Sahih dan dhira’ al-Qiyas (al-Zuhaili, 2000: 74).17,18 Jika diambil

daripada kiraan ini, kadar 7 hasta tersebut adalah sekitar 323.4cm. Manakala dalam

kitab mazhab Maliki menetapkan kadar 1 rumh adalah 12 jengkal iaitu 108 cm (Kawkab

“Abid, 1986:119)

15
Al-Nawawi, Abi Zakariyya Yahya bin Syaraf, Raudh al-Thalibin. (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 2003)
16
Al-Turmasi, Mahfuz ibn Abd Allah, Hasyiah al-Turmasi. (Jeddah: Dar al-Minhaj, 2011)
17
Al-Zuhaili, Wahbah, Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. (Damsyik: Dar al-Fikr, 2000)
18
Terdapat juga ukuran lain berkaitan hasta yang dinamakan sebagai dhira al-hasyimi iaitu berkadar 61.2
cm.
Walau bagaimanapun, penelitian kajian ini sehingga kini mendapati tidak terdapat satu

kaedah khusus yang menjelaskan bagaimana kaedah pengukuran galah yang

digunakan dari jarak mata manusia yang membuat pengukuran.

Hasan al-Kaf (2001)19 mentafsirkan kadar ini adalah sekitar 16 minit setelah terbit

matahari.

Sebahagian pandangan kontemporari menyatakan kadar al-ramh ini adalah sekitar 10-

15 minit selepas terbit matahari (Ibn Uthaimin, 2002:28) 20.

Solat Dhuha juga berkait rapat dengan Solat al-‘Aidain (Dua hari raya) yang turut

disyariatkan untuk dilaksanakan pada waktu yang sama iaitu ketika matahari terbit

sekitar segalah. Disunatkan untuk melaksanakan Solat sunat Hari Raya Adha pada

awal waktu Dhuha kerana terdapat pelaksanaan ibadah sembelihan bagi jemaah haji

dan lainnya. Manakala, Solat sunat Hari Raya Fitri disunatkan untuk dilewatkan sedikit

kerana keluasan waktunya (al-Turmasi, 2011 2/424; al-Zuhaili, 2000:367) 21,22

Berdasarkan pandangan mazhab Hanafi dan mazhab Maliki kadar 1 rumh ialah 12

jengkal sederhana, manakala pandangan mazhab Syafi‘iy dan Hanbali, 1 rumh

bersamaan 13 jengkal setengah (7 hasta) (Mohd Hafiz Safiai, 2015) 23. Perbezaan kadar

1 rumh dalam kiraan unit cm dijelaskan dalam jadual 1 di bawah


19
Hassan al-Kaf, Al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah. (Tarim: Dar al-Mirath al-Nabawi, 2001)
20
Ibn Uthaimin, Muhammad Salih, Al-Syarh al-Mumti’ ‘ala Zad al-Mustaqni'. (Riyadh: Dar Ibn Jawzi, 2002)
21
Al-Turmasi, Mahfuz ibn Abd Allah, Hasyiah al-Turmasi. (Jeddah: Dar al-Minhaj, 2011)
22
Al-Zuhaili, Wahbah, Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. (Damsyik: Dar al-Fikr, 2000)
23
Mohd Hafiz Safiai, Penilaian Semula Waktu Dhuha Berasaskan Pengamatan Hadith Dan Kerja
Lapangan, Munaqasyah Fiqh Falak, 2015
Jadual 1: Perbezaan Kadar 1 Rumh Dalam Kiraan Unit Cm

Syafi‘iy &
Ukuran Hanafi Maliki
Hanbali
1 jengkal 11.592 cm 8.832 cm 15.456 cm
Jumlah 1 rumh 12 cm x 12 jengkal 9 cm x 12 jengkal 16 cm x 13
= 144 cm = 108 cm jengkal
= 204 cm
Rujukan: Wahbah al-Zuhailiy (2009:28)

Berdasarkan laporan Munaqasyah Fiqh Falak 2015 24 berkenaan perbezaan kadar rumh

ini, kajian lapangan yang dijalankan menunjukkan terdapat perbezaan permulaan waktu

Dhuha yang diperoleh berbanding kadar pengiraan waktu Dhuha yang diamalkan di

Malaysia pada hari ini. Jadual 2 menunjukkan perbandingan kiraan waktu Dhuha hasil

kajian lapangan yang telah dijalankan

Jadual 2: Perbandingan Kiraan Waktu Dhuha

Mazhab Waktu Dhuha Waktu Dhuha Selisih waktu


(2 pengalah25) kiraan JAKIM
Syafi‘iy & Hanbali 8.50 am 7.35 am 1 jam 20 minit
Maliki 8.52 am 7.35 am 1 jam 22 minit
Hanafi 9.42 am 7.35 am 2 jam 07 minit

Di Malaysia, kadar rumh yang diamalkan ialah 28 minit selepas syuruq iaitu (waktu

syuruq ditambah 1/3 perbezaan syuruq dan subuh)

ii. Solat Dhuha dan Isyraq

24
Ibid
25
2 pengalah bersamaan nilai kiraan 1 rumh
Antara istilah lain yang berkaitan dengan Solat pada permulaan selepas waktu haram

ini adalah Solat Isyraq. Dalam mazhab Syafi’iy, terdapat dua pandangan tentang Solat

Dhuha dan Isyraq:

Pandangan pertama: Solat Isyraq adalah Solat Dhuha. Pandangan ini dikemukakan

oleh ulama utama mazhab antaranya Zakariya al-Ansari (2001:418) 26, Ibn Hajar al-

Haitami (1980:188)27, dan al-Ramli (2003:116)28. Pandangan ini bersandarkan kepada

Hadith riwayat Ibn Abbas:

"َ‫صاَل ةُ األَ َّو ِب ْين‬


َ ‫ِي‬ ِ ‫اإل ْش َر‬
َ ‫اق ه‬ َ َّ‫"أَن‬
ِ ‫صالَ َة‬
Maksudnya: "Sesungguhnya Solat Isyraq adalah Solat Dhuha."
(Riwayat al-Hakim)

Pandangan Kedua: Solat Isyraq adalah Solat berasingan dengan Solat Dhuha. Menurut

Ibn Hajar al-Haitami (2001:237)29 dan al-Ghazali (2004:107)30, Solat Isyraq bukanlah

Solat Dhuha berdasarkan kepada Hadith Anas bin Malik:

‫ َر ٍة‬E ْ‫أَجْ ِر َحجَّ ٍة َوعُم‬EE‫ت لَ ُه َك‬ َ ‫صلَّى ْال َغدَا َة فِى َج َما َع ٍة ُث َّم َق َع َد َي ْذ ُك ُر هَّللا َ َح َّتى َت ْطلُ َع ال َّش ْمسُ ُث َّم‬
Eِ ‫صلَّى َر ْك َع َتي‬
ْ ‫ْن َكا َن‬ َ ْ‫َمن‬
‫َتا َّم ٍة َتا َّم ٍة َتا َّم ٍة‬

“Barangsiapa Solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah


sehingga naik matahari dan mengerjakan Solat dua rakaat (Solat Sunat
Isyraq), maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang
sempurna, sempurna, sempurna.”
(Riwayat al-Tirmizi, 586).

26
Al-Ansari, Zakariya ibn Muhammad, Asna al-matalib sharh Rawd al-talib. (Beirut: Dar al-Kutub
al-'Ilmiyyah, 2001)
27
Ibn Hajar al-Haytami, Ahmad ibn Muhammad, al-Fatawa al-kubra al-fuqhiyyah. (Beirut : Muasasah al-
Tarikh al-`Arabi, 1980)
28
Al-Ramli, Syams al-Din Muhammad, Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj. (Bayrut : Dar al-Kutub
al-'Ilmiyah, 2003)
29
Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfah al-Muhtaj bi Syarh al-Minhaj. (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 2001)
30
Al-Ghazali, Bidayah al-Hidayah. (Beirut: Dar al-Minhaj, 2004)
Berdasarkan hadith ini, Zain al-Din al-Malibari (2004:408) 31 menyatakan Solat Isyraq

dilakukan dengan dua rakaat sahaja dan ia tidak dikaitkan dengan bilangan rakaat

tertentu seperti Solat Dhuha. Hal ini kerana, Solat Dhuha disyariatkan kepada

berbilangan rakaat sehingga lapan rakaat berbanding Solat Isyraq hanya dua rakaat.

Bagi mereka, waktu Isyraq adalah merujuk kepada serakan cahaya matahari dengan

matahari telah kelihatan bulatan penuh. Ini bermaksud masuknya waktu Solat Isyraq

ketika berakhirnya waktu makruh (tahrim), iaitu dengan masuknya waktu Dhuha

(Zakaria al-Ansari, 2001:1/41832, Ibn Hajar al-Haitami, 2001: 2/238, 33,


al-Malibari,

2004:1/405-40634.

Menurut Nawawi al-Bantani (2015:102) 35, para ulama menetapkan kadar solat siang

kepada empat bahagian. Setiap permulaan tersebut akan memulakan satu solat yang

khusus. Permulaan kepada satu perempat pertama ialah Solat subuh, satu perempat

kedua ialah Solat Dhuha, satu perempat ketiga adalah Solat zohor dan satu perempat

terakhir adalah permulaan Solat asar.

Pandangan muktamad dalam mazhab ialah solat sunat Isyraq ialah solat yang sama

dengan Solat Dhuha. Walaupun terdapat perbezaan pada penamaan solat ini,

sebahagian besar ulama syafi’iyyah berpandangan Solat Isyraq ialah nama khusus

31
Zain al-Din al-Malibari, Fath al-Mu’in. (Beirut: Dar Ibn Hazam, 2004)
32
Al-Ansari, Zakariya ibn Muhammad, Asna al-Matalib sharh Rawd al-Talib. (Beirut: Dar al-Kutub
al-'Ilmiyyah, 2001)
33
Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfah al-Muhtaj bi Syarh al-Minhaj. (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 2001)
34
Zain al-Din al-Malibari, Fath al-Mu’in. (Beirut: Dar Ibn Hazam, 2004)
35
Nawawi al-Bantani, Nihayah al-Zain. (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 2015)
kepada Solat Dhuha yang dilaksanakan pada permulaan waktu sebagaimana Solat

Awwabin yang dinamakan kepada Solat Dhuha yang dilakukan pada waktu afdal.

Walaupun begitu, sebahagian kitab-kitab rubu’ (falak) alam melayu memperincikan

waktu dhuha ini kepada dua nama iaitu dhuha al-sughra (al-dahwah al-sughra) dan

dhuha al-kubra (Hasan Yahya al-Jambi al-Jawi, t.t.:13). Menurut Baharuddin Zainal

(2020), dhuha al-sughra merujuk kepada waktu isyraq yang diambil oleh masyarakat

awam nusantara untuk solat sebelum mereka turun bekerja. Manakala dhuha al-kubra

pula adalah keadaan dhuha pada waktu kebiasaannya. Hal ini diketahui merujuk

kepada solat isyraq dan dhuha serta pengamalannya di Malaysia.

Penetapan in seharusnya mengambil kira keadaan uruf di Malaysia yang pada

dahulunya lebih cenderung kepada pengamalan waktu isyraq lebih awal berbanding

dengan waktu dhuha. Pengawalan ini adalah disebabkan keperluan untuk turun bekerja

pada awal pagi dan sekiranya tidak dilaksanakan solat dhuha lebih awal akan

menyebabkan mereka akan terlepas untuk melaksanakan solat tersebut pada setiap

pagi (Baharuddin Zainal, 2020). Pandangan ini turut dapat dilihat sebagaimana

beberapa penulisan dalam kitab jawi klasik yang membezakan antara waktu isyraq dan

dhuha antaranya Muhammad bin Ismail Daud Al-Fatani (t.t: 39) dalam kitab Matla’ al-

Badrain dan Muhammad Arshad Al-Banjari (t.t.) dalam kitab Sabil al-Muhtadin. Hal ini

menunjukkan perbincangan berkaitan solat sunat isyraq sangat hampir dengan

masyarakat mulism di Malaysia sejak dahulu lagi.


Menurut Hassan al-Jambi (t.t:13) waktu solat dhuha al-sughra adalah matahari terbit

berkadar lima darjah iaitu senada dengan Mohd Salleh Harun (t.t: 31). Manakala Abd

al-Wahid Balhaj (2013:263) menyatakan waktunya adalah berkadar terbit matahari 4 o

54’ 30” dan Muhammad Mukhtar al-Bogori (t.t: 21) menetapkan kadar dhuha bermula

se awal 4o 30’. Adapun waktu dhuha al-kubra iaitu waktu dhuha sebenar adalah sepuluh

darjah selepas waktu syuruq (Hassan al-Jambi, t.t:13).

Oleh yang demikian, kajian ini lebih cenderung untuk menetapkan permulaan waktu

yang diharuskan solat setelah larangannya adalah bermula pada solat sunat Dhuha

atau Isyraq. Hal ini kerana, masyarakat di Malaysia pada hari ini masih mengamalkan

solat pada waktu isyraq dan sebahagian mereka masih berpegang dengan perbezaan

waktu dhuha dan isyraq sebagaimana yang telah dinukilkan dalam banyak karangan

jawi yang digunakan dalam pengajaran di surau-surau dan masjid-masjid di Malaysia.

iii. Waktu Istiwa’

Waktu Istiwa’ ialah salah satu waktu yang dilarang untuk melakukan solat sunat yang

tidak mempunyai sebab kecuali pada hari Jumaat dan di Masjid al-Haram. Hal ini

berlanjutan sehingga matahari tergelincir (masuk waktu Zuhur). Pengharaman ini

adalah berdasarkan Hadith yang diriwayatkan oleh 'Uqbah bin 'Amir RA;

ُ‫ير ِة َح َّتى َتمِي َل ال َّش ْمس‬ َّ ‫ِين َيقُو ُم َقا ِئ ُم‬


َ ‫الظ ِه‬ َ ‫وح‬...
َ َّ‫ِيهن‬ َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َي ْن َها َنا أَنْ ُن‬
ِ ‫صلِّ َي ف‬ َ ِ ‫ان َرسُو ُل هَّللا‬
َ ‫َك‬
Maksudnya: "Rasulullah SAW menegah kami untuk melakukan Solat...
(salah satunya) ketika matahari rembang (waktu istiwa' iaitu ketika matahari
tegak atas kepala) hingga gelincir (masuk waktu Zuhur)"
(Riwayat Muslim 831).

Menurut mazhab Syafi’i, hukum melaksanakan solat sunat pada ketika ini adalah

makruh tahrim dan tidak sah. (al-Nawawi, 2003 36 & 200637; al-Bajuri, 201638) Waktu ini

ialah ketika matahari tegak di atas kepala iaitu dari Istiwa’ (matahari berada di tengah-

tengah langit) matahari sehingga Zawal (gelincir/condong matahari ke barat).

Tempohnya terlalu singkat, ditegah Solat ketika ini kecuali pada hari Jumaat.

Berkenaan tempoh waktu istiwa' ini, menurut al-Ramli (2003)39, al-Khatib al-Syirbini

(2006)40 dan al-Syarqawi (t.th)41 menyatakan waktu istiwa' ialah waktu yang singkat.

Kesempitan waktu ini dikatakan sehingga tidak sempat untuk menunaikan satu solat

secara sempurna dan seakan-akan tidak dirasai waktunya berlalu sehingga matahari

gelincir.

iv. Waktu Terbenam Matahari

Waktu ketiga yang ditegah solat sunat padanya ialah penghujung waktu asar sehingga

terbenam matahari. Pengharaman ini adalah kepada solat-solat sunat yang tidak

mempunyai sebab (al-Nawawi, 2006:4/116) 42. Waktu ini bermula dengan proses

36
Al-Nawawi, Abi Zakariyya Yahya bin Syaraf, Raudh al-Thalibin. (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah., 2003)
37
Al-Nawawi, Yahya bin Syaraf, Al-Majmu’ Syarh al-Muhadhdhab. (Beirut: Dar al-Afkar al-Dawliah, 2006)
38
Al-Bajuri, Ibrahim bin Muhammad, Hasyiah al-Bajuri. (Beirut: Dar al-Minhaj, 2016)
39
Ibid
40
al-Khatib al-Syirbini. Syam al-Din, Mughni al-muhtaj ila ma'rifat ma'ani alfaz al-minhaj. (Kaherah: Dar
al-Hadith, 2006)
41
al-Sharqawi, `Abd Allah ibn Hijazi, al-Sharqawi `ala al-tahrir: Hashiyat khatimat al-muhaqqiqin `ala
sharh al-tahrir li-Zakariya al-Ansari. (Kaherah: Dar Ihya' al-Kutub al-`Arabiyah, t.th)
42
Al-Nawawi, Yahya bin Syaraf, Al-Majmu’ Syarh al-Muhadhdhab. (Beirut: Dar al-Afkar al-Dawliah, 2006)
tenggelam matahari sehingga matahari tidak lagi kelihatan iaitu masuknya waktu Solat

maghrib. Hal ini berdasarkan kepada hadith:

‫ «إذا طلعت الشمس من مطلعها كهيئتها لصالة العصر حين‬:‫ قال رسول هللا َية‬:‫ قال‬،ُ‫ َرضْ َوهَّللا ُ َع ْنه‬،‫عن أبي أمامة‬
‫تغرب من مغربها فصلى رجل ركعتين وأربع سجدات كتب له أجر ذلك اليوم‬

Maksudnya: Daripada Abi Umamah RA, bersabda Rasulullah SAW ketika


Matahari telah terbit di sebelah timur seperti Matahari di sebelah barat pada
waktu Asar ketika tenggelam, maka Solatlah dua rakaat dan empat sujud,
ditulis baginya pahala seumpama pahala hari tersebut.

(Riwayat al-Tabarani, 237).

Hadith ini menunjukkan tentang permulaan waktu yang dilarang Solat pada waktu

petang dengan digambarkan seperti keharusan Solat pada permulaan hari (waktu Solat

Dhuha). Persamaan kedua-dua waktu ini adalah pada kadar terbit dan tenggelam

matahari pada kedua-dua ufuk timur dan barat dengan kadar satu atau dua tombak (al-

Mundhiri, 1994:302)43. Hal ini boleh digambarkan dalam rajah 8 berikut:

Rajah 8: Kadar Terbit Dan Tenggelam Matahari Pada Kedua-Dua Ufuk Timur Dan
Barat Dengan Kadar Satu Atau Dua Tombak
43
Al-Mundhiri, ‘Abd al-Halim, Al-Targhib wa al-Tarhib. (Kaherah: Dar al-Hadith, 1994)
Sebahagian ulama lain pula menyatakan pengharaman solat pada waktu solat Asar

dilihat daripada isfirar al-syams (matahari kekuningan) Ketika dalam proses terbenam.

Pengukuran ini diambil daripada saat penghujung matahari mula hilang daripada

pandangan (al-Turmasi, 2011, 2:427; al-Nawawi, 1996, 192; Muhammad al-Zuhaili,

2011:176)44,45,46. Pandangan ini lebih jelas berbanding kadar 1 rumh yang disebutkan

sebelum ini.

RUJUKAN

Al-Ansari, Zakariya ibn Muhammad, Asna al-matalib sharh Rawd al-talib. (Beirut: Dar al-
Kutub al-'Ilmiyyah, 2011)

Al-Bajuri, Ibrahim bin Muhammad, Hasyiah al-Bajuri. (Beirut: Dar al-Minhaj, 2016)

Al-Ghazali, Bidayah al-Hidayah. (Beirut: Dar al-Minhaj, 2004)

Al-Ghazali, Bidayah al-Hidayah. (Surabaya: Menara, 2000)

al-Khatib al-Syirbini. Syam al-Din, Mughni al-muhtaj ila ma'rifat ma'ani alfaz al-minhaj.
(Kaherah: Dar al-Hadith, 2006)

Al-Mundhiri, ‘Abd al-Halim, Al-Targhib wa al-Tarhib. (Kaherah: Dar al-Hadith, 1994)

Al-Nawawi, Abi Zakariyya Yahya bin Syaraf, Raudh al-Thalibin. (Beirut: Dar al-Kutub al-
Ilmiyyah., 2003)

Al-Nawawi, Yahya bin Syaraf, Al-Majmu’ Syarh al-Muhadhdhab. (Beirut: Dar al-Afkar al-
Dawliah, 2006)

Al-Nawawi, Yahya bin Syaraf, Al-Majmu’ Syarh al-Muhadhdhab. (Beirut: Dar al-Afkar al-
Dawliah, 2006)

Al-Ramli, Muhammad, Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj. (Beirut: Dar al-Kutub al-
Ilmiyyah, 2003)

44
Al-Turmasi, Mahfuz ibn Abd Allah, Hasyiah al-Turmasi (Jeddah: Dar al-Minhaj, 2011)
45
Al-Nawawi, Yahya bin Syaraf, Al-Majmu’ Syarh al-Muhadhdhab. (Beirut: Dar al-Afkar al-Dawliah, 2006)
46
Al-Zuhaili, Wahbah., Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. (Damsyik: Dar al-Fikr, 2000)
Al-Ramli, Syams al-Din Muhammad, Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj. (Bayrut :
Dar al-Kutub al-'Ilmiyah, 2003)

al-Sharqawi, `Abd Allah ibn Hijazi, al-Sharqawi `ala al-tahrir: Hashiyat khatimat al-
muhaqqiqin `ala sharh al-tahrir li-Zakariya al-Ansari. (Kaherah: Dar Ihya' al-Kutub al-
`Arabiyah, t.th)

Al-Turmasi, Mahfuz ibn Abd Allah, Hasyiah al-Turmasi (Jeddah: Dar al-Minhaj, 2011)

Al-Zuhaili, Wahbah, Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. (Damsyik: Dar al-Fikr, 2000)

Azhari Mohamed Peranan JUPEM Dalam Permasalahan dan Isu-isu Falak di Malaysia’,
Kertas Kerja yang telah dibentangkan di Seminar Falak Nusantara 2018 yang telah
diadakan di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), 2018

Baharrudin Zainal, Pengenalan Ilmu Falak. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2002).

Hardi Mohamad Sadali, Kajian Penentapan Takwim Solat Pulau Pinang Menurut Ilmu
Falak. Tesis Ijazah Sarjana Sastera (Pengajian Islam), Pusat Pengajian Ilmu
Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 2011

Hassan al-Kaf, Al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah. (Tarim: Dar al-Mirath al-
Nabawi, 2001)

Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari Bi Syarh Sahih Imam Bukhari. (Beirut: Dar al-Fikr,
2005)

Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfah al-Muhtaj bi Syarh al-Minhaj. (Beirut: Dar al-Kutub al-
Ilmiyyah, 2001)

Ibn Hajar al-Haytami, Ahmad ibn Muhammad, al-Fatawa al-kubra al-fuqhiyyah. (Beirut :
Muasasah al-Tarikh al-`Arabi, 1980)

Ibn Uthaimin, Muhammad Salih, Al-Syarh al-Mumti’ ‘ala Zad al-Mustaqni'. (Riyadh: Dar
Ibn Jawzi, 2002)

Kawkab 'Abid. (1986). Fiqh al- Ibadat ala al-Madhhab al-Maliki. Dimasq: Matba'ah al-
Insya'

Mohamad Saufi Che Awang,“Kesan Biasan Atmosfera Hampir Ufuk Untuk Pengiraan
Waktu Solat dan Cerapan Hilal”, dlm. Jurnal Falak Bil. 1 (121-132). (Putrajaya: Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), 2015)

Mohd Hafiz Safiai, Penilaian Semula Waktu Dhuha Berasaskan Pengamatan Hadith
Dan Kerja Lapangan, Munaqasyah Fiqh Falak, 2015
Mustafa Din Subari, Kaedah Panduan Falak Syarie, (Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia, 2001)

Nawawi al-Bantani, Nihayah al-Zain. (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 2015)

Waktu Solat, JAKIM, https://www.e-Solat.gov.my/

Zain al-Din al-Malibari, Fath al-Mu’in. (Beirut: Dar Ibn Hazam, 2004)

Anda mungkin juga menyukai