Anda di halaman 1dari 2

QKU 3133

PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF SEKSUAL

SEMESTER 1 SESI 2021/2022

TUGASAN INDIVIDU:

MENGENALI DIRI SENDIRI

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO MATRIK

NUR IZZATI NADHIRAH BINTI TAJUL ARIFFIN D20182086454

KUMPULAN:

NAMA PENSYARAH:

PROFESOR MADYA DR. AZALI BIN RAHMAT


Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Pelajar dikehendaki menjawab persoalan-persoalan tersebut yang merupakan maklumat


peribadi. Saya berjanji maklumat yang anda berikan tidak akan disebar luas dan akan
digunakan untuk maklumat kursus ini sahaja.

1. Apakah ciri-ciri yang anda miliki menjadikan anda orang hebat?


Saya seorang yang tidak mudah mengalah. Jika saya berdepan dengan cabaran, saya
akan mendiamkan diri dan berfikir solusi dan kemudian baru bertindak. Selain itu, saya
ada sifat semulajadi seorang pemimpin. Kebanyakan kumpulan tugasan saya melantik
diri saya sendiri menjadi seorang ketua.
2. Kenapa ciri tersebut dianggap sangat istemewa?
Ciri-ciri tersebut dianggap istimewa kerana itu adalah sifat yang saya miliki dari zaman
sekolah lagi. Sifat itu yang menjadikan saya adalah saya pada hari ini. Walaupun saya
hampir mengalah dalam beberapa perkara, namun saya tetap akan mencari jalan untuk
berdepan dengan cabaran tanpa mengundur diri.
3. Apakah ciri-ciri yang terdapat pada diri anda perlu diperbaiki supaya anda
dipandang lebih istemewa?
Ciri yang perlu saya baiki ini adalah ciri yang bertentangan dengan ciri yang menjadikan
saya orang yang hebat. Ciri yang perlu diperbaiki pada diri saya adalah menambah rasa
sabar dalam diri. Saya cenderung untuk membuat keputusan yang kurang tepat jika saya
berada dalam keadaan stres yang melampau.
4. Apakah ciri-ciri yang harapkan pada seseorang bakan pasangan hidup anda?
Ciri yang saya harapkan adalah pasangan hidup saya mempunyai tahap kesabaran
seluas lautan dan mempunyai keteguhan iman. Tidak perlu memiliki rupa paras yang
menawan atau fizikal yang ‘sado’, cukup menjadi seorang insan yang berfikiran matang
dan sentiasa bersabar dalam kehidupan bersama saya.
5. Apakah tindakkan anda jika orang yang diharapkan tidak anda temui?
Saya lebih suka hidup untuk fokus pada cita-cita dan kejayaan saya sebelum saya
mencari cinta. Namun, jika saya berjumpa dan ditakdirkan hidup dengan orang yang
berbeza dengan sikap yang saya mahukan, saya akan cuba untuk mengubah diri saya
dahulu kerana jodoh adalah cerminan diri. Saya percaya setiap manusia inginkan
kebaikan dan itu adalah tanggungjawab bersama sebagai pasangan.

Jawab soalan tersebut dari keikhlasan anda bukan dari angan-angan.

Anda mungkin juga menyukai