Anda di halaman 1dari 5

Kesan-Kesan Kegiatan Membuli dalam Kalangan Remaja.

Kegiatan membuli dalam kalangan remaja pada masa kini kian menjadi satu isu yang
sering hangat dibicarakan dalam kehidupan sehari-hari. Namun demikian, ramai masyarakat
yang masih kurang menyedari akan relevannya isu ini di dalam negara. Isu membuli pada
umumnya dianggap ringan dan diketepikan kerana ramai yang berpendapat hal ini hanyalah
cabaran dan dugaan yang setiap remaja akan lalui dalam proses membentuk keperabadian
seorang dewasa justeru dianggap sebagai lumrah seorang remaja. Walaupun banyak isu buli
mendapat perhatian pihak media massa, namun tidak dapat dinafikan lagi bahawa masih
terdapat banyak kes buli lagi yang tidak dilaporkan disebabkan oleh mangsa berada di dalam
belenggu ketakutan mahupun pihak sekolah ataupun autoriti yang tidak ingin membesar-
besarkan perkara ini untuk menjaga nama baik mereka. Pada umumnya, kegiatan membuli
akan mendatangkan kesan yang mendalam terhadap mangsanya. Kesan ini dapat dibahagikan
kepada dua bahagian seturut dengan dalam jangka masa yang pendek ataupun panjang.

KESAN BULI DALAM JANGKA MASA PENDEK

Kesan jangka masa pendek membuli boleh dilihat melalui beberapa aspek iaitu kesan
psikologikal, fizikal, sosial dan pembelajaran.

Kesan Psikologikal

Menurut Beale (2001), Roberts dan Coursel (1996), mangsa kes buli akan lebih
cenderung untuk menggiatkan diri dalam satu atau lebih daripada perkara negatif berikut
yang termasuklah tidak menghadirkan diri ke sekolah berkali-kali, prestasi akademik yang
merosot, cenderung untuk menentang, sering berasa sunyi dan dipinggirkan serta perasaan
bunuh diri yang beransur naik ke permukaan. Hasil dapatan kajian ini disokong oleh Lereya,
Winsper, Heron (2013) yang turut menyatakan bahawa terdapat peningkatan jumlah kes yang
bertumpukan individu yang suka untuk mencederakan diri sendiri dan cenderung kepada
kegiatan bunuh diri. Amin Al Haadi (2013) yang menumpukan kajian di Malaysia mendapati
bahawa mangsa buli lazimnya merasa rendah diri, malu sedih, hilang kendiri diri, lebih
mudah untuk berasa tersinggung, sentiasa murung, takut dan tidak suka untuk ke sekolah.
Akibat daripada keengannan mangsa ke sekolah, maka simptom psiko-somatik seperti
pening, sakit kepala dan perut pada waktu pagi hari akan timbul. Kajian berbentuk saintifik
oleh Peterson (2007) mendedahkan bahawa buli walaupun berbentuk lisan seperti ejekan dan
memberi gelaran yang tidak senonoh dan memalukan boleh memberi kesan yang setimpal
dengan deraan fizikal dan seksual. Tiecher, Samson, Polcari, McGreenery (2010) mendapati
keganasan lisan mendatangkan kesan psikologikal yang memudaratkan. Hal ini dapat dilihat
melalui mangsa buli yang bersikap agak murung, mudah cemas dan lain-lain kecelaruan
psikotik. Akhir sekali, Brocken Brought et al. (2002) dan Kal Tiala-Heino et al. (2001)
mendeduksikan mangsa akan melihat dirinya sebagai seorang yang gagal dan dsisihkan oleh
masyarakat.

Kesan Fizikal

Tiecher er al. (2010) telah menjanlankan sebanyak 63 scan bahagian kepala mangsa
kegiatan buli dan mencapai sebuah konklusi. Hasil dapatan kajian beliau menunjukkan
terdapat abnormaliti berlaku kepada bahagian otak yang dinamakan sebagai Corpus
Callosum. Bahagian ini menghubungkan otak kiri dan kanan dan berperanan penting dalaam
proses penglihatan, ingatan dan lain-lain. Gini dan Pozzoli (2009) dan Wolke D dan Lereya
(2014) berpendapat bahawa mangsa buli berhadapan dengan masalah kesihatan dan fizikal.
Mangsa buli akan mudah dijangkiti dengan masalah somatik seperti selesema dan demam dan
psiko-somatik sepeti pening, sakit kepala dan perut dan berkemungkinan juga menggiatkan
diri dalam tabiat merokok. Arseneault, Milne dan Taylor (2008) mengkonklusikan kegiatan
buli berupaya memberi permasalahan dalaman sama ada secara sedar mahupun tidak. Mangsa
secara umumya berkecimpung dalam dunia yang penuh keresahan dan kemurungan.

Kesan Pembelajaran dan Persekolahan

Melalui kajian yang dilakukan di Malaysia, Fauziah dan Goh (2005) menyimpulkan
mangsa buli sering berada dalam ketakutan dan kebimbangan semasa berada di sekolah.
Justeru dengan itu, mangsa hari demi hari akan menjadi lebih pasif dalam proses
pembelajarannya yang seterusnya akan mengakibatkan kemerosotan keputusan. Akibat
berasa terlalu terbebani dan terancam di persekitaran sekolah juga akan menyebabkan
mangsa lebih memilih untuk tidak menghadirkan diri dan ponteng sekolah demi mengelakkan
diri daripada dibuli. Rigby (1999) menjelaskan bahawa hubungan diantara pelajar dengan
yang lain dan pihak sekolah akan terjejas dan kegiatan tidak menghadirkan diri ke sekolah
meningkat selaras dengan masalah hilangnya hubungan sesama ini. Mangsa buli walaupun
menghadirkan diri ke sekolah akan tidak fokus terhadap pembelajarannya akibat perasah
resah dan bimbang yang membuak-buak. Amin Al Haadi (2013) menyatakan kegiatan
membuli akan membentuk suasana pembelajaran yang tidak memberansangkan kepada
bukan sahaja mangsa buli, tetapi juga terhadap si pembuli dan saksi kejadian membuli
tersebut.
KESAN MEMBULI DALAM JANGKA PANJANG

Dalam jangka masa yang panjang, kesan membuli dapat dilihat melalui aspek
psikologi, fizikal, pembelajaran, kesan kerjaya dan kemasyarakatan.

Kesan Psikologikal

Kesan psikologikal kegiatan membuli dapat dilihat melalui beberapa kajian yang telah
dilakukan oleh golongan cendekiawan di seluruh negara. Amin Al Haadi (2013) menyatakan
bahawa mangsa kegiatan membuli sering menyalahkan diri sendiri yang menyebabkan
seseorang itu menjadi tumpuan pembuli. Hal ini memberi impak yang besar kepada harga diri
dan maruah diri mereka yang seterusnya mampu mengakibatkan stres di dalam kehidupan
mereka. Grennan dan Woodman (2009) mengkaji perlakuan buli, keresahan dan coping
strategi di institusi pemulihan. Mereka mendapati bahawa terdapatnya peningkatan jumlah
kes kemurungan yang dialami bukan sahaja oleh mangsa buli namun juga kepada si pembuli.
Hal ini menjadi faktor kukuh kepada tekanan mental diri yang tinggi. Dapatan kajian
membuktikan impak negatif ini turut memberi kesan kepada mereka yang menjadi saksi
kegiatan buli ini. Rivers, Noret, Potent dan Ashurst (2009) yang menumpukan kajian kepada
saksi kegiatan membuli menyokong kenyatan yang menyatakan bahawa kegiatan membuli
mampu mendatangkan risiko kepada kesejahteraan mental bukan sahaja terhadap si pembuli
dan mangsa, namun juga kepada saksi kejadian. Noran Fauziah Yaakub (2004) mengatakan
mangsa buli akan membentuk seorang dewasa yang terlalu emosi sehingga mampu
menjejaskan hubungannya dengan orang lain dan keluarganya. Akhir sekali, Ortega, Mora-
Meerchan, Calmasters dan Vega (2009) yang mengkaji kesan buli kepada mangsa
khususunya emosi mendapati mangsa akan berasa marah terhadap hakikatnya dan
membentuk emosi negatif seperti sedih, tidak berdaya, terpinggir dan malu.

Kesan Fizikal

Kesan fizikal dalam jangka masa yang panjang dapat dilihat melalui kesihatan
mangsa. Mangsa buli sering mengalami kesakitan badan, pening kepala, sakit kepala dan
lambat pulih dari kesakitan. (Sigurdson, Wallander, Sund, 2014; Wolke, Copeland, Angold,
2013). Mangsa buli akan terjebak dengan masalah kemurungan dan keresahan apabila
mencapai umur awal dewasa dan pertengahan dewasa. Kegiatan buli juga mampu memberi
kesan kepada fungsi seseorang dalam masyarakat. (Takizawa, Maughan, Arseneault, 2014;
Tapinski, Bowes, Shakoor, 2010; Haynie, Nansel, Eitel, 2001).

Kesan Pembelajaran

Mangsa buli jelas sekali akan mengelakkan diri untuk hadir ke sekolah dan
mempunyai ketidakhadiran sekolah yang teruk untuk mengelakkan dirinya daripada dibuli.
(Kshirsagar, Agarwal, Bavdekar, 2007; Fried dan Fried, 2003; Rigby, 1999; Weinhold dan
Weinhold, 1998). Weinhold dan Weinhold (1998) turut menyatakan dalam purata 10%
mangsa buli tidak menamatkan pengajiannya selaras dengan kejadian ini. Manakala pula,
Rigby (1999) menerangkan mangsa kegiatan buli akan menghadapi masalah konsentrasi
dalam pembelajaran dan sukar untuk menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar di sekolah.
Kesan buli dalam jangka panjang dapat dilihat di alam kedewasaan mangsa buli. Melalui
kajian yang telah dilakukan sekaligus mendapat sokongan melalui pengukuhan kajian,
mangsa buli dalam purata yang tinggi menjurus kepada kehidupan yang berpendidikan
rendah, lemah dalam pengurusan kewangan dan berpendapatan rendah apabila umur
mencecah 50 tahun. (Takizawa, Maughan, Arseneault, 2014; Wolke, Copeland, Angold,
2013).

Kesan Kerjaya dan Kemasyarakatan

Mangsa buli yang cenderung untuk ponteng sekolah akibat merasa keselamatan diri
terancam akan membentuk keperibadian yang tidak gemar untuk bersekolah, Hal ini juga
berupaya memberi persepsi bahawa pihak sekolah dan guru mengabaikan atau tidak
mengambil berat akan mangsa buli. Sehakikat dengan itu, kemungkinan masalah sosial yang
bersifat jenayah akan menjadi tidak mustahil sebgai contohnya penggunaan dadah, keganasan
atau permasalahan seksual. Namun demikian, tiada perhubungan signifikan yang dicatat di
antara menjadi mangsa kegiatan buli dan penyalahgunaan dadah dan sikap antisosial.
(Binder, Losel, 2011; Brown, Taylor, 2008; Olweus, 2001). Binder dan Losel (2011)
mendapati mangsa kegiatan buli akan terikat dengan masalah sosial semasa meningkat
dewasa. Hal ini dapat dilihat melalui sukarnya mangsa buli untuk mengekalkan hubungan
persahabatan dan tidak mempunyai pasangan hidup yang seterusnya mengakibat jaringan dan
sokongan sosial yang rendah. Dombeck (2007) dalam masa yang sama menerangkan bahawa
mangsa buli kebiasaannya menghadapi masalah pemilihan dan peluang untuk bekerjaya.
Sukar mempercayai orang lain dan mempunyai keyakinan diri yang goyah nescaya menjadi
akar umbi masalah ini. Personaliti negatif yang dibentuk hasil daripada pengalaman dibuli
turut bertanggungjawab kepada sukarnya mangsa untuk mendapat dan mengekalkan kerja
yang baik.

ABD RAHMAN, M.R.B. (2019). MANGSA BULI DAN KESAN BULI: Bully Victims and
the Effect of Bullying. Abqari Journal, 11(1),109-124.
https://dci.org/10.33102/abqari.vol11no1.114.

Anda mungkin juga menyukai