Anda di halaman 1dari 3

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH


(DMB 2353)
PROF MADYA DR. HAJI HASAN AL-BANNA BIN MOHAMED

NAMA : MUHAMAD AIMANUL HAKIM BIN MOHD RAMLAN


NO. MATRIKS : 7180181
TAHUN : 3DPL
TAJUK : PERBEZAAN ANTARA AUDIT
SOALAN : APAKAH PERBEZAAN AUDIT-AUDIT TERSEBUT

(1) AUDIT KENDIRI

• Audit kendiri ialah analisis yang dilakukan untuk memastikan setiap perkara yang penting yang
dijalankan dalam organisasi dilaksanakan secara sistematik dan mengikut piawaian yang telah
ditetapkan oleh Sistem Pengurusan Kualiti.

(2) AUDIT DALAM

• Audit dalaman dilakukan oleh pihak organisasi itu sendiri untuk mengetahui kelemahan dan
kekuatan mereka supaya organisasi dapat mencapai sasaran yang ditetapkan di samping untuk
menambah nilai dalam operasi organisasi tersebut.

(3) AUDIT SUSULAN

• Audit Susulan merupakan audit yang mesti dijalankan oleh sesebuah organisasi setelah proses
pengauditan dilaksanakan bagi memastikan segala perkara yang dipersetujui telah diambil kira dan
tindakan pembetulan juga telah dilakukan oleh pihak pengurusan yang diaudit. Segala maklumat
yang diperoleh akan direkod dan sentiasa dipantau. Setelah selesai proses pengauditan, laporan
audit akan dikeluarkan.

(4) AUDIT KEBERKESANAN

• Audit keberkesanan bermaksud audit yang dilakukan bertujuan melihat sejauh mana proses dan
prosedur audit yang pernah dilaksanakan ke atas sesebuah organisasi memberi impak atau kesan
yang baik. Kesan atau impak yang terhasil mestilah di ambil kira dan dicatat untuk melihat
peningkatan, ketidakpatuhan yang berlaku dari semasa ke semasa.

(5) AUDIT PIHAK KETIGA

• Audit pihak ketiga dilakukan oleh organisasi audit luar atau yang bebas dari hubungan pelanggan
bersama pembekal dan bebas dari konflik kepentingan. Kebebasan organisasi audit adalah
komponen utama audit pihak ketiga. Audit pihak ketiga adalah akan terlibat dengan perakuan,
pendaftaran, pengiktirafan, penghargaan, kelulusan lesen serta juga boleh mengakibatkan
dikenakan denda atau penalti yang dikeluarkan oleh organisasi pihak ketiga atau pihak yang
berminat.
(6) AUDIT PENGAWASAN

• Audit pengawasan ialah audit yang memastikan prosedur dan proses yang dilakukan dalam
organisasi dapat ditingkatkan dan dijalankan dengan lancar supaya dapat memastikan kepuasan
pelanggan.

(7) AUDIT PEMATUHAN

• Audit pematuhan adalah untuk memastikan bahawa setiap peringkat dalam organisasi mengikuti
undang-undang, peraturan, dan peraturan luaran atau garis panduan dalaman, seperti peraturan
dalam undang-undang, kawalan dan prosedur korporat.

Anda mungkin juga menyukai