Anda di halaman 1dari 1

SKP3122-16: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

MUHAMMAD FIKRI BIN MUHAMMAD FAIRUZ

ETIKA DALAM MENZIARAHI RUMAH KENALAN


Etika dan adab ketika menziarahi kenalan-kenalan kita adalah sangat penting bagi
mengekalkan hubungan antara satu sama lain. Terdapat beberapa perkara utama yang perlu
dipatuhi ketika menziarahi rumah kenalan.

Meminta izin sebelum berkunjung


Sila pastikan anda meminta izin terlebih dahulu dengan tuna
rumah sebelum anda berkunjung ke rumahnya. Ini untuk
mengelakkan daripada tetamu "menerjah" ke rumah pada masa
tuan rumah dalam keadaan tidak bersedia.

Meminta izin sebelum masuk rumah


Jangan sesekali menerpa masuk ke dalam rumah kenalan tanpa
diberi keizinan walaupun pintu terbuka luas.
Jangan berdiri betul-betul menghadap pintu.
beri ruang kepada tuan rumah untuk bersiap sedia.
memberikan salam bagi yang bergama Islam.

Jangan mengintai atau memasang telinga


Tetamu harus menghormati privasi tuan rumah.
Perkara ini sangat tidak beradab walaupun perkara yang
dibincangkan tidak mempunyai sebarang rahsia.

Pilih waktu yang sesuai


Tetamu harus mengelakkan bertandang ke rumah orang pada
waktu umum untuk tidur dan berehat seperti pagi-pagi buta
dan lewat malam.
Tanya kepada tuan rumah waktu yang sesuai untuk berkunjung.

Semoga poster ini dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat


#Etikadanberadab

Anda mungkin juga menyukai