Anda di halaman 1dari 71

HAK-HAK ISTERI

SELEPAS
BERCERAI
ANIS SALIHAH BINTI
ABDUL MALEK
[2020428946]
NUR AJEERAH AISHAH
BINTI AB HALIM
[2020801788]
● NAFKAH IDDAH
● MUTAH
● HARTA SEPENCARIAN
● HADHANAH HAK JAGAAN
ANAK
● NAFKAH ANAK
● TUNGGAKAN NAFKAH
● HAK TEMPAT TINGGAL

2
NAFKAH IDDAH

3
NAFKAH
BAHASA : PEMBIAYAAN BELANJA SESEORANG TERHADAP AHLI KELUARGANYA
SYARA’ : MAKANAN, PAKAIAN DAN TEMPAT TINGGAL
ISTILAH FUQAHA : MAKANAN SAHAJA

IDDAH
BAHASA : PENGIRAAN (DIAMBIL DARIPADA PERKATAAN (ADAD) YANG BERMAKSUD
BILANGAN KERANA MENGANDUNGI TEMPOH SUCI ATAU BILANGAN BULAN
ISTILAH FUQAHA : SUATU TEMPOH DI MANA PEREMPUAN MENUNGGU BAGI MENGETAHUI
KEBERSIHAN RAHIMNYA ATAU BAGI PENGABDIAN KEPADA ALLAH S.W.T. ATAU KERANA RASA
DUKACITA ATAS SUAMINYA

FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL-BAQARAH 2:228

‫ۚ َوا ْﻟﻣُطَ ﻠﱠﻘَﺎتُ َﯾﺗَرَ ﺑﱠﺻْ نَ ِﺑﺄ َ ْﻧﻔُﺳِ ﮭِنﱠ ﺛ ََﻼ َﺛ َﺔ ﻗُرُو ٍء‬
Maksudnya: Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri, (dari
berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid).
NAFKAH ▫ Nafkah yang wajib disediakan kepada bekas isteri semasa tempoh iddah
talak raji’e (Talak satu dan dua).
IDDAH
▫ SURAH AL-TALAK 65:6

ْ‫ﻀﯿﱢﻘُﻮا َﻋﻠَﻲ‬
َ ُ‫ۚ أَ ْﺳ ِﻜﻨُﻮھُﻦﱠ ﻣِﻦْ َﺣﯿْﺚُ َﺳ َﻜ ْﻨﺘُ ْﻢ ﻣِﻦْ وُﺟْ ِﺪ ُﻛ ْﻢ و ََﻻ ﺗُﻀَﺎرﱡ وھُﻦﱠ ﻟِﺘ‬

“Tempatkanlah isteri-isteri yang menjalani ‘iddahnya itu ditempat kediaman kamu sesuai
dengan kemampuan kamu, dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka
ditempat tinggal itu dan tujuan menyusahkan kedudukan mereka supaya mereka keluar
meninggalkan tempat itu”.

▫ Hukum mengikut Al-Quran dan Sunnah adalah wajib.


▫ Sekiranya dihalalkan, nafkah tersebut secara langsung tidak menjadi
kewajipan.
▫ Sekiranya tidak dihalalkan, nafkah akan menjadi hutang selagi belum
dibayar tidak kira sama ada tempoh iddah telah berlalu kerana nafkah
5
adalah gantian dan bukan pemberian.
Desktop project
Show and explain your
Place your screenshot here
web, app or software
projects using these
gadget templates.

6
BENTUK TALAK RAJIE TALAK BAIN
NAFKAH 1. MENYEDIAKAN MAKANAN YANG 1. HANYA LAYAK MENDAPAT
YANG PERLU SEPATUTNYA KEMUDAHAN TEMPAT
DISEDIAKAN 2. MENYEDIAKAN PAKAIAN YANG TINGGAL KECUALI
SEPATUTNYA SEKIRANYA HAMIL
SUAMI 3. MENYEDIAKAN TEMPAT 2. SEKIRANYA HAMIL ISTERI
KEPADA TINGGAL UNTUK ISTERI YANG AKAN LAYAK MENDAPAT
ISTERI YANG DICERAIKAN KEMUDAHAN
DICERAIKAN 4. MENYEDIAKAN APA-APA YANG SEPERTIMANA
PATUT SEPERTI BELANJA DICERAIKAN TALAK RAJIE
PERUBATAN

BELUM DISETUBUHI
1. TIDAK LAYAK MENDAPAT APA-APA NAFKAH

7
PENILAIAN DAN TEMPOH MASA PERINTAH UNTUK NAFKAH

8
PENILAIAN SAKDIAH V AHMAD [1981] 3 DZULFAEZAH BT ABDUL HAMID
DAN LNS 4 V IZUDDIN BIN MURSHID [2009]
Mahkamah memutuskan Plaintif 3 SLHR 125
TEMPOH iaitu isteri untuk bersabar atau Mahkamah mendapati kedudukan
membuat tuntutan fasakh
MASA memandangkan suami tidak
kewangan suami adalah tidak kukuh
setelah menukar pekerjaan kepada
PERINTAH berkemampuan untuk menyediakan gaji yang rendah maka Mahkamah
nafkah yang secukupnya. hanya memutuskan tuntutan nafkah
UNTUK Plaintif iaitu isteri kepada jumlah yang

NAFKAH lebih rendah setelah


kedudukan kewangan suami dalam
menilai

segala aspek tuntutan asas

9
PENILAIAN MASA PENILAIAN JUMLAH
DAN Masa yang terbaik untuk menuntut ▫ Hendaklah menyatakan jumlah
nafkah iddah adalah selepas sahaja dengan tepat, untuk apa jumlah
TEMPOH tamat tempoh iddah oleh kerana:- tersebut dan cara kiraan.
Adalah lebih baik sekiranya resit
MASA 1. Tempoh iddah (3 kali suci) ▫
setiap orang adalah berbeza dan dokumen-dokumen
PERINTAH dan mengikut keadaan berkaitan perbelanjaan semasa
tempoh iddah dikemukakan.
bagaimana diceraikan sama
UNTUK ada dalam keadaan ▫ Oleh sebab ini disarankan untuk
mengandung/haid/suci. menuntut selepas sahaja tamat
NAFKAH 2. Jumlah dapat ditentukan tempoh iddah agar tidak terlupa
dengan lebih baik selepas atau kehilangan apa-apa
tempoh iddah tamat. dikemukakan.
3. Tidak lupa.
10
PENILAIAN DAN TEMPOH MASA PERINTAH UNTUK NAFKAH

11

KUASA MAHKAMAH UNTUK MENGUBAH PERINTAH ATAU
PERJANJIAN NAFKAH

12
SYARAT TALAK RAJIE TALAK BAIN TALAK BAIN
BAGI (HAMIL) (TIDAK HAMIL)
Riwayat Ahmad dan
SEORANG An-Nasa’i:- Riwayat Ahmad dan
Surah At-Talaq: 6
ISTERI “Hanya nafkah dan
Muslim:-
“Kalau mereka itu
BERHAK tempat kediaman untuk hamil, maka berilah “Tidak ada hak untuknya
MENDAPAT perempuan yang boleh
dirujuk oleh suaminya”
nafkah kepada bagi tempat kediaman
dan nafkah”
mereka hingga
KAN mereka melahirkan Hanafi berpendapat
Isteri yang diceraikan
NAFKAH dengan talak rajie
anaknya”
berbeza mengikut
IDDAH wajib beriddah untuk kepada:-
mengambil masa bagi Surah At-Talaq:6
memikirkan keperitan
“Berikanlah mereka itu
perceraian tempat kediaman
sebagaimana tempat
kediaman kamu dari
kekayaan kamu” 13
SYARAT KEMATIAN SUAMI ISTERI NUSYUZ Hjh Nikmah by PDLR Hj
BAGI (HAMIL) Abu Bakar v Hj
Kitab Kifayah
SEORANG Al-Akhyar Juz 29:
Mohammad Satri bin
Riwayat Darul-Qutni:-
ISTERI Halaman 48:-
Hj Omar [2010] 1 SHLR
“Sabda Rasulullah SAW:
BERHAK Tidaklah mendapat “Apabila
60
seseorang
MENDAPAT nafkah bagi perempuan isteri nusyuz maka “Kewajipan nafkah isteri
atau bekas isteri yang
hamil yang kematian gugurlah hak isteri
KAN suami” untuk menerima dihukumkan menjalani
NAFKAH Isteri yang dalam nafkah, pakaian dan iddah kerana ditalaq oleh
suaminya adalah
IDDAH iddah kerana
giliran”
sepenuhnya ditanggung
kematian suami tidak atau ianya diwajibkan ke
berhak mendapat atas suami, dan suami
yang telah mentalaq
nafkah iddah
isterinya itu selama tiada
meskipun dalam berlaku nusyuz di pihak
keadaan hamil isteri”
14
SYARIFAH SAPOYAH LWN. WAN
ALWI {1988 Jld. VI-II J.J.)
“Menurut Hukum Syarak seseorang isteri yang
telah diceraikan oleh suaminya berhak
mendapat nafkah iddahnya sekiranya
seseorang isteri itu diceraikan dengan talak
rajie atau dengan talak bain sedangkan si isteri
mengandung dan isteri tersebut tidak
melakukan perbuatan yang dianggap nusyuz.
Dalilnya ialah:-
“Dari Fatimah binti Qais bahawa Rasullullah
saw menyatakan hanya perempuan yang
berhak mengambil nafkah dan rumah
kediaman bekas suaminya apabila suami
berhak rujuk kepadanya”
-Riwayat Ahmad dan An-Nasa’i
15
MUT’AH

16
BAHASA:
al-mata’, benda yang boleh dimanfaatkan
MUT’AH
ISTILAH:
- harta yang wajib suami serahkan kepada isteri yang telah
berpisah dengannya sama ada dengan talak atau
perpisahan
- sejumlah harta di mana suami wajib memberi kepada
bekas isterinya yang pernah disetubuhi, perceraian itu
bukan berpunca dari isteri dan bukan kematian suami.
SEKSYEN 2 EUUKIS:
bayaran sagu hati yang diberi dari segi Hukum Syarak kepada
isteri yang diceraikan
17
Al Baqarah 2:241
“Kepada wanita-wanita yang diceraikan (hendaklah diberikan
DALIL-DALIL oleh suaminya) Mutaah menurut yang ma’aruf sebagai suatu
kewajiban bagi orang-orang yang bertaqwa”
Al Baqarah 2:236
“Tidaklah kamu bersalah jika kamu menceraikan isteri-isteri
kamu sebelum kamu bercampur dengan mereka atau sebelum
kamu menetapkan mas kahwin untuk mereka. Walaupun
demikian, hendaklah kamu memberi Mutaah (pemberian
saguhati) kepada mereka iaitu suami yang senang menurut
kemampuannya dan suami yang miskin menurut
kemampuannya sebagai pemberian saguhati menurut yang
patut lagi menjadi satu kewajiban atas orang-orang yang
mahu berbuat kebajikan”. 18
Al-Ahzab 33:28
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: “Jika kamu
DALIL-DALIL sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya
maka marilah supaya kuberikannya kepadamu mut’ah dan
aku ceraikanmu dengan cara yang baik”
Al-Ahzab 33:49
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu
berkahwin dengan perempuan-perempuan yang beriman
kemudian kamu ceraikan mereka sebelum
menyentuhnya, maka tiadalah kamu berhak terhadap
mereka mengenai sebarang iddah yang kamu boleh
hitungkan masanya. Oleh itu, berilah Mutaah (pemberian
saguhati) kepada mereka dan lepaskan mereka dengan
cara yang sebaik baiknya”. 19
“ ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
(NEGERI SELANGOR) 2003
Seksyen 58. Mut’ah atau pemberian saguhati kepada
perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut
Selain daripada haknya untuk memohon nafkah, seseorang
perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh
suaminya boleh memohon mut’ah atau pemberian saguhati
kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar
pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan
itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan
suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut
mengikut Hukum Syarak. 20
“Tanpa sebab”:
Sapiee bin Muda lwn Adnan Hawa bt Mohamad (1436H/Mac 2015) JH 40(1) 125.
syarat kelayakan seorang isteri bagi menuntut mut’ah:
▫ Penceraian dengan kematian suami (tidak wajib)
▫ Penceraian berpunca daripada suami (wajib)
▫ Talaq
▫ Li’an
▫ Suami murtad
▫ Fasakh nikah disebabkan aib suami sebelum akad nikah
▫ Penceraian berpunca daripada isteri semata-mata (tidak wajib)
▫ Isteri murtad
▫ Isteri memeluk Islam
▫ Fasakh nikah kerana aib isteri
▫ Isteri memfasakhkan nikah kerana suami papa
▫ Isteri memfasakhkan nikah kerana suami mati pucuk
21
KADAR
MUT’AH
● berbentuk pakaian, barang-barang atau wang
sesuai dengan keadaan dan kedudukan suami.
● Islam tidak menetapkan kadar mengenai
Mutaah ini. Dasar penetapannya bergantung
kepada keredhaan dan persetujuan suami
isteri.
● Walau bagaimanapun, jika kadarnya menjadi
pertelingkahan suami isteri, maka Mahkamah
Syariah akan memutuskan kadar yang patut
berdasarkan kemampuan suami
22
TUJUAN
MUT’AH
1. Modal untuk berdikari dan memulakan hidup
baharu
2. Meringankan beban bekas isteri yang
ditinggalkan oleh bekas suami
3. Mengelakkan prasangka buruk masyarakat
bahawa perceraian itu disebabkan oleh
keburukan isteri
4. Penghargaan daripada suami atas peranan
dan sumbangan isteri

23
Tengku Anum Zaharah lwn Dato Dr. Hussein (1980, Jld.3 J.H.)
- Isteri yang dicerai menuntut mut’ah
- Peguam merujuk kepada kes Hasan bin Ali bin Abi Talib yang
mana semasa beliau menjadi khalifah telah menceraikan
isterinya dan memberi 10,000 dinar sebagai Mut’ah. Pihak-pihak
merupakan kerabat diraja dan daripada golongan berada.
- Mahkamah mendapati perceraian disebabkan suami dan tidak
dibuktikan isteri nusyuz
- Mahkamah merujuk kepada Surah Al-Ahzab ayat 49 dan
memutuskan jumlah mut’ah sebanyak RM25,200.00 terhadap
isteri.
-
- 24
Tengku Puteri Zainah v Dato’ Sri Mohd Najib (1998) 12 JH 1
- Perayu menuntut RM5,000,000.00 sebagai bayaran mutaah
walaupun Responden telah menawarkan sejumlah RM36,000.00
sebagai bayaran mutaah.
- Perayu telah meminta Responden menyenaraikan harta alih dan
harta tak alih bagi tujuan pengiraan mutaah.
- permohonan Perayu telah ditolak oleh Mahkamah kerana
bertentangan dengan tujuan mutaah itu sendiri.
- Untuk tujuan tersebut Mahkamah meletakkan prinsip pengiraan
mutaah hendaklah mengikut kemampuan bekas suami dan
kedudukan bekas isteri

25
SURAIYA BT M SHAFIE v ABD SHUKOR BIN MOHD HASHIM 27 (2009) 2 JH 259
- Plaintif dan Defendan telah berkahwin pada 11.07.1991 dan
memperolehi 4 orang anak. Setelah berkahwin selama 15 tahun
mereka bercerai pada 20.12.2006.
- Plaintif: Pakar Mata di Hospital Pakar Seremban, Defendan: Pakar
Tulang
- Plaintif telah menuntut Defendan membayar mutaah sebanyak
RM500,000.00.
- Defendan tidak menafikan hak mutaah tersebut tetapi tidak
bersetuju dengan jumlah yang dituntut oleh Plaintif
- Mahkamah mengambil kira faktor pendapatan pihak-pihak, tempoh
perkahwinan dan faktor kemampuan suami, memutuskan mut’ah
dibayar sebanyak RM70,000.00
26
HARTA
SEPENCARIAN
27
Secara dasarnya tiada pengkhususan pembahagian harta
sepencarian, lebih kepada adat melayu
DALIL-DALIL Pandangan ulama’:

- “Mata’ al-Bayt” iaitu perkakasan rumah


- “Mal al-Zawjayn” yang bermaksud harta suami isteri.
Surah An Nisa 4:32
“Orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka
usahakan dan orang perempuan pula ada bahagian dari
apa yang mereka usahakan”.
- konsep uruf (adat) dan maslahah setempat, diperakui
baik dan sesuai oleh undang-undang kedudukannya,
maka ia akan menjadi peraturan yang perlu dipatuhi
28
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM


(NEGERI SELANGOR 2003)
Seksyen 2: “harta sepencarian”
- harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri
semasa perkahwinan berkuat kuasa mengikut
syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum
Syarak
termasuklah wang ringgit, harta alih, harta tak alih
atau apa-apa aset yang dihasilkan atas perkongsian
bersama dalam tempoh perkahwinan

29
Nor Bee lwn Ahmad Shanusi (1978, Jld. 1, 2 J.H.)

“Harta sepencarian diluluskan oleh Syarak atas dasar khidmat dan


perkongsian hidup. Isteri mengurus dan mengawal rumahtangga
ketika suami keluar mencari nafkah. Isteri menurut Syarak berhak
mendapat orang gaji dalam menguruskan rumahtangga. Jika tiada
orang gaji maka kerja memasak, membasuh dan mengurus rumah
hendaklah dianggap sebagai sebahagian dari kerja yang
mengurangkan tanggungan suami”
- Mahkamah memutuskan isteri yang tidak bekerja layak menuntut
harta sepencarian

30
Seksyen 122: Kuasa Mahkamah memerintah
pembahagian harta sepencarian

“ (1) Mahkamah adalah mempunyai kuasa apabila


membenarkan lafaz talaq atau apabila membuat suatu
perintah perceraian untuk memerintah supaya apa-apa
aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa
perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi
antara mereka atau supaya mana-mana aset yang
diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan
dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka
atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan
itu dibahagi antara pihak-pihak itu.

31
Sumbangan secara langsung
- Berbentuk kewangan
Terbahagi
kepada 2: S122 (2) Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1),
Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang—
(a) takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap
satu pihak dalam bentuk wang, harta, atau kerja bagi
memperolehi aset-aset itu;
(b) apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang
telah dilakukan bagi manfaat bersama mereka;
(c) keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari
perkahwinan itu, jika ada, dan, tertakluk kepada
pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah hendaklah
membuat pembahagian yang sama banyak.
32
Sumbangan secara tidak langsung
- usaha yang disumbangkan adalah kecil berbanding
dengan hasil atau manfaat sumbangan itu yang
menghasilkan sesuatu harta yang besar.
- berbentuk perhatian dalam rumahtangga seperti
menjaga kebajikan keluarga, memelihara
rumahtangga serta menjaga keperluan keluarga
termasuk anak-anak.
- Cth: kes Tengku Anum Zaharah v Dato Dr. Hussein
(1980, Jld.3 J.H.): isteri yang berketurunan
berpengaruh secara tidak langsung membantu
kedudukan suami dalam masyarakat dan
membantu perniagaan.
33
(3) Mahkamah adalah mempunyai kuasa, apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila
membuat perintah perceraian, memerintah supaya apa-apa aset yang diperolehi dalam
masa perkahwinan dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu dibahagi
antara mereka atau supaya aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara mereka
atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak
itu.
(4) Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (3), Mahkamah hendaklah
memberi perhatian kepada—
(a) takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh pihak yang tidak memperolehi
aset itu, kepada kebajikan keluarga dengan memelihara rumahtangga atau menjaga
keluarga;
(b) keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada,
dan tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah boleh membahagikan
aset-aset itu atau hasil jualan itu mengikut apa-apa kadar yang difikirkannya
munasabah, tetapi, walau bagaimana pun, pihak yang telah memperoleh aset-aset itu
dengan usahanya hendaklah menerima suatu kadar yang lebih besar.
34
(5) Bagi maksud seksyen ini, rujukan-rujukan
mengenai aset yang diperoleh dalam masa
perkahwinan termasuklah aset-aset yang dipunyai
oleh satu pihak sebelum perkahwinan itu yang
telah dimajukan pada sebahagian besarnya dalam
masa perkahwinan itu oleh pihak yang satu lagi itu
atau dengan usaha bersama mereka.

35
Tuntutan selepas perceraian
- Seksyen 122
JENIS Tuntutan semasa perkahwinan
TUNTUTAN - Seksyen 23(10)(b) isteri boleh memohon perintah daripada
mahkamah supaya diadakan terlebih dahulu pembahagian
harta sepencarian sebelum permohonan poligami disahkan
Tuntutan selepas kematian
- Tiada peruntukan khusus, fatwa negeri memperuntukkan
pengisytiharan boleh dibuat sebelum pembahagian harta
pusaka
Tuntutan jika murtad
- Seksyen 119(11) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri
Sembilan 2003: sebelum Mahkamah mengesahkan keluar
agama, satu perintah untuk membahagikan harta
sepencarian hendaklah dilaksanakan. 36
KAEDAH PENYELESAIAN
1. Sulh
a. cara berdamai samada melalui pengakuan dan penyerahan hak pemilikan
kepada satu pihak lagi atau nilai harta yang dipersetujui dibahagi mengikut
persetujuan
b. Dibuat di luar mahkamah atau dihadapan pegawai sulh
c. Perintah dikeluarkan
2. Persetujuan pihak-pihak ketika perbicaraan
a. Hakim memberi peluang untuk mencapai persetujuan bersama
b. Perintah dikeluarkan
3. Keputusan daripada mahkamah
a. Jika pihak-pihak tidak dapat mencapai persetujuan, hakim mahkamah akan
memutuskan
4. Bayaran balik
5. Jualan
6. Bahagi dua 37
1. butiran peribadi pihak-pihak
11. Sejarah pekerjaan setiap pihak
2. tarikh pernikahan
12. Sejarah kedudukan kewangan,
PERKARA 3. butiran anak-anak sebelum dan semasa pernikahan

YANG 4. tarikh & tempat berlaku perceraian 13. Sumber-sumber yang menjadi

DIPERTIMB 5. butiran harta-harta yang diperolehi harta-harta diperolehi


semasa dalam tempoh perkahwinan
ANGKAN sehingga bercerai
14. Amanah

OLEH 6. harta yang diperolehi sebelum


15. Kesihatan (kemampuan)

MAHKAMA perkahwinan tetapi di majukan di


16. Harta yang diberi sebagai tanda

H dalam tempoh perkahwinan


kasih sayang
17. Fakta mengenai ketenangan jiwa
7. asset-asset perhiasan, gelang emas
yang diberi oleh isteri kepada suami
dll
cth menjaga anak2
8. tempat tinggal utama (rumah
18. Jumlah tuntutan
kelamin)
19. Cara tuntutan diselesaikan (dijual,
9. Orang gaji
pindah milik, tukar milik).
10. Butir-butir harta yang diperolehi
bagi setiap pasangan (tarikh etc) 38
ZALINA MOHAMAD lwn. MOHD SUFIAN BAKAR 2017 (MTSKT)
- Mahkamah dapati Plaintif sendiri mengakui bahawa seutas gelang pintal yang didakwa
bernilai 10 amas dan seutas rantai tangan anak perempuan pertama yang didakwa
bernilai 6 amas adalah pemberian oleh ibu mertua. Oleh yang demikian, tuntutan ke atas
aset-aset ini sebagai harta sepencarian adalah tidak menepati takrif harta sepencarian
sebagaimana peruntukkan Seksyen 2 Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga
Islam (Terengganu) 1985 yang dibaca bersama Seksyen 57 Enakmen yang sama kerana aset
tersebut bukanlah harta yang diperolehi oleh Plaintif dan Defendan semasa perkahwinan
berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syarak dengan usaha
bersama Plaintif dan Defendan. Begitu juga tuntutan Plaintif ke atas aset-aset seperti
pemotong papan rumah yang didakwa bernilai RM400, enjin penyembur cat yang didakwa
bernilai RM500 dan barangan elektrik yang didakwa bernilai RM2000, Mahkamah
berpendapat Plaintif gagal mengemukakan bukti secara dokumentar iaitu resit pembelian
atau apa-apa bukti berhubung fakta keterangan yang boleh membuktikan bahawa
asset-aset tersebut diperolehi dalam tempoh perkahwinan antara Plaintif dan Defendan.
- Tanah, rumah batu dibahagikan, tanah P: ½ D:½, rumah P1/3, D:2/3
39
HADHANAH
(HAK JAGAAN ANAK)
40
- Hak jagaan anak sama ada anak lelaki atau
perempuan yang masih kecil yang belum boleh
TAKRIF DAN berdikari dan belum berupaya menguruskan diri
DALIL
sendiri
“Bahawasanya seseorang perempuan telah datang
menemui Rasulullah saw dan bertanya: “Ya Rasulullah,
bahawa anakku ini, perutkulah kandungannya,
susukulah minumannya dan ribaanku rumahnya tetapi
bapanya telah menceraikan aku dan hendak merampas
anak itu daripada aku”. Selepas mendengar aduan itu
Rasulullah saw bersabda,“Engkaulah yang lebih berhak
menjaga anak itu selagi engkau belum berkahwin lain”.
(Riwayat Abu Daud) 41
- Menurut hadis: orang yang berhak menjaga anak ialah ibu.
SEKSYEN 82 EUUKINS:
(1) Tertakluk kepada seksyen 83, ibu adalah yang paling berhak dari segala
orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam
perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.
(2) Jika Mahkamah berpendapat bahawa ibu adalah hilang kelayakan di bawah
Hukum Syarak dari mempunyai hak terhadap hadhanah atau penjagaan
anaknya, maka hak itu hendaklah berpindah kepada salah seorang yang berikut
mengikut susunan keutamaan yang berikut
(3) Tiada seseorang lelaki berhak terhadap penjagaan seseorang kanak-kanak
perempuan melainkan lelaki itu adalah seorang muhrim, iaitu, dia mempunyai
pertalian dengan kanak-kanak perempuan itu dalam mana dia dilarang
berkahwin dengannya
42
nenek nenek kakak atau kakak atau
sebelah ibu sebelah bapa adik adik
bapa
hingga ke hingga ke perempuan perempuan
atas; atas seibu sebapa seibu

kakak atau
adik
Syarat: penjagaan orang demikian perempuan
tidak menjejaskan kebajikan sebapa
kanak-kanak itu.
anak
perempuan dari
kakak atau adik
waris lelaki perempuan
yang boleh anak seibu sebapa
anak
menjadi perempuan
emak emak perempuan dari
warisnya dari kakak
saudara saudara kakak atau adik
sebagai atau adik
sebelah sebelah perempuan
‘asabah atau perempuan
bapa ibu seibu
residuari sebapa
43
(4) Tertakluk kepada seksyen 83 dan 85, jika ada
beberapa orang dari keturunan atau peringkat yang
sama, kesemuanya sama berkelayakan dan bersetuju
menjaga kanak-kanak itu, penjagaan hendaklah
diamanahkan kepada orang yang mempunyai sifat-sifat
paling mulia yang menunjukkan perasaan paling kasih
sayang kepada kanak-kanak itu, dan jika kesemuanya
sama mempunyai sifat-sifat kemuliaan, maka yang
tertua antara mereka adalah berhak mendapat
keutamaan

44
SEKSYEN (a) Islam;
83: (b) sempurna akal;
KELAYAKAN (c) berumur yang melayakkan dia memberi kepada
kanak-kanak itu jagaan dan kasih sayang yang mungkin
diperlukan oleh kanak-kanak itu;
(d) berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah; dan
(e) tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin
menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi akhlak atau
jasmani.

45
(a) jika perempuan itu berkahwin dengan seseorang yang tidak
mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu yang orang itu dilarang
SEKSYEN berkahwin dengan kanak-kanak itu (bukan mahram kanak2 itu), jika
84: HILANG penjagaannya dalam hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan
HAK kanak-kanak itu tetapi haknya untuk penjagaan akan kembali semula
jika perkahwinan itu dibubarkan;
PENJAGAAN
(b) jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan
terbuka;
(c) jika perempuan itu menukar pemastautinannya dengan tujuan
untuk mencegah bapa kanak-kanak itu dari menjalankan pengawasan
yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa seseorang isteri
yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir isteri
itu;
(d) jika perempuan itu murtad;
(e) jika perempuan itu mencuaikan atau menganiaya kanak-kanak itu
46
(1) Sehingga 7 tahun bagi lelaki, 9 tahun bagi perempuan.
Mahkamah boleh membenarkan, atas permohonan,
SEKSYEN 85: sehingga 9 tahun bagi lelaki, dan 11 tahun bagi perempuan.
TEMPOH (2) Setelah tamatnya hak hadinah, penjagaan adalah turun
PENJAGAAN kepada bapa, dan jika kanak-kanak itu telah mencapai
umur kecerdikan (mumaiyiz), maka kanak-kanak itu adalah
berhak memilih untuk tinggal dengan sama ada ibu atau
bapanya, melainkan jika Mahkamah memerintahkan
selainnya.

SEKSYEN Semata-mata pada ibu dan saudara mara ibu


86: ANAK2
TAK SAH
TARAF
47
(1): Mahkamah boleh pada bila-bila masa dengan
perintah memilih untuk meletakkan seseorang
SEKSYEN 87: kanak-kanak dalam jagaan orang yang disebut dalam
KUASA
seksyen 83, atau, jika ada hal keadaan yang luar biasa
MAHKAMA
H yang tidak diingini, Mahkamah boleh dengan perintah
meletakkan kanak-kanak itu dalam jagaan
mana-mana orang lain atau mana-mana persatuan
kebajikan kanak2
(2): pertimbangan utama: kebajikan kanak-kanak dan
(a) kemahuan-kemahuan ibu bapa kanak-kanak itu;
dan (b) kemahuan-kemahuan kanak-kanak itu, jika dia
telah meningkat umur dapat menyatakan sesuatu
pendapatnya sendiri.
48
(3) Adalah menjadi suatu anggapan yang boleh dipatahkan bahawa seorang kanak-kanak
yang masih kecil harus berada bersama ibunya untuk kebaikannya sendiri, tetapi pada
memutuskan sama ada anggapan itu dipakai bagi fakta-fakta sesuatu kes tertentu,
Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada tidak baiknya mengacau kehidupan
seseorang kanak-kanak dengan bertukar-tukarnya jagaan.
- Maksudnya, sekiranya kanak2 tersebut dijaga oleh orang lain selain ibunya dari kecil,
maka anggapan bahawa kanak2 itu harus bersama ibunya tidak dipakai kerana kanak2
itu lebih selesa dan lebih sesuai bersama dengan orang yang telah menjaganya sedari
kecil cth: nenek
(4) Jika ada dua orang atau lebih kanak-kanak dari sesuatu perkahwinan, Mahkamah
tidaklah terikat meletakkan kedua-dua atau kesemuanya dalam jagaan orang yang sama
tetapi hendaklah menimbangkan kebajikan tiap-tiap seorangnya secara berasingan.
(5) Mahkamah boleh, jika perlu, membuat perintah interim untuk menempatkan
kanak-kanak itu dalam penjagaan mana-mana orang atau institusi atau persatuan dan
perintah itu hendaklah serta merta dikuatkuasakan dan terus dikuatkuasakan sehingga
Mahkamah membuat perintah bagi penjagaan itu.

49
(1) Sesuatu perintah jagaan boleh dibuat tertakluk kepada apa-apa syarat
yang difikirkan oleh Mahkamah patut dikenakan. Perintah itu juga memberi
hak kepada orang yang diberi jagaan untuk memutuskan soal pendidikan
SEKSYEN dan pelajaran kanak2 tersebut, tertakluk kepada syarat2 yang ditetapkan
88: oleh Mahkamah jika ada
PERINTAH (2) perintah jagaan boleh—
TERTAKLUK (a) mengandungi syarat-syarat tentang tempat tinggal kanak-kanak dan
PADA pembelajaran
SYARAT-SY (b) mengadakan peruntukan bagi kanak-kanak itu berada dalam
pemeliharaan dan kawalan orang lain buat sementara waktu;
ARAT
(c) mengadakan peruntukan bagi kanak-kanak itu melawat ibu atau bapa
yang tidak diberi jagaan atau keluarga ibu dan bapa(jika meninggal) atau
tidak diberi jagaan pada masa-masa dan bagi apa-apa tempoh;
(d) memberi ibu atau bapa yang tidak diberi jagaan atau seseorang dari
keluarga ibu atau bapa yang telah mati atau tidak diberi jagaan hak untuk
berjumpa dengan kanak-kanak; atau
(e) melarang orang yang diberi jagaan itu daripada membawa kanak-kanak
itu keluar dari Malaysia. 50
Rozita binti Mohd v Tengku Rohaizak Bin Tengku Rakmal
- Plaintif menuntut hak jagaan untuk 3 orang anaknya
- Plaintif claim: menjaga anak‐anak selepas perceraian berlaku dan semasa mereka
masih berumahtangga, Plaintif yang menjaga keperluan dan pendidikan anak‐anak.
Defendan bekerja di Selangor dan tidak akan mampu menjaga anak‐anak
- Mahkamah memutuskan ketiga-tiga anak tersebut masih di bawah umur dan di
peringkat umur belum mumayyiz serta masih lagi memerlukan kepada hadhanah
- S80 (1) Enakmen Undang‐Undang Pentadbiran Keluarga Islam Terengganu 1985: (1)
Tertakluk kepada seksyen 81, ibu adalah yang paling berhak dari segala orang bagi
menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga
selepas perkahwinannya dibubarkan.
- Berdasarkan faktor maslahah dan kebajikan anak-anak tersebut, mahkamah
memutuskan plaintif memenuhi syarat haadinah dan tidak hilang kelayakan
- Sulh, syarat2: D hak bermalam 2 kali sebulan, hak bermalam ketika cuti penggal
persekolahan sebanyak satu perdua (1/2) daripada jumlah cuti tersebut, hak
membawa keluar dan melawat anak2, hak mengambil anak2 ketika waktu
kematian, keraian atau kecemasan 51
NAFKAH ANAK

52
NAFKAH ANAK
▫ Suatu nafkah yang wajib ke atas seseorang bagi
menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada
dalam jagaannya atau dalam jagaan orang lain.
▫ Nafkah ini termasuk makanan, pakaian, tempat tinggal,
pendidikan dan perubatan mengikut kemampuan.
▫ Seorang bapa wajib menanggung nafkah anaknya dan
sekiranya tiada bapa, maka tanggungan akan berpindah
mengikut susunan tertib wali. (Seksyen 73 Enakmen
Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003)

53
● Dalam Islam hak
mendapat
kehidupan bagi si Dari sebuah hadith yang diterangkan
anak merupakan oleh Aisyah r.a. bahawa Rasulullah saw
“Kalau mereka itu (bekas isterimu)
hak anak yang bersabda:
menyusukan anakmu maka berilah
tidak boleh upah mereka” “Hindun pernah bertanya: “Ya
diganggu dan Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufian
- Surah At-Talaq: 6
disekat. (suami Hindun) seorang lelaki yang
● Oleh sebab itu, hak “Janganlah seseorang itu menderita sangat bakhil. Ia tidak pernah memberi
hidup itu juga kesengsaraan kerana anaknya dan belanja kepadaku yang dapat mencukupi
bererti menjadi seorang bapa kerana anaknya dan diriku dan anakku kecuali apa yang aku
kewajipan orang waris pun berkewajiban demikian”. ambil dari hartanya itu, sedangkan ia
tua memelihara - Surah Al-Baqarah: 233 tidak mengetahuinya”. Kemudian
dan memberi Rasulullah saw menjawab: “Ambillah apa
bekal ilmu kepada yang sekiranya boleh mencukupi dirimu
anak sehingga dan anakmu dengan cara yang makruf ”.
anak itu boleh -Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
berdikari.
54
SYARAT WAJIB BAPA MEMBERI NAFKAH
PENDAPAT FUQAHA’:- MASIH BELUM MISKIN BERKEMAMPUAN
● Apabila seorang anak
BERDIKARI ▫ Anak tersebut ▫ Bapa tersebut
tersebut telah baligh ▫ Anak tersebut masih miskin dan tidak mampu memberi
dan boleh berdikari mempunyai harta nafkah.
belum berdikari.
maka bapa tidak wajib
Masih belum sendiri.
lagi memberi nafkah ▫
untuk anak tersebut. berkahwin sekiranya
● Sekiranya anak perempuan.
tersebut mempunyai
harta sendiri maka ▫ Masih belum
bapa tidak wajib mendapat pekerjaan.
memberikan nafkah ▫ Di Malaysia, sekiranya
sungguhpun masih anak masih belum
kecil. mencapai 18 tahun
(Boleh dilanjutkan
Mahkamah).
(Seksyen 80 Enakmen
Undang-Undang
Keluarga Islam Negeri
Selangor 2003) 55
KUASA MAHKAMAH MEMERINTAHKAN SERTA MENGUBAH
PERJANJIAN/ PERINTAH NAFKAH ANAK

56
HAK NAFKAH ANAK ANGKAT
Persoalan yang timbul ialah kedudukan nafkah anak angkat jika sepasang ibu bapa
angkat tersebut bercerai.

Yang Arif Pemangku Kadi Besar Wilayah Persekutuan Haji Yahya bin Darus (pada masa
itu) ketika memutuskan kes Rokiah lwn Mohamed Idris (1986, Jld. VI, 2 J.H.)
menyatakan anak angkat tidak berhak mendapat nafkah dengan alasan firman Allah
swt:

“Panggillah nama-nama mereka, anak-anak angkat itu dengan panggilan bapa-bapa


mereka itu adalah lebih baik di sisi Allah”.

(Surah Al-Ahzab : 5)

Dengan bertukar binnya itu bererti tidak tertanggunglah ke atas bapa angkat nafkah
itu.

Walau bagaimanpun dalam kes Rosnah lwn Ibrahim (1979, Jld. 1, 2 J.H.) Yang Arif Kadi
Besar Pulau Pinang Hj. Harussani bin Hj Zakaria (pada masa itu) ketika memutuskan
kes itu menyatakan anak angkat berhak mendapat nafkah daripada bapa angkatnya
selepas perceraian ibu bapa angkat itu kerana anak angkat itu diambil dengan
persetujuan ibu bapa angkat itu. Anak angkat itu diambil ketika berumur satu hari. 57
HAK NAFKAH ANAK DI BAWAH ENAKMEN
UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
NEGERI SELANGOR 2003

58
HAK NAFKAH ANAK TIDAK
SAHTARAF
Mahkamah boleh memerintahkan perempuan yang
melahirkan anak tersebut (kecuali bagi kes rogol)
untuk memberikan nafkah kepada anak perintah
bermula daripada tarikh ibu tersebut gagal berbuat
sedemikian.
(Seksyen 81 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
Negeri Selangor 2003)

59
TUNGGAKAN
NAFKAH
60
Tunggakan nafkah ialah nafkah
yang tidak ditunaikan oleh suami
kepada isterinya dalam tempoh
perkahwinan lalu menjadi
hutang ke atas suaminya dan
adalah wajib untuk dibayar.

Seorang isteri boleh membuat


tuntutan terhadap bekas suami
sekiranya didapati bekas suami
tidak membayar mas kahwin,
memberi saraan hidup ketika
dalam tempoh perkahwinan,
tunggakan nafkah anak dan
sebagainya.
61
‫ َﻓﺈِنْ ﻓَﺿَ َل‬، َ‫ َﻓﺈِنْ ﻓَﺿَ َل ﻋَ نْ أَھْ ﻠِكَ ﺷَﻲْ ٌء َﻓﻠِذِي ﻗَرَ ا َﺑﺗِك‬، َ‫ َﻓﺈِنْ ﻓَﺿَ َل ﺷَﻲْ ٌء ﻓ َِﻸَھْ ﻠِك‬، ‫اﺑْدَ ْأ ِﺑ َﻧﻔْﺳِ كَ َﻓﺗَﺻَ دﱠقْ ﻋَ َﻠ ْﯾﮭَﺎ‬
‫ﻋَ نْ ذِي ﻗَرَ ا َﺑﺗِكَ ﺷَﻲْ ٌء َﻓ َﮭﻛَذَ ا َو َھﻛَذَ ا‬
Maksudnya: “Mulakan nafaqah dengan dirimu. Jika berbaki, berikanlah kepada ahli
keluargamu. Jika masih berbaki, berikanlah kepada saudara-maramu yang terdekat dan
jika masih berbaki lagi, berikanlah kepada mereka dan seterusnya.”

Riwayat al-Bukhari (6763) dan Riwayat Muslim (997)

Imam al-Syaukani menyebut: Nafkah kepada keluarga tetap wajib meskipun ketua
keluarga jatuh miskin. Ijma’ ulama’ turut sepakat mewajibkan nafkah terhadap isteri dan
anak-anak

Nail al-Autar, (6/381)

62
Jumhur fuqaha mazhab kecuali fuqaha Hanafi berpendapat bahawa:-

NAFKAH ANAK NAFKAH ISTERI

GUGUR SEKIRANYA TELAH DIPENUHI TETAP MENJADI HUTANG WALAUPUN SUDAH


KEPERLUAN ANAK PADA TEMPOH MASA LALU BERLALU TEMPOH MASA

‫َﺎﻻ ﻓَﮭُ َﻮ ﻟِ َﻮ َرﺛَﺘِ ِﮫ‬


ً ‫كﻣ‬
َ ‫ َوﻣَﻦْ ﺗَ َﺮ‬،ُ‫ﻲ ﻗَﻀَﺎ ُؤه‬
‫ ﻓَﻤَﻦْ ﺗُ ُﻮﻓﱢ َﻲ َو َﻋﻠَ ْﯿ ِﮫ َدﯾْﻦٌ ﻓَ َﻌﻠَ ﱠ‬،ْ‫أَﻧَﺎ أَوْ ﻟَﻰ ﺑِﺎ ْﻟﻤُﺆْ ِﻣﻨِﯿﻦَ ﻣِﻦْ أَ ْﻧﻔُﺴِ ِﮭﻢ‬
Maksudnya: “Aku adalah lebih penting bagi orang-orang Mukmin daripada diri mereka
sendiri. Sesiapa yang meninggal dunia sedangkan masih berhutang dan tidak dapat
diselesaikan, maka kami akan melunaskannya. Sesiapa yang meninggalkan harta maka
serahkan kepada warisnya”.
Riwayat al-Bukhari (2298), Riwayat Muslim (1619)

Berdasarkan hadith di atas, apabila meninggalnya seseorang, maka harta peninggalannya


mestilah diagihkan kepada para waris mengikut faraid setelah diselesaikan terlebih dahulu
kewajipan-kewajipan harta pusaka iaitu pengurusan jenazah, menyelesaikan hutang-hutangnya
dan melunaskan wasiatnya.
63
SEKSYEN 70 1. Tunggakan nafkah boleh 5. Yang dihutang berhak
ENAKMEN dituntut sebagai suatu hutang untuk menuntut hutang
dari pihak yang mungkir. oleh wakil diri di sisi
UNDANG-UN 2. Tuntutan ini hendaklah dibayar undang-undang orang
DANG sebelum suatu perintah yang berhutang itu.
KELUARGA penerimaan dibuat.
ISLAM 3. Tunggakan boleh dibuktikan
NEGERI dalam kebankrapannya dan jika
SELANGOR terkumpul hendaklah dibayar
2003 sebelum mati.
4. Sekiranya yang berhutang mati,
hendaklah dibayar oleh harta
pusakanya.

64
Plaintif (P) dan Defendan (D) telah
bernikah pada 25 Februari 2008 di Majlis
Agama Islam Wilayah Songkla, Thailand
dan telah didaftarkan di Pejabat Agama
Rita Rudaini Islam Wilayah Persekutuan. Pada 4 Ogos KEPUTUSAN MAHKAMAH:-
Binti 2013, D telah melafazkan cerai melalui SMS
Mahkamah meluluskan tuntutan
Mohamad @ kepada P dan telah disahkan di Mahkamah
tunggakan nafkah Plaintif
Rendah Syariah Seremban, Negeri
Mokhtar Sembilan pada 5 September 2013. Ketika
berdasarkan seksyen 70 Enakmen
Undang-Undang Keluarga Islam
lwn. perceraian disahkan, tiada perintah
(Negeri Selangor) 2003.
Mohamad berkaitan dengan tunggakan nafkah isteri
Mahkamah memerintah bahawa
direkodkan.
Aidil Zafuan nafkah Plaintif yang telah
Pada 16 Disember 2013, P telah memfailkan
Bin Abd tuntutan tunggakan nafkah isteri untuk
tertunggak sejak Januari 2012
sehingga Ogos 2013 adalah
Radzak mendapatkan suatu perintah mengenai
berjumlah RM 68,530.00.
tunggakan nafkah isteri terhadap D
sebanyak RM 102,000.00 untuk selama
tempoh 20 bulan mulai dari Januari 2012
hingga Ogos 2013 dengan kadar sebulan
RM 5,100.00. 65
HAK TEMPAT
TINGGAL
66
HAK TEMPAT TINGGAL DI BAWAH
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA
ISLAM NEGERI SELANGOR 2003

67
HAK Hak isteri kepada tempat Bukan sahaja Seorang perempuan yang

TEMPAT
tinggal secara spesifik diperuntukkan sebagai diceraikan adalah berhak
selepas bercerai dan “ancillary rights” atau untuk tinggal di tempat

TINGGAL semasa tempoh iddah


telah diperuntukkan dalam
hak sampingan selepas
bercerai malah
tinggal yang sama semasa
berkahwin selagi mana
Enakmen Undang-Undang dimasukkan sebagai dalam tempoh iddah
Keluarga Islam Negeri hak isteri sebagai
Perbezaan antara hak nafkah
Selangor 2003 nafkah
dan hak tempat tinggal
adalah hak ini adalah
Isteri berhak untuk Tuntutan boleh dibuat terpakai sama ada
disediakan tempat tinggal isteri di Mahkamah perceraian tersebut boleh
dirujuk ataupun tidak.
yang munasabah oleh Syariah sekiranya isteri
Walaupun tidak boleh
suaminya sama ada rumah tidak disediakan
dirujuk, isteri diberi
yang disediakan itu adalah keperluan tempat perlindungan untuk
milik suaminya atau hanya tinggal sepertimana dapatkan tempat tinggal
disewa suaminya isteri tersebut berhak sebagai persediaan sebelum
68
berasingan dengan suami
HJH NIKMAH BY PDLR HJ ABU BAKAR V HJ MOHAMMAD SATRI
BIN HJ OMAR [2010] 1 SHLR 60
Mengikut hukum Syara’, apabila seorang isteri diceraikan atau ditalaq oleh suaminya sama
ada talaq rujuk atau bain, adalah wajib keduanya diberikan tempat tinggal (sukna)
sehingga ianya habis menjalani tempoh iddahnya ini adalah berdasarkan perintah Allah
swt:-
A. Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani iddahnya) itu ditempat kediaman kamu.
B. Janganlah kamu mengeluarkan mereka (isteri-isteri yang telah diceraikan dari
rumah mereka iaitu rumah suaminya (di mana mereka tinggal sebelum bercerai).
Surah at-Talaq 65:6

69
▫ Menurut Kadi Besar Pulau Pinang Hj. Zakaria (pada masa itu) ketika memutuskan kes
Noor Bee Lwn. Ahmad Shanusi (1978 Jld. 1 J.H.) menyatakan:-
“Hak nafkah iddah jika tidak dijelaskan semasa iddah maka ia menjadi hutang ke atas
suami yang menceraikan isterinya. Tetapi tempat kediaman jika tidak dituntut semasa
dalam iddah maka hak itu terluput”
(Berdasarkan pandangan kitab Kifayah Al-Akhyar Juz 2 Halaman 85)
“Jika sebahagian atau keseluruhan masa iddah telah berlalu dan isteri (yang diceraikan)
tidak menuntut hak tempat tinggal maka gugurlah hak itu dan tidak menjadi hutang ke
atas suami yang menceraikan isterinya”.
▫ Ini bermakna seseorang isteri yang diceraikan berhak mendiami tempat tinggal dan
mendapatkan nafkah dari bekas suaminya dalam tempoh iddah berdasarkan
syarat-syarat yang melayakkan seorang isteri berhak menerima iddah seperti di atas.
▫ Sekiranya tidak dituntut ia tidak akan menjadi hutang sepertimana nafkah iddah.

70
SEKIAN, TERIMA
KASIH
▫ Q&A Session

71

Anda mungkin juga menyukai