Anda di halaman 1dari 47

HAK PASANGAN SELEPAS

PENCERAIAN DAN KEMATIAN


OLEH : Puan Nor Hafizah binti Haron
Peguam Syarie
Tetuan Hafizah Haron & Associates
• 'Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu
bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan
janganlah kamu menyusahkan mereka untuk
menyempitkan mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri
yang sudah ditalak) itu sedang hamil, maka berikanlah
kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin,
kemudian jika mereka menyusu (anak-anak)mu
untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya
dan musyawarahkanlah antara kamu (segala sesuatu)
dengan baik dan jika kamu menemui kesulitan maka
perempuan lain boleh menyusukan (anak itu)
untuknya'.

( Surah at-Talak : 6 )
• Sungguhpun ikatan pernikahan telah putus
akibat jatuh talaq, Islam masih memberi ruang
kepada pasangan suami isteri untuk terus
berhubung di antara satu sama lain dengan
batas-batas pergaulan yang diharuskan oleh
Hukum Syarak.
• Matlamat ini amat murni bagi memastikan
hak-hak bekas suami isteri dan anak-anak
terus dilindungi.
Hak-hak yang boleh dituntut di Mahkamah selepas
sesuatu perceraian berlaku ialah:

• Nafkah Edah
• Mut'ah
• Harta Sepencarian
• Hak Jagaan Anak (Hadhanah)
• Nafkah Anak
• Tunggakan Nafkah
Nafkah Iddah

• Iddah dari sudut bahasa bermaksud pengiraan


yang diambil daripada perkataan (adad) yang
memberi makna bilangan kerana ia mengandungi
tempoh suci ataupun bilangan bulan.
• Dari sudut istilah fuqaha pula iddah ialah suatu
tempoh di mana perempuan menunggu bagi
mengetahui kebersihan rahimnya atau bagi
pegabdian kepada Allah S.W.T atau kerana rasa
dukacita atas suaminya, maka ia adalah
penantian itu sendiri.
• . Apabila berlaku perpisahan di antara seorang
lelaki dengan isterinya maka hubungan
perkahwinan antara isteri dengan suaminya tidak
akan terputus kesemuanya hanya dengan
berlakunya perpisahan, bahkan isterinya wajib
menahan dirinya dan tidak mengahwini orang
lain sehinggalah tamat tempoh yang telah
ditetapkan oleh syarak tadi dan disyariatkan
kerana asalnya dalam perceraian adalah talak
raj’ie (talak satu dan dua) maka semestinya
wujud peluang bagi pihak lelaki untuk rujuk
kembali kepada isterinya.
• Firman allah dalam surah Al-Baqarah 2:228

‫ات َي َت َربَّصْ َن ِبَأ ْنفُ ِس ِهنَّ َثاَل َث َة قُرُو ٍء‬ َ ‫َۚ و ْالم‬
ُ ‫ُطلَّ َق‬

• Maksudnya: Dan isteri-isteri yang diceraikan


itu hendaklah menunggu dengan menahan
diri, (dari berkahwin) selama tiga kali suci
(dari haid).
• Hukum Nafkah ‘Iddah

• Hukum Nafkah adalah wajib berdasarkan al Quran dan juga Sunnah.


Di dalam Al Quran telah dijelaskan mengenai nafkah ‘iddah
berdasarkan firman Allah Taala dalam surah al-Talak 65:6

َّ‫ض ِّيقُوا َع َلي ِْهن‬


َ ‫ضارُّ وهُنَّ لِ ُت‬ ُ ‫ۚ َأسْ ِك ُنوهُنَّ ِمنْ َحي‬
َ ‫ْث َس َك ْن ُت ْم ِمنْ وُ جْ ِد ُك ْم َواَل ُت‬

• Maksudnya:  Tempatkanlah isteri-isteri yang menjalani


‘iddahnya itu ditempat kediaman kamu sesuai dengan
kemampuan kamu, dan janganlah kamu adakan sesuatu
yang menyakiti mereka ditempat tinggal itu dan tujuan
menyusahkan kedudukan mereka supaya mereka keluar
meninggalkan tempat itu”.  
Adakah boleh bagi isteri yang beriddah untuk menghalalkan
nafkah yang tidak ditunaikan oleh suami?

• Nafkah pada asalnya sesuatu perkara yang diwajibkan ke


atas suami terhadap isteri. Akan tetapi jika si isteri
menghalalkan nafkah yang wajib diberikan suami ke atas
dirinya tidak menjadi masalah. Nafkah itu secara langsung
tidak menjadi kewajipan ke atasnya.

• Jika isteri tidak menghalalkannya maka ianya dikira sebagai


hutang menurut jumhur bahawa nafkah yang tidak
dijelaskan oleh suami akan dikira sebagai hutang sekiranya
suami enggan menunaikannya kepada isteri. Ia tidak akan
gugur kecuali dengan pembayaran atau dengan pelupusan
sebagaimana hutang-hutang yang lain.
Apa yang perlu dibuat ketika berada dalam tempoh
iddah dan ingin menuntut nafkah iddah?

• Mulakan tuntutan selepas tamat tempoh


iddah
• Kirakan tempoh iddah dengan jelas dan tepat
• Kirakan berapa keperluan anda
• Kemaskini atau sediakan dokumen dan kiraan
yang mudah difahami.
• Jangan biarkan masa berlalu terlalu lama
Mut'ah
• Mutaah ialah suatu pembayaran sagu hati
yang diberikan oleh bekas suami kepada
bekas isterinya selepas mereka bercerai sama
ada berupa wang atau pun barang.

• Sagu hati mutaah ini dikira bayaran yang wajib


apabila perceraian itu berlaku bukan
disebabkan oleh kesalahan pihak bekas isteri
Hukum Mut’ah
• Jumhur ulama menyatakan hukum asal mutaah ialah suatu
amalan yang digalakkan terhadap suami yang telah
menceraikan isterinya

• Alasan pendapat ini disandarkan kepada ayat 236 surah Al-


Baqarah yang bermaksud: “Hendaklah kamu memberikan
Mutaah (iaitu pemberian sagu hati) kepada mereka yang
diceraikan itu, iaitu suami yang senang hendaklah
memberikannya menurut kemampuan mereka dan bagi
suami yang susah menurut kemampuannya sebagai
pemberian sagu hati menurut apa yang patut dan menjadi
satu kewajipan ke atas orang yang mahu berbuat
demikian”.
• Mengikut Imam Shafie, mutaah itu wajib
diberikan kepada isteri sama ada dia
diceraikan sebelum atau selepas disetubuhi,
sudah ditentukan maharnya atau belum.

• Ia boleh diberikan dalam bentuk wang,


pakaian dan barang lain.
Apakah tujuan mutaah ?
• Mutaah bertujuan untuk meringankan sedikit beban yang
ditanggung oleh bekas isteri akibat diceraikan oleh bekas
suaminya.

(a) akan membolehkan isteri itu untuk berdikari dan


memulakan hidup baru selepas bercerai;

(b) akan mengelakkan prasangka buruk masyarakat


terhadap isteri itu bahawa perceraian adalah berpunca
daripada kesalahan isteri

(c) ia merupakan penghargaan daripada suami atas


sumbangan dan peranan isteri.
Apakah prasyarat untuk isteri memohon
mutaah di Malaysia?

• wujud perkahwinan yang sah;


• berlaku perceraian bukan berpunca daripada
isteri;
• berlaku perceraian hidup
• berlaku persetubuhan
• perceraian bukan disebabkan oleh suami
papa/miskin/tidak berkemampuan
Apakah faktor yang menggugurkan hak
mutaah?
• isteri yang nusyuz yang disabitkan oleh
mahkamah

• isteri yang diceraikan sebelum bersetubuh dan


mas kahwin disebut dalam akad

• isteri murtad

• perceraian secara tebus talak.


Bagaimanakah cara untuk
menentukan kadar mutaah itu?
• Tidak terdapat suatu panduan tertentu yang
boleh dijadikan formula tetap untuk
menentukan kadar dalam pemberian mutaah
daripada seorang bekas suami kepada seorang
isteri yang diceraikan.
• Namun begitu, terdapat prinsip umum yang
menyatakan bahawa sesuatu pemberian
hendaklah diasaskan kepada:
• kemampuan suami;
• status pasangan;
• tempoh perkahwinan;
• pengorbanan isteri.

• Apakah peruntukan mengenai mutaah dalam


Undang-Undang Keluarga Islam? Peruntukan
mengenai mutaah pada umumnya terdapat
dalam semua Enakmen Keluarga Islam Negeri.
Seksyen 56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam
(Wilayah Persekutuan) 1984
• “Sebagai tambahan kepada haknya untuk
memohon nafkah, seseorang perempuan
yang telah diceraikan tanpa sebab yang
patut oleh suaminya boleh memohon
mutaah atau pemberian sagu hati kepada
Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas
mendengar pihak-pihak itu dan apabila
berpuas hati bahawa perempuan itu telah
diceraikan tanpa sebab yang patut,
memerintahkan suami membayar sejumlah
wang yang wajar dan patut mengikut
Hukum Syarak.
Kadar mut’ah
• Al-Quran telah menetapkan panduan asas melalui ayat 236
Surah al-Baqarah ;-

Maksudnya: ....hendaklah kamu memberi mut'ah


(saguhati) kepada mereka (yang diceraikan) iaitu suami
yang senang (hendaklah memberi saguhati) menurut
ukuran kemampuannya dan suami yang susah menurut
kemampuannya.

• Berdasarkan ayat tersebut, adalah jelas bahawa sesuatu


kadar mut’ah hendaklah ditentukan berdasarkan
kemampuan pembayarnya iaitu suami(ketika perceraian
berlaku)
Harta Sepencarian

• Harta sepencarian adalah harta yang


diperoleh dalam masa perkahwinan seorang
suami dengan isterinya hasil daripada
sumber-sumber atau usaha mereka bersama.

• Harta sepencarian juga dikenali sebagai


carian laki bini
DALIL DAN PENDAPAT ULAMA'

• Agama Islam mengiktiraf pemilikan setiap individu terhadap


harta.

• Setiap individu termasuk suami dan isteri berhak memiliki


sebarang harta kerana ikatan perkahwinan Islam sama sekali tidak
menafikan atau membataskan hak tersebut.

• Islam menganggap harta sepencarian sebagai satu cara


pengiktirafan harta yang boleh dimiliki oleh seseorang di atas
daya usahanya untuk memiliki harta tersebut.

• Harta Sepencarian ialah harta yang dimiliki atau diperolehi dalam


tempoh perkahwinan dengan usaha secara langsung atau tidak
langsung.
Apakah harta yang boleh dituntut sebagai
harta sepencarian?

• Harta yang boleh dituntut adalah


• harta alih dan harta tidak alih.

Harta alih : Rumah, tanah


Harta Tak Alih: Barang kemas, unit amanah,
share syarikat, kereta, motor
dan sebagainya.
Bagaimanakah Mahkamah Syariah menentukan bahagian
suami atau isteri dalam tuntutan harta sepencarian?

• Bahagian pihak suami atau isteri akan ditentukan berdasarkan


jumlah sumbangan mereka ke atas harta sepencarian tersebut.
• Sumbangan ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sumbangan
secara langsung dan secara tidak langsung.

CONTOH:
i) Sumbangan secara langsung: Wang deposit pembelian harta,
bayaran ansuran bulanan, kos renovasi, pembayaran cukai/
maintenance fee dan lain-lain.

ii) Sumbangan tidak langsung: Urusan rumahtangga yang diuruskan


oleh isteri seperti idea, dorongan, menjaga keluarga dan lain-lain.
KEHENDAK UNDANG-UNDANG
BERKAITAN HARTA SEPANCARIAN
• harta sepencarian itu boleh wujud dalam tiga keadaan iaitu:

1) Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan


berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum
Syara’, dengan usaha bersama mereka;

2) Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan


berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum
Syara’, dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu; dan

3) Harta yang dipunyai oleh satu pihak sebelum perkahwinan itu yang
telah dimajukan pada sebahagian besarnya dalam masa perkahwinan
itu berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum
Syara’ oleh pihak yang satu itu atau dengan usaha bersama suami isteri.
Hak Jagaan Anak (Hadhanah)

• Hadanah bermaksud penjagaan kanak-kanak


yang masih kecil dan belum berupaya untuk
menguruskan dirinya sendiri, sama ada lelaki
atau perempuan, sama ada dalam tempoh
perkahwinan atau selepas perceraian.
Siapakah yang paling berhak terhadap
hadanah?

• Sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas


berlakunya perceraian, ibu ialah orang yang paling
berhak daripada orang lain bagi menjaga anak kecilnya
sehingga anak kecil itu mencapai umur mumaiyiz
(kecerdikan).

• Seksyen 81, Akta [303],


• (1) Tertakluk kepada Seksyen 82, ibu adalah yang paling
berhak daripada segala orang bagi menjaga anak
kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan
dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.
Siapakah yang akan menentukan hadanah dan
apakah pertimbangan yang diambil kira?

• Jika timbul perselisihan berkenaan hadanah,


Mahkamah Syariah merupakan pihak yang
mempunyai autoriti dalam memutuskan
hadanah dan pertimbangan utama yang
diberikan oleh Mahkamah Syariah ialah
kebajikan kanak-kanak itu.
• Mahkamah Syariah juga memberi perhatian
kepada perkara yang berikut:

(a) kebajikan kanak-kanak tersebut;


(b) kemahuan ibu bapa kanak-kanak;
(c) kemahuan kanak-kanak itu sekiranya dia
dalam peringkat umur yang boleh
menyatakan pendapatnya.
Apakah syarat-syarat yang dikenakan oleh Mahkamah
semasa membuat perintah hadanah?

(a) tempat kanak-kanak itu akan tinggal dan pelajarannya;

(b) mengadakan peruntukan bagi kanakkanak itu berada buat sementara dalam
pemeliharaan dan kawalan seseorang yang lain daripada orang yang diberi jagaan
kanak-kanak itu;

(c) mengadakan peruntukan bagi kanakkanak itu untuk melawat ibu atau bapa yang
tidak diberi jagaan atau seseorang daripada keluarga ibu yang telah mati atau
bapa yang tidak diberi jagaan dalam masa yang difikirkan munasabah;

(d) memberi ibu atau bapa yang tidak diberi hak jagaan atau seseorang daripada
keluarga ibu atau bapa yang telah mati atau yang tidak diberi jagaan untuk
berjumpa dan melawati kanak-kanak itu pada masa-masa dan seberapa kerap
yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah;

(e) melarang orang yang diberi jagaan itu daripada membawa kanak-kanak itu keluar
dari Malaysia.
Apakah perintah lain yang boleh
dikeluarkan oleh Mahkamah?
• Sekiranya ibu atau bapa seseorang anak mendapat jagaan
anak memohon kepada Mahkamah Syariah untuk suatu
perintah tegahan bagi menahan pihak yang tidak diberi
jagaan anak, membawa anak itu keluar Malaysia, pihak
Mahkamah Syariah boleh mengarahkan demikian sekiranya
terdapat alasan yang munasabah.

• Pihak-pihak boleh memohon perintah tegahan daripada


membawa keluar kanak-kanak dalam penjagaan pihak-
pihak dengan alasan-alasan yang munasabah atau wajar
untuk sesuatu tujuan yang berfaedah kepada kebajikan
kanak-kanak.
Apakah kelayakan bagi membolehkan
seseorang diberi hak hadanah?
(a) dia seorang beragama Islam;

(b) dia seorang baligh dan sempurna akalnya;

(c) umur yang melayakkan dia memberikan kanak-kanak itu kasih


sayang dan pendidikan yang sempurna;

(d) dia berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah. Seseorang yang
terkenal dengan kefasikannya seperti penzina, pencuri, peminum
arak, penjudi dan seumpamanya tidak harus mengendalikan
hadanah anak-anak;

(e) dia tinggal di tempat kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi


akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani.
Sekiranya seseorang ibu hilang kelayakan hak penjagaannya,
kepada siapakah hak tersebut akan berpindah mengikut
susunan keutamaan?
(a) nenek sebelah ibu hingga ke atas;

(b) Bapa

(c) nenek sebelah bapa hingga ke atas

(d) kakak atau adik perempuan seibu sebapa

(e) kakak atau adik perempuan seibu

(f) kakak atau adik perempuan sebapa

(g) anak perempuan daripada kakak atau adik perempuan seibu sebapa

(h) anak perempuan daripada kakak atau adik perempuan seibu


(i)anak perempuan daripada kakak atau adik perempuan sebapa

(j) emak saudara sebelah ibu

(k) emak saudara sebelah bapa

(l) waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai asabah


Apakah perkara-perkara yang boleh menggugurkan
hak seseorang terhadap hadanah?

(a) jika perempuan itu berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak
mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu dan lelaki tersebut
bukan muhrim dengan kanak-kanak itu;

(b) jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka;

(c) Jika perempuan itu menukar pemastautinannya dengan tujuan untuk


mencegah bapa kanak-kanak itu daripada menjalankan pengawasan
yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali isteri yang bercerai boleh
mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu;

(d) jika perempuan itu murtad;

(e) jika perempuan itu cuai atau menganiaya kanak-kanak itu


Berapa lamakah tempoh hadanah?

• Tempoh hadanah tamat setelah kanak-kanak


mencapai umur mumaiyiz, iaitu tujuh tahun
untuk kanak-kanak lelaki dan sembilan tahun
untuk kanak-kanak perempuan.

• Setelah tamatnya hak hadanah, jagaan adalah


turun kepada bapa dan jika kanak-kanak itu telah
mencapai umur (mumaiyiz), maka kanak-kanak
itu berhak memilih untuk tinggal dengan sama
ada ibu atau bapanya, melainkan jika
Mahkamah Syariah memerintahkan selainnya
Siapakah yang berhak ke atas anak
yang tak sah taraf?

• Hak penjagaan terhadap anak


yang tak sah taraf adalah pada
ibu atau saudara-mara ibu
• Jika isteri disabitkan nusyuz, adakah boleh
hak jagaan anak diberikan kepada ibu???
Nafkah Anak

• Nafkah ialah mengeluarkan belanja atau sara


hidup kepada mereka yang wajib ke atas
seseorang sama ada isteri, anak dan orang
orang yang di bawah tanggungannya.

• Ia termasuk keperluan tempat tinggal,


makanan, pakaian, pendidikan, keagamaan
dan perubatan.
Apakah sebab-sebab yang
mewajibkan nafkah?
(a) perkahwinan;

(b) keturunan;

(c) kanak-kanak yang diterima sebagai ahli


keluarga (contoh: anak angkat).
Jenis-jenis nafkah
(a) nafkah isteri – semasa perkahwinan;

(b) nafkah idah;

(c) nafkah anak.


Siapakah yang wajib menanggung
nafkah anak?
• Seorang bapa wajib menanggung nafkah
anaknya. Jika bapa tiada, tanggungan
berpindah mengikut susunan tertib wali.
Bilakah mahkamah boleh mengeluarkan
perintah nafkah bagi anak?

Mahkamah boleh, pada bila-bila masa, memerintahkan


seseorang bapa untuk membayar nafkah anaknya –

(a) jika dia telah enggan atau cuai mengadakan peruntukan nafkah
dengan munasabah bagi anak dan/atau isterinya;

(b) jika dia telah meninggalkan langsung isterinya, dan anaknya itu
adalah dalam penjagaan isterinya;

(c) dalam masa menanti keputusan sesuatu perbicaraan hal ehwal


suami isteri di mahkamah; atau

(d) apabila membuat atau selepas daripada membuat suatu perintah


meletakkan anak itu dalam jagaan seseorang lain.
Bagaimanakah nafkah anak
ditaksirkan/ dilihat?
• pendapatan dan tanggungan Pihak Yang Kena Tuntut;
• keperluan anak-anak;
• umur anak-anak

Berapa lamakah tempoh perintah nafkah anak berkuat


kuasa?

*Perintah nafkah anak berkuat kuasa sehingga usia


anak 18 tahun atau sehingga dibenarkan oleh
Mahkamah. Bagi anak perempuan, perintah nafkah
tersebut berkuat kuasa selagi belum berkahwin.
Bagaimanakah nafkah boleh
dilaksanakan?
• (a) pembayaran terus; atau

• (b) potongan gaji/penahanan pendapatan.

Adakah sesuatu perintah nafkah boleh diubah atau dibatalkan?

• Mahkamah boleh, pada bila-bila masa, mengubah atau


membatalkan sesuatu perintah nafkah yang sedang berkuat kuasa
atas permohonan mana-mana pihak sekiranya difikirkan patut untuk
berbuat demikian.

Bilakah kegagalan menunaikan nafkah dikira sebagai hutang?

• Nafkah anak dikira hutang selepas adanya perintah Mahkamah.


Tunggakan Nafkah/ tunggakan hutang

• Tunggakan nafkah ialah nafkah yang tidak


ditunaikan oleh suami kepada isterinya dalam
tempoh perkahwinan dan menjadi hutang ke
atas suaminya dan wajib dibayar.

• seseorang isteri boleh membuat tuntutan


hutang ke atas bekas suaminya jika didapati
bekas suaminya tidak membayar mas kahwin,
tidak memberi saraan hidup ketika dalam
tempoh perkahwinan, tunggakan nafkah anak
dan sebagainya.
Perkara Yang Anda Perlu Tahu
Apabila Pasangan Meninggal Dunia
• Pembahagian Pusaka secara Faraid

• Harta Sepencarian

Anda mungkin juga menyukai