Anda di halaman 1dari 40

SUNNAH

DAN ADAB

MENYAMBUT

KELAHIRAN

BAYI

Ustaz Muhamad Farid


bin Shaari al-Miftahi
‫اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وسلم‬

‫والحمد لله رب العالمين‬


Penerbit:
DARUL ULUM ADVISORY
DUA RESOURCES (002807975-X)
Jalan 3/149J Bandar Baru Seri Petaling, 57000 Kuala Lumpur.
H/P: 012 350 7171
Emel: dumalaysia@gmail.com
Laman Sesawang: www.darululum.my

2018 © DUA

Setiap bahagian daripada penerbitan ini tidak dibenarkan


untuk diterbit, disimpan atau disebarkan dalam sebarang bentuk
sama ada media elektronik, mekanikal, salinan, rakaman atau
selainnya tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis secara
rasmi daripada penerbit DARUL ULUM ADVISORY: DUA
RESOURCES (002807975-X)

Edit dan Susun atur huruf:


Unit Kajian dan Penerbitan
Darul Ulum Advisory (DUA)

Dicetak di Malaysia oleh:


Fitrah Resources, Kuala Lumpur.

Pengedar:
S19 Marketing & Distribution
En. Azman Mohd Tahir (+6 019 8181 062)
ISI KANDUNGAN

Isi Kandungan I
Pendahuluaniii
Hukum Ibadah Qurban 1
Menggunakan Duit Orang Bawah Tanggungan 2
Qurban Untuk Si Mati 3
Syarat Ibadah Qurban 3
Waktu Niat Qurban 6
Pertembungan Antara Qurban dan Akikah  8
Binatang Qurban 9
Tertib Keafdhalan Binatang Qurban 16
Waktu Ibadah Qurban 18
Sunat Qurban dan Sembelihan 20
Hukum-Hakam Sembelihan 21
Sunat Ketika Penyembelihan 22
Pengurusan Daging Qurban 25

i
ii
PENDAHULUAN

‫الحمد لله رب العــــاملني وبه نستعني عىل أمور الدنيا‬


‫والدين والصالة والسالم عىل محمد و عىل آله وأصحابه‬
،‫ أما بعد‬،‫أجمعني‬
Segala puji-pujian hanyalah bagi
Allah  yang mentadbir sekalian alam ini
kerana telah memberi taufiq kepada hamba-
Nya untuk beribadat kepada-Nya dengan
menelusuri jalan yang telah ditunjukkan oleh
Nabi-Nya Muhammad  untuk mencapai
kejayaan dan kebahagiaan yang hakiki di
dunia dan akhirat.
Untuk melahirkan seseorang yang
berkeperibadian yang baik serta berakhlak
mulia maka ianya perlu dididik sejak dari
awal lagi yakni sejak ia dilahirkan di dunia

iii
ini lagi sepertimana yang dinyatakan dalam
sebuah hadis,
َ ِّ ‫ أَ ْو يُ َن‬،‫ فَأَبَ َوا ُه يُ َه ِّودَانِ ِه‬،‫ك ُُّل َم ْولُو ٍد يُولَ ُد َع َل ال ِفطْ َر ِة‬
‫ أَ ْو ُ َي ِّج َسانِ ِه‬،‫صانِ ِه‬
“Setiap anak dilahirkan di atas fitrah yang
baik lalu ibu bapanya yang akan menjadikan
anaknya itu yahudi, nasrani dan majusi.”
(Bukhari)
Setiap anak itu dilahirkan dalam
keadaan suci dan bersih daripada dosa dan
kotoran batin. Dia tidak melakukan dosa dan
maksiat. Maka ibu bapa memainkan peranan
yang penting dalam mendidik, mentarbiah
serta mengajar anak-anak tentang keimanan,
ketaatan kepada Allah, serta menerapkan
amalan sunnah Rasulullah  serta adab–adab
kesopanan sejak dari mereka mula memasuki
alam dunia ini lagi. Oleh itu, bermula sejak
kelahiran lagi kita perlu menitipkan sunnah-
sunnah serta adab-adab supaya bayi yang
dilahirkan itu mendapat keberkatan daripada
Allah  dan hasil keberkatan itu akan
menjadikan anak itu sebagai penyejuk mata

iv
ibu bapanya sepanjang hayat.
Oleh itu, di sini akan saya sebutkan
satu persatu mengenai sunnah dan adab
tersebut bermula dari saat bayi dilahirkan dan
seterusnya. Satu perkara yang penting perlu
diberi perhatian bahawa terdapat sedikit
perbezaan antara sunnah dan adab yang saya
nyatakan dalam risalah ini. Sunnah ialah
perkara yang sabit daripada hadis manakala
adab ialah perkara yang baik berdasarkan
pandangan ulama dan adat kebiasaan
sesuatu tempat selagi tidak bertentangan
dengan syariat. Walau bagaimanapun, adab
yang dinyatakan dalam kitab ini adalah
bersandarkan kepada apa yang dituliskan
oleh alim ulama dalam kitab-kitab fiqh
yang muktabar berdasarkan penelitian dan
pemahaman mereka terhadap ilmu-ilmu
mereka yang hebat yang tidak mampu untuk
ditandingi oleh ulama mutakhir ini.

v
vi
Hukum Ibadah Qurban

• Hukum qurban ialah sunat muakkadah dan


sunat kifayah.
• Maksud ia adalah sunat muakkadah adalah
sekiranya seseorang itu mempunyai lebihan
harta dari keperluan dirinya dan keluarga yang
ditanggungnya pada siang hari raya haji dan
malamnya serta hari-hari tasyriq tetapi dia tidak
melakukan qurban maka hukumnya adalah
makruh.
• Maksud ia adalah sunat kifayah adalah sekiranya
isi rumah lebih dari seorang dan mereka adalah
di bawah tanggungan wajib salah seorang dari
mereka maka jika qurban dilakukan oleh salah
seorang dari mereka yang mukallaf maka gugur
tuntutan dari yang lain dan gugur hukum
makruhnya.
• Contohnya ialah jika isteri sahaja yang
melakukan qurban maka gugur tuntutan ke atas
suami. Namun kenyataan ini tidak bermakna

1
ke semua isi rumah akan mendapat pahala
bahkan orang yang akan mendapat pahala
hanyalah pengamal qurban sahaja. Sekiranya
yang lain mahu mendapat pahala mereka perlu
melakukannya sendiri.
• Sekiranya isi rumah itu seorang sahaja atau
lebih daripada seorang tetapi masing-masing
bukan dibawah tanggungan salah seorang
mereka seperti rumah bujang atau rumah kongsi
maka tuntutan qurban bagi mereka ialah sunat
a’in iaitu dituntut secara sunat muakkadah
melakukan qurban ke atas setiap isi rumah.
• Haram melakukan ibadah qurban sekiranya
sehingga membawa tiada wang untuk membayar
nafkah wajib terhadap tanggungan wajib.

Menggunakan Duit Orang Bawah


Tanggungan

• Tidak boleh menggunakan duit anak untuk


qurban walaupun dibuat atas nama anak
tersebut.
• Disunatkan bagi bapa yang mampu untuk
melakukan qurban bagi anaknya menggunakan
harta bapa sendiri. Anak memperolehi pahala

2
qurban dan bapa pula memperolehi pahala
hibah (pemberian).

Qurban Untuk Si Mati

• Qurban atas nama orang mati tidak sah


melainkan dia telah berwasiat supaya dibuat
qurban bagi pihaknya. Adapun jika qurban
dilakukan atas nama kita dan diniatkan kongsi
pahalanya untuk si mati maka hukumnya adalah
harus.
• Boleh diniatkan pahala qurban untuk orang lain
samaada orang hidup atau mati walaupun niat
itu berlaku selepas selesai penyembelihan.
• Tidak sah qurban bagi pihak orang yang
hidup melainkan setelah mendapat keizinan
daripadanya.

Syarat Ibadah Qurban

• Syarat sah qurban yang pertama ialah Islam.


Maka tidak sah qurban yang dilakukan oleh
orang kafir. Sekiranya haiwan qurban datang
dari seorang kafir dan dia telah memilikkannya

3
kepada seorang muslim dan si muslim
melakukan qurban dengannya maka hukumnya
sah.
• Jika seseorang ingin mengeluarkan zakat
dengan cara membeli binatang qurban maka
hukum pengeluaran zakatnya itu tidak sah dan
qurbannya sah.
• Boleh menggunakan duit baitul mal untuk
dibeli haiwan qurban dan disembelih bagi pihak
kaum muslimin dengan syarat ada keluasan pada
simpanan duit baitul mal.
• Tajaan haiwan qurban untuk orang lain perlulah
mendapat keizinannya.
• Pihak masjid tidak boleh menggunakan wang
masjid untuk membeli binatang qurban dan
diniatkan bagi pihak ahli qaryah
• Jika qurban dikeluarkan menggunakan wang
syarikat dan dilakukan atas nama syarikat maka
syarat sahnya ialah:
1. Mendapat keizinan dari pemilik wang
seperti rakan kongsi . Jika sebahagian
rakan kongsi tidak mengizinkan maka
qurban itu sah bagi pihak yang mahu
terlibat dan bahagiannya sahaja yang
akan ditolak dari wang syarikat.

4
2. Islam pihak terlibat.
3. Wang tersebut mencukupi harga satu
bahagian mengikut bilangan pihak
terlibat.
• Namun jika sebuah syarikat ingin menaja
haiwan qurban kepada seseorang individu iaitu
menyerahkan wang atau binatang kepadanya
dan disembelih sebagai qurban atas nama
individu tersebut maka tidak perlu kepada syarat
islam pemilik syarikat berkenaan.
• Syarat yang kedua ialah niat. Qurban ialah satu
ibadah. Ia lebih afdhal dari sedekah sunat. Oleh
kerana qurban ialah ibadah maka disyaratkan
niat didalamnya.
• Niat qurban “aku berqasad binatang ini sebagai
qurban” atau “aku serahkan binatang ini untuk
qurban” atau “aku sembelih binatang ini sebagai
qurban” dan seumpamanya.
• Ini antara sebab tidak sah qurban bagi pihak
orang lain tanpa izinnya kerana pada ketika itu
tiada niat dari penama.
• Izin dari seseorang mewakili niatnya. Wasiat dari
si mati adalah mewakili izinnya.
• Apabila seseorang mewakafkan hartanya dan
mensyaratkan sebahagian hasil wakafnya

5
digunakan untuk qurban sah wakafnya dan
wajib perlaksanaan qurban dibuat dari hasil
wakaf tadi. Kaedah ini sah berlaku walaupun
setelah kematian pewakaf.

Waktu Niat Qurban


• Peserta qurban perlu tahu bilakah waktu niat
bagi ibadah qurban. Waktu niatnya adalah
ketika salah satu dari keadaan berikut:
1. Peserta sendiri berniat:
a. Ketika mengasingkan haiwan dari haiwan
miliknya di kandang. Maka dia berniat
“Haiwan yang aku asingkan ini ialah
untuk qurban.”
a. Ketika menyerahkan haiwan qurban
kepada pihak pengurusan atau tukang
sembelih.
a. Ketika dia menyembelih haiwan qurban
(sembelih sendiri).
a. Ketika haiwan qurban sedang disembelih
(disembelih oleh wakil).
a. Ketika bernazar dengan menentukan
secara khusus haiwan miliknya yang akan
diqurbankan.

6
a. Ketika pembelian baucer qurban dan
diserahkan kepada pihak pengurusan
(fatwa timur tengah).
1. Wakil yang melakukan niat. Oleh kerana
qurban ialah ibadah māliyyah (ibadah jenis
harta ) maka harus peserta mewakilkan
orang lain berniat bagi pihaknya. Tawkil niat
(mewakilkan niat) berlaku seperti berikut:
a. Peserta mewakilkan tukang sembelih
berniat bagi pihaknya ketika sembelih.
a. Peserta mewakilkan seseorang untuk
berniat bagi pihaknya ketika wakilnya
itu menyerahkan haiwan kepada tukang
sembelih.
• Jika tidak berlaku langsung niat dalam mana-
mana keadaan yang dinyatakan di atas maka
ibadah qurban tidak sah dan sembelihan dan
agihan daging berstatus sedekah biasa.
• Syeikh Zaini Dahlan  pernah ditanya berkaitan
adat sebahagian orang yang menghantar wang ke
negara lain untuk dibeli haiwan dan disembelih
di sana.
• Jawaban Syeikh  (Beliau menukilkan jawaban
Syeikh Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi ),
“Harus mewakilkan orang lain membeli haiwan
untuk sembelihan qurban dan aqiqah di negeri

7
luar sepertimana yang disebut secara umum oleh
ulama Syafi’iyyah. Mereka menyatakan secara
jelas bahwa boleh mewakilkan sesiapa yang
sah sembelihannya untuk menyembelih bagi
pihak kita. Sah berwasiat supaya dibeli binatang
dan disembelih sebagai qurban atau akikah.
Menyaksikan binatang disembelih hukumnya
sunat bukanlah wajib.”
• Sekiranya ibadah qurban dibuat di luar negara
dan mengakibatkan syiar qurban tiada di negara
sendiri maka melakukan qurban di negara
sendiri lebih afdal dan utama.
• Terdapat pendapat dhoif didalam mazhab
Maliki yang mengharuskan qurban diganti
dengan memberi wang sahaja kepada fakir
miskin. Pendapat ini tidak disarankan untuk
diamalkan kerana ia akan melenyapkan syiar
ibadah ini sepertimana yang difatwakan oleh
Syeikh Hasanain Makhluf .

Pertembungan Antara Qurban


dan Akikah

• Jika berlaku pertembungan antara


mendahulukan qurban untuk sendiri atau

8
aqiqah maka mendahulukan qurban lebih
afdhal. Kerana dalam ibadah qurban terdapat
pendapat yang menghukumnya sebagai wajib.
• Jika bertembung sama ada hendak melakukan
qurban untuk anak atau akikah maka yang
afdhalnya mendahulukan akikah.
• Di sisi Syeikh Ibnu Hajar  tidak sah
menggabungkan antara ibadah qurban dan
ibadah akikah.

Binatang Qurban

• Ibadah qurban konsepnya ta’abbudi. Oleh itu


perlu dipatuhi segala peraturan waktu, jenis
binatang, sifat dan usianya. Maksud ta’abbudi
ialah perlu dipatuhi bulat-bulat dan tidak bebas
diqiaskan.
• Hanya tiga jenis binatang yang sah qurbannya.
1. Unta
2. Lembu
3. Kambing
• Ketiga-tiga jenis binatang di atas sah qurbannya
walaupun apa jua jenis dan grednya.

9
• Syaratnya adalah jenis yang dibela.
• Kerbau termasuk famili lembu. Sah berqurban
dengannya.
• Haiwan kacukan antara haiwan qurban dan
haiwan bukan qurban tidak sah dijadikan
qurban seperti kacukan kijang dan kambing.
• Haiwan kacukan antara jenis-jenis haiwan
qurban seperti kambing dan lembu atau biri-
biri dan kambing biasa dan seumpamanya
hukumnya sah dibuat qurban.
• Umur binatang qurban
1. Unta 5 tahun
2. Lembu dan kambing biasa 2 tahun
3. Biri-biri 1 tahun
4. Kacukan biri-biri dan kambing biasa 2
tahun
5. Kacukan unta dan lembu 5 tahun
6. Kaedahnya umur haiwan kacuk ialah
berdasarkan umur qurban yang paling
tinggi antara ibu dan penjantannya.
• Umur di atas ialah waktu baligh haiwan. Ia
juga boleh ditentukan dengan melihat giginya
iaitu apabila gigi susunya telah tanggal atau
diistilahkan sebagai ‘salin gigi.’

10
• Haiwan yang gigi susunya sudah tertanggal
boleh dibuat qurban walaupun belum mencapai
usia setahun bagi biri-biri.
• Jika tidak pasti adakah haiwan tersebut sudah
cukup umur ataupun tidak maka tidak sah
qurban dengannya.
• Penjual haiwan perlu amanah ketika menyatakan
umur haiwan jualannya.
• Sekiranya pembeli meletakkan syarat umur yang
sah pada haiwan yang ditempahnya dan dia
mendapati penjual tidak menyerahkan haiwan
yang cukup umur maka pembeli ada pilihan
untuk meneruskan jual-beli ataupun tidak.
• Wajib penjual menukar haiwan yang tidak
menepati umur qurban itu jika diminta oleh
pembeli.
• Haram menipu umur haiwan qurban.
• Wajib ke atas pihak yang diwakilkan membeli
haiwan qurban seperti AJK masjid, NGO
dan seumpamanya memastikan umur haiwan
menepati umur sah.
• Tidak sah haiwan yang tidak cukup umur
walaupun saiznya besar dan berat.
• Sifat asas binatang qurban selain cukup umurnya

11
ialah selamat dari kecacatan.
• Secara umumnya kecacatan yang mengurangkan
daging atau merosakkannya akan menjejaskan
kesahihan ibadah qurban.
• Syarat sifat haiwan qurban
1. Tidak berkudis walaupun sedikit kerana
ia merosakkan daging dan lemak.
2. Tidak tempang yang ketara sehingga
menyulitkannya bergerak. Begitulah
juga tidak patah mana-mana anggota
walaupun ketika proses penyembelihan.
3. Tidak buta kedua belah mata atau
sebelah sahaja. Adapun yang rabun serta
berair mata atau rabun malam maka sah
dijadikan qurban.
4. Tidak gila.
5. Tidak kurus sehingga hilang sum-sum
tulang.
6. Tidak berpenyakit dengan penyakit yang
boleh merosakkan daging.
7. Tidak berkurangan walaupun sedikit
daripada bahagian telinga. Seperti itu
juga yang dilahirkan tanpa telinga.
Sekiranya bahagian telinga terpotong
tanpa tertanggal atau berlubang tanpa

12
menghilangkan daging maka masih sah
dibuat qurban.
8. Tidak berkurangan walaupun sedikit
darpada lidahnya, atau kantung susunya,
atau punggungnya atau ekornya.
Sekiranya haiwan qurban dilahirkan
tanpa kantung susu atau ekor atau
punggung maka hukumnya sah qurban.
9. Tidak tertanggal semua giginya. Dan jika
sebahagian sahaja tertanggal sah dibuat
qurban.
10. Tidak tertanggal kadar yang zahir
dan nampak dari anggota besar
haiwan seperti peha. Kadar yang zahir
ditakrifkan dengan bahawa ia boleh
dilihat dari jauh.
• Tidak mengapa dan sah qurban haiwan yang
dibuang telur (yang dikasi), atau yang dibuang
tanduk kerana ia tidak mengurangkan daging.
Adapun jika tercabut tanduk mengakibatkan
daging tertanggal maka ia memudaratkan
kesahihan qurban.
• Jika haiwan qurban perlu ditanda maka
tidak mengapa menandanya dengan cat dan
seumpamanya.
• Kadar yang paling rendah untuk qurban ialah

13
seekor kambing atau satu pertujuh dari unta
atau lembu. Maka tidak sah berqurban dengan
seekor kambing yang dikongsi dua atau seekor
lembu atau unta yang dikongsi lapan dan lebih.
• Jika seekor unta dikongsi lapan misalnya maka
tiada seorang pun dalam kalangan mereka yang
mendapat ibadah qurban.
• Perkongsian tujuh orang pada seekor lembu
boleh walaupun niat masing-masing berbeza.
Misalnya:
Bahagian Pertama Qurban
Bahagian ke-2 Akikah
Bahagian ke-3 Kegunaan sendiri
Bahagian ke-4 Nazar
Bahagian ke-5 Dam
Bahagian ke-6 Jual
Bahagian ke-7 Walimah

Pekongsian ini akan dibuat agihan secara


(‫ )إفــراز‬iaitu ditentukan bahagian masing-masing
semasa agihan.

• Jika ada rakan bahagian yang tidak


membenarkan haiwan disembelih dan rakan
bahagian lain khuatir waktu qurban akan
habis maka hendaklah mereka merujuk kepada
pihak berwajib dan mereka boleh menyembelih
14
haiwan qurban tersebut.
• Kos jagaan haiwan sebelum sembelih, upah
tukang sembelih ditanggung secara berkongsi
oleh kesemua rakan bahagian.
• Jika salah seorang rakan bahagian qurban
meninggal dunia maka urusan bahagiannya
mengikut keputusan waris.
• Boleh salah seorang rakan bahagian ialah orang
bukan Islam untuk kegunaan peribadinya.
• Seseorang yang telah membeli satu bahagian
dari tujuh boleh memindah milik bahagiannya
kepada orang lain secara jual atau secara hibah.
• Seseorang yang telah membeli bahagian qurban
boleh menukar niatnya dari qurban kepada
sebab lain seperti akikah atau sedekah dan lain-
lain.
• Pertukaran itu boleh dan sah selagi dia tidak
bernazar qurban.
• Sekiranya terbukti bahawa haiwan yang telah
dibeli itu diambil secara haram oleh penjualnya
seperti dengan mencuri sedangkan haiwan
belum disembelih maka mereka tidak boleh
meneruskan sembelihan dan boleh meminta
wang mereka dikembalikan oleh penjual.

15
• Sekiranya haiwan itu sudah disembelih dan
sudah dimakan maka peserta perlu mengganti
semula bayarannya kepada pemilik asal dan
boleh membuat tuntutan bayaran mereka dari
penjual.

Tertib Keafdhalan Binatang


Qurban
• Urutan binatang qurban dari segi yang lebih
afdhal. Ia diukur dengan melihat kepada yang
dibuat bersendirian lebih afdhal dari yang
berkongsi, yang lebih gemuk lebih afdhal dari
yang kurang gemuk. Warna tertentu lebih afdhal
dari warna yang lain.
• Urutan afdhal (jenis binatang):
1. Unta
2. Lembu
3. Biri
4. Kambing biasa
5. Satu bahagian unta
6. Satu bahagian lembu

• Urutan afdhal (warna):


1. Putih

16
2. Kuning
3. Coklat/perang
4. Merah
5. Tompok hitam putih
6. Hitam

• Urutan afdhal (jantina):


1. Jantan (kecuali yang banyak mengawan
maka betina lebih afdhal darinya)
2. Betina

• Urutan afdhal: Yang paling afdhal ialah jantan


yang putih dan gemuk. Betina yang berisi dan
gemuk lebih afdhal dari jantan yang kurus.
• Jika membuat akad salam (tempahan) dengan
penjual maka perlu diperinci warna yang
dikehendaki dengan syarat warna itu bukan
susah didapati.
• Walaupun peserta ada hak meminta warna
tertentu dari wakil pembelian namun
dinasihatkan dalam tempahan diberi pilihan
kedua seperti jika warna yang diminta tiada
pihak pembelian boleh membeli warna yang
lain.

17
• Peserta boleh mewakilkan tanpa menyebut
warna. Memadai dengan menyebut haiwan yang
cukup syarat qurban.
• Pihak pembeli berhak memulangkan haiwan
kepada penjual jika warna tidak menepati seperti
tempahan.

Waktu Ibadah Qurban

• Waktu sah melakukan ibadah qurban bermula


selepas terbit matahari dan berlalu masa yang
mencukupi untuk solat dua rakaat yang ringkas
dan dua khutbah yang ringkas. Sekiranya
haiwan disembelih sebelum waktu ini maka ia
tidak dianggap haiwan qurban tetapi sebagai
sedekah semata-mata.
• Waktu qurban berakhir dengan tenggelam
matahari hari terakhir dari hari-hari tasyriq iaitu
13 Zulhijjah.
• Di sisi Imam Azrai’i  kiraan waktu mula ialah
selepas matahari naik sepergalahan dan berlalu
masa yang mencukupi untuk dua rakaat solat
dan dua khutbah yang ringkas. Oleh kerana
itu hukumnya afdhal melewatkan sembelihan
sehinggalah melepasi waktu ini

18
• Bahkan lebih afdhal tidak menyembelih
melainkan setelah selesai solat.
• Waktu menyembelih merangkumi siang dan
malam tetapi hukum menyembelih pada
waktu malam adalah makruh kecuali ketika
terdapat halangan pada waktu siang ataupun ada
maslahat dan kebaikan buat pada waktu malam.
Contohnya ialah haiwan qurban terlalu banyak
ataupun pembantu hanya berkelapangan pada
waktu malam
• Haiwan yang diniatkan sebagai qurban tetapi
tidak sempat disembelih sehinggalah habis waktu
maka pemilik bahagiannya boleh menunda
sehingga tahun hadapan atau menjualnya dan
hasil jualan disimpan untuk tahun hadapan
atau disembelih juga dan disedekah kepada yang
memerlukan.
• Qurban nazar wajib dibuat dalam tempoh ini.
Dan jika berlalu waktu sedangkan ia masih
belum disembelih maka hukumnya haram dan
berdosa sekiranya perbuatan menangguhkan
tadi itu sengaja. Sekiranya kerana lupa atau ada
halangan maka tidak berdosa. Dalam kedua-dua
keadaan wajib disembelih juga selepas waktu itu
dan ia dikira sebagai mengqadha qurban nazar
yang tertangguh.

19
• Menurut pendapat sahih dalam mazhab,
binatang hadyu yang dibawa untuk disembelih
di Mekah, waktu sembelihannya sama seperti
waktu sembelihan qurban.
• Seseorang yang bernazar qurban haiwan
yang cacat atau tidak cukup umur wajib
menyembelihnya pada waktu ini juga walaupun
ia tidak dikira sebagai qurban.

Sunat Qurban dan Sembelihan

• Disunatkan bagi peserta qurban untuk tidak


memotong kuku dan bulu bermula daripada
1 Zulhijjah sehingga haiwan qurbannya
disembelih. Jika dipotong bulu dan kuku juga
maka hukumnya makruh.
• Sekirang seseorang itu mempunyai lebih dari
seekor haiwan untuk diqurban, kemakruhan
memotong kuku dan bulu terangkat dengan
disembelih salah satu darinya.
• Disunatkan memberi makan haiwan qurban
sehingga gemuk.
• Disunatkan bertakbir ‘Allahu Akbar’ ketika
melihat haiwan qurban pada hari raya haji dan

20
hari-hari tasyriq.
• Disunatkan menjadikan daging qurban
makanan pertama yang masuk didalam perut
pada hari pertama qurban

Hukum-Hakam Sembelihan

• Sembelihan tidak sah melainkan dengan


memenuhi beberapa syarat dan rukun,
1. Penyembelih hendaklah beragama Islam
atau ahli kitab.
2. Memutuskan halkum dan urat merih.
3. Masih ada “hayat mustaqirrah” ketika
sembelih.
4. Peralatan sembelih bukan dibuat dari
tulang atau kuku.

• Syarat memutuskan halkum dan urat merih


hanya untuk haiwan yang kita mampu dan
menguasainya.
• Sekiranya haiwan qurban terlepas dan tidak
mampu ditangkap, sah membunuhnya dengan
cara mensasarkan benda tajam pada mana-
mana bahagian anggota tubuhnya seperti

21
menggunakan lembing, anak panah, parang dan
seumpamanya.
• Adapun menembak dengan peluru maka
hukumnya boleh sekiranya peluru itu jenis
tajam.
• Membunuh dengan lemparan benda
tajam kepada mana-mana bahagian tubuh
memadai sekiranya ia terus membunuh atau
mengakibatkan haiwan nyawa-nyawa ikan.
Tetapi sekiranya ia hanya melumpuhkan
dan melemahkan maka wajib selepas itu
memutuskan halkum dan urat merih.

Sunat Ketika Penyembelihan


1. Mengasah pisau sehingga tajam.
2. Tidak mengasah pisau di hadapan haiwan.
3. Tidak menyembelih di hadapan haiwan yang
lain.
4. Tidak menyembelih di atas simen, batu atau
tanah keras.
5. Menyembelih unta dalam keadaan unta itu
berdiri dan lutut kaki kiri depan diikat.
6. Tidak mengikat semua kaki haiwan.
7. Tidak memijak kepala haiwan.
8. Memotong di tengah tengkuk bagi haiwan

22
berleher biasa.
9. Memotong di pangkal tengkuk bagi haiwan
berlehar panjang seperti unta, angsa dan
seumpamanya.
10. Mengarahkan bahagian tengkuk yang akan
disembelih ke arah kiblat.
11. Penyembelih menghadap kiblat.
12. Membaca bismillah.
13. Berselawat kepada Nabi Sallallahu Alaihi
Wasallam.
14. Mengucapkan,
‫اللهم هذا منك وإليك فتقبل مني‬
Maksudnya, “Ya Allah, haiwan ini daripada-
Mu dan kembali kepada-Mu maka terimalah ia
daripadaku / daripada mereka.”

15. Tidak melapah sebelum haiwan mati.


16. Berkata Syeikh Jamaluddin Muhammad bin
Abdurrahman bin Hasan bin Abdul Bari al-
Ahdal (1277–1352) ,
“Menjadi adat sebahagian tempat bahawa
penduduknya akan mengucapkan takbir raya
ketika menyembelih binatang qurban. Ianya
mempunyai dalil dan sandaran daripada al-Quran
iaitu firman Allah,
23
‫كذلك سخرها لكم لتكربوا الله عىل ما هداكم‬
Maksudnya, “Demikianlah Dia memudahkan
binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu
membesarkan Allah kerana mendapat nikmat
petunjuk-Nya…” (al-Hajj: 37).
(Ini adalah kerana) mengucapkan takbir
dengan sighah takbir raya temasuk di dalam
mutlak takbir. Sighah takbir yang dinaskan oleh
para fuqaha pula ialah
‫الله أكرب الله أكرب ولله الحمد‬
sama ada ianya diucapkan sebelum membaca
bismillah atau pun selepas membaca bismillah.
Imam Muslim  meriwayatkan bahawa Nabi
 membaca,
‫باسم الله والله أكرب‬
Padanya terdapat himpunan antara dua ayat
al-Quran iaitu,
Pertama:
‫ليذكروا اسم الله عىل ما رزقهم من بهيمة األنعام‬
Maksudnya, “…supaya mereka menyebut
nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaan-
Nya kepada mereka iaitu binatang-binatang ternak
yang disembelih itu…” (al-Hajj: 34)
Kedua:
‫لتكربوا الله عىل ما هداكم‬

24
Maksudnya, “…kamu supaya kamu
membesarkan Allah kerana mendapat nikmat
petunjuk-Nya…” (al-Hajj: 37)
(Umdat ul-Mufti wal Mustafti: 2: 408)

Pengurusan Daging Qurban

• Dalam ibadah qurban ada dua perkara pertama


menumpahkan darah untuk Allah dengan niat
qurban dan yang kedua bersedekah daging
qurban.
• Dengan tumpah darah dan putus nyawa haiwan
dengan niat qurban maka insyaAllah seseorang
itu akan memperolehi pahala qurban.
• Kemudian pahala sedekah daging bergantung
berapa banyak daging yang diberi sedekah dan
hadiah kepada orang lain.Semakin banyak diberi
semakin banyak pahala sedekahnya.
• Aturan agihan daging adalah seperti berikut:
1. Paling Afdhal: Menyerahkan sebagai
sedekah dan hadiah semua daging.
Hanya diambil sedikit sahaja untuk
menunaikan amalan sunnah makan
sedikit dari daging qurban. Bahagian
yang paling afdhal diambil ialah hati.

25
2. Sederhana: Membahagikan kepada tiga
bahagian. Satu pertiga sedekah fakir
miskin. Satu pertiga hadiah kepada
yang tidak fakir. Satu pertiga untuk diri
sendiri.
3. Paling kurang: Bersedekah sedikit
sekadar setengah kati kepada fakir
miskin dan selainnya diambil untuk diri
sendiri.
• Jika peserta mennggunakan untuk diri sendiri
semuanya maka dia wajib mengganti kadar
yang paling sedikit tadi iaitu setengah kati dan
berikan kepada fakir miskin

• Wajib agihan:
1. Daging mentah.
2. Sekadar setengah kati lebih kurang.
3. Diserahkan kepada fakir miskin tempat
dimana sembelihan berlaku.
• Setiap peserta perlu memastikan setiap bahagian
mereka diasingkan sedikit daging dan dipastikan
ia disampai kepada fakir miskin. Sekiranya tiada
orang miskin di kawasan sembelihan maka
perlu disampaikan kepada fakir miskin diluar
kawasan.

26
• Tidak memadai hanya diberi kulit, perut, limpa,
hati, tulang, tanduk kepada fakir.
• Wajib ada bahagian daging yang diberi kepada
mereka.
• Tidak boleh semua daging diberi kepada orang
fakir diluar kawasan.
• Tidak memadai semua daging dimasak dan
diberi yang masak sahaja kepada fakir miskin.
• Tidak memadai daging kering diberi kepada
fakir miskin.
• Tidak memadai semua daging diberi kepada
orang kaya tanpa ada sedikit bahagian diberi
kepada fakir miskin.
• Tidak boleh makan walaupun sedikit dari
daging qurban nazar. Begitu juga keluarga yang
peserta qurban nazar menanggung nafkah wajib
mereka. Hukum yang sama berlaku bagi haiwan
yang dibayar sebagai denda dam dan kaffarah.
• Fakir miskin boleh menjual daging qurban yang
diperolehi.
• Tidak ada kadar minima perolehan daging
qurban oleh fakir.
• Adalah hak tuan punya haiwan dan bahagian
untuk memberikan miliknya itu kepada sesiapa

27
yang dia suka dan berapa banyak yang dia suka.
• Tidak dibenarkan mengambil lebih dari kadar
yang dizinkan oleh tuannya atau wakilnya.
• Selain fakir tidak boleh menjual daging qurban
yang diperolehinya. Termasuk hukum ini
peserta qurban.
• Tidak boleh memberi daging qurban kepada
bukan Islam. Jika ada yang diberi maka boleh
diganti dengan membeli daging siap dan
diserahkan kepada fakir.
• Tidak boleh menjadikan mana-mana anggota
haiwan qurban sebagai bayaran upah sembelihan
atau kerja perlapahan dan seumpamanya.
• Boleh diberikan daging lebih kepada petugas
atas nama hadiah bukan upah wajib.
• Boleh meminta upah wang atau barang-barang
selain daging qurban atas kerja sembelih,lapah
dan lain-lain.

‫والله أعلم بالصواب‬

28
29

Anda mungkin juga menyukai