Anda di halaman 1dari 21

1.

0 Pengenalan

Dalam memastikan harta yang ditinggalkan berkembang dan digunakan mengikut syarak,
Islam telah menetapkan beberapa konsep pembahagian harta berbeza mengikut keperluan
individu tersebut. Antara konsep pembahagian yang ditetapkan dalam Islam adalah dengan
operasi sistem takaful.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, takaful bermaksud insurans
yang mengikut asas-asas dan hukum-hukum agama Islam. Oleh itu, semua pengendali takaful
adalah tidak melibatkan apa-apa unsur yang tidak diluluskan oleh syariah Islam dan mestilah
berlandaskan tuntutan syariah. Maka pelaksanaannya mestilah mengikut apa yang ditetapkan
oleh Islam iaitu salah satunya dengan melaksanakan pelaksanaan hibah dalam operasi
tersebut.

Takrif hibah dari sudut bahasa merupakan perkataan Arab yang berasal daripada kata
kerja “wahaba” yang bermaksud tabarru’ atau pemberian tanpa balasan. Ibn Manzur
mentakrifkan hibah sebagai suatu pemberian yang bukan untuk mendapatkan sebarang
balasan dan tidak juga untuk sebarang tujuan. Perkataan hibah juga telah diterima sebagai
perkataan Melayu yang dipinjam dari bahasa Arab. Menurut Dewan Bahasa Edisi Keempat,
hibah bermaksud pemberian hak harta secara sukarela kepada orang lain dengan tujuan yang
baik. Menghibahkan juga bermaksud memberikan sesuatu semasa si penghibah masih hidup.
Contohnya tanah itu telah dihibahkan kepada sahabatnya atas kerelaan si pemberi semasa
hayatnya.

Maksud hibah dari segi istilah syarak pula menurut fuqaha mazhab Shafie’ boleh
dilihat dari dua perspektif iaitu umum dan khusus. Pertama, dari perspektif umum bermaksud
suatu pemberian yang merangkumi hadiah dengan niat memuliakan seseorang, sedekah
dengan mengharapkan ganjaran Allah s.w.t. dan ibra’ iaitu pelepasan hutang oleh pemiutang.
Manakala yang kedua dari perspektif khusus yang membawa maksud hibah adalah pemberian
suatu pemilikan oleh seseorang kepada seseorang yang lain tanpa balasan yang tertakluk
kepada rukun-rukun tertentu. Ahli fuqaha’ Shafie’ juga mentakrifkan hibah sebagai suatu
akad pindah milik sesuatu barang secara sukarela semasa hidup 1. Pelaksanaan hibah juga
berbeza dengan hadiah, zakat, wasiat dan sedekah. Contohnya, hadiah tidak memerlukan
1
Nasrul Hisyam Nor Muhamad, PEMAKAIAN PRINSIP HIBAH DALAM SISTEM KEWANGAN ISLAM DI
MALAYSIA: TUMPUAN KEPADA INDUSTRI PERBANKAN ISLAM DAN TAKAFUL, UTM, 2010

1
akad, tetapi hibah memerlukan akad dalam pelaksanaannya, selain itu hibah juga tidak pada
sewaan atau jaminan.

1.1 Rukun Hibah

Setiap pelaksanaan mempunyai rukun yang tersendiri, termasuk juga dalam pelaksanaan
hibah. Rukun hibah memberi maksud teras sesuatu pelaksanaan itu, yang mana tanpa teras ini
hibah tidak akan terjadi atau dikatakan batal. Rukun hibah adalah seperti berikut:

1. Pemberi hibah (al-Wahib).


2. Penerima hibah (al-Mawhub Lahu).
3. Barangan atau harta yang dihibahkan (al-Mawhub).
4. Sighah iaitu lafaz ijab dan kabul

Setiap rukun tersebut mempunyai syarat-syaratnya. Syarat bagi rukun pertama iaitu
pemberi hibah adalah pemberi mestilah pemilik sah barangan iaitu pemilik benda yang
dihibahkan. Maka tidak sah memberi sesuatu yang bukan miliknya seperti memberi
kenderaan yang bukan miliknya seperti kenderaan pinjaman. Syarat kedua, pemberi mestilah
orang yang berkelayakan memberi sumbangan, tidak sah bagi kanak-kanak, orang gila, orang
yang mengigau, dan sebagainya. Bagi kanak-kanak dan orang gila, penjaganya juga tidak
berhak memberi hibah bagi pihak yang dijaganya. Terakhir pemberi mestilah bebas mengurus
hartanya dan dihalang kepada mereka yang diisytiharkan muflis dan sebagainya.

Syarat bagi rukun kedua iaitu penerima hibah adalah penerima mestilah dalam
kalangan yang berkelayakan untuk memiliki harta yang diberi seperti orang gila dan kanak-
kanak kerana mereka berkelayakan. Syarat bagi rukun ketiga iaitu barang yang dihibahkan
adalah apa sahaja yang boleh dijual beli dan barang tersebut mestilah ada semasa diberikan
dan tidak sah jika memberi barang yang tidak wujud pada masa tersebut. Contohnya, tidak
sah memberi anak kambing yang lahir pada tahun hadapan.

2
Syarat bagi rukun keempat iaitu sighah atau lafaz adalah akad ijab atau lafaz memberi
milik oleh pemberi kepada penerima hibah. Contoh lafaz memberi hibah adalah saya
memberi milik kepada awak tanpa harga, begitu juga saya beri makan awak akan makanan
ini. Lafaz-lafaz ini tidak memerlukan niat kerana ia adalah lafaz yang jelas dan nyata
memberi hibah. Lafaz menerima milik oleh penerima hibah pula adalah saya terima, saya
rela, saya ambil hibah itu dan seumpamanya.

1.2 Hukum Hibah

Hibah merupakan suatu amalan sunat dan digalakkan dalam Islam. Hal ini adalah
berdasarkan kepada bukti-bukti al-Quran, sunah dan Iijmak. Ia dapat dilihat dalam firman
Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang
miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta dan
(memerdekakan) hamba sahaya’”

(surah al-Baqarah: 177)

Selain daripada dalil yang terdapat dalam al-Quran,pelaksanaan penggharusan hibah juga
disebut dalam Hadis Rasulullah s.a.w.. Saidatina Aisyah berkata yang bermaksud:

“Nabi s.a.w. menerima dan membalas hadiah.”

(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Justeru itu, pelaksanaan hibah ini perlu dititikberatkan kerana ia dapat memupuk kasih
sayang antara umat Islam khususnya. Ia juga dapat menolong orang yang dalam memerlukan
di saat dalam kesusahan dan yang penting hibah ini semestinya mendapat ganjaran dari Allah
s.w.t. selain itu juga, dalam pelaksanaan hibah ianya dapat menjadi lambang kekuatan
ummah pada masa kini yang mana menerusi pelaksanaannya satu semangat dan jiwa untuk
membantu sesama Islam dapat diwujudkan dan diperkemaskan kearah mencapai ummah
yang sentiasa aktif dalam membantu masyarakat yang memerlukan.

3
2.0 Pembahagian hibah

Hibah secara asasnya adalah pemberian, sedekah atau hadiah melibatkan akad yang
mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang secara suka rela
semasa hayatnya atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan balasan dan pelaksanaan hibah
adalah diharuskan sebagaimana yang dinyatakan dalam surah al-Baqarah ayat 177.

“Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke ihak timur dan barat,
tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang keada Allah s.w.t dan hari akhirat, dan
segala malaikat, dan segala kitab dan sekalian Nabi, dan mendermanya seseorang akan
hartanya sedang ia menyayanginya kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-
orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang-orang yang
meminta dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi.

Selain itu ianya terdapat dalam sabda Baginda s.a.w yang menyatakan

“berilah hadiah,kamu akan berkasih sayang”

(riwayat bukhari)

Walaupun begitu apabila seseorang telah memberikan sesuatu maka dia tidak boleh menarik
semula atau membatalkan hibah tersebut kecuali dalam keadaan seorang bapa menghibahkan
harta kepada anaknya atau datuk kepada cucunya.

Sabda Rasulullah dalam hadisnya yang bermaksud

“seseorang tidak boleh menarik atau meminta balik hibahnya melainkan hibah bapa kepada
anaknya”

(riwayat Al-Nasai)

Adapun hibah pada hari ini telah dipakai oleh produk-produk takaful yang ada pada
hari ini dalam mana-mana produk perlindungan takaful. Syarat dalam pemberian hibah juga
adalah pemberi merupakan pemilik yang sah keatas sesuatu harta yang ingin dihibahkan dan
tidak dihalang oleh sesuatu perkara yang mana pemberi dalam konteks ini adalah merupakan
seseorang yang telah baligh dan pemberian yang ingin diberi adalah berlaku secara suka rela

4
tanpa adanya unsur paksaan dan jika pemberi dipaksa untuk menghibah atau menghadiahkan
hartanya kepada orang lain secara automatiknya hibah itu akan terbatal.

Selain itu juga, syarat penerima pula ialah penerima perlu wujud semasa proses hibah
atau perjalanan kontrak manakala syarat bagi barang yang ingin dihibahkan ialah ia mesti
wujud semasa berlakunya akad hibah, halal, mempunyai nilai dan dimiliki oleh pemberi
hibah. Dalam pembahagian hibah ianya dibolehkan kepada ahli keluarga (waris) atau bukan
ahli keluarga hatta kepada orang buan islam sekalipun. Islam juga tidak menetapkan kadar
atau had tertentu bagi harta yang hendak dihibahkan kerana harta yang hendak dihibahkan
adalah daripada milik pemberi hibah. Disinilah terpulang kepada pemberi hibah dalam
membuat pertiimbangan terhadap kadar harta yang ingin dihibahkan namun walaupun begitu
jika harta itu ingin dihibahkan kepada anak-anak maka Islam menggalakkan ianya dibuat
secara adil2 .

Jumhur ulama sama ada daripada mazhab Syafie, Hanafi Dan Maliki menyatakan
bahawa sunat menyamakan pemberian antara anak dalam erti kata melebihkan pemberian
kepada seorang daripada mereka adalah makruh walapun pemberian itu sah manakala dalam
mazhab Hambali menyatakan keadilan dalam memberi hibah kepada anak adalah perkara
yang wajib. Dalam pada itu juga, para ilmuwan berselisih pendapat dalam hal yang berkaitan
dengan manfaat hibah kepada penama yang dinamakan di dalam borang penerima manfaat
antaranya ialah hibah seharusnya dilakukan semasa hidup akan tetapi hibah dalam manfaat
takaful hanya akan berkuatkuasa setelah peserta takaful meninggal dunia. Dalam pada itu
juga status manfaat takaful juga masih dipertikaikan samaada ia adalah harta si mati ataupun
tidak.

3.0 Tujuan Pelaksanaan Prinsip Hibah Dalam Operasi Takaful

Prinsip hibah diaplikasikan dalam konteks mengagihkan manfaat takaful selepas kematian
peserta adalah untuk memberi perlindungan kepada keluarga terdekat, seperti anak-anak,
isteri dan ibu bapa. Melalui pemberian kepada individu yang dikenali sebagai keluarga

2
Dr Akmal Hidaya Halim, Wasiat dan Hibah: Hukum dan Prosedur, 2013

5
terdekat, maka bayaran manfaat takaful tersebut tidak tertakluk kepada pembahagian secara
faraid. Ini akan menjamin keluarga terdekat itu dari segi kebajikan hidup mereka selepas
kematian peserta. Tambahan pula, dilihat dari segi tujuan seseorang individu mencarum
dalam skim takaful, terutama Takaful Keluarga adalah untuk memberi perlindungan dan
menjaga kebajikan ahli-ahli keluarga yang berada di bawah tanggungannya.

Andai kata prinsip hibah tidak diaplikasikan, syarikat pengendali takaful hanya akan
mengagihkan wang manfaat tersebut kepada penama yang disenaraikan oleh peserta yang
kemudian akan diagihkan pula kepada waris-waris peserta untuk diagihkan semula mengikut
peraturan faraid dalam undang-undang Islam. Perkara ini sudah semestinya akan
mengurangkan bahagian wang yang diperolehi oleh keluarga terdekat kerana manfaat
tersebut telah dikongsi bersama dengan ahli keluarga yang jauh walaupun mereka juga
berhak atas dasar faraid3. Jika ini berlaku, ia bercanggah dengan tujuan sebenar caruman
takaful itu dilakukan

Dari sudut lain, penggunaan prinsip hibah memudahkan operasi pembayaran manfaat
takaful. Kenyataan ini demikian kerana apabila peserta takaful menamakan seseorang atau
beberapa orang sebagai penerima hibah, syarikat pengendali takaful akan terus mengeluarkan
cek pembayaran manfaat takaful kepada individu yang dinamakan itu. Penerima (benefisiari)
itu pula berhak ke atas wang bayaran manfaat tersebut sebagai harta miliknya dan dia tidak
pula dikehendaki untuk membahagikannya kepada waris-waris yang lain mengikut peraturan
faraid.

Berbeza dengan situasi jika peserta takaful tidak membuat hibah, dan hanya membuat
penamaan sahaja, maka peraturan penamaan adalah terpakai, iaitu orang yang dinamakan itu
akan bertindak sebagai executor atau wasi yang bertanggungjawab untuk mengagihkan wang
manfaat takaful itu kepada waris-waris peserta. Dia sama sekali tidak diiktiraf sebagai
pemilik mutlak yang berhak ke atas wang tersebut. Sebagai wasi , orang yang dinamakan ini
(jika perlu) perlu berurusan dengan pihak-pihak tertentu seperti Amanah Raya Berhad
ataupun syarikat-syarikat amanah yang lain bagi tujuan pengagihan tersebut.

3
Azman bin Mohd Noor, Mohamad Sabri bin Zakaria, Takaful : Analisis Terhadap Konsep dan Akad, Jurnal
Muamalat, 2010

6
Manakala bagi prinsip hibah yang diaplikasikan secara langsung apabila ibu bapa
sendiri yang membayar caruman atas nama anak-anak mereka, matlamat mereka adalah
untuk memastikan anak mereka mempunyai asas tabungan yang mencukupi untuk tujuan-
tujuan tertentu terutamanya untuk pelajaran mereka di samping untuk tujuan perlindungan
daripada sebarang risiko.

4.0 Manfaat Hibah Dalam Operasi Takaful

Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (MPSBNM) dalam mesyuaratnya yang k-34
telah membuat keputusan aplikasi konsep hibah dalam pembahagian manfaat takaful
antaranya ialah

 Manfaat takaful boleh dihibahkan kerana ia merupakan hak para peserta justeru itu
peserta dibenarkan untuk melaksanakan hak-hak mereka berdasarkan kepada pilihan
mereka selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariah
 Status hibah yang digunakan dalam pelan takaful tidak akan berubah menjadi wasiat
kerana jenis hibah yang digunakan ialah hibah bersyarat dimana hibah yang dibuat
ialah tawaran kepada penerima untuk tempoh masa yang tertentu yang mana dalam
konteks takaful,manfaat takaful akan dikaitkan dengan sijil kematian peserta dan
tempoh matang sijil.Jika peserta masih hidup semasa tempoh matang sijil manfaat
takaful akan dimiliki oleh peserta akan tetapi jika peserta telah meninggal dalam
tempoh sebelum polisi matang maka hibah akan berkuatkuasa
 Peserta juga berhak membatalkan hibah yang dibuat sebelum tempoh matang sijil
kerana hibah bersyarat hanya sempurna selepas berlakunya penyerahan
 Peserta mempunyai hak membatalkan hibah yang dibuat kepada seseorang individu
dan menyerahkan barang yang ingin dihibahkan itu kepada orang lain atau
membatalkan penyertaan dalam takaful jika penerimanya mati sebelum tempoh
matang
 Terakhir adalah borang penamaan takaful perlu diselaras dan dinyatakan dengan jelas
status penama samaada sebagai benefisiari atau pemegang amanah (wasi) adapun

7
walaupun hibah secara asasnya boleh diberi kepada sesiapa sahaja namun bagi
menjaga dan memelihara kebajikan waris terdekat maka pihak dari takaful akan
mencadangkan hibah hanyalah kepada ahli waris yang terdekat yang terdiri daripada
ibu-bapa,pasangan yang sah,anak serta adik beradik sahaja.

4.1 Hikmah Amalan Hibah

Hibah disyariatkan dalam Islam dengan galakan yang mendalam adalah untuk memaut hati
kalangan masyarakat Islam itu sendiri sesama mereka dan memperdekatkan perasaan
kejiwaan sesama manusia yang hidup dalam masyarakat Islam atau di luar masyarakat Islam
yang mana keistimewaan ini ialah boleh dilakukan kepada orang bukan Islam sekalipun
bahkan kepada orang yang membenci Islam sekalipun4.Antara hikmah dalam hibah adalah
termasuklah

 Melunakkan hati sesama Islam


 Menghilangkan rasa segan dan malu sesama jiran,kawan dan kenalan serta ali
masyarakat
 Menghilangkan rasa dengki dan dendam dalam hati masyarakat
 Menumbuhkan rasa penghargaan dan baik sangka sesama ahli Islam
 Mengelak timbulnya perbuatan khinat dalam kalangan masyarakat
 Meningkatkan semangat bersatu padu dan bekerjasama
 Terakhir adalah dapat menjalinkan perhubungan dengan pihak yang menerima
manfaat hibah

5.0 Pelaksanaan Hibah Di Syarikat Takaful

Secara umumnya, prinsip hibah dalam industri takaful digunakan dalam kebanyakan
produk Takaful Keluarga. Dalam produk-produk Takaful Keluarga, peserta takaful oleh
menggunakan hibah sebagai salah satu cara untuk mengagihkan manfaat takaful(takaful
benefit) kepada penama (penerima hibah). Selain itu, prinsip hibah juga diaplikasikan sebagai
4
Endang Sri Wahyuni, Pelaksanaan Pembatalan hibah Tanah Oleh Pemberi Hibah, Universitas Diponegoro
Semarang, 2009

8
salah satu struktur daripada model produk takaful itu sendiri, khususnya yang melibatkan
bentuk takaful pendidikan anak-anak5. Secara umumnya prinsip hibah diaplikasikan dalam
industri takaful dalam dua bentuk:

Bentuk pertama :

Prinsip hibah yang diaplikasikan semasa membayar manfaat takaful ketika berlaku
kematian dalam tempoh caruman iaitu sebelum sijil Takaful tersebut matang. Aplikasi hibah
terhadap manfaat takaful adalah bagi memastikan bahawa bayaran atau wang manfaat
tersebut dapat diserah hakkan kepada keluarga terdekat pencarum tanpa perlu terikat kepada
peraturan pusaka. Majlis Penasihat Syariah Bank NegaraMalaysia dalam mesyuarat kali ke-
34 pada 21 April 2003 (19 Safar 1424) dalam hal hibah dalam industri takaful khususnya
yang berkaitan dengan hibah manfaat takaful dalam konteks perbincangan ini telah
memutuskan sepertimana di bawah (Shariah Resolutions In Islamic Finance, 2007: 27-28)

(1) Manfaat takaful boleh digunakan unutk hibah kerana ia adalah hak peserta. Oleh itu,
para peserta harus dibenarkan untuk melaksanakan hak-hak mereka mengikut pilihan
mereka selagi ia tidak bercanggah dengan syariah.

(2) Status hibah dalm pelan takaful tidak berubah menjadi wasiat (wasiah) kerana ini
jenis hibah adalah hibah bersyarat di mana hibah adalah tawaran kepada penerima
hibah untuk hanya tempoh yang ditetapkan. Dalam konteks takaful, manfaat takaful
adalah kedua-duanya dikaitkan dengan kematian peserta dan juga sijil matang. Jika
peserta masih hidup pada tarikh matang, manfaat takaful dimiliki oleh peserta tetapi
jika dia mati dalam apa-apa tempoh, maka hibah akan dilaksanakan.

(3) Peserta mempunyai hak untuk membatalkan hibah sebelum tarikh matang kerana
hibah bersyarat hanya dianggap selesai selepas penghantaran dibuat (qabdh)

5
Mohamed Hadi bin Abd Hamid, Rusni Hassan, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013: Tinjauan Awal
Kesannya dalam Industri Takaful, UIAM, 2014

9
(4) Peserta mempunyai hak untuk membatalkan hibah kepada satu pihak dan
memindahkannya kepada pihak lain atau menamatkan penyertaan takaful jika
penerima hibah meninggal dunia sebelum temph matang.

(5) Bentuk penamaan takaful perlu diseragamkan dan mesti menyatakan dengan jelas
status penama sama ada sebagai benefisiari atau wasi (wasi) atau pemegang amanah.
Apa-ape perkara yang berkaitan dengan pengagihan manfaat takaful mestilah
berdasarkan kontrak. Peserta perlu dijelaskan pada implikasi setiap kontrak yang
dilaksanakan.

Berdasarkan keputusan mesyuarat di atas, hibah ke atas manfaat takaful diharuskan


selagi ia adalah hak yang dimiliki oleh peserta takaful. Hibah tersebut adalah hibah bersyarat,
iaitu penama akan memiliki manfaat tersebut apabila peserta takaful meninggal dunia.
Sebaliknya jika peserta masih hidup ketika berakhirnya tempoh matang, sijil takaful tersebut
akan menjadi milik peserta dan bukannya penama. Adalah jelas bahawa syarat yang
ditentukan ini menyerupai syarat ruqba,iaitu pemilikan manfaat harta hibah disyaratkan
hanya dimiliki oleh salah satu pihak yang hidup.

Syarat ini, menurut majoriti ahli fiqh adalah batal walaupun pemberian tersebut tetap
sah (Al-Sharbasi,1981: 197-198; Al-Zawi, t.t.:372;Ibn al-Jawzi,1998:138; Ibn
Qudamah,t.t.:335).Walau bagaimanapun, keputusan BNM itu bersandarkan kepada pendapat
dalam mazhab Maliki yang mengiktiraf kesahan syarat ruqba (Al-Qurtubi, 2002: 53).Oleh
kerana hibah yang di putuskan oleh Majlis Penasihat Syariah BNM itu adalah hibah
bersyarat, berdasarkan kajian ia akan menghasilkan kesan-kesan berikut:

(1) Tawaran hibah hanya sah ketika peserta masih hidup dan akan berakhir dengan tamat
tempoh sijil takaful
.
(2) Keperluan qabd (pindahan milikan) dalam hibah ini tidak dipenuhi. Oleh kerana itu
peserta boleh membatalkan hibahnya atau menukar penama selagi tempoh sijil belum
berakhir

10
.
(3) Orang yang dinamakan sebagai penerima hibah adalah benefisiari dan bukannya wasi
(exucuter), Oleh kerana itu, waris-waris yang berhak mendapat bahagian pusaka
peserta (si mati) tidak berhak bayaran manfaat tersebut.

(4) Keputusan BNM di atas hanya bagi manfaat takaful (bayaran daripada Tabung
Tabarru’).Walaupun keputusan di atas tidak menyebut secara jelas mengenai bayaran
caruman daripada Tabung Peserta, bolehlah dikatakan bahawa ia juga termasuk dalam
kategori harta takaful yang boleh dihibah. Ini kerana wang hasil caruman dalam
Tabung Peserta itu sememangnya jelas dimiliki sepenuhnya oleh peserta itu, berbeza
dengan status Tabung Tabarru yang merupakan hasil sumbangan berupa peratusan
tertentudaripada caruman peserta-peserta dalam ke dalam sesuatu skim takaful. Oleh
kerana itu, secara analoginya peserta boleh menamakan seseorang bagi menghibahkan
wang daripada kedua-dua tabung, iaitu, Tabung Tabarru’ dan Tabung Peserta.

Namun begitu, amalan di syarikat pengendali takaful yang dikaji adalah berlainan
daripada apa yang diputuskan oleh BNM.Syarikat pengendali takaful melalui penasihat
syariah masing-masing telah membina model tersendiri,berdasarkan ijtihad mereka bagi
memastikan operasi takaful di syarikat mereka tidak bercanggah dengan hukum syarak
(compliance) di samping menghasilkan satu produk takaful yang lebih kompetitif.Berikut
merupakan modus operandi bagi aplikasi prinsip hibah berdasarkan kajian penulis di
syarikat-syarikat pengendali takaful di Malaysia.

5.1 Hibah Yang Dilakukan Secara Mutlak (Tidak Bersyarat)

Melalui kaedah ini, manfaat takaful yang dihibah kepada benefisiari yang dinamakan itu
adalah mutlak dan tidak boleh ditarik balik (walaupun hibah oleh seorang bapa kepada
anaknya). Kaedah ini diaplikasikan dalam semua produk Takaful Keluarga di Etiqa Takaful
Sdn. Bhd. (selepas ini ditulis sebagai Etiqa). Dalam produk-produk takaful di Etiqa, aplikasi
hibah ini tidak disebut sebagai hibah, namun ia dikenali sebagai “absolute assignment”
(pemberian mutlak). Walaupun istilah hibah tidak digunakan absolute assignment (selepas

11
ini ditulis sebagai “AS”) dikatakan sangat hampir kepada makna hibah itu (Temu bual
dengan pegawai berkenaan).

AS ini dilakukan dengan peserta takaful, biasanya merupakan ahli keluarga terdekat,
misalnya bapa dan suami isteri, akan mengisi borang AS yang menyatakan persetujuan
pencarum tersebut untuk membuat assignment kepada benefisiari.AS di Etiqa juga boleh
dilakukan untuk tujuan umum seperti pemberian kepada badan-badan kebajikan dan juga
untuk tujuan khusus seperti untuk menjelaskan hutang-hutang di bank. Apabila seseorang
mencarum dalam produk-produk Takaful Keluarga ,dia akan diberi pilihan sama ada untuk
mengisi borang AS ataupun borang penama.Peserta akan diberikan penerangan yang jelas
mengenai proses berkenaan. Biasanya, pencarum yang memilih untuk membuat AS telah
mempunyai skim perlindungan sendiri dan AS yang diberikan kepada anaknya itu
sememangnya bertujuan menghadiahkan manfaat tersebut kepada anaknya.

Justeru itu, tidak timbul persoalan pencarum “tidak boleh menarik balik”
pemberiannya dengan mengisi borang AS itu. Jika pencarum memilih untuk mengisi borang
penama, dia boleh menarik balik atau mengubah penama tersebut mengikut keinginannya
(Temu bual dengan pegawai berkenaan) Berdasarkan keterangan di atas, dari segi
pelaksanaan aplikasi prinsip hibah di Etiqa adalah fleksibel bagi pencarum dalam konteks
memberi kebebasan kepadanya untuk memberikan wang caruman dan manfaat takafulnya
kepada sesiapa yang dikehendaki. Ini berbeza dengan sesetengah syarikat pengendali takaful
yang menghadkan pihak yang boleh diberikan wang tersebut.

Hibah dalam bentuk AS ini adalah hibah mutlak yang memberi implikasi bahawa
seolah-olah polisi takaful tersebut dan apa jua yang berkaitan dengan wang caruman dalam
Akaun Peserta dan Akaun Khas Peserta adalah dimiliki oleh benefisiari (assignee).
Sungguhpun demikian, dari sudut yang lain mekanisme AS ini tidak memberi kebebasan
kepada pencarum untuk membatalkan pemberian ini atau menggantikan benefisiari tersebut
dengan orang lain dengan kematian benefisiari itu. Dengan demikian, aplikasi prinsip hibah
di Etiqa adalah berbeza dengan keputusan nombor (2) dan (3) oleh Majlis Penasihat Syariah
BNM yang telah dinyatakan sebelum ini.Kajian di Etiqa mendapati bahawa hibah secara

12
mutlak dipraktikkan adalah bertujuan memudahkan sistem pengurusan, berbanding dengan
hibah yang bersyarat yang agak rumit dari segi pengurusannya dan juga diperselisihkan
kedudukannya dari segi hukum Islam.

Bentuk Kedua: Hibah Yang Berlaku Sebagai Struktur Produk Takaful Itu Sendiri

Dalam hal ini, peserta takaful yang dinamakan dalam produk takaful itu sendiri
adalah Benefisiari yang menerima hibah itu.Ini berlaku apabila ibu atau bapa menjadi
pencarum kepada anaknya dalam produk-produk takaful pelajaran. Modus operandi hibah
jenis ini mudah difahami kerana pembayar (bapa misalnya) menjadi donor dengan membayar
jumlah tertentu setiap bulan sehingga tempoh matang sebagai caruman untuk kepentingan
anaknya (peserta), iaitu benefisiari. Apabila caruman mencapai tempoh matang,maka wang
caruman (simpanan) tersebut beserta dengan keuntungannya (jika ada) akan diserahkan
kepada anak berkenaan.

Begitu juga segala manfaat hasil penyertaannya di dalam produk-produk takaful ini
juga menjadi hak miliknya.Aplikasi ini berlaku dalam produk-produk takaful yang bersifat
simpanan pendidikan di Etiqa (misalnya Sarjana) dan Ikhlas (misalnya Ikhlas Education
Takaful). Selain itu, hibah dalam produk-produk tersebut juga dilihat kepada tindakan
memberikan ganjaran-ganjaran tertentu kepada peserta oleh syarikat-syarikat pengendali
takaful tersebut. Ganjaran seperti hadiah kecemerlangan akademik itu diambil daripada
Tabung Tabarru (Tabung Khas Peserta) syarikat takaful berkenaan6.

6
Nasrul Hisyam Nor Muhamad, Pemakaian Prinsip Hibah dalam Sistem Kewangan Islam di Malaysia:
Tumpuan Kepada Industri Perbankan Islam dan Takaful, UTM, 2010.

13
6.0 Isu Hibah Di Malaysia

Topik ini membincangkan mengenai isu yng berbangkit mengenai pelaksanaan prinsip hibah
di Malaysia. Antara isu hibah yang dibincangkan adalah mengenai ketiadaan undang-undang
hibah yang komprehensif, keperluan untuk menggubal undang-undang amanah islam, isu
dalam hibah hartanah, pengawasan syariah dalam industri berasaskan hibah, dan perlunya
galakan daripada kerajaan untuk memajukan industri berkaitan hibah.

Cadangan 1: Undang-undang hibah yang komprehensif

Walaupun dari segi perundangan, hibah diletakkan di bawah senarai negeri yang memberi
kuasa kepada badan perundangan peringkat negeri untuk membuat undang-undang berkaitan
hibah namun sehinnga kini tiada satu undang-undang khusus mengenai hibag yang bersifat
substantif dibuat atas ruang lingkup yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan. Cuma
yang ada hanyalah peruntukan mengenai bidang kuasa mahkamah syariah dalam mendengar
kes berkaitan hibah seperti yang terdapat dalam enakmen Pentadbiran Agama Islam dan juga
Enakmen Mahkamah Syariah Negeri-negeri.

Berdasarkan realiti tersebut, rujukan mengenai prinsip hibah dan hukum- hakam yang
berkaitan dengnnya akan dibuat khususnya kepada kitab fikah dan bukannya secara langsung
kepada hukum syarak, namun peruntukan statuori adalah penting kerana peruntukan ini
dilihat sebagai rujukan uatama dalam sesuatu perkara yang dipertikaikan di Mahkamah.. bagi
syarikat amanah ynag ingin membngunkan produk hibahnya dalam keadaan ketiadaan
undang-undang yang jelas mengenai hibah. Apa yng boleh lakukan dengan meminta
pandangan atau kelulusan daripada badan fatwa. Ini adalah perkara yang dilakukan oleh
Bumiputra Commerce Trustee Berhad (BCTB) ketika mula-mula memperkenalkan produk
hibahnya. Langkah ini adalah merupakan satu penyelesaian jangka pendek kerana pada
hakikatnya fatwa yang dikeluarkan dalam bentuk memenuhi permintaan syarikat amanah
tidak boleh diperluaskan pemakainnya bukan sahaja ke negeri-negeri lain ,bahkan dalam
ruang lingkup negeri meneluarkan fatwa itu sendiri. Masalah ketiadaan undang-undang hibah
bukan hanya memberi kesan kepada industri malah juga kepada kefahaman masyarakat Islam
mengenai hal-hal yang berkaitan dengan hibah apabila mereka terlibat sama dalam
pelaksanaan hibah sama ada sebagai penghibah ataupun penerima hibah. Maka dalam

14
konteks inilah, dicadangkan perlu adanya satu undang-undang hibah yang komprehensif dan
seragam antara negeri-negeri di Malaysia perlu diwujudkan.

Cadangan 2: penggubalan undang-undang

Amanah merupakan salah satu mekanisme perancangan yang boleh diguna pakai oleh orang
Islam selain mempunyai kaitan dengan prinsip hibah. Amanah Islam disenaraikan dengan
bersama-sama denagn perkara berkaitan dengan keagamaan dan undang-undang Islam yang
lain dibawah jadual kesembilan. Senarai 2 senarai negeri Perlembagaan Persekutuan
sebagaimana berikut:

“ kecuali menggunakn Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, hukum
syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam
termasuk hukum syarak yang berhubungan dengan mewarisi harta berwasiat dan tidak
berwasiat, pertunangan, perkahwinan, penceraian, mas kahwin, nafkah, pengambilan anak
angkat, taraf anak, penjagaan anak, pemberian, pembahagian harta, dan amanah buakan
khairat. Wakaf dan takrif serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat agama,
perlantikan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang yang mengenai
pemberian agama dan khairat, yayasan, amanah, khairat dan yayasan khairat yang dijalankan
kesemuanya dalam negeri…”

Walaubagaimana pun kini, tidak dapat satu status khusus berkenaan apa yang dikatakan
sebagai amanah Islam. Diperingkat persekutuan hanya beberapa undang-undang yang
mentadbir hal ehwal amanh secara sivil telah diperkenalkan itu Akta Pemegang Amanah
1949 dan banyak lagi. Namun akta-akta ini tidak mempunyai peruntukankhusus berkaitan
amanah menurut hukum syarak.

Oleh itu, kewujudan undang-undang amanah Islam adalah amanah Islam adalah perlu ketika
ini selain ruang lingkup harta amanah dalam undang-undang Islam lebih luas berbanding
undang-undang sivil. Undang-undang Amanah Islam perlu mematuhi peraturan hukum

15
syarak seperti memenuhi peraturan akad (ijab dan qabul), saksi, asset mestilah memenuhi
piawanian syariah dan penunaian zakat daripada asset tersebut. Akta Pemegang Amanah
1949 boleh dijadikan asas kepada penggubalan Undang-Undang Amanah Islam dengan
melakukan sedikit perubahan bagi menjadikannya patuh syariah. Bagi memastikan kepatuhan
kepada hukum syarak, Akta Pemegang Amanah Islam mestilah memperuntukan bahawa
setiap syarikat amanah yang mengendalikan harta amanah Islam peril dikawal selia oleh satu
jawatankuasa syariah yang berkelayakan7.

7
Alias bin Azhar, Mohammad Azam Hussain, Muhammad Hafiz Badarulzaman, Fauziah Mohd Noor,
Pengurusan Harta Dalam Islam: Perspektif Hibah di Malaysia, UNIMAP, 2014

16
7.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya dapat diperhatikan adalah hibah adalah suatu pemberiaan tanpa
mengharapkan balasan bagi apa yang telah diberikan dan dari segi istilah juga dapat
diperhatikan bahawa suatu akad yang mengandungi pemberiaan milik oleh seseorang secara
sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang pada masa hidupnya tanpa mengharapkan
apa-apa balasan terhadap dirinya.Daripada perbincangan di atas jelas menunujukkan kepada
kita bahawa perlunya suatu undang-undang yang khusus berkaitan dengan pemberian hibah
dan pentadbirannya amatlah diperlukan yang mana dengan adanya undang-undang yang
khusus ianya dapat menguruangkan jika timbulnya kekeliruan pada masa akan datang.

Realiti pelaksanaan hibah di Malaysia mendapat sambutan dan berkembang


terutamanya dalam bidang penawaran perlindungan takaful dan ia dibuktikan dengan
wujudnya syarikat-syarikat takaful yang menawarkan perlindungan sambil menawarkan
hibah kepada para pencarumnya.Adapun dalam memahami hibah dalam takaful sebenarnya
adanya banyak isu yang mungkin menjadi pertanya antaranaya iaitu dalam masalah hukum
yang bersifat ijtihadi dan adanya perkara yang berbentuk khilafiah.Oleh itu perlunya kepada
satu solusi iaitu perkemasan dari sudut teknikal dan perundangan agar masalah kekeliruan
yang timbul dapat diatasi

17
8.0Lampiran

Rajah 1.

Rajah di atas menunjukkan bahawa sistem takaful telah melaksanakan hibah yang telah
dinyatakan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara yang mengeluarkan satu
resolusi bahawa takaful boleh dihibahkan. Menurut rajah tersebut, pelaksanaan hibah di
dalam takaful juga adalah lebih baik berbanding faraid. Justeru itu, selaku pemegang polisi
takaful, pihak insured tidak perlu bimbang sekiranya berlaku apa-apa sahaja kemungkinan
atau musibah kerana terdapatnya penama di dalam polisi tersebut.

18
Rajah 2.

Berdasarkan rajah di atas menunjukkan bahawa operasi takaful yang berteraskan Islam jauh
lebih baik dari segi faedahnya berbanding Amanah Saham Berhad (ASB). Berdasarkan rajah
tersebut juga, ASB tidak mempunyai hibah untuk waris jika pemegang polisi meninggal
dunia. Sebaliknya, akaun ASB dibekukan selepas pemegang akaun meninggal dunia. Berbeza
dengan takaful yang membolehkan pemegang polisi untuk meletakkan penama.

Rajah 3.

Rajah 4.

19
Rajah 3 dan 4 menunjukkan betapa pentingnya masyarakat membuat perlindungan ke atas
diri mereka sekiranya berlaku sebarang musibah. Salah satu perlindungan yang disyorkan
adalah melalui perlindungan yang disediakan dalam takaful. Justeru itu, kes-kes seperti rajah
di atas mungkin dapat diatasi dengan adanya perlindungan dari syarikat-syarikat takaful yang
disediakan di Malaysia.

Rajah 5.

20
9.0 Rujukan

Al-Quran al-Karim
Azhar, A. Bin, Hussain, M. A., & Badarulzaman, M. H. (2014). Pengurusan Harta Dalam
Islam : Perspektif Hibah Di Malaysia. Journal of Human Deveploment and
Communiation, 3, 115–128.
Azman bin Mohd Noor, M. S. bin Z. (2010). Takaful : Analisis Terhadap Konsep dan Akad.
Jurnal Muamalat, Bil. 3, 1–28.
Dr Akmal Hidayah Halim. (2013). WASIAT DAN HIBAH: HUKUM DAN PROSEDUR,
(November), 1–7.
Endang Sri Wahyuni. (2009). Pelaksanaan pembatalan hibah tanah oleh pemberi hibah.
Universitas Diponegoro.
Hadi, M., & Ibrahim, K. U. A. (2014). AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM
2013 : TINJAUAN AWAL KESANNYA DALAM INDUSTRI TAKAFUL. JURNAL
KANUN, 2013(June 2013), 254–267.
Hisyam, N., & Muhamad, N. O. R. (2010). Pemakaian prinsip hibah dalam sistem kewangan
islam di malaysia: tumpuan kepada industri perbankan islam dan takaful. Jurnal
Teknologi, 69–81.

21

Anda mungkin juga menyukai