Anda di halaman 1dari 25

BAB 5: KONSEP HIBAH

DALAM ISLAM
SITI NUR AZZYATI BINTI SAHARUDDIN
FAKULTI PENGAJIAN KONTEMPORARI ISLAM
HIBAH DALAM ISLAM
1. Konsep dalam perundangan Islam yang boleh diaplikasikan dalam muamalat Islam.
2. Jenis-jenis pemberiaan Islam amatlah luas seperti:

Sedekah Hadiah Hibah Infak

Ibra’ Wakaf Wasiat Ji’alah

3. Perbezaan pemberian di atas adalah terletak pada masa, jenis barang yang diberikan, orang yang
diberikan dan maksud pemberiaan.
DEFINISI HIBAH

BAHASA:
“Pemberiaan”
DEFINISI HIBAH
BAHASA ARAB:
Al-hibaat berasal daripada kata kerja “wahaba” yang bermaksud tabarru’ atau sukarela

ATAU
Perkataan “Hubuubur riih” yang membawa erti “muuruuruhaa” atau tiupan angina, kemudiaanya
dipakai pula dengan maksud pemberiaan kepada orang lain yang berupa harta atau tidak.

ATAU
Al-tafaddul wa al-ihsan yang membawa maksud kelebihan dan kebaikan dengan suatu yang boleh
membawa manfaat kepada penerima sama ada yang diberi itu berupa harta atau bukan harta.
DEFINISI HIBAH
BAHASA INGGERIS:
Gift, present, donation, grant, bounty and
endownment
*Terdapat perbezaan diantara semua perkataan di atas kerana dari sudut zahir dan rohaninya
DEFINISI HIBAH

KAMUS DEWAN BAHASA:


Pemberiaan hak atau harta secara sukarela kepada
orang lain dengan tujuan baik pada masa pemberi
masih hidup dan ianya memberi manfaat kepada
penerima dan berkuat kuasa serta merta.
DEFINISI HIBAH
SYARAK:
Akad perpindahan pemilikan suatu harta daripada tuannya kepada orang
lain sewaktu hidupnya tanpa perlu tukar ganti disebabkan ianya diberikan
secara sukarela.
ATAU

Akad yang bertujuan sebagai satu pemberiaan harta milik seseorang


kepada orang lain semasa hayatnya tanpa apa-apa imbalan.
DEFINISI HIBAH

MAZHAB SHAFIE:
Pemberiaan sama ada yang berbentuk benda atau bukan
benda, diberikan bukan kerana tanggungjawab tertentu dan
pemberiaan ini memberi manfaat kepada penerima.
PENSYARIATAN HIBAH
Hibah merupakan satu amalan SUNAT yang digalakkan dalam Islam.
Ianyanya disebut dalam al-Quran:

Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai


pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada
kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu
sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.

(Surah al-Nisa: ayat 4)


PENSYARIATAN HIBAH
PENSYARIATAN HIBAH
Bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai
syiar-syiar agama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai
binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong
binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang
bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari
keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari
ihram maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum
kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu
menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa,
dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan
bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa
yang melanggar perintahNya).

(Surah al-Ma’idah: ayat 2)


PENSYARIATAN HIBAH

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:


“Wahai wanita muslimat, jangan seorang jiran
menghina jirannya walaupun pemberian itu berupa
tapak kaki kambing”.

(Riwayat al-Bukhari)
CIRI-CIRI HIBAH DALAM ISLAM
Suatu akad yang berkuat kuasa sejak pemberian Suatu pengendaliaan atau al-tasarruf dalam
penghibah semasa beliau masih hidup pemindahan milik kepada penerima hibah

Pemberian milik mestilah berdasarkan niat


Suatu akad yang tidak diwujudkan balasan pertukaran
sukarela atau al-tabarru’
SUATU AKAD YANG BERKUAT KUASA SEJAK PEMBERIAN PENGHIBAH SEMASA
BELIAU MASIH HIDUP

Akad hibah adalah akad yang sempurna ianya kerana akad tidak akan terjadi jika tidak dikehendaki oleh
al-wahib (penghibah) dan al-mawhub lah (penerima hibah).

Ianya tidak sama seperti akad wasiat kerana dalam akad wasiat penerima hanya akan dapat pemberiaan
tersebut selepas pemberinya meninggal dunia. Manakala, untuk hibah pemindahan harta berlaku
serta-merta.

Akad hibah tidak boleh dibatalakan dan secara umumnya pemberiaan harta tidak boleh ditangguh-Tangguh
selepas akad disempurnakan.
SUATU PENGENDALIAAN ATAU AL-TASARRUF DALAM PEMINDAHAN MILIK
KEPADA PENERIMA HIBAH

Hibah merupakan satu komitmen terhadap al-wahib (pemberinya) agar melepaskan haknya pada harta yang
akan dipindah milik kepada al-mawhub lah (penerima hibah).

Oleh itu, al-mawhub (objek hibah) hendaklah dimiliki secara sahdari segi syarak oleh al-wahib (pemberi
hibah) agar pemindahan harta kepada al-mawhub lah (penerima) dapat memiliki secara sah.

Ianya sedikit berbeza dengan akad mumalat lain iaitu ‘ariyyah, simpanan atau wa’diah dan janji atau wa’ad
kerana akad tersebut tidak menjadikan harta yang diberikan kepada penerima untuk bertindak bebas dalam
pengendaliaan harta tersebut. Walaupun akad ini berbentuk sukarela dan tabarru’ ianya tidak sama dengan
hibah kerana akad hibah lebih sekdar amanah daripada al-wahib dan tiada urus niaga tasarruf.
SUATU AKAD YANG TIDAK DIWUJUDKAN BALASAN PERTUKARAN

Hibah merupakan akad pemilikan percuma tanpa mensyaratkan apa-apa balasan, namun tidaklah menjadi
satu kesalahan jika diberikan imbalan balas oleh al-mawhub lah sebagai pemberiaan balas.

Pemberiaan balas perlulah secara sukarela dan tabarru’ dan bukannya dipaksa. Ianya lebih kepada al-hibah
bi al-’iwad (hibah dengan pemberiaan balas).

Sekiranya al-mawhub yang diberikan oleh al-wahib kepada al-mawhub lah disyaratkan dengan al-hibah bi’
al-iwad, maka dibenarkan tetapi nilai balasan adalah tidak melebihi nilaian al-mawhub yang dihibahkan
kepada al-mawhub lah.

Ini bagi mengekalkan sifat tabarru’ dalam akad tersebut. Tetapi jika nilaian balas melebihi al-mawhub
al-wahib, akad hibah bertukar kepada akad jual beli yang berbentuk akad pertukaran al-mu’awadah.
PEMBERIAN MILIK MESTILAH BERDASARKAN NIAT SUKARELA ATAU
AL-TABARRU’

Apabila al-wahib memberikan al-mawhub kepada al-mawhub lah maka terjadilah unsur nyata atau material
yang dikenali sebagai unsur nyata atau material yang dikenali sebagai unsur al-maddi.

Bagaimanapun unsur ini tidak lengkap jika tidak disusuli dengan unsur al-ma’nawi yang bermaksud
dalamanan (niat untuk melkakukan tabarru’ dalam pemberiaannya). Jika niat di dalam al-wahib hilang
unsur tabarru’ maka ianya tidak dikenali sebagai hibah disisi syarak.

Contoh pemberiaan dengan niat tanpa unsur tabarru’:

Pemberiaan van jenazah dengan meletakkan namanya di van tersebut untuk memudahkan perniagaannya
mendapat sambutan dari masyarakat.

Pemberiaan harta kepada seseorang yang menolongnya walaupun dengan ikhlas tidak dianggap sebagai
hibah kerana ianya lebih kepada mengenang budi atau dikenali dengan al-’ataya al-mukafa’ah yang
bermaksud anugerah ganjaran.
JENIS-JENIS HIBAH BERSYARAT DALAM TRADISI KAUM ARAB

Hibah Hibah
al-umra al-ruqba
JENIS-JENIS HIBAH BERSYARAT DALAM TRADISI KAUM ARAB
JENISHIBAH PENERANGAN
Hibah al-Umra Ianya diambil dari kata terbitan a’marra yang bermaksud sesuatu pemberiaan yang
diberikan kepada seseorang sepanjang umur al-mu’mir (penghibah umra) atau umur
al-mu’mar (penerima umra).

Mazhab Maliki: ‘umra adalah pemberiaan manfaat harta sepanjang umur al-mu’mar
tanpa balasan.

Pemberiaan manfaat harta adalah tidak mutlkak ianya bergantung kepada jangka
umur al-mu’mar dan al-mu’mir dengan penteapan dan penghadan tempoh
pemilikannya.

Contoh lafaz hibah al-umra adalah “Tanah ini akau hibahkan kepada kamu sepanjang
hayat umur kamu dan jika kamu habis umur dahulu daripada aku maka harta itu
kembali kepada aku”.
JENIS-JENIS HIBAH BERSYARAT DALAM TRADISI KAUM ARAB
JENISHIBAH PENERANGAN
Hibah Pemberiaan hak pemilikan sesuatu harta selepas berlakunya kematiaanya kepada orang
al-Ruqba lan. Hibah yang disandarkan kepada satu masa adalah tidak sah mengikut takrifan ini,
begitu juga dengan ruqba yang dilakukan kerana ruqba hanya akan berkuat kuasa selepas
kematian salah satu daripada pihak terbabit iaitu sama ada pemberi atau penerimanya.

Ruqba merupakan satu penangguhan terhadap pemilikan dalam akad hibah yang
menyebabkan akad hibah secara ruqba ini menjadi batal dan tidak memberi kesan kepada
pemilikan al-mawhub yang diberikan oleh al-wahib dan al-mawhub lah.

Al-Ruqba terbit dari kalimah ruqub dan taraqqub bermaksud menunggu kerana
masing-masing menanti-nanti kematian temannya yang satu lagi.

Hibah al-ruqba pemberian bersyarat yang ditentukan oleh al-wahib di mana al-mawhub
akan menjadi milik al-mawhub lah sekiranya al-wahib meninggal dunia.
JENIS-JENIS HIBAH BERSYARAT DALAM TRADISI KAUM ARAB
JENISHIBAH PENERANGAN
Hibah Contoh lafaz hibah al-ruqba:
al-Ruqba
“Tanah ini akan ku berikan kepada kamu sebagai ruqba dan jika kamu mati dahulu maka
harta ini akan kembali kepada aku. Sebaliknya sekiranya aku mati dahulu maka harta
tersebut untuk kamu”.

Di dalam ayat ini kita lihat bahawa hibah jenis ini akhirnya siapa diantara al-wahib dan
al-mawhub lah yang masih hidup diakhirnya akan memiliki harta tersebut.
JENIS-JENIS HIBAH YANG LAZIM DIAMALKAN PADA MASA KINI

Hibah dengan Hibah


Hibah Mutlak
balasan bersyarat
JENIS-JENIS HIBAH YANG LAZIM DIAMALKAN PADA MASA KINI
JENIS HIBAH PENERANGAN

Hibah mutlak Pemberian yang dilakukan terhadap suatu harta dalam bentuk biasa tanpa sebarang
syarat bagi membolehkan penguatkuasaan terhadap hibah tersebut.

Akad hibah secara mutlak tidak akan berkuat kuasa secara lazimnya jika terdapat
lafaz akad yang berbentuk idafah (menyandarkan hibah pada suatu tarikh).
Hibah dengan Pada dasarnya hibah tidak memerlukan balasan dari al-mawhub lah.
balasan
Hibah dengan balasan atau hibah bi al’iwad berlaku ketika seseorang menghibahkan
sesuatu kepada penerimanya , kemudian penerima secara tabarru’ atau sukarela
membalas tanpa disyaratkan ol al-wahib.
JENIS-JENIS HIBAH YANG LAZIM DIAMALKAN PADA MASA KINI
JENIS HIBAH PENERANGAN

Hibah bersyarat Pemberian hibah bebas dari segala bentuk idafah (sandaran), begitu juga ta’liq
(sangkutan). Namun syarak membenarkan hibah bersyarat dalam bentuk taqyid
(syarat sampingan diletakan bersama akad hibah untuk dilaksanakan).

Hukum taqyid bergantung kepada status syarat yang dinyatakan:


1. al-ja’iz (syarat harus)
2. Al-fasid (syarat rosak)

Contoh syarat fasid ialah bertentangan dengan kehendak akad hibah seperti
al-mawhub tidak boleh digadaikan oleh al-mawhub lah atau jika al-mawhub tidak
ditenggalamkan oleh banjir maka ianya milik al-mawhub lah. Syarat fasid
membatalkan syarat tersebut secara automatik tetapi akad hibah tetap sah.
KEISTIMEWAAN PEMBERIAN HIBAH
Pemberian hidup
Pemberian kepada
Cara pengurusan yang boleh
Pemberian yang Pemberian kepada seseorang yang
harta yang ditujukan kepada
dibuat untuk waris bukan waris bukan beragama
dianjurkan Islam sesiapa sahaja yang
Islam
dikehendaki

Hibah sebagai Pemberiaan


Tiada had yang Pindah milik harta
alternative Pembahagian harta mengikut
dikenakan terhadap hibah selepas
penyelesaian secara lebih kesesuaian
kadar bahagian atau kematian pemberi
masalah pengagihan bermanfaat kedudukan ekonomi
jumlah pemberiaan hibah
secara faraid penerima

Penceraian tidak
menjejaskan hak
kepada pemberian
hibah

Anda mungkin juga menyukai